Skip to main content

Bunyi pada brek kereta gear automatik

Pada post kali ini aku nak menyentuh sedikit tentang masalah yang selalu dihadapi pada kereta gear automatik.Masalah yang berpunca dari penjajaran yang terus membawa kepada kerosakan pada sistem brek sesebuah kereta.

Sistem brek sesebuah kereta banyak bergantung kepada sistem minyak brek,dan selalunya ia akan melibatkan angin dalam brek kereta dan brek pad.Ada sesetengah kereta yang memerlukan pembuangan angin dalam sistem brek atau secara praktikalnya melepaskan minyak brek dalam keadaan enjin sedang beroperasi.Terdapat dua masalah pada sistem brek kereta iaitu:-

1.Brek kereta tidak berfungsi dengan baik

Ini dilakukan jika brek tidak berfungsi dengan baik dan jarak brek dari kereta bila berhenti terlalu jauh.Operasinya amat senang iaitu dengan membuka saluran kecil minyak brek pada kebuk brek atau Brake housing dan buangkan minyak sambil brek dipam oleh pengendali yang lain.Ulang operasi ini beberapa kali sehingga brek terasa padat(Ini adalah cara lama)

Tetapi pada masa ini terdapat alat yang digunakan untuk tujuan ini dan hanya seorang pengendali terlibat dalam kerja ini.(lihat gambar)


Kebanyakan masalah ini akan terdapat pada kereta gear manual dan tidak terlalu kerap berlaku pada kereta gear automatik.

2.Brek berbunyi pada kereta automatik

Sistem jajaran atau wheel alignment banyak mempengaruhi bunyi pada sistem brek kereta automatik.Apa yang perlu dilakukan ialah membuat alignment dan balancing tayar untuk memberi ketepatan pada tayar dan seterusnya ialah menukar brek pad kereta supaya bunyi yang sama tidak berulang.

Fenomena ini selalu terjadi pada kereta automatik dan kebiasaannya pengguna kereta hanya membuat penjajaran tayar tanpa menukar brek pad dan bunyi tersebut akan terus ada jika pad tidak ditukar.

Untuk keselamatan dan corak pemanduan terbaik apa yang penting adalah mengekalkan kereta anda dalam keadaan lebih sempurna dari hari sebelumnya.

NOTA PENTING:-

Seringkali selepas menukar brek pad ,terdapat bunyi yang keluar dari roda.Masalah ini pula ada kaitannya dengan pelapik besi yang kadangkala tidak dipasang semula oleh mekanik,jadi sebagai pemandu pastikan anda memberitahu mekanik supaya meletakan semula pelapik besinya jika ada dan pastikan pula anda gunakan brek pad yang original kerana jika yang lain digunakan ketebalan pad tersebut amat diragui dan membuatkan bunyi tak menyenangkan terhasil.

Comments

  1. wslm,apabila kerak,air yang terdapat pada disc akan melekat dengan habuk dan jadi karat,bunyi akan terhasil dan minyak dalam salur brek juga jadi pekat ,oleh itu gunakan seperti biasa dan tambah minyak brek jika ia kurang dan jika inginkan lebih kepuasan bila memandu buat servis brek dan tukar minyak brek

    ReplyDelete
  2. Saya baru tukar brake pad,Tapi bila tekan brek ada bunyi.Adakah lepas tukar brake pad kena alignment dan balancing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu,Lepas tukar bunyi sebab kotor danjuga sebab disk dan tak licin dan kadang2 ada karat,semburkan air selalu pada brek,in sha allah hilang bunyi

      Delete
  3. Salam kereta exora saya saya baru tukar brek pad tapi skrg bila brek brbynyi....ada ker cara nk mghilangkan bunyi bila brek

    ReplyDelete
  4. Salam, saya nak tanya , saya guna perodua bezza, saya dah tukar disthorttle dan pad brake, tapi still masih ada bunyi eeeerkkk selepas tekan brake dalam keadaan kereta tak laju dlm 20/km perjam..apa masalah sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bunyi pada disc brake cuma ada bila permukaan disk kotor dan kesat,lebih2 lagi jika gunakan brek pad yang bukan original. Semburkan air selalu pada disk pad supaya kotoran hilang,skim disk juga adalah baik jika ia masih lagi berbunyi

      Delete
  5. Salam tuan mekanik..nk tny..lepas sy tukar absorber dan stabilizer link kereta innova,masa brek panjang ade bunyi sreeek n vibrate di pedal n brek jd kosong dlm 1 saat..tp klu brek mengejut ok je..sblm tkr absorber tu dh tukar disk rotor n pad baru..tp xde bunyi tu..lpas tkr absorber ade bunyi..pomen kate sbb bateri xcukup power..mohon pencerahan tuan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,brek bunyi lepas tukar pad adalah akibat kotoran dan tidak rata pada brek pad,jika gunakan yang original biasanya bunyi tiada,tetapi jika gunakan yang bukan original jarang pomen gossokkan dulu ke disk untuk ratakannya dulu,jadi untuk hilangkan bunyi kuat selalu semburkan air setiap pada pad sebelum mula jalan, inshallah lama2 bunyi akan hilang

      Delete
  6. Slm tuan.. Saya nak tanya kereta persona saya bila tekan brek time reverse je ada bunyi eeeengg yg agak kuat.. Knapa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika brake pad masih ok ataupun baru tukar tapi masih bunyi ia adalah sebab kotoran dan spesifikasi pad yang bukan original akibatnya ia bunyi bila ditekan,sebaiknya letakkan air yang banyak pada pad sebelum bergerak supaya disk dapat dicuci kotoran,lama kelamaan ia akan hilang setelah banyak dicuci air

      Delete
  7. Aslmkm tuan...mohon bantu..saya pengguna kereta nissan almera auto..ada masalah brek..awalnya..saya fikir hanya brek disc depan..jd tukar brake pad..masih ada bunyi..kemudian pomen da gosok brake pad bru tu..juga masih ada bunyi..apabila mcm tue pomen cdg saya untuk ganti disc rotor n brake pad juga..saya ganti..dan masalah untuk bhgn depan da hilang..kemudiannya bunyi dengung masih ada bila dgr masa brek..drum brek blkg kiri yg berbunyi..da bw ke nissan minta periksa pomen kata xda apa..brek masih ok..plus dia bunyi saja..saya x puas ati saya bw jumpa pomen luar..pomen luar kata gosok jerr ilang ahh..bila da gosok..bunyi ada kurang sikit..masih ada bunyi...brek tue bunyi dengung ketika tekan brek sedikit..klu tekan abis dia xda bunyi juga..mohon bantu n pandangan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buat bleeding minyak dulu kalau masih juga bunyi perlu tukar minyak brek yang lain

      Delete
  8. Salam, saya memakai saga baharu 2020. saya perasan ada bunyi 'klik' ketika saya tekan dan melepaskan brek kaki ketika kereta saya dalam keadaan berhenti (Gear Parking). Apakah punca bunyi tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pedal brek tersebut dilengkapi dengan spring dan suis jadi bunyi akan ada jika keadaannya lusuh atau terdapat bukaan renggang antara semua sambungan tersebut,bunyi ini tidak bahaya cuma ia akan makin ketara jika ia tambah ketat,boleh diperiksa dan diletak gris atau minyak

      Delete
  9. Dah selesai ke masalah ni

    ReplyDelete
  10. Assalam sy nk tnye sy da tuka lower arm baru absorber baru brake disc baru tp bile brake akan ade bunyi KETAK lebih kuat pada bahagian depan belah kanan..vios ncp93 2008

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,biasa yang terjadi ialah disc dan brake caliper berlanggar ketika kereta dibrek,periksa teliti oleh mekanik ini amat disarankan,kemudian mekanik boleh asah/kikir sedikit bahagian yang berlanggar

      Delete
  11. Salam... Sy pengguna kereta viva 1.0 , sy ad masalah pada brek, sy dah tukar dics,caliper pin,dan pad brek.. Masalah sy bila kereta berjalan lama lebih kurang stgh jam, atau snng cerita kereta dah panas dia bunyi kuat mcm mengetuk.. Dah bawak pergi bengkel tapi pomen x dpt kesan...😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi menetuk biasa jadi akibat hujung brake pad mengetuk brake housing dan perlu dikikir sebahagiannya supaya bila brek ia tidak berlaga,memang sukar dikesan oleh mekanik

      Delete
  12. Apa punca masalah cik vios. Sbb kereta saya pon sama jugak masalah mcm nie

    ReplyDelete
  13. selain belting kendur,kotoran pada roda yang terselit dicelahan brek pad juga boleh akibatkan bunyi sebelum bergerak,alirkan air ke roda dan belting sebelum bergerak setiap hari,inshaallah ia akan ok macam biasa

    ReplyDelete
  14. Salam.sy pakai alza 2010.lepas tukar brake pad ada bunyi besi bergesel.dis dh skim.masa jalan bunyi.brake makan mcm biasa.apa masalah ye tuan yg arif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,skru brek caliper ada 2 ,pastikan skru tersebut tidak karat dan keras melekat didalam kelongsongnya ,jika ia keras melekat akibat karat,boleh menjadikan cengkaman pada brake piston lemah,ada sebaiknya juga servis brek piston dan ganti minyak brek supaya tekanan cengkaman benar2 kuat dan rapat dan tidak membenarkan kotoran berada dicelah2 brek pad dan disk yang boleh sebabkan berbunyi

      Delete

Post a Comment

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,


Popular posts from this blog

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya! Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin

Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya. Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.