Servis aircond (komponen utama)
Atas permintaan ramai pengunjung blog ini suka aku tuliskan bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan.Antara komponen-komponen air cond kereta yang boleh diservis ialah:-
1) Kompressor
2)Cooling Coil atau jaring penyejuk
3)Kondenser
Kompressor adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,Kompressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka Kompressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem aircond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk.
Kompressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang Kompressor tersebut dengan bahan kimia dan petrol.Pasang semula semua KLIP tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak Kompressor yang baru.
Cooling Coil (Evaporator) atau jaring sejuk pula adalah komponen aircond kedua terpenting dalam sistem air cond kereta.Ia berfungsi mengalirkan dan mengawal suhu sejuk dan panas dalam sistem tersebut.Membuka cooling coil adalah amat mudah kerana kebiasaannya hanya terdapat sedikit skru kecil dan klip yang terpasang pada keseluruhan kotak cooling coil.
Cooling coil selalunya terletak pada bahagian hadapan sebelah pemandu dibawah dashboard penumpamg hadapan.Tanggalkan penyangkut dan skru penyambung antara hose gas air cond dan keluarkan kotak berwarna hitam tersebut.
Kerja-kerja servis ini perlu dilakukan setelah membuang semua gas yang terdapat didalamnya melalui bahagian enjin kereta.Buka kotak cooling coil tersebut dan cuci semua bahagian srip cooling coil dengan air dan chemical jika ada atau thinner dan pastikan semuanya telah dikeringkan sebelum pemasangan semula untuk menjauhkan bau thinner memenuhi seluruh ruang dalaman kereta.
cooling coil perlu di cuci
Kondenser juga adalah komponen utama yang boleh diservis dalam sistem penyejukan air cond sesebuah kereta.Cara tersebut adalah begitu mudah tetapi memerlukan sedikit alat tambahan untuk membuka ruang tepi kondenser seperti pengapit teguh yang mengapit kukuh kedua bahagian tersebut tanpa merosakkannya. Akan tetapi jika anda seorang amatur dan ingin membaiki kenderaan anda sendiri memadai dengan mengeluarkan condenser tersebut dan alirkan thinner kemudian keringkan dan pasangkannya semula.
Nota-Tabung Gas (Receiver dryer) Jangan alirkan sebarang cecair melaluinya (untuk kilang sahaja),boleh membahayakan nyawa anda.
sekian,
1) Kompressor
2)Cooling Coil atau jaring penyejuk
3)Kondenser
Kompressor adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,Kompressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka Kompressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem aircond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk.
Kompressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang Kompressor tersebut dengan bahan kimia dan petrol.Pasang semula semua KLIP tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak Kompressor yang baru.
Cooling Coil (Evaporator) atau jaring sejuk pula adalah komponen aircond kedua terpenting dalam sistem air cond kereta.Ia berfungsi mengalirkan dan mengawal suhu sejuk dan panas dalam sistem tersebut.Membuka cooling coil adalah amat mudah kerana kebiasaannya hanya terdapat sedikit skru kecil dan klip yang terpasang pada keseluruhan kotak cooling coil.
Cooling coil selalunya terletak pada bahagian hadapan sebelah pemandu dibawah dashboard penumpamg hadapan.Tanggalkan penyangkut dan skru penyambung antara hose gas air cond dan keluarkan kotak berwarna hitam tersebut.
Kerja-kerja servis ini perlu dilakukan setelah membuang semua gas yang terdapat didalamnya melalui bahagian enjin kereta.Buka kotak cooling coil tersebut dan cuci semua bahagian srip cooling coil dengan air dan chemical jika ada atau thinner dan pastikan semuanya telah dikeringkan sebelum pemasangan semula untuk menjauhkan bau thinner memenuhi seluruh ruang dalaman kereta.
Kondenser juga adalah komponen utama yang boleh diservis dalam sistem penyejukan air cond sesebuah kereta.Cara tersebut adalah begitu mudah tetapi memerlukan sedikit alat tambahan untuk membuka ruang tepi kondenser seperti pengapit teguh yang mengapit kukuh kedua bahagian tersebut tanpa merosakkannya. Akan tetapi jika anda seorang amatur dan ingin membaiki kenderaan anda sendiri memadai dengan mengeluarkan condenser tersebut dan alirkan thinner kemudian keringkan dan pasangkannya semula.
Nota-Tabung Gas (Receiver dryer) Jangan alirkan sebarang cecair melaluinya (untuk kilang sahaja),boleh membahayakan nyawa anda.
sekian,
Comments
biasanya bau getah terbakar hanya jadi bila ada wiring problem dan menyebabkan wayar atau fius terbakar.kos pembaikan dibawah rm100 untuk kerosakan wiring biasa.
pada hemat saya kereta saudari mengalami kebocoran gas dan biasanya servis sahaja boleh mengenalpasti masalah kebocoran gas tersebut.Saya nasihatkan saudari pergi kekedai yang lain dan servis aircond saudari,mekanik akan kenalpasti masalah dari pemeriksaan bocor pada mana2 komponen dan hose.
Kos servis sekitar rm 150
saya menggunakan waja 4G18 1.6L. dan ingin bertanyakan beberapa soalan..
1) apabila start air-con rpm akan
menjunam dari 800 ke 400 tapi
aircon masih sejuk. Ada pomen
kata disebabkan stepper motor di
throttle boby tak function.Adakah
kompenan lain yang boleh menyumbang
masaalah itu selain stepper
motor? brape harga stepper motor?
2) masaalah yang terbaru pula aircon
dah tak sejuk.Tapi yang peliknya
RPM plak naik. dari 800 ke 1200
apabila aircon dihidupkan.Apa
sebenarnya yang berlaku??
minta pandangan saudara,TQ
Pada semua kereta terdapat satu suis yang akan meninggikan rpm bila aircond dihidupkan dan begitu juga sebaliknya suis itu tidak akan meninggikan rpm jika aircond tidak dipasang.
Mengenai throttle body,terdapat body kit yang boleh digunakan untuk mengelokkan rpm saudara cuma sebahagian lagi pengawalan rpm terletak pada hose vakum kecil pada distributor dan injector,periksa semua hose vakum kecil,jika bocor gantikan dan jika keras gantikan juga,ini dapat menstabilkan enjin anda bila aircond dipasang.
Boleh advise tak apa yg patut dibuat?
Saudari perlukan kondenser yang baru jika ia belum diperiksa bocor dan dicuci dan periksa sekali jika terdapat kebocoran pada mana-mana hose dan juga pastikan kipas aircond berpusing pada had sepatutnya bila aircond dihidupkan iaitu tidak terlalu perlahan atau sederhana,pastikan ia berpusing kuat.
masalah aircond kadangkala panas dan sejuk disebabkan oleh:-\
1)kipas kondenser yang kurang kuat berpusing
2)kebocoran hose atau komponen aircond seperti cooling coil dan kondenser
mengikut pengalaman saya honda biasanya perlukan pusingan kipas yang agak kuat untuk kondenser kerana kondenser yang besar jadi pastikan kipas aircond tersebut berpusing kuat jika semua komponen aircond yang disebutkan tadi tidak bocor
saya rasa kompressor saudari telah ditukar baru dan ada baiknya saudari jumpa mnekanik tersebut dan beritahu masalah ini yang saya rasakan terdapat sedikit kerosakan pada kompressor tersebut.kompressor yang berat akan menyebabkan enjin mati bila aircond dihidupkan.
Salam, myvi saya aircond keluarkan angin panas. Apakah punca nya? Apa patut saya buat?
aircond dah panas,kena isi gas le,gas tak ada dah!
tiada wiring dan komponen dalaman kompressor yang akan mendatangkan mudarat kepada enjin,hanya saudara perlu pastikan wiring disambung betul seperti asal,tandakan dengan pelekat warna supaya saudara tak memasang terbalik,jika terbalik juga lihat pada fius dibawah kaki pemandu dan gantikan fius a/c jika terbakar
servis biasa sahaja memadai iaitu tukar belting kompressor,cuci cooling coil dan tukar injap.Saya sarankan buat di kota perdana iaitu di flat kota perdana berdekatan surau almunir
mungkin ada yg dah tanya soalan ni. tapi sebab byk sgt yg buh comment kat sini sampai tak lalu saya nak cek satu2. so saya tanya je lah. kot2 soalan ni dah penah org tanya, mintak maaf ye bro..
begini. saya pakai myvi 1.3, dah 7 thn dah kete ni. lebih kurang sebln lepas, saya dah hantar kete ni utk servis aircon pertama kali. servis ni pun sebab problem tak sejuk dan angin tak keluar. tapi lepas servis dah setel dah masalah tu. sejuk gile skang.
tapi skang timbul plak masalah baru.
skang ni bila enjin kete idle (enjin idup tapi tgh parking cthnya), lebih kurang 5-10min aircon jadi tak sejuk. angin blow cantik tapi suam2 je la. saya pun pi la tanya bengkel. depa cek bagai. letak sensor kat blower aircon la, pastu bukak but letak benda mcm meter nk cek compressor punyer pressure.
so daripada bacaan meter tu dia kata compressor punya pressure ni dah tak normal. tinggi sgt pressure waktu idle. dlm 200++ kot bacaan dia.
so saya tanya la, solution camne? dia kata kena ganti lorr compressor. kalo recon harga RM500++ ada 3bln warranty. kalo baru denso punya dlm RM1000++ no warranty. dia tambah lagi, benda mcm ni bila2 boleh rosak. kalo rosak (pecah katanya), lagi mahal charge dia sebab serpihan2 component akan melekat kat tpt lain mcm cooling coil dsb, susah mau cuci. uhuhuu
oleh itu, saya pun nk tanya plak la 2nd opinion drp saudara yg arif ni. harap dpt tolong k. perlu ke sampai kena tukar compressor? boleh ke repair je? mahal ke repair? ish byk betul persoalan yg berada di minda~
-n0ra
Ramai yang menghadapi masalah seperti saudari ni,seperti yang saya katakan dalam banyak komen dan soalan,bila jam aircond tak sejuk jadi kipas aircond perlulah berpusing kuat untuk kondenser,tukar kipas aircond dahulu dan perhatikan hasilnya.
saya pakai kereta kia spectra tahun 2007. semalam baru servis aircond..tukar kompressor recond semua kena dalam 790.00..
nak tanya la...kia spectra nie kalo sebarangan cabut bateri dia punya sistem kena reset balik ker...sebab kereta nie semua digital kan?
terima kasih
tak perlu kerana semuanya didalam auto setting,jika cabut bateri bermakna anda telah reset semua sistem digital yang berkaitan.
Kancil saya dah 9 tahun. Last services air-cond pada Januari 2010. Sebulan lepas, ada bunyi nyaring, bila rujuk kat bengkel, belting aircon longgar, so mekanik ketatkan saja.
Hari ni, tetiba udara aircon jadi panas, butang on/off aircon dah tak berfungsi, keluar bau hangit dan bunyi kasar dari enjin. Temperature enjin normal. Kereta servis on time (last servis sebulan lepas masa jumpa mekanik tu)
Ada harapan tak kalau servise aircon dah tak jadi masalah tu? atau ada part nak kena tukar?
Kereta still bole jalan tapi bunyi kuat, saya takut gak nak drie gi bengkel, tak pasal2 kereta terbehenti ditgh jalan.
saya rasa blower aircond dikedudukan dashboard penumpang depan telah berhenti mungkin ada yang tercabut,sila periksa.
saya amat pasti kereta kancil saudari telah putus belting aircond dan bering yang menyelaraskan belting itu telah berhenti sama sekali dan perlu ditukar,buka bonet enjin dan periksa tanggalkan cebisan belting aircond jika ada .Saudari tak perlu risau untuk membawa kereta tersebut kebengkel jika putus belting aircond cuma pastikan belting putus tersebut dibuang jika ada yang tertinggal.
ada suatu yang saya lupa beritahu,periksa juga minyak hitam ada atau tak,jika kurang tambahkan sebelum bawa ke mekanik.
Nak tanya lagi, jika itu masalahnya, agak agak berapa kos untuk pembaikan tu? Tukar bearing + upah +..
terima kasih..
kos pembaikan sekitar rm150 kebawah
Saya skrg pakai myvi 1.0, sejak saya beli dari tahun 2005 sehingga masuk tahun 2012 ni saya tak pernah servis aircond kereta saya, tukar gas pun tak pernah. Alhamdulillah mgkn nasib saya baik dpt pakai selama tu. Baru2 ni ada niat nak pergi servis aircond tp dah muncul masalah.
Masalahnya kompressor aircond bunyi bising bila aircond dimatikan dan hilang bunyi tersebut bila aircond dihidupkan. Skrg aircond dah x sejuk langsung, bunyi bising pun dah hilang walaupun aircond dimatikan, adakah ianya disebabkan kerosakan pada kompressor?
Sekian.
jangkahayat kompressor adalah panjang jika tiada kotoran melekat melalui mana2 komponen aircond.Dalam masalah saudara kemungkinan besar kotoran telah masuk dicelahan seal kompressor,ini dapat dipastikan dengan melihat keadaan hitam berkeladak dan sedikit berminyak pada sekeliling kompressor,jika ini yang terjadi kompressor aruslah diganti atau dibaiki.
masalah longgokan minyak pada suatu kawasan pada cermin depan adalah biasa terjadi yang kelamaan akan hilang dengan sendirinya,ini adalah kerana mekanik meletakan terlalu bayan bahan pencuci seperti thinner kedalam cooling coil dan pengeringan tidak dilakukan dengan kemas.Ia akan hilang setelah bahan cucian itu habis dibawa angin dari blower,pastikan saudara membuka tingkap sedikit atau pusingkan tombol angin masuk supaya bau dapat dihilangkan dan ia akan mengering dengan cepat.
Masalah ini dah berlanjutan hampir sebulan lebih.Adakah sisa tersebut belum kering dari cooling coil.Ia tidak mempunyai sebarang bau..Ia akan jadi lebih ketara apabila kereta ditinggalkan di bawah panas mentari...sya tension betul.
Cuba saudara periksa ada tak bahan-bahan yang mencair didalam kereta seperti pewangi yang telah kering dll.Ada kemungkinan bahan tersebut mencair dan bila dialirkan aircond ia akan melekap dicermin.Ada tak kemungkinan bahan tersebut jatuh kedalam ruang udara aircond dari tingkap kecil2 aircond.
Kebiasaannya jika pewangi tejatuh kedalam ruang aircond ia akan membuatkan cermin sedikit berminyak lebih2 lagi jika aircond dialirkan kecermin hadapan.
Terima Kasih diatas segala info yang diberikan.Saya akan cuba periksa dan mencuci kembali cermin tersebut.Sya nyaris2 nak ke Dr Cermin bg memeriksa masalah tersebut.Kalau sya pergi sure kena sembelih dgn Dr Cermin,silap2 diaorang advice tukar cermin baru....anyway thanks for your info again.
1st, tkasih bbnyak krn menulis blog kerosakan kereta ni..Banyak info yg sy dpt dr sni esp bknaan aircond kereta.. Saya tpanggil utk mengutarakan masalah saya dimna avanza yang saya pakai dh 6thn setengah baru2 ni (lk dlm 2-3 mg lepas) mengalami mslh airond yg agak memeningkan kpala sy. Aircond keta sy ni mmg xpnah servis mahupn tmbh atau tukar gas. sbb sy mmg pnah btnya dlm thn 2009 pd stu wsyop aircond mmg xpyh servis klu aircnd msh sejuk. ms tu dia ckp gas msh ok lg. Tp sjak baru2 ni aircond keta sy dah xsejuk apabila wktu siang.n esp bila jalan jauh n bw laju kt hiway mmg xsejuk wpn ms mula2 jalan tu ok ja. Bila sy drive ptg ke mlm ke ok plak wpn buka suhu sikit ja..Sejuk yg teramat. So, apakah kbrangkalian kerosakan yg blaku pd ekon sy ni tuan? Lg 1, hjg mg baru ni sy pergi servis kancil wife sy sbb aircond xsejuk gak.Pomen tu dh tukar compressor, filter n sevis kancil tu kna la 400 semua. Mula2 sejuk la ptg td wife fon bgtau xsejuk plak.. Pastu dh off n biar sat, sejuk balik plak.. Jd, apa kemungkinan part yg rosak tu kt kancil n avanza sy? Saya risau ni sbb sy tnya pd pomen yg servis kancil wife ttg avanza sy tu, dia kta ada tahi/habuk besi dlm kompressor avanza tu. Mmg xpg servis lg avanza tu, tp klu ikut dr komen2 sblum ni, sy takut kna tarah je dgn cina pomen tu..Dah la kancil dh mlayang 400, avanza ni plak ikut kta pomen tu maybe kna tukar motor/ kipas apa xtau..n skali ngan cuci komperssor n servis suma anggaran 380 utk avanza..Tolong bg pndapat tuan utk sy.. Terima kasih bbnyak..
Drpd din avanza05
Saudara perlu tukar kipas kondenser supaya ia dapt berpusing laju dan mengeringkan kondenser dengan cepat untuk suhu sejuk dalam kereta.
Untuk pengetahuan saudara suhu panas waktu siang menyebabkan kondenser jadi panas jadi kipas yang kuat diperlukan supaya udara sejuk aircond jadi stabil.
Ini biasa terjadi untuk aircond yang dah lama digunakan jadi banyak kotoran serta habuk melekat pada komponen aircond menyumbang kepada aircond kereta jadi panas.Servis dan tukar kipas kondenser adalah memadai.
berkenaan kereta kancil isteri saudara,saya berpendapat suis pada kompressor tidak berfungsi dgn baik dan cuba perhatikan jika terlalu cepat magnet clutch berhenti berpusing biasanya akan menyebabkan aircond tak sejuk.Jika brelaku demikian bawa semula kekedai tersebut supaya suis sensor pada kompressor dan cooling coil dapat diperiksa semula.
din avanza
Berkenaan avanza saudara,biasanya kipas kondenser memang memainkan peranan yang besar dalam suhu aircond kereta,saya rasa ada lebih baik saudara berkunjung kekedai lain untuk tukar kipas kondenser sahaja dan membaiki suis kancil tersebut,adalah lebih baik dari berkunjung ketempat sama yang belum tentu hasilnya.
Nak tanya berkenaan kereta wife saya.Viva 1.0Ezi. Tadi tiba2 wife bagitau semasa bawak kereta dia dengar bunyi kuat dan dia nampak kat bonet keluar asap.
Dia keluar dan matikan kereta.
Tunggu saya balik nak tgk.
Saya mula2 suspek overheat.Bila check coolant semua ok.On engine pon ok
Tapi bile on aircond , tak sejuk langsung.angin panas je keluar.
Soalan saya ;
1.Apakah sebenarnya yg terjadi?kompressor rosak ke condenser sumbat? Utk makluman, mlm sebelum tu,anak jiran dah terlanggar depan kereta sampai bumper pecah.
2. Berapa harga anggaran di kawasan Gombak/Wangsa Maju/Keramat.Kalau boleh recommend bengkel lagi bagus.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.Moga diberkati Tuhan
saya amat pasti apa yang isteri saudara katakan asap tersebut bukanlah asp ianya adalah gas aircond yang keluar terlalu banyak menjadikan seperti kepulan asap dan yang saya agak pasti juga kondenser ataupun hose yang berada dibelakang kondenser telah pecah.
Apa yang saudara perlu lakukan ialah menggantikan kompnen yang pecah dan mengisi gas aircond semula.
Anggaran kos jika kondenser dan hose ditukar kira2 rm 200 sahaja.
Saudara boleh merujuk kemana2 kedai sekitar gombak,wangsa maju ,kadar kos lebihkurang sama.
ramai yang mengalami masalah sejuk tak terkawal pada waktu malam,biasanya kipas kondenser adalah masalah utam kerana ia memerlukannya berpusing kuat dan berhenti apabila sampai waktunya iaitu bila sensor suhu dalam cooling coil bertindak mematikan kompressor,jika ini berjaya dikawal masalah saudara telah selesai.
1.perhatikan kipas adakah berpusing laju
2.kipas dan kompressor berhenti bila sampai masanya iaitu bukan terlalu cepat dan terlalu lambat.
Sya mengunakan kereta Wira 1.5auto.
Sya mendapati bahawa ada leaking antara gearbox ngan enjin.
2 tahun lepas saya telah menukar flywhell oilseal,tapi sekarang baru 2 tahun ia leaking kembali.Adakan jangka hayat untuk flywheel oilseal hanya 2 tahun..?
Atau saya perlu menukar barang lain untuk membuatkan ia tahan lebih lama dari leaking kembali.
Bolehkah saudara memberi anggrana kos untuk pembaikkan ini..
Terima Kasih
WIRA AUTO
Nak tanya skit. Saya pakai Kereta Proton Persona Manual. Baru beli dalam 1 tahun setengah. Masalah aircond dia macam bocor sebelah seat penumpang di bawah dashboard. Dan ketinggian air yang keluar tu dah banyak sangat dalam 1cm. Agak2 apa masalah.
kalau banyak sangat tu mungkin juga kerana hose air yang sepatutnya keluar telah tercabut ,periksa dibawah cooling coil dan dalam enjin berhadapan cooling coil adakah hose air itu masih ada atau telah tiada,Periksa dengan teliti.Pasangkan semula jika ianya tercabut atau gantikan jika ianya telah hilang.
nk tanya skit..
bila on aircond timing rpm drop sgt2 xcm biasa.
xon aircond 1rpm,normal on aircond 0.8 rmp tapi skrg bila on aircond drop smpai 0.5-0.6rpm..kompressor ada bunyi cm nk lerai je..tue disebabkan kompressor nk rosak ke atau ape ea..sebelum nie, kompressor kdg2 ada bunyi cm bergeser bila on aircond..
boleh rekemen x kt mane boleh servis kompressor area puchong/kinrara/seri kembgan..biasa servis brpe??
nk tnya skit..
wkshop area bandar puncak jalil
ada x tolong rekemen skit..
banyak w/shop berdekatan pasaraya segar.
Ada dua sebab sahaja rpm akan drop bila pasang a/cond
1)FICD supply yang rosak
2)Idling/timing enjin yang tak stabil
Cara:
1)Tukar plug
2)Tukar air filter
3)Pastikan hose pada distributor tak sumbat dan koyak
4)Tukar FICD supply yang bertindak meninggikan RPM bila a/cond dihidupkan
Saya baru menukar compressor recon (patco) utk kereta waja saya Dec 2011. Masalahnya, aircond saya skrg sudah panas kembali. Saya dah pergi 2 workshop. Yg 1st ckap cooling coil rosak, yg kedua ckp patco recon tu tak sesuai dgn kereta waja saya sbb pressure tak cukup kuat dan sbbkan aircond tak sejuk. Cooling coil saya baru tukar Feb 2011.
Apa yg patut saya lakukan?
Terima kasih.
-misswaja-
sila periksa 2 perkara ini untuk saya menilai:-
1)adakah suis kipas dan kompressor saudara berhenti sekejap2 (terlalu cepat berhenti dan hidup semula)
2)tabung gas didalam enjin menunjikan warna putih berbuih2
Terima kasih sbb reply. Masa isi gas baru, ada nampak buih2 putih keluar. tapi saya tak pasti bahagian mana. Cuma yg saya nampak ia keluar melalui metal silver yg mcm ada joint. tapi dibahagian bawah sebelah kanan compressor.
misswaja
Saya guna kembara 1.3 manual...masalah skang aircond dah xsejuk walau dh tukar compressor 2nd ori (kata mekanik tu la) 2 minggu lepas....masalah pe ek sbnrnya? Adakah saya perlu tkar cooling coil n condenser skali ( setelah baca pada post2 sblm ni...) dulu masa tukar compressor sejuk je so anggap yg lain tiada masalah...
Lagi satu kereta kembara ni enjin dia bergegar kuat..masa tukar kompressor tu pomen tu cakap 4 injap kereta kembara saya hanya 3 injap je bergerak..yg satu tu fail....dah baut mcm2 tukar plug,injection n coil ( taktau coil pe)
Saya menjangkakan tabung gas saudara telah kosong dan ada kebocoran gas pada kompressor,saya rasa kompressor tersebut terdapat sedikit kerosakan dan menyebabkan bocor gas lebih cepat.
Saya banyak mendapat soalan kenapa lepas tukar kompressor,sejuk sementara kemudian hilang,sebenarnya pertama,kompressor yang tidak elok sepert bocor ataupun piston kompressor yang tidak elok akan menyebabkan aircond sejuk hanya sementara.
Mengenai menukar komponen yang lain adalah tidak digalakkan kerana kompressor adalah bahagian utama dalam aircond.Bahagian lain susah rosak.
Jika saudara dapati terdapat kesilapan pemasangan semula lepas tukar kompressor sepert ada tempat2 berwarna kehitaman pada hose,kondenser dan kompressor,itu adalah kebocoran gas dan jika pada kompressor itu adalah bocor gas dan minyak kompressor,pastikan semua tersebut jauh dari bocor.
Mengenai gegaran plug tidak berfungsi,ada lebih baik saudara melakukan top overhaul jika coil dan plug telah ditukar,bocor pada seal dalam silinder menyebabkan 1 plug tidak berfungsi.
Saya nak tnya berkenaan dgn kereta sy, perodua kenari. kenapa kereta sy berbunyi kuat seperti besi bergeser bila on aircond? bila off bunyi tu stop.. brapa jumlah utk repair masalah ni?
Jika aircond kereta saudara masih sejuk ,geseran terjadi sebab minyak kompressor yang kurang dan jika sejuk telah kurang atau sedikit ia terjadi kerana geseran pada bearing pulley pemusing getah aircond.
Jika laluan udara masuk/keluar tersebut tiada suis sendiri apa yang saudara boleh lakukan adalah dengan mencabut positif penyambung kabel bateri dan pasangkan semula .In8i mungkin dapat membantu jika motor laluan masu/keluar angin tersebut dan mekanikalnya tidak rosak.Cuba dahulu dan perhatikan hasilnya.
Saya nak tanya, temperature kereta kancil saya naik mendadak n bahagian enjin berasap. Check air n minyak hitam sume okay cuma kipas air cond x pusing. Saya nak tahu kos untuk baiki kipas air cond berapa? haruskan kena tukar kipas atau tukar lain2 yang berkaitan. terima kasih in advance.
kesan minyak kondenser bermakna ada gas bocor di kondenser,tampal atau tukar kondenser sudah memadai untuka aircond sejuk semula.Kondenser dibawah rm200
Jika ada kesan bocor walau sedikit dari mana2 komponen aircond akan menyebabkan suis automatik kompressor bertindak lambat jadi walaupun gas masih ada aircond memang takan sejuk.
Jika ada di kondenser besar kemungkinan kondenser bocor,tukar atau tampal sudah memadai untuk aircond kembali sejuk.
Jika temp meter saudara tidak sampai merah bila enjin berasap,saudara tak perlu tukar apa2 hanya tukar kipas aircond sudah memadai,kos dibawah rm200 tetapi jika temp meter saudara sehingga merah saudara perlu tukar head silinder gasket yang pecah sebab enjin terlalu panas.
tu baru betul buang duit,komponen aircond bocor memang tak boleh tuang gas.Tuang juga nanti berbau satu keta dgn gas aircond.
tak sebut pun keta apa,so harga average le!
dr kancil temp. naik mendadak,
Sy dh jumpa foreman tapi sampai kat bengkel elok pulak kipas pusing, laju pulak tu..Dia check kt thermostat dan tukar sumthing kt thermostat sebab dah jammed katanya.Alhmdulillah dh 2 hari ni kereta okay, temperature tak naik.
Soalan saya, kalau ikut pengalaman dan pengetahuan incik. memang komponen dlm thermostat kah yang rosak. tp masa enjin berasap tu kipas radiator yg tak pusing.
*kalau tukar head silider gasket tu anggaran kos berapa ye?
TQ in advance
saya rasa masa saudara lihat, kipas radiator sedang berhenti,untuk pengetahuan saudara kipas radiator bersuis automatik dan akan berhenti apabila thermostat menutup laluannya.
Saya rasa masalah saudara telah selesai sepenuhnya.Top overhaul adalah dibawah rm 700.
maaf saya tersilap,tukar silinder head gasket saja kos anggaran dibawah rm400 sahaja
Saya rasa ada sedikit masalah suis auto aircond dan sensor pada kereta waja tersebut.
sila jumpa mekanik.
Nak tumpang tanye.. kenapa air cond kereta saya lambat sejuk... jika kereta di letakkan di tengah panas. pada mulanya, saya sangkakan berpunca dari tinted. Sekarang saya sudah pakai aircool..tapi masalah tetap sama. Nak kater gas abeh... time bese2 biler da lama2 sejok jer...
Yang kedua.. semasa dalam perjalanan, aircond kereta saya seperti tidak sejok... saya cuber bermain2 dengan suis aircond...saya tarik ke bahagian wap cermin hadapan semasa hujan. tibe2... corong aircond kereta saya mengeluarkan pasir kasar..dan aircond seperti langsung tidak mengeluarkan wap sejuk mahupun angin.. sehari selepas itu..saya membuka aircond kereta kembali,masih mengeluarkan pasir tapi dalam kuantiti yang minima...aircond pula kembali sejok...saya tidak tau apa punca masalah saya. harap boleh bantu
*Sue*
kereta saudart mengalami maslah sensor automatik yang tidak berfungsi dengan baik,dapatkan yang baru.kereta apa saudari pakai?
mslh tak sejuk tiba2,kmdn hidupkan enjin semula jadi sejuk,ini ada kaitan dgn suis ,sensor dan gas aircond kurang,jika suis kompressor tidak bertindak,kipas dan sensor tidak berfungsi langsung,ada juga terdapat gas yang terlalu kurang menyebabkan suis auto kompressor tidak bertindak
Kipas yang tidak pusing kuat juga menyebabkan a/cond tak sejuk tetapi sejuk waktu malam,tak sejuk dlm jam .
Biasanya kalau tukar cooling coil tukar sekali valve tersebut,jika bau gas dari dlm kereta memang benar valve tu bocor.kos valve tak melebihi rm150
saudara perlukan kompressor,kondenser,tabung gas,cooling coil, valve,kipas dan hose serta klip2 yang berkaitan ,anggaran kos sekitar rm 4000 ke bawah termasuk upah pemasangan.
nak tanye skit..saya pakai kereta Persona..baru2 nie a.cond saya xberfungsi..tp kipas dua2 pusing..apakah masalahnye..problem fius ker? anggaran servis dlm brape tue yer..ade suggestion kedai tak kat area shah alam?
Saya rasa pesona saudari perlukan pemeriksaan teliti kebocoran gas dimana2 bahagian aircond.Servis aircond adalah baik dan anggaran kos kira2 rm200
memang ada haiwan mati kot-sori gurau je!
bau busuk biasanya datang dari kotak cooling coil,jika bau menyengat mungkin ada gas bocor disitu.Nak perisa mudah buka 3 skru blower keluarkan blower dan suluh dengan lampu picit dalam kotak cooling coil,jika bocor ada kesan minyak disekeliling cooling coil.
Bila on aircond timing jadi tinggi/timing naik turun,kipas pusing tapi aircond tak sejuk.Saya ingin tahu bahagian mana yang bermasalah.
Terima kasih
saya rasa gas aircond kereta saudara sudah tiad,tambahkan gas dan periksa jika terdapat kebocoran.
Saya tak pasti saudara guna kereta apa,tetapi jika kereta Malaysia seperti Wira,Waja dan Proton 12 valve ianya mudah hanya perlu markingkan silinder head pada kedukan yang bertanda dan cabutkan distributor.Tuakar oil ring sekitar distributar dan tukar oil seal pada head dengan mengetuk perlahan2 oil seal baru dengan melandaskannya dengan oil seal lama.
http://3.bp.blogspot.com/_p4xCLo5q2qM/Sav3MVvgN-I/AAAAAAAAAEc/sFzi7LFe7CA/s400/P1050075.JPG
Kereta saudara mengalami masalah sensor suis yang biasanya berkedudukan didalam cooling coil,tukar sensor tersebut supaya ia bertindak sewajarnya.
Apa yang perlu diperiksa dengan teliti ialah:-
1)ketatkan belting aircon jika terlalu kendur
2)Minyak kompressor pastikan ditambah
3)Jika sekeliling kompresor terdapat minyak kehitaman itu tandanya ada kebocoran,baiki bocor tersebut
4)Pastikan bering adjuster dan bering clutch kompressor elok
boleh,itu yang sebaiknya.
anggaran kos sekitar rm300 kebawah
Aircond yang tidak berfungsi akan menyebabkan wire jadi panas bila aircond berterusan dihidupkan.Salah satu dari komponen aircond saudara tidak berfungsi.
Periksa fius aircond untuk pastikan suis automatik aircond boleh digunakan ,periksa juga suis on aircond pada dashboard adakah ia rosak atau tidak jika rosak pada suis tersebut wire akan jadi panas dan gas tidak dapat dimasukkan.
Wiring yang befungsi baik saja akan membolehkan gas aircond dimasukan.
Kereta saudara mengalami kerosakan sensor suhu cooling coil yang tidak berdaya mengawal kompressor dan kipas.Anggaran kos membaiki kira2 rm150 ke bawah.
saya pakai proton wira.bile drive 120km/j ke atas, aircond tak sejuk keluar angin saje.tapi bile slow kurang dari 120km/j aircond sejuk balik.ape masalahnye ye?
terima kasih
Hanya masalah kompressor lemah saja yang akan menyebabkan aircond jadi slow bila speeding.
Ini sering terjadi bila sampai di satu tahap kompressor tidak berdaya memberikan tekanan tinggi untuk mengalirkan gas sejuk ke bahgian lain a/c.
lg 1, nape simbol handbrake sentiasa menyala even handbrake dah turun?
tq
Masalah sejuk sementara adalah masalah kompressor yang bertekanan rendah dan rosak,dapatkan kompressor yang lain.
Terdapat suis pada handbrake tersebut,jika ia rosak atau wiring yang dah lusuh dan rosak menyebabkan lampu handbrake terus menyala.
Harga kompressor myvi sekitar rm300-350.
Sord87 ada kedai servis air-cond kah ? Kalau ada bagi alamat
terima kasih..
bro.. saya nak tanya mengenai compressor air cond kereta saya.. saya pakai kereta iswara 1.3 lmst.. masalah skrg.. compressor tu bunyi kuat sangat bila saya on air cond.. bila kereta jalan.. bunyi tu berkurangan.. bila bawak lagi laju.. terus tak bunyi.. tapi bila kereta masih hidup tapi berhenti contohnya dekat traffic light or tunggu org.. bunyi tu datang balik.. dah pergi pomen.. mulanya dia refill minyak compresser ngan tukar tali sawat.. then bunyi tu dah tak der.. tapi dalam sebulan.. bunyi tu datang balik.. saya g plak kat pomen lain.. then pomen tu tengok pastu dia ketatkan skru kat tali sawat tuh.. pastu dah tak bunyi dah compressor tu.. tapi lepas 3 jam.. bunyi balik.. sampai ja umah.. saya ambik lilin and letak la kat tali sawat tu.. masa nak letak tu baru saya perasan bila kereta on.. air cond on.. tapi tak jalan.. compressor tu berpusing tapi tersekat2.. saya tunggu tengok.. memang dia pusing tapi tersekat sekat.. bila lama saya tunggu.. siap berasap lagi.. huhuhuhuh.. terus saya off air cond.. so skrg nih apa masalah compressor saya nih ek? kena tukar baru ke? hmm aircond masih sejuk.. saya harap bro dapat tlg.. TQ
bro.. saya nak tanya mengenai compressor air cond kereta saya.. saya pakai kereta iswara 1.3 lmst.. masalah skrg.. compressor tu bunyi kuat sangat bila saya on air cond.. bila kereta jalan.. bunyi tu berkurangan.. bila bawak lagi laju.. terus tak bunyi.. tapi bila kereta masih hidup tapi berhenti contohnya dekat traffic light or tunggu org.. bunyi tu datang balik.. dah pergi pomen.. mulanya dia refill minyak compresser ngan tukar tali sawat.. then bunyi tu dah tak der.. tapi dalam sebulan.. bunyi tu datang balik.. saya g plak kat pomen lain.. then pomen tu tengok pastu dia ketatkan skru kat tali sawat tuh.. pastu dah tak bunyi dah compressor tu.. tapi lepas 3 jam.. bunyi balik.. sampai ja umah.. saya ambik lilin and letak la kat tali sawat tu.. masa nak letak tu baru saya perasan bila kereta on.. air cond on.. tapi tak jalan.. compressor tu berpusing tapi tersekat2.. saya tunggu tengok.. memang dia pusing tapi tersekat sekat.. bila lama saya tunggu.. siap berasap lagi.. huhuhuhuh.. terus saya off air cond.. so skrg nih apa masalah compressor saya nih ek? kena tukar baru ke? hmm aircond masih sejuk.. saya harap bro dapat tlg.. TQ
maaf lambat menjawab,biasanya yang terjadi adalah bering pulley adjuster yang telah pecah menyebabkan kompressor tidak bergerak,memadai bering adjuster dan belting ditukar.
maaf lambat menjawab,
Bila berasap bermakna terdapat sedikit kerosakan pada kompressor,terutamanya bering pada kompressor,Dapatkan mekanik untuk tukar bering kompressor tersebut.
masalah aircond berbau petrol adalah masalah yang tidak melibatkan aircond dan hose petrol juga tidak berdekatan dengan hose aircond,tetapi jika ada sedikit kebocoran pada mana2 hose petrol aircond akan berbau petrol kerana terdapat ruang untuk angin dari luar masuk kedalam kereta,ini akan bertindak bila blower berpusing,apa yang saudara perlu lakukan ialah memeriksa semua hose disekeliling carburator dan sekitarnya supaya ia jauh dari bau petrol atau kebocoran.
Blower tak hidup adalah masalah motor yang telah rosak,tukar motor blower.
Kedai ketuk body lebih baik kerana alatan welding,tampal dan selainnya ada.
Jika tangki bocor pun boleh welding ,hanya makan masa mungkin sehari dua utk keringkan tangki.
Masalah blower yang sentiasa hidup adalah masalah blower itu sendiri.Ia berpunca dari resistor ( gegelung kecil penukar kekuatan blower yang berkedudukan dalam kotak blower)
Keluarkan blower dan gantikan resistor tersebut.
sy guna myvi 1.3 2010
Baru-baru ni temperature kereta sy tiba2 naik. Dalam keadaan cemas tu, sy tutup aircond dan buka tingkap, temperature turun semula.
kenapa keadaan ini terjadi? Yang ini kali ketiga temperature kereta sy naik. Kali pertama berlaku,sudah dibawa ke pusat perodua dan check. Mereka ganti sensor water temperature. kali kedua berlaku, masa sy nak ke majlis kahwin kawan, bawa ke perodua, mereka check tapi tak tau error kat mana. Dan kali ke 3 berlaku dua hari lepas. tengah memandu dan on aircond.tiba-tiba tak rasa aircond. tengok temperature dah naik. cepat-cepat sy tutup aricond dan buka tingkap. temperature turun semula dan sy berhenti tepi jalan untuk biarkan sejuk dulu.
sy musykil sangat-sangat ni. nak check sendiri sy memang tak reti. almaklumla perempuan. Jadi kat mane silapnya kereta sy tu sampai dh ganti sensor water temperature pun still berlaku?Harap dapat bantu sy.
Masalah berkenaan temperature naik hanya melibatkan sistem air kereta sahaja dan komponen berkaitan adalah:-
1)Pastikan kipas radiator berpusing baik
2)Pastikan tiada bocor radiator dan hose
3)Thermostat -saya rasa saudari dah ganti
4)Water pump tidak bocor atau rosak,bila ada keluar air menitik itu dah rosak sila ganti.
5)Kereta saudari tidak pernah panas sehingga menjejak ke warna merah pada temperature meter,jika pernah gasket head telah bakar dan harus ditukar.
6)Jika terdapat dua kipas untuk radiator dan aircond pastikan kipas aircond hidup bila aircond dihidupkan.
Jika satupun dalam senarai diatas ok bermaksud saudari kena servis radiator sahaja.
saya memiliki naz citra 2008.. masalah aircond ni ialah aircond habis hanya dalam satu hari... pagi isi petang habis...
dah hantar pomen repair, sampai sekarang tak boleh kesan...
1. cooling coil dah tengok... tak bocor..
2. kondenser pun tak bocor
3. kompresor tak bocor jugak...
ade tak lain-lain part yang mungkin bocor...
tolong tuan pomen!
Periksa semula komponen aircond samada ada bocor atau tidak:-
1)Kompressor
2)Cooling coil
3)Kondenser
4)Tabung gas
5)Hose dan nat mengisi gas panas dan sejuk
6)Nat mengisi gas pada kompressor
7)Penyambung pada kondenser atas dan bawah
8)injap pada cooling
Saya rasa ia adalah bocor pada nat,tukar nat pada yang disebut tadi.
Saya baru repair aircond kereta saya. Tukar cooling coil yg bocor, tukar perumah cooling coil tu sekali, wayar sensor kat cooling coil, evaporated valve, drier filter. Saya juga telah cuci saluran gas aircond termasuk dalam condensor dengan cara masukkan petrol dan tembak angin kat dalam (saudara sord mencadangkan guna thinner pd post2 lepas. Andaikan semua berfungsi dengan baik. Kereta saga magma 1987. Berikut soalan saya
1. Bila tghari panas terik, aircond kereta saya tak sesejuk seperti kereta baru zaman sekarang. Adakah sebab condenser original mmg saiz kecik?. Tapi saya mendengar kompressor cut off dan on seperti biasa. Jadi pendapat saya saiz condensor dan kompressor adalah mencukupi untuk sejukkan gas aircond di kondensor.
2. Adakah kemungkinan masih lagi terdapat bendasing seperti habuk besi dalam condensor wpun telah dibersihkan dan menjadi punca condensor tak berfungsi 100% efficient? Perlu ke tukar baru yg ori or ada condensor lain yg lebih besar dan compatible
3. Apa punca kipas blower slow? Ammature dan carbon dah tukar baru. Bila buat sambungan direct ke bateri, berpusing laju. Bila pasang seperti biasa, alahai, lemah gemalai berpusing walaupun di set pada speed paling tinggi. Sakit hati tgk slow je. Bila dah pasang ke perumah blower tu, angin tak kuat la. Adakah ini standard kereta saga/iswara, angin takkan selaju kereta2 baru masa kini? Mekanik mencadangkan pasang relay, sambung direct pada bateri utk kipas laju tapi pada hemat saya walaupun ia berkesan sekalipun, itu alternatif, bukan hit kepada punca sebenar. Apakah punca sebenar? Terima kasih in advance kerana menjawab
Ini adalah salah satu dari masalah yang biasa dihadapi oleh banyak pengguna walaupun telah melakukan hampir seratus peratus pembaikan termasuk kondenser.
Apa yang saudara katakan mengenai habuk dsbnya memang benar telah mencacatkan sedikit gas aircond untuk di mampatkan dalam kondenser.
Saudara kena dapatkan kondenser yang lain,jika tidak saudara kena kekedai radiator untuk menukar bahagian sirip kondenser dan servis dengan bahan kimia yang lebih sesuai selain thinner dan petrol.
Maaf..mungkin soalan saya ini berulang kali telah ditanya.
Air cond wira saya sejuk. Tapi masalahnyer agak bising. Telah dirujuk ke beberapa wshop dan mereka menyatakan compressor bermasalah.
mohon nasihat...
atau sekiranya dpt dinyatakan lokasi workshop aircond yang sesuai untuk dirujuk...
kompressor yang bermasalah akan menmgeluarkan sedikit bunyi samada dari bering atau piston dalam kompressor tersebut.
Jika dah tambah gas dan minyak kompressor masih ada bunyi lagi pastikan saudara dapatkan kompressor yang baru,saya hanya boleh cadangkan di Puchong Taman maju Jaya-Chip auto aircond
Ada masalah pada FICD switch aircond pada kereta ,manakala semua hose vakum pada karburator dan distributor perlulah diperiksa dan gantikan jika ianya bocor atau koyak,kemudian tukar plug dan air filter.
sy malik dr kl, aircond kereta apabila dihidupkan akan mati dgn sendirinya dlm masa 1-2 minit...bila dihidupkan kembali msh sama..kdg2 lama sdikit sblm mati smla. hari ini sy telah kedai, bila diperiksa aircond ok kata pomen, sy disaran membuat service dan tambah gas so sy setuju. sesudah selesai masalah yg sama tidak selesai,aircond msh mati dgn sendiri, sy tnya kenapa?pomen itu memberitahu bahawa "Blower Aircond" rosak? dan pomen minta RM180 itu gantikan blower, jika ditambah dengan service dan gas yg sy buat td jumlah menjadi RM435 atau lebih. soalan sy betul ke blower yg rosak, berpatutan ke service+tambah gas RM245?. saya mohon jasa baik En emailkn sy jawapannya...terima kasih. maliksukhoi@gmail.com
Aircond kereta saya kerap kali mati dengan sendirinya selang 2-3 minit skli. petang td sy telah ke bengkel...setelah diperiksa pomen cinatu minta sy membuat service dan tambah gas. setelah selesai, masalah yg sama msh blm hilang. aircond kereta sy masih mati dgn sendiri. bila saya tanya pomen cina tu memberitahu "Blower Aircond" rosak...yg sebelumnya dia kata tak tahu rosak apa dan meminta dibuat service dan tambah gas. apabila ditanya dia memberitahu harga untuk blower tu hampir RM200, jika ditambah dengan service+tambah gas td jumlah RM450 lebih. jadi sy tidak jadi buat,sy memebayar utk service dan tambah gas td sebanyak RM245. saya merasakan tertipu kerana masalah sy belum selesai. soalan sy berapa harga Blower aircond proton wira?, betulkah masalah kereta sy adalah disebabkan blower aircond rosak? dan betulakah harga service aircond yg xsampai setengah jam buat RM180?. mohon en. emailkan kpd sy jawapan. sekian terima kasih. maliksukhoi@gmail.com
Masalah on/off switch adalah masalah pressure,dan masalah ini hanya boleh dibaiki dengan menukar pressure switch pada kompressor.
Boleh tau kedai katne tak?
Nak mintak tlg cek aircond kereta sy,
compressor dah ganti 2x
condensor dah tukar 1x
kipas aircond dah tukar 1x,
tp air cond masih panas..
sy punya myvi aircond problem masih tak selesai,
condensor dah tukar 1x,
compressor 2x,
kipas 1x,
tgk gas tak bocor,
tapi aircond still panas...
saudara ada kedai ke?
sbb sy pn ada di putra permai,
ingt nak minta tlg saudara tgk kan
komponen aircond ada:-
1.kompressor
2.kondenser
3.cooling coil
4.valve aircond
5.filter gas
saya rasa cooling coil ,valve dan filter gas saudara belum tukar,jika tak sejuk juga kena pastikan pressure suis dan cooling coil sensor switch juga perlu ditukar.
Saya menggunakan Honda Accord iVtec 2.0I ahun 2003.
Saya memerlukan pendapat serta cadangan tuan berkenaan Aicond Compressor saya.
Masalah/Simtom saya :
1. Ada masa Aircons saya tidak sejuk langsung dan angin blower berbau sedikit.
2. Saya telah pergi check gas penuh tetapi masih ada masa tidak sejuk dan hanya blower sahaja dan sekarang kerap berlaku.
3. Dah pergi check dan makanik aircond kata Magnetic Coil saya rosak setelah dia check menggunakan wayar bermentol dan dicocok pada connector ke compressor dan mentol itu menyala. Adakah ini caranye check untuk tahu Magnetic Coil rosak?
3. Makanik itu cadangkan saya tukar Magnetic Coil denagn kos RM250 siapa pasang. Adakan kos ini berpatuttan?? kerana saya telah check kos full set Plat, Billey & Magnetic Coil =RM130 (Taiwan) dan kalau Magnetic coil shj RM55. Perlukah saya tukar satu set sekali atau saya just tukar Magnetic Coil sahaja??
4. Perlukah memebuka/menurunkan compressor dari engine dan membuanag Gas sekiranya ingin menukar Magnetic coil sahaja?
Saya berharap tuan dapat memberi pendapat dan sedikit infor kes saya diatas.
Terima Kasih.
Mazlan Asrik
60126303798
Nilai, Negeri Sembilan.
Saya menggunakan Honda Accord iVtec 2.0I ahun 2003.
Saya memerlukan pendapat serta cadangan tuan berkenaan Aicond Compressor saya.
Masalah/Simtom saya :
1. Ada masa Aircons saya tidak sejuk langsung dan angin blower berbau sedikit.
2. Saya telah pergi check gas penuh tetapi masih ada masa tidak sejuk dan hanya blower sahaja dan sekarang kerap berlaku.
3. Dah pergi check dan makanik aircond kata Magnetic Coil saya rosak setelah dia check menggunakan wayar bermentol dan dicocok pada connector ke compressor dan mentol itu menyala. Adakah ini caranye check untuk tahu Magnetic Coil rosak?
3. Makanik itu cadangkan saya tukar Magnetic Coil denagn kos RM250 siapa pasang. Adakan kos ini berpatuttan?? kerana saya telah check kos full set Plat, Billey & Magnetic Coil =RM130 (Taiwan) dan kalau Magnetic coil shj RM55. Perlukah saya tukar satu set sekali atau saya just tukar Magnetic Coil sahaja??
4. Perlukah memebuka/menurunkan compressor dari engine dan membuanag Gas sekiranya ingin menukar Magnetic coil sahaja?
Saya berharap tuan dapat memberi pendapat dan sedikit infor kes saya diatas.
Terima Kasih.
Mazlan Asrik
60126303798
Nilai, Negeri Sembilan.
Magnetic coil yang rosak akan menyebabkan kompressor tidak berdaya memampatkan gas aircond menjadi sejuk .
Magnetic coil yang rosak akan berbunyi bising dan tidak melekat/melekat sekali sekala pada pulley kompressor ketika enjin dan aircond dihidupkan.
Menukar keseluruhan apa yang saudara sebutkan memerlukan spesifikasi yang sempurna,jika jarak antara magnetic coil dan kompressor jauh ia tidak akan berfungsi baik,memadai jika menukar magnetic coil sahaja.
Tukar magnetic coil honda perlu turunkan kompressor kerana ruang yang sempit untuk menukarnya berbanding mercedes yang boleh ditukar begitu saja.
Saya akan ikut nasihat saudara keran asaya sendir tidak arif didalm baba kereta ni..tau pakai sahaja ...
sedikit soalan terakhir :
1. Boleh saudara cadangkan dimana saya boleh dapatkan part magnetic coil yang berpatutan dan tempat untuk saya memasang part tersebut di area Nilai atau mungkin saudara sendiri boleh pasangkan.
2. Saya bercadang untuk service sekali aircond tetapi mengikut makanik mereka perlu tanggalkan kesemua dashboad dalam untuk service aircond untuk model Accord saya. Adakah perlu buka kesemua dashboard??.
3. Mengikut pengalaman tuan berapakan kos untuk tukar Magnetic Coil dan full Aircond service bagi model saya.
Terima kasih.
1.magnetic coil boleh didapati dimana2 kedai alatganti biasa atau alatganti aircond seperti daikin,denso dsbnya.
Nilai saya tak pasti tetapi mana2 kedai aircond boleh pasang magnetic coil tersebut.
2.Mencabut keseluruhan dashboard biasa dilakukan apabila cooling coil berkedudukan ditengah2 dashboard dan saya rasa cooling coil honda saudara terletak ditengah2 dashboard,membuka keseluruhan dashboard akan memudahkan kerja servis.
3.servis dan tukar magnetic coil adalah kira2 rm400 kebawah.
saya nk tnye sikit, kereta saya mengalami masalah aircond, pada mula nye bila kereta bergerak sejuk,bile tiba kat trffc light dan jem jek aircong jd panas. lame2 teros panas walaupn kereta bergerak. pegi bengkel kate cmprsor rosak. sy nk tny kalau nk ganti cmprsor untuk kereta kancil cc 850 berape ringgit selalu? termasok service aircond?
harga kompressor sekitar rm 350 termasuk servis dan gas sekitar rm500 sahaja!
boleh tau lokasi kedai tuan?
sy nak selesaikan masalah aircond sy,
kereta jenis myvi
aircond tak sejuk,
compressor dh ganti 2x,
condensor dh ganti,
kipas dh ganti,
harap sord87 dpt bagitau lokasi kedai untuk saya hantar kereta sy..
1.Kompressor
2.Kondenser
3.Filter drier
4.cooling coil
5.valve cooling coil
Jika semua tersebut telah ditukar bermakna keadaan a/cond saudara akan elok seperti biasa.
Periksa kedua hose yang masuk ke dalam dari enjin berdekatan body ketika a/cond dihidupkan,jika satu panas dan satu sejuk bermakna tiada masalah pada kompressor dan kondenser,jadi masalah saudara hanya pada valve dan cooling coil serta filter drier/receiver(tabung gas).
Mekanik hanya perlu tukar cooling coil,drier dan valve insyallah a/cond akan kembali seperti sediakala.
Sy nak tanya sy pakai wira 1.3 tahun 1998. tahun 2008 sy dah tukar kompresor recon tapi sekarang aircon sy hanya keluar angin panas sahaja sy suspek magnet kat kompresor tu rosak bila on aircon dia takde bunyi magnet tu berfungsi..berapa kos untuk repair magnet tu ataupun ade benda lain rosak. kipas dan blower semua ok...
Cuba periksa fuse pada kotak hitam dalam enjin dan bawah kaki driver bertanda ACC ,pastikan fuse tu tak terbakar,gantikan jika terbakar.
2.Rosak magnet kurang berlaku ,magnet clutch rosak akan ada bunyi seperti melekat atau tiada tindakbalas walaupun ada laluan elektrik pada kompressor-kos ganti sekitar rm250.
Minyak kompressor dah kurang,sila tambahkan untuk menghalang kompressor jadi rosak terus.
Saya pakai viva elite 1.0 auto, ketika saya berjalan, turn on aircond, akan ada bunyik berdesir "ciiissss" setiap minit.. normal ke? kadang terasa enjin macam berat skit bila bunyik tu klua, member cakap bunyik compressor.. saya kurang arif tentang kereta..so far aircond sejuk/normal..
viv elite auto 1.0 tahun 2010
Memang benar ia bunyi kompressor tapi bukan sebab kompressor rosak,cuma mekanikal kompressor tersebut ada bergesel mungkin bering dan puley!
saya pkai kereta waja cmpro manual..
ni bila saya on air cond, die juz keluar angin je..pas 2 dlm 5-10 minit baru keluar gas sejuk. 2 pon selepas dgr bunyi 'tik' dkt enjin..
bila dh sejuk 2 die ok je xkira benti or jalan..
ape prob die r? ad org kata sensor, ada org kata gas kurang, ada org kata cooling coil..mana 1 yg betul? nk anto kt kedai ni tp takut kene kecing plak..mcm2 suruh tkr t..
kalo bro tau ape kerosakan die.leh x tlg terangkn dn berapa kos untk repair..
ps: bro tau x kedai servis air kon ketaa yang boleh dipercayai di area seremban??
tq
tukar sensor cooling coil kos sekitar rm120
Sy rezo, mempunyai masalah aircond MYVI 1.3 M, perkara yg telah dilakukan terhadap system aircond:
-menukar kompressor denso (baru) & mengisi gas bserta minyak aircond.
-air cond kereta terasa sejuk tetapi tidak sesejuk dahulu..
-check semula kebocoran mengunakan host biru merah.tiada bocor
-tubing masuk dari compressor sejuk dan berpeluh.
-tiada perubahan kesejukan apabila suis tekat penyejuk di naikan kan atau diturunkan...sama tahap penyejukan
-turn on and turn off dikedengaran...atau munkin lama
-adakah masalah ngan temp. sensor? @ valve expansion?
-cooling coil masih tidak disevice lagi,
Saya bingung...
pastikan suis a/cond bertindak baik menghidupkan kipas dan berhenti pada waktunya,
selain daripada bering klac pecah ada kemungkinan belting terlalu kendur sebabkan bunyi krek tersebut.
baru-baru ni belting air cond saya berasap, tapi sebelum tu saya dengar bunyi belting (masa tu air cond memang tak sejuk). Bila saya rujuk bengkel terdekat mekanik cakap kompresor rosak berdasarkan bila on suis air cond belting kompresor bergerak agak perlahan.Berapa kos anggaran? minta pendapat tuan
Persoalannya kenapa aircond saya tidak sejuk ? bila cuaca panas?
tetapi bila saya keluar waktu malam, aircond itu sangat sejuk. saya berasa sangat hairan. kenapa ya ? apa lagi yang saya perlu cek ? suhu enjin saya normal sebab saya da lakukan service radiator dan menggantikan radiator yang baru serta pipe2 yang bocor.saya kurang berpuas hati dengan kesejukkan aircond kereta saya. saya telah membandingkan kesejukkan kereta saya dan kereta kawan saya honda sm4, ternyata ianya sangat berbeza, kereta kawan saya lebih sejuk. kenapa ya ? apa yang perlu saya lakukan lagi ?
2.Tukar kondenser tersebut insyallah a/cnd saudara kembali seperti sediakala.
boss. saya telah membuat uji kaji. baru sahaja, saya telah menyuruh adik saya menyimbah air di kondensor aircond, dan saya berada dalam kereta, ternyata saya berasa sejuk. Thermostat juga berfungsi dengan baik, auto cut off. jadi adakah saya perlu menukar condensor baru ? atau menukar high speed fan ? berapakah bajet untuk kondensor ?
bagaimana pula dengan pemilihan kondensor ? adakah saya patot pilih lebih besar ? setahu saya makin besar kondensor makin sejuk ? betolkah ?
nak tnya sikit pasal aircond.. saya pakai myvi se07.. masalahnya skang aircond kereta saya tidak sejuk apabila kereta dlm keadaan berjalan.. seperti kompresor kehilangan kuasa.. tapi apabila dlm enjin kereta idle, aircond sejuk je.. untuk makluman tuan, kereta saya sudah tkr kompressor ngan kondensor tahun lepas. terima kasih...
Sy ade mslah pd ac compressor...
Ade bunyi bising... Btul ak ade masalah pulley bearing?
Bunyi ade bila on air cond..
Hope dpt suggestion..
sy nk tya, kenapa aircond kereta viva 1.0cc sy selalu terbakar fius. biasanye bila keaadaan hujan fius aircond akan blow.macam mana nak mengatasi masalah ini.tq
Saya bawa semula ke bengkel, dia kata kipas tak cukup kuat. Jadi saya ganti kipas, dan mmg nampak putaran yg lebih laju. Sejuk la sehari dua. Pastu panas balik. Tapi bila malam mmg sejuk. Dekat RM 700 dah terbang.
Jadi apa patut saya buat? Cuma condenser je belum tukar. Tauke tu cakap condenser ok, tak payah usik. Bagaimana cara saya nak test samada condenser ni ok atau tidak? Dan lagi satu, arah angin kipas ni, sepatutnya meniup menghala ke condenser ke, atau menyedut haba dari condenser? Terima kasih tuan.
2.angin kipas a/cond menghala keluar
kearah enjin
a/c kereta saya keluarkan bau yg lembab 2 minggu lepas,beberapa hari kemudian a/c saya panas, saya tambah gas. lepas 2 ari gas abis lg & skrg dah xleh pakai a/c dah sb gas abis. saya cuma nak kepastian sama ada betul ke cooling coil a/c saya yg bocor? estimate harga berapa ye kalau tuka cooling coil?
cuba tanya En Azam 018 257 4401 dye ada pusat servis penyaman udara kenderaan yang guna sistem FLUSHING untuk semua masalah aircond anda.
Shah Alam Selangor DE
Saya da ke bengkel, pomen chek (pakai alat mcm test pen) dan dia kata kompressor rosak sebab karen ada tapi kompressor tak jalan/pusing...kipas brpusing macam biasa.
Betul ke kompressor yg rosak?