Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Penggunaan alat diagnostic dalam mengesan kerosakan enjin kereta

Olehkerana masa dan penggunaan komputer yang meluas maka sistem sesebuah kenderaan atau kereta telah diubahsuai dan dinaiktaraf supaya selari dengan peredaran zaman.Maka terhasillah komponen-komponen yang telah disambungkan terus kepada kotak komputer (ECU/ECM) yang diletakkan khas dibawah papan pemuka (dashboard )sesebuah kereta.

Penggunaan kotak komputer ini adalah untuk mempercepatkan lagi pengesanan kerosakan serta mengesan ketidakupayaan komponen kereta seperti bateri,alternator dsbnya.Alat yang selalu digunakan adalah alat diagnostic/OBD (On Board Diagnostic) yang disambungkan terus ke panel bateri dan panel khas yang disediakan didalam sesebuah kenderaan.

OBD yang disarankan oleh Mekanik blog ini,kereta Malaysia juga ada dalam senarai



Alat ini bertindak dengan menggunakan kod-kod yang disesuaikan dalam kotak komputer dan juga disambungkan terus kepada komponen-komponen sesebuah kereta.Alat ini amat senang berfungsi dan applikasinya seperti juga menggunakan komputer peribadi dsbnya juga terdapat sambungan usb dalam penggunaanya.

Akantetapi bukan semua kerosakan komponen dapat dikesan secara tepat oleh alat diagnostic,ini adalah kerana binaan komponen sesebuah kereta adalah begitu rumit dan sensitif dan banyak faktor seperti sistem pendawaian yang telah lusuh,kebocoran minyak hitam,suis rosak dsbnya boleh menyebabkan alat ini tidak dapat mengesan kerosakan seratus peratus.

Contoh terdekat walaupun kereta anda menyalakan lampu 'check engine' kadangkala ia tidak merujuk kepada kerosakan kotak komputer tetapi kerosakan kecil seperti fius terbakar,kekurangan minyak pelincir dan juga kebocoran saluran dan bukan semua kerosakan itu dapat dikesan secara terus oleh sesebuah alat diagnostic.Enjin yang mengalami gegaran bila dihidupkan dan kadangkala mati dikala idling adalah kerosakan yang boleh dirujuk terus kepada kerosakan kotak komputer bagi kereta mewah seperti Merceds Benz compressor,Toyota Alphard dll.

Ini adalah kerana penggunaan komputer adalah menyeluruh didalam kereta-kereta mewah tersebut dan jika anda adalah salah seorang pengguna kenderaan seperti ini adalah lebih baik jika anda dapat merujuk terus kepada bengkel2 yang terdapat alat diagnostic ini supaya kereta anda tidak mengalami kerosakan yang lebih teruk jika komponen yang tidak tepat dibaiki.

Comments


Salam, kereta sy Honda civic fd, enjin gegar bila tak tekan pedal, ni berlaku lepas tukar gasket enjin dan mounting, apa penyebabnya? Boleh bantu sy?
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ada buat top overhaul,ini tanda ada terdapat goyang pada camshaft,minta mekanik periksa semula ,jika kedudukan atau cam rod dan rocker arm tidak selesa kedudukannya ,gegaran akan tetap ada
Zack said…
Salam tuan
Timing kete wira sy terlalu rendah dan injin bolih terus mati
Perlu check dgn komputer ke
Mekanik Kereta said…
wslm,buat tuning,tukar plug ,adjust distributor dan karburator atau throttle body,servis keduanya juga baik untuk RPM
Isyraq said…
Salam..saya pakai perdana v6..enjin selalu mati dan tersenguk2 bila jalan..da bukak bateri negatif..kereta akan okey..tpi bila enjin di matikan,dan on semula..akan jadi benda yg sama..pluq,cable,coil semua da tukar..lampu check enjin menyala
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin sengguk tanda ada gangguan pada sensor,biasanya untuk kereta Malaysia ialah MAP sensor dan ekzos sensor O2,buka soket ketika enjin hidup dan jika keadaan keeta normal tiada gangguan ini tanda sensor ada masalah
md faisal said…
saya pemilik 2013..apabila engine sejuk gear R respon reverse dalam 3 minit baru kereta berundur..apabila enjin panas, tunggu 30 minit pun reverse tak ada
Mekanik Kereta said…
terdapat solenoid yang dipanggil shift solenoid sensor dalam kotak minyak gear,ada 4 keseuanya ,in sha allah ok jika diganti
shakir said…
Assalamualaykum tuan, mohon nasihat tentang prkara ini, saya menggunakan prado 3000cc 1kz tahun 2000 masalahnya ialah baru 2 atau 3 hari ni tengah memandu tetiba rasa mcm lost power dan check engine light on utk 5-10 saat kemudanian kembali normal dan dlm 20 atau 30 minit berulang lagi.. minta juga rekomen mekanik di penang tqvm
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kuasa hilang akibat fuel injection ada asalah,jika ganti injector kereta akan stabil.
Unknown said…
Brpa kos
Unknown said…
Saya pakai saga blm,, timing selalu tinggi..bunyi enjin kasar. Sebab apa ye??
Mekanik Kereta said…
baca isi kandungan blog saya di
https://mekanikkereta.blogspot.com/2015/09/kesan-kesan-buruk-ke-atas-enjin-akibat.html
Rusydi said…
Salam klau smua alam abs naik..pump die rosak atau selenod jew boleh baiki atau kne tukar pump abs terus ya..
Mekanik Kereta said…
wslm,sebaiknya tukar pam kerana jika alarm abs keluar ia tanda masalah pam yang tidak elok
Loka loka said…
Salam MK,
Keta sya pakai 4g92 CK,
1) Power xda (semput)
2) Start kene 2 kali paling kurang bru hidup
3) Hidupkan kete beggegar macam ade bende longgar kat belakang
3) Fuel pressure regulator bacaan x stabil
4) Idle RPM xstabil(800-1000 rpm)
5) Lepas Klac rasa macam ada bende longgar kat belakang
6) Tukar gear rpm akan turun macam enjin nak padam (flat)

-Coil kabel dah tukar baru
-Plug dah tukar
-Injector dah servis, sebelum servis ade 3 injector sumbat
-Petrol jalan cantik

Ape masalah ye sifu...mohon pertolongan

Mekanik Kereta said…
wslm,masalah ini semua ada kaitan dengan api distributor, apabila dalam keadaan free gear RPM rendah dan menyebabkan apabila klac masuk enjin bergegar. Misfire adalah punca keadaan ini berlarutan. Distributor perlu tukar dan apabila RPM stabil ,minyak juga akan ok dan seterusnya enjin jadi lebih lancar
Unknown said…
assalam, tumpang tnye, wira tahun 2000 kebawah obd1 ke obd2 yea? barape kah kadar harge utk scan enjin kete tu?mahal x yea? adekah ble connect je dah di caj atau ble dah detect penyakit baru caj?
Mekanik Kereta said…
wslm,guna obd2 kerana obd 1 untuk kereta sebelum 1995 saja. Scan sekali dah cukup. scan sekitar rm100,scan sehingga dapat masalah baru caj
ZuL said…
Assalamualaikum tuan. Nak tnya sikit. Honda City tmo 2011. Ada jerking bila tgh memandu. Bukan masa shift gear, tapi bila tekan pedal perlahan2 sbb bawa slow. Baru ada jerking. Minta pandangan tuan sikit.
zimmer said…
Waalaikumsalam,jerking adalah akibat api combustion dalam enjin yang lemah,hanya perlu ganti plug coil
Unknown said…
salam...tumpang tnaya,saya ada masalah lampu check enjin bila bawak lebih pada 100 akan naik.....bawak g bengkel pomen xdapat nk scam komputer box sebab tiada supply dari cable....dah semua fuis ok...tapi supply untuk scan tiada....apa masalah ya?
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah speed sensor dan oksigen sensor juga perlu tukar kerana tidak berdaya tampung kepanasan dan tekanan enjin
Unknown said…
Assalamualaikum cik..saya guna kereta proton saga flx, dah hampir 9 tahun. sekarang ni kereta saya bila naik bukit dia jadi semput semput macam minyak x support. pastu gear jadi free sendiri. lampu check engine akan menyala. pastu kena undur semula dan mati enjin dulu sekejap. tapi lepas tu kalau naik bukit...dia jadi lagi...boleh tahu tak sebab ape jadi macam tu cik..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kuasa hilang akibat in jector yang samada sumbat atau kotor,perlu servis atau tukar injector semua,inshaalah bila aliran minyak ok ,enjin lebih baik,tukarkan juga fuel filter
Unknown said…
Assalamualaikum.. Saya pakai Unser 1.8GLI(A) tahun2002.Baru 2bulan beli. Bila naik bukit terasa berat nak naik. Bunyi mengaum. Daripada D tukar 2 naik slow hingga tukar pada L baru naik. Adakah itu masaalah gearbox?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,biasanya ini masalah injector yang sumbat dan kotor,perlu tukar atau servis,tukar juga fuel filter,jika aliran minyak bersih dan kuasa api dari plug juga ok,masalah ini bukan datang dari gearbox
Unknown said…
Assalam....tuan kereta camry saya setiap malam alarm berbunyi tanpa sebab...malam sahaja...bunyi alarm sekejap dan mati sendiri...
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ada butang reset ,gunakan untuk reset alarm,jika tidak ada cabut fuse alarm di bawah dashboard untuk 30 minit dan pasang semula
Unknown said…
Bang... Area pj blh tau x mana bengkel yg terdekat yg ade perkhidmatan bengkel gn alat ni?
Mekanik Kereta said…
Alat ni boleh jumpa cuma dikedai jual alat kegunaan woksyop,boleh juga beli di online
Mekanik Kereta said…
semua wsyop moden ada alat scanner ini
Unknown said…
Salam tuan.
Saya punta kereta proton persona keluaran tahun 2012.

Masalah kereta saya adalah lampu amaran enjin menyala tetapi akan padam dengan sendiri, tapi semalam tiba tiba enjin mati dan tak boleh hidup, boleh start tapi tak hidup. Saya cuba tukar crank sensor atas dan bawah tapi masih tak nak hidup, apa kebarangkalian masalah kereta saya tuan. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,
Fuel pump kereta ini tidak lagi bekerja,sebaiknya tukar fuel pump,inshaallah ok
fazlin said…
Salam sejahtera.Saya guna&pakai exora mc b-line auto cps 2010..Saya ada masalah,2 hari lepas tiba2 lampu signal kiri kanan tidak berfungsi termasuk double signal(emergency signal)dari luar,depan&belakang kecuali pada board meter ada berfungsi menyala.
Saya ada bawa jumpa pada pakar2 wiring tetapi mereka tidak boleh buat apa2 kerana semua relay,fius sekali hon,wiper berjalan berfungsi dengan baik dari segi fuse box dalam&luar juga tiada masalah,jadi apakah sebenarnya yang berlaku kalau dua2 fuse box nie masih berfungsi&elok juga tiada masalah berkaitan wiring ada short karan..
Mohon penjelasan..
Terima Kasih
Mekanik Kereta said…
salam kembali,minta mekanik gantikan semua mentol lampu signal,inshaallah kembali ok.Biasanya jika ada salah satu mentol yang rosak atau tidak tepat kedudukan walau elektrikalnya ok ia tetap tidak berfungsi.
Unknown said…
Salam..sya pkai krta hnda eg..knape ble bwak plahn die trsenggut2..tpi ble bwk lju ok je..dan lmpu engin sntiase mnyala ble bwak..dah scan gne com pon xdpt cri..apa pnce nya ye tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,idling kereta ini tak stabil dan sensor ada masalah terutamanya throttle sensor,sebaiknya tukar fuel filter dulu dan servis throttle body dan jika inginkan lebih baik lagi tukar satu set injector supaya semua minyak yang masuk bersih dengan throttle yang bersih juga
Assalamualaikum tuan..

Boleh tuan bagi pandangan tentang ini..

Kereta honda civic ferio tidak hidup lebih 3tahun

Sekarang dah dibaiki segala yg perlu..

Dan Hari ni sound Dan RPM tinggi

Ia juga telah nyala check engine semasa start..

Apakah jalan untuk selesaikan masalah ini

Terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,masalah ini adalah kotoran yang banyak dalam minyak petrol,perlu tukar set injector dan fuel filter
Unknown said…
Assalaa'mualaikum maaf bertanya dan terima kasih atas ilmu yg di kongsikan sy guna honda city 2013 minta pendapat mcm mana cara jaga kereta dari penggunaan minyak gear m. Hitam. M. Break. Ada lg mungkin tp saya tak tahu nk tanya.
Unknown said…
Ok test
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam, jaga minyak amat mudah,setiap 5000 km untuk minyak hitam mineral perlu ditukar dan setiap 10000 km untuk minyak jenis semi dan fully sintetik. Manakala untuk minyak gear auto ialah setiap 20000 km perlu tukar termasuk autofilter,jika guna manual ialah setiap 40000 km. Untuk minyak brek tak perlu tukar kecuali jika kurang perlu tambah
Oldest Older 201 – 243 of 243

Popular Posts