Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Waja paling kerap alami masalah fuel pump sedemikian

Berdasarkan pengalaman beberapa tahun buka dan pasang enjin dan baiki kereta rosak,lama-lama tercatat juga statistik dalam benak kepala aku ni kekerapan kerosakan kereta waja.Mungkin disebabkan komponen yang agak kurang kualiti kereta waja selalu mengalami kerosakan fuel pump selain daripada selalu sangat kena tukar bateri .

Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalau yang original dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.

Entah apa silapnya alatganti waja ni jadi mahal,wallahualam.Banyak juga yang aku cuba tapi tak berapa nak muat di tempat bawah kerusi penumpang belakang waja. Fuel pump adalah alat paling penting sekali untuk sistem pancit minyak atau lebih dikenali sebagai fuel injection.

Memang aku tak nafikan waja adalah kereta yang paling elok dari Proton samada bentuk model,kelajuan,kestabilan,keselesaan dan banyak lagi cuma yang tak sedap alatgantinya yang agak mahal.Pesona pun tak kurang juga istimewanya cuma Pesona tu nampak sporty sikit jadi ramai pemuda yang menggunakannya ,nampak lebih bergaya le!

Jika nak kenal bagaimana simptom-simptom kerosakan fuel pump waja adalah seperti berikut:-

1)Tiba-tiba tidak boleh di hdupkan
2)Sesekali hidup terus mati
3)Tersenggut2 bila naik bukit
4)Kurang pick up bila begerak
5)Berbau minyak di enjin kereta

Jika ada tanda-tanda sedemikian ,korang kena lah hati2 sediakan duit dan kenalpasti bengkel terdekat,supaya senang bila dah rosak nanti.


Inilah rupa bentuk fuel pump yang mencecah rm500 keatas tu!

Comments

Anonymous said…
Salam bro dh overcome ke masalah tu??sya pn kna sebiji cmtu..sya dh tukar fuelpump dh tukar coil cam sensor fuel filter but still happen..tekanan dh ni.tolong sat kalo tau
Unknown said…
Enjin mati bila lampu kuning menyala...lampu kuning mati boleh hidup semula...lpas tu mati lg dan lmpu kuning menyala...why?
Unknown said…
Salam..masalah saya enjin mati tiba2 bila lapu kuning menyala...bila lampu kuning mati enjin bleh start..bila dah hidup enjin mati semula bila lampu kuning mnyala...apsal eak?
Mekanik Kereta said…
@Razif Denlampu kuning bertanda apa?
Unknown said…
lampu kuning kat tengah bwh rpm n speedo meter...lampu 'check engine'...
Unknown said…
lampu kuning 'check engine'...biasa on kunci lampu tu mesti hidup,,bila mati baru leh start kn?
Mekanik Kereta said…
@Razif Densaudara perlu buat diagnose guna code reader untuk mengetahui kerosakan sensor yang mana rosak.Kemudian baru boleh tahu kenapa lampu tersebut menyala
Mekanik Kereta said…
@Razif Densemua lampu pada panel meter akan menyala bila kunci pada ON dan akan padam semua selepas enjin hidup

Jika lampu check enjin terus menyala dan kadangkala padam,ada masalah pada sensor.

saudara boleh resetkan dengan mencabut wayar negatif bateri sekitar 2 minit pasangkan semula,jika lampu check engine tetap nyala sila buat diagnose di w/syop berdekatan untuk mengetahui code sensor mana yang rosak
khairul said…
Askom... Saya ada krta waja 2002..apabila naik 130 engin bunyi kuat klau speed lju lagi engin snyap....adakah krta saya ada msalah?

khairul said…
Kta waja 2002 bila kjuan 130 engin bumyi kuat tpi bila lbih lgi engin snyap adakah krta bermasalah
Mekanik Kereta said…
@khairulkereta yang bergerak pada kelajuan rendah bunyi akan lebih kedengaran akantetapi bila laju bunyi tersebut kurang didengar.

1.Pastikan minyak hitam cukup
2.Bunyi ketukan pada tappet akan lebih ketara jika enjin sedikit panas
3.Pastikan radiator dan air tidak bocor
4.Tambahkan coolant supaya enjin lebih sejuk sekata
Unknown said…
tq...saya dah buat diagnose,ternyata camchalf sensor telah rosak,,,setelh dtukar barulh ok..
Unknown said…
Salam bang..sy fizi.. kereta waja thun 2005 sy tetbe mti dtpi higway.. da tow blik kerumh.. sy try buka fuel pump.. sy try fuel pum tu.. mto brfngsi dgn baik.. sy psng smula.. strt n slps 10 mnit sy mtikn n cube hdupkn blik trus x bole hdup.. mnx pndpt abg.. n 1 lg.. bila sy kona stering ke ke knn ad bnyik krek2 pd bhgian tyar.. adkh bnyi drive shft.. rosak yg kiri @ knn tu bang.. tq bang..
Mekanik Kereta said…
@muhammad hafiziBuka semula fuel pump tu periksa betul2 kot2 wayr negatif bersentuh kat mana2 body enjin akan terus mati,biasa jadi camtu.

2.konar kiri bunyi rosak drive shaft kiri,konar kanan rosak kanan
Unknown said…
Salam.. sy fizi guna waja thun 05.. krte sy mti di tpi higway.. sy cbe strt blik x bole.. mcm mnyk x naik.. sy dah bkk fuel pump.. test pump brfngsi dgn baik.. ble sy psng blik pd tgki.. dan strt bole hdup.. slpas 10 mnit.. sy start blik.. trus x bole hdup.. adkh mslh pump @ bnda lain.. minx bntuan..
Mekanik Kereta said…
@muhammad hafiziperiksa wayar negatif pada fuel pump,jangan bersentuh ketika dipasang.
Anonymous said…
Salam boss..
Sy pemilik waja 2001.Masalahnya fuel pump dh tukar,
Bateri pun dah tukar,tp masa bawa..enjin masih mati tiba2.
Bila start signal enjin lama nk padam..pastu x blh start.
Apa masalahnya.?.
Mekanik Kereta said…
@Anonymousenjin mati tiba2 biasanya sebab minyak yang tak sampai dan biasanya juga wiring negatif atau soket pada fuel pump waja agak longgar dan negatif yang hilang,periksa semula wiring pada fuel pump
Unknown said…
assalam bro, kereta waja auto 04 saya kelajuan tidak lebih dr 120..seakan2 cut limit..saya telah tukar coil plug,plug, tune engin..apakah bende yg boleh saya check selain dr itu..terima kasih
Mekanik Kereta said…
@Manan aripkelajuan yang tersekat biasanya atas sebab throttle body yang kotor,(servis throttle body) dan terlampau banyak karbon dalam enjin,gunakan decarbonizer untuk mengurangkan karbon dalam enjin.
Anonymous said…
Salam buat blogger..waja auto 01.buat hal mati tengah2 jalan. Fuel filter tukar baru..mungkin fuel pump masalah. Try nak test fuel pump..start engine tapi biar kan hose ke fuel filter berbuka.bila start je. Banyak minyak kuar.maksudnya fuel pump ok kan..entah..saya pun tak paham.tapi engine masih tak idup.cranking ok.apa lagi masalah dia.tengok wiring mcm ok.takda kesan terbakar or earthing...tolong ya tuan blogger.tak pasti sama ada fuel pump problem..takut masalah masih terjadi kalau tukar baru.kena confirm 100% dulu.huhu..celesto
Mekanik Kereta said…
@AnonymousKalau terus mati je macamtu ada 2 kemungkinan ,pertama distributor rosak dan kedua putus timing belt.
Anonymous said…
Aku pakai waja 1.6 auto tahun 2002... Dah 3 kali aku tukar fuel pump. 2 kali tukar yang tak ori dan sekali aku tukar yg ori... Last sekali rosak jugak.... dan dah 3 tahun aku pakai keta dgn meter minyak tak berfungsi... Lantakla dah tak larat dah tukar.. Kalau nasib malang salah agak enjin keta mati masa aku drive aku parking jer tepi jalan... Tepon bini suruh bawakkan petrol.... Kalau bini yang kena aku pulak bawakkan petrol utk dia.... Seronokkan?...
Mekanik Kereta said…
@Anonymousperiksa wiring negatif pada fuel pump yang mungkin bermasalah,ada komen dari pengguna yang mengalami masalah sama tetapi sebenarnya hanya wiring negatif fuel pump,mengenai meter minyak ia adalah kerana float yang tak berfungsi tiada kena mengena dengan fuel pump.
salam, enjin waja saya mati tiba2 selepas lampu check enjin menyala. bila start enjn, hidup 2 - 3 saat, mati semula selepas lampu check enjin menyala. saya test start byk kali, macam tu jugak. tolong bantu.
Mekanik Kereta said…
@Lieya Beauty Cosmeticw/salam ,kalau hidup terus mati macam ni maknanya camshaft sensor/timing belt sensor rosak,minta mekanik tukar sensor tersebut.
Unknown said…
Salam bro.. sy pkai waja manual 2004, dlm 1thn dh 2biji dh tukar fuel pump.. dr cap ayam taiwan ke yg ori hrga dlm 450lebh.. mslhnye dlm bbrpe bulan je prob engin mati2 still happen .. member mekanik bg advice suruh tukr 1. Coil plug.. klu sma jg
2. Throttle body
Soalan sy.. kejadian tu bukn setiasa pn brlaku..
Ape sbnrnnye mslh ni n brpe market hrga throttle body waja 2004
Tq
Mekanik Kereta said…
@muhammad jusohw/salam,sebaiknya saudara muhammad periksa dulu soket dan wayar negatif pada fuel pum tersebut,ramai yang menghadapi masalah sama pada waja dan mendapati wayar negatif fuel pump selalu bersentuhan dengan body dan menyebabkan fuel pump terhenti dan menyebabkan kereta kerap mati2.

2.Tukar throttle body dan coil plug kosnya sekitar 5-700 untuk kedua alatganti.

3.Minta mekanik periksa wiring berdekatan fuel pump dengan teliti.
Unknown said…
Salam Tuan. Nak tanya dan minta pendapat.
Saya sedang driving tiba2 enjin kereta mati. Tanpa tersengguk2. Alatan elektrik lgsung tak fungsi. Meter padam tak ada lampu langsung. Dan tak boleh start semula sbb tak ada power pun. Kereta jenis proton waja. Mitsu. Tahun 2002.Auto.
Apa pendapat tuan?
Mekanik Kereta said…
@Hadist IIIni masalah alternator dan bateri,periksa kabel bateri pasang semula jika ia tiada connection,jika bateri ok,pastikan soket alternator dan alternator dalam keadaan baik.
Unknown said…
Assalamualaikum. nk tnye, sy pkai waja 2002. mempunyai masalah break. bila tekan pedal break akan bunyi angin dkat pedal break tu.. ape yg perlu ditukar? tahun lepas bru je tukar servo break.
Unknown said…
salam, nk tnye, sy
pkai waja 2002..mempunyai masalah break. bila tekan pedal break akan dengar bunyi angin kt pedal break tu. ape yg perlu tukar kalo msalah cm nie?? tahun lepas bru je tukar servo break. satu ag kalo waja mitsubishi nk pkai double layer servo yg mne sesuai??
Mekanik Kereta said…
@Hadi Salmanw/salam,
Bunyi angin adalah sebab housing brake piston tak mencengkam kuat,getah dalam haousing kena baik dan elok kalau dah lama tak servis brake piston servis dan gantikan semua getah sekeliling brake piston.

2.Biasanya ramai yang gunakan double layer servo nissan
Unknown said…
Salam tuan.... waja saya 2005.
Baru nie saya perasan asap keluar dari bonet. Aircond saya tak on. Saya notice radiator fan tak jalan tapi bila on aircornd kedua2 fan bergerak serentak .kenapa ye??
Mekanik Kereta said…
@faizal mohdw/salam,relay bertanda RAD perlu ditukar,jika tak ok ada problem pada radiator fan.
Wiring untuk radiator fan dan a/cond fan waja menggunakan sistem switch yang menukar apabila engine panas hanya radiator fan yang akan terus berfungsi.
Salam, kereta waja saya tahun 2002. masalahnye time hujan.. time hujan lebat atau pun langgar lopak air yang banyak air, dlm 10-30 kereta akan jadi mcm 3silinder.. pastu xde power.. pastu mati sendir.. bila start, enjin cantik je idup.. bila rem, mcm 3silinder balik.. masuk gear dan jalan, jadi tersengguk2 then mati.. so apa masalah.. biasa kena time ujan lebat atau langgar lopak air.. tq
Mekanik Kereta said…
@brocasw/salam,air yang menghalang laluan api akan jadikan kereta tersengguk atau mati dan biasanya jadi bila plug/distributor kena air tetapi plug kabel dan distributor disebelah atas enjin dan kebarangkalian ia kena air adalah kira2 50 peratus saja.

2.Kereta waja wire yang paling dekat dengan air adalah sambungan kebel pada atas gearbox,apa yang boleh dilakukan adalah melekatkanpelekat hitam yang baik pada soket tersebut boleh elakan dari kena air.
Unknown said…
Salam... saya Yan pengguna waja 1.6 A. Baru beli second hand punya. Register thn 2001.Bila kita on suis , kan ker mmg lampu kuning tu menyala. Lps lampu tu padam baru kite start enjin. Masalahnye skrg, bile enjin dah start, masuk gear D atau R, lampu kuning akan menyala. Dan kereta akan bergerak perlahan slow dr biasa. Bila tekan minyak pun mcm x berapa nak gerak. Kadang2 ok. Kadang2 benda ni terjadi. Minta jasa baik en. Utk jelaskan... TQ
Unknown said…
Salammm... saya Yan pengguna waja 1.6A. Beli kereta 2nd hand yang register thn 2001.
Semasa kita on suis, kan kerr lampu kuning pada meter tu akan menyala dan padam slps tu. Barulah kita start enjin. Masalah saya skrg, semasa masuk gear D atau R, lampu kuning tu menyala menyebabkan kereta begerak perlahan dari biasa. Bila tekan pedal minyak pun, x berfungsi jugak. Tekan minyak sampai rapat pun, kereta berjalan slow je. Macam minyak nak habis. Sedangkan minyak masih ada setengah. Minta jasa baik En bagi cadangan kat saya.
Mekanik Kereta said…
@Suriyani Ibrahimw/salam,lampu kuning (check enjin) yang menyala itu akan padam bila enjin dihidupkan tetapi jika tak padam ada masalah pada sensor dan biasanya sensor pada idling throttle body,minta mekanik servis throttle body atau tukar throttle body
kembarahidupku said…
Salam bro..

Terbaik blog ni,boleh dijadikan panduan untuk pengguna yg lain..

Masalah sy pintu belakang waja seebelah kiri langsung tidak boleh dibuka dari luar mahupun dalam...knp ea bro?terima kasih...
Mekanik Kereta said…
@kembarahidupkuw/salam,Pada semua tepi pintu belakang kereta terdapat lck untuk kanak-kanak dan biasa terjadi jika lock itu rosak dan tersangkut pintu tak dapat dibuka dari luar atau dalam,mekanik perlu buka boleh buka keseluruhan cover pintu dan boleh buka dari dalam.
kembarahidupku said…
Salam tuan...

Pintu waja sebelah kiri xboleh bukak dari dalam dan luar...apa masalah agaknya bro?tq
Mekanik Kereta said…
@kembarahidupkuw/salam,Pada semua tepi pintu belakang kereta terdapat lck untuk kanak-kanak dan biasa terjadi jika lock itu rosak dan tersangkut pintu tak dapat dibuka dari luar atau dalam,mekanik perlu buka boleh buka keseluruhan cover pintu dan boleh buka dari dalam
Unknown said…
salam..mnta pndapat..kereta waja sy ade bunyi gruut gruut bile henjut kt blakang atau kt jln x rata.sy pakai absober adjustble..sy dh suruh pomen check semua sendi2 semua ok..pomen cakap adjustable bunyi dan bmasalah.sedangkan adjustable tu x bocor.jd psoaalnye memang btul ke tanda2 kerosakan adjustable berbunyi selain bocor?
Mekanik Kereta said…
@Bj Songketw/salam,bunyi datang biasanya dari absorber atau spring saja jika bunyi macam tu.
Unknown said…
meter kereta sy ttba bputar tak mnetu . lpas alami stu sntakn kuat . mcm hang . skrg kalau tkan mya pn meter bpitar tak mnentu tp kreta bole gerak jg . kalau tekan myak lambt skit jln mw tkan kuat skit . signel pn trus ikt rosak skli . apa problmny tu ya . agak2 brpa bdget lari kalau maw wad .
Unknown said…
apa masalany bila meyer kereta tdk ikt bfungsi bila tkan miyak . lpas kreta sy hang meter bpusing tak tntu . sgnel ikt rosak . tkan myak pn meter tak ikt tp dpt jaln jg . cma maw tkan myak kuat skit bru kreya gerak .
Mekanik Kereta said…
@izah izyansalam,kalau kereta tak gerak terus ,ada masalah klac plate,tetapi jika meter je tak gerak itu tukar speedometer dah memadai
kembarahidupku said…
Salam bro...

Waja saya bru sehari yg lepas buat alignment balancing,pomen test sampai 7 8x tpi nmpak mcm xpuas hati tp dia kata ok beres...

Dan betul,keesokan hari sy sedari semasa memandu di jalan yg lurus masih lagi terasa kereta bergerak ke kiri semasa steering dilepaskan....1 lagi bila belok ke kiri,terasa seperti steering@tayar tiba tiba memberat ke kiri dan kdg2 terasa steering sperti freeplay...menurut beberapa kwn,ia berpunca dari lower arm...mohon pencerahan bro...tq
Mekanik Kereta said…
@kembarahidupkuw/salam,steering rod waja tersebut sebelah kiri dah terlalu lembut,tukar steering rod.
kembarahidupku said…
Tq bro...brapa anggaran kasar kos tukar steering rod tdk termasuk upah?
Mekanik Kereta said…
@kembarahidupkusama2,anggarannya dibawah rm200 sebelah
Daisy said…
Waja auto 2002.
1. Ignition plug coil dah ganti 2biji
2. Minyak engine dah servis, 4biji plug pun tkr baru.
3. Fuel pump pernah tukar dalam 9bulan lalu
4. Alternator tkr yg original.

Masalah :
1. Kreta akan semput2 bila berjalan dan tetibe mati tengah jalan. Tkr ignition coil..masalah sama. Saya perasan,Selalunya masalah timbul semasa pagi atau keadaan cuaca hujan.

2. Air dlm botol tangki simpanan selalu kering..tetapi bila check air dlm radiator, masih penuh dgn air.

3. Sejak tkr ignition plug coil, sudah 3kali heat temperature hampir mencecah 120°.

Thank you so much.
Mekanik Kereta said…
@Daisyw/salam,masalah waja ni ialah masalah enjin panas dan perlu tukar water pump serta head gasket.Wayar fuel pump juga perlu diperiksa ,biasa jadi soket fuel pump yang bermasalah walaupun banyak kali tukar fuel pump.
Unknown said…
hai...
sy pengguna waja auto cps..
sejak akhir2 ni time sy on enjin kereta lampu pada meter tak menyala dan enjin tak dapat dihidupkan pastu sy off enjin alarm tiba2 bunyi..sy disable smula alarm pastu bila on enjin lampu meter menyala macam biasa dan enjin dapat dihidupkan..apa problem kereta saya...
Mekanik Kereta said…
@irsyaduddin mustapaw/salam,

Bila semua lampu pada panel tak menyala ada kena mengena dengan bateri,alternator dan suis ignition.Periksa kepala bateri jika ia terlalu kotor dengan corrosion/habuk karbon curahkan air panas dan jika wayar pada soket alternator tercabut atau leka ia juga akan jadi sedemikian.Suis ignition pula bila ditekan sedikit baru menyala lampu pada panel ini bermakna suis ignition rosak.
Unknown said…
Asmlkm, saya pengguna kereta waja thn 01 manual, enjin kereta saya ada masalah bila pagi start enjin dia hidup pas tu mati kali kedua start ok, lagi satu masa nak revers enjin jadi tersenggok kdang kdang mati,, tapi klau dan jlan jauh ok enjin tak mati,, apa masalah enjin ni?
Unknown said…
Assalam dan selamat petang...Saya mempunyai masalah pada clutch..Buat pengetahuan tuan saya sudar menukar clutch plate baru beberapa hari lepas..Apabila saya masuk gear 1,clutch pad di tekan bole masuk gear..tiba2 clucth plate mcm kosong..begitu juga dengnn gear 2 dan reverse..ape yg berlaku sebenarnya Tuan...
Unknown said…
saya Amir.salam..saya pakai waja tahun 2003,masalah saya ialah gear 1-3 lancar..gear 4 bila sampai 90 kmh jadi bergegar kereta.masuk gear 5 tambah lg bergegar..tanya pomen dia kat plug.tukar dah..kebetulan masa buka plug coil pecah.tukar sekali.tp masih bergegar..apakah masalahnya
Unknown said…
salam..saya punya waja 2003 manual.masalahnya apabila drive gear 4 dlam 90kmh keta jadi bergegar..masuk gear 5 lg bergegar teruk..tanya pomen plug nak kong..tukar pug n coil sekali baru..masalah still sama..apakah punca masalah keta saya sbnrnya.
Mekanik Kereta said…
@amiruddin halimw/salam,gegar teruk jika ada kabel plug pecah,kabel masuk tak sempurna,coil pecah,cap distributor pecah,mounting gearbox pecah,salah urutan kabel dan drive shaft dalam yang rosak
Mekanik Kereta said…
@haizum isaw/salam

bering klac mungkin bermasalah,jumpa mekanik yang buat tu semula
Mekanik Kereta said…
@Jemi tckw/salam

biasanya masalah gini sebab fuel pump dan wiring fuel pump tetapai ada juga sebab kabel plug dan distributor yang bocor juga sebab rotor distributor pecah
Unknown said…
Bila on suis symbol check engine menyala terus tak padam sehingga start engine symbol tu padam ok ke bro.
Unknown said…
Masalah yang...
1)alignment dah buat 2 kali tetapi masalah keta lari sebelah tetap terjadi.hari tu sebelah kanan.lepas buat lain sebelah kiri pulak.buat di kedai yg berbeza.kadang mcm ok je...
2)sterring longgar.kedai kata kalau nak repair mau kena rm1***.** kalau tukar yg baru.apa nama tah saya pon dah lupa.biar betol...
3)symbol check engine.masa on suis symbol tu bernyala sehingga engine keta dihidupkan baru padam.boleh kemacam tu?

Itu saja setakat ini TQ
Mekanik Kereta said…
@Tarmizam Tajudinw/salam,pastikan kerak asid pada kabel bateri tak ada.semua signal menyala bila blom start itu ok
Mekanik Kereta said…
@Tarmizam Tajudinw/salam

1) dan 2) jika stereng longgar maknanya keseluruhan stereng rack ada problem terutamanya stereng rod,jika tukar keseluruhan stereng rack kemudian buat alignment semua akan jadi ok.Kos tukar rack memang mencecah rm500 ke atas

3)check engine nyala terus jika ada problem tapi jika mati lepas start bersihkan kabel bateri dari kerak asid.
Unknown said…
Semuanya bersih clean.semua signal menyala.cuma symbol check engine tak padam masa nak start engine.
Unknown said…
Stereng longgar sikit saja.tak la banyak sangat(rasa2 longgar dlm 1 inci).cuma bawa kereta rasa mcm lari sebelah.boleh guna lagi ka stereng rack kalau jd mcm ni?atau kena tukar terus.
Unknown said…
Assalam...

perlukah stereng rack ditukar dengan segera atau boleh digunakan lagi.stereng longgar lebih kurang 1inci.(rasa2 laaa...)tq
Unknown said…
Assalam Arsad mekanik

Perlukah saya tukar stereng rack dengan segera atau saya boleh gunakan utk beberapa bulan lagi.jika masih guna apakah kesannya.
Terima kasih bro...
Mekanik Kereta said…
@Tarmizam Tajudinsaudara boleh gunakan lagi,tukar bila saudara rasa boleh cuma masalah roda kekiri/kanan tu masih ada lah
Mekanik Kereta said…
@Tarmizam Tajudinstereng rack kalau bocor sampai kurangkan minyak power stereng ,itu mesti tukar segera tapi kalau hanya libatkan kiri/kanan bila sempat boleh tukar,bila2 pon boleh
Mekanik Kereta said…
@Tarmizam Tajudincuba resetkan dulu sistem,onkan kunci (bukan start enjin) kemudian matikan setelah tu buka kabel negatif bateri kira2 seminit dan pasankan semula ,lepas tu start enjin.
Unknown said…
@Arsad mekanik
ok saya faham bro.tq atas kerjasama anda...
Unknown said…
@Arsad mekanik

saya rasa tak bocor sebab baru2 ni saya buat alignment,cina pomen tu cakap perlu tukar stereng rack saja.kalau nak pakai lagi pon boleh.macam bro cakap la kadang2 keta akan rasa ke kiri dan kanan.adakah kes mcm ni akan ada kesan pada tayar atau lain2 part?
garra said…
Salam tuan,
Saya mazlan guna gen2 cam pro 2006.
Prblm kereta saya,,
Setelah tukar fuel pump dan fuel pump relay..test kt wkshop ok..sampai la blk rumah..bila matikan enjin...nk on semula terus xblh start..ada crank tp mcm minyak xsampai or api xada..apa masalah kereta saya,tuan blh beri cadangan...adakah masalah plug atau starter atau lain...
garra said…
Salam tuan,,saya mazlan,,kereta gen2 cam pro..prblm lepas tukar fuel pump and relay fuel pump..kos rm 780..kat wkshop ok..sampai blk umah matikan engien...masuk rumah,,,nk parking start keret xnk idup...minta pandangan tuan apa yg perlu di periksa,,,wiring ,plug,cable plug or starter coil...
Mekanik Kereta said…
@Tarmizam TajudinKesan kat tayar takan ada cuma bila alignment lari je kesan kat tayar akan ada
Mekanik Kereta said…
@garraw/salam,saudara perlu periksa semula fuel pump ,saya rasa ada kesilapan wiring masa pemasangan
Mekanik Kereta said…
@garraw/salam,perlu periksa semula wiring fuel pump masa dia pasang tu
Unknown said…
as salam bro,

saya nak tanya,simbol warna kunig/oren (lebih kurang macam bentuk jam)sebelah kanan diatas bernyala(kadang2 je)maksudnya apa ye?
maaf la nak letak gambar tak boleh dalam niii...
Unknown said…
boleh saya dapatkan email bro.senang sikit nak tanya n letak gambar kalau ada problem...

email saya:
ezam304@gmail.com

tq
Mekanik Kereta said…
@Tarmizam Tajudinw/salam,email saya specmechanic@gmail.com
Mekanik Kereta said…
@Tarmizam Tajudinw/salam gambar ni ke

http://www.carcare.org/wp-content/uploads/2013/07/Is-Your-Check-Engine-Light-On.jpg

Ada problem pada sensor akan kuar gambar tu
Unknown said…
as salam encik..sy mempunyai waja thu 2002.mslah dia bla start ok..bla jln krg dri 5 mnit dia jeking (mcm 3piston).
keta ni pon dah mkn mnyak hitam..
Mekanik Kereta said…
@Attar Arew/salam,saya syorkan buat top overhaul
Unknown said…
Salam..kete waja auto thn 2000 sy x mau hdup..bl nk start suis rs kosng je...try 3,4 x br blh hdup..kadng2 bila nk start ada bnyi tak tak tak try dkt 10 x br nk hidup...starter dh tkr, btri pn br lg...maslh ttp berulang..bantu sy..
Mekanik Kereta said…
@azzam azzamw/salam,saudara perlu tambahkan 6 wayar relay starter,minta mekanik pasangkan
Unknown said…
As-salam saya abuyasir..
minta bantuan tuan,waja2001 saya,fius ECU 15a putus setip kali on kunci.mingu lepas hal yang sama berlaku,pomen tukar computer box 2nd.ok.. tp timing tak cantik tingi rendah.bila on lampu high beam lg rendah..
ingatkn fuel pump poblem.saya cuba putuskn litardgn buka soket pada fuel pump dan pasang fius...sama juga fius putus..2 mingu lepas baru buat top overhaul..terima kasih
Mekanik Kereta said…
@Abu Yasirw/salam,periksa starter connection ada litar pintas pada starter,gunakan starter relay 6 wayar untuk alihkan wiring lama.
Unknown said…
Slm..wja sya sllu naik lampu kuning..kerys jdi semput. Adkh fuel pump rosak
Mekanik Kereta said…
@mohd ayub zakarinawslm,kereta semput sebab karbon bnyk dalam enjin,dlm throttle body,dlm plug dan juga oil filter yg kotor,tukar plug,air filter dan oil filter dulu.
Unknown said…
Salam..satria neo saya 1.6manual..bila msuk gear n jln ada bunyi tektekktek.. Mkin kuat tkan myk mkin kuat bnyi.. Klo psang aircon kete mcm nk mati n bunyi lgi kuat.. Ape msalahnye ye...
Mekanik Kereta said…
@Gee Omarwslm,periksa minyak hitam,tambah jika tak cukup ,periksa tangki bawah ada bocor atau tidak,bunyi akan lebih nyaring jika minyak hitam kurang atau tinggal sikit saja,
As salam sy guna waja 2002 auto masalahnya lampu handbreak dgn abs sentiasa menyala semasa drive. Minyak handbreak ok. Kalau waktu pg mula2 start ok je tak de menyala tp skjp ke lps tu kedua2 lampu tu akan menyala berterusan
Mekanik Kereta said…
@KITA ASAI KODIANGwslm,untuk handrake saudara perlu tukar suis bawah handbrake tersebut manakala untuk abs saudara perlu periksa sensor depan pada roda biasanya ada salahsatu sensor tersebut yang rosak.
Unknown said…
Sy menggunakan saga blm..semasa memandu perlahan kereta akan mengeluarkan bunyi yg bising..apabila chek dgn mekanik, bgtau ada mslh dgn bearing aircond yg sudah berkarat..adakah itu yg menyebabkan bunyi bising? Berapa kos?
Unknown said…
Sy pakai kereta saga blm..semasa memandu perlahan kereta akan mengeluarkan bunyi yg bising. Apabila mekanik chek, bearing aircond berkarat dan perlu di tukar...adakah itu mslhnya dan berapa kos?
Mekanik Kereta said…
@Niesa Syabering a/cond berkarat adalah masalah biasa,kos tukarnya adalah sekitar rm200 sahaja
Mekanik Kereta said…
@Niesa Syaya,kosnya sekitar rm200
Unknown said…
Salam. Sy pkai waja 2002. ade masalah radio,alarm, sensor pintu,lampu cabin,jam gan meter reset 00 blek.. ape maslah tu eh? tolong tq.
Mekanik Kereta said…
@Hadi Salmanwslm,masalah computer box@ecu
Unknown said…
Salam bro

Waja saya 2009 campro kadang boleh start..kadang2 x boleh..adakah itu tanda fuelpump nk rosak?
Mekanik Kereta said…
@Omar Rosewslm,fuel pump tersebut dah rosak
Mekanik Kereta said…
@Omar Rosewslm,fuel pump dah rosak
Unknown said…
askum tuan.sy ada mslh...waja mitshubishi.apabila suis on.fius ecu putus.apakah kerosakannya...mohon pencerahan
Mekanik Kereta said…
@eiffiel wafiwslm,masalah suis itu sendiri,perlu baiki kerosakan kemungkinan wayar bercantum atau dalaman suis yang bercantum
Nadia Baharom said…
as salam tuan. saya gune waja 2001 manual. masalah yang saya hadapi, kereta saya tersengguk-sengguk.

dah tukar coil ignition, plug, fuel pump dah tukar tahun 2009. ape masalah sebenarnyayer? dah pegi bengkel, cuba try coil baru pun sama jgk, masih tersengguk-sengguk. hmmmm.

harap dapat bantu saya. TQ Tuan.
Mekanik Kereta said…
@lutfiwslm,perlu tukarkan distributor
Unknown said…
salam.sy nk tnya,waja sy manual 2005,msa bwk ada bau petrol,pomen ckp hose Bocor....dah tukar tp still bau lg.tq
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa filter minyak kadangkala klipnya dah tak ketat dan minyap keluar dan hilang dibawa angin dan terus berbau ke dalam kereta
Unknown said…
Salam..
Saya pakai keta waja campro manual..masalah dia pedal clucth keta tu keras la..penat kawan lau nk tuka gear..apa sebab abg pomen?
Mekanik Kereta said…
@Best Manwslm,clutch pam bawah kaki tu keras,tukar insyallah ok
Unknown said…
@Arsad mekanik
salam...saya pengguna waja..
nak bertanya..baru2 ni saya baru tukar fuel pump Dan alhamdullilah masalah settle tapi baru2 ni jugak dtg 1 penyakit pulak bila time saya parking kete dlm keadaan menyenget(di lereng bukit)...kete blh hidup tapi idling takde n tiba2 akan mati sendiri.harap dapat membantu tuan...trm ksih.
klau x keberatan blh email jawapan di azizuldaud87@yahoo.com.
bantuan amat diperlukan.
Mekanik Kereta said…
@haikal hakimiwslm,masih masalah fuel pump,periksa wiring biasanya keaddan wiring yang hilang negatifnya keika pemasangan
Unknown said…
SALAM BRO NAK TNYE WAJA AUTO 92.. BILA BWAK SLOW OK... BILA NK DAPAT KN TOP SPEED DLM 110 ENJIN BERGEGAR DALAM 1MIN.. PASTO OK BLEK... LMPU ENJIN WARNA KUNING KADANG X² MENYALA
Mekanik Kereta said…
@Lan Azlanwslm,sensor ekzos ada problem
Mekanik Kereta said…
@Lan Azlankabel plug juga mngkin ada problem
Unknown said…
Salam.. Nak tnya kat mana letaknya fuel filter waja 1.6 mnual? ..
Mekanik Kereta said…
@pok bearwslm,bawah kereta dekat dengan tangki minyak
Unknown said…
Aktif lg ke blog ni..
Unknown said…
assalamualaikum,
saya hisyam.
baru2 nie saya cabut terminal -ve batery selama 3 hari untuk mengelakan power batery loss. lps tu ketika hidupkan engine mahu berjalan kereta mati secara tiba2 , saya terpaksa tekan myk kuat untuk berjalan dan jika saya.lps pedal myk engine mati secara tiba2, rpm juga kadang2 menunjukkan 500.. tetapi jika idle dan rem kereta ok. ada ia ada kena mengena dengan terminal batery yg di cabut, stepper motor, ig coil, plug, fuel pump dan sensor2 yang lain? model kereta waja 1.6 mt tahun 2001
Mekanik Kereta said…
@Hisyam Syafiqwslm,negatif kabel tak boleh dicabut terus kerana semua sistem tak dapat dikawal oleh ECU,cabutkan semula negatf kira2 10 minit dan lekatkan semula ,selepas itu hidupkan enjin kira2 15 minit,buat ini ketika enjin sejuk,ini untuk reset semula ECU supaya isyarat sensor dapat diterima dengan baik.
Unknown said…
terima kasih tuan,Alhamdulillah kereta sudah kembali normal selepas cuba kaedah ini. adakah masih perlu untuk hantar kereta scan atau tune?
Mekanik Kereta said…
@Hisyam Syafiqjika dah normal semula tak perlu scan pun tak apa
torres said…
Salam tuan Arsad..sy guna waja campro auto tahun 2008..bila masuk D lampu N menyala sekali & berkelip-kelip..kereta x pick up & tersengguk-sengguk..adakah disebabhkan sensor..?utk pengetahuan bln 8 baru tukar gear box, computer box & mounting..

Bro Arsad ada workshop ke, kalau ada boleh dptkan alamat?
Mekanik Kereta said…
@torreswslm,tukar speed/gearbox sensor
Eco Booster said…
www.fprxtreme.bligspot.my
Fuelsaver voltge stabilizer sejak 2009
Unknown said…
salam tuan @arsad mekanik, masalah kereta saya lepas perjalanan jauh, dan ketika kereta tidak bergerak dan sedang idle,meter temperature naik mendadak hingga ke takat maksimum kemudian semasa temp naik di max, kipas radiator berpusing kemudian temperature turun kpd normal, selang beberapa minit benda yg sama berlaku... apakah masalah nya itu? terima kasih kerana membantu
Unknown said…
jenis kereta waja manual transmission 2001 mmc
Mekanik Kereta said…
wslm,thermostat perlu ditukar segera untuk mempercepatkan tindakbalas kipas berpusing lebih kerap untuk menyejukan enjin.
Mekanik Kereta said…
baca jawapan di atas
Unknown said…
terima kasih tuan, lps tukar thermostat kereta sudah ok,
Unknown said…
salam...blog ni masih aktif lagi ke?
Unknown said…
Salam bro info berguna untuk semua terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,masih,
joshua said…
MINTAK tolong kete tahun 2001 waja 4g18p baru siap overhoul tiba tiba jadi 3 cylinder dah tukar plug,plug coil ,sensor crank,sensor cam,masih lagi lum selesai ,wayar yang sambung plug coil api takde sampai ,mintak tolong terima kasih
Mekanik Kereta said…
ganti distributor kalau api tiada di mana2 plug
Unknown said…
Salam..saya nak tahu knp keret a waja saya tersengkut2..pasang acon bergegar..tuang mnyk penuh n bau mnyk.hari tu xblh start.tukar pure pump blh start tp gegar lagi pada kotak logo proton kat depan bonet.pasang cable support kat tepi site blkg.sbb xblh start lpas tukar pure pump.tukar lagi koil api..plug tpi masih gegar.pomen ckp cek cable yg getah hitam bonet dpn pada koil api..sbnrnya mslh ap ye..
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar fuel filter,plug danservis throttle body,insyallah ok
Unknown said…
Salam tuan..sy pengguna waja auto 2004.. karpet depan tempat penumpan depan sentiasa basah..adakah ini berpunca dari aircond? Apa cara mengatasi? Pastu pasal aircond.. selepas tukar coil aircond..aircond sy selalu berbunyi berdesing setiap kali kipas rradiator hidup..tanye pomen dia ckp mmg mcm tu..aircond mmg sejuk tapi bunyi tu mmg kuat berdesing mcm bunyi gas keluar..minta pandangan tuan..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,pemasangan tak kemas dan ruang terbuka kena angin dan berbunyi
Unknown said…
Salam kreta waja kmk bolh on tapi takde power bolh tolong bagi tau ape punce masalah dalm enjin trsebut
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah enjin tak jalan penuh,plug mati atas sebab coil plug dah lama
aslin said…
salam,nak tanya kereta waja saya bila bila kipas pusing temp naik lebih dari 90 bila kipas berhenti elok pula.p bengkel pun penin.last2 dia kata meter temp rosak...apa mslhnya ye.bahaya tak kalau bawa jln jauh.
Mekanik Kereta said…
wslm,minta mekanik periksa pusingan kipas ,kipas adalah berpusing ikut arah jam dan bukan sebaliknya
Mekanik Kereta said…
tukar juga coolant temperature sensor
Salam. Nk tnya Keta sy waja auto 1.6 thn 2002 mengalami masalah tersengguk (jerking) bila jalan slow especially di traffic light n jalan jam. Kalau di highway ok je. Sy dh buat top overhaul, tukar fuel pump, cable plug, plug n plug coil. Tp masalah mash sama. Harap dpt membantu :)
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar sensor ekzos.air filter dan fuel filter insyallah ok
Ali 69 said…
Salam tuan..
Tadi sy ada tukar timing belt. Selepas tukar.. kereta sy seperti tiada kuasa. Permulaan start enjin ok.. spt tiada masalah.. rpm semasa enjin idle pun ok. selang beberapa minit, kuasa enjin akan slow dan timing akan jd rendah. Boleh jln gear 1 dan 2 shj.. kelajuan maks 40km. Plug coil, plug semua ok.
Adakah sebab sensor? Adakah sebab drpd tukar timing belt?
Unknown said…
Salam.kreta wajah campro cps 1.6 auto saya ada masalh first batri kong lepas saya tukar batri kreta saya hidup tapi bila saya masuk gear nak jaln je kreta saya mati..pening kepala...
Mekanik Kereta said…
wslm,jika tidak boleh dihidupkan semul,mungkin masalah fuel pump pula.
Mekanik Kereta said…
wslm,jumpa mekanik semula,marking tidak sempurna dan mungkin sensor timing belt jika ada tidak diletak kemas
man said…
Salam... sy salah masuk btri dr positif ke nagatif.. sy xperasan.. sy start xhidup.. bla sy perasan sy tukar pd kedudukan yg btul.. mslah skrg aircond xberfungsi.. wiper x berfungsi power window pn xberfungsi.. lampu dlam kerta dlm kerta xberfungsi.. bla bwa keret tersngguk2.. apa maslahnye.. mohon pencerahan
Mekanik Kereta said…
wslm,cabut semula kabel negatif bateri kira2 10 minit dan pasang semula,hidupkan enjin 10 minit dan biarkan
Unknown said…
Assalamualaikum...saya nazre nak tanya sikit pasal masalah kereta waja saya thun 2002 mitchubishi.. bila start kereta die okey tapi timing kereta tinggi lepas tu bila kereta jalan die akan jadi sengguk2..padahal saya da tuka r cable plug dengan coil plug..spark plug pun baru tetap bermasalah jugak..kenapa ea?? Mohon reply pliss :(
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah sensor tps atau throttle position sensor,perlu dibersihkan
Unknown said…
nak tanya sikit...saya punya waja campro 1.6 x mahu start,bunyi crank ada,bat baru lagi...tapi tadi saya start dia hidup dom 3 saat sahaja mati balik,pas tu x nak hidup2...apa masalah dia saudara?
Unknown said…
tanya sikit...sya pnya waja campro 1.6 x mahu start,bunyi crank ada,bateri baru lgi,tadi saya start dlm 3 saat saja hidup pas tu mati balik...apa msalah nya saudara?
Mekanik Kereta said…
ada maslah crank sensor/knock sensor,perlu diganti
Unknown said…
halo bro sord87

saya nak tanya sikit pasal kereta waja saya ni . baru2 ni saya baru je tukar timing belt full set . lepas atur tu kat workshop . tiba2 kereta saya tu mati sendiri n saya pun check sendiri . saya tengok semua ok . pas tu saya jalan balik dan mengalami situasi yang sama .
so nak apa masalah kereta saya ni erk ?

1 . plug dah ganti baru .

harap tuan dapat membantu ya . tq .
Mekanik Kereta said…
hello,jumpa semula mekanik yang buat kereta tersebut,jika ada sensor timing belt pastikan ia diletak betul atau dipasang dengan elok
Mekanik Kereta said…
ataupun tukar sensor tersebut
Unknown said…
Saya dah tukar sensor, gasket, top overhoul tapi still juga sengguk sengyuk tapi enjin saya dha tak bergegar tolongg saya
Unknown said…
Assalamualaikum saya fidaa. Saya baru tukar timing belt waja manual 2002 full set. Lepas tukar timing saya jadi tinggi, enjin saya bergegar, jalan tersengguk sengguk. Saya dha tukar spark plug, plug coil, sensor & plate sensor, gasket dan top overhoul tapi still sengguk sengguk. Enjin dah tak gegar dan lagi saty still ada signal check enjin kat bawah meter. Tolong saya please
Mekanik Kereta said…
wslm,saudari Fida perlu periksa guna computer,lampu check engine biasanya hanya keluar jika ada masalah sensor.Pengalaman saya mengatakan bahawa cranshaft sensor waja ini telah rosak dan perlu diganti
Unknown said…
Saya nk tnya..masalah waja 1.6 4g18 saya. Start berjalan 2 piston. Pomen check, signal ada api ada earth ada..tp coil plug 2 cylinder ttp xhidup..knpe ye?
Mekanik Kereta said…
assalam,saudara perlu gantikan distributor kerana api tidak cukup untuk disebarkan ke coil plug
Unknown said…
Aku guna saga blm,aircond OK XDA masalah,tetapi masa jalan,Aku corner sebelah kanan,ada banyak air menitik Dari bawah dashboard,apakah masalahnya?
Mekanik Kereta said…
masalahnya ialah kedudukan kotak cooling coil telah bengkok dan tak berada tepat pada kedudukannya dan air pemeluwapan yang sepatutnya keluar mengikut saluran dibuang keluar dari kereta tidak keluar,jadi air bertakung dan banyak bila ambil corner air tersebut akan mengalir ke ruang2 mana yang boleh ia keluar,perlu dibetulkan kedudukan air pemeluwapan dalam cooling coil supaya boleh keluar ikut salurannya yang betul
eye lin said…
Kete sy pnh jd mcm ni..cuba tgk paip yg alir kn air aircon tu..suruh kedai check..mgkn dh trcabut..so air aircon msok dlm kete..
Unknown said…
Salm sy adad mslh ckit ni boss kereta waja krte bleh start tpi mslh skrg ni enjin xnk hdp ap mslh die tu ad kne mgna dgn fuel pam ker
Mekanik Kereta said…
Saudara Unknown,

perlu tukar fuel pump insyallah ok
sahp sahidah said…
Assalamualaikum,saya baru beli kereta proton waja cps tahun 2008.masalah yer lampu break dn lampu ABS menyala jer.apa masalah yer tu.
Mekanik Kereta said…
wslm,reset dahulu sistem ECU,cabut negatif bateri 10 minit kemudian pasang semula ,hidupkan enjin 10 minit juga,jika ia masih menyala dan tidak padam,ada masalah pada sensor ABS,pastikan minyak brek cukup
syad said…
Salam....sy ade masalah cikit sal waja.. kareta kurang pikup biler starting mule2 ade pikup pas 2 tibe2 drop tekan padel sampi hbs rpm memang trus lbt naik kne lepas padel main2 bru naik.. gear 3 pun kurang power pas 2 sengut2 cikit..ape masalah 2 ekk dh pening pale
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti coil plug,air filter dan fuel filter termasuk spark plug insyallah ok
Unknown said…
Saya pun ada masalah yg sama dgn saudara sord87. Tapi saya pi cek kt kedai tauke tu ckp bunyi dari cluch drum. Tp pikup kete ok lg. Kuat bunyi tu. Biar kete dlm keadaan ideling dari luar bunyi mcm engin lori. Tp bunyi tu jd bila kipas aircond jalan. Bila kipas berenti bunyi tu xada.
Mekanik Kereta said…
wsalam,saudara Mohd Qayyum,

Bunyi yang keluar apabila klac pada free ialah bunyi bearing clutch,jika clutch ditekan bunyi tersebut akan hilang,penyelesaiannya ialah dengan menukar bearing clutch
Unknown said…
Salam bos
Nak tau apa masalah keta waja 1.6AT tahun 2004
Kemarin battry wek.. dah jumper jak terus ada masalah tukaran gear.. dia tersendat dua kali baru dapat tukar gear,pernah alami mcm ni dulu kita tukar koil ja dah ok.. tapi yg sekarang ni dah tukar koil masih tak ok.. plak pun dah tukar.. masih juga tak ok.. masalah dia sekarang jalan mesti pelan.. tu pun tak bleh jauh.. dia akan mati sendiri.. lepas mati jak tak bleh dah hidup engine.. nak tunggu sejuk baru bleh start, fuel pump ok ja dah cek,bettry pun dah beli baru, n semalam kita ada buka filter minyak bersihkan dgn cara ketuk n buang minyak dlm filter tu..
Sekian n tq✌ sorry BM aku tak ok.. hehe.. moga dapat faham apa yg aku ckp ni.. hehe..
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu ganti crankshaft sensor,alat berwarna hitam terletak pada head
Unknown said…
as salam.. sy nak tanya skit.. Baru nie kereta waja 2004 saya tidak boleh start selepas isi minyak.. sbb lampu engin tidak menyala.. check fuel pump rosak.. lps ganti xmenyala dan xleh start juga.. adakah disebbkan ecu problem..
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika lampu panel meter yang saudara maksudkan tidak menyala ia adalah masalah ignition,periksa semua fuse terutamanya yang bertanda IGN dan gantikan jika terdapat fuse yang putus.insyallah jika semua fuse ok dan fuel pump dipasang dengan baik ,enjin boleh dihidupkan semula
Ujangns77 said…
Salam Raya Bos..minta pendapat..sy pkai waja campro 2007,tiap kali keluar kete ada bau petrol.masalh bau petrol cuma seketika shj..sy dh 3-4 kali check kat bengkel,tiada kesan leaking pada pipe dr tank smpi ke enjin.Adakah masalah ni disebabkan dr fuel filter atau ada masalah yg lain??minta pendapat..tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar hose dari tangki ke fuel filter terutamanya hose getah berwarna hitam begitu juga hose ke fuel pump gantikan hose tersebut insyallah ok,klip juga perlu diganti
Fazd83 said…
salam. saya baru beli kereta waja tahun 2002, skarang kereta saya tidak boleh hidup, bila cek bateri smua dlm keadaan baik. hntar ke pomen dia ckp api xsmpi ke fuel pump. kmungkinan ade msalah pd ecu.
Mekanik Kereta said…
wslm,api tak sampai bermaksud samada relay atau fuse putus,perlu juga memeriksa pada fuse IGN(ignition)
Pairjal said…
Assalamualaikum...sy nk tnye klu ade mslh pd fuel filter ape kesannye pd kereta? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,yang paling teruk ialah jika fuel filter sumbat,enjin susah hidup,tapi jika cuma kotor sangat sebab tak tukar enjin juga tersenggut2
Pairjal said…
Terima kasih mekanik kereta.
irham.munawar said…
salam.....
sy ingin membeli kereta waja.(secondhand)firstly,ape yg perlu sy ganti part.coz,kemungkinan sy nak bawa family bercuti jln jauh...terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,pastikan ti,img belt telah ditukar,jika belum mesti tukar,oil filter,air filter dan minyak hitam juga
Unknown said…
Assalamualaikum..sy nk tnya throttle body hrga brapa..??
Harga second hand ori..
Unknown said…
Blh sy tahu apa itu sensor tps dan boleh tunjukkan gambar x kedudukannya di mana..??
Mekanik Kereta said…
wsalam,sekitar RM400-500
Unknown said…
assalamualaikum.. tuan.. nak minta pencerahan.. sya ada waja 2002 model 4g18.. gearbox auto, tp dah kong.. kemudian sya ada dtp 1 gearbox dari waja campro.. ble fit x kalau sya guna yg ini.. tq..
Mekanik Kereta said…
wslm saudara Al Sherman Mohd Taha,

Gearbox tersebut tidak sama antara enjin Campro dan Waja 4g18,tidak sesuai dipasangkan

Popular Posts