Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Bagaimana servis aircond dilakukan

Selamat Tahun Baru 2012,

Ramai yang menyangka bahawa servis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta.Olehkerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.



Dalam post komponen aircond terdahulu telah dinyatakan komponen utama dalam sistem aircond yang boleh di servis.Terdapat 3 komponen utama yang perlukan tumpuan menyeluruh dalam pembaikan aircond secara telus.Kompressor,cooling coil dan kondenser adalah komponen utama dalam sistem aircond tetapi bukan komponen yang akan diservis dalam aktiviti servis aircond.

Ramai pengguna kereta yang tersalah tafsir mengenai servis aircond.Servis aircond yang dilakukan dimana2 bengkel kereta adalah mengenai pencucian dan penukaran bahagian tertentu sahaja selain pengisian semula gas aircond dan memeriksa kebocoran pada hose.

Bila servis aircond komponen utama yang akan dikeluarkan adalah cooling coil.Cooling coil adalah mengenai sirip-sirip halus berbentuk empat segi dan mempunyai dua paip hose yang bersambung terus ke condenser dan compressor .Hose pada cooling coil di tapis dengan injap ataupun biasa dipanggil valve aircond .Injap aircond ini akan ditukar setiap kali bila servis aircond dilakukan.Malangnya kadangkala bahagian ini tidak ditukar dan menyebabkan kesejukan dan keseluruhan sistem aircond kadangkala tidak berjalan sempurna.

Setelah injap ditukar cooling coil akan dicuci dalaman dan luaran dengan menggunakan thinner dan air.Terdapat juga bahan pencuci kimia yang akan digunakan dalam mencuci cooling coil.Kebocoran pada sirip2 halus di cooling coil biasanya akan ditampal sebelum ia dipasang semula.Satu lagi bahagian yang akan ditukar adalah gas filter atau tabung gas.Tabung gas berkedudukan didalam engine dan biasanya ini akan ditukar untuk pelancaran sistem aircond.

Setelah cooling coil dipasang j kompressor akan ditambah dengan minyak kompressor untuk melincirkan lagi pemusingan bahagian dalam kompressor.Komponen yang biasa mengalami kebocoran seperti hose penyambung da kondenser akan di baiki juga seperti menukar hose dan mengimpal kondenser.

Dan akhir sekali gas aircond akan dimasukan secukupnya setelah semua bahagian yang dinyatakan tadi mengalami pembaikan .Secara ringkasnya  servis aircond adalah mengenai:-

1) MENGELUARKAN COOLING COIL UNTUK DICUCI
2) MENUKAR INJAP AIRCOND
3) MEMERIKSA HOSE DAN TUKAR JIKA BOCOR
4) MENAMPAL BOCOR PADA KONDENSER
5) MENGISI MINYAK KOMPRESSOR
6) MENGETATKAN GETAH TALISAWAT KOMPRESSOR
7) MENUKAR SENSOR SUHU JIKA PERLU
8) TUKAR TABUNG GAS
9) MEMASTIKAN KIPAS AIRCOND BERPUSING LANCAR

Jika anda baca dari awal hingga akhir tidak sekalipun disebutkan mengenai membaiki kompressor ,hanya disebutkan mengenai mengisi penuh minyak kompressor.Ini bermaksud jika terdapat kerosakan besar atau kecil pada compressor akan menyebabkan aircond jadi tidak sejuk.Ramai yang beranggapan bahawa sejuk akan kembali seperti sediakala jika servis aircond telah dilakukan.Harus diingat bahawa kompressor yang rosak adalah penyumbang utama dalam kerosakan keseluruhan sistem aircond selain daripada condenser dan bahagian kecil sistem aircond seperti suis,wiring dan fius.

Jika setelah anda servis aircond ,anda masih lagi mengalami masalah pada kesejukan dalaman kereta sudah semestinya tidak ada kena mengena dengan servis aircond kecuali terdapat diantara yang telah disebutkan tadi tidak dilakukan dan kecuaian mekanik yang melakukannya seperti tidak menampal bocor dan menukar bahagian penting dalam servis aircond kereta.

Comments

Anonymous said…
salam saudara sort87
saga lama kipas radiather saya tidak fungsi suhu panas naik 65% di hiyway sebab saya datang laju dekat trafic lite saya tunggu 2minit je suhu panas naik 90% dan datang suara dan wap
Mekanik Kereta said…
saudara bali hambali,

Jika panas melebihi 50 peratus apa yang perlu dilakukan ialah

1.berhenti di tepi
2.tuangkan air jika air tiada
3.pastikan kipas hidup

Akibat jika tidak berhenti pada tahap telah melebihi 50 peratus

1;Silinder gasket dah terbakar
2.Perlu buat top overhaul
3.Perlu tikar motor kipas jika tak berfungsi
zahidi said…
Salam

Baru servis aircond dalam rm320.

Mekanik cakap kompresor dah low presure. Tapi bleh pakai lagi katanya. Cuma mungkin tak sejuk kalau kereta tak bergerak.

Tanya kos tukar kompresor (kelisa) +magnet (tah apa benda tak tahu) termasuk labor rm1380. Angkanya buat saya tak sedap hati. Kedai ni wakil sah Denso di stesen bas Kajang.

Betul ke kosnya semahal tu?
Mekanik Kereta said…
saudara zahidi,

Jika saudara guna original denso memang harganya sebsgitu,saudara boleh dapatkan reckon kompressor dimana2 kedai alatganti dengan lebih murah.
Jenama daikin sedikit murah dari denso.
Anonymous said…
salam saudara sord87, sy ingin b'tanya,
1. Berapa kos utk tukar bearing pulley compressor sanden wira 1.5..?
2. Diamana boleh saya dapatkan 1set tensioner pulley utk belting aircond wira?
bole ke saya dapatkn brg2 kt atas ni di chipo,puchong?anggaran kos untuk semua tu berapa?
Mekanik Kereta said…
saudara sanden wira 1.5

1.kos sekitar rm150

2.Kos untuk tensioner sekitar rm100,kat kedai potong pun ada,di chipo auto semu ada,kos keseluruhan sekitar rm300.
Unknown said…
Salam bro

Mslh pd aircon wira s.e...dlm cuaca pns,, kereta dlm keadaan statik dan speeding melebihi 130km/j,, tetibe bunyi 'tap'pd cmpressor dan angin sejuk hilang..
1. Adakah bunyi tap tu compresor cut-off?
2. Kenapa hny dlm cuaca panas bru trjadi sdgkn bile cuaca prsekitran mula drop (maghrib-pagi) x pnh trjadi.
Bile brgerak bwh 130km/j, automatik cmpressor akn run mcm biasa.
Beberapa kdai dh bwk cek..
Kdai 1. Kne tukr comprsor sbb dh low pressure.
Kdai 2. Condenser sumbat dan kecil, kene tukr yg 1.6.cmprssor ok.
Kdai 3. Kene tukr radiator, condensor yg 1.6.
Kdai 4. Servis raditor dan tukar dua-dua fan yg lg power dikuatiri watertemp menggngu sensor aircond tuk bg signal pd cond fan.

Please bro sord87 bg sikit idea, punca dan jln pnyelesaian.

Mekanik Kereta said…
saudara ayie,

ada suis pada kmpressor,minta mekanik aircond tukar suis tersebut,itupun jika ada sparepart,jika tiada terpaksalah tukar kompressor.
Riadiana.dewi said…
Saya pakai saga blm 2008. Dh 4 thn pakai n sejak tu tak pnh servis aircon sb almhdlh smpai skrg takde masalah. Blh ke klu saya nak servis dan apa servis yg akn dibuat ye. Terima ksh membantu.
Mekanik Kereta said…
saudari riadiana dewi,

Jika tiada masalah pada sejuk aircnd dll,tak perlu servis a/cond tersebut,cuma yang perlu saudari buat ialah buka kotak filter dan bersihkan habuk,itu saja .

nak tahu apa itu servis baca tajuk blog saya bagaimana servis dilakukan.
Anonymous said…
salam...brp kos tukar kondenser wira 1.6
Mekanik Kereta said…
kos sekitar rm200
my10sen said…
Assalamualaikum Tuan,

Tumpang bertanya tentang masalah aircond kereta toyota wish 1.8 model tahun 2003. sejak semalam aircond dah tak sejuk mcm gas dah abis tapi angin blower masih lagi ada.

Hari ni bawa ke kedai servis. pomen kedai isi gas sikit lepas tu dia check guna alat apa ntah kalau2 ada kebocoran. last2 dia cakap alat dia guna tu detect ada bocor pd bahagian cooling coil so nk kena tukar.

kos rm850 sbb dia ckp kena bukak dashboard. sy try google dn ada view kat youtube mcmana proses nk tukar cooling coil tu. senang citer mmg bukan DIY punya kerja...

sy cadang nk hantar keta masuk bengkel hari jumaat sbb esok public holiday dan mungkin ambil masa 1/2-1hari.

soalan sy, range harga yg diberi tu berpatutan ke? sbb sy br check kat 1 kedai accessories+aircond dan diorang bg harga RM1500..!!!

sekian, terima kasih.
Mekanik Kereta said…
saudara my10sen,untuk pengetahuan kos tersebut adalah kos cooling coil baru dan upah kerja,jika cooling coil tidak ditukar hanya ditampal/welding kos tersebut sekaliganda lebih murah.Tetapi tidak banyak w/syop yang amalkan welding/tampal cooling coil walaupun bocor kecil.

Harga sebuah cooling coil sekitar rm 400 dan upah kerja sekitar rm200 sahaja
ahmad said…
Salam bro sord87. Ada sdikit prtanyaan mngenai aircond proton saga magma 1.5.

Mse drive tgh hujan..mule2 ok lpas tu aircond mule tak sejuk dan berwap abes kete.gas bru je isi x smpai 2 bulan..brenti tepi jalan and off jap enjin..lpas tu on blik enjin and on aircond..enjin trus mati..ape punca ni berlaku..
Mekanik Kereta said…
saudara ahmad ,

ada masalah pada suis aircond pada kompressor,saya rasa fius a/cond juga telah putus,gantikan fius dahulu jika ia tetap berulang saudara kena periksa kompressor dan gantikan suis pada kompressor tersebut.

matikan semua suis a/cond dan cuba hidupkan enjin semula.Jika tak hidup,periksa fius utama dalam kereta gantikan fius yang terbakar.
Anonymous said…
Salam bro.keta wira vdo tiap kali pasang aircond keta brgegar mcm nak runtuh.pastu bunyi 'klik' banyak kali dekat suis panel aircond dan kadang2 dekat bawah drawer. kalu repair brape rege? buleh DIY? - yusri
Mekanik Kereta said…
salam yusri,

masalah ni masalah sensor cooling coil dalam coling coil.tukar sensor tersebut ,kos sekitar rm80,tukar sensdiri pun boleh buka blower,longgarkan cooling coil dan masukan sensr hitam tersebut dan sambungkan semula soket,jangan buka penyambung gas aircond pada cooiling coil.
Amirul said…
DIY boleh dilakukan dengan membuka sedikit ruang cooling coil dibawah panel kiri dashboard dan perhatikan wayar sensor berwarna hitam dilekatkan pada cooling coil,keluarkan wayar tersebut dan gantikan dengan yang baru.
Salam Bro Sord 87, masalah kereta saya pon sama wayar sensor tempreture air con,
dimana saya boleh beli wayar sensor ini..? boleh dapat di semua kedai sparepart?
memang nama dia wayar sensor?
tq Bro- Amirul, Puchong.
Mekanik Kereta said…
saudara Amirul,

nama alat tersebut adalah aircond temperature sensor,banyak dijual dimana2 kedai alatganti.
Anonymous said…
Salam, sy pakai citra thn 2006... Masalah aircond hanya kluar angin shj, dah bw gi bengkel.....gas masih ada, fius still ok tp bila on aircon...compressor x running....pomen kt ada masalah dgn elektrikal yg mnjadi punca compressor xrunning, tolong bg pndapat....apa yang perlu saya buat dan brp kos utk repair...TQ frm Nizam@ balakong
Mekanik Kereta said…
@AnonymousMasalah elektrikal boleh diketahui pada wiring soket pada kompressor jika ia ada masalah.Jumpa mekanik lain jika mekanik tak dapat cari punca masalah wiring tersebut.

Masalah kompressor tak berfungsi hanya 2 sebab
1:-wiring api yang hilang sebab putus sebahagian wayar.
2.kompressor jam sebab komponen dalaman melekat,ini perlu diperiksa oleh mekank dengan mengeluarkan kmpressor tersebut dan mengujinya.

Kos wiring sekitar rm100 dan kos menukar sebuah kompressor jika ia jam sekitar rm350
Unknown said…
salam tuan...saya ada sedikit masalah dengan aircond kia spectra saya..masalahnya ada blower aircond kelajuan pertama tak boleh digunakan..hanya kelajuan 2 3 dan 4 je boleh..kenape ye..baru2 ni suhu tak boleh kawal..dah hantar bengkel..skang dah ok..cume tinggal blower je lagi..harap saudara dapat membantu..
Mekanik Kereta said…
@idris yassinTerdapat alat yang dipanggil a/cond resistor yang mengawal kelajuan blower,alat tersebut perlu ditukar.
Anonymous said…
Salam saudara, knapa ekon saya bila mlm je, pasang suhu 1 bar pn dh sejuk...bila siang je, pasang sparuh pn xbrape sejuk lg...sedan2x je...ape msalah nye saudara? sy nk pgi kedai takut ditipu plak..pgi usha kdai lain2x, lain plak jwpn yg diberikan..
ada yg ckp kipas,ade yg ckp kene servis..ade yg ckp gas,bila check gas,byk lg..mohon bantuan.. kreta jns myvi Ezi..t.ksh
Mekanik Kereta said…
@Anonymoussaudara myvi ezi,2 sebab saja yang menyebabkan masalah ini,iaitu kipas yang lemah dan kompressor yang rosak.

Jika kipas,tiada bocor,gas penuh,kondenser elok,belting tegang bermakna kompressor tersebut bermasalah
Blackberry said…
Tuan..sy mnggunakan toyota wish 1.8..masalah air cond saya diawal nya sejuk...tp selepas 5 minit ia nya tidak sejuk...beberapa minit kemudian ia kembali sejuk..begitulah seterusnya... apabila kereta byk berentiatau di traffic light keadaan lebih teruk...lambat utk sejuk...adakah masalah compressor...control bar...atau pun sensor bermasalah?
Mekanik Kereta said…
@BlackberryAda 2 sebab biasa terjadi masalh demikian.
1.kompressor rosak
2.sensor cooling coil rosak

Perhatikan magnet clutch ketika enjin hidup,jika magnet clutch melekat dan terlalu kerap ia adalah masalah sensor,sensor cooling coil perlu ditukar
Anonymous said…
Salam tuan,saya guna waja 1.6 manual .kenapa bila saya on ‘in-car air circulation only' aircond saya tak berfungsi?kalau off ‘in-car air circulation only' then on a/c baru ada angin.tu perlahan.minta jasa baik tuan.terima kasih.
Mekanik Kereta said…
@Anonymousada masalah pada mekanikal pada blower,mungkin tersangkut atau terkeluar dari kedudukan,perlu periksa jentera pergerakan sebelah kanan blower.
Anonymous said…
Boleh tak saya betul kan sendiri blower tu?waja 1.6
Mekanik Kereta said…
@AnonymousBoleh,buka compartment sebelum blower dan perhatikan sebelah kanan ada terdapat mekanikal yang menutup dan membuka penutup angin masuk dan keluar angin luar,kadangkala ia tidak tutup rapat atau ia tak bergerak langsung dan tersekat2,apa yang perlu dipastikan ialah kenapa ia tersekat kadangkala ada benda menyekatnya atau sirip tepi yang ketat atau ada mekanikal part yang rosak/tercabut dari tempatnya
Anonymous said…
tuan,sistem mekanikal dia elok lagi.tapi saya dapati blower dia tak berpusing.berapakah anggaran utk membaiki?dan bengkel yang direkomen kan.saya berada dia area putrajaya.
Mekanik Kereta said…
@Anonymousperiksa fuse blower dulu pada fuse box dalam enjin dan pada bawah dashboard pemandu,periksa fuse a/c juga jika putus gantikan,jika semuanya elok,bermakna motor pada blower rosak,kos tukar motor sekitar rm200
Anonymous said…
Asalam,sy nak tanya pasal ekon naza citra,sebelum ni dlm ekon sy masih ade gas lagi,tetapi hos sy bocor dan sy tukar ,selepas tukar hos ,pomen isi semula,sejuk semula ekon sy,tp bila malam sy buka ekon ekon dah tak sejuk,pomen kata coling coil masaalah,tp yg muskil di sini,semasa hos tu bocor sy sudah berapa kali tambah,dia akan sejuk mcm biasa,tp tak boleh pakai ekon lama la dlm 3,4 bulan kena tambah blk,tp bila sy tukar hos ,dlm sekejap je gas boleh habis,ada kah dia bocor pada sambunngan skru hos atau memang coling coil rosak.
Mekanik Kereta said…
@AnonymousTambah semula gas di w/syop lain mungkin gas terlalu kurang atau gas yang tak sesuai digunakan.
Anonymous said…
Asalam, Bro saya nk tanye berapa kos utk tukar cooling coil utk proton saga blm....sbb aircond kereta saya dah x sejuk,saya pg kedai tauke cina tu kate cooling coil bocor...nk kena tukar cooling coil dia kata dlm RM500-600....batul ke harga coil mhl mcm ni...terima kasih
Mekanik Kereta said…
@Anonymouscooling coil 300-350 termasuk valve dan upah serta gas jejak juga 500-600
Anonymous said…
salam tuan.saya ada 1 masalah proton persona.fius ekon selalu terbakar dan kipas ekon tidak berpusing.bila joint direct di kotak fius kipas berpusing.sudah 2,3 kali saya tukar fius.tukar fius dalam 2 saat terbakar.apakah puncanya..mohon pencerahan.adakah kipas rosak atau bagaimana?
Mekanik Kereta said…
@AnonymousPuncanya motor kipas a/cond yang terdapat litar pintas dapatkan motor lain.
Unknown said…
Salam.saya menggunakan myvi model 09...masalah aircond saya hadapi aircond kurang sejuk pasang no 3 baru terasa sejuk aircond pada waktu siang apabila malam pasang no 1 pun aircond terasa sejuk ...mggu lepas saya dah servis aircond tapi servis meggunakan mesin tanpa membuka dashboard.apa masalah aircond saya...dan kos pembaikan
Mekanik Kereta said…
@Mohd Razifperiksa bocor pada kondenser dan kompressor.Pastikan kipas a/cond juga pusing elok.
abd manan said…
Salam tuan.
Sy selalu bersihkan blower aircon exora dihadapan berserta filter. Tapi sy x jumpa blower kedua exora. Soalannya dimana letak blower kedua dan cara utk membukanya. Tq
Mekanik Kereta said…
@abd mananblower kedua letak kat belakang biasanya disebelah kiri bahagian penumpang
Mekanik Kereta said…
@abd mananPerlu buka cover belakang penutup plastik berklip.
Julz said…
Salam. Saya guna Toyota wish 1.8. Air cond kereta dh tak sejuk especially belah driver. Terasa angina panas. Smlm pegi hantar kat 1 kedai di Kota Dsara (dkt dgn offc). Bila chk, katanya takde yg bocor, so suspect cooling coil problem dan maybe kene tukar filter + service. Dia nak charge RM980. Betul ke harga ni? Boleh rekomenkan kedai lain di area Kota Damasara/Taman Tun/Selayang?
Mekanik Kereta said…
@Julzw/salam,kalau tukar cooling coil memang harganya tinggi ,tak perlu tukar cuma servis je dan tukar valve saja insyallah ok.
Julz said…
@Arsad mekanik Tq atas feedback. Ok, so service & tukar valve saja ye. Ada tau kedai mana2 yg OK tak di area Damansara atau Selayang
Mekanik Kereta said…
@Julzsama2,kat selayang saya tak pasti .Servis cooling coil dan tukar valve kat mana2 pon insyallah ok.
Unknown said…
Mcm mana nk bukak filter satria neo 2008. Aircond xbrapa nk sejuk..bpeluh2 lg ada la..
Unknown said…
Satria neo 2008 aircond xsejuk dah.. mcm mana nk cari tmpt buka filter aircond tu? Helpp
Mekanik Kereta said…
@Moeslim Azizsalam cik moeslim aziz,dibawah dashboard sebelah kiri penumpang depan ,buka compartment tu saudara akan jumpa satu tempat kecil atas cooling coil ,tarik keluar pelan2 saudara akan jumpa filter a/cond tersebut
nik said…
Salam saudara sord. Td saya ke bengkel aircon dan pomen suspect cooling coil bocor dan perlu tukar cooling coil yg baru. Perlukah cooling coil di tukar atau boleh di tampal? Saudara sord ada membuka kedai atau boleh rekomen kedai air cond area setapak atau KL? Saya menggunakan toyota wish 1.8 year 2004
Mekanik Kereta said…
@nikw/salam saudara nik,cooling coil boleh ditampal tetapi tak semua mekanik atau w/syop yang mempraktikkannya selain tukar yang lain mahupun begitu jika bocornya besar dan sukar ditampal tukar baru adalah lebih baik.
Unknown said…
salam

sy mggunakan proton satria 98,aircon kereta sy tak sejuk.angin je yg ada.pegi check,kat bhagian enjin xde bocor.pomen kata mgkin bhagian dalam.try isi gas tahan 2 hari je.

jd sy ingin tahu apa kemungkinan kerosakan yg sy alami dan brpa anggaran kos untuk mbaiki keseluruhan aircond satria sy.

terima kasih.
Nur Aina said…
Assalamualaikum saya menggunakan proton wira 1.5 (m) karburetor...saya nak tanya harga terkini untuk alat dan kegunaannya...
air con service =
receiver drier =
pressure switch =
armature =

macam mana nak taw benda ni rosak...hehe..kalu free jawab la k.
Mekanik Kereta said…
@nurainaw,/salam
a/cond servis adalah bersihkan a/cond sistem seperti cuci/tukar cooling coil,receiver drier,temperature switch dan gas a/cond.kos sekitar rm300 untuk servis a/cond
2.armature=solenid/alternator dan tiada dlm komponen a/cond.kos tukar rm400
Mekanik Kereta said…
@Mohd Asmadiw/salam,

tukar cooling coil dan temperature switch insyaallah ok
husin said…
saudara,
kereta alfa 155 sy ada system aircond kat saluarn paip yg sejuk ada pressure switch. baru2 ni mekanik telah aircond telah x menggunakan suis itu lg kerana telah rosak jd mekanik telah letakkan satu fius 10A utk menggantikan pressure switch tersebut. setakat 3 bulan ni aircond berjalan dgn lancar. jd kemusyilan sy adakh kesan apa2 pd kompressor kereta sy sikiranya tiada lg pressure switch.
apa pandangan dr saudara
Mekanik Kereta said…
@husinsalam saudara husin,tiada masalah tak gunakan pressure switch tersebut kerana terdapat satu lagi switch pada kompressor.
Unknown said…
Salam tuan..enjin leaking..punca nye ape ye..myvi 1.0 radiator bocor pada pnutup cap..kne tukar ke atau boleh diperbaiki
Mekanik Kereta said…
@mohamad fadzweenw/salam,kalau dibawah cap radiator ada pelapik getah,jika ia rosak atau dah lembik sebab panas radiator penutup tersebut perlu diganti,kos sekitar rm50
Pak Pandai said…
Acond Myvi saya sejuk takda masalah, cuma bila compresor berjalan bunyi berdengung dan dan kereta terasa berat, apa masalahnya, apa cara penyelesainya.
tq..
Mekanik Kereta said…
@Pak Pandaisalam pak pandai,Jika rasa berat tu ketara ia mesti ada masalah pada mana2 bering pulley seperti bering alternator,tensioner dan compressor juga,perlu buka belting dan periksa bering satu persatu.
pardu said…
Baru baru ini, selepas memecut kereta secara tiba2 ketika memotong,aircond tibe tidak sejuk..selepas mati kn enjin dan buka semula di bahagian kompresor kua kn bunyi.setelah cek di servis center,belting putus.dan bile pulley di pusing klua bunyi.sy disaran kn utk tuka compressor( 3k).jd sy nk bli dri online.bgimana utk kte pasti kn compressor masih dlm keadaan baik?adakah sume kereta yg sama model akn pki compressor yg sama?swift
Mekanik Kereta said…
@pardukompressor yang baik diperiksa melalui tekanan pusingan yang laju pada pulley ,jika ia agak ketat ia kurang baik,semua kereta sama model kadangkala gunakan jenama berbeza seperti daikin,sanden dsbnya.Sebaiknya beli dikedai alatganti jangan beli online kerana ada jaminan dah mudah ditukar jika rosak
Unknown said…
Salam saudara sord,
Saya ada masalah aircond pada kereta wira, masalahnya adalah semasa kereta bergerak aircond sejuk,tapi bila berhenti aircond tak sejuk,compressor sekejap off sekejap on,kenapa jadi macam itu ye..
Terima kasih saudara..
Mekanik Kereta said…
@Azmil Azizwslm,ada masalah pada cooling sensor dekat cooling coil,tukarkan cooling sensor tersebut
Kucengumuk said…
mcm mana nak bukak kondenser wira 1.3 manual? blower sudah cuci.
Mekanik Kereta said…
@KucengumukPada kondenser tu ada 4 skru kipas aircond,tanggalkan skru dan tarik keluar kipas kemudian cabut soket kipas,setelah tu buka hose gas sambungan atas dan bawah kondenser dan keluarkan.Hati2 longgarkan dulu sedikit nat tersebut supaya gas keluar dulu,bila dah abis gas keluar baru longgarkan semua penyambung
Kucengumuk said…
@Arsad mekanik

saya lupa..bukan condenser..tapi cooling coil tu...blower baru cuci...la ni ingat nak bukak cover cooiling coil tu..nampak rumit plak..mcm mana nak bukak cover cooiling coil tu?
Mekanik Kereta said…
@Kucengumukkotak cooling coil tu ada skru pemegang,longgarkan skru tersebut dan kemudian soket dan gegelung tingkap ,keluarkan dan buka klip kotak colling coil
Unknown said…
Salam bro,, nak tanye saye pakai kancil 97' ,, masalah air x sejuk waktu siang,, malam sejuk,, macam2 da tukar,, kompresor baru,, cooling coil baru,, gas ade,, xde bocor ,, ape masalah nye bro,, da pening da ni,, harap bro boleh tolong,,
Mekanik Kereta said…
wslm iker awal,

Kondenser dah tukar ke belum ,tukar kondenser dan kalau boleh hose nya sekali atas dan bawah
Anonymous said…
salam sy nak tanya fius aircond kereta sy kerap tebakar bleh bantu???
Mekanik Kereta said…
wslm,fius mungkin tersentuh kepada cas negatif ,kemungkinan tapak tersebut goyang dan membuatkan fius tergoyang sama dan bersentuhan ke negatif sesama sendiri dan terbakar
Klau paip aircond bocor berbnyi ke kereta?
Mekanik Kereta said…
@Averroes Al Avempaceada bunyi,bila abis gas bunyi ilang
rossaAzizi said…
Assalam saudara sord nk tanya sikit sy guna naza suria..airkon keta mula2 dl x sejuk di siang hari especially klo kita berhenti tp sejuk ok bila ml tp skrg lgsg x leh on aircon sbb akn keluar bunyi pelik n enjin akn jd slow. Tanya kt kedai ktnya kompresor magnetic clutch rosak..kna tukar seketul kos rm1300. Betul ke. Selain tu juga keta sy selalu berderum dgn kuat n rpm naik tggi scr tiba... pikao keta pun slow...kadang bila msk gear d keta terhinjut or tertarik sblm bergerak...kenapa yer...
Mekanik Kereta said…
@rossaAziziwslm,magnetic clutch yang rosak dan tak melekat dengan baik apabila aircond dipasang akan ada bunyi pelik dan kereta akan terasa tersentap sedikit2 setiap kali ia dionkan oleh suis automatik aircond pada kompressor.RPM juga akan jadi tak stabil kerana sensor idling tak dapat mengawal kerosakan kompressor,harga magnetic clutch Naza memang agak mahal berbanding kereta lain kerana kompressornya juga boleh mencecah rm700 sebiji.
Yazir said…
saya guna kereta 1.8 G/Livina masalahanya aircond jika di buka kearah paling sejuk ia akan sumbat.... jadi saya terpaksa tutupkan suhu dulu tapi blower buka besar..... lepas tu ok balik.... Saya dah tukar sensor sebab kata tokey kedai ada masalah.... lepas tukar pun macam itu gak.... minta pencerahan tuan
Mekanik Kereta said…
@Yazirsalam,ada masalah pada valve,tukar aicond/expansion valve dekat cooling coil
Unknown said…
Slm tuan,
Sya ada bbrp soalan.
1) Baru ni sya tukar radiator (ori semenjak beli keta) dgn jenama oem utk gen2. Knp tak tukar dgn radiator persona? Psl waktu tukar oem persona, bracket skru oem x sama ngan original. Lepas pasang dlm 2-3hari, bunyi kipas aircond berdengung jika di dengar dr dlm kreta. Sebelum ni x begitu.
2) Dlm 2-3minggu kemudian, aircond sya mula bermasalah. Kipas aircond yg biasa berputar lama setiap cycle sebelum ni hanya berputar kurang 10 saat kebanyakan kalinya. Tiap kali kipas aircond berputar maka aircond jadi sejuk sekejap dan lepas tu cuma angin sahaja. Ada kawan kata mungkin masalah relay kotor. Ada pulak yg kata tambah relay supaya kedua kipas berpusing bila aircond dipasang...

Saya perhatikan tiap kali saya putar tombol aircond dlm kereta (kipas...bukan suhu) kipas aircond akan berpusing kejap dan belum sempat nak sejuk betul da berenti berputar.

Kalau boleh sya x nak modified kerana mungkin akan sebabkan yg lain2 pulak bermasalah kemudian.

Mohon bantuan tuan samada perlu saya tambah relay atau apa yg patut saya buat. Jika boleh, mohon tuan beri no hp atau hubungi saya di lanskomeng73@gmail.com

Terima kasih banyak2
Unknown said…
m tuan,
Sya ada bbrp soalan.
1) Baru ni sya tukar radiator (ori semenjak beli keta) dgn jenama oem utk gen2. Knp tak tukar dgn radiator persona? Psl waktu tukar oem persona, bracket skru oem x sama ngan original. Lepas pasang dlm 2-3hari, bunyi kipas aircond berdengung jika di dengar dr dlm kreta. Sebelum ni x begitu.
2) Dlm 2-3minggu kemudian, aircond sya mula bermasalah. Kipas aircond yg biasa berputar lama setiap cycle sebelum ni hanya berputar kurang 10 saat kebanyakan kalinya. Tiap kali kipas aircond berputar maka aircond jadi sejuk sekejap dan lepas tu cuma angin sahaja. Ada kawan kata mungkin masalah relay kotor. Ada pulak yg kata tambah relay supaya kedua kipas berpusing bila aircond dipasang...

Saya perhatikan tiap kali saya putar tombol aircond dlm kereta (kipas...bukan suhu) kipas aircond akan berpusing kejap dan belum sempat nak sejuk betul da berenti berputar.

Kalau boleh sya x nak modified kerana mungkin akan sebabkan yg lain2 pulak bermasalah kemudian.

Mohon bantuan tuan samada perlu saya tambah relay atau apa yg patut saya buat. Jika boleh, mohon tuan beri no hp atau hubungi saya di lanskomeng73@gmail.com

Terima kasih banyak2
Mekanik Kereta said…
@abc defwslm,cara yang baik ialah tukar stepper motor,insyallah ok
Mekanik Kereta said…
@Unknownwslm,tukar stepper motor
Unknown said…
Maaf tuan, apa itu stepper dan brp anggaran harganya ya?. Tkasih atas bantuan
Mekanik Kereta said…
@abc defstepper motor terletak pada throttle body,tukar alat itu
Unknown said…
Salam, naj tnya kereta waja sy ada mslh wiring aircond, nak on aircond pn secara terbalik, biasanya bila kita on kita on secara normal la.. tp sekarang terbalik nak on aircond kna buat mcm kt tutup aircond.. sy dah bawa ke bengkel tp xdpt jg buat, ada apa2 cdngn x?
Unknown said…
Salam, naj tnya kereta waja sy ada mslh wiring aircond, nak on aircond pn secara terbalik, biasanya bila kita on kita on secara normal la.. tp sekarang terbalik nak on aircond kna buat mcm kt tutup aircond.. sy dah bawa ke bengkel tp xdpt jg buat, ada apa2 cdngn x?
Mekanik Kereta said…
@Adie Akiyuwslm,tukar 1 set suis tersebut,dari panel pemutar dan soket wiringnya
Mekanik Kereta said…
@Unknownwslm,tukar 1 set suis tersebut,dari panel pemutar dan soket wiringnya
Unknown said…
Grand livina sy x sejuk. Gas dah isi dua kali sekejap je hbs. Blh beri panduan bgm selesaikan masalah ni n brp kos keseluruhannya?
Mekanik Kereta said…
@nur amsharada bocor,servis boleh tau mana bocor,kos servis rm200 jika tak ganti cooling coil
Unknown said…
Grand livina 1.6
air cond kereta kurang sejuk. Angin kuat dlm dashboard tp angin yg keluar x sejuk... kenape ek?
Mekanik Kereta said…
gas tiada,tambah gas
Unknown said…
Salam tuan,
Saya pakai wira 1.5m,baila jln laju aircond sejuk tetapi bila jln perlahan atau berhenti(ingine masih hidup) aircond akan jadi panas.
2).bila saya tingkatkan kekuatan aircond(tolak ke livel 4 atau Full), angin atau jumalah aircond yg keluar masih sedikit dan ada bunyi bising di bahagiaan dalam ingine.
Apakah kemugkinan masalah ini?
Unknown said…
Salam tuan,
Saya pakai wira 1.5m,baila jln laju aircond sejuk tetapi bila jln perlahan atau berhenti(ingine masih hidup) aircond akan jadi panas.
2).bila saya tingkatkan kekuatan aircond(tolak ke livel 4 atau Full), angin atau jumalah aircond yg keluar masih sedikit dan ada bunyi bising di bahagiaan dalam ingine.
Apakah kemugkinan masalah ini?
Mekanik Kereta said…
wslm,kompressor bermasalah jadi tekanan untuk mampatkan gas tidak kuat oleh itu aircond tak sejuk dan enjin terpaksa bekerja keras dan menyebabkan semua komponen dalaman sedikit panas dan mengeluarkan bunyi.
Mekanik Kereta said…
salam,tukar kompressor insyallah ok
Unknown said…
Salam...sye nk tye skit blh ye...
Sye pkai myvi auto se dr thun 2008..
Aircon sye skrg problem..bila bhnti x sejuk,klu drve die bru sejuk..lg satu kdg2 ada keluar bunyi yg kuat ble buka aircon...kdg2 ok plk...ad ape2 pendpat x...need help...
Mekanik Kereta said…
wslm,kompressor dah tak tahan tekanan ,perlu tukar kompressor
Unknown said…
Salam.....klu wira sejuk tp ada wap-wap di cermin..mcm mane cara nok tukar minyak kompressor..berapa sukatan minyak komp sepatutnya harus d letak kn kembali dlm komp.
Unknown said…
Salam.....klu wira sejuk tp ada wap-wap di cermin..mcm mane cara nok tukar minyak kompressor..berapa sukatan minyak komp sepatutnya harus d letak kn kembali dlm komp.
Mekanik Kereta said…
wslm,ada wap dicermin sebab ada udara panas yang masuk.
2.kira2 setengah liter,ada penutup perlu dibuka dan ditambah minyak dan ada juga mesin khas yang terus menukar dan memasukan minyak sekali diwsyop2 aircon
Unknown said…
kereta perdan saya tak der air cond... bila on aircond cuma kluar angin jer.. dah cek semua fius tiada yg blow... cek compresor runnig mcm biasa... pully luar berpusing... tapi tk sejuk... sistem aircond bila tiada gas.. pully aircond tak kan berpusing kan... apa masalah nya
Mekanik Kereta said…
gas tiada magnet clutch tak akan melekat secara auto ke pulley kompressor,gas telah habis,isi gas semula,kemungkinan bocor
Unknown said…
assalamualaikum sord87,

sy pengguna kancil850 1st model dan upgrade dashboard L5.ada beberapa kemusykilan yg sy xdpt tafsirkan.harap dibantu.

1)aircond bila on akan kedengaran bunyi 'ktik ktik' di sebelah dlm dashboard bhgian pnumpang,sy xdpt pastikan knpa berbunyi bgitu kerana agak kerap jugak lah spnjg on aircond.utk makluman cooling coil mmg dh teruk;berminyak habuk dan xpenah servis.

Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi relay kotak hitam bawah dashbod,tukar kotak hitam insyallah ok
Unknown said…
salam sord87,
sy tertinggal soalan utk kancil 850m.

1)fius melebur bila aircond on,dan ada bau hangit kt aircond. sy juga dh beberapa kali tukar fius dan masalah berulang..fius skrg wrna hijau..apakah mslh yg tuan dpt simpulkan..adakah keseluruhan wiring bermasalah?sy ada tnya berkenaan bunyi ktik2 kt bhgn dashboard penumpang,adakah ia berkaitan?
Mekanik Kereta said…
wslm,fius akan lebur cepat jika ada short pada mana2 wayar seperti wayar yang pecah dan sentuh pada besi atau bahan negatif ,bunyi juga akan ada jika sentuhan jadi,juga kotak hitam relay bawah dashbod perlu ditukar atau diperbaiki
Pomen aircond said…
salam bos. sukatan isipadu minyak compressor kereta myvi berapa ya
Mekanik Kereta said…
wslm,sekitar 1000 ml
Azrul said…
Salam en Arsad,
Wira saya tahun 2002 dan sepanjang penggunaan aircond hingga sekarang masih guna komponen yang asal.
2 bulan yg lepas saya buat servis aircond. Hanya dryer yg ditukar. Yg lain cuma diservis saja. Aircond sejuk tip top.
Tapi selepas sebulan sejuk seperti hilang tiba2 jika dipandu dalam jarak masa yang lama. Ia berlaku sekali sekala.
Sehinggalah semalam apabila scara tiba-tiba aircond hilang sejuk dan cuma keluar angin panas dari corong. Walaupun engin di off dan dihidup semula tetap sama..cuma angin panas. Apakah yang mungkin berlaku?
Semasa servis, kompressor telah ditambah minyak. Cooling coil juga telah dicuci.
Terimakasih atas perhatian en Arsad.
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa fuse acc jika terbakar gantikan,ganti relay dalam enjin dan jika masih tidak sejuk kemungkinan besar ada bocor atau hose pecah
Azrul said…
Terimakasih atas replied en Arsad. Saya akan ke bengkel jumaat nanti untuk periksa kebocoran tu.
Azrul said…
Semalam dah antar kereta check aircond. Relay ok cuma fius memang terbakar. Tapi setiap kali tukar fius ia tetap terbakar ketika masih di kedai lagi. Mechanic cuba upgrade fius 30 dari yg ori cuma 10. Tapi tetap tak sejuk walaupun dah ditambah gas baru dan tukar fius beberapa keping.
Cooling coil masih ok. Kebocoran semua tak dapat di kesan.
Mechanic suspect kompressor problem.
Cadangan beliau :
1. Tukar magnetic pada compressor ( kos sekitar rm300+)
2. Tukar compressor baru (kos rm680 - termasuk labour, dryer & refill gas)
Tuan rasa adakah memadai jika saya cuma tukar magnetic tu? Atau lebih baik tukar compressor terus.
Masalahnya kompressor saya brand sanden. So kalau tukar brand lain seperti denso atau yg lancer punya kena tukar piping baru kata mechanic.
Betul ke kalau dah yg ori pakai sanden, agak rumit utk tukar pada brand lain yg lebih murah? Denso cuma rm550 jer termasuk labor. Dan kalau saya beli di halfcut boleh dapat rm250 utk compressor lancer.
Apa cadangan tuan?
Hari isnin ni nak ke bengkel semula. Kereta sangat panas tanpa aircond.
Mekanik Kereta said…
Kompressor sebaiknya jangan beli yang 2nd hand dari halfcut walaupun ia original kerana ia akan bertahan selama beberapa bulan dan kadang2 minggu2 sahaja,kompressor sebaiknya ditukar berbandin tukar magnetic sahaja kerana ada kalanya ia short pada keseluruhan body kompressor bukan saja hanya pada magnetic pulley sahaja.Menggunakan Denso tidak jadi masalah kerana jenama dan barang baru Sanden sukar juga diperolehi ,Denso juga tidak kurang eloknya berbanding Sanden.
Azrul said…
Cadangan tuan menyelamatkan saya. Saya bercadang untuk ke klang pagi ni untuk membeli compressor second dari halfcut di sana.
Saya agak ragu2 juga dari segi jangka hayat.
Terimakasih tuan Arsad. Jawapan tuan telah menghilangkan keraguan saya untuk terus menukar compressor.
Insya Allah saya akan ke bengkel semula pagi esok dan dapatkan compressor baru. Harap dapat yang Denso. Dan harap masalah ini selesai.
Terimakasih sekali lagi atas masa tuan Arsad :)
Azrul said…
Alhamdulillah dah tukar compressor baru jenama Sanden juga pada 2 hari yang lepas. Aircond sejuk semula dan kadar kecepatan untuk sejuk juga bertambah.
Tapi xde cut off. Memang sejuk walaupun di tengahari pasang cuma no 1. Compressor seperti jalan terus tanpa cut off. Tuan rasa komponen apa yang perlu diperiksa?
Adakah ini boleh memendekkan jangka hayat compressor yang baru ditukar itu?
Terimakasih.
Mekanik Kereta said…
jika tiada cut off langsung ,periksa cooling sensor,mungkin dah kurang aktif,kadangkala ada juga masa cut off time agak lambat,gerakan pengawal suhu ke bawah sedikit jika ada bunyi cut off bermakna ia ok
Azrul said…
Baik tuan,
Saya akan hantar untuk periksa sensor itu. Cooling pun dah berusia. Mungkin sudah sampai masa.
Terimakasih yang tidak terhingga.
Azrul said…
Saya cuba gerakkan pengawal suhu ke bawah sedikit dan cut off berfungsi seperti biasa. Betul seperti kata tuan, atas faktor usia mungkin ia dah tak aktif sama seperti masa muda remaja dulu.
Banyak yang saya belajar melalui blog tuan, kami mendapat manafaat yang banyak dari ilmu tuan.
Terimakasih tuan Arsad!
zue said…
Salam sdra...mahu bertanya...saya guna keta viva...pada bulan 3 tahun lepas..saya tukar compressor keta sekali ngn servis ...ok sangat sejuk..tp lepas 2 bulan..aircond mula x sejuk untuk beberapa ketika...dalam bbrapa bulan slps itu compressor mula on n off...tapi x lama...maksud saya ..lebih lama ia on daripada off..kemudian..start bulan jan tahun ni...compressor selalu sangat on off on off....ada yg cakap pasal grounding..ada yg cakap pasal compreaor dah tukar so condensor kena tukar yg besar..n etc...mahu bantuan sdra
Mekanik Kereta said…
wslm,kondenser mesti tukar satu lagi cooling sensor juga dan TPS sensor juga yang mengawal kehadiran aircond semasa idling
Salam.. Ni saya dah buat.. Tapi still bunyi kat moto blower ni berderak dan kelajuan tak konsisten setiap 4 channel kelajuan ni.. Motor hidup, cuma kejap nak laju kejap macam nak mati.. Motor yg rosak ke? Berapa kos moto untuk viva?? Ke ade masalah relay ke, resistor ke atau kapasitor ke?? Tolong maklum..
Mekanik Kereta said…
wslm NSQ Pest Control Services,

Ada blower resistor yang perlu ditukar
Unknown said…
Tuan sord87, saya telah upgrade condenser pendek tempatan kepada condenser panjang made from japan(halfcut), masaalah nya sekarang paip aluminium tempatan tak ngam bila nak sambung ke condenser, ada sugestion yang terbaik dari pihak tuan.
Mekanik Kereta said…
tukarkan paip tersebut,dapatkan paip dan penyambung dikedai alatganti aircond
syukri said…
Salam tuan,

Kereta saya gen 2 auto. Bila on aircond bunyi bising. Pomen ada tunjuk katanya crankshaft pulley ( yg bersambung ke compressor bergoyang) ye saya tengok mmg pusingan dah tak stabil. bergoyang-goyang. Kedai dia tak buat tapi dia kata biasa pomen akan tukar satu set compressor. Memang compressor datang sekali dengan pulley? Tak boleh ke ketatkan saja pulley tu?atau tukar pulley sahaja. Untuk makluman aircond saya ok. sejuk.

Saya juga ada baca komen tuan, bunyi bising tu juga boleh disebabkan oleh bearing. macam mana kita nak beza bising disebabkan bearing atau pulley?
Unknown said…
assalamualaikum tuan..kereta pesona se 2009 sy alami maslh meter suhu naik turun bila brgerak atau brhenti skejap. pergi bngkel..suis..waterpump..moto kipas..termostat..radiator cap..semua da
tukar tp suhu naik jgk...tlg sy tuan...
Mekanik Kereta said…
wslm,gasket head dah pecah,perlu ganti
Mekanik Kereta said…
wslm,dapatkan pulley dari kedai potong alatganti,minta mekanik tukar
Unknown said…
salam sdara sord..krta sy proton lmst...masalah aircond x sejuk...gas aircond masi ok...apa masalah tu ya?
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah kompressor telah tidak tahan tekanan,samada ganti recond atau baru
Unknown said…
Assalamualaikum , sy nak tanya..eh aktif lagi ke blog nie...sy nak tnye..ekon kereta myvi saya berbau masam macam cuka..apa masalah nye iye..tapi ekon sejuk je..
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika ada apa2 benda yangtermasuk dalam hose dan juga tersangkut pada cooling coil ,ekon akan berbau,terutamanya jika ada benda kecil seperti lipas atau cicak mati dan berada dalam hose
aisahm said…
assalam saudara...
saya mempunyai masalah aircond kereta kenari...bila cuaca terlalu panas dan kereta berhenti di traffic light or sedang menunggu aircond menjadi tidak sejuk
saya baru sahaja servis dan mengisi gas...tiada kebocoran yang diberitahu oleh pihak bengkel...
bolehkah saudara suggest apa yg saya perlu lakukan
Mekanik Kereta said…
wsalam,kompressor telah tidak tahan tekanan tinggi mungkin ada bocor pada oil seal dan kurang berfungsi,tukar kompressor dan juga kondenser insyallah ok
hadri said…
bos sord87..ada x no tel..
Mekanik Kereta said…
kat atas tu
Unknown said…
As salam saudara..kereta saya toyota wish model 2003..air cond saya kadang2 sejuk kadang2 panas..bila on ac kompressor bunyi kuat sikit dr biasa..sy gi kedai byk yg ckp kompressor dan ade kedai yg ckp solonoid valve je...mn satu yg betul tuan..harap dpt membantu
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah kompressor,kompressor ada bocor dan memaksa cooling sensor untuk tidak bekerja sepatutnya menghidup dan mematikan suis auto
Hafiy said…
salam tuan..
nak tnya kereta sy kenari auto..
masalah pada aircond..bila kereta berenti aircond jadi panas..tp bila kereta berjalan aircon sejuk pula
hari tu da tukar comperasor.. tp masalah still sama..mohon bantuan tuan
Mekanik Kereta said…
wsalam,kondenser juga perlu diganti insyallah ok
Unknown said…
Asslmualaikum tuan,

Saya aisya.. nk tanya kreta kelisa sy baru beli 2nd, aircond sy ok n sejuk tp sy dpt tau dr kedai servis aircond yg aircond kereta ni pernah modified..

Bila cuaca sejuk dan sy tidak perlukan aircond sy akn off aircond, masalahnya temp d spedometer kereta akn naik n mulai panas, bilamana sy on aircond, temp trus ok semula..

Blh tuan terangkn mcmna nk selesaikn masalah ni, sbb kdg2 sy tidak perlu aircond, lbh2 lg utk tingkatkn pickup bila lalu jln brbukit, almaklum sja la d sabah ni kebykkan jln berbukit2..

Satu lg msalah, bila on aircond, kreta akn kuat bunyi n agk kasar tp bila off, bunyi kreta lebih smooth..

Mohon pencerahan, terima kasih..
Unknown said…
Asslm tuan,

Sy aisya.. ada kreta kelisa 2nd. Aircond kreta masih sejuk. Sdh pernh servis dan dpt tau dr kedai servis yg aircond pernh modified..

Mslh sy, aircond bila off msa jln, temp cepat naik tp bila on, temp turun semula. Kdg2 sy perlu off aicond utk lbh pickup semasa pemanduan d bukit (almklum la d sabah ni byk jln bukit).

Satu lg, kreta bunyi kuat bila on aircond tp bila off, bunyi lbh senyap.. knp ye?

Mohon pencerahan, terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis radiator,ganti thermostat dan guna coolant secukupnya,insyallah ok
Unknown said…
Assalam tuan..nk tanya compressor kancil recon fit ke compressor myvi?apa pendapat tuan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,boleh guna
Azie said…
Sya guna atos prima..1.1cc
Aircond sejuk...dah lma2 rasa panas.
Bukak paling kuat rasa sejuk..tpi bila kereta berhenti dan jln lma2 panas blik
Mekanik Kereta said…
Ini masalah kompressor ,perlu ganti atau baiki kompressor
Najmi said…
Assalamualaikum tuan . .sy pakai wira 1.5 ijection ..masalah kete sy on aircond kosng blower pon kosong..power window pon x jln..adakah ini masalah wiring??mohon bantuan..trima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,periksa fuse ACC dan juga fuse power window dan relay juga fuse2 ain yang terbakar perlu digantikan
Unknown said…
Salam tuan.. sy pkai satria enjin 4g91 twincam masalah skrg bila sy on aircond kereta jadi berat bila compressor kick atau on.. bila compressor off kereta jadi ringan balik.. apa msalah kereta sy ni ye.. aircond sejuk beku xde msalah..
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar bering compressor,insyallah ok
Unknown said…
terima kasih tuan kerana memblas pertanyaan saya.. bleh recomends kdai area pj/kl untuk tukar bearing compressor ni.. terima kasih tuan.. dan kos tukar bearing skali..
Mekanik Kereta said…
Kosnya sekitar RM300 ,boleh buat dimana3 kedai aircond sahaja
Unknown said…
Aircond sebelah penumpang mcm ad leaking.. Asyik basah je karpet.. Aircond rosak ke?
Mekanik Kereta said…
Ada hose air dari cooling coil yang perlu disalurkan keluar,mungkin tercabut atau pecah
Unknown said…
Salam bro ... minggu lps saya buat service aircond exora cps di proton servis selepas terdapat bunyi sssss mcm bunyi ular bila aircond on ... slps diperiksa ... mekanik cakap ada kebocoran kecil di paip compressor ... kena ganti compressor baru sblm servis yg lain ... jumlah RM 1200 +++ ... pening kepala mcm mana nak cekau duit sebyk itu ... adakah boleh tampal kebocoran paip compressor atau ada idea lain yg lebih baik utk jimat kos ...
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh welding gas tapi tidak bertahan lama,sesetengah wsyop ada buat
Unknown said…
tumpang tanya, berapa kos utk tukar blower, fius dan wiring tu??
Unknown said…
salam encik sord87. saya pengguna satria lama 1.6

nak tanya berapa harga utk panel aircond evo3? dan ada kene mengene ke kalau aircond tak berfungsi disebabkan kerosakan panel aircond tu??

mintak pencerahan
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika saudara maksudkan panel ialah suis aircond,ia banyak kena mengena dimana suis perlu diganti.
aJutt said…
Salam. Nak tanya. Aircond vw polo 1.2tsi skejap sejuk n skejap rasa angin panas je. Time pagi atau malam aircond kdg2 sejuk, slalunya tengahari xde rasa aircond. I dh pegi 2 bengkel mmg kompressor problem. Cuma nk tanya betul ke sensor kompressor xboleh dibaiki n kena tukar satu kompressor? Kompressor half-cut boleh caye ke? Dari segi kos utk tukar ori dan half-cut, tuan boleh komen ke. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,ini memang masalah kompressor yang telah menurun tahap tahan tekanan dalam komponennya,ganti lebih baik samada dengan recond atau terpakai.Biasanya kompressor boleh dibaiki cuma tidak banyak kedai membaiki kompressor,kos kompressor terpakai adalah lebih murah untuk model kereta import selalunya original manakala kereta Malaysia boleh dapatkan yang original terus dari kedai alatganti kereta.
aaa said…
As salam.. Sy pakai exora. Ada 2 masalah.
1) Kenapa no 1,2 dan 4 angin ada. Tapi bila letak no 3, tiada angin.
2) Bila buka aircond pulley magnet lambat untuk pusing, tapi berbunyi 'ketak' bila mula berpusing. Tapi dah pusing aircond sejuk. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah blower hilang pada 3 ialah masalah blower resistor ,perlu gantikan alat tersebut.
2.magnet clutch yang lambat berfungsi adalah kerana magnet clutch tersebut yang telah kurang keupayaannya bertindakbalas,biasanya akibat minyak kompressor yang bocor sekelilingny ataupun solenoid pada magnet telah lusuh
Unknown said…
Salam.. saya pakai viva, awal pagi bila on aircond.. bau masam seperti bau cuka keluar dari aircond.. boleh tanya apakah masalah yang saya hadapi.??
Mekanik Kereta said…
wslm,selain dari gas bocor,bau masam boleh ada jika ada binatang mati dalam laluan hose seperti cicak,lipas dsbnya,ini yang saya selalu jumpa bila buka hose
Unknown said…
Nak tanya, sukatan minyak compresor utk wira se ,berapa ye sukatan nya?? kalau tambah minyak. Berapa ikut sukatan kena tambah ??
Mekanik Kereta said…
sedikit saja tak sampai setengah liter
kris said…
Salam saudara. Saya mempunyai masalah ad kluar bunyi lps tu ac mcm on n off bila kereta dk kt trafic jam. Suis ac nyala leklok je tpi mcm on lps tu off ac. Knapa ye?
Mekanik Kereta said…
wslm,bila berbunyi tanda kompressor jadi panas dan tiada tahan tekanan jadi sensor tidak dapat mengawal bila patut berhenti akibat dari panasnya kompressor,perlu ganti kompressor
Saiful said…
Asalammualaikum tuan,sya nak tnya kalau sya DIY tukar sensor aircond yg dekat cooling coil dpt ke?? Perodua viva.. Atau perlu ganti dekat bengkel aircond??
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh tukar sendiri tiada masalah
Unknown said…
Salam bos

Dimana letaknya sensor aircond untuk kancil 850? Harap dapat dijelaskan
Unknown said…
Berapakah harga untuk servis aircond kancil?
Mekanik Kereta said…
wslm,dalam enjin bahagian depan
Mekanik Kereta said…
sekitar rm150
Unknown said…
sy baru topup gas sudah 3 kali topup,tpi selepas topup selang 4 hari ac kereta sudah tidak sejuk..adakah masalah colling coil..tq😀
Mekanik Kereta said…
jika selalu tambah gas bermakna ada bocor ,biasanya bocor di cooling coil,servis atau ganti cooling coil dan valve
Unknown said…
Salam bos..sye guna kia spectra 2004 buka aircond angin x keluar...knpe ye..
Mekanik Kereta said…
wslm,jika angin tiada ini bermakna blower tidak berpusing.Blower ada gunakan fuse dibawah dashboard selain motor yang rosak
SEO said…
cari aircond service crew untuk aircond service di kl dan selangor yang berkualiti.
Unknown said…
Asalamualaikum saudara sy nak bertanya citra bila on acon ketika bawa ada bunyi seakan bunyi nyaring tp acon sejuk dan angin pun kuat bila sy tutup acon bunyi tu senyap
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,belting kompressor sudah lusuh ,perlu ditukar
Juana debra said…
Brpa harga baiki aircond waja rosak?
Mekanik Kereta said…
kos servis sekitar rm150
emellia99 said…
kalau dh tukar compressor and condenser tp still berlaku kebocoran mcm mana ya. Apa masalah sebenarnya? n kena bukak balik sume ke?
Mekanik Kereta said…
Semua sambungan hose condenser atau compressor ada O Ring seal ,perlu pastikan O Ring ini baik dan tampung kebocoran sambungan pada hose
Nazrul aiman said…
Salam nak tanya,kalau tukar hose aircond yang bocor,kos untuk tukarnya berapa,Kereta Perodua Alza manual,Sbb ada tauke nie dia ckp total 1k,betul ke?Takut kena scam
Mekanik Kereta said…

wslm jika semua hose aircond diganti memang mencecah lebih seribu tetapi jika hanya satu hose sekitar rm200 sahaja
Oldest Older 201 – 394 of 394

Popular Posts