Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Kesan dari makan minyak hitam

Salam kepada semua pengunjung,

Dalam post yang terdahulu ada dinyatakan bagaimana pelarasan tappet dapat menghalang bunyi ketukan yang kuat dan juga bagaimana top overhaul dapat mengembalikan enjin kereta seperti sediakala.
Semak video yang disertakan ini



Video diatas menunjukan hampir keseluruhan kesan-kesan yang dapat kita dengar mengenai ketukan yang terlalu kuat terjadi dalam engine yang telah mengalami ketidakupayaan mengawal geseran dan mungkin juga terdapat komponen dalam silinder yang telah pecah akibat dari minyak hitam yang menjadi kurang sedikit demi sedikit (makan minyak hitam).

Kesan dari minyak hitam yang menjadi kurang dengan cepat akan menghasilkan bunyi dalam enjin yang kuat serta boleh menyebabkan sebahagian komponen seperti rocker arm menjadi rosak atau pecah.

Kerosakan ini hanya boleh dibaiki dengan membuat top overhaul keatas enjin tersebut dan menukar semua set top overhaul seperti valve seal,rocker arm yang pecah dsbnya.Walaupun top overhaul kebiasaannya dilakukan jika putus timing belt tetapi dalam kes sedemikian top overhaul adalah wajib dilakukan untuk membolehkan kereta tersebut berfungsi seperti sediakala untuk menjamin jangkahayat yang lebih panjang.

Comments

Mekanik Kereta said…
saudara mr sid,

dapatkan wayar relay utk starter dan pasangkan,boleh didapati dikedai alatganti atau minta mekanik pasangkan wayar relay starter tersebut
Mekanik Kereta said…
saya memandu kereta kembara ez tahun 1999,engine kereta sy agak berkeladak (tapi x lah teruk sgy) pormen suggest utk buat engine flush...ade gak pormen cina nak wat tope overhaul, untuk makluman en. kete sy xde leaking kat mane2 komponen....

patut kah sy buat top overhaul, dan adakah pengunaan decabornizer (oilyman) itu berkesan untuk tingkatkan prestasi engine?

jawapan,

salam

saya sarankan saudara gunakan decarbonizer,hasilnya cepat untuk bersihkan karbon sekurang2nya 50 peratus dan enjin agak baik.
Anonymous said…
Dari Mr. sid

Saudara sord87..

bolehkah saya htr kereta saya ke tempat saudara?sebab takut pomen tak paham kalau saya bagitau..

Mekanik Kereta said…
Mr,sid

minta maaf Mr sid buat masa ini saya amat sibuk dan tidak berpeluang sepenuh masa sebagai mekanik sepenuh masa semula,Saya akan war-warkan jika kelapangan tersebut ada.
Unknown said…
dah penah buat top overhaul tp asap putih masih kuar dan myk itam cepat kering..sya pki wira sedan 1.5 auto..
Mekanik Kereta said…
@Nizah Ramliasap putih adalah disebabkan piston ring yg haus,kerja2 top overhaul tiada menukar piston ring hanya overhaul yang tukar piston ring.
Top overhaul dilakukan untuk membaiki prestasi enjin,enjin panas dan enjin masuk air saja.

Buat overhaul tukar piston ring dan overhaul set.
Anonymous said…
kite sy wira 1.5 auto ..baru beli sechnd...masalh kereta sy ialah minyak hitam kuar ddgn byk apabila enjin di hidupkn ..sy check minyk 2 kuar dari bwah antara ejin dgn gear box, sy dah check minyk 2 minyk enjin, apa kah masaalah kereta sy? n brpe kah kos baikinya? sy kurang arif dlm hal ini..tq encik
Mekanik Kereta said…
@Anonymouskalau minyak enjin maknanya terdapat kebocoran gasket pada tangki minyak hitam tetapi jika minyak gear maknanya ada bocor pada flywheel oil seal.

Gantikan gasket oil sum dahulu jika ia minyak hitam.
Unknown said…
Brade kate saye honda sv4 bunyi enjin x de cm dlm video 2.tapi suhu nail pas 2 kuar lampu minyak enjin.saya tengok air kering bila saya tuang air dlm rdeator dia memancut kuar.sya cek minyak hitam x kering.ada kah sy kena buat top overhoul.
Mekanik Kereta said…
@HAzik Hazikw/salam,saya rasa enjin tersebut telah mengalami kepanasan melampau jadi top overhaul dengan menukar head gasket dan top set adalah cara paling elok,juga skim head perlu dilakukan.
Unknown said…
Salam sy memandu honda stream 2.0 ivtech.problem sy adelah sy nampak leaking disebelah kanan enjin iaitu di kawasan bawah sebelah driver. Sy nak tahu tahu adekah disebabkn gasket leaking atau aper? Lagi 1 apabila sy reverse ngn letak gear ke R ader bunyi loceng...gear x stuck x slip semua lancar dan bunyi tersebut tidak dengar dari luar tapi bunyi dari dalam kete bunyi loceng yg x kuat
Mekanik Kereta said…
@Rezad Hafifiw/salam,kalau sebelah kanan biasanya minyak enjin,mungkin oil filter yang tak ketat dan mu ngkin juga bocor gasket minyak hitam.

Gear yang berbunyi loceng adalah sebab panel penyambung gearbox yang gunakan bush,mungkin juga bush getah telah haus atau longgar.
Unknown said…
salam..nak tanye..sy pakai kereta hyundai accent 2005 auto.sy dapati oil seal telah bocor.kawasan keliling gasket blh nmpk minyak hitam.berapa anggaran kosnya?

dan adakah ini ada menyebabkan kesan pada gearbox?sy dapati rpm kereta spt tidak stabil.gear 1-2 ok tp bila masuk 3 dia terlalu cpt turun dan masuk 4 dan seterusnya.kereta jadi berat.adakah ini disebabkan dr masalah oil seal bocor td ataupun sebab lain?
Mekanik Kereta said…
@Nurul Hudaw/salam,apa yang saudari perlu lakukan ialah tukar minyak gear auto dan autofilter.apa yang saudari nampak adalah bocor sekeliling penutup head,tukar gasket head yang bocor tu.
Unknown said…
hai...
masih active ke??
saya nek kancil 850... asap kete dah putih dan byk... mungkin sbb da mkn minyak hitam... saya nk kan pendapat dan pandangan apkah yg perlu saya buat... samaada buat top overhal atau pun tukar enjin terus....
Unknown said…
hai...
saya ida... saya nek kancil 850... kete saya asap da putih n byk.... saya ingin kan pendapat dan pandangan.... samaada saya perlu buat top overhal ataupun tukar enjin terus... bantuan sgt diperlukan...
Mekanik Kereta said…
@Azma Juhaidahhai,masih.

Tukar enjin lebih mudah berbanding overhaul ya bukan top saja
Mekanik Kereta said…
@Azma Juhaidahhai,tukar enjin lebih mudah
Unknown said…
Salam encik,

Saya ada kancil 850 tahun 2005. Masalahnya minyak hitam cepat sgt kering. Saya ada tanya2 org yg lebih tahu and mostly kata kena buat top overhaul. Apa tu top overhaul and berapa anggaran kosnya?

Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
@Nor Hasyidah Ishakw/salam,

top overhaul adalah menggantikan semua seal dan membersihkan karbon dalam enjin ia seumpama memberikan nafas baru kepada enjin supaya minyak hitam tak kering dan melekat di semua bahagian silinder.Kosnya adalah sekitar rm750-1500
danie said…
Salam bang,kos top overhaul bg kancil brapa ye?? Nk sediakan bjet nie..
Mekanik Kereta said…
@daniew/salam sekitar rm500
Unknown said…
Kereta naza sutera.. air selalu kering.. puncanye dr pe ye.. n water pump ape kegunaanye
Unknown said…
X smp setahun buat top ovehall.. tp gasket head dah bocor n air selalu kering.. bocor x da.. dlm enjin pun x msk air. Leh jelaskan x abg makenik
Mekanik Kereta said…
@Mohd Shahremew/salam,air kering ada adalah sebab enjin yang panas selain daripada bocor ,masalah seperti head yang dah tak elok atau nipis adalah punca enjin jadi panas,walaupon head telah diskim dan gasket juga tukar ia tidak mampu menahan kepanasan enjin jika head itu dah terlalu nipis.

2.Blok enjin juga berperanan menaikan kepanasan enjin jika ia retak atau sompek jadi blok juga perlu diperiksa untuk memastikan ia tidak retak.
Mekanik Kereta said…
@Mohd Shahreme1.head nipis dan blok retak punca enjin jadi lebih panas,Water pump kegunaannya adalah untuk memusing air seperti kincir air dan menyejukan air untuk enjin jadi sejuk,jika water pump tak pusing pada kapasiti sepenuhnya sebab air karat dan bering water pump yang dah ketat enjin juga akan cepat panas.Sebaiknya tukar water pump dulu jika saudara belum pernah tukar water pump
Unknown said…
Salam tuan,

Saya ingin bertanya apa problem kereta honda civic es 1.7. Saya cadang untuk beli.
Unknown said…
Salam tuan,

Sy nk tanya apa problem honda civic es 1.7. Sy cadang nk beli. Tp nk tau dulu apa problem nye sebelum beli.
Mekanik Kereta said…
@Bazli Rejabwslm,kalau nak beli kereta baru honda,masalahnya insyallah bertahun pakai baru ada,tapi kalau beli 2nd hnd minta used car tukar main relay dan kalau boleh semua relay berkaki 5 atau 4 dalam fuse box enjin
Unknown said…
Sy nk tye,,knp myk hitam keluar mcm air paip kot lbg cover heat yg disambung ke ecoliner tu?mgknkh ianye mslh heat?sbb ring piston bru je tukar
Mekanik Kereta said…
@Rohaiman Manhead valve seal bocor,lambat laun ia akan menyebabkan enjin panas,perlu tukar valve seal tersebut
beby noty sz said…
Assalamualaikum...saya mngguna wira 1.6 vdo...kereta saya tiba2 mati ketika pemanduan..dan ia x dapat di hidupkan kembali..pelbagai cara telah saya lakukan..fius semuanya ok..saya cuba tolak untuk hidupkan tp x berhasil..lampu ECU tiba x menyala bla kunci ON ..harap tuan dapat beri jawapan pd masalah kereta saya...adakah distributor rosak ataupun ada sebab lain...
Mekanik Kereta said…
wslm saudara beby noty sz,

1.
perlu buka cover timhing belt periksa ia putus atau tidak

2.Jika ada crank tapi tal mau hidup ia rosak fuel pump

3.Jika semua lampu panel tak nyala bateri rosak

4.EcU rosak jika fuse putus gantikan fuse

5,Jika distributor rosak periksa api plug
Unknown said…
bos saya pakai wira 1.5 auto tahun 1996 . sebelum tu utk makluman bos , saya ni student and kereta saya guna NGV skg . masalah saya . minyak itam cpt kering . nak kata cpt takde lah tp boleh tahan lah . saya perasaan bnde tu . saya pun slalu beli myk hitam topup tu yg tk smpai RM12 selitre disebabkan saya student . satu lg nak tahu pendapat dan suggestion bos untuk repair dgn modal yg agak kecil . 0123556527 kalau bos agak busy utk reply . harap maklum bos
Mekanik Kereta said…
@Amir Fikrisalam,tukar kepada minyak grade sae 20 50w kerana ia dapat mengurangkan kepanasan enjin sebab ngv
khairul said…
Salam En. Sord87.

Saya nak tanya pasal kereta honda city 2010 saya yang sekarang pada mileage 59880km. Kereta ni kereta 2ndhand sebenarnya. Baru saja beli minggu lepas. Tarikh last kereta ni diservis adalah pada 25.7.2014 dengan mileage 51000km dan perlu diservis pada 61000km.

Sekarang ni, dah hampir setahun kereta ni tidak diservis sebab mileage belum sampai TAPI masa servis telah sampai dulu (minyak hitam perlu ditukar dalam masa 6 bulan walaupon mileage belum sampai kalau tak silap saya). Dan sekarang saya rasa kereta ni kuat makan minyak kalau dibandingkan kereta honda city kawan saya yang lain.

Jadi, apa yang saya bole buat untuk membolehkan kereta ni jimat minyak semula? dan ape effect pada enjin kereta ni tidak diservis ikut masa yang telah ditetapkan ? adakah bole merosakkan Rocker Arm macam disebutkan dalam post ni?
Mekanik Kereta said…
@khairulwslm,kereta yang kurang digunakan sebenarnya kelancarannya agak berat jadi penggunaan minyak bertambah atas beban,olehsebab itu kereta seharusnya dihidupkan enjinnya kira2 10 minit setiap pagi,manakala dalam sebulan kereta perlu bergerak seperti biasa sekali untuk mengelakan kompnen klac dan roda dari melekat serta minyak yang melikat.

Tukar minyak gear.autofilter,plug dan airfilter serta fuel filter untuk melancarkan minyak petrol supaya ia dapat berfungsi seperti biasa dan sekaligus penjimatan akan terhasil.

Rocker Arm perlu dijaga,hidupkan kereta 10 minit setiap hari
Unknown said…
Salam tuan, saya nak tanya sikit tentang radiator. Apa beza OEM radiator dengan alumunium radiator? Dan dari segi size alumunium radiator juga ada panjang dan pendek, apa kebaikan dan keburukan bagi kedua-dua size ini. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
@benny jefrrywslm,oem radiaor biasa yg digunakan oleh banyak kereta,aluminium tu kuat sikit,saiz pun beza banyak dengan oem,tahan lebih panas,cepat mengalian haba keluar dan tahan karat air banding oem
Unknown said…
Assalamualaikum cik
saya memakai kereta myvi 1.5. saya menghadapi masalah apabila oil sump kereta saya bocor dan saya tidak menyedarinya sehinggakan saya mendapati ada bunyi krek krek krek apabila melepasi rpm dlam lingkungan 2500 ke atas, pemanduan constant dan sewaktu menukar gear(cluch di tekan). permulaan bunyi ini di sedari apabila pemanduaan extrime. soalan saya, apakah part yg mungkin rosak dan berapakah kosnya?
Mekanik Kereta said…
@ewanwslm,jika sedar awal ,insyallah tak ada apa-apa tapi kerosakan yang pasti adalah engine bearing yang akan calar akibat kurangnya minyak hitam tetapi akan hilang jika minyak hitam ditambah segera,dalam jangka panjang ia kan sedikit2 berbunyi dan semakin kuat dan perlu ditukar dalam proses overhaul,kosnya sekitar rm2-3 ribu RM
Unknown said…
As salam saya nk tnye saya guna triton 2.5..sejk akhir2 nie kereta asyik semput..x lame lepas 2 die mati sendiri..minyk hitam semue saya dh tukr still x tahu apa punca nya..
Mekanik Kereta said…
wslm,throttle body kotor dan sensor tps juga perlu dibersihkan,servis throttle body insyallah ok
Unknown said…
Salam saudara sord87 sya nk tnya minyak engin xnaik ke head dlm oil filter pn xmsok..oil pump da tukar tapi xnaik jugak..apa msalah??..sya pn pelik..model toyota 1rz petrol..
Unknown said…
Salam saudara sord87 sya nk tnya knpa minyk engine xnaik ke head oil pump da tukar dlm oil filter pn xde minyk msok apa msalahnya?? Van toyota hiace 1rz petrol
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya bila dah tukar komponen dalam kenderaan moden sekarang perlu reset ecu!
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau pasang sendiri kena perhatikan betul2 laluan oil pump supaya tiada seal atau bahagian yang menyekat laluan minyak untuk naik dan bekerja
Nuklear said…
assalammualaikum...kereta saya satria 1.3 ...masalahnya minyak enjin selalu leaking kenapa ek..dah 2kali pomen tukar gasket..bleh bgi tips x,selain dari gasket,apa lagi sebab2 kenapa minyak enjin bocor..terima kasih
Unknown said…
Salam..sy memandu wira 1.3 4g13 carb tahun 1996..skrg sy gunakan minyak hitam yg agak likat iaitu 20w50 sejak bertahun lama.boleh kah sy cuba untuk tukar ke minyak yg lebih kurang likat,apakah gred yg sesuai yg paling minimum boleh sy gunakan?tq.
Mekanik Kereta said…
wslm,gred 15w40 adalah agak sesuai kerana ia semi sintetik
Mekanik Kereta said…
wslm,skru gasket tersebut mungkin dah loose,minta mekanik tukar skru
Unknown said…
sy ingin bertanya..kereta saya saga blm 1.3 mengalami masalah yang sama seperti video diatas..berapa kos untuk membaik pulih kereta tu?dan bole saya tahu ape yang rosak sehingga menyebabkan jadi sebegitu?
Mekanik Kereta said…
Proton Saga BLM menggunakan sistem IAFM (Intake Air Fuel Module )jika rosak alat tersebut ia juga akan berkeadaan sama seperti video diatas,kos baikpulih sekitar rm300
Anonymous said…
alam saudara yg budiman,

kereta saya satria 1.3 injection,masalah overheat pada kereta..bawak ke mekanik kerana radiator da crack dan bocor(sblm nie dah tampal) kali nie tukar baru terus...masalah saya tuan,bila isi air kat radiator tank tu..air melimpah keluar.(buka radiator cap)..adakah punca dari head gasket yang dah bengkok? atau waterpump?buat masa sekarang saya hanya ganti radiator shj..pomen ada ckp mcm kene top overhaul..sy pening sbb bukan pakar sgt dlm bab2 enjin ni.mohon bantuan tuan utk sedikit penerangan
Mekanik Kereta said…
wslm,limpahan air menandakan enjin panas dan head gasket yang pecah,perlu tukar head gasket
Unknown said…
Assalamualaikum , sya memandu kereta myvi 1.3 ez , beberapa hri lps yg pgi tuka minyak hitam then mekanik tu xckp ada kebocoran dkt o ring , then sya balik check memang ada kebocoran tpi x bnyk mcm stitik dua tompok kecik ats surt khabar lma yg sya lapik untk check , so apakah langkah yg sya perlu buat dan berapa anggaran kos nk repair bnda alah tu
Mekanik Kereta said…
wslm,skru tersebut dah haus,samada tukar skru tangki minyak hitam atau ketatkan sudah memadai
ASMIDA ZAKARIA said…
assalamualaikum ,,sy ada masalah yang sama macam dalam video tu..bila check minyak hitam kering. jadi tambah minyak semula..tapi bila start enjin...bunyi kuat bunyi lagi bila tekan minyak.. jadi boleh saya tahu apa masalahnya?? Adakah ia kerosakan yang teruk?? dan berapakah kos baiki??
Mekanik Kereta said…
wslm,ini kerosakan yang teruk juga ,enjin perlu overhaul dan tukar engine bearing dan dibersihkan semua kotoran pada permukaan piston,crankshaft juga perlu mengalami proses polish,kos baiki bergantung kepada barang jika kereta jenama Malaysia kosnya sekitar RM3000-4000 sahaja
Unknown said…
assalam...nk tnya skit..apa punca minyak hitam sering berkurangan..bila diperiksa,tiada kesan bocor dan tiada asap keluar dari ekzos...adakah salah tuning juga boleh menyebabkan minyak enjin berkurangan??kereta wira 1.5 caburator
Mekanik Kereta said…
wslm,jika semua komponen top overhaul seperti valve seal ,valve dll menjadi semakin kurang daya kekuatan ,enjin akan menurun prestasi dan karbon mudah terbentuk pada sekeliling valve,permukaan head dan atas piston,apabila ini berlaku min yak hitam mudah mengering dan membentuk kerak pada sekeliling head ,walaupun tiada bocor minyak hitam akan mengurang sedikit demi sedikit.Bila ini berlaku proses baikpulih terbaik adalah dengan melakukan top overhaul.
Unknown said…
Assalamualaikum. Saya Ahmad dari Tawau. Saya nak tanya mengenai kos bengkel untuk memasang oil pan baru bagi kereta Proton iswara aeroback?
Muhamad Firdaus said…
Assalamualaikum bos. Saya baru je terlanggar bonggol tadi. Kereta gen2. Dan tangki minyak hitam pecah. saya tk perasan dia pecah. so saya terus jalan pastu enjin bunyi dh radak habis. Lama sikit kereta da jem tkleh jalan. Apa masalahnya ye?
Mekanik Kereta said…
wslm bos,bila minyak hitam habis sebab bocor teruk enjin akan berhenti kerana kekesatan teruk pada komponen jadi yang paling teruk akan terjejas ialah engine bearing dan berkemungkinan piston rod pecah jadi overhaul memang perlu dilakukan
Unknown said…
as salam...saya guna kereta kelisa 1.0.minyak hitam sentiasa cepat habis...apa masalahnya?
kat kereta tak ada kebocoran pun...
Mekanik Kereta said…
wslm,valve seal dah makan,perlu buat top overhaul ganti set top
migustik said…
Salam tuan saya ingin bertanya, saya menggunakan kereta saga lmst tahun 2008. Masalah yang dihadapi saya ialah setiap kali masuk gear reverse dan melakukan reverse ekzos kereta akan keluar asap putih, kemudia kereta saya juga berlaku minyak hitam yg semakin berkurangan. Saya tanya kepada mekanik beliau kata reverse swith oil seal leaking. Saya try pergi ke kedai lain mekanik kata oil seal bawah gearbox leaking. Saya tak pasti yang mana satu punca minyak hitam saya leaking. Saya cek dekat enjin dekat bahagian reverse switch banyak terdapat tompokan minyak warna hitam seolah dia merecik kekuar dr switch tersebut. Boleh terangkan kah apa masalah dia? Berapa anggaran upah menukar reverse switch oil seal? Berapa pula anggaran upah tukar oil seal bawah enjin? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar reverse switch untuk menahan minyak gear kurang manakala untuk enjin perlu pastikan minyak hitam dari mana yang keluar,biasanya dari gasket head dan gasket oil sump bawah enjin ,kos tukar kedua2nya kira2 rm400
Unknown said…
Salam... saya mempunyai kereta kancil 850cc tahun 2003, 2- 3 harini temperature naik lebih dr separuh, saya antar bengkel, diorang servis radiator, masa tu ok temperature tk naik dah, tapi keesokan hari naik balik mcm sebelum ni.... bawak semula ke bengkel diorang suh wat overhaul. Brape ye anggaran harga untuk overhaul kancil skrg ni? Temp naik bila jalan jem ataupun bila lama di trafic lite... kalau kat hway drive lama pun dia akan naik jugak.... apa punca sebenar nya ye?
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin naik panas tak perlu overhaul,tukar dulu thermostat dan water pump saya rasa insyallah ok tapi kalau pernah temperature naik sehingga merah ,gasket head biasanya pecah kos top overhaul bukan overhaul cuma kira2 rm1500,
Unknown said…
Salam tuan,

saya ada sebuah Ford Ranger thn 2001 Diesel .. Masalahnya, ketika pagi td saya start kereta ok jer... gerak dlm 200m, saya pasang aircond tetiba kluar asap banyak dr ekzos belakang dan enjin mati... nak start semula ada bunyi dan x hidup dah...

apa masalahnya??
Mekanik Kereta said…
wsalam,saya rasa ada yang tercabut samada injekter atau hose fuel pump,perlu diperiksa
Farmes said…
Assalamualaikum tuan... Sy nak tanya berkenaan minyak engin sy ada leaking... Sy dah tukar nut oil.. Tetapi masi lg ada leaking.... Sy cek minyak engin makin berkurangan... Ada ka sy perlu tukar tangki minyak engin?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar gasket tangki sudah memadai
Anonymous said…
Salam.... Tu bunyi intake manifold plastik kat enjin... Tukar he intake manifold plastik insya allah bunyi ilang.... Ntah kenapa skrang sume pakai intake plastik.... Bende2 gini buat estima 3.0 tebakar... Jiwa suci murni.... Ha ha .... Lawak gile...
Anonymous said…
Encik kene pakai mpr encik untuk kete persona baru masalah tu x berulang.... Kalo x jawabnye tukar kipas asyik overheat ajela... Kalo mpr mahal(mahal gile) beli extreme energy charger 4 kapasitor rm 170 ( dulu 150 je)
Anonymous said…
Salam aje.... Sila beli silicon head gasket @ cam gasket yg bewarna merah@biru@kuning.... Murah dan tahan.... Kalo pakai standard proton jgn risau dia akan leaking balik x kesahla laju ke pelahan... Sy 4 kali tukar sampai member peraona tunjukkan silicone punya.... Skang senang kat lazada pon ase jual.... Taip je silicone head gasket campro.
Anonymous said…
Pakai silicone head gasket bro... Kalo x duit abes tiap bulan keje nukar tu aje...
Anonymous said…
U memang expert kaw kaw la bro
Unknown said…
salam..berapa kos buat overhaul honda ek b20b tidak termasuk brg..hanya nk tahu kos upah je..brg sy nk beli sendiri..
Mekanik Kereta said…
wsalam,upah saja kira2 rm700
Unknown said…
Assalammualaikum nak tye kalau minyak hitam bocor berapa harga yang perlu di bayar .dan apa yang patut di buat.boleh merosakan engin kan ???
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti gasket oil sump kira2 rm300 sahaja,jika bocor banyak perlu ganti segera dikhuatiri enjin kurang minyak hitam boleh menyebabkan engine bering rosak
Unknown said…
Minyak itam mana yang sesuai utuk naza sutera ya? sebab saya ada bli yang orang recomandkan, tapi kereta jadi berat n mudah mati enjin.. confius...>.<
Mekanik Kereta said…
minyak hitam sesuai ialah samada mineral atau semi atau sintetik,jika telah gunakan semi kereta terasa berat gunakan sintetik kerana minyak lebih cair,jika menggunakan mineral boleh juga bertukar kepada semi sintetik untuk lebih ringan gred 15w40
Anis said…
salam, saya pakai kancil 850. baru je buat top overhaul bulan lepas. tp minyak hitam masih cepat kering. baru dua minggu topup, dah kering. apa masalahnya lagi ye? dan sekarang, pomen tu suruh buat general overhaul pulak rm1000. nak ikut cakap pomen tu ke?
Mekanik Kereta said…
wsalam,top overhaul ini tidak sempurna,valve seal dan grind valve yang tidak sempurna juga ,sebaiknya tukar saja kepada head baru sudah memadai,cari wsyop lain
Unknown said…
Salam en ford87..sya iwan..kereta saya pakai ford telstar ghia..kereta saya selalu mengalami masaalah yang sama...iaitu masaalah yg selalu hadapi.minyak hitam selalu kurang..sya baru tukar 1bln..lpas sebulan sya check mnyak hitam dah paras level atas sikit dari l...kereta jarang jalan jauh...sya ada bawak pg bengkel.mekanik cakap ada bocor halus manja gitu...skrg ni sya slalu tmbh mnyak hitam bila kurang..soalan saya brp anggaran nk repair xnk bg bocor halus..+mnyak hitam selalu tukar2 brand xpew ke?tq iwan
Mekanik Kereta said…
wsalam bocor akan berlaku pada oil sump gasket dan sekeliling cover head gasket serta oil filter,kos baiki sekitar rm200
adrian said…
Salam....nak bertanya...berapakah kos top overhaul untuk kereta jenis waja campro? Sebab enjin ada leaking.
Mekanik Kereta said…
wslm,sekitar rm2000
Unknown said…
Salam saya pakai kereta viva..kerta ade bunyi2 pelik.. bile g bengkel pomen kata minyak hitam kering?? So ape patut sya buat??
Mekanik Kereta said…
wsalam.ika ada bocor yang banyak seperti pada tangki minyak hitam memadai tukar tangki saja,baiki mana2 lain yang bocor kuat sudah memadai,isi minyak hitam semula
Unknown said…
Kereta viva saya minggu ni kering minyak hitam sampai jammed enjin.. brp agak2nya kos membaiki encik.. Tgh bimgung ni.. Adakah perlu buat top overhaul?
Mekanik Kereta said…
jika telah jammed perlu buat overhaul kerana engine bearing mesti telah haus dan pecah
Unknown said…
Slm..avanza 1.5 auto Sy terpaksa general overhoul krn minyak engine kering Dan telah menjadi kental mcm Gris.. setelah siap sy pun memakai keta tersebut tapi tidak sesedap engin sblm d overhoul.. terasa Ada getaran Dan terasa ketara apabila on aircon atau masuk R atau D..
Kereta berjalan seperti biasa dgn pecutan normal Dan kuasa menaiki bukit juga normal.
Setelah 500 km sy gunakan keta tersebut..satu Hari terasa Ada kelainan bila sy masuk D Dan tekan minyak utk bergerak..terasa seolah kurang power.. 15 minit setelah memandu sy pun Cuba utk paking ke garaj..ktika masuk R terasa mcm engine begegar dgn ketara..bila sy masuk D engine tetiba mati Dan kuar lampu Aladin..( lmpu isyarat minyak engine kot).. tapi isyarat temporature normal..tidak overheat.. sy Cuba start ingine tp tidK berjaya walau dgn jumper.. apa kah sbb Hal tersebut ?
Mekanik Kereta said…
wslm,lampu check engine menandakan ada masalah pada enjin,olehkerana enjin berat ini tanda terdapat kesan yang tidak baik terutamanya jika ada terdapat komponen patah seperti piston ring atau komponen dalam cam head,periksa dulu minyak hitam ,jika minyak hitam kering ada tempang pada enjin
apis said…
sekadar bertanya...saya menggunalan kereta viva...kerwta makan mintak hitam sedikit demi sedikit dan pada masa yang sama air tangki radiator kering...tetapi air tangki simpanan masih ada...apa masalah kereta saya ye?
Mekanik Kereta said…
perlu buat top overhaul ,komponen head dan valve dalam silinder head telah tersangat lusuh akibatnya geseran berlaku banyak dan enjin cepat panas dan menyebabkan tangki air kering serta minyak hitam mengurang menjadi kerak
Anonymous said…
kenapa kereta ade leaking diantara head Dan blok.kereta baru lps top overhaul.ape mslh dia.
Mekanik Kereta said…
leaking boleh berlaku jika stud head tidak dikunci pada ukuran sepatutnya,bawa semula ke mekanik yang buat untuk ketatkan stud head
Oldest Older 201 – 302 of 302

Popular Posts