EP90 dan SAE140
Salam Sejahtera,
Terdapat dua jenis minyak gear yang digunakan untuk gearbox atau kotak gear.Sepertimana umumnya kotak gear memainkan peranan utama dalam pengendalian gerigi gear untuk bergerak ataupun menukar gear.
Maka sebab itulah gerigi gear dibina secara teliti menggunakan keluli yang berkualiti tinggi yang mampu menahan berat kereta dan menggerakkannya walaupun ia hanya disambung pada sebahagian daripada bahagian enjin.
Secara khususnya pula kotak gear adalah pengendali utama dalam memberikan keupayaan kepada pergerakan roda dan bukannya sebuah kereta.
EP90 adalah minyak gear manual
EP90
Didalam kotak gear ,gerigi gear bekerja mengikut pusingan yang ditentukan oleh pengiraan jarak antara gerigi -gerigi keluli tersebut.Mengikut pada pengiraan asalnya sebiji gerigi akan berpusing mengikut arah jam dan satu lagi dipusingkan secara berlawanan supaya ia dapat membentuk sebuah pusingan yang sempurna.
Olehkerana keupayaan dan kemampuan gear atau gerigi ini amat penting maka dalam sebuah gearbox kereta minyak yang digunakan adalah berbeza dan digredkan berlainan untuk membezakannya.Gred EP90 (Extreme Pressure 90) dan SAE 140 (Society of Automotive Engineers 140) adalah 2 jenis gred yang biasa digunakan untuk sebuah gearbox.manual manakala untuk sebuah gearbox auto hanya dilabelkan sebagai auto transmission fluid kerana kebanyakannya adalah pada kegunaan yang sama iaitu untuk kereta sahaja.
EP90 dan SAE140 adalah dua jenis minyak gear yang digunakan dalam kotak gear kereta .EP90 digunakan untuk kotak gear hadapan dan SAE140 pula adalah untuk kotak gear belakang..Wajib diketahui bahawa tidak semua jenis kereta menggunakan kedua-dua jenis minyak gear ini,hanya terdapat beberapa model sahaja yang menggunakan minyak gear
SAE140 untuk kotak gear belakang.
Ini adalah disebabkan pembuatan kereta tersebut yang dibina tidak menggunakan pusingan gear untuk menggerakan roda belakang.Kereta model Toyota seperti Toyota harrier,Toyota Innova,Nissan Serena,Nissan Vannette,Perodua Rusa dan banyak lagi model yang biasa dikategorikan sebagai kenderaan MPV,Van dan Lori.
Manakala minyak gear gred EP90 adalah digunakan untuk semua model kereta yang menggunakan kotak gear hadapan sebagai pengendali untuk roda.Dari keseluruhan model kereta yang terdapat diseluruh Malaysia ataupun dunia kebanyakannya menggunakan minyak EP90 sebagai bahan pelincir gerigi gear dalam kotak gear.
Menggunakan minyak gear yang salah pada sebuah gearbox akan menyebabkan ketidaklinciran pada gerigi gear dan kepanasan akibat gerigi yang tidak lancar boleh menyebabkan kerosakan keseluruhan kotak gear dan juga menyebabkan ianya terus berhenti.
Begitu jugalah lazimnya berlaku bila kotak gear dimasuki air samada dari banjir atau kotak gear yang dibiarkan lama dan dimasuki air hujan .Gerigi gear dalam gearbox akan terus berhenti berpusing dan melekat sesama sendiri dan terpaksa dinyah karat dan dibersihkan sebelum ia dapat digunakan semula.
Comments
2.Cabut relay bertanda RAD kira2 10 minit dan pasang semula dan hidupkan enjin,jika ia masih terjadi,pastikan cabut kabel negatif kira2 setengah jam dan pasang semula serta hidupkan enjin,insyallah ok
Saya memiliki saga 1.3-auto BM LINE 2010 ... Last service adalah major 60k ..
Untuk auto oil .. Berapa literkah
.. Dituang... Proton tuang 4.5 liter ... Dan auto filter kena tukar kah
. Sebab proton kata tak perlu
Minyak enjin Saya gunakan bardahl MXP semi synthetic 10w 40 API
adakah ianya akan melekat
Last ... Saya guna coolant proton warna hijau.. 2 liter ... Bilkah mileage atau tempoh perlu tukar dan sesuaikah saya guna air bateri
Wira 1.6 Auto sy bila masuk gear reverse ada bunyi bising seolah-olah ada besi berlaga. Agak agak apa masalah ye ?
Dan lagi satu, brp anggaran harga minyak atf mitsubishi diamond utk botol 1liter dan brp liter minyak gear yg diperlukan utk wira 1.6 ? Terima kasih tuan.
https://mekanikkereta.blogspot.my/2012/12/kereta-baru-atau-kereta-terpakai.html
tq bang
Sy nk tukar minyak axle blakag toyota wish 4wd tahun 2012. Minyak pe yg sesuai? Mohon bantuan.
Sepatutnya kne pakai atf oil kn.
Saya ada Saga Blm Auto. Setiap 20,000Km pasti tukar minyak auto. Berapa liter yg biasa digunakan? Sebab ada yang kata 4 liter setengah shj. So, berapa liter yg betul?
Dan lagi satu, kereta saya sudah sembilan tahun.minyak enjin apa yang sesuai ye?
Terima kasih
Boleh baca kat blog ni.
Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8
Biasanya brp liter ATF diperlukan utk proses flushing?dan perlu ke tuka sekali auto filter?
Jawapan.saudara Zafi kosnya adalah sekitar RM200 ,boleh buat sendiri jika tau
in response to Assalam abg Sy pengguna proton wira auto 1.5 tahun 2000.tahun lepas sy br tukar gearbox spec jepun..masalah yg sy hadapi gear cepat sgt bertukar.contoh gear 1 ke 2 xada masalah.2ke 3 cepat dlm 40km dah bertukar gear..bila sy tekan pedal minyak sikit gear bertukar ke 1.dan bila sy lepas sikit dan tekan balik baru masuk gear dua. Dengan kepakaran abg apa masalah kereta sy ek..kena tukar gearbox lain ke..harap abg paham soalan yg sy kemukakan ini, by kamarul kamarudin.
Jawapan;harga sekitar RM200 plus2,tempat tinggalnya dalam kotak minyak gear,ia adalah sensor elektronik
Saya pakai avanza 1.5 auto
Saya nak tahu berapa jarak kilometer utk tukar minyak ATF dan minyak axle (gear)
T kasih
Sy mempunyai proton wira aeroback 1.5 gli auto tahun 2002.dan sy ingin bertanyakan beberapa soalan
1.minyak gearbox apakah yg sesuai dgn kereta sy
2.berapa liter kah yg dipetlukan utk mnyk gearbox wira 1.5 auto
3.adakah sesuai jika sy mengunakan minya gearbox petronas ATF-XP.
Trima kasih tuan..
1.Minyak auto transmission castrol,Pennzoil atau petronas
2.Hanya perlu 2 liter setengah saja
3.amat sesuai
Saya memandu kia forte 1.6sx 4 speed
Kereta saya ada masalah ada ketikanya tersedu sedu ketika memandu . Takde indicator enjin yang keluar.harap dapat membantu
Nak tanya minyak auto dan minyak enjin apa yang baik untuk wira 1.6. Dan saya ingat nak tukar spring, spring apa yg sesuai, kurang hentakan dan selesa semasa memandu.
Terima kasih
* bila saya cek, cuma gear 1 dan 2 shja yang boleh masuk.. 3 4 5 R memang tidak dpt dan tidak rasa pun laluan msuk gear tu pada handle gear.
* bila saya periksa minyak gear. patutlah bermasalah.. sebab minyak gear kurang betul n tidak pernah ditambah.
* simptom2 sebelum ni memang tiada., tetiba ja gear tu jadi mcm tu.. bunyi pelik, duk, bunyi bising, gear susah masuk, stuck2 semua memang tiada.. tetiba sja jadi bgtu..
jadi mau tanya sifu ni apa masalah gear tu ya? samada kurg minyak gear kaa atau ada terlepas pin ka... mcm mana tu ya bos? :)
Proton Persona 2011 boleh guna minyak atf shell spirax s3 atf md3 ke?
Berapa liter?
Ada mekanik kata hanya pakai atf sp3 sahaja sebab kelikatan berbeza dan akan rosakkan gearbox.
1) Minyak gear box pakai jenis apa?
2) Interval berapa lama sekali(KM) kena tukar?
3) Ada filter ke?
Tkasih.
Saya baru menggunakan proton wira 1.6 auto tahun 2000.soalan saya minyak gear jenama apa yang sesuai saya gunakan?
Masalah lain pula gear lambat bertukar tapi kadang2 berlaku.Apa masalah yer?
(1)adakah speed sensor ngan inhibitor switch satu komponen yg sama atau blh di tukar berasingan.
(2)masalahnya bila bergerak (hujan lebat) gear D blh bertukar sendiri ke gear lbh rendah dan lampu gaer akan jd D,N bernyala sekali apabila mati enjin akan jd normal semula tp akan jd semula.
(3)soket pada inhibitor switch pecah (reput atas bawah).. ada ke jual soket sahaja atau kena tukar wayering 1 set.
terima kasih .. assalamualaikum
1.Lain2
2.speed sensor ada masalah
3.ganti satu soket termasuk wiring,iaitu dalam 1 set
Terima kasih diatas tunjuk ajar panduan dari pihak tuan.
Kereta sy wira auto 1.5 masalahnya bunyi meraung Masa nak bertukar gear 2 ke gear 3.pergerakan gear lain semua okay.injinpun rasa berat.adakah gear box tuan? Mohon pandangan tuan.tkasih.