Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Setelah sekian lama ditinggalkan dan tidak digunakan

Bertemu kembali setelah sekian lama dalam post sempena menyambut Hariraya Korban 2016 bersamaan 8 Zulhijjah 1437,Selamat Menyambut AidilAdha.

Pada masa ini kebarangkalian untuk sebuah keluarga atau individu memiliki lebih dari sebuah kereta adalah biasa.Ada kereta yang digunakan seharian,sekali-sekala dan ada juga yang tidak digunakan terus berbulan-bulan malah bertahun dibiarkan begitu saja.
Apa yang saya ingin sampaikan dan berkongsi pengetahuan adalah mengenai kerosakan yang akan berlaku apabila sesebuah kereta itu tidak digunakan untuk jangkamasa melebihi seminggu dan seterusnya.

Mazda B6 model lama yang telah dilupakan













Kerosakan kerap berlaku setelah seminggu atau dua minggu tidak digunakan

1.Bateri menjadi lemah

Kereta  yang ditinggalkan terus tanpa dihidupkan pada jangkamasa 1 minggu atau 2 minggu akan mengalami kemerosotan kuasa bateri dari sedikit sehinggalah kepada kehilangan kuasa seluruhnya.Ini hanya dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru. Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih  semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan  mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.

2.Pam Minyak (Fuel Pump) sukar bekerja

Apabila kereta tidak digunakan untuk jangkamasa yang agak lama akan menurunkan semua minyak yang terdapat pada injektor dan berkumpul pada fuel filter.Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.

Kebarangkalian untuk boleh  digunakan semula adalah sekitar 50 % sahaja.Mahupun begitu ada terdapat fuel pump yang berbentuk manual yang menggunakan kuasa pusingan enjin untuk bekerja seperti pada Wira lama,kancil,Toyota KE dll boleh berfungsi baik jika dicuci semula.

3.Air radiator menjadi berlumut

Air dalam radiator yang bercampur akan berlumut dan membentuk kotoran dan apabila enjin dapat dihidupkan ,untuk sistem penyejukan termasuk thermostat dan water pump bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.Enjin akan mengalami kepanasan sedikit dan air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.

Kerosakan kerap berlaku apabila enjin tidak digunakan melebihi 2 minggu,sebulan dan setahun

1.Bateri tidak boleh digunakan langsung

Samada anda menanggalkan kepala bateri atau tidak,bateri yang tidak digunakan oleh enjin akan mengalami kemerosotan lebih-lebih lagi untuk jangkamasa melebihi 2 minggu,sebulan dan setahun.Enjin memerlukan bateri baru untuk dihidupkan.

2.Fuel Pump Berhenti

Komponen ini akan terus berhenti bekerja  dan amat sukar untuk kembali pulih melainkan ditukar. Kuasa negatif pada wiring pula akan hilang akibat karat pada sentuhan  body Pam Minyak manual kebanyakannya berkarat dan mungkin pelantik penekan akan patah apabila enjin berpusing untuk dihidupkan.

3.Spark Plug berkarat  karbon melekat dan keras

Untuk sesebuah enjin kereta yang telah ditinggalkan lama ,spark plug perlu ditukar dahulu sebelum enjin cuba dihidupkan.Ini kerana keseluruhan karbon dan kotoran yang ada pada palam tersebut telah keras dan menimbulkan karat pada sekelilingnya dan sukar untuk api berkuasa dialirkan.

4.Brake Pad mencengkam kukuh dan mengeras

Brek yang tidak digunakan lama biasa melekat pada wheel disc dan seterusnya mengunci kukuh disc daripada bergerak.Cara biasa untuk kereta bersaiz kecil ialah dengan menolak kedepan kebelakang supaya cengkaman brek dapat dilonggarkan.Manakala untuk kereta bersaiz besar,MPV,SUV dsbnya,bahagian brek dan disc perlu dibuka dan dicuci untuk proses nyahkarat dan kotoran melekat.

5.Clutch Plate melekat

Kekerapan Clutch Plate untuk melekat adalah amat kerap apabila kereta tidak digunakan untuk waktu yang lama,Flywheel akan berkarat dan sukar berpusing apabila starter berputar.Clutch plate melekat begini boleh dilepaskan juga dengan menggerakan kereta kedepan dan kebelakang setelah gear dimasukkan manakala untuk kereta dengan auto transmission biasanya ia mudah dilonggarkan oleh pergerakan jika enjin dapat dihidupkan kerana torque converter akan berpusing serta merta sementelah enjin hidup.

Secara Amnya kereta yang ingin ditinggalkan dalam waktu yang lama boleh berfungsi sediakala jika enjin dapat dihidupkan 5 minit sehari dan bergerak sekali seminggu,itupun jika ada seseorang yang lain dapat melakukannya setelah ditinggalkan.

Sekian untuk kali ini muga bertemu dilain posting dalam masa terdekat akan datang,Wassalam.

Comments

Unknown said…
As salam tuan... Kereta exora cps saya baru je overhaul.. Saya pakai 2 hari je... Skrg bila enjin sejuk.. Saya start dan tekan minyak.. Enjin mati.. Dan satu lagi bila saya paksa jln sampai rpm 5000 ke atas.. Lampu enjin menyala.. Bila cucuk komputer kot yg keluar masalah cps.. Mcm mana tu tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya untuk exora masalah begini ialah masalah pedal accelerator sensr,gantikannya,in sha allah ok
Unknown said…
Assalamua'laikum. Bengkel di mana? Boleh bg no phone?

Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,check atas blog
Unknown said…
As salam tn, kereta waja saya dh 4 tahun tersadai, apakah nasihat dan apa yg perlu sy lakukan untk buat kreta saya boleh d gunakan sperti sdiakala..trm ksih
Mekanik Kereta said…
wslm,kereta yang lama tidak bergerak jika manual biasanya brek dan clutch akan melekat,boleh cuba gerakan kedepan kebelakang dulu begitu juga dengan jenis auto,jika ini boleh barulah b eralih ke enjin seperti tukar plug dan fuel pump jika kereta tidak dapat dihidupkan,pastikan bateri kuasa penuh digunakan untuk menghidupkan kereta
Unknown said…
As salam tn, kereta waja saya dh 4 tahun tersadai. Apakah nasihat dan apakah yang perlu sy lakukan untuk menghidupkan balik kereta tersebut seperti sediakala dengan cara yang betul
.. terima kasih
Mekanik Kereta said…
Wslm,mula2 gantikan bateri,spark plug,minyak hitam dan oil filter.Kereta yang tersadai lama juga sukar digerakan kerana ia karat pada brek dan juga clutch plate,sebaiknya masukan gear dulu dan gerakan kedepan kebelakang dengan menolak kereta,auto juga buat begini,kemudian selepas tukar apa yang disebut diatas hidupkan enjin,jika tidak hidup pastikan fuel pump diganti
ian said…
salam sejahtera tuan, saya ada kereta kancil 850 model lama,dekat 2 tahun tak start,dulu ada mslh alternator sudah diator.. skrag sudah beli batri baru,fuel pump baru dah juga spark plug tapi masih tak dapat start..ada kah masalah elektrik atau mslh lain. mohon bantuan tuan. tq
Mekanik Kereta said…
salam sejahtera,periksa fuel filter,jika minyak ada bermakna minyak tiada masalah untuk naik,cbut satu plug dan test api jika tiada api biasanya distributor bermasalah,punca utama kancil sukar hidup ialah tiada api untuk nyalakan combustion (pembakaran)
Unknown said…
Salam tuan, saya nak tanya pasal kereta i10 saya yang dah lebih kurang 2 tahun x gerak. Biasanya saya trade in tapi utk kereta ni saya nak cuba jual sendiri sebab dah lama sangat ditinggalkan. Ikutkan perspektif tuan sebagai mekanik, ramalan harga agak2 berapa ya?
Mekanik Kereta said…
wslm,harga kereta ikut market value,ikut tahun dibuat,walau tak gerak jika boleh dibaiki harga masih tinggi,tanya pekedai kereta lebih lanjut tentang harga
Unknown said…
Salam tuan, saya pakai kembara vvt 2003,masalah saya apabila memandu dan berhenti di traffic light misalnya, bau hangit keluar dari aircond dah boleh dihidu di bahagian luar,kemuadian bau itu hilang apabila teruskn pemanduan dh akan terhidu semula apabila kereta berhenti...apakah masalah itu?
Mekanik Kereta said…
wslm,jika bau hangit sehingga ke dalam kereta,perlu pastikan tiada minyak hitam yang kena ekzos seperti lelehan dari head,ini juga boleh sebabkan bau hangit kuat,belting dan tensioner juga perlu diperiksa jika ia telah lusuh dan perlu ganti
Unknown said…
As'salam tuan..saya ada masalah kereta susah nak hidup,saya guna toyota camry 1997.saya dah ganti beteri baru,spark plug,wayar plug,distributor bila start tak nak hidup2 juga..mintak pencerhan dari tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,fuel pump tidak berfungsi dengan baik,ganti sekali dengan fuel filter
wan said…
salam tuan
time panaskn enjin keta
air coolent menitis
bila keta xgerak ok je
mohon pencerahan phk tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,jika air menitis dari tangki simpan,ia kerana sistem penyejukan ada masalah seperti water pump yang karat dan berpusing lambat dan air dan coolant yang telah terlalu kotor
pojie said…
Salam tuan mekanik..kereta odc 2004 gen3..lama dah kereta xstart n xjalan..ada problem rpm naik turun 1 ke 2000rpm..pomen dah cuci throtle body..problem masih ada..dia bgtau TB kene tukar..mcmne yaa..mohon advice..
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah turun naik RPM adalah punca dari kotoran pada throttle dan ia akan berlarutan setelah cuci jika cuci tersebut tidak benar2 kering,untuk memulihkannya semula sensor juga perlu dibersihkan dan jika tidak boleh sensor throttle dan idle sensor perlu diganti,sensor pada throttle amat sensitif jika tidak dapat membaca isyarat voltan dengan baik ia akan menghantar isyarat ke ECU penuh kekeliruan dan jadikan enjin RPM tidak stabil
Unknown said…
Assalamualaikum tuan..kreta sy preve 2014 auto. Dh 2 bulan x hidup sebab batery kong. Sekarang nak buka pintu guna remote pun x boleh. Sy ingat nak tukar bateri.apa yang perlu dibuat selepas tukar bateri tu? Takut enjin tak boleh start.tolong bantu saya
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,cabut negatif bateri kemudian positif,keluarkan bateri pasang bateri baru mulakan dengan negatif juga,in sha allah ok boleh start
Unknown said…
Assalam boss,sy guna nissan serena c23,masalahnya pagi tadi berhenti disimpang dan tiba tiba rasa bergegar,berhenti dan free gear tetap bergegar,apa masalahnye tu boss?minggu lepas tayar belakang kiri pecah,ganti dengan tayar ganti,tayar ganti lebih kecil drpd tayar asal,dan sekarang sy masih menggunakn tayar ganti tu,adakah berpunca drpd itu?
Mekanik Kereta said…
wslm,gegaran yang kuat adalah berpunca dari mounting yang pecah,semak mounting enjin dan gearbox
Unknown said…
Assalam tuan. Kereta saya gen2 sya tggalkan dalam 3 bulan, bila nak start and jalan kereta sprti lambat pickup, dan ada bunyi letup2 kcil di ekzos. Bile nak reverse pun enjin sperti nak mati. Apa patut sye buat ye?
Mekanik Kereta said…
wslm,tanda letup kecil menandakan terdapat banyak gas dalam kebuk pembakaran,saudara perlu gantikan spark plug dan fuel filter kerana gas tersebut mengganggu proses enjin hendak bekerja akibatnya nisbah campuran api dan angin menjadi tempang.in sha allah enjin akan sediakala
Unknown said…
Salam tuan, kereta saya atos lama, sudah hampir 2 tahun tidak hidup, sebelum ditinggalkan sudah tidak boleh start..apa yg perlu dibuat untuk menghidupkan kereta atoz ni? Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu gantikan bateri,spark plug,fuel pump,in sha allah boleh hidup,pastikan starter juga berfungsi,gantikan minyak hitam dan oil filter dulu
Unknown said…
Assalamualaikum.. Saya nak tanya kereta wira Saya x hidup Dan keluar check engine walaupun dah reset tetap check engine tetap x clear, apakah kemungkinan kerosakan tersebut ataupun ECU dah rosak?
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,periksa dan ganti dulu fuse yang putus terutamanya IGN ,setelah itu cuba kembali,jika masih sukar bermakna ada masalah pada ECU,kadangkala ia longgar,jika telah dibaiki tetap sama,perlu ganti ECU
Angahkcz said…
Assalamualaikum tuan. nak tanya kereta peugeot 405sri saya di tinggalkn dah lama.bateri serta plug telah di tukarkan. saya cuba utk startkn tak boleh di hidupkn.. bila saya cek pada fuel pump minyak petrol tidak masuk walaupun sedikit. apa yang perlu saya lakukan supaya dapat hidup semula kereta ini. terima kasih
Angahkcz said…
Assalamualaikum tuan. nak tanya kereta peugeot 405sri lama x dihidupkan. bila cuba dihidupkn tak boleh. spark plug dan bateri baru di beli. apa masalah dia yea tuan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,saudara perlu gantikan fuse pump tersebut,jika ia tidak membantu fuel pump mesti digantikan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,perlu tukar fuel pump
Unknown said…
Salam tuan.. sy ada sebuah kereta wira 1.5 manual yg dah lama tak bergerak serta xpernah sentuh selama 1tahun 4 bulan.. ingat nak guna kereta tu.. apa patut sy buat..
Mekanik Kereta said…
wslm,buat seperti apa yang saya tulis dia atas
Unknown said…
Owkey terima kasih tuan..
Unknown said…
Iswara manual. Sudah buat overhoul.turun injin. Selepas siap testing. Bila start asap kuar byk mcm sembur nyamuk.pomem ckp kt edzoz ada minyaklah blum kering. Dh lebih sebln masih ada byk asap. Apa masalah? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
bila buat overhaul perlu sekali pastikan piston ring dipasang dengan teliti,perlu letak pada tandanya tidak terbalik dan calar,yang paling penting ialah piston oil ring gegelung berlekuk2 perlu tepat pada tandanya dan tidak terbalik dan jangan dipaksa masuk ke lorong piston jika piston ring tidak muat dan juga pastikan lorong2 pada piston bersih dari kotoran dan jangan bersihkan dengan benda keras sehingga mencalarkan lorong tersebut,kerja ini perlu penelitian dan sentuhan yang amat lembut
Mekanik Kereta said…
jika sedikit saja calar akibatnya asap akan keluar dengan banyak
Unknown said…
salam..sy nk tumpang tnye..sy ade saga kebal..semalam sy terlupa off lampu..mlm nk idopkan xbole..cube tolak..bole idop..pastu sy biarkan enjin running setengah jam..pgi nie nk idopkan bole..sy kuar ke kedai..smpai kedai dh beli brg..cube idopkan xbole..sy dh tukar ke bateri bru..enjin bole idop..mlm nie sy ke kedai..dh beli semua..cube idopkan enjin..xbole nk idop..sy cube tolak..balik je rumah sy biarkan running setengah jam..pastu sy cabut kabel negatif bateri..masih hidup lgi enjin..utk tgk altenator ok atau x..pastu sy matikan..skrg sy cube idopkan xbole plak nk idop..bateri baru..cabut kabel idop je..cube start ade je bunyi starter..tek tek tek..mmg sebelom nie kereta xstart selame 12 hari..tpi 3 ari lepas start elok je..skrg sy pon konfius ape masalahnye..tolong bantu ye tuan..utk sy cube selesaikan masalah nie..
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah sebenarnya ialah kuasa ke ignition switch tidak cukup,perlu tambahan relay starter untuk menjadikan kuasa penuh apabila ignition,dapatkan wayar relar starter di kedai alatganti atau minta pomen pasangkan
Unknown said…
Assalamualaikum... Saya telah hampir 4 bulan tak start kereta.. satria 1.6.. saya tukar bateri dann bila cuba start x boleh. Crank ada bunyi... Macam minyak x sampai... Ada cara tak tuan?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tukar spark plug,servis atau ganti fuel pump,in sha allah ok
naniey said…
asaalamualaikum tuan...kereta saya selama 5 bulan tak jalan lepas cleaning jalan sekejap pastu mati pastu tukar karburator second jalan tp dua pusingan kereta saya akan bergegar dan mati macam ada stuck...bila pergi bengkel saya jalan lagi 2 pusingan enjin mati...apa masalahnye..?

Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,fuel pump mesti ganti,walau kereta ini guna manual fuel pump juga mesti diganti
Awwang. said…
salam bro... saya pakai proton preve cfe turbo automatik,kenapa ye bila kereta ini di start awal pagi tiba-tiba RPM naik mendadak dan bunyi enjin kuat macam pedal minyak seperti dipijak...lepas tu RPM dan bunyi enjin kembali normal, bila di start semula memang semuanya normal...hal ini sering berlaku setiap hari asal awal pagi start enjin ja RPM naik mendadak dan bunyi enjin jadi kuat...tolonglah bro kongsi makmumat kenapakah keadaan ini terjadi..terima kasih atas pertolongan bro mengenai pekara ini..
Mekanik Kereta said…
wslm,alat idling throttle body dilengkapi dengan tindakan menaikkan rpm ketika enjin baru dimulakan tetapi ia biasanya terkawal tetapi jika ia naik tinggi ini bermakna ada parts dalam throttle body yang tersangkut dan menaikkan RPM tinngi tidak terkawal,perlu servis throttle dan adjust idling sensor
Unknown said…
Assalamualaikum en, sy nk tanya pendapat, adakah perlu untuk kte pakai kereta baru dlm jangka masa yg lama atau kte trade in amik kereta baru setelah 5 tahun pakai kereta itu, ape pendapat en
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada masalah untuk guna kereta pada kadar lama kerana kereta boleh dibaiki walau usianya 10 atau 15 tahun dan komponen yang diganti juga boleh bertahan sehingga 2 tahun atau lebih.Jika dalam masa 5 tahun kita terasa malas nak baiki boleh ambil kereta 2nd hand yang lain tapi harus diingat kereta yang lain masih gunakan part yang asal dan jangkahayat nya tidak banyak lagi
Unknown said…
As salam tuan... sya pengguna kete model chevrolet optra 1.8... bru 3 thn guna, tp jarang2 bergerak.. yg trbaru ni, kete sya xgerak seminggu, bla nk guna lpas tu, cek mnyk itam level OK, tp cek tngki coolant, air xde lngsung.. trpksa topup dlm 1.5L... Apakah kemungkinan yg brlaku yea? Adkah sbb kete parking d tmpt trbuka atau ada mslh dalaman?
Mekanik Kereta said…
wslm,wslm,dalam keadaan parking air habis ia adalah kerana ada bocor samada pada hose atau radiator
Unknown said…
Salam tuan,,tumpang tanya apa masalah sebenar kereta saya ni,saga flx..semasa kereta di start ia dalam keadaan baik,lepastu masuk gear untuk jalan..kereta cuma bergerak beberapa meter dan mati..d meter keluar simbol tanda seru bergerigi..selepas di biar seketika enjin d start lagi dan hidup..perkara d ulang seperti d atas..d masukkn gear d untuk jalan..jalan beberapa meter dan mati lagi..harap tuan faham kerosakan tersebut dan mengetahui masalahnya..terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,auto transmission jadi terlalu panas dan enjin berhenti,periksa tahap minyak gear dalam gearbox
FaiZin said…
Salam tuan

Mohon tanya. Kalau kereta saya baru sahaja tukar battery, 2 minggu digunakan seperti biasa dan ia dalam keadaan baik.Kemudian saya tidak gunakan kereta tersebut dalam enam 6 hari. Tetapi kereta langsung tak boleh start. Lampu panel gelap terus.

Mohon nasihat cara settlekannya.

Terima kasih.
jelir said…
Assalamualaikum sy hendak tahu kenapa kereta gen2 saya mengalami masalah enjin tetiba semput2......bila sy berhenti dan hidupkan enjin.......masuk ke gear D tapi kereta hilang power.....Klu masa enjin sejuk tiada masalah ....tetapi bila bila boleh jalan asap putih akan keluar dengan banyak sekali..adakah ini disebabkan oleh sensor gear box atau ada masalah yg lain
jelir said…
Salam tuan tadi sy bertanya tentang kereta gen2.....masalah yg serupa juga berlaku pada kereta Proton BLM saya ada kah punca yg sama juga
Mekanik Kereta said…
wslm ada komponen kereta yang arusnya berjalan tanpa henti ,perlu periksa semua fuse guna multimeter.Jika ada suis yang telah diubah kemungkinan besar jika ia tidak dimatikan boleh menghabiskan kuasa bateri juga
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ada 2 sebab mengapa asap putih keluar banyak,pertama jika piston ring telah haus dan enjin perlu overhaul,kedua akibat bocor pada hose turbo,jika saudara gunakan enjin turbo sebaiknya periksa jika terdapat hose turbo yang terlonggar atau bocor.Kesan dari enjin yang tiada kuasa gearbox amat sukar bekerja dengan baik dan menyukarkan ia bergerak
Mekanik Kereta said…
wslm,benar ia punca yang sama
edilee88 said…
salam. apa masalah jika tekan brek nak tggu trafik light bergegar dash board ye
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah master pump brek yang tidak lancar,peru buang minyak brek dan gantikan dengan yang baru
Zerohero said…
Salam, saya menggunakan kereta myvi 1.3 manual 2009.kereta saya dah tersadai hampir 2 tahun. Berapa kah anggaran untuk repair kereta saya untuk bergerak semula.?
Mekanik Kereta said…
wslm,sekitar rm1000
Unknown said…
Salam..saga lama 90an..baru dlm sebulan tukar alternator..tiba2 lampu malap..viper jadi perlahan..penunjuk minyak drop..dashboard rajah bateri mennyala..apa puncanya..sebelum tukar alternator jadi masalah begini..bila tukar alternator pakai sebulan jadi balik..apa puncanya..terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah kebocoran kuasa,perlu semak wiring
safrizan said…
assalamualaikum.. salam sejahtera.
iswara 1.3M tahun 2000. dah 6 bulan tak gerak. enjin boleh hidup lagi. soalan:
1) ade effect tak pd enjin kalau tetiba hidupkan enjin w/pun dah lama x gerak?
2) minyak hitam dah kurang, boleh ke terus tambah minyak hitam?
3) macam mane nak cuci tangki air? air tangki dah karat.
4) macam mane dengan starter? radiator? macam mane nak kenalpasti kerosakan setelah lame x gerak dan lame x hidupkn enjin?
5) kat ekzos ade kluar bintik2 air setelah enjin lame dihidupkan. apa tandanya itu?
6) bila enjin dah panas, kipas enjin brpusing tp ade bunyi pd enjin? ape tandanya itu.?
7) boleh bg anggaran kos jika ada keperluan gantian alat/enjin.
harap dapat memberikan pandangan pendapat...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,
1.tidak
2.seeloknya tukar minyak hitam,oil filter,air filter dan plug
3.jika karat teruk ,buka dan cuci bersih tangki simpan manakala radiator perlu antar servis cuci guna bahan kimia
4.starter jika boleh start tiada masalah
5.tanda ekzos dah sangat sejuk,akan hilang jika digunakan
6.enjin tidak stabil kerana sistem air agak panas penuh karat
7.kos gantian sekitar rm500-1000
Nurul ain said…
Salam tuan.saya baru beli vios 2004.sensor airbag x padam walaupun enjin dah hidup.apa masalah tu tuan?adakah masalah airbag or sensor airbag?
Mekanik Kereta said…
wslm,resetkan ECU dulu,jika masih tidak padam ia adalah masalah sensor
paklah said…
salam tuan ... berbalik pada tulisan tuan tntg enjin tidak dihidupkan trlalu lama .. soalan sy kereta perodua kembara lama auto trsadai trlalu lama setahun lebih diluar rumah dengan hujan panas dan bila sy nak cuba runingkan .. ofkos enjin tak boleh start. sy try jumper wiring semua ok (meter,radio, etc) semua main peranan. sy tukar batry baru still ennjin tak boleh hidup. sy panggil 2 pomen mereka bagi jawapan sama dalam enjin melekat dan kena turun enjin. dlm pemikiran sy kalau tahap smpai turun enjin mesti dah melibatkan kos yg mahal. So boleh tuan bagi tahu apa kerosakn yg pasti akan berlaku atau solution utk sy sendiri cuba utk hidupkan enjin tu dgn cuba 1/1 kompenan yg mslh ? bukan apa .. cuma berhati2 elak ditipu ...
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar minyak hitam dan oil filter,setelah itu servis fuel pump,tukar spark plug inshaallah boleh hidup
paklah said…
alhamdulillah ... terima kasih tuan dgn jwpnya. Sy akn cuba yg tuan syorkan. hrp tuan dpt doakan kereta ini brjaya dihidupkan .. Jazakallahu Khairan tuan ...
Unknown said…
Selamat malam Bos... Minta pandangan. Saya jarang2 menggunakan kereta. Saya start kereta langsung tiada api kosong. Adakah ini masalah bateri? Minta pencerahan bos. Tq
Mekanik Kereta said…
selamat malam,kosong tanda tiada connection bermakna kuasa bateri langsung tidak dibekalkan ke ignition,ia samada tercabut soket ke starter atau negatif starter yang hilang
Seeker said…
Asalamualaikum, tuan hamba nak bertanya.. Apa punca kereta wira sedan 1.5 kalau nak start kena tekan pedal minyak dulu baru enjin start dan kena tunggu enjin panas baru kereta bole start mcm biasa.. soalan ke 2 , bila terlalu lama pakai aircond sampai satu tahap kereta akan berbunyi nyaring dan bila stop guna aircond bunyi tersebut hilang.. Boleh kah tuan beri pencerahan dan berapa kos pembaikan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,bila terpaksa tekan minyak ini tanda karburator perlu servis kerana minyak tiada terus dalam kotak pelampung dan choke juga tidak bertindak sepatutny
2.Bila bunyi nyaring bermakna enjin panas walau tidak overheat akibat kuasa aircon menarik kuasa enjin kereta dengan banyak,pastikan karburator diservis dan enjin stabil,pastikan juga air radiator ditukar dan hose yang keras ditukar supaya air tidak terlalu karat
Seeker said…
Boleh hamba tahu berapa kos untuk servis karburator dan adakah tali sawat yang sudah haus juga menjadi punca bunyi nyaring itu ?. Maaf atas soalan ini.
Mekanik Kereta said…
talisawat akan berbunyi hanya jika ada bocor akibat timing oil seal yang jadi keras akantetapi jika timing belt/talisawat dalam yang saudara maksudkan ia peru ada kiraan kilometer baru boleh ditukar,jika masalah talisawat luar ia memang perlu tukar jika ia telah pecah.Kos servis karburator sekitar RM100
Unknown said…
Slm tuan..saya pakai kereta axia manual 2016,saya nk tye kereta tgh bergerak tiba2 myk jadi kosong dan kereta tak pergi,saya tekan blik myk kereta dh ok cm biasa,kadang2 jadi,tak selalu,lagi2 kalau pasang ekon..ape masaalah die tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah APPS (Accelerator Pedal Position Sensor) perlu gantikannya ,biasanya ganti sekali dengan pedal
Nabil said…
Salam kereta saya dah 8 bulan saya tinggalkan di nilai ..satria sbb keja kat sarawak ..nak tanya apa perlu saya buat ? ..tukar bateri terus start atau ada caranya? ..tolong berikan pendapat tq bro
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar bateri,tukar plug,ganti minyak hitam dan oil filter,kemudian hidupkan
yuss said…
Salam tuan.. Kete sy pun camni gak... Bateri dah tukar, alternator pun dah tukar.. Bateri masih weak.. Xleh start jugak. Dh bwk g kdai wayaring pun tak jumpa masalahnye.. Ape lagi cadangan tuan..
yuss said…
Salam tuan.. Sy nk tny masalah wira SE 03.. Tgh bwk kete tetiba mati.. G kdai tukar bateri, time tu pomen tu cek alternator xde masalah.. Dlm 2 minggu kete xleh start lagi... Bwk g bengkel pomen cakap alternator ok. Dia suggest servis alternator je. Ok.. Kete hidup.
Pg esoknya mati lg kat tepi jalan.. Bwk jmp pomen tu balik, dia suggest tukar alternator.. Ok la.. Tukar..
Dlm sminggu camtu jd balik... Xleh start Bateri weak..
Bwk jmp pomen yg sama, dia ckp nk kena cek wayaring kot² ade wayar bocor... Ok la, bg dia cek.. 3 minggu dia cek.. Masih tak jumpa ape masalah.. Pomen dah surrender yd suruh sy ambk kete.. Xyah byr katanya.. Ahh sudah..
Mintak tolong tuan, ape masalah kete sy ni.
yuss said…
Salam tuan.. Kete sy pun camni gak... Bateri dah tukar, alternator pun dah tukar.. Bateri masih weak.. Xleh start jugak. Dh bwk g kdai wayaring pun tak jumpa masalahnye.. Ape lagi cadangan tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah bateri weak perlu periksa wiring alternator dan semua fuse yang menyebabkan bocor elektrik,perlu periksa teliti semua fuse yang sentiasa mengalirkan letrik walau kunci telah dimatikan,body kunci juga perlu periksa
Unknown said…
Assalam tuan..maaf mncelah..nk Tanya wira 1.5 ..caburator.kreta lama xjln.bla strt..RPM xtntu arah..Naik turun.kipas 2x jln..enjin mnjdi panas.bunyi seakan tepekk ..Mohon pncerahan tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,carburator kotor,penuh gas dan habuk,fuel filter kotor,minyak petrol pula lama tak digunakan dah campur karat,semua ini perlu servis duu,tukar plug dan air filter,tukar minyak hitam dan oil filter dulu
salam
kete kelisa saya dah 3 tahun tersadai..
apa langkah2 yang perlu sebelum hidupkan semula enjin.
tima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya kereta yang tidak dihidupkan dan digerakkan sekian lama,brek akan melekat ,kemungkinan clutch untuk melekat juga ada,enjin seperti fuel pump juga perlu ganti atau servis,manakala minyak hitam perlu diganti beserta oil filter,timing belt juga perlu diperiksa dan yang pastinya bateri perlu ditukar
Unknown said…
Askum..sya pakai kereta viva 660.. Kenapa minyak hitam terlalu bayk di dlm ats piston smpai cabut kepala pluq pun minyak hitam ada dkat plug..tapi kereta hidup..
Mekanik Kereta said…
wslm,disekeliling plug coil ada seal untuk minyak tidak masuk keatas piston,seal tersebut perlu ditukar
Ain Marhalim said…
Cost ni brp ya?
Mekanik Kereta said…
sekitar rm100
edi said…
Salam. Sya pkai kete persona. Bateri dah kong.. sye jumper dah ok.. dlm stgah jam sya drive.. tibe2 mcm ade asap kluar dr bonet depan.. bile check air bateri mengelegak dan wap air kluar dr lubang bateri.. ape sebab nye yea?
Mekanik Kereta said…
wslm,bateri tersebut rosak,itu saja,gantikan dengan bateri baru,in sha allah kembali sediakala
Razman said…
Assalam tn..
Kereta sya nissan serena c23,
Masalahnya berhubung ekon utk penumpang belakang yg panas.. Tp ac depan sejuk..
Ape puncanya bleh jd mcmtu ye..?? Mintak nasihat dan pandangan.
Mekanik Kereta said…
wslm,di bahagian belakang juga ada cooling coil,jika terasa panas ini bermakna cooling coil bahagian belakang tidak lagi berjaya sejuk sepenuhnya akibat kotor dan penuh habuk,perlu lakukan servis
Razman said…
Ok tn..
Sekiranya lepas buat tu semua tp masih lg panas mcmana pula ye..??
Mekanik Kereta said…
mustahil panas kerana dibelakang hanya ada cooling coil akantetapi jika bocor belakang masih panas ,perlu ditukar
Unknown said…
Salam encik nak tumpang tanya.
Kereta Proton iswara C 22 A 4G15P auto telah dibiar sadai selama 9 bulan ....

Engin sangat susah untuk distart dan walau di jump start pakai kabel salur dr kete lain pun tak boleh hidup lama mati dan kemudian on palam pencucuh pun sama mati terus.

Boleh tolong terangkan prosedur untuk check dr A - Z utuk kenalpasti part atau barang apa yg harus dibuat untuk menghidupkan dahulu engin kereta ini...saya sangat sayang kereta pertama saya dibiar sasai begini ....tolong beri penjelasan..mohon jasa bail encik ....terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar plug,tukar mnyk hitam,oil filter,air filter.fuel filter dahulu.Tukar fuel pump atau AC pump supaya mudah dihidupkan manakala karburator perlu diservis dulu
Unknown said…
Assalamualaikum.. na Tanya kenapa ya kereta kalau dah Tak gerak sehari Dua dia dah Tak boleh start.. macam boss ckp tadi kan hari2 hidup ejin kalau Tak guna.. tapi ni mcm semalam elok je guna,, harini dah Tak boleh start.. setiap bulan macam tu.. bila time kerja elok je.. start cuti sehari je dia dah problem.. boleh bagi pencerahan Tak.. sebab pergi pomen2 yang Ada ni macam ikut suka je ckp.. alternator baru disburetor baru timing belt baru tukar relay starter dah tukar.. Tak tahu apa masalah lagi..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kalau macam ni biasanya ada bocor letrik kuasa bateri kurang walaupun semua telah dimatikan,perlu periksa pada fuse dimana kuasa letrik bocor dan mengakibatkan kuasa bateri habis, jumpa mekanik wiring yang boleh periksa kan kebocoran tersebut
Unknown said…
Kereta saya wira,APA mslhnya bila air spare tank kurang taping air radiator penuh,tlg bg pencerahan.
Mekanik Kereta said…
Air tangki spare akan kurang bila air di radiator tidak cukup,lalu radiator akan sedut dari tangki spare untuk penuhkan semula.Tujuan ia bertindak begini adalah kerana radiator panas dan air mengering dan ini berlaku bila air dalam sistem penyejukan terlalu kotor dan penuh karat juga hose2 yang telah keras,perlu gantikan hose atas bawah radiator juga U hose
Unknown said…
nak tanya..kereta lamak x diguna..ada 4 bulan ke 5 bulan..masalh dia asap hitam exzos..n kuat guna minyak..kenapa ya?
Mekanik Kereta said…
asap hitam tanda nisbah campuran dalam kebuk pembakaran tidak sempurna akibat dari karburetor/throttle body yang kotor,perlu lakukan servis untuk komponen tersebut dan setting semula ,pastikan spark plug diganti. Penggunaan minyak akan stabil dan tidak kuat jika campuran minyak dan api setelah setting semula baik dan sesuai begitujuga dengan asap hitam,jika asap hitam hilang inshallah ia adalah ok
Akim said…
Salam bos.. kete saya tak start dalam 2 minggu.. nk start tak bunyi apa2 pon.. apa masalah eh? Kete kancil
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada bunyi tanda tiada connection kuasa bateri ke starter,gerakan kereta pada D atau manual gear 2 kedepan dan kebelakang supaya flywheel bergerak sedikit untuk mudahkan start. Start semula.
Edmond sinty said…
Salam tuan, Saya mempunyai kereta kembara dvvt 2007.sudah lebih satu tahun tidak hidup kan. Sekiranya saya mahu menukar semua alat/komponen seperti fuel pump, ganti spark plug, tukar air radiotor dan sebagainya.. Ada kereta akan hidup dan bergerak kembali.. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,in sha allah hidup macam biasa,cuma pastikan minyak hitam,oil filter ditukar termasuk fuel filter,air filter,fuel pump,spark plug,air radiator dan pastikan plug kabel ditukar juga kerana apabila simpan lama kebanyakan kabel/coil akan mati. Untuk gerak sediakala brek pad juga perlu dibersihkan dari melekat termasuk minyak gear yang perlu ditukar juga serta bateri kereta
Unknown said…
Masalah kereta wish..lama x hidup.. Dah setahun lebih...macam mana nk bagi hidup semula
Mekanik Kereta said…
Pertama tukar bateri,kedua tukar fuel pump,ketiga tukar spark plug dan keempat tukar minyak hitam dan oil filter,mulakan start insha allah hidup. Jika tiada pergerakan starter,peastikan semua fuse hidup,tukar yang telah terbakar
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,Jika tanda isyarat gearbox menyala ia adalah kerana speed sensor kotor dan juga minyak gear yang kotor setelah lama ditinggalkan,minyak gear perlu tukar dan speed sensor juga
Unknown said…
Saya pakai honda city..dh 6 bln kete x start...tukar battery baru..still x boleh start jgk..ade kate kne tukar enjin..btl ke??😕
Mekanik Kereta said…
bila ditinggalkan lama yang pertama perlu tukar ialah bateri kemudian fuel pump kerana fuel pump akan sumbat dan kotoran menjadikan karat semua berjalan sama ke dalam ruang pembakaran enjin dan sukar hidup,spark plug perlu tukar dan sebainya tukar minyak hitam dan oil filter supaya minyak yang tiada kotoran saja yang menggerakkan komponen dalaman enjin dan lebih jamin lancar
Unknown said…
Salam..kereta kancil manual sy dh tersadai rosak 4 thn..kalau nk baiki..anggaran kosnya berapa yer
Mekanik Kereta said…
wslm,sekitar rm2000
Unknown said…
Salam bang sy nak beli waja dari kawan saya tapi waja ni dh 2 tahun tak start dan jalan..ape perlu saya check dulu?
Mekanik Kereta said…
wslm,pertama sekali periksa bau minyak enjin,jika berbau hangit,enjin tersebut akan rosak bila-bila masa kerana dalamannya telah mengalami geseran yang teruk. Jika tidak berbau hangit hanya perlu tukar minyak hitam,fuel filter,air filter dan fuel pump in sha allah ia boleh digunakn seperti biasa
Adi said…
Assalamualaikum
Saya mempunyai kelisa MT 1.0, lama tak start, dh ganti battery baru, semua simbol dekat panel meter tak keluar, macam tak ada electric masuk. Minta pendapat apa yg patut dibuat.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,pastikan sambungan kabel negatif dan positif ke starter bersambung dan tidak karat pada starter mahupun bateri.
Periksa semua fuse di kotak fuse enjin tidak terbakar. Jika semua itu ok in sha alah ada isyarat simbol di panel meter
Unknown said…
Salam boss,saya ada wira se.sekarang tak boleh gerak langsung, gear 1 sampai 5 dan masuk reverse pun ok..tapi keluar bunyi krekkkkk je,kereta tak boleh gerak langsung. Apakah masalah drive shafts atau transmission?
zimmer said…
wslm,kereta manual jika tidak bergerak terus ia adalah tanda clutch plate telah habis dan perlu diganti satu set termasuk clutch cover,bearing dan clutch plate
Jai_77 said…
Salam tuan,

Kereta sya Mazda 3 2.0 dh lebih 2 bulan tak start, bru2 ni sya cba jump startin dgn kereta myvi se...sebaik sahaja kepilkan klip cable hitam ke body trus ada spark dn lmpu alarm menyala smpai padam sndiri (sbb sya cba matikan alarm gna remote tak boleh)...slps beberapa minit sya cba start, xde lgsung lampu d meter dn x boleh start (xde bunyi lgsung)...

Sya cabut smua cable jumper dn cba ulang skli lg...kali ni lgsung xde spark swaktu sya kepilkn cable hitam tu ke Mazda wlaupun enjin kereta myvi tu hidup...

Adakah bateri Mazda trsebut dh kong trus atau adakah sbb sya jump start dgn kereta myvi yg cc lebih rendah mnyebabkan kereta sya lgsung x boleh start? (Sbb sblm ni prnh buat dn kereta boleh start)
Mekanik Kereta said…
wslm,bateri yang habis kuasa jika dilekatkan jumper akan ada sparks,lampu alarm nyala kerana ada kuasa yang datang,apa yang sepatutnya saudara lakukan sekarang ialah gantikan bateri dengan bateri baru,inshaallah kereta boleh dihidupkan macam biasa,jangan gunakan jump start lagi kerana bateri tersebut telah rosak sepenuhnya
Unknown said…
Assalam tuan, nk Tanya.. kereta Saya grand livina auto 1.6 thn 2010. Sudah lebih setengah tahun tersadai. Tahun lepas Bulan April byk dah baiki tapi cuma sempat elok beberapa bulan shj. Bila kereta sudah lama x hidup Dan bergerak memang byk lah masalah lain yg muncul Kan? Soklan Saya, agak2 masih Ada kah lagi harapan utk Saya baik pulih kembali kereta tu ye?
Mekanik Kereta said…
Saya dah jawab di pertanyaan di tajuk Hubungi Saya
Unknown said…
Assalamualaikum . . Saya ada kabcil yang sudah setahun lebig tidak di hidupkan . . Apa yang perlu saya lakukan sebelum menghidupkan nya semula
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,pertama sekali periksa dulu takat minyak hitam,pastikan ada dan tidak kering, kemudian tukar plug dan fuel filter,setelah itu cuba hidupkan,jika tak hidup makna fuel pump telah kotor,jika gunakan fuel pump ac boleh servis dulu,jika gunakan electrical fuel pump perlu tukar,inshaallah boleh hidup
Unknown said…
ptg tuan..kalau kereta saya innova manual lama dah tak start..kalau nak servis ganti minyak hitam perlu start dahulu ka pas tu baru tukar minyak hitam..atau pun terus jak tukar minyak hitam..selain minyak hitam dan oil filter apa lagi benda yang sepatutnya perlu di tukar apabila kereta lama tidak dihidupkan (8bulan)
Mekanik Kereta said…
selamat pagi,saudara perlu tukar spark plug,air filter dan fuel filter,olehkerana ia lama tak dihidupkan,bateri juga akan lemah,perlu dicas semula atau tukar,jika ingin cuba hidupkan begitu saja juga boleh tetapi pastikan minyak hitam masih cukup kemudian baru tukar minyak hitam dan oil filter selain yang saya sebut di atas.Jika sukar hidup bermakna fuel pump juga sudah perlu ditukar sekali.
Zuhajim Asmara said…
Salam, Tuan...

Kereta MPV Exora 2011 saya dah lama tidak dihidupkan enjinnya. Sudah hampir 3thn.

1. Baterinya sudah totally flat.

2. Kalau hendak hidupkan ejinnya saya takut boleh merusakkan bahagian enjin didlmnya.

Jadi apa yang boleh saya lakukan atau perlu dilakukan kepada enjin Exora ini? Bolehkah self start dulu dari saya sendiri ataupun panggil mekanik untuk cuba hidupkan enjinnya?

Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm
1. Gunakan bateri yang ada kuasa gantikan yang lama
2. Periksa dan pastikan minyak hitam ada,cukup mengikut ukuran yang ada di senggat ukur
3. On kan kunci seperti biasa dan lihat samada semua isyarat di panel masih ada
4. Hidupkan enjin macam biasa ,pastikan minyak bahan bakar ada
5.Jika tak hidup perlu tukar spark plug dan fuel pump
6.Inshaallah hidup lepas dah tukar
Oldest Older 201 – 336 of 336

Popular Posts