Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Injector,fuel regulator dan MAF sensor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Ketiga-tiga komponen seperti tajuk diatas adalah merujuk kepada komponen yang perlu diperiksa dan diganti jika terjadinya enjin yang sukar dihidupkan ketika suhu enjin telah panas.Adakah benar ini boleh berlaku?enjin sukar hidup ketika panas?

Pada asasnya enjin yang dihidupkan perlukan oksigen (udara) dan bahan bakar iaitu petrol,gas atau disel serta api untuk ia bekerja dan membuat pembakaran dalam enjin.Udara akan menjadikan petrol atau disel kepada gas dan meruap untuk menjadi pembakaran dalam enjin atas pertolongan api yang terhasil dari plug.Maka bermulanya enjin hidup dan bunyi serta gas karbon monoksida yang dibuang ke ruang ekzos.Ianya mudah bukan asalkan ada api dan bahan bakar enjin akan hidup,tetapi mengapa ia jadi sukar hidup bila panas?

Inilah yang saya rungkaikan dalam mencari kebarangkalian yang banyak keatas beberapa komponen yang amat perlu diganti atau diperiksa teliti kemampuannya.Soket pada injector perlu diperiksa untuk ada aliran cas elektrik untuk injector bekerja.Ada juga terdapat injector yang bocor satu atau dua yang menjadikan enjin lebih sukar hidup ketika panas kerana bila enjin panas bahan asas body enjin mengembang dan tenaga perlu lebih untuk memusing komponen enjin.

Mengapa pula saya katakan bahawa fuel regulator perlu diganti atau diperiksa kemampuannya?Ini kerana fuel regulator adalah berfungsi membekalkan tekanan hanya secukupnya untuk membuat pembakaran enjin akantetapi jika ia jadi tidak terkawal atau rosak ia akan menambah kesan buruk aliran bahan bakar untuk injector.Disinilah terjadinya kemampuan enjin untuk hidup terganggu.

MAF sensor pula adalah berkaitan berapa banyak udara yang perlu untuk bahan bakar bergabung dengan api untuk enjin hidup.Apabila ia tidak berfungsi dengan baik sensor ini akan memnberikan ketidaktepatan udara untuk diseimbangkan ke bahan yaang saya sebutkan tadi untuk membuat pembakaran.Kesukaran membuat laporan akibat ia rosak adalah punca utama kesukaran enjin juga untuk membuat pembakaran. 

Dalam kes yang berat jika enjin telah mengalami kebocoran yang teruk pada head silinder dan menaikkan minyak ke permukaan air filter ini adalah amat berlainan kerana enjin ini dikategorikan tempang dan perlu diperiksa teliti dan termasuk dalam proses Top Overhaul,jika enjin dalam keadaan ini,ia bukanlah akibat 3 komponen yang saya sebutkan tadi.

Pokoknya sebelum anda lakukan Top Overhaul atau Overhaul pastikan mekanik anda periksa dahulu komponen disebutkan untuk kepastian kerana kos Top Overhaul dan Overhaul bukan saja menelan belanja yang besar malah jangkamasa untuk ia siap juga kira-kira 3 hari atau seminggu untuk enjin disiapkan.

Mengekalkan kestabilan suhu enjin

Suhu enjin biasanya dapat dikawal stabil dengan menukar minyak pelincir tepat pada kilometer yang sepatutnya ditukar dan elakan dari menggunakan minyak yang berlainan gred dengan kerap dan jenama yang bertukar-tukar.Cooling system juga perlu diperiksa dan dinyahkarat dengan menukar air dan coolant jika air ada bercampur kesan karat yang banyak.Pastikan juga tidak menggunakan bahan bakar berbeza kerana bahan bakar juga penting.Mengekalkan penggunaan bahan bakar pada jenama yang kerap digunakan juga dapat mengelakan keserasian enjin dengan bahan bakar tersebut sekaligus mengelakan pembentukan karbon yang banyak dan suhu enjin juga lebih stabil.

Fuel Injector Cleaner dibawah amat sesuai digunakan untuk membersihkan ruamg pada throttle body atau carburator secara semburan,buka hose dan sembur kemudian lap sedikit dengan kain kering.


Comments

Mekanik Kereta said…
wslm,oil pump tidak bekerja dengan baik,ganti oil pump
Z.A.B.A.H said…
Salam Tuan,

Saya pengguna Hyundai Getz 1.6 Auto, kereta saya bila awal2 dihidupkan enjin semput-semput2, macam ada silinder yang x terbakar, lepastu lampun check engine berkelip2.. tapi bila diulang2 hidup enjin sampai temperature optimum, enjin ok pulak, drive x da masalah.. tapi esok nak start dia jadi balik masalah sama.
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin mengalami kepanasan sebenarnya tetapi belum mencecah overheating,gantikan air dan coolant,plug serta fuel filter,picikan hose kemungkinan kerak karat telah terlalu banyak,gantikan juga thermostat
ary said…
Tuan..baru baru ni saya ada cuci injector toyota vios..lepas pasang balik engine kereta tidak blh start..adakah kedudukan injector ada nombornya dan saya telah tersalah pasang tempat kedudukan injector itu..minta tolong tuan..
Mekanik Kereta said…
Pada kebiasaannya injector yang telah dicuci akan dipasang semula pada tempat asalnya untuk memudahkan lagi penyesuaian injector bekerja,tetapi tiada kod khas untuk injector,periksa aliran kuasa bateri/api adakah ia bekerja baik
ary said…
Salam tuan..saya cuci injector toyota vios dan pasang kembali kereta xidup..kenapa ya..adakah injector vios mempunyai susunan no 1 2 3 4
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada susunan cuma jika dicuci yang no 1 kembalikan ke no 1 adalah lebih baik kerana ia seolah2 mengembalikannya semula ketempat asal,periksa kuasa api pada wiring injektor
Unknown said…
Salam. Saya pki wish. Sy dah tukar break pad and lining break depan dan belakang. Allignment dan balancing pun dah buat. Tp still ade bunyi angin(bawak laju) dan nyaring(time slow) bila sy tekan break. Knp ye? Blh emailkan jwpn zaharatul81@gmail.com
Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,selain dari skru caliper yang karat dan keras,biasanya jika tidak gunakan original brake pad untuk model kereta tersebut ia akan ada bunyi.
Unknown said…
Salam tuan.. Kereta saya vigo 2.4 tidak kuat naik bukit.. Asal naik bukit mesti pasang 4x4.. Wlaupun naikan yg rendah.. Asal berhenti d naikan terus x boleh naiki ..4x4 pun hampir x boleh.. Jalan lurus sampai gear 3 saja bole pakai.. Masuk gear 4 5 enjine low balik x bole laju dah.. Apa pendapat tuan ttg masalah kereta ini
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah ,clutch plate habis
Unknown said…
assalam. mohon pertanyaan. semalam sy ad cuci enjin. pada harini sy bawa mcm biasa. bila sy tekan minyak. kete jd semput semput. apa masalah dy ea. sy pakai vios 2006. mohon pencerahan tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,ada sensor kena air atau plug coil kena air,perlu keringkan,cabut soket sensor o2 tiup kelilingnya
Unknown said…
Salam admin.
Saya pengguna viva 1.0 2008
Lampu cek enjin menyala
Dah msuk komputer
Detect chamsft sensor ( belum tukar lagi)
Sekarang kereta ssh nk start
2 ke 3 kali baru nk hidup

Boleh admin terangkan
Apa yg akan berlaku jika chamsaft sensor rosak?
Please info
Tq mekanikkereta.
Mekanik Kereta said…
wslm,akibat dari sensor camshaft rosak,enjin sukar hidup,lampu CHECK ENGINE juga akan tidak menyala
Unknown said…
Slm tuan. Saya pakai mitsubishi grandis thn09.masalah dia lepas tukar timing belt runnuing dah dekat 2k milage pick up hilang naik bukit langsung tak kuat potong lori pon tak kuat. Top speeds130 ja.. Minyak semua sah tukar. Fuel pump fuelffilter dah tukar maf sensor knock sensor. Pon dah tukar. Spark plug pon dah tukar.. Apa msalah dia skarang.. Saya dah tak tahu nak buat apa.. Harap tuan dpt bg pencerahan. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa semula marking dengan ketepatan kemudian periksa juga injector minyak petrol,jika ada sumbat atau tidak cukup penuh kuasa api akan menyebabkan pecutan terganggu
Unknown said…
Tumpang tanya tuan apa masalah klw,wira 1.3 asap hitam , sama kuat makan minyak petrol
Mekanik Kereta said…
asap hitam adalah sebab petrol yang tidak dapat dibakar sepenuhnya dalam enjin jadi akan terbentuk karbon yang banyak,perlu servis karburator serta angin yang banyak dalam saluran vakum perlu ditiadakan dengan mengganti hose actuator pada hujung hose sebaiknya diganti
Unknown said…
salam encik..mcm mna cara nk bleeding clutch pump isuzu Dmax?
Mekanik Kereta said…
wslm,ada 2 cara samada hidup enjin atau matikan enjin,pam clutch dan buang minyak pada pam,buat berulang kali sehingga pedal terasa berat tanda ada pressure untuk clutch pump bekerja
Unknown said…
assalamualaikum tuan mekanik
saya penguna honda civic b series,kenapa petrol saya agak kuat penggunaannya contoh yg paling getara;

apabila minyak saya berada dalam keadaan separuh tank dan saya park kereta ,keesokan hari sy start enjin minyak turun agak banayak dan perbezaan dari semalam sgt getara
Mekanik Kereta said…
waalaikunsalam,sekiranya tangki tiada bocor ini mungkin float dalam tangki mungkin tnjuk bacaan yang tidak tepat
Unknown said…
Salam tuan...
Saya kreta wira 1.5..Sy ada msalah berikut harap tuan dpt mbantu...
Bila sy psang aircond wktu drive,,kereta akn jadi tsentap2,
Msalah kedua adalah tmperature susah naik...kdang paling kuat 1 bar ja..ketiga,,bila saya break emergency,kreta akn stop,break keras xblh pump..
Mekanik Kereta said…
wslm,
1.bila sentiasa tersentap,perlu ganti stepper motor pada karburator
2.gantikan coolant temperature sensor,in sha allah ok
3.jika brek keras sangat,minta mekanik buang minyak untuk membuang angin dalam salur brek
Unknown said…
Assalamualaikum tuan... Sy guna kereta myvi 1.3 1st model... Rpm kereta saya tidak stabil... Semasa berjalan rpm jga tidak stabil dan semput... Kadang2 kereta mati... Apakah masalah ya tuan?
Unknown said…
Salam tuan saya ada wira 1.3 injection.kereta semput xda pickup.smua dh tukar tp kata pomen tu klo nak pickup kna buka engin entah apa dia nak seting kos 500 lbh.xbuat lg bujet xckup.mohon pencerahan tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,servis injector dan throttle body in sha allah ok
Unknown said…
Salam sifu keta sy gen2 convert enjin mivec 4g92 bermasalah kerap xhdup time cuaca sejuk dan apabila bawa kerap mati sendiri..dh bwa ke bengkel pomen ckp ecu.lagi satu bila nk start xbleh mkn msa..cek pd scan computer box xdpt detect masalah..relay fuel pump pn mslah.kdng2 xnaik minyak..fuel pump dh tkr n fuel filterpn dh tkr..mohon pencerahan dr sifu..pening dh ni nk wat cmna.
Mekanik Kereta said…
wslm,ECU akan bermasalah kerana bila convert tidak tukar wiring baru biasanya wiring lama akan memberikan masalah kerana aliran arus lama mengganggu ECU bermula dari ECU terus ke enjin,untuk dapatkan keadaan yang baik semula gantikan ECU yang sama dengan enjin mivec 4G92
Mohamad Fadzli said…
Assmualaikum tuan... Kereta Starex Royal tahub 2012. 3 Injector baru shaja di repair dan 1 injector Service. Selepas 8 hari masalah injector kembali berulang. Mohon pandangan tuan. Kenapa masalah tersebut kembali terjadi. Terima kasih.
nazrin ramlee said…
Terima Kasih tuan..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,injector sakit biasanya perlu ditukar jika kesakitannya berulang kerana injector amat sensitif dan mudah rosak kembali walau telah dibaiki
Acit59 said…
Salam... Nak tanya sikit..apa saiz injector viva standards ye?
Unknown said…
Salam, betul ka masalah fuel pump bila kereta mati tiba tiba. Masa start enjin ( idle ) biar lama pun x mati.
Tapi bila isi minyak full tank..ok ja.
Bila minyak kurang dari setengah..enjin kerap mati.
Model Accord Inspire CB5 1994.
Saya dah ganti fuel pump ( model nissan).....ada kemungkinan supply @ psi pressure tak cukup?
Mekanik Kereta said…
wslm,sekitar 210
Mekanik Kereta said…
wslm,fuel pump yang diganti tidak sesuai dengan kekuatan mengepam,saudara perlu cari pam yang sama dengan yang asal
501871 said…
Salam tuan,saya pengguna wira......apa punca minyak hitam kurang yee,,saya tgok kt bawah kereta xder pon licking
Mekanik Kereta said…
wslm,puncanya minyak mengering dalam enjin dan menjadi kerak dengan cepat dan melekat didinding kebuk apabila enjin panas,ini kerana semua seal dan komponen head telah haus dan menyebabkan minyak mudah melikat dan kering dalam silinder
Zubaidi mmc said…
Salam.. Bosss.. Kereta waja mmcmanual,semput ketika tekan minyak dlm kelajuan 35-50 km/j dlm gear 3@4,bila kelajuan 70-100 km/j tiada masalah bila tekan minyak
Zubaidi mmc said…
Salam tuan,waja mmc manual,bila kereta dalam kelajuan 35-50 km/j kereta jd semput semput,bila kereta dlm kelajuan 60-100 km/j kereta takda apa2 masalah pula.
Mekanik Kereta said…
wslm,throttle body tersangat kotor dan plug cepat jadi kotor,servis dan tukar plug
shefa said…
salam tuan..kenapa kereta wira sy bila memecut je tolok meter minyak turun mendadak?
shefa said…
salam tuan..kenapa kereta wira sy bila memecut tolok meter minyak turun dgn cpt tapi bila sy lepas pedal minyak tolok minyak kembali normal?
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ada gunakan fuel regulator,kemungkinan besar ia rosak akantetapi jika tiada gunakan tambahan fuel regulator ini biasanya disebabkan float minyak yang telah lusuh
Mekanik Kereta said…
sila rujuk di atas
GADISMATAHARI said…
apa punca atau masalah kereta atos 1.0 semput tidak ada lajakan
Baharin said…
Askm tuan, kereta saya waja campro cps bila reverse mcm semput, bila jalan mcm biasa GLgear D, 3, 2 xplak semput..sblm ji dh ganti ignition coil, spark plug and fuel injector..buat skali dgn timing belt and gasket..
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu buat tuning,setting semula throttle position sensor dan servis throttle
Mekanik Kereta said…
punca2 kereta semput dan kurang kuasa ialah apabila minyak kotor terutamanya bahan bakar seperti petrol dan disel,tukar fuel filter,air filter dan fuel injector,in sha allah ok
Othman mohamad said…
Assalamualaikum Tuan.saya guna naza citra 2008..baru baru ni saya buat top overhaul n tukar timing belt ..masalah sekarang kereta macam meraung Dan pedel mintak pun rasA keras..TQ Tuan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,enjin mengaum akibat setting throttle yang tidak sempurna perlu adjustkan semula throttle sensor dan airflow sensor,mengenai pedal minyak pula kabel minyak perlu ditukar
Unknown said…
Askum.. Saya pakai kereta viva.. Bru2 ni angkat head..tapi bila pasang nak start xhidup.. Karen kat coil pluq Semua ada.. Tpi 1 coil ja ada api.. Yg dua lg api xdak.. Kenapa yer
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa ECU
Muaz said…
Assalamualaikum....
-cip nak tanya,kreta kembara dvvt auto saya,sblm² ni masalah susah nk idup,tpi klu jumper blh idup,skrg ni jumper pun paya² nk idup,bila da idup x sampai pun 20 saat pandai mati sendiri tuan,batri da ganti tpi x menyelesaikan masalah,minta bantuan dri cip apa la masalah kreta aku ni
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gantikan camshaft sensor,in sha allah ok
Unknown said…
assalamualaikum. saya pakai kereta chevrolet optra 1.8.masalah kereta saya ni bergegar macam mahu mati jak.kalau saya tekan minyak tu pick up dia kadang laju kadang selow. apa masalah dia tu ye
Unknown said…
Askum...tuan,baru² ni kerita viva 850 saya tiba² lampu cek enjin menyala dn kipas hidup terus tak henti².kipas juga hidup terus apabila kunci on.minta bantuan dgn tuan,apa masalah kerita viva sya
Mekanik Kereta said…
wslm,saudara perlu tukar temperature coolant sensor in sha allah ok
Ismail Musa said…
Assalamualaikum tuan. Saya menggunakan kerita lama, volvo 240 2.0 1992 (auto). Sekarang injin semasa idle baik dan tiada misfiring. Masalahnya apabila ditekan padle minyak, RPM injin tak naik. Selepas main2kan padle RPM naik tetapi apabila engage gear D atau R injin kekal dalam keadaan idle. Dah tukar spark plug, cuci semua ignition contacts masih kekal bagitu. Mohon pencerahan apakah kemungkinan2 part yang tak berfungsi. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gantikan fuel injector in sha allah ok
Unknown said…
Salam tuan, keta saye honda civic eg8, masalah nya kadang2 dpt start, kadang2 x dpt start, pagi dpt start, tgl 5 jam mcmtu, susah lagi nak start pa problem nya tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah fuel pump yang kurang elok apabila ditinggalkan,minyak turun ke dasar dan sukar untuk dihidupkan,kuasa juga lemah pada fuel pump ini
SHA said…
Asslm Tuan,

Kereta viva saya lampu dashboard menyala. Bila masuk gear R, automatik mati. Apa masalahnya ya?
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah speed sensor tidak membaca isyarat,periksa juga samada minyak auto samada cukup atau bocor
Unknown said…
Salam, saya pakai honda eg8 enjin b16a, bila sya start enjin, pastu sye bkk aircond, timing jadi jatuh. Sye ttp balik aircond, timing naik 1k. Boleh sye tahu apa masalah dia?
Mekanik Kereta said…
wslm,model eg8 ada menggunakan EGR valve,vave ini kotor dan sebaiknya diservis atau tukar untuk kembalikan kuasa valve ke asal
Unknown said…
Produa axia simbol check enjin myala,aircond xsejuk bila on acc kipas berpusing.
Mekanik Kereta said…
ada 2 kipas ,jika 2,2 pusing ia ok. Tetapi jika simbol check engine nyala ada kemungkinan kipas radiator tak berpusing
Unknown said…
Kereta preve saya tiba tiba slow tk ada power. Tekan pedal minyak tk ada apa apa tapi enjin hidup.semua minyak dah ganti, gear box dah ganti dan trottle body pun dah buat.

Tapi matikan enjin start balik, enjin hidup dan kereta jln seperti biasa. Kes berlaku bila sedang drive. Kenapa enjin tiba tiba slow dan tak boleh ramned
Mekanik Kereta said…
sensor pedal atau APPS tidak dapat terima isyarat dengan baik,sepatutnya tukar sensor tersebut dan untuk kereta Proton Preve ia disekalikan dengan pedal bermakna tukar pedal terdapat sensor APPS
Anonymous said…
Salam tuan
1.masalah sdh tukar turbo baru kereta saya hilux single cab bila pandu ia semput2 dn injin mati dgn sendiri bila rpm capai 120 km/j...mnta tunjuk ajar tq....
Mekanik Kereta said…
wslm,hose sambungan lama juga perlu bersih ,sebaiknya tukar semua hose yang melibatkan turbo,ini kerana sedikit kotoran akan menyesakkan laluan angin sekaligus isyarat dihantar ke ECU dan enjin akan mati
Kembarez said…
Salam Encik mekanik.... Kereta saya rpm nya turun naik. Bila start selepas beberapa minit rpm mula jadi begitu. Seakan akan enjin nak mati.bila main throttle ok, lepas jadi balik. Bila masuk gear R atau D enjin kadang2 terus mati. Saya baru servis throttle body, plug, air fiter, tapi masih terjadi. Bila memandu tiada semput, tapi bila berhenti di trafik light penyakit itu datang balik. Minta tolong encik mekanik
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah ini masih masalah RPM,throttle sensor perlu ditukar dan setting semula bagi mendapatkan nisbah campuran api dan minyak yang paling sesuai untuk pembakaran dalam enjin.
Grald said…
Salam bos, sy ada mazda bt50 tdi injector cma thn 3 blan je lbih skit pastu kna tukat o-ring sbb leaking, cma o-ring dngn washer tu ja tkr xpi thn cma 3 buln je pastu leaking blk. Trma kasih bosku
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan o-ring dengan saiz yang betul2 tepat dan mampu tahan tekanan,inshallah ok
Unknown said…
tuan saya ada sebiji chevrolet optra 2005...masaalah nya hari ni nak start tak mahu hidup biasa sekali start dah hidup...bateri baru sebulan tukar yg baru.....terima kasih.....kalau dapat settle kan masaalah saya....
Mekanik Kereta said…
fuel pump ada masalah,perlu ganti
anonymous said…
Salam. Saya nak tanya. saya ada bau seperti petrol selepas saya matikan enjin kereta. Semasa memandu saya ada bau sikit petrol. Selepas tu tiada. Ada apa2 yg berlaku pada piping petrol saya ke?
Mekanik Kereta said…
wslm,kereta yang ada bau petrol tetapi tiada kesan bocor selepas dimatikan enjin ialah kerana minyak dalam sistem pembakaran tidak dibakar habis akibat kotor throttle body atau karburator. Karburator atau throttle Body perlu servis.
Unknown said…
Salam tuan, saya guna kereta jenis Chevrolet Optra 1.6 auto, saya tukar timing belt mengikut marking yang ada pada poli enjin seperti sebelumnya tetapi apabila saya test tekanan pula yang tiada pada ke empat2 lubang plug. Harap boleh beri saya tip sekit. Tk
Mekanik Kereta said…
wslm,pusing semula pulley sehingga piston 1 dan 4 berada di atas dan 2 lagi piston dibawah,jolok lubang plug dengan screw driver panjang untuk ukur.Manakala untuk camshaft pusing pulley atas sehingga setengah pusingan beberapa kali ke marking atas ,setelah itu pusing semula marking pulley bawah untuk test supaya valve dan piston tidak berlaga,jika dapat ketepatan sebenar,enjin dan compression akan kembali asal
Unknown said…
Salam tuan.Saya hendak bertanya tentang masaalah dengan toyota unser petrol 1.8. 1-Kereta telah di overhaul tapi minyak M kotor semula dalam beberapa hari (hitam) semula..2- bau petrol keluar dari ekzos.. 3- asap hitam.. 4-plug sentiasa hitam tapi tidak berminyak 5-engine tidak stabil
Mekanik Kereta said…
wslm,Bila overhaul pomen akan ganti engine bearing,piston ring,conrod bearing,camshaft bearing dan bersihkan blok serta polish crankshaft,jika minyak cepat hitam semula ini tanda pemasangan tidak kemas dan biasanya tinggalkan calar pada engine bearing dengan cepat. Bawa semula kewsyop yang buat untuk periksa semula,plug yang hitam tanda minyak mengalir banyak manakala sedikit angin dalam ruang pembakaran akibat enjin yang sangat lemah.Minta mekanik periksa compression untuk semua plug juga
Unknown said…
Salam sejehtera tuan. Saya punya kereta vigo 3.0 auto. Masalah engine tidak hidup kerana tiada karan sampai pada injector. Apa masalah itu tn?
Mekanik Kereta said…
Salam sejahtera,kuasa letrik injector datang dari relay,periksa relay dulu jika di situ juga tiada ia adalah akibat ECU yang ada masalah
nazrin ramlee said…
Assalamualaikum tuan, saya pengguna Nissan Almera 2019 1.5 Auto. Kenderaan saya jadi semput apabila headlight dipasang. Apakah penyebabnya. Mohon nasihat.. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kuasa alternator kurang,karbon nipis di alternator menyebabkan beban bertambah ke enjin
Hairi said…
Assalamualaikum. Kereta saya axia manual. Baru ni terjadi masa tengah drive bile lepas tekan minyak dan bila tekan minyak semula tapi rasa kosong. Kena tekan bekali kali baru ok semula. Masalah ape ye?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ini masalah APPS,Accelerator Pedal Position Sensor,alat ini sekali dengan pedal minyak,perlu gantikan pedal minyak
Unknown said…
salam tuan,

saya pakai kereta toyota unser 1.8 (engine 7k) EFI system, saya baru selesai overhoul semua nya d pasang tepat pada tempat, dan benda yang orang semua d ganti tapi kenapa susah mau start dan terpaksa jump start untuk dengar bunyi crank, lepas tu kedua2 wayar di injector ada api... aku hampir buntu, kalau mau kata presure minyak tak cukup itu mustahil, sebab api pada plug cukup kuat
Mekanik Kereta said…
wslm,
biasa yang berlaku ialah compress hilang bermakna compression bocor di mana2 komponen seperti bocor pada valve dan akibatnya kurang tekanan untuk hidup enjin
east said…
Assalamu'alaikum tuan mekanik. Kereta Myvi 1.3 auto tahun 2008 saya sebelum ni dah tukar timing chain di bengkel yang rupanya sangat teruk dari review pelanggan2nya.. selepas masalah kereta saya tak selesai 1 tahun signal OD masih lagi berkelip setiap pagi mula gerak kereta. Ada sentakan bila gear D & R. Selepas signal OD hilang, signal Check Enjin pula menyala dan enjin jadi sebu.. terbaharu, bila berhenti di trafik light, enjin mati sendiri, start semula enjin hidup macam biasa, berulang terjadi bila berhenti trafik light dan simpang.. Hantar workshop lain & scan keluar P0016, P1346 berkaitan valve VVT dan P1706. Dah tukar sensor solenoid di workshop ni, tapi keesokan harinya, Alhamdulillah signal OD & Check Enjin tak menyala dah, tapi masih enjin mati sendiri bila berhenti di trafik light dan simpang. Boleh cadangkan ape yang patut dibaiki lagi? Saya risau berpunca dari pemasangan timing chain baharu tu tidak dibuat dengan baik.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam RPM yang jadi rendah hingga enjin mati memang ada kaitan dengan sensor camshaft dan crankshaft, sensor ini bekerja untuk mengwal timing untuk api dan minyak supaya selari dengan pembalkaran berterusan,saya sarankan tukar dulu camshaft dan crankshaft sensor,inshaallah akan ok
east said…
AsSalam, tuan. Seperti yg disarankan tuan sebelum ni, saya dah tukar 2 sensor camshaft & juga sensor crankshat tp pagi ini menyala/berkelip OD. Berhenti dan start semula enjin, Alhamdulillah tiada dah OD berkelip. Alhamdulillah, masalah lain tiada dah, cuma terasa masih kurang pick up & kenapa OD masih menyala 1 kali pagi td. Boleh bagi suggestion?

Bacaan komputer scan sebelum ni P0016: VVT control, chain/valve timing faulty; P1346: VVT control, valve timing faulty dan P1706: Engine torque abnormal.

timing chain dah tukar 2022
throttle body dah cuci 2023
sensor solenoid dah tukar Nov 2024
2 sensor input/output dah tukar Okt 2024
4 coil dah tukar Nov 2024
4 spark plug dah tukar Nov 2024
sensor MAP dah tukar Nov 2024
Mekanik Kereta said…
wslm,cek semua soket sensor yang ditukar terutamanya soket sensor cam dan crankshaft jika ada wayar yang lusuh atau putus pulih hanya bertahan sementara ketika signal sensor kuat akantetapi jika tidak dibaiki wiring yang lusuh dan putus keadaan akan kembali seperti asal,semak wiring di soket segera,inshaallah akan ada jumpa masalahnya
Oldest Older 201 – 297 of 297

Popular Posts