Skip to main content

Posts

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya. Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.

Waja paling kerap alami masalah fuel pump sedemikian

Berdasarkan pengalaman beberapa tahun buka dan pasang enjin dan baiki kereta rosak,lama-lama tercatat juga statistik dalam benak kepala aku ni kekerapan kerosakan kereta waja.Mungkin disebabkan komponen yang agak kurang kualiti kereta waja selalu mengalami kerosakan fuel pump selain daripada selalu sangat kena tukar bateri . Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalau yang original dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.

Menyelaraskan tappet kereta dan muzik

Menyelaraskan tappet adalah tidak mudah seperti mendengar muzik dari radio atau mendengar secara percuma dari banyak web seperti 4shared dsbnya. Enjin juga mengeluarkan bunyi yang juga melambangkan bahawa kita amat peka dengan bunyi dari sekeliling mahupun yang kita ingin dengar.Begitu juga dengan kereta yang kita pandu jika kita amati dengan sepenuhnya kita boleh dengar bunyi injap yang tidak sekata datangnya dari enjin kenderaan.Bunyi yang seakan-akan lari dari tune yang sepatutnya atau lebih senang, berlainan dari note yang seharusnya.

Bagaimana menukarkan spark plug proton exora

Menukarkan spark plug sebuah kereta adalah tidak semudah yang seperti kita lihat ianya dilakukan oleh mekanik kereta.Ini adalah kerana susunan plug dan kabel mestilah betul supaya bila enjn dihidupkan ia tidak berfungsi pada nisbah yang tidak betul.Oleh sebab itu kabel plug kereta dibuat supaya ukurannya tidak sama antara satu sama lain. Sebagai pengetahuan ukuran kabel plug melambangkan kedudukan yang tepat yang harus diikuti bila menukarkan spark plug sebuah kereta.Turutan 1342 mengikut arah jam adalah turutan pada distributor bermaksud pada kedudukan 1 distributor adalah untuk plug nombor 1 dienjin kereta dan begitulah seterusnya bermula dari plug yang berdekatan dengan timing belt atau timing chain. Turutan 1342 adalah dari distributor coil samada yang menggunakan contact point ataupun jenis elektronik. Harus difahami juga dalam aktiviti automotif plug 1 adalah yang berdekatan dan palng hampir dengan timing belt atau timing chain. Spark plug boleh dibuka dengan menggunakan al...