Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Wednesday, October 03, 2018

Cara mudah servis starter motor kereta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Telah agak lama juga aku tidak berkesempatan untuk mengemaskini kandungan blog ini akibat kesibukan tugas seharian.Pada petang 2 oktober ini diselitkan sedikit  maklumat yang sepatutnya semua pengguna kereta di Malaysia dan didunia tahu akan kerosakan yang amat mudah terjadi pada starter kereta lori atau bas.

Friday, August 18, 2017

Injector,fuel regulator dan MAF sensor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Ketiga-tiga komponen seperti tajuk diatas adalah merujuk kepada komponen yang perlu diperiksa dan diganti jika terjadinya enjin yang sukar dihidupkan ketika suhu enjin telah panas.Adakah benar ini boleh berlaku?enjin sukar hidup ketika panas?

Friday, March 10, 2017

Meminimakan kerosakan kereta dan memanjangkan hayat enjin

Salam Jumaat Mac 3 2017,

Bukan mudah untuk sesebuah enjin kereta untuk bertahan melebihi 10 tahun,15 tahun dan lebih tanpa mengalami kerosakan  kereta atau dengan kata lain terpaksa melalui proses overhaul dan top overhaul jika ianya tidak dikekalkan dalam penyelenggaraan yang sempurna dan bertepatan dengan keupayaan enjin untuk menambah hayat.

Saturday, September 10, 2016

Setelah sekian lama ditinggalkan dan tidak digunakan

Bertemu kembali setelah sekian lama dalam post sempena menyambut Hariraya Korban 2016 bersamaan 8 Zulhijjah 1437,Selamat Menyambut AidilAdha.

Pada masa ini kebarangkalian untuk sebuah keluarga atau individu memiliki lebih dari sebuah kereta adalah biasa.Ada kereta yang digunakan seharian,sekali-sekala dan ada juga yang tidak digunakan terus berbulan-bulan malah bertahun dibiarkan begitu saja.

Saturday, April 02, 2016

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Salam Sejahtera

Terdapat beberapa jenis reset pada sebuah kereta seperti reset alarm,reset ECU/ECM dan reset fuel pump.Reset-reset demikian adalah amat penting untuk diketahui oleh semua pengguna kereta kerana dengan cara ini saja lah kereta akan dapat mengembalikan keadaannya kembali  kepada asal sebelum kerosakan. Kaedah reset adalah sama dengan apa yang dipraktikkan pada sebuah komputer yang mengalami masalah sistem iaitu arus letrik atau kuasa akan dipotong apabila sambungan seperti kabel ke monitor atau CPU ditanggalkan, cuma kaedah pada sebuah kereta pula adalah melalui sambungan kuasa bateri,relay dan fuse serta beberapa kaedah lain.

Monday, September 21, 2015

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam  mengawal pergerakan kerosakan komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.

Thursday, June 04, 2015

Bagaimana Air Bercampur dengan Minyak dalam Enjin


Salam dan Selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog tak kira dimana jua anda berada samada di Malaysia mahupun luar Malaysia.Tak lupa juga ucapan awal menjelang Ramadhan Al mubarak kepada semua muslimin dan muslimat!Selamat Berjumpa kembali dalam topik terbaru dalam tahun 2015 ini,semuga apa yang dicoretkan ini dapat memberikan sepenuh manfaat kebaikan untuk kita semua!Insyallah!