Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Bunyi pada brek kereta gear automatik

Pada post kali ini aku nak menyentuh sedikit tentang masalah yang selalu dihadapi pada kereta gear automatik.Masalah yang berpunca dari penjajaran yang terus membawa kepada kerosakan pada sistem brek sesebuah kereta.

Sistem brek sesebuah kereta banyak bergantung kepada sistem minyak brek,dan selalunya ia akan melibatkan angin dalam brek kereta dan brek pad.Ada sesetengah kereta yang memerlukan pembuangan angin dalam sistem brek atau secara praktikalnya melepaskan minyak brek dalam keadaan enjin sedang beroperasi.Terdapat dua masalah pada sistem brek kereta iaitu:-

1.Brek kereta tidak berfungsi dengan baik

Ini dilakukan jika brek tidak berfungsi dengan baik dan jarak brek dari kereta bila berhenti terlalu jauh.Operasinya amat senang iaitu dengan membuka saluran kecil minyak brek pada kebuk brek atau Brake housing dan buangkan minyak sambil brek dipam oleh pengendali yang lain.Ulang operasi ini beberapa kali sehingga brek terasa padat(Ini adalah cara lama)

Tetapi pada masa ini terdapat alat yang digunakan untuk tujuan ini dan hanya seorang pengendali terlibat dalam kerja ini.(lihat gambar)


Kebanyakan masalah ini akan terdapat pada kereta gear manual dan tidak terlalu kerap berlaku pada kereta gear automatik.

2.Brek berbunyi pada kereta automatik

Sistem jajaran atau wheel alignment banyak mempengaruhi bunyi pada sistem brek kereta automatik.Apa yang perlu dilakukan ialah membuat alignment dan balancing tayar untuk memberi ketepatan pada tayar dan seterusnya ialah menukar brek pad kereta supaya bunyi yang sama tidak berulang.

Fenomena ini selalu terjadi pada kereta automatik dan kebiasaannya pengguna kereta hanya membuat penjajaran tayar tanpa menukar brek pad dan bunyi tersebut akan terus ada jika pad tidak ditukar.

Untuk keselamatan dan corak pemanduan terbaik apa yang penting adalah mengekalkan kereta anda dalam keadaan lebih sempurna dari hari sebelumnya.

NOTA PENTING:-

Seringkali selepas menukar brek pad ,terdapat bunyi yang keluar dari roda.Masalah ini pula ada kaitannya dengan pelapik besi yang kadangkala tidak dipasang semula oleh mekanik,jadi sebagai pemandu pastikan anda memberitahu mekanik supaya meletakan semula pelapik besinya jika ada dan pastikan pula anda gunakan brek pad yang original kerana jika yang lain digunakan ketebalan pad tersebut amat diragui dan membuatkan bunyi tak menyenangkan terhasil.

Comments

CikNon said…
Assalamualaikun saya nak bertanya saya pakai suzuki swift, kereta saya setiap kali start enjin akan berbunyi nyaring terutama bila cuaca sejuk. Apa yang rosak ya. Swift guna timing belt ke?
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi nyaring akibat tidak dapat oksigen yang cukup untuk pembakaran,jika pada hose ke air filter terdapat soket sensor,cabut soket tersebut.swift masih gunakan timing belt.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti thermostat dan water pump
Sam said…
First time jumpa blogger yg aktif reply comment2 dlm post yg dah lbh 5 thun. Terbaik lah! 😙
Mekanik Kereta said…
Berinteraksi juga adalah ubat yang paling baik untuk kekal sihat,terimakasih saudara!
Unknown said…
Assalam,persona saya tlh tukar brek pad dpn & belakang.ke empat-empat disc dh skim tp bunyi brek masih ada.semuanya bust di proton service.brg pn ori,kdg2 bunyi eeeekk terlalu kuat mcm piston brek x lepas pn ada.blh tuan pomen bgtau sbbnya. Tq.
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu lakukan bleeding brek keempat2 roda,ada kemungkinan juga minyak brek terlalu kotor,perlu gantikan minyak brek juga
Unknown said…
Bengkel tuan dimana?kalau dekat blh antar.
Unknown said…
Salam tuan.sy pkai persona auto thun 2014.mslhnya skrg pedal brek bla ditekan bunyi creet creet.tp bunyi hnya pda pedal brek shja.wlupn kereta xjln bunyi ttp ada klau pedal d tekan.
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah pedal brek bunyi ni sebab karat atau ketat,boleh minta mekanik sembur WD40 saja ,insyallah ok
Unknown said…
Selamat petang tuan..kreta saya saga flx manual..kenapa ketika reverse akan ada bunyi berdesing @ besi bergesel? Adakah masalah ini serius utk segera dihantar ke bengkel? Tq
Mekanik Kereta said…
selamat petang ,bunyi akan ada jika minyak gear kotor tidak kira auto atau manual minyak gear perlu ditukar
Anonymous said…
Assalamualaikum tuan
Kereta saya alza rim 17inch saiz tayar 205/45/17 masalah tayar hadapan bunyi bergesel...
Brake pad dah tukar setiap 6 bulan bunyi bergesel tetap ada...dah setahun bunyi tak hilang sehinggakan tayar baru tukar pun menjadi bengkak...mohon pencerahan atas masalah yang saya hdapi...terima kaseh
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila tayar besar pastikan spacer digunakan,insyallah ok
Anak Miri said…
Apabila pedal brake Hilux ditekan kuat, kenapa pedal sprti trsa brgegar or keras?
Unknown said…
salam.. saya nak tanya.. saya start enjin kereta dan dekat enjin ada bunyi desing, tapi perlahan. apabila saya ingin memulakan perjalanan, bunyi nya semakin kuat dan apabila saya mencapai 60km/j, bunyi tu hilang. apabila saya break kereta, sekali lagi bunyi desing berlaku sampai kan saya sendiri boleh pekak dengan bunyinya. mohon encik tolong beri penjelasan sebelum saya bawa ke workshop. terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini mungkin bunyi bering samada alternator atau kompressor,boleh dipastikan oleh mekanik
Mekanik Kereta said…
master pump telah bermasalah dan perlu diservis
Unknown said…
Salam...bagaimana cara adjust brake belakang nissan grandlivina....masalah nye lepas tukar brake shoes..handbrake kena tarik tinggi....terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,pada pemegang brake shoe ada adjuster yang boleh digerakkan,minta mekanik selaraskan
Anonymous said…
salam tuan,
permulaannya kereta tetiba terasa bergegar dan lampu abs serta lampu handbrek menyala,

dalam 50 kilometer memandu secara slow sampai ke bengkel, pomen tukar baru abs d batang roda belakang.

masalahnya disini , selepas itu bila membrek terpaksa dipam berulang dan terasa kaki ditolak balik oleh pedal brek .

isuzu trooper 3.1 intercooler turbo
tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,resetkan dulu dengan cabut negatif bateri 10 minit dan pasang semula ,hidupkan enjin 10 minit,jika masih berlaku ,ada kemungkinan mekanikal untuk brek terdapat lagi bahagian yang rosak
Najieha said…
Assalamualaikum.. Saya pakai Kereta proton saga baru.. Saya nak tanya bila saya brek Kereta Ada keluar bunyi macam mana tu ye.. Tekan brek sampai habis pun keluar bunyi jugak... Dan nak Tanya berapa kos nak baiki semua tu ye?
Mekanik Kereta said…
wsalam,rujuk kereta ke servis center ,minta mereka periksa bergesel dalam housing brek pad
Unknown said…
Salam bro mekanik...

Saya ada masalah brek berbunyi gek gek gek. Bunyi tu jadi lepas saya tukar brek pad yang baru. Bunyi x berterusan cuma kadang2 jer tapi kerap berbunyi. Semalam pergi ke woksyop yang buat servis penukaran brek pad dan bos woksyop tukar brek yang baru. Masa proses tukar tu nampak rotor tu macam minyak brek tak sekata pada rotor. Setengah berminyak dan setengah lagi macam tak berminyak. Rotor licin xde calar @ makan tak sama. Apa yang perlu saya lakukan. Saya pakai almera 2015.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti dua2 skru housing caliper kerana ia mencengkam sebelah sahaja dengan kuat dan bukan keduanya,skru telah haus dan mencengkam pada kekuatan tidak sama dan menipiskan pad sebelah sahaja,getah brek piston juga perlu diperiksa dan diservis berkemungkinan bocor dan koyak
S.Q said…
salam tuan.. sy gune kia spectra tahun 2009. boleh minta pendapat tuan klau sy nk menggunakn minyak hitam petronas synthium 800 gred apekah yg sesuai? kereta sy millege bru 80k dan x de leaking langsung pd enjin. bolehkah sy menggunakn minyak synthium 800? atau ade brand lain yg sesuai utk kereta sy? dan gred apakah yg sesuai dgn enjin kereta sy tuan? terima kasih atas pendangan tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh guna syntium 800 gred 10w40 atau boleh juga dengan Mach 5 15w40
Kajangboy said…
As salam tuan. Hyundai i10 saya brek x berapa padu bila tekan pedal brek. Jd kemungkinan sbb angin ye? Berapa anggaran kos ya tuan? Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,buat bleeding master pump dan 4 roda sekali,kos kira2 RM200
HanaKhairi said…
Assalmualaikum tuan saya pakai Alza. Saya baru tukar tayar minggu lepas. Bila saya drive ada bunyi ketik2 sepanjang perjalanan saya. Saya dah cek angin tayar ok jer. Bunyi apa yer?
Mekanik Kereta said…
wsalam,mungkin ada batu2 kecil melekat pada tayar
Unknown said…
Assalamualaikum tuan mekanik.kreta sy vios 2010.2 minggu lepas jam brek blkg.rim panas..bila pgi workshop dia chech caliper jamed brek belah kiri.so dia tukar caliper,brakepad front n back.kos smua ni 500.hrni keta saya rasa berat n bila check dua rim belah depan panas berbnding blkg walaupun jarak pjlnan x sampai 10km.apakah masalah yg biasa berlaku pd brek ni.n minta pendapat dr tuan mekanik
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu buat bleeding minyak untuk kempat2 roda jika tidak minyak tidak bergerak baik dan membuatkan brek melekat seperti pada awalnya
Unknown said…
As salam...sy pakai myvi 1.3.keta tu suda 7thun.sy nak tnya knpa ye kalau sy tekan brek,pedal brek sy brbunyi.pedal brek shja.tp kalau sy brek time driving ok x mslah.tp pedalnya brbunyi.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini biasa terjadi melainkan saudara pakai original brake pad.Boleh cuba servis brek untuk hilangkan habuk dan kotoran pada disc
Unknown said…
salam tuan mekanik, kereta adik saya saga FLX..auto..dah 3 tahun...maslah berkaitan brek berbunyi..Di awal pemanduan waktu pagi.bile brek berbunyi..lps tue.dah jln jauh skit..dah tak bunyi bile brek...lps tue..bile parking lama cthnya tempat keje atau pasaraya..bile bwk di awal pemanduan..brek..mesti berbunyi..lps tue..dah jln jauh..tak bunyi dah..apa masalahnya tuan mekanik?..brek pad kena tukar atau ada mslh kat brek drum?..
Mekanik Kereta said…
wslm,brek pad mungkin habis dan disc juga telah calar,pastikan bila tukar gunakan yang original
Unknown said…
Salam tuan.. saya pengguna kereta viva 1.0 auto.. masalah saya baru2 ni terjadi ialah bila drive dlm kelajuan 60 ke 70km ada bunyi berdengung seolah2 dtg bunyi dri depan.. bila corner ke kanan bunyi makin kuat.. tpi bila saya brek bunyi akan hilang sekejap.. sama jgk kalo saya nk parking masuk gear R bunyi tu dtg lagi. Tpi sekejap saja.. berdasarkan pengalaman tuan apakah punca bunyi itu?
Mekanik Kereta said…
wsalam,bunyi demikian biasanya sebab bering roda ,periksa bering roda dan ganti jika ia benar2 berbunyi dan ketat
Unknown said…
as salam boss, sya pakai kereta hyundai getz, saya baru ja tukar gasket n speed gear mentg,
tadi masa corner kanan, ada bunyi macam tayar pecah, boleh boss bgtahu apa masalah kreta tu?
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa kedudukan mounting yang telah dipasang senmula mungkin ia pecah atau bergesel
Assalamualaikum.taun..sy guna my se 1.3..kenapa ada ketika tu terutamanya waktu pg..sy punya brek bila tekan tu lambat nk makan..
Mekanik Kereta said…
waalakumsalam,minyak naik semula ke master pump,tandanya master pump tak ok,perlu servis dan ganti piston dalam master pump
Unknown said…
Salam. Saya nak tanya kenapa minyak brake saya keluar melalui penutup master pump bila saya menekan brake? Saya baru tukar master pump dalam bulan 7 hari tu. Dan sekarang masalah itu jadi. Bila menekan brake juga rasa seperti kosong dan jauh kebawah. Adakah saya telah ditipu oleh pomen tersebut? Apa masalah yang jadi sebenarnya? Adakah bahaya untuk terus memandu kereta saya kerana minyak brake selalu kurang
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu buat bleeding master pump dan keempat2 roda kerana terdapat angin banyak dalam hose
Unknown said…
Jika sudah bleeding tetap sama juga macam mana tuan?
Unknown said…
Dulu saya pernah buat bleeding keempat2 tayar. Tapi masih sama juga. Tekan pedal brake tetap rasa kosong dan kebawah. Mohon pendapat tuan?
Mekanik Kereta said…
Diharap buat dulu!
Mekanik Kereta said…
kalau bleeding tidak membantu bermakna ada minyak brek bocor terutama pada getah caliper dan piston belakang ,semua keempat2 roda perlu diperiksa teliti kerana getah caliper yang lama akan menyebabkan minyak brek bocor
Unknown said…
Assalamualaikum..sye pkai kete satria 1.5 disc dpan blkng...bru2 ni brake kete sye tbe2 tdak brfungsi dgn normal...bile tkan pedal brake skit demi sdkit mkin jauh kedlm hngge jejak kelntai..mslh ni brlaku bile sye drive setgah jam dn keatas..adakh dsbbkn sye mngunekn mnyk brake dot 4?lgi 1 engin kete trsnggut2 bile sye pam brake smse brhnti..adkh servo dan masterpump yng brmalh? Hrap tuan dpt bgi jwpn mslh kete sye..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,servo dan master pump mesti dibaiki,getah dalamannya telah keras dan tidak mengepam dengan baik
Unknown said…
Assalam dan slamat sejahteran tuan,
Sy ingin bertanya tuan yg arif.. Kereta sy jenis tucson 2010.. Apabila tekan brek secara mengejut dlm keadaan kereta berjalan dgn sgt perlahan.. Terdapat bunyi pada gear dimana dpt dirase jika pgg tombol geal.. Bunyi x kuat ttp boleh dirasai.. Apakah tandanya dan harus sy lakukan..
Sy respek dgn tuan kerana respon secara arif selama bertahun yg lepas.. Sy harap tuan dpt mengubah flatform tuan ini kepada fb.. Tentu ramai yg dpt bertanya dan bertukar pandangan.. Apapon, semoga tuan dirahmati tuhan..
Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika ada gegar .biasanya mounting gearbox pecah.gantikan inshallah tiada gegar lagi
Unknown said…
Salam tuan. Saya guna kereta honda city 2009. Baru2 ni saya ada tukar brake pad utk kedua2 tayar belakang. Tpi lepas tukar tu setiap kali kereta baru nk mula gerak, lepas saya turunkn hand brake mesti ada bunyi 'tum' mcm ada bnda jatuh dkt tayar belakang. Lepastu bila penumpang dkt belakang masuk kereta, mesti ada bunyi "krekk". Sebelum ni tak pernah pulak jdi mcm tu.
Kalau mcm tu sbb apa ye?
Mekanik Kereta said…
wsalam,biasa ini masalah brek pad bukan original,jika original inshallah bukan begini
Unknown said…
Kalau pakai yg bukan original blh bg effect rosak mana2 part ke selain drpd yg bunyi tu?
Mekanik Kereta said…
Pengalaman saya,spesifikasi bukan original ini ada sedikit berbeza samada terlebih ukran atau terkecil jadi bila ia dilekatkan kembali pada brake caliper ia akan samada longgar sedikit atau ketat jadi ada bunyi akan terhasil berbanding yang original,tambahan lagi jika pomen lupa meletakan lapik yang ada pada brake caliper
Unknown said…
Ohh. Blh rosak ke disk brake atau mana2 part lain kalau pakai yg tk original?
Mekanik Kereta said…
Disc brake tak rosak Bang,cuma bunyi aje!
Unknown said…
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. saya pakai kereta hyundai matrix, auto. masalah saya ialah bila saya bawa kereta, akan keluar bunyi yang ngilu dan kuat tapi bila tekan brek,bunyi tu akan hilang. kenapa ya dan apa perlu saya buat. kosnya dalam berapa?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,buat skim disc ,disc mungkin calar dan kesat,kos kira2 rm200
Unknown said…
Assalam tuan..sy pkai honda city 2016..km bru 10k..tp ade bnyi mcm tik tik dlm bonet bila lalu kwasan bonggol..ap mslh tu tuan...
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa jack kereta berkemungkinan tidak pada kedudukannya
Unknown said…
Salam..sama dgn masalah almera sy..nk tny, kalau kereta masih dlm warranty, kalau ade ape2 masalah dgn brek mcm kene tukar brek pad ke x perlu byr kan? Atau x termasuk dlm warranty? Mohon pencerahan..terima kasih.
Mekanik Kereta said…
Salam..sama dgn masalah almera sy..nk tny, kalau kereta masih dlm warranty, kalau ade ape2 masalah dgn brek mcm kene tukar brek pad ke x perlu byr kan? Atau x termasuk dlm warranty? Mohon pencerahan..terima kasih.

Jawapan:-Pada kebiasaannya komponen alatganti perlu dibayar,upah saja yang percuma
Unknown said…
salam..saya nak tau kenapa lampu kereta saya selalu terbakar.padahal baru tukar.lampu brek ketiga pun slalu terbakar.spotlight pun bergilir2 takde..apa sebab ye..kereta saya saga flx auto tahun 2012.terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,terbakar biasanya sebab kurang kuasa dari bateri,periksa kekuatan volt bateri juga kemasukan cas dari alternator,berkemungkinan alternator telah lusuh atau bateri juga yang lusuh sekali dan perlu diganti
keta wura tgh drive ade bunyi mcm besi berlaga kenape ye
Mekanik Kereta said…
Jika bunyi datang dari enjin,periksa minyak hitam ,tambahkan jika kurang dan baiki mana yang bocor
Unknown said…
Salam&salam sejahtera
Kereta saya Saga Flx Auto. Bunyi enjin yg kuat.akan semakin kuat bila bawak keter cecah 100km.mgkin masalah brek. Dah tukar brek pad. Tapi masih bunyi bising . Kenapa yer.
syida_dzawahil88@yahoo.com.my
Mekanik Kereta said…
wsalam,bunyi bering roda
Unknown said…
Assalamualaikum.. Saya memakai kereta Wira 1.5 Auto.. Nak tanye kenape bile tekan break mule-mule ok pastu lame-lame kene tekan hampir ke lantai baru makan? Lepas dah jadi macam ni kene lepaskan break kemudian tekan lagi baru makan.. Lepas tu jadi balik.. Saye perlu melakukan proses ini berulang kali.. T.Kasih
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam perlu ganti master brek pump dan buat semula bleeding angin
Shida Malek said…
assalamualaikum,

sy memandu kereta wira. semasa driving selalu ada bunyi mcam tekan emergency brake. padah tak tekan brake pun. bunyi tu kerap2 kelaur. tak kira jalan lurus ker, corner sket ker. saya tak pasti bunyi tu dari mana sama ada tayar atau pun ada benda2 lain yg bergesel tapi bunyi dia adalah bunyi org tekan emergency brake.. bunyi seretan tu..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ada bergesel pada bahagian brek pad dan disc,perlu periksa
Shida Malek said…
nak bawak kedai tayar atau mechanic kereta ?
susah nak terangkan buntik tu pada mechanic sebb kalau jalan dekat2 bunyi tak keluar. saya drive jauh pegi kerja baru bunyi tu akan keluar. mechanic selalu tak percaya. haishhh
Mekanik Kereta said…
Periksa dikedai tayar.buat alignment dan balancing skali
Unknown said…
Slam...bos bleh tlong chek ke....kereta sya viva 850...lao tngh dvre ni jdi panas kereta jdi slow...itu terjadi apabila sya terasa brek jdi keras....apa kmungkinan mslah dri brek atau apa ni???...plss bntu dlu
Unknown said…
Slam bos..bleh tlong ke....apa masalah kereta jdi slow smasa tngh dvre.....sya gna kerata viva...dan sya teresa brek keras.........
Zah said…
Salam..sya pngguna kreta bezza auto dn bru drive sthn lbh.mslh sya pedal akn bergegar bla tekan brek.harap tuan dpt membntu sya.terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,pada pedal ada skru pengetat pedal ,ketatkan semula dengan elok
rosnasywa said…
Assalam en Arsad, saya memakai proton sage flx automatik 1.3.baru2 ini saya kena masalah tekan pedal brake ada bunyi di pedal brake, saya ke proton sc dan diminta tukar brake pad dan brake drum. tapi lps tukar bila brake semasa nak parking atau di trafik lite, atau semasa jem kat jalan, brek berbunyi nyaring di tayar depan sebelah pemandu. apa yang rosak?mohon bantu saya.
Mekanik Kereta said…
wsalam,biasanya jika alatganti bukan original ataupun pelapik yang sepatutnya ada tidak dipasang brek akan sentiasa ada bunyi bila ditekan,periksa semula samada ada lapik yang tertinggal atau alatgantinya bukan original dari proton
Unknown said…
Assalam tuan...
Sy pkai proton persona auto..mslah yg sy alami break kreta sy ada mngularkn bunyi tak tak tak bila sy tekan break slow cth apabila kereta bergerak kelajuan 20km/j.tapi bila saya memandu laju dan sy tekan break dgn kuat bunyi tu hilang.ia trjadi bila sy bwk slow saja..sy sudah tukar pad break 3kli dlm bulan ni..skim dis pn sy dh buat..sudah kerap sy htr repy tp hnya tahan sekejap sahaja..lepas tu bunyi tu jd balik..apa punca kerosakan ini brlaku?
Mekanik Kereta said…
wslm,brek pad pastikan guna yang ori kerana ia benar2 tepat dari segi ketebalannya manakala bunyi yang hadir bila kereta perlahan selain dari brek pad yang tidak sesuai,ia berpunca dari geseran antara brake housing dan disc akibat dari caliper screw yang sudah lusuh,gantikan caliper screw,in sha allah ok
Unknown said…
Salam... saya pengguna viva elite ( 5 tahun)
Bunyi screeching pada sebelah kanan kereta... bunyi kdg2 hilang..tak pasti sama ada bunyi tu dtg dari tayar atau pun enjin... tp dpt bau minyak pada tayar depan (kanan)..belting suma dah tukar..breakpad pun dah tukar 2 bulan lalu
Mekanik Kereta said…
wslam,jika bau minyak brek ia adalah sebab bocor sedikit pada caliper housing ,buat servis brek ganti getah.Minyak brek akan hilang jika curah air tiada kesan minyak
mohdfaris said…
tuan, kenari auto sy mengeluarkan bunyi bergesel pada bhgn depan pemandu. saya dah tukar break pad dan rotor tetapi bunyi masih ada. bunyi terjadi selepas 10-12minit kereta bergerak, bila tekan brakje, bunyi hilang sementara. apa masalahnya sistem brake sy tuan?
Mekanik Kereta said…
ganti housing brek adalah paling baik,minyak brek tukar dan buat bleeding angin
Amin said…
salam, ford ranger saya ade bunyi benda bergesel pada roda hadapan sebelah kanan, brake dah services..still ade bunyi. pomen cakap mungkin disc ade gelong, saya hantar skimming, and pasang, still ade bunyi lg,bunyi datang dari gear 1 ke 2 je,masuk gear 3 and above terus senyap,kalo drive shaft, mesti ambil corner bergoyang or bunyi, ni x ade langsung.hmmm dah pening nak trouble shoot satu2, minta tolong beri buah fikiran..
belom buat..tukar brake pad and balancing tayar..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa bearing roda jika ia longgar sedikit saja bunyi akan ada pada gear rendah dan hilang pada gear tinggi,bearing tersebut longgar akibat keynutnya telah longgar juga,perlu pam semula dan ganti bearing baru
Unknown said…
Tumpanng tanya kereta saya saga Auto BLM dh 8 tahun ada masalah bila belok sebelah kiri dia akn bergegar dan bunyi macam besi nak jatuh gegege then bila reverse dia mcm bunyi besi kluk juga itu tanda apa ya encik
Mekanik Kereta said…
ini kemungkinan besar masalah absorber mounting,bearing pada mounting sebelah kiri tidak berfungsi lagi ,satu lagi mounting gearbox perlu ditukar ,saya rasa ia telah pecah
Unknown said…
assalamualaikum tuan. kereta saya toyota vios 1.5 AT. masalah kereta saya selalu bila nk memulakan perjalanan ada bunyi mcm besi bergesel sekejap .lama kelamaan hilang bunyi tu. brek pad x haus pun. ap punca dia ye tuan ?tq..
Unknown said…
tq
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,disc brake calar ataupun tidak licin
ismael said…
Salam tuan..saya ada 1 masalah..dimana bila reverse brake dpn mgeluar bunyi ktakkk2 saya dh cuba tukar brake pad dan buat alignment..tp masih sama..apekah punya sebenarnya..
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi akan datang jika kedudukan terganggu pasa caliper,gantikan skru caliper supaya ia lebih mencengkam dan kekal pada kedudukannya,pastikan juga jika drive shaft terlalu lusuh ia mengundang bunyi
Unknown said…
Assalamualaikum.... nk tanya kereta proton saga lama...saya baru tukar alternator ( termo cas ) ngn batery baru... sblm ni p mana2 x ada masalah jauh or dkat... n baru2 ni saya terjun lubang ( nk kata laju tu boleh la ) x sempat nk elak.... lepas terjun lubang tu kereta ada masalah dengan elektrik... semua tak berfungsi... power window , kipas enjin , radio dan lain2...... perjalanan saya balik kira2 2 jam dengan tiada elektrik ( bergantung kt batery je la ) byk kali jgk berhenti takut kereta over heat.... lpas sampai umh ... keesokkan pagi nye... nk start batery memang da kosong ... lepas jumper .... kereta hidup and smua okey...... lepas 2 hari tu saya perasan batery x menyala kt metar ( kadang2 menyala... kadang2 x meyala) alternator plak kadang2 masuk cas kt batery... sbb saya buang waya batery kadang2 enjin mati kadang2 tak.... n sama gk lpas start kadang2 naik gmbar batery kadang2 tak... kalau masa start tgh naik batery saya tkan minyak sehingga terpadam....ap ek masalah dia...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,periksa connection wiring pada bateri dan alternator
Unknown said…
Salam.. Sy guna alza auto.. Ble tekan break akn bunyi mcm angin.. Apa mslh? Klu jln jauhjada mslh x?
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah angin biasanya ada kaitan dengan master pump yang sangat kotor dan minyak jadi kotor,samada tukar master pump atau flush minyak brek dan tukar,sebaiknya jangan jalan jauh kerana dikhuatiri miinyak boleh kurang
Unknown said…
askom..sy nk tumpang tny..kereta myvi sy auto..bile reverse cam de bunyi..pe problem kereta sy ye
Mekanik Kereta said…
wslm,jika bunyi yang berserta gegar ini tanda mounting gearbox ada yang pecah
Mekanik Kereta said…
wslm,wheel disc ada karat,perlu bersihkan ,mungkin juga brake pad hampir tipis
Viva said…
Assalam tuan,

Saya baru lepas tukar tayar dan tukar break pad depan kereta Viva saya pada 14/4/18

Otw balik rmh saya ada bau hangit dan bila sampai rmh sy dapati bau itu datang dari bahagian tayar depan kereta saya.

Rim juga terasa panas terutama sekali pada rim sebelah kiri.

Pada hari kedua saya pandu kereta selepas tukar tayar dan break pad, juga terjadi pekara yang sama iaitu bau hangit dan rim panas terutama sbelah kiri.

Saya jack kereta dan letak pada gear D dan R (Auto) dan cuba pusing tayar sebelah kiri dan kanan, tayar berpusing tetapi agak berat pada sebelah kiri berbanding kanan.

Adakah kemungkinan break kereta saya pada sebelah kiri ni jem? atau memang normal lepas tukar break pad baru akan ada bau hangit dan rim panas.

Mohon pandangan dari tuan.

Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,masalah ini selalu jadi akibat bearing roda yang ketat,selalunya jadi apabila tukar brek pad kerana,pad yang baru masih banyak dan menjadikan bearing roda yang ketat samada kiri dan kanan tidak sekata dan akan berbau hangit serta panas,dapatkan mekanik berdekatan untuk tukar bearing roda segera
kamalkhir88 said…
Assalamualaikum..sy pengguna kereta toyota caldina 2.0 N/A..tuan sy nak tanya sebelum ne kereta sy ada masalah drive shaft..selepas tukar drive shaft dan getah absorber bila tekan brake ada bunyi nyaring disebelah kiri..tapi hanya bila tekan brake sedikit bila tekan kuat bunyi nyaring hilang..sy tukar brake pad original dan dah tukar kesemua bust getah termasuk servis pump brake total overhal brake sistem dan caliper..masih terjadi..mohon pa dangan tuan..kalau boleh minta tuan emailkan pada saya..
kamalkhir88@gmail.com atau whatapps sy 017506588
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,servis brek
hairyboy said…
Assalamualaikum tuan..
Benerapa hari yg lalu sy ada mmbuat alignment kereta dan beberapa minggu kemudian sy menukar break pad dan rotor disc..masalah sekarang yang timbul ialah, kereta membuang ke kiri bila tekan break dlm keadaan laju 70km/jam..
Apakah masalah pada kereta viva sy ini
Terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,bila tukar disc sebaiknya tukar bearing roda juga kerana keadaannya yang telah bertukar
Unknown said…
Mohon bertanye.. Selalunye berape kos jika mgalami masalah ini? Kalau yg ori dri proton..

Email kangsar88@gmail.com
Jamil maidin said…
Break depan selalu jem.. serivs tukar minyak gress 1 hari je ok lepas tu jem.balik
Mekanik Kereta said…
flush semua minyak brek,ada kotoran yang banyak dalam minyak brek,gantikan dengan minyak brek lain setelah semua dibuang
NORSHAHRUL said…
Berkenaan bunyi setiap kali menekan brek ketika reverse pada kereta exora bold 2013 auto saya tadi, bunyi tu seakan bunyi besi bergeser. Sekejap ada, sekejap takde. Terima kasih atas maklumbalas tuan dan saya amat hargai jika tuan dapat emel pada saya.

hartinishah@gmail.com
Mekanik Kereta said…
berdekatan brek ada disc cover,ia mudah bergesel dengan disc jika kedudukannya tidak tepat atau ia telah senget,perlu diperiksa oleh mekanik untuk memastikannya
Unknown said…
Assalam tuan. Nak mohon pandangan. saya menggunakan kereta MYVI 1.3. Ada 2 masalah:

1)kereta akan berbunyi seperti drive shaft rosak (krek..krek) tapi bukan semasa membelok tapi bila menekan brek secara slow & lama (bukan mengejut).

2) Tayar & brek pad selalu makan sebelah bahagian shj.

Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
Wslm,kedua2 masalah kereta ini adalah berkait dengan skru caliper,Saudari perlu tukar kedua2 belah skru caliper brek
Unknown said…
baik, terima kasih.
Unknown said…
Assalmualaikum tuan, Nak mohon pandangan saya menggunakan kereta naza citra, masalah saya setiap kali saya brek akan bunyi kuk kuk di sebelah kanan saya tak pasti sama ada di bahagian enjin atau bahagian tayar.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,periksa mounting gearbox dan enjin,ada kemungkinan ia pecah
Unknown said…
Sam ataya ya gunamyvi Se bila tk brake semsa kerta pelahan d mnglarkn bunyi rendah sept bearing
Unknown said…
Assalamualaikum bos. Sy pki wish thn 2006. Mslh sy adlh brek berbunyi. Dpn belkg break disc dah tukar tp still berbunyi. Allignment n balancing dah buat jgk. Knp break still berbunyi ? Bunyinya agk menyakitkn telinga jgk hihi terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gunakan pad yang ori kerana spesifikasi pad biasa ada beza dalam beberapa milimiter yang menyebabkan ia berbunyi kerana masuk habuk
Unknown said…
Hi..saya guna kereta mitsubishi mirage tahun 2013,.sejak dr free service engine oil,saya terus menggunakan minyak fully synthetic oil sehingga sekarang.Adakah masalah pd enjin saya pd masa akan datang?bolehkah saya menukar minyak enjin kepada semi synthetic atau grade lain selain fully synthetic pd masa akan datang?mohon pencerahan.Terima Kasih
Mekanik Kereta said…
Hi tiada masalah untuk teruskan.Harus diketahui minyak Fully sangat nipis buatannya serta kelikatannya juga rendah dan ia amat sesuai digunakan serasi dengan kereta bawah umur 5 tahun sehingga 10 tahun asalkan mereka kekalkan penggunaanya.Jika ingin tukar akibat banyak leaking pada enjin boleh tukar ke semi synthetic
Bro8589 said…
Assalamualaikum ya habib..saye nk tnye kenapa kete savvy saye brek bebunyik eeetttttt nyaring camtu..sblom tukar pad brek dh bebunyi..lpas tukar pon same gak..
Bro8589 said…
Assalam tuan..maaf lari tajuk.saya nk tkar mnyak gearbox Amt Proton Savvy saye..rata2 suruh pakai jenis 70W/80..ade x alternatif lain selain mnyak dri jenis tu..sbb terlalu mahal bgi kereta yg org dh xnk pakai dh ni..
Mekanik Kereta said…
wslm,tak guna ori ke?biasanya brek pad proton perlu guna yang original kerana spesifikasi jenis lain tidak sama
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh guna EP90 untuk kereta manual jika auto guna Auto Transmission Fluid
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.. Saya baru tukar rotor disc 4x4 dan brakepad untuk toyota caldina zt 4wheel.Masalah saya ialah bunyi berdesing@seakan2 disc tu berlaga dgn sesuatu.Persoalan saya adakah masalah itu disebabkan rotor disc dan brakepad yg baru jadi bunyi tu disebabkan disc tu baru nak makan rata ataupun sebaliknya? Terima kasih byk2 tuan bantu saya.. (:
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi berdesing hadir bila ada ruang tidak rata pada rotor,keadaan rotor juga baru dan masih belum diratakan oleh brek pad jadi bunyi boleh terhasil,gunakan sementara jika ia masaih berterusan berdesing saudara perlu gunakan brek pad yang original
azliza said…
assalam tuan...sy nk minta bantuan. Suami sy pakai kereta nissan almera, masalahnya setiap kali kereta berjalan laju sikit ada bunyi kt bahagian depan. suami ckp dengar kt bahagian tayar depan. Benda ni dh lama, dh pergi bwk service centre nissan beberapa kali, cuma dia org bgtau tayar kena tukar. Masalahnya sekarang tayar dh tukar tp still ada bunyi lg dan makin kerap jgk sekarang. Kadang bila bwk bunyi enjin mcm mengaum mcm bwk guna gear rendah, kereta sy auto. Mohon penjelasan tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,saya rasa ini bunyi belting bahagian luar serta tensioner,periksa dan tukar belting serta tensioner
Najib azmi said…
As salam.. Sy nk bertanya.. Sy pakai lvina 1.8..masalahnye minyak selalu kering smpi 2 liter.. Dh check leaking xde.. N time bawak laju follow blkg pn xde asap lgsg kuar. Nape ek?
Mekanik Kereta said…
wslm,bila kering ini tanda seal dalam kebuk silinder telah haus,top overhaul perlu untuk menggantikan komponen top set yang haus
andy said…
salam sodara, sy nak bertanya, sy pakai myvi 1.3ez. problem krete saye ni lain sikit, asal tekan break je bunyi besi bergesel kuat dan steering saye bergegar dab klu sye tekan break rase gegaran, klu putar steering kita break pun bunyi besi bergesel tu ada kuat, sdh tukar break pad, lower arm, stablelizer link, break disc, caliper tpi bunyi tu masih lgi ade.. sye minta tolong sgt dgn tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan brek pad original dan tukarkan bering roda kerana keadaan bering pada rumahnya tidak kukuh
Ron said…
Salam bosku, sy baru tukar rotor disc sebelah driver dan sekali brakepad, masalahnya masi ada bunyi halus ketika pijak brek perlahan.. Pijak kuat/dalam tiada bunyi pula.. Besi pad smua ada pasang. Boleh bantu tuan?? Trima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,ada bergesel antara brek pad dan bulatam pada rotor disc semak semula dengan teliti
SITI FARAH said…
Salam. Mohon pandangan atas masalah kereta saya (MYVI 1.5):
1. Bila membrake rasa seperti liat dan perlu menekan hingga ke lantai.
2. Bila lepaskan brek, dengar bunyi angin. Mula2 sy ingat ada anak kucing.
3. Masa tekan brake rasa seperti sedikit begegar pada tayar dan ada bunyi yg keras.
4. Semasa engin sejuk(pagi) bila gear D ada bunyi seperti kipas/ekzos. jika tukar pada N bunyi tersebut hilang.
5. Selepas isi minyak brake seminggu lepas lampu amaran handbrake menyala semula. Bila check minyak brake bekurang lagi.

Saya pernah ke bengkel dan katanya ABS bocor. sudah tukar ABS masalah masih sama. Minggu lepas ke bengkel perodua, mereka bagitahu ABS problem lagi. Katanya dimasuki wap. Bolehkah jadi macamtu?
Mekanik Kereta said…
wslm,master brake pump perlu tukar kerana ia ada masalah kebocoran angin mampat dalam kebuknya
SITI FARAH said…
Tkasih kerana reply. Berapa biasanya kos menukar master brake pump? Pagi tadi sy tgk dilantai ada kesan minyak (di bahagian tayar kereta depan sebelah penumpang). Apa kemungkinan yang bocor? Baru petang semalam saya tambah minyak brek pagi ni dh menyala balik lampu handbrake tu.
Mekanik Kereta said…
Jika ada bocor demikian ia bukan master pump yang bermasalah,kalau lampu handbrek nyala,itu tanda bocor minyak brek pada roda belakang iaitu pada piston brek belakang tetapi jika didepan ia adalah kebocoran minyak brek juga pada brek caliper depan,jika terdapat bocor pedal akan terperosok jauh bila ditekan,kos baiki dan tukar brek piston serta hose caliper sekitar rm300 sahaja
Unknown said…
Salam encik, saya pakai honda civic 2008,setiap kali nak berhenti cthnya nak berhenti kat trafic lite, nak keluar simpang atau nak parking,bila tekan brek je keluar bunyi..and bila lepas brek pun bunyi jugak. Kalau tekan brek masa bejalan takde pulak bunyi. Saya baru je tukar brek pad, skim disc dan servis brek pump. Apa masalah kreta saya ye? Harap boleh bantu.
Mekanik Kereta said…
wslm,saudara cari brek pad original honda dan tukarkan semula pad tersebut,in sha allah tiada bunyi
imma said…
salam encik.saya ima. sy pakai myvi 1.3 auto 2013. masalah kereta saya berbunyi nyaring setiap kali brek. saya baru tukar brake pad dan brake disc pada hujung bln 1. mula-mula tukar bunyi sudah tiada. tapi 2 hari lepas itu asyik bunyi sahaja. jadi apa masalahnya. harap encik boleh bantu
Mekanik Kereta said…
wslm,saudara imma perlu ingat setiap kali tukar brek pad,gantikan dengan barang original terutamanya untuk kereta malaysia kerana barangan asli adalah diperbuat sedemikian rupa untuk semua kereta malaysai
zaki said…
Assalam tuan,

mohon bertanya
saya tukar brake rotor dan brake pad baru tetapi apabila reverse saya tekan brake akan keluar bunyi "tak,tak"??
alat ganti yang saya gunakan semuanya ori
kereta saya toyota hilux 2.4vnt.
Mekanik Kereta said…
wslm,skru pada rotor tidak dikunci elok dan skru tersebut perlu ditukar
Unknown said…
nk tnya,viva 850,da tukar brake pad,piring disk, tp bila tekan brake(slow2)ade bunyi sgt kuat...ttapi jika brake mengejut xde bunyi...apa masalah tuu...
Mekanik Kereta said…
Tukarkan skru caliper 2 batang untuk kiri dan kanan,pastikan karat dalamnya juga dibersihkan jika banyak
Moshidi johan said…
Salam tuan....kereta sya tekan brek x ada bnyi...bila lpas brek kluar bunyi..knapa ya tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,ada karat pada caliper
Unknown said…
saya pakai kereta viva manual,
1)tayar belah kanan bau hangit..biasa repair berapa rm?
2)liking pada oil seal di timing belt,berapa rm?
3)ekzos buyi bila mengundur ke belakang..tu kenapa ye?
ayu said…
Salam..saya pakai kereta viva 1.0auto..sy dapati kereta ade mengeluarkn bunyi ketika break..break pad baru je tukar tapi bunyi still ade ketika break..adakah ade masalah lain yg timbul di system break??jika ade kerosakan berapakah kos nye? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
1.sekitar rm50
2.jika timing belt masih elok hanya ganti 2 oil seal atas dan bawah kosnya sekitar rm150
3.ekzos digantung menggunakan getah penggantung keras dan jika ia lusuh dan melayut bunyi akan sentiasa ada jika terdapat gegaran
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan brek pad original dari Perodua dan jika masih ada bunyi minta mekanik bersihkan disc pad dan gantikan sku caliper pada brek,in sha allah ok
Unknown said…
Assalamualaikum, nak tanya. Saya pakai kereta Perodua Kenari. Kereta saya mengeluarkan bunyi eee bila menekan brek dan bunyi yang sama jika saya membelok ke kanan. kalau tekan minyak lebih dari 80 km/h pon kereta jd bergegar. Kenapa ya n apa perlu sy buat?

Boleh tak en emailkan jawapan ke emel sy norainamohdjai@gmail.com
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,bunyi dan gegar ada kaitan dengan brek pad serta bearing roda yang goncang juga skru caliper yang karat,perlu dibaiki
Hai. masalah kami ialah, apabila menuruni bukit yg berselekoh, kereta tiba2 berbunyi tetapi tak pasti, darimana punca bunyi tersebut terjadi. apakah cara untuk mengatasinya?
hi, saya pengguna kereta auto ttpi bkn sy yg pandu, bapa saya hehehehe. masalah kami ialah apabila menuruni bukit yg berselekoh, tiba2 kereta kami berbunyi tapi tidak pasti darimana punca bunyi tersebut berlaku. mcmna nak atasi masalah itu?
Mekanik Kereta said…
jika menuruni bukit curam ,brek banyak digunakan akibatnya ia akan berbunyi jika brek pad telah nipis dan juga kotor pada disk,servis brek dan tukarkan brek pad ,in sha allah ok
Mie said…
Assalamualaikum...sy pakai viva auto..sbb pe stiap kali tukar gear parking ke reverse akan berbunyi duk dan terasa ketat nk masuk gear tersebut
Mekanik Kereta said…
hi,turun bukit brek akan digunakan dengan kerap akibatnya jika brek pad telah nipis bunyi besi pad bergesel dengan disk akan keluarkan bunyi,jika diganti brek pad baru bunyi akan tiada lagi
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ganti minyak gear dan autofilter,ganti juga speed sensor,in sha allah ok
Unknown said…
nak tanya apa masalah bila brake panas berbunyi kalau sejuk xda plak bunyi....dah ganti barake pad baru,balancing tayar,aligment dan buang angin.bunyi sebelah kanan.kreta myyi 1.3 auto
Mekanik Kereta said…
brek hanya akan berbunyi bila disk tidak licin perlu skim dan juga terdapat kotoran dicelahnya ,bila panas saja berbunyi bermakna ada masalah pada disk perlu skim kan ia
kamal fitri said…
Salam tuan,saya pakai persona 1.6 auto,masalah saya tayar sebelah tayar ada keluarkan bunyi pelik selepas membelok,tapi bila tekan brek bunyi tu hilang,bila lepaskan brek bunyi tu ada balik?
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah bearing roda longgar ,gantikan bering roda,insha allah ok
Nizam said…
Salam. Saya guna kereta myvi, bila nak jalan rasa berat sikit. Lepas tu bila brake awal takpe cuma bila dah dekat nak berhenti tu jadi berbunyi. Kenapa ye?
Mekanik Kereta said…
wslm,lakukan servis brek,kemungkinan besar brek melekat akibat kotoran banyak pada piston brek
Wan said…
Sy nk bertanya wira saya apabila reverse dia mengeluarkan bunyi di sebelah kiri dan apabila berjalan ke hadapan kadang2 bunyi kadang2 x
Mekanik Kereta said…
sebelah kiri pemandu adalah gearbox bermakna gearbox mounting berkemungkinan besar telah pecah,perlu ditukar
Unknown said…
salam.. sya nak tanya.. sya pakai kereta waja auto.. bila tekan brek,pedal brek bergetar dan bunyi seperti getaran,dan lampu brek tangan akan menyala.. boleh tlong bgi pencerahan knpa...
Mekanik Kereta said…
wslm brek pedal ada skru pengetat,ketatkan skru tersebut jika longgar getaran lebih terasa. Lampu brek tangan ada suis dibawahnya jika ditarik suis tersebut akan menyalakan lampu indikator pada panel meter,suis tersebut juga perlu ditukar
Unknown said…
saya nak tanya , saya pakai valkswagen passat then mase nak gerakkn kereta bunyi berdesing , kenapa ya ?
Mekanik Kereta said…
periksa laluan hose udara dibahagian throttle ,ada kemungkinan klip longgar atau tidak ketat dan angin dari luar masuk akibatnya bunyi terhasil
ITinteligent said…
salam,sy guna saga auto,bila sy tekan brake dengan kuat,ia berbunyi seperti knuck2 dengan rentak yang cepat,tekan slow tidak berbunyi,apa mslh nya ya terima kasih
ITinteligent said…
bila saya tekan brake dia berbunyi mcm knuck3 dgn rythm yg cepat,kalau tekan slow tak bunyi,apa mslhnya
Mekanik Kereta said…
wslm,disk calar atau tidak licin,buat skim disk,inshaallah ok bunyi hilang
Mekanik Kereta said…
skim disk brek
Unknown said…
Keteta preve saya bunyi jgak masa mula nak jln bunyi ....
Unknown said…
Tumpang tnya .. kereta saga fl 1.6 (A) .. masalah bunyi bahagian hadapan bila langgar jalan x rata dan bumping .. sy dah ganti lower arm,absorber dpn blkg,stabilizer link,stabilizer bar bush,tie tod end,rack end .. tapi bunyi ada berkurang sikit tapi msih ada .. sbab apa ya?
Mekanik Kereta said…
periksa spring dan kedudukannya serta mounting absorber jika tak diganti ,bunyi tetap ada
Fatin said…
Boleh tahu tak macam mana rupa pelapik besi brake pad tu..ada gambar tak..sy pakai viva 850..baru2 ni pegi tukar brake pad..pomen ckp sebelah tak de pelapik besi tu..mmg ada bunyi bergesel masa belok..dia ckp yg tu tak da jual ..kna cari kt kedai halfcut ..betul ke?kalau ada gmbr sngt lah membantu sbb sy tak tau mcm mna rupa dia..jd susah sy nk cari
Mekanik Kereta said…
Benar memang tiada jual dikedai alat ganti,perlu cari dikedai halfcut,dikedai halfcut pula mereka tak jual pelapik saja mereka jual brek caliper iaitu satu set beserta dengan pad dan pelapik tersebut,google Brake caliper viva,in sha allah jupa gambarnya
Unknown said…
aaya nak tanya saya pakai kereta auto
semasa tekan break tuk memperlahankan kenderaan ada bunyi macam ketukan tuktuk tuk
bunyi mengikut kelajuan kereta kalau laju ketukan dia bunyi laju kalau slow setukan slow lah ketukan dia bukan bunyi yg slow tuk tuk tuk dia
boleh konsi tak pe masalah dia
Mekanik Kereta said…
kedua2 skru caliper perlu ditukar,karat dan keras menyebabkan brek caliper tegang bila brek,akibatnya hantukan pada caliper dan objek berdekatannya berlaku
Amalina said…
hi..saya nak tanya...kereta myvi belum sampai setahun...tekan gear mcm ade bunyi bergegar kat padel tu..tu masalah balancing jgk ke?
Unknown said…
Hi, saya guna kereta viva 1.0 auto.. saya nk tanya kenapa enjin kereta mati bila saya break? Apa yang perlu saya tukar ye? Berapa agaknya kos penukaran parts?
Mekanik Kereta said…
Hi bila kereta dibrek yang pastinya enjin perlu kuat untuk idle jadi yang terjadi ialah semua actuator pada hose vakum mesti berfungsi untuk dapatkan idle yang elok terutamanya hose dari brake pump ke cover silinder head,di hose tersebut ada actuator yang perlu ditukar,gantikan actuator valve hose tersebut kosnya sekitar rm100
Mekanik Kereta said…
jika gegar kuat ia tanda keadaan disk roda yang juga bergetar jadi perlu periksa kedua2 keadaan roda dan biasanya ia melibatkan bering roda depan yang longgar dan perlu dibaiki supaya keseimbangannya kukuh dan tidak menggegarkan cengkaman brake caliper,ia bukan masalah balancing
Unknown said…
saya guna kereta viva auto 1.0 kalau berjalan lurus kdg kereta ada keluar bunyi, tp bila tekan brek bunyi hilang. dtg bawa pgi perodua drg kata caliper pin. dah tukar tp bunyi masih ada lagi. saya cek getah dkt caliper koyak sbb pomen sblm ni salah bg masuk caliper pin. getah tu sbb terhasilnya bunyi tadi ke?
Mekanik Kereta said…
benar ini kerana getah tersebut jika koyak ia tanda keadaannya tidak kukuh dalam piston jadi ia mudah goyang apbila tiada tekanan dan apabila brek ditekan ia kukuh semula dan bunyi hilang,perlu buat servis brek dan tukar getah yang koyak tersebut
Eddie perak said…
Salam tuan...
Sy pengguna toyota vios thn 2014
Masaalah kete sy,ada bunyi ketaaang³ dibahagian tayar kiri bila kereta baru mula bergerak..tp hya sementara..bila dh laju bunyi tu hilang...2.3 bengkel sy pegi masih xdpt jln penyelesaian..bunyi seakan² besi berlaga dgn disc..tlng la tuan bg pencerahan..
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi tersebut biasanya datang dari disc brake dimana hujung brake caliper ada sentuhan dengan disc tetapi sedikit ,memang agak sukar untuk lihat degan mata kasar,hujung tersebut perlu diasah atau canai sedikit supaya ia tidak bersentuhan dengan disc bila mula gerak,bunyi tersebut ada cuma bila laju ia jadi senyap kerana ia amat sedikit sentuhannya
Unknown said…
Periksa paiping.
Mungkin getah bush sudah mati..
Ciksiti said…
Salam saya nk tanya tuan. Kereta saya lama tak bergerak sejak pkp 3bulan.cuma panaskan enjin sahaja. Bila saya bawak kereta, dan tekan pedal brek. Saya mendapati, brek saya berbunyi(seakan perlu tekan rapat untuk brek) masalah apakah ye tuan?

Popular Posts