Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Kereta kancil yang tersenggut-senggut

Kerosakan yang terdapat pada kereta kancil memang agak banyak,tetapi dalam post kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan kereta kancil yang tersenggut-senggut bila dalam keadaan menaiki bukit ataupun jalan yang tidak mendatar.

Walaupun pengeluaran kereta kancil telah diberhentikan oleh Perodua dan sekarang diganti dengan Viva tapi masih ramai diantara kita masih memiliki kereta ini.



Kerosakan ini akan berlaku bila kita mendaki bukit ataupun jalan yang tidak landai dan sedikit berbukit.Kereta kancil berkeadaan tersenggut-senggut dan bunyi enjin yang seakan-akan ingin berhenti.Bila kita mengalami masalah ini dan kita terus menekan minyak dikhuatiri kereta kancil tersebut akan mengalami 'overflow'(minyak yang dipam keenjin terlalu banyak)dan kenderaan ini akan berhenti dengan sendirinya.

Seperti yang kita ketahui kereta kancil memang menggunakan karburator untuk sistem minyak dan angin,jadi keadaan 'overflow' ini lebih menyukarkan untuk dihidupkan jika berada dalam cuaca yang agak dingin atau hujan.

Kebanyakan pengguna dan mekanik juga akan terfikir untuk menukar spark plug(palam pencucuh) dan menukar kabel plug tetapi berdasarkan pengalaman aku selama berkecimpung dalam bidang automotif ini,kerosakan tersebut bukan berpunca daripada sistem api .Ia sebenarnya berpunca daripada fuel filter (penapis minyak petrol) yang telah kotor dan tersumbat seterusnya mengganggu perjalanan api dalam enjin.Untuk itu penapis minyak tersebut mestilah ditukar.Untuk pengetahuan penapis minyak tersebut berada dikedudukan dibawah kereta sebelah kiri penumpang belakang, boleh tukarkannya sendiri ataupun hantar ke mekanik untuk ditukarkan.Kos penapis minyak tersebut ialah sekitar rm20 ke bawah.

Untuk menyenangkan lagi supaya tidak terganggu perjalanan semasa pemanduan ialah dengan menukarny fuel filter tersebut  setiap kali membuat servis kereta dan pastikan anda atau mekanik menukar penapis angin (air filter) juga untuk lebih kelancaran enjin.

penapis minyak petrol (fuel filter)

RALAT: Flywheel oil seal yang bocor akan menitiskan minyak enjin dan bukannya minyak gear seperti yang tertulis dalam komen2 dibawah,HARAP MAKLUM.

Comments

Unknown said…
Assalam..sy memiliki kancil 850 auto 3 speed..dan baru tukar blok enjin 1000c(sbb enjin lama dh condem) dan gearbox 4 speed dan masih guna head 850cc n karburator..condition enjin baru setakat ni sngt baik..masalahnya skrg,kereta susah nk start..kdng2 3-5minit try start..kdg2 skali start dh boleh.. dan bila start rpm tinggi iaitu hampir 2500rpm..bila pasang aircond jd lbh kurang 2000rpm,bila masuk gear rpm terus kurang jd 1500,tp bila free gear rpm naik balik ke 2000 lbh..kadang2 enjin mati bila bergerak..disebabkn rpm tinggi bila masuk gear terus menyentap n bergerak;kena tekan brek dahulu..sy dh tanya foreman tentang mslh ni,dia ckp 'karburator x cantik,kena tukar karburator baru'..sy baru habiskn duit tukar enjin n gear box baru hampir rm2700..mcm2 dh kena tukar..jd minta tlng jasa baik cikgu tolong selesaikan mslh saya ni..
Mekanik Kereta said…
@Mohd Sohaimi Abdul Samadw/salam,servis karburator dan tuning ,biasanya sekitar rm100
Unknown said…
Assalamualaikum bos.. nak tanya ni.. saya pengguna kancil 660.. masalahnya kereta saya tu bila lepas perjalanan jauh.. bila berhenti memgisi minyak.. apabila minyak penuh di isi.. nak start tu tersangkut sangkut.. kenapa ye.. contact point baru lagi.. battry pun masih baru.. adakah disebabkan fuel filter..?
Mekanik Kereta said…
@Azlan Hytw/.salam,contact point perlu ditukar dan adjust semula insyallah ok
Unknown said…
Salam kawan. Saya pakai kancil 850. Balik dari kampung haritu saya ada henjut kereta sy 100km-130km/j. Lepas sehari balik dari kampung, dia mula buat hal. Biasa xmcm ni. Dia mula tersengguk2. Rpm pun xtentu. Kdg2 rendah kdg2 tinggi. Paling tinggi dia naik 2.6. Apa perlu sy buat!?
Mekanik Kereta said…
@Taufiq Zulkifliw/salam kawan,throttle body jadi terlalu hitam dan banyak karbon,oleh itu ia perlu diservis dan repair kit perlu digunakan supaya idling jadi stabil.servis throttle body insyallah ok
Unknown said…
Cikgu..kalau kancil 850 manual boleh guna cara nie gak eh?
Mekanik Kereta said…
@izlan mdBoleh,salah satu cara penjimatan adalah mengurangkan panas enjin
Fathini said…
Assalamualaikum sy guna kereta kancil auto dgn enjin kelisa.. Kereta sy kebelakangan ini asyik tersedut dan meter rtm naik turun kemudian mati mengejut.. Sy tatau apa masalahnya.. Sy dh cek filter dgn throttle body.. Smua oke.. Sy kurang arif hal kereta.. Boleh encik bg keterangan dgn solusi tak.?
Mekanik Kereta said…
@Fathiniw/salam,perlu servis throttle body tu,minta mekanik tukar stepper motor dan gunakan repair kit gantikan mana2 gerigi yang rosak dalam throttle body
Unknown said…
Assalamualaikum guru. Saya menggunakan wira 1.5 manual tahun 1995 sedan carburetor.
Masalahnua minyak pertrol telalu kuat. Saya dah hantar bengkel. Katanya tiada apa apa yg rosak pada carburetor kerana tiada limpahan minyak petrol. Tetapi minyak makan terlalu kuat dan agak luar biasa. Dan kereta saya mengalami asap putih yg terlalu tebal keluar di ekzos. Saya tahu itu adalah berpunca dari oilseal valve yg bocor dan memang minyak hitam saya cepat kerin . Tapi adakah ia bersangkut paut dengan masalah minyak petrol?
Mekanik Kereta said…
@Najim Razakw/salam.asap tebal putih tanda kereta tersebut terlampau banyak karbon dalam head,apa yang saudara perlu lakukan ialah buat top overhaul dan sekaligus masalah minyak kering,petrol banyak dan prestasi menurun semuanya akan diselesaikan.
Unknown said…
salam bang..kete sy charade deto..baru2 ni sy tukar fuel pump sbb kete xnk idup dan kete dah ok..tp bila sy bawak dlm 90 ke 100 semase membelok,kete mcm nk mati..kalo naik bukit pun mcm tu..nape ye bang?dan kee sy ade bunyi bdesing kt tangki..dan rpm jadi x stabil,tlampau rendah..
Mekanik Kereta said…
@Atifah Mazrah Shaharuddinw/salam,periksa semula di kedai tersebut ,saya rasa ada wiring atau soket yang tersentuh body semasa membelok ataupun pemasangan tak kemas.
farah said…
Assalam. Saya pengguna mira(auto) enjin dah tukar. Saya pelajar perempuan dah tidak begitu arif tentang kereta dan berharap bantuan dr anda.
1) kereta saya mengeluarkan asap putih yg semasa mula start dan bertambah banyak bila saya start drive. Bila saya berhenti di traffic light, asap yg keluar pun terlalu banyak dan menghasilkan bau seperti terbakar. Apa yg perlu saya buat?
2) bila saya memandu, saya tekan minyak untk pecut/laju enjin saya berbunyi..
Harap ada yg membantu. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
@farahw/salam,kereta saudari perlu menjalani overhaul untuk tukar engine bearing yang dah berbunyi dan haus.Asap putih tebal menandakan kerosakan tersebut.
Unknown said…
Asalam. saya ada kancil 660 yang lama parking dan tak dihidupkan selama 4 tahun. hari ini saya nak hidupkan enjin tapi tidak pandai hidup..asyik start je. saya dapati minyak petrol keluar dari air cleaner semasa start kunci. apa yang perlu dilakukan dan adakah part lain juga perlu diganti sebab enjin lama tidak dihidupkan. mohon bantuan
Mekanik Kereta said…
@mohd shahw/salam,bila lama tak dihidupkan minyak akan lambat naik jadi bila enjin mula di start banyak kali minyak akan berkumpul sehingga memenuhi air filter kerana tiada api.Oleh itu saudara perlu tukar plug duluj,tukar contact point supaya api ada.
Minyak yang naik tu perlu dibersihkan kerana karburator telah dipenuhi minyak,kalau boleh biarkan dulu sementara .tukar plug,contact point kmdian start semula.
Unknown said…
Assalamualaikum.....SAYA Ada Sedikit masalah Dengan kancil 660 auto saya, enjin kereta saya selalu mati time pagi2 dan kadang2 tak boleh dihidupkan,ianya berlaku HANYA PADA WAKTU PAGI,apakah solution terbaik untuk masalah ini,help me sifu...terima kasih banyak2
Mekanik Kereta said…
@nasron sharudinwslm,kalau boleh tukar contact point,plug.servis karb dan pastikan hose diaphragm berdekatan distributor tu tak bocor serta tukar fuel filter dekat tangki
zamstelo said…
assalam ingin bertanya kancil manual 660 telah tukar giarbox auto masalahnya minyak kuat pikap takda.
Mekanik Kereta said…
@zamstelowslm penggunaan minyak sebenarnya akan bertambah selari dengan pikap yang kurang,jadi untuk menambahkan pikap setelah pertambahan beban menggunakan gearbox auto ialah dengan menukar sistem distributor kepada sistem elektronik dan tak perlu gunakan contact point lagi.Ini biasa kerana kancil 660 memang direka untuk gear manual,juga perlu tambahkan wayar negatif body untuk mengurangkan kepanasan enjin sebab gear auto.
Salam tuan..sy pengguna kancil 850, baru2 ni sy top overhaul enjin, piston ring, conrod bearing,gasket semua ganti..sebelum ni, mslh 850 sy ni overflow minyak sampai kat cleaner, tapi dh overhaul ni sy perasan ada wap keluar kat tempat check minyak enjin la pula...apa masalah enjin sy ni...dh 3 kali ganti piston ring..masalah tetap sama...

Contact point 850 elektronik ke?
Mekanik Kereta said…
@huzaifah ibn aminuddinwslm,wap kluar tu takpe mungkin mereka cuci piston dengan minyak disel.Sbnrnya bila minyak naik ke cleaner,top overhaul saja yang terlibat iaitu,valve dan valve sel perlu ditukar dan head juga perlu dibersihkan dan valve juga perlu digrind serta kepastian valve tak bocor minyak bila digrind,selagi minyak ada yang bocor,apa pon buat minyak itam akan terus naik ke cleaner,saudara perlu cari mekanik yang lebih arif.
wan said…
Salam,sy guna kancil 850 thn 2006.dr guna smp sekarang xde problem hingga hujung thn 2014 fan motor problem,kereta jd overheat,lepas tukar dlm sebulan pakai tu OK pastu enjin stat jd semput2 .timing naik maintain DLM 3000 rpm,adjust distributor pada low setting Br trn Ke 2000 rpm.kenapa boleh jadi mcm tu.
2.bila buka aircon suis level kat dashboard tu kadang2 boleh ditek kadang2 x.adakah suis tu problem
3.bila aircon buka ada something bunyi drcompressor seolah2 compress on off,
Adakah compressor problem.
4:ada liking area oil sump,klau Nak tukar gasket oil sump perlu Ke turun enjoin
Terima kasih
Mekanik Kereta said…
@wanwslm kereta saudara perlu buat top overhaul ,tukar head gasket kerana kepanasan enjin yang meningkat akan membuatkan RPM naik dan turun seterusnya aircond suis tak boleh dikawal dan sentiasa cut off dan on kerana RPM yang tak stabil.

2.Tukar gasket oil sump tak perlu turun enjin
Unknown said…
Ada bengkel sendiri ke??
Anak felda said…
salam nk Tanya kancil ex850 sy naik 2 hari dah kena tambah air lepas tu dia kuat berasap....solution dia mcm mne yer?
Mekanik Kereta said…
@Cik Azilawslm,servis radiator dan tukar thermostat
Unknown said…
bro..bro ade workshop?
Mekanik Kereta said…
takdo dah
Unknown said…
Assalamualaikum,
saya nak tanya skit...
saya beli kereta kancil 660 baru-baru ini...second hand...
tapi masalahnya clutch ringan, enjin cepat mati. tak boleh nak angkat cepat, lambat gerak. berbeza dengan kancil 660 kepunyaan kakak saya yang saya guna sebelum ini.
apa yang saya perlu buat? nak tahu juga apa yang perlu tukar? biasanya kos banyak mana? biasanya orang yang tak tahu tentang kereta ni senang2 je kena tipu harga dengan mekanik. Harap saudara dapat membantu saya...
Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
@ai miwslm,minta mekanik adjust kabel klac supaya ia sedap digunakan ,tak perlu tukar apa2
sweetheartz said…
Salam.. sy ada kancil 660.. tahun xpasti pulak..
1. keta tersengguk2 bila masok gear 4 @ 5. Knape ye?
2. Lampu reverse sentiasa menyala sekiranya enjin dihidupkan..
pada pendapat saudara, apa yg perlu sy buat yer?
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin tak berapa kuat,tukar contact point,plug dan air filter,reverse switch juga perlu ditukar
Unknown said…
Salam... sy nak nak tahu kalau nak tukar timing belt kancil 660 kena turunkan enjin ke... maaf bertanya sebab baru beli kereta 2ndhand...
Mekanik Kereta said…
wslm,selain dari tukar enjin dan klac plate,tak perlu turun enjin
senyuman pagi said…
salam cikgu...saya guna kancil 66o manual 2oo3...masalah dia skng tgh jalan tiba2 mati.... kena jerking baru hidup...napa ek????kadang2 ja jd...sebelum mati xhidup terus.....saya nak taujugk apa masalahnya.....
Mekanik Kereta said…
@senyuman pagiwslm,tukar contact point dan plug insyallah ok
Mekanik Kereta said…
@mustafa al-bakri tun mohd muaazamwslm,exhaust sensor (O2) ada problem,perlu tukar sensor tersebut
Unknown said…
Salam saudara. Sy nk tanya. Sy ada kancil 660 tahun 2000. Bila berjalan jauh. Minyak hitam akan kering dan ekzos berasap putih. Tapi minyak hitam sy tk bocor. Mcm mne boleh jdi mcm tu?
Mekanik Kereta said…
@nas modwslm,bila asap putih,piston ring dah haus ,kereta ini perlu dioverhaul,ganti piston ring dan engine bearing
Unknown said…
Slm en..sy guna kancil 850 mslh dia bila tukar gear 5 dia akan tersengut2.. Bila naik bukit enjin akan mati..apa mslh dia ye?.adakah kena mgena dgn gear box
Mekanik Kereta said…
@Zai Nurawslm,gear 5 ni untuk jalan rata jadi naik bukit ,kekuatannya sedikit menurun,drive shaft dalam kancil yang ke gearbox mesti berkeadaan baik untuk dapatkan daya pendakian ketika gear tinggi ,tukar drive shaft kiri dan kanan juga minyak gear.Kalau problem gearbox,gear 5 pun terus tak boleh masuk
Unknown said…
En..jln rata pun lau msuk gear 5 dia akan tersengut2 juga..dh 3 bgkel cina sy antar p still xthu pe problem dia..mahal x en drive shaft tu
Mekanik Kereta said…
@Zai Nuraini enjin yg tak kuat,cuba tukar fuel filter dulu kosnya rm50 dan tukar kabel plug sekali kosnya juga rm50,kalau tak ok maknanya drive shaft memang dah longgar ,kos drive shaft rm200 sebelah
apis said…
Asalamualaikum tuan..
Saya pengguna kancil manual 850 thn 2005.. asaya ada masalah dengan kereta tersemput semput bila bwa keadaan slow rpm 3k. Bila lju ok tiada semput.. pernah satu hari saya bwk 120km/j tba tiba enjin mahu mati.. rpm jd xbtul. Enjin berjlan seperti 2silinder. Saya matikan enjin dan biarkn skejap.. saya start balik enjin ok blik.. sya terus memandu keadaan jd seperti biasa. Semput masih ada lg. Pernah juga dalam keadaan tgh memandu. Saya mahu tukarkan gear dari 3 ke 2 enjin jd mati, saya main kan minyak(tekan padel minyak) enjin mti. Bila start blik enjin ok dan boleh jalan. Untuk pengetahuaan tuan kreta saya bru lepas overhall. Conrod,cluth,kit overhall,fuel filter, dan air filter ,ssemua saya sdh tukar. Cuma olug dan kabel plug belum tukar. Saya overhall enjin disebabkan enjin mati dalam air. Air penuh dalam kaberator, air masuk dalam enjin. Saya start enjin compresion menyebabkn conrod bengkok tiga2. Dan itu sebab saya overhall.
Mekanik Kereta said…
@apiswslm,semput ni kaitannya adalah pada karburator atau throttle body,jika idling pada 3000 ini dikatakan sangat tinggi perlu diselaraskan apabila karburator atau throttle body telah diservis,kemudian distributor perlu dipusingkan supaya idling menjadi rendah apabila ia stabil RPM pada 1000 atau 900 ,plug juga akan berfungsi baik dan semput seperti jalan 2 silinder tidak akan berlaku,hose kecil diaphragm pada choke karburator dan pada distributor perlu ditukar
apis said…
Asalamualaikum tuan..
Saya pengguna kancil manual 850 thn 2005.. asaya ada masalah dengan kereta tersemput semput bila bwa keadaan slow rpm 3k. Bila lju ok tiada semput.. pernah satu hari saya bwk 120km/j tba tiba enjin mahu mati.. rpm jd xbtul. Enjin berjlan seperti 2silinder. Saya matikan enjin dan biarkn skejap.. saya start balik enjin ok blik.. sya terus memandu keadaan jd seperti biasa. Semput masih ada lg. Pernah juga dalam keadaan tgh memandu. Saya mahu tukarkan gear dari 3 ke 2 enjin jd mati, saya main kan minyak(tekan padel minyak) enjin mti. Bila start blik enjin ok dan boleh jalan. Untuk pengetahuaan tuan kreta saya bru lepas overhall. Conrod,cluth,kit overhall,fuel filter, dan air filter ,ssemua saya sdh tukar. Cuma olug dan kabel plug belum tukar. Saya overhall enjin disebabkan enjin mati dalam air. Air penuh dalam kaberator, air masuk dalam enjin. Saya start enjin compresion menyebabkn conrod bengkok tiga2. Dan itu sebab saya overhall.
Mekanik Kereta said…
@apiswslm,semput ni kaitannya adalah pada karburator atau throttle body,jika idling pada 3000 ini dikatakan sangat tinggi perlu diselaraskan apabila karburator atau throttle body telah diservis,kemudian distributor perlu dipusingkan supaya idling menjadi rendah apabila ia stabil RPM pada 1000 atau 900 ,plug juga akan berfungsi baik dan semput seperti jalan 2 silinder tidak akan berlaku,hose kecil diaphragm pada choke karburator dan pada distributor perlu ditukar
Unknown said…
salam, saya nak tanya kenapa kereta kancil sy ex850 bunyi engine terlampau kuat dah semacam bunyi lori. Bila sy cek minyak hitam ada, klu xde sy tambah pon masih lg mengeluarkan bunyi yg sama. dan setiap kali sy startengine, meter rpm naik smpai 3 kdg2 smpai 4. Air pon sy dah selalu cek tp ok je. Sy nak hantar kedai tp xtau apa masalah, tkot nti kena tipu je. Baik sy tanya disini dulu. dan lg satu sy nak tanya kenapa radio, jam dan tempat rokok tu x menyala. tk , harap dpat membantu.
Mekanik Kereta said…
@Unknownwslm,kena tukar tps sensor dan servis throttle body.

2.Heater rokok,jam dan radio itu gantikan fuse yang terbakar
Anonymous said…
As salam tuan,

Kancil saya ada masalah. Jikalau awal pagi nak start enjin, rpm berada di bawah 1. Adakah disebabkan minyak tak naik?
Mekanik Kereta said…
@Hiei Acewslm,masa idling RPM bawah 1 dan naik ke 1 bila on aircon,itu normal.

masalah susah start ada 2 sebab
1.contact point dah kotor dan pecah
2.karburator/TB sangat kotor
Anonymous said…
terlupa nak tambah rpm berada di bawah 1 iaitu 0.5. Terima kasih kerana mereply sepantasnya tuan. Saya sudah bawa kancil pergi workshop, dia kata karburator dah kotor ni...kalau nk TOP overhaul yg dpt jimatkan duit..guna decarbonize punya cecair. pasal deposit carbon terlalu bnyk dlm enjin..betol ke tuan?
Mekanik Kereta said…
@Hiei Acekarburator kotor tak perlu top overhaul,servis saja dah ok,top overhaul untuk enjin panas saja,tapi kalau rasa nak bersihkan permukaan atas head dan piston secara biasa saja boleh gunakan decarbonizer,elok lah sikit enjin,kos pun murah,tapi kalau nak bersih betul,buat top overhaul,
Unknown said…
oh begitu..noted tuan. sekarang dah faham. Terima kasih tuan.
Unknown said…
Salam, sy guna saga FL 1.3 auto.. Masalah kereta ni Dia buat bunyi bising Bila jalan tak rata.. Terutama Bila lalu bonggol.. Lagi Satu, Bila berhenti Kat traffic light and tekan brek sementara lampu nak hijau kereta ni bergetar mcm nak mati. Begitu juga Bila reverse.. Apa masalah tu? Mohon penjelasan
Unknown said…
Salam, sy guna saga FL 1.3.. Masalah kereta ni ialah bunyi bising Bila lalu jalan tak rata atau bonggol.. Lg Satu.. Kereta ni mcm nak mati Bila tekan break sementara tunggu lampu hijau di traffic light.. Begitu juga Bila reverse
Mekanik Kereta said…
@khairi roslinwslm,ada masalah pada speed sensor yang membuatkan torque converter bergoyang,mungkin juga sebab ada mounting yang pecah,periksa minyak brek dan pastikan ia cukup,seperkara lagi periksa guna scanner untuk tentukan jika terdapat mana2 sensor yang rosak
Unknown said…
Kereta: Kancil 660 model 1999

Masalah: Meter kelajuan tidak berfungsi (masalah asal adalah distributor terlepas dari body engine gara-gara tidak diikat kuat dgn nut, tidak pasti klu ini yg menyebabkan meter kelajuan tu rosak) Yang peliknya meter mileage pun tidak berfungsi. Adakah Meter kelajuan dan meter mileage itu guna connection yg sama?

Terima kasih atas responsnya

Mekanik Kereta said…
Earie Madius,kelajuan guna speedometer,mungkin speedometer putus,mileage juga begitu,distributor cuma ada api untuk pembakaran dalam enjin
Unknown said…
Assalammualaikum....Perodua Rusa 1.6 manual sy bila jln semput semput dan sekarang tak boleh start. Bayeri, plug, minyak hitam dan filter...semua dh tukar. Apa masaalah nya. Skrg Perodua sy dh tersadai lat umh
Apa yg patut sy buat.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar contact point dan servis karburator
mankind said…
Assamulaikun, Saya nak Tanya Cik,Saya pakai kereta kancil,kereta Saya selalu mati apabila Saya meperlahankan kereta saya apabila Saya hendak masuk simpang..dan apabila Saya memasang aircond dia lagi cepat mati...
Mekanik Kereta said…
wslm Azhar Mansor,kancil saudara perlukan tuning enjin,gantikan plug dan servis karburator atau throttle body supaya idling stabil
Unknown said…
Salam..kos major overhaul agak2 brp ea
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau kancil sekitar rm2000 maksima
Cikgu Hilmi said…
Saya ada menggunakan sbuah kancil 660 model lampu panel kat tgh...masalahnya bila dihidupkan pada waktu pagi timing enjin perlahan...saya syak auto choke dia rosak...kalau betul auto choke rosak mcm mana nak tukarkannya n brape harga brg tu?
Mekanik Kereta said…
salam cikgu hilmi,

Jika hanya hose keras atau bocor ianya boleh digantikan,sebaiknya gantikan hose kecil vakum auto choke dan diaphragm,kos sekitar rm50
Unknown said…
salam,...saya ada guna kancil 850....time gear 1.2.3 klau rpm bawah 3..enjim kereta jadi semput2 nk mati.....klau lebih rpm 3 dia ok pula....nk tanya ape masalah kereta
Unknown said…
Saya pengguna kancil manual 850 . saya ada masalah dengan kereta tersemput semput bila bwa keadaan rpm bawah 3k. tp bila bawa atas 3k enjin xde semput dah...ape masalahnya
Mekanik Kereta said…
wslm,karbon banyak pada plug,tukar air filter,spark plug dan kalau boleh servis throttle body
Unknown said…
salam .. ingin menanya apakah masalah kancil 850 engin cepat panas..kipas radiator berfungsi dgn baik.. tapi engin kuat panasnyaa
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau temperature meter tidak menunjukan kenaikan itu cuma enjin yang perlu dineutralkan kuasa positifnya ke body tapi jika menunjukan kenaikan sehingga melebihi paras tengah pada meter ia adakah atas sebab water pump bocor,radiator yang kotor atau head gasket yang telah pecah
Unknown said…
Assalamualaikom tuan
Saya pengguna van toyota hiace wagon milik arwah ayah saya.
Van saya jadi masalah macam atas tu. Kalu jalan jauh, bawak lebih dari 80km/j memang kompem enjin jadi sentap macam menggigil. Time enjen menggigil tu saya ada cuba tekan klac denga pedal minyak rapat2 nak bagi enjin mengaum. Tapi time saya tekan tu enjin diam je tak mengaum dan enjin tak mati. Apa masalah ye.
Lagi satu soalan minyak petrol masok dalam minyak hitam apa masalah ye.
Mekanik Kereta said…
wslm,ekzos terlalu kotor kalau boleh tukar dgn o2 sensor sekali supaya minyak petrol dapat dibakar semua.Servis Throttle Body juga!insyallah ok
Unknown said…
Salam tuan, sy pengguna kereta kancil ezi 850 auto.. Masalah sy, kereta jd tersengguk2.. Pada mulanya saya tukar plug, lepas tu kereta ok dlm sebulan, lepas tu kereta kembali sengguk2, sy ke bengkel, diorng cuci trotle body guna carb cleaner, peestasi kereta meningkat lebih krg 15%shj.. 2 hari lepas tu jd teruk, hingga tekan minyak mcm mn pun naik 40kmj shj.. Pergi ke bengkel lain dia ckp kereta jln 2 silinder shj, tukar plug lg.. Ok untuk sehari, skrg dia tersengguk2 balik time idle, paling ketara bila on aircond, sy baca dlm blog tuan tukar fuel filter, kereta ok da x berat bila tekan minyak lncar.. Tp tersengguk2 tu masih ada.. Lg satu masa tukar plug hari tu, yg sebulan tu, plug ada kesan kuning di bahagian putih plug tu.. Mcm mn ya tuan apa masalah kereta sy.. Tqvm..
Mekanik Kereta said…
wslm,kabel plug mesti tukar kalau boleh tukar sekali dengan distributor insyallah ok
Unknown said…
Salam.. Tuan, saya pengguna Kancil 850ezi.. Kereta dah tukar plug, buat carb cleaner, tukar fuel filter.. Tp masih sama, kereta tersenggut2.. Enjin seperti terputus2 dr running.. Bila tukar plug ok utk sehari, lepas tu jd balik..
Unknown said…
Ok terima kasih tuan.. Nnti sy dh tukar, sy maklum semula condition kereta sy..
Mekanik Kereta said…
wslm,kabel plug mesti tukar kalau boleh tukar sekali dengan distributor insyallah ok
Kancilprob said…
Salam..sy ade kancil 850 auto tahun 2005..last year baru je top overhaul ats sebab kancil tu tetibe xblh start..sblm tu ade masalah mnyk hitam kering walaupun dh srvice mnyk htm..slps 5bln mcm tu, perasan mcm kuat plak mkn minyak(petrol)..kenapa ya? ape perlu sy buat?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar fuel filter,air filter dan spark plug serta servis throttle body atau karburator
Gud said…
tuan..saya ada masalah engin tersengguk2 pada kancil 660 saya.bila on aircond engin jadi tersengguk2 tapi bila tutup aircond engine tak tersengguk2.apa perlu saya buat? perlu tukar contact point ke?
Mekanik Kereta said…
enjin jadi sengguk bila idling tak stabil,perlu ganti contact point dan selaraskan minyak dan angin karburator untuk idling yang lebih stabil
Unknown said…
Saya ada masalah kereta mercedes model 124 tahun 88. Masalahnya tangki minyak petrol kemek seakan kena sedut malah pernah terjadi tangki minyak pecah dan dah dua kali tukar tangki minyak tapi masalah x selesai dan bau minyak sangat kuat masuk ke dalam kereta. Saya nak bertanya sebenarnya apa yang berlaku pada kereta saya
Unknown said…
Sy ada satu kemusykilan yg sampai sekarang tak dapat selesai, Kereta saya Mercedes model 124 thn 88.. Problem sy tangki petrol kemek seakan kena sedut, malah sampai satu tahap tangki pecah, dah dua kali tukar tangki tapi masalah tak selesai. Lagi satu bau petrol sangat kuat masuk ke dalam kereta. Atas bantuannya sy ucapkan terimakasih...
Mekanik Kereta said…
Ada terdapat blockage pada sistem saluran minyak disebabkan itu angin tak dapat ruang setiap kali minyak disedut,minta mekanik sedut minyak gunakan botol dahulu beberapa kali sehingga satu masa supaya laluan tersumbat dibaiki atau tukar semua hose laluan minyak petrol.
Mekanik Kereta said…
Ada terdapat blockage pada sistem saluran minyak disebabkan itu angin tak dapat ruang setiap kali minyak disedut,minta mekanik sedut minyak gunakan botol dahulu beberapa kali sehingga satu masa supaya laluan tersumbat dibaiki atau tukar semua hose laluan minyak petrol
Unknown said…
hello keta sy kancil bile tekan minyak rpm lambat turun kenapa ya
Mekanik Kereta said…
ada sangkut pada kabel minyak pada karb atau throttle body
Unknown said…
Assalamualaikum. Encik, maaf saya nak tanya kereta saya kancil 850. Enjin tak stabil. Bila bawa kadang2 mcam sedu2 dan nak mati enjin. Encik tahu tak dekat shah alam ada bengkel yang boleh check kereta kancil saya? Sangat memerlukan bantuaan
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar fuel filter dan kabel plug insyallah ok,mana2 wsyop boleh
Unknown said…
salam . boleh tak saya nak tanya. kereta kancil saya dah convert jadi L5. enjin saya susah nak start. kalau nak start saya perlu isi minyak ke kaberator melalui salur kat kaberator. boleh tak saya tau apa punca kerosakkan?
Mekanik Kereta said…
wslm,karburator tersebut perlu diservis dan injap2 kecil perlu dibersihkan supaya angin dan minyak mencapai tahap untuk dihidupkan dengan mudah.
Unknown said…
maknya takda masalah dengan fuel pump atau yang lain lah ye? terima kasih.. =)
Unknown said…
Salam tuan...kancil auto saya dh convert ke 1000cc dan masih pakai karburator dan skrg ada beberapa masalah..
1.bila masuk gear, terus menyentak nk bergerak,lau tekan brek..keta mcm nk gerak2 je..timing ok 900-1000rpm je
2.keta susah nk start..kena main2 minyak bila nk start keta..kdng2 sampai bateri kong la,sbb susah start..
3.pernah skali tu,tengah drive,tiba2 bila tekan minyak mcm nk mati enjin..xde power..lau x tekan minyak dan free kan gear,enjin runing,..bila sy rem enjin,mcm nk mati je,tp enjin bleh ngaum lg..tp bila masuk gear je,trs mcm nk mati,kalau tekan minyak..

Apa masalah keta saya ye tuan..
Mekanik Kereta said…
1.sepatutnya tukar wiring gearbox auto jangan pakai wiring 850

2.servis karburator,pastikan injap injector dalam karburator baik
Unknown said…
Hello Brader,

Saya Guna Kncil 850 2004.

1. masalah nak masok gear 1. bila nak masok rasa tersekat sekat. kadang2 x dpat masok. ape masalah? minyak gear dah tukar, cable gear pn dah. msih sama.

mintak pendapat sikit.

time kasih.
Mekanik Kereta said…
Hello,

1.adjust kabel gear
skmenumpang said…
assalamualaikum,gearbox auto kancil berbunyi apabila Tekan pedal minyak,ini Jadi sebab pernah salah masuk gear 3 dengan kelajuan 100 aritu,macam mana nak selesaikan masalah bunyi tersebut tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,bila selalu termasuk atau sentiasa menurunkan gear rendah ketika pecutan tinggi akan menyebabkan kerosakan pada gerigi gearbox,ini mungkin boleh diperbaiki dengan segera menukar minyak auto dan autofilter
Assalamualaikum
saya pengguna kancil 850 saya nk tanya hari tu kancil saya kehabisan minyak dan terpaksa bjalan jauh utk mbeli minyak d shell minyak yg bdketan. bila minyak dah isi tp enjin taknak start. enjin hdup tp skejap je then mati balik. apa masalah ya? sya trfikir mybe sbb minyak blum naik lpas tu kata mamat2 yg tolonng saya hari tu kena pancing minyak tu spaya minyak naik and enjin hidup huhu. tp sya dah try brapa kali ttap x hidup. saya x tahu apa masalah dia. then lagi satu saya dah try byk kali utk hidup kan enjin tp tiba2 enjin dah tak bunyi langsung. starter kancil tu ke yg rosak? sbb trlalu byk kali pusing. huhu sorry banyak tanya saya x tahu apa2 pasal kreta. prmpuan huhu
Mekanik Kereta said…
wslm,mula2 tu fuel pump kancil itu yang rosak dan tidak boleh mengepam minyak keatas,olehkerana start enjin banyak kali,bateri pula telah lemah dan perlu kuasa dari bateri lain untuk hidupkan enjin,ganti fuel pump insyallah ok
Dhia said…
salam

saya ade perodua kelisa 2006 1.0 manual

kalo saya nak start keta saya kene tekan pedal minyak sambil start.. kalo mcm nie dia bahayakan kereta atau x?
Mekanik Kereta said…
wslm Saudara Dhia,

Tidak bahaya cuma jika dapat pastikan Throttle body diservis untuk mengelakan dari memijak pedal ketika hidupkan enjin
Unknown said…
kereta sy perodua kelisa auto 2004. masalah skrg kereta ialah kereta jadi senggut-senggut di permulaan tp bila dh lajak cm ok. boleh minta pandangan tuan
Mekanik Kereta said…
senggut biasa jadi sebab fuel filter kotor,spark plug lama,kabel plug pecah dan karb/TB yang terlalu banyak karbon,semuanya berkaitan dengan sistem pernafasan enjin
mr KA said…
Assalamualaikum. Kalau buat top overhaul untuk kereta kancil 850 selalunya berapa kosnya?
Mekanik Kereta said…
wslm,saudara KA

Kosnya sekitar rm1500
Unknown said…
Saudara admin,maaf kerana mencelah..setahu saya,kalau flywheel oil seal yg bocor/keras,engine oil yg akn kluar dari situ..Dan kalau minyak gear yang keluar,ia akan keluar melalui clutch shaft oil seal/torque converter oil seal bagi kereta auto..
kuku besi said…
Salam, nak tanya. Kereta kancil manual n/a, bila nak brek masa laju turun bukit @ jalan rata stering bergegar teruk. Dan bila lalu bumper atau jalan tak rata, ada bunyi macam besi berlaga. Mungkin kah masalah disk dan absorber yg rosak?, terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah disk dan lower arm
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar air filter dan fuel filter serta distributor termasuk rotor nya
Unknown said…
Salam encik,

Sy menggunakan honda city keluaran 2015. Baru guna lebih kurang 8 bulan lalu. Kira2 4 bulan lepas, sy dapati sekiranya sy melalui jln yg beralun ataupun yg jln yg tidak rata, terdpt bunyi 'nget2' pd bhgn belakang bdekatan bhgn tayar. bunyi tersebut lebih kerap kebelakangan ni. Boleh encik bantu tntg permasalahan ni? Sy jd tdk selesa bila memandu.

Terima kasih encik.
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika ikut umur kereta ini masalah bush yang lusuh atau spring yang lusuh sepatutnya tidak terjadi akantetapi pada saya sebaiknya saudara sembur air banyak dahulu pada bahagian suspension belakang yang berkemungkinan terdapat kotoran kerikil dicelahan bush dan komponen suspension seperti spring absorber dll yang pada saya menerbitkan bunyi tersebut
Unknown said…
salam saya nak tanya...minyak enjin kancil 660 saya leaking dan kena ngam2x di ekzos lepas tu jika ekzos panas menyebabkan bau hangit yg kuat....da msalah tu dri seal crankshaf...da perlu d buat dengan kadar yg segera...apaka akibat jika saya lewat buat?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tak jadi apa2 cuma pastikan minyak enjin cukup untuk enjin bekerja
Unknown said…
salam bos nak tanya why aku pakai kelisa 850 kadang tak dpt start mcm wiring problem..and nak tahu kelisa 850 ada fuelfilter tak
Mekanik Kereta said…
wsalam,kalau sukar sangat perlu servis throttle body dan tukar fuel filter
Unknown said…
Salam tuan.distributor kancik sya leaking di celah cap.agak heavy. Oilseal distributor ke puncanye?
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu ganti gegelung getah oil seal pada hujung distributor
ujangkadir said…
Kereta kancil auto 660 sy baru beli , masaalah nye bila jalan masa penukaran gear dia macam melompat.Boleh bg idea knp jadi mcm ni
Mekanik Kereta said…
Gearbox hanya akan beraksi melompat jika kurang minyak gear,minyak gear kotor dan solenoid shift yang kurang baik,jika kereta masih baru rujuk ke Service Centre untuk mendapatkan pemeriksaan
Unknown said…
Kancil 660 sy ada licking minyak warna jernih dikiri enjin. Apa yg perlu sy lakukn
mr abu said…
saya nak tanya
saya ada kancil 850 auto
minyak makan kuat giler....
x thu nak buat mcm mana mana
apa langkah yg perlu saya ambil
Mekanik Kereta said…
servis throttle body,tukar fuel filter
Mekanik Kereta said…
minyak jernih biasanya minyak power stereng,perlu ganti hose jika ada bocor
aSyMi9192 said…
assalam..bang..sy pkai kancil 660..sblom ni bile sy tekan clutch n brake,kereta mcm bergegar..pastu skrg dye tersenggut2 mcm nk mati..agak2 ape puncanya ya..nk ke bgkel jauh..perlu pkai trak tunda ka?
Asyraf Arzeman said…
Salam saudara sord
Saye mempunyai kancil 850 tahun 2004 , ingin bertanya , kereta saye kalau start jalan smua okay , and then dh lebih 5 km , kereta saye mula semput semput . Lepas toe bule jalan mcm biase then semput lagi . Tekan minyak macam minyak tak jalan . Ape masalah nye ek ?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar dulu fuel filter dan air filter,kadang2 cuma minyak yang kotor menyebabkan kereta mula semput!
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti contact point,plug dan air filter insyallah ok,tak perlu tunda,boleh dibawa ke wsyop
aSyMi9192 said…
contact point n plug bru tuka servis lepas..tp abg mekanik tu tuka gak contact point gan fuel filter..mmg punca fuel filter la..hee..da cun..da x tersggut2...tp skang jd berat..haha..gear 1 pon berat..da xlju mcm sblom ni..knpe eh..
Mekanik Kereta said…
cari mekanik yang betul2 boleh pasang dan adjust contact point dengan baik,bila salah pasang dan tak pandai adjust ,enjin semput,mati2,berat sebab api yang dihantar ke tempat pembakaran tidak sempurna.
Ridzwansabri said…
Terima kasih banyak banyak tuan. Selesai masalah kereta kancil comel mati mati
Unknown said…
salam tauke, nk tnyer asal kete sy bile bwk nk msok gear jer tros mati. rpm jatoh abis 0 kdng2 nk start blek enjin xidop.
Unknown said…
salam
Mekanik Kereta said…
wsalam,masalah sensor,speed sensor
Unknown said…
Kereta kancil 850 semput2 selalu masa hujan akan jadi semput2, sparkplug dah tukar tapi still masih semput. apa masalah?
Mekanik Kereta said…
tukar fuel filter insyallah ok
Unknown said…
Kancil 660 semput2..bila start enjin akan bunyi mcm tersedak2..dan bila stgh jam baru ok..sya bru shja tukar air filter,fuel filter,spark plug n cable wayr..stii tersedak2 jugak..
Mekanik Kereta said…
tukar contact point dan setting semula enjin insyallah ok
false said…
Salam Sejahtera..saya ada kancil 660 manual ..masalah yg saya ada alarm kancil yg ori..bila saya tekan button untuk lock keta dlm masa 5 second dia bunyi..padahal semua pintu bonet dh ditutup dgn baik..akhirnya saya potong wire siren yg kt bonet dpn and cabut wire lampu kelip2 masa bunyi..kt box alarm..tapi adakah dia masih mkn bateri?? No siren No lampu kelip2..just lock n unlock function..dgn lampu masa tekan alarm je yg tinggal..bateri dia x mkn kan??
Mekanik Kereta said…
salam sejahtera ,tidak,sepatutnya cabut bateri positif,reset semula dengan sentuhkan beberapa kali ke kepala bateri sehingga bunyi alarm 2 kali dan lampu depan kelip 2 kali
Unknown said…
Assalamualaikum bos...
Sy ada masalah kancil 850(M) mase jln gear 1,2 tekan myk je bunyi mcm bearing pecah msk je gear 3 syp...lgi 1 time bwk slow@main brek pn bunyi...
Mekanik Kereta said…
wsalam,memang bunyi bering roda,buka ganti bering
Unknown said…
Petang bos...sy ada Kancil 660cc....sy ITU hr ada buat topoverhall,JD skrng mslh dia krta mcm xnak start n mcm nak PDM...JD sy be prgi workshop diarg kata karburator....APA mslh krta sy sbnrnya??
Mekanik Kereta said…
petang,adjust contact point dan set semula minyak dan angin pada karburator
Unknown said…
as salam..nak tnya kalau kereta kita tekan klac ada bunyi macam lebih karen..apa masalahnya?? adakah masalah dengan klac yang perlu di tukar..dan berapa kosnya?? mohon penjelesan..
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu ganti klac set kos rm700
Unknown said…
Salam
Kancil 650
Masalah - enjin sering mati ketika free gear semasa pemanduan ataupun berhenti di traffic light.

-bunyi seperti geseran ketika aircond dibuka dan bunyi hilang pada gear 3-4
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada sensor yang tidak baik terutamanya speed sensor,perlu ganti
Mekanik Kereta said…
maaf salah jawab,gantikan contact point kereta kancil saudara dan perlu ganti juga fuel pump mekanikal kerana ia telah terlalu lembut
Unknown said…
salam bos, saya guna kancil 850 tahun 97, adakah wajib top overhaul sekiranya enjin bagus and masih ok cuma keluar asap putih je, bila tekan minyak banyak kadang kadang tu banyak kadang kadang takde. soalan 2, bila start enjin pagi hari selalu ada bunyi krek krek kat tali sawat,apa punca? soalan 3, kereta saya semput semput bila guna lampu waktu malam dan pagi hari, mekanik dah tukar contact ke cdi,cdi tu apa? sb contact tu punca minyak hitam bocor,tp tak mcm bocor kalau nampak dari luar..😗😗😗
Mekanik Kereta said…
wsalam,masalah semput kerana kuasa tak cukup ,gantikan kabel bateri.Cdi adalah distributor elektronik yang menukarkan dari guna contact point.Bunyi talisawat smada kendur atau ada bering yang ketat biasanya alternator yang juga mungkin menyebabkan kurang kuasa dicaj semula kebateri,gantikan juga bering alternator tersebut
Unknown said…
Kiwak btoi..aku pikir ac pam jhanam beli 70rgt kt sparepart..ptg tdi naik bukit sempot2 blek..rupa nye filter tselit kt bwah ketd
Unknown said…
Assalam.
Saya pengguna kancil ex660. Kebelakangan ini engin kancil mula revving high tak silap saya 2600 ke 2800. Bila saya check, lidah untuk kawal angin karburator mcm loose. Itu kh punca engin revving high?
Unknown said…
Assalam.
Saya pengguna kancil ex660.
Kebelakangan ini engin dia revving high lebih kurang 2700 dan dia hold revving dekat situ je. Bila saya check, lidah karburator(org panggil lh...) mcm loose. So, adakah ia punca engin revving high?
Terima kasih atas bantuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,ya perlu baiki butterfly tersebut
Mekanik Kereta said…
wsalam,soalan telah dijawab tadi,tidak mengapa,baiki butterfly atau lidah yang saudara nyatakan itu supaya ia jadi lebih baik dan servis juga karburator
Unknown said…
Salam..sy pmilik kancil 850 auto..mainyak enjin kancil brkurng dlm msa 2 mggu akan kurng 1ltre..asap tak kluar pon dri exzos tpi bila sy tgk dri blakang enjin hingga ke bawah sy dpati ada tompokan myk PDA btang exzos..Perlu top overhoul Dan brang apa perlu d tukar
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti set top overhaul sudah memadai
Unknown said…
Saya mempunyai kereta kancil limited edition 850.Maslahnya kunci dah off tapi enjen masih onn...dan meter rpm baru on keta diaa dah naik pegi 2 kdg kereta belum jalan lagi dah naik 3.apakah masalah pada kereta saya ni
Mekanik Kereta said…
perlu servis throttle body kerana minyak tidak dibakar habis ketika enjin bekerja
Unknown said…
salam, apa perbezaan antara head kancil 660cc dgn 850cc ,, ?

mohon reply ya..

tq..
Mekanik Kereta said…
wslm ,saiznya berbeza selebihnya hampir sama
Unknown said…
Asalamualakum...admin saya nak tanya... saya ada kereta kancil... dekat distributor bunyi ketak2 lepas dua tiga hari bawak kereta mati sediri ketika sedang bawak..saya cek kat sprk plug tak ada api.... ape masalah ye...
Unknown said…
SALAM.. kereta sy kancil 850.. kereta sy sengguk tp kadang kadang ja bila x bukak aircond.. kalau bukak aircond akan sengguk selalu?apa perlu sy buat?
Mekanik Kereta said…
wslm,buat tuning enjin ,ganti contact point dan plug,juga plug coil.Jika guna distributor pastikan ia juga diselaraskan dengan baik oleh pomen,in sha allah ok
Unknown said…
assalamualaikum min..saya pengguna kancil 850...disini sy nk bertanya ..drive shaft memang berfungsi sbelah atau bermasalah ke ??sbb bila sy drive kreta saya akan makan sbelah kanan ...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kebanyakan kereta yang ditarik kesebelah kanan adalah atas punca bearing roda yang berat sebelah manakala drive shaft luar jika rosak boleh diperiksa melalui pusingan stereng ke 90 darjah dan akan ada bunyi jika ia sudah lusuh
Unknown said…
Salam.. Head 660 dengan 850 ada beza kah?
Mekanik Kereta said…
wslm,ada beza valve
haze said…
salam,

nak tanya pasal kancil 850 saya, rpm x brapa stabil & naik bukit x brapa nak power. sebab apa erk ? bunyi tappet pun kadang bising kadang x. mohon pencerahan
haze said…
salam,

nak tanya pasal aircond, kompresor bunyi bila masa berhenti or idle , tapi bila bawa jalan or rpm lebih dari 1 bunyi kompresor ilang pulak. apa problem ya
Mekanik Kereta said…
wslm,belting dah lusuh ,sila ganti
Mekanik Kereta said…
wslm,adjust tappet,jika auto ganti minyak gear,drive shaft gearbox juga ganti kiri kanan,buat tuning enjin
Unknown said…
Saya nak Sher Carita ttg kereta lebih 2 lg kereta dah lebih 10km on the road
Utk kereta kancil semua dah buat tukar coil, tukar distributor, tukar wayar plug, tukar pluq, tukar fuel filter, tukar fuel pump semua nya pun masih semput... Tau tau Minyak tangki kotor filter dlm tangki tersumbat banyak pair dan lumut kalo kereta lama baik service tangki minyak
Kawan Pahang said…
Kereta kancil 850 saya bawah speed 60 rasa tersengut-sengut.... Bila dah naik 60 ke atas engine dah ok... Tapi saya perasan kebelakangan ni bila start kereta... Kejap mati... Selalunya bila temperature dah naik sikit dah ok... Pagi tadi kereta dah x boleh start... Start mati... Tolong... Saya baru overhaul kereta tahun lepas...
Mekanik Kereta said…
AdA masalah pada distributor,perlu gantikannya
Unknown said…
Salam En Makenik,

Kancil sy 850 (lampu bulat) hr tu temperature naik turun. Bila check2 rupanya tangki ada retakan. Dah tukar baru. Temperature ok lepas tu. Tp selepas beberapa bulan, masa bawa kereta ada wap2 dekat cermin. Temperature ok tak naik pun. Lepas tu bila kereta dh berhenti kdg2 air dekat tangki simpanan tu akan keluar ikut salur kecik tu. De pomen kata gasket terbakar. Betul ke?
Khartoum said…
Kancil 660 start susah hidup dan semput atau sangkut2 dan enjin nk mati bila tekan minyak. Klau dapat jalan gear 4 sankut2.
Fuel filter dh tukar
Spark plug dah tukar
Cable plug ok xde leaking
Adakah kaburator,saluran angin or minyak sumbat. Atau distributor
Mohon bantuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,betul seperti kata pomen,gasket head telah terbakar,kemungkinan enjin saudara overheat sehingga ke tanda merah
Mekanik Kereta said…
perlu ganti contact point,selaraskan semula serta servis karburator tetapi yang penting sekali tukar contact point
Omar Qoyyum said…
Salam tuan, kancil 660 saya ada masalah tersenggut senggut ni. Mula mula susah nak start, kena biar enjin ramp up dalam 30 min baru okay. Lepas tu kalau dah jalan, tendency senggut senggut tu ada. Baru baru ni, kalau saya off enjin cepat cepat, ekzos macam meletup dan mengeluarkan asap hitam macam carbon pun ada.

Adakah perlu untuk decarb ataupun tukar fuel filter tu? Minta maaf saya noob teruk pasal kereta ni...
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar fuel filter,spark plug dan yang paling penting tukar contact point,in sha allah letup2 semua hilang
Unknown said…
Boleh saya tnya knapa minyak injin boleh bercampur dngan air.
Mekanik Kereta said…
baca tulisan saya di sini
https://mekanikkereta.blogspot.com/2015/06/bagaimana-air-bercampur-dengan-minyak.html
Unknown said…
salam.. saya mau bertanya kemarain sy dalam perjalan pergi kerja keadaan cuaca hujan setelah tu saya on aircon..tiba2 kerita kancil 850 yg sya guna tu semput sekan xmau bejalan.. saya call mekanik,mikanik kata minya ada air skli cek x. tukar plug baru pun masih semput.. kiranya apa sebenarnya masalah tu yar.. kata mekanik macam minyak xbrpa naik katanya tapi aku tidak tau smpai skrg kerita sya tu msih dalam worksorp.
haze said…
Bang minta no watshap , so senang nak minta pendapat abg pasal keta kancil saya :)
Mekanik Kereta said…
0173023492
Bo55ku said…
Salam bossku nak tnya...
Kancil 660 sy ad masalah distributor bila kunci nut ketat je enjin jdi senggut2...
Mekanik Kereta said…
wslm Bos,jika guna contact point perlu adjust dulu dengan sempurna manakala kunci ketat enjin senggut bermakna body distributor terdapat arus elektrik yang tidak neutral dan short circuit berlaku
mohd Zuzu said…
Salam tuan
Sy ada kancil 850 yg tgh bermasalah skrang ni.
Masalah nya time nak start kereta susah nak hidup kena tekan pedal minyak baru boleh hidup. Tp bila dah hidup ok je mcm idle timing pon ok je 800-900 rpm. Time jalan pon xde semput2.
Masalah nya cuma masa start tu je terpaksa crank lama2 sambil tekan pedal mnyak baru dpt hdupkan kereta ni
Mekanik Kereta said…
wslm,karburator perlu servis dan kabel minyak perlu ditukar supaya ia lebih kuasa untuk angin masuk apabila minyak dalam karburator ingin bekerja
Unknown said…
Nk tanya kancil 850 geaebox ovolhol tp ada 3pin yg tak tahu dok kt mna
Ignatius said…
Selamat petang ..Saya pengguna kancil auto 850 thn 2000
Kereta saya mengalamai masalah lampu tinggi bila saja tekan minyak lampu itu mati dan balik ke lampu rendah apakah punca dan cara atasi masalah itu? Dan ada lagi sebelum ovrhoul masalah di atas tidak terjadi sebegitu selepas ovrhoul terjadi seperti itu ..minta tolong penjelasan ?

Popular Posts