Kereta kancil yang tersenggut-senggut
Kerosakan yang terdapat pada kereta kancil memang agak banyak,tetapi dalam post kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan kereta kancil yang tersenggut-senggut bila dalam keadaan menaiki bukit ataupun jalan yang tidak mendatar.
Walaupun pengeluaran kereta kancil telah diberhentikan oleh Perodua dan sekarang diganti dengan Viva tapi masih ramai diantara kita masih memiliki kereta ini.
Kerosakan ini akan berlaku bila kita mendaki bukit ataupun jalan yang tidak landai dan sedikit berbukit.Kereta kancil berkeadaan tersenggut-senggut dan bunyi enjin yang seakan-akan ingin berhenti.Bila kita mengalami masalah ini dan kita terus menekan minyak dikhuatiri kereta kancil tersebut akan mengalami 'overflow'(minyak yang dipam keenjin terlalu banyak)dan kenderaan ini akan berhenti dengan sendirinya.
Seperti yang kita ketahui kereta kancil memang menggunakan karburator untuk sistem minyak dan angin,jadi keadaan 'overflow' ini lebih menyukarkan untuk dihidupkan jika berada dalam cuaca yang agak dingin atau hujan.
Kebanyakan pengguna dan mekanik juga akan terfikir untuk menukar spark plug(palam pencucuh) dan menukar kabel plug tetapi berdasarkan pengalaman aku selama berkecimpung dalam bidang automotif ini,kerosakan tersebut bukan berpunca daripada sistem api .Ia sebenarnya berpunca daripada fuel filter (penapis minyak petrol) yang telah kotor dan tersumbat seterusnya mengganggu perjalanan api dalam enjin.Untuk itu penapis minyak tersebut mestilah ditukar.Untuk pengetahuan penapis minyak tersebut berada dikedudukan dibawah kereta sebelah kiri penumpang belakang, boleh tukarkannya sendiri ataupun hantar ke mekanik untuk ditukarkan.Kos penapis minyak tersebut ialah sekitar rm20 ke bawah.
Untuk menyenangkan lagi supaya tidak terganggu perjalanan semasa pemanduan ialah dengan menukarny fuel filter tersebut setiap kali membuat servis kereta dan pastikan anda atau mekanik menukar penapis angin (air filter) juga untuk lebih kelancaran enjin.
penapis minyak petrol (fuel filter)
RALAT: Flywheel oil seal yang bocor akan menitiskan minyak enjin dan bukannya minyak gear seperti yang tertulis dalam komen2 dibawah,HARAP MAKLUM.

Comments
Sy ada kancil 850 manual thn 2000...masalahnya skrg kereta sy tersemput-semput semasa jalan kemudian tiba2 mati enjin.Kata mekanik dah tukar coil (plug) tapi tak tahan lama local spare part itu. Mana nk cari yang bagus? Sy takut bawa kereta yang kerap mati enjin tengah jln sampai tak boleh start. Mintak tolong tuan selesaikan. TQ
kalo baiki berapa kosnya..t.kasih.
saya nak tanya pasal kancil 660..
Dah full overhaul..tukar lining clucth..sprk plug..Servis contact..makenik cakap kabr ada masalah..ada betul ke?yg sllu bmasalah sekarang ni..
1)bila on aircond light malap..keta slow..
2)Bila dah lama bjalan minyak (gear/carb)macam lekat je..timing tinggi-keta still jln walau tekan clucth..
3.Jerking-mendadak-slow segera laju..
4.Bunyi terng2 bila belok-Mounting abs dah tukar..
5.Bunyi krit2 depan enjin bila 90kmj
Blh bgtahu apa yg harus dilakukan??
1)alternator habis karbon
2)3)karburator kotor,perlu servis
buat setting karburator lepas servis
4)bush depan pemegang berdekatan stereng perlu ganti
Baru2 sy overhaul kancil 850cc(M) carburetor, tukar fuel pump, fuel filter & oil filter setelah kancil lama tudak digunakan.. Akan tetapi bila jalan, kancil terhenjut2..sudah tukar kpd Bosch Spark Plug Super 4 & juga cable.. Apakah spark plug Super 4 ngam? Top overhaul engine saja belum bikin utk engine 15tahun
Ganti plug dan servis throttle body/karburator dan pastikan setting elok semula. Gantikan juga hose yang lusuh pada sistem penyejukan seperti hose radiator dan manifold berbentuk U
terlalu keras
Boleh saya dapatkan alamat bengkel
Saya pakai kancil 850 manual Tahun 2001. Masalah kereta saya ialah masa isi minyak kena pakai tanggan untuk adjust minyak ke Tangki Minyak. Kalau terlalu cepat, minyak itu akan tendang balik atau keluar balik. ( tak dapat pakai Hand free ) .
Boleh tak Tuan beritahu apa masalah itu?
Terima Kasih.
Fuel fulter dah tukar plug dan cable plug pun dah tukar tapi still sama