Dapatkan buku bercetak ini dari Amazon sekarang-klik gambar

Tayar rosak atau gandar rosak

Kadangkala dalam kehidupan nie,kita selalu tersilap buat perkiraan dan kadangkala tindakan yang kita ambil tu tak bersesuaian dengan yang seharusnya.begitulah jugak dengan kereta,kadangkala kerosakan lain tapi yang lain pulak kita fikirkan dan perbaiki.Bukan mudah jika ingin membaiki kenderaan anda sendiri,begitu juga dengan mereka yang berurusan secara langsung dengan enjin kenderaan.

Dalam post kali ini aku nak sentuh kerosakan yang selalu dan nyata sekali membuatkan pemanduan kita tak berapa selesa dan ragu-ragu akan keadaaan kereta yang dipandu.

Selalu sangat bila kita sedang memandu kita rasa stering kereta bergoyang dan bergetar sekali sekala dan membuatkan kita sebagai pemandu ragu-ragu akan keselamatan penumpang termasuklah kita juga.Sebenarnya setelah banyak aku lalu dan garap daripada pengalaman disamping pengalaman sendiri juga yang merupakan pemandu kereta 'sepenuh masa'.Kerosakan tersebut bukanlah kerosakan daripada tayar yang selalunya pemandu akan membuat penjajaran (wheel alignment) dan penyeimbangan(wheel balancing)tetapi berpunca daripada kerosakan gandar iaitu daripada gandar(steering rod). 

steering rod





Gandar adalah merupakan sebatang besi lurus bergerigi skru dan terdapat bola besi mudah alih untuk membolehkan pengawalan stering ketepi,depan kiri dan kanan.Gandar tersebut wajib ditukar segera untuk mengelakan kemalangan jika stering kereta anda berasa getaran dan sedikit menggigil ketika pemanduan.Jika terus digunakan bola logam mudah alih itu akan tercabut dan seterusnya kereta tidak dapat dikawal dengan sempurna.

Kebanyakan pemandu akan menghantarnya ke kedai tayar untuk alignment dan balancing tayar tetapi jarang sekali mekanik tayar dapat mengesan keadaan stering tersebut,kerana bila tayar di perbetulkan jajaran dan penyeimbangan bola logam tersebut akan berkedudukan secara kukuh sementara.

Keadaan biasa selepas ditukar steering rod tersebut boleh bertahan sehingga 2 tahun jika anda selalu berada dijalan rata dan jika anda selalu melakukan pemanduan dijalan yang tidak rata seperti di tapak industri ketahanannya berkurang 25 peratus .

Sekian buat kali ini semuga ianya bermanafaat untuk pemanduan kita semua!

Gandar (steering rod)

RALAT-Perkataan gandar dalam post ini adalah merujuk kepada steering rod saja bukan Axle.

Comments

  1. @Anonymoustayar tak rata(makan sebelah),stereng rod dah lembut serta tie rod end yang lembut juga biasanya penyebab stereng gegar ketika jalan berbatu2

    ReplyDelete
  2. @Anonymousselain dari itu absorber bering yang lembut atau keras akan menyebabkan sedikit gegaran juga pada kereta.

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan Tanah serta para pembaca blog ini,

    Terima kasih untuk entry yang amat berguna ini. Cuma di sini saya ingin membuat teguran (pembetulan) iaitu perkataan 'Gandar' yang sebenarnya adalah bermaksud 'Axle', bukannya 'Steering Rod'.
    Juga perkataan 'Steering Rod' adalah secara betulnya disebut 'Steering Tie Rod'.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. @Anting Seriterimakasih pembetulan perkataan gandar tersebut cuma kebiasaannya steering rod dipanggil steering rod juga dikedai alatganti dan juga perkataan tersebut memang biasa digunakan oleh mekanik dan pelanggan.

    ReplyDelete
  5. Saya ada masalah pada honda civic ek. Bila belok sebelah kiri ada bunyi seakan meletup pada bahagian tayar. Saya dh tukar getah lower arm. Dah tukar absober. Dah tukar stering rack. Dan dh jumpa tiga orang pomen berlainan.. Masalah masih tidak selesai.

    ReplyDelete
  6. Masalah pada honda ek. Bila belok sebelah kiri akan keluar seakan bunyi meletup pada bahagian tayar. Saya dh tukar stering rack. Dh tukar getah lower arm. Dh tukar absober. Dah tukar ball join. Dn dh jumpa tiga orng pomen berlainan untuk maslah ini. Tp masih x dpt nk selesaikan.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Sy memandu kereta Honda City IDSI 2004, masalah nye steering kereta sy sering bergegar kecil ketika memandu perlahan(kalau laju tak rasa gegar...utk pengetahuan anda sy telah pun menukar lower arm bush, absorber,absorber mounting dan membuat alignment (kesemua bagi bahagian hadapan) tp keadaan masih sama...tp sy ade perasan bila stering dipusingkan ke kiri & kanan ade bunyi. Sy tanya mekanik katanye tayar sy jenis begitu tak sekata...sy pun tak tahu nak buat apa. Terima kasih

    ReplyDelete
  8. @sabrizal saberanmasalh honda ini biasanya pada housing drive shaft yang haus bunyi tersebut akan lebih kuat jika ia terlalu haus ,tukar kedua2 belah d/shaft dalam ke gearbox

    ReplyDelete
  9. As'kum. Tuan,
    Jenis kereta: Toyota Hilux Sr Turbo tahun 2004 (9 thn)
    Masalah: Bunyi "krek2" bila membelok semasa keluar parking@slow.
    Tindakan/catatan: telah tukar ball joint atas (kiri dan kanan) tetapi masih berbunyi. Kata mekanik, absorber msh ok.

    ReplyDelete
  10. @ajulw/salam,absorber bering perlu diperiksa,kebanyakn kereta yang berbunyi semasa membelok selain dari rosak drive shaft adalah absorber bering yang telah keras.

    ReplyDelete
  11. salam..sye pake kereta viva baru..tahun 2012..bila bawak 100km stereng gegar..bile brek pn stereng gegar..ape masalahnye ye..tq

    ReplyDelete
  12. @kunw/salam,steering rod adalah punca kebanyakan steering bergegar bila dalam pemanduan,sebab-sebab lain adalah seperti tayar yang tak rata dan botak.Lebih baik jika tukar sekaligus tukar steering rack yang juga sebatang bersambung dengan rod

    ReplyDelete
  13. Salam,sy gne kancil 850,kebelakangan ni ad masalah bunyi kelekuk di tyr blakang belah kanan bile saya tekan handbrake. Dlm sebulan da js mcm 2,nk gerak je,pas release handbrake,die ad bunyi kt blkg,dan td berasap pas sy bhnti,ap yg saya perlu repair,

    ReplyDelete
  14. @rosmadi othmanw/salam,brake shoes dah habis perlu ditukar,berasap tu sebab brake piston dah keluar minyak.

    ReplyDelete
  15. Salam...
    Saya pakai gen2 1.6.masalah saya ialah steering tarik kiri dan kanan dan tak terkawal ketika melalui jalan yg tak rata atau beralun.saya dah gi bengkel, mekanik ckp bkn steering rack..sbb takde longgar.saya dh tuka tie rod end dan lower arm.apa masalahnya sebenarnya? Bantu la saya

    ReplyDelete
  16. @_frumos_w/salam,jika dua roda yang berpusing ada antaranya yang berat sebelah disebabkan bearing ketat juga memungkinkan steering ditarik ke kiri dan kanan.Periksa roda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roda takde masalah...untuk makluman sy dah tukar steering rack.tapi malangnya steering dan tayar tetap tarik kiri kanan wlpn ada kurang sikit...adakah ada kaitan dgn bunga tayar atau bering absorber?satu lagi..steering kerap bergegar..

      Delete
  17. @_frumos_w/salam,bunga tayar kalau makan sebelah steering akan gegar ,jika dah tukar steering rack perlu alignment semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah setel..tayar lebar sgt..dh tuka standard rim and tayar 195/55/15

      Delete
  18. salan tuan,saya mempunyai sebuah kereta myvi se(m)2011

    1)kereta saya ada masalah bila pandu dalam 80 keatas steering keta gegar.

    2)bila saya pijak break secara perlahan-lahan (waktu nak berhenti simpang @ lampu merah) steering keta saya bergegar.

    apakah masalah keta saya dan berapakah kos nya?..Terima kasih harap tuan dapat bantu masalah yang saya hadapi sekarang.

    -azwan-

    ReplyDelete
  19. salan tuan,saya mempunyai sebuah kereta myvi se(m)2011

    1)kereta saya ada masalah bila pandu dalam 80 keatas steering keta gegar.

    2)bila saya pijak break secara perlahan-lahan (waktu nak berhenti simpang @ lampu merah) steering keta saya bergegar.

    ReplyDelete
  20. @azuandi rosliw/salam,2 sebab saja kereta gegar bila laju dan tekan brek:-
    1)tayar makan sebelah atau separuh dari bunga tayar dah abis-kos baiki tayar sekitar rm250
    2)Steering rod dah lembut termasuk tie rod end-kos baiki rm2oo

    ReplyDelete
  21. Saya akan tukar apa yang tuan cakap rosak tadi..harap2 lepas ni takde masalah..
    Terima kasih atas info yang tuan dah bagi, byk benda yg dpt saya belajar kat blog ni.

    ReplyDelete
  22. Bang...saya pakai honda city tahun 2006...hentakan kuat tayar kereta saya ketika terjun lopak dalam menyebabkan tayar pecah..dan rim sedikit bengkok...cuma nk tanya, apakah kesan kepada komponen tayar atau arm,shaft atau absorber...atau kecacatan lain mungkin berlaku disebabkan hentakan kuat itu??...saya risau akan kemungkinan byk kerosakan bakal berlaku walau ia tidak dapat dikesan sekarang...Nak hantar bengkel utk periksa takut jer kena tipu..dalam kes ni allignment tayar kena buat balik ke??..tk, faizul.

    ReplyDelete
  23. @Zul TakMerapuw/salam,cuma alinment je kena buat balik,yang lain ok sebab rim dah serap kesan hentak tu,tu sebab rim bengkok.

    ReplyDelete
  24. salam bang... bang saya ade kancil 660 bang, baru2 ne saye accident ckit langgar pokok.. lepas accident tu stering kereta ada free ckit n pabila jalan macam ada goyang sikit apakah masalah nya tu bang?? tayar semua masih ok.. cuma x pasti sama ada rim bengkok atau x.. oh yer bang, amacam nak cek sama ade rim bengkok atau x??

    ReplyDelete
  25. @hellfuckw/salam,masalah lepas accident yang biasa libatkan steerin rack dan casis jika ia gegar sedikit steering rack rosak jika terasa tertarik2 dan terlalu keras atau sedikit2 keras bila nak putar steering itu masalah chasis lari.
    2.Rim bengkok periksa kat roda boleh nampak jika rim tu bengkok

    ReplyDelete
  26. @Arsad mekanik

    stering tak keras bang kalau putar stering, lembut jer kalau putar stering tu cuma ada free skit.. jadi kemungkinan yg bergoyang tu mmg maslah stering rack eh bang?? n nak tanya abg 1 soalan lagi ne brkaitan dgn kancil sye jgk, mcm ne bang, time aircond off n saya tekan pedal minyak, bunyi ekzos ok, tapi time lepas pedal minyak tu ekzos bunyi "brababam" .. kalau on aircond pulak, xda pulak bunyi "brababam" tu time lepas pedal minyak, sedap jer bunyi ekzos time lepas pedal minyak tu kalau on aircond.. abg agak2 apa masalah yg menyebabkan ada bunyi "brababam" time lepas pedal minyak time kete off aircond tu yer??? btw, thanks atas info2 abg, betul2 sangat membantu.. :)

    ReplyDelete
  27. @Arsad mekanik

    oh okey bang.. thanks you.. memang masalah stering rack lah ne kan kalau keta ada bergoyang ckit time jalan?? nak tanya abg lagi 1 soalan ne bang, mcm ne bang, apa masalah eh kalau keta(kancil 660) time off aircond ada bunyi "brababam" kat ekzos ketika pedal minyak di lepaskan.. kalau time on aircond pulak, xde plak bunyi "brababam" tu time lepas pedal minyak.. smooth jer.. abg agak2 apa masalah nye eh??

    ReplyDelete
  28. @hellfuckya betul,steering rack,kalau bunyi meletup pada ekzos bila lepaskan pedal atau ketika mati enjin ,setting karburator perlu diadjustkan,tetapi jika rpm yang tinggi sangat boleh juga jadi gitu perlu adjust distributor supaya rpm sedikit rendah

    ReplyDelete
  29. oh okay.. makasi bnyak bang sord! blog abg mmg byk membantu! terbaik.. :-)

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum tuan, saya menggunakan kereta toyota. Apa minyak steering yang terbaik utk diguna. sebab diluar byk brand minyak steering yang direcommend mekanik. ada yg guna minyak gearbox. mohon pencerahan

    ReplyDelete
  31. @hadiyyahw/salam,apa2 jenama minyak power steering yang berlabel power steering fluid boleh digunakan TETAPI jangan gunakan minyak gear kerana ia adalah berbeza samasekali dari kelikatan dan kesesuaian penggunaan,Toyota atau castrol adalah jenama power steering fluid yang sesuai

    ReplyDelete
  32. @fendy ndw/salam,steering rack saudara ada problem mungkin bocor,gantuikan dgn yang lain.

    ReplyDelete
  33. Salam tuan,sy ade kelisa,masalah sy....tayar balakang x same...kanan lg kedalam dri kiri..dh pkai spacer..tpi tetap same...ape yg patot yg ganti utk same kan tayar sy?

    ReplyDelete
  34. @faizalw/salam,buat alignment insyallah ada penyelesaiannya dari kedai tayar

    ReplyDelete
  35. Asalam bos... mau tanya saya ada Isuzu invader 2 wheel drive bila memusing stering akan keluar bunyi merenget seperti bunyi getah begesel apakah masalah itu saya ada tukar bush pada center ring stering rod besi panjang tgh..

    ReplyDelete
  36. @Unknownw/salam,long shaft ada 2 saja kerosakan yang biasa ,satu joint bering dan lagi kurang gris.Pastikan sentuhan bila ia pusing pada joint tak ketat

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum, keto saga saya tayar terkacing brek,, mcne ye? nk kena ganti gear or break or ape ye? elok hantar ke proton ke or bengkel biasa. tima kasih.

    ReplyDelete
  38. @coklataisswslm,getah brek piston melekat,kedai biasa boleh buat

    ReplyDelete
  39. Salam...sy ada pertanyaan mengenai masalah kereta kancil sy..smlm sy ada buat penukaran steering rack,bearing hadapan kiri dan kanan dan absorber mounting..sy sdh buat wheel alignment smlm lps semua benda tu diganti tp masalahnya pagi ni apabila sy tekan break,kereta akan lari ke kanan..kalo tuan bleh tlg berikan jawapan kpda persoalan ini..terima kasih

    ReplyDelete
  40. @mohd faizwslm,bila stereng berat ke kanan bermakna roda sebelah kanan agak berat untuk berpusing berbanding kiri,saudara perlu periksa dikedai tersebut semula,jika ada part yang hanya saudara tukar sebelah seperti absorber mounting dsbnya saudara perlu tukar juga yang sebelah lagi untuk menyeimbangkan pergerakan roda

    ReplyDelete
  41. salam, saya nak tanya..waja saya guna rim 17, tayar 215/45/17 jenis radar verenti baru pakai 2 bulan..saya dapati kereta saya bila capai kelajuan 80kmh dan saya lepas minyak steering akan bergetar kadang perlahan dan kadang-kadang kuat tapi yang saya kenalpasti ianya hanya berlaku di jalan lurus je,kalau time ade belok skit xde gegaran tu dan juga time lepas minyak je..bila tekan balik ia kan jadi ok balik dan juga bila saya pandu lebih 80/90kmh pun xjadi mcm tu..itu yg sgt menghairankan saya,puas saya bertanya kepada pomen tayar mahupun enjin,mereka pun xdpt kesan walaupun ada yg menyuruh saya memasang center cone (sudah psg), semuanya xberhasil,harap tuan dpt memberi sedikit pencerahan berkenaan masalah saya ni..terima kasih

    ReplyDelete
  42. @SYJ-hafiz@acongwslam,biasanya bila guna rim beasar perlu ditambah spacer,untk elak getaran dan geselan

    ReplyDelete
  43. Assalam.. Saya Cgu Nik..
    Nak tanya, keta saya Myvi se AT 2007..
    1. Tayar belakang makan dalam dua-dua tayar.. dh buat allignment, tapi masih jadi jugak lpas dh tukar tayar baru..
    2. Bila ambik selekoh, ada bunyi (grek..grek..grek..) sebab apa ye?
    3. Ada pi cek kedai, pomen ada cakap axle bush kiri kanan pecah.. apa kesannya ye?
    Tolong beri bantuan.. takut kena tipu..

    ReplyDelete
  44. @Nik Fazlan Nik Daudwslm

    1.ada bush pecah
    2.sebab bush pecah
    3.kesannya tayar makan dalan,mesti tukar dua2

    ReplyDelete
  45. Salam tuan..sy pengguna perodua kancil Auto 850..hendak bertanya berkenaan bunyi bising semasa memandu. Bunyi berkenaan pd bahagian enjin / tayar hadapan..semakin kita menambah kelajuan..semakin kuat bunyi berdengung dr bahagian depan. Harap tuan boleh beri pendangan sewajarnya.Terima Kasih

    ReplyDelete
  46. @zudinwslm,ada masalah pada bering roda depan

    ReplyDelete
  47. Huhu.. Masalah takakan selesai.. Cik.. Pergi tengok 1, absober top mounting.
    2, check drive shaft.. Biasa dua ni jer.. Insyaallah ok... Aper pon kipidap.. Don gibab..

    ReplyDelete
  48. Salam... bro, saya nk tanya, kenapa selepas saya tukar kedudukan tayar, iaitu cros- silang ke empat2 tayar dan dah buat alignment, ada bunyi bising pada sebelah pemandu.. bunyi seperti tayar pancit... pomen yg buat alignment kata tayar tak rata.. apa pandangan bro dan penyelesaian nya.. thnxs...

    ReplyDelete
  49. @khadijah mat norwslm,betul la tu ,tayar tak rata saja yang akan bunyi seperti tayar lembik atau pancit,contoh tayar botak tepi,tayarbengkak,tayar nak tercabut wayar dll

    ReplyDelete
  50. absorber boleh menyebabkan streng lari lari ak?

    ReplyDelete
  51. @toyap shahboleh kalau salah satu bearing absorber keras atau mati

    ReplyDelete
  52. apa masalah kereta bila bergerak rasa macam berombak, iswara sedan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. spring dan absorber dah lembut serta bush belakang yang lembut juga

      Delete
  53. Salam,
    Saya pakai myvi 2015. Masalah bila melakui jalan berbelok selelah kiri bila pulas streng sebelah kiri dia tak rasa berat di belah kiri maka kereta rasa tidak mahu mengikut belok jalan tersebut. Sebalik nya saya terpaksa bawa kereta ke tepi dgn perlahan. Tapi jika jalan belok ke kanan kereta rasa ok.TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      Saya rasa ball joint bawah disc telah keras dan perlu diganti segera.

      Delete
  54. salam sejahtera saudara sa ingin tanya mgapaka apabila kita pandu keta dlm kdaan laju dan apabila nak di tekan brake keta ble rasa gegaran yg kuat...bantu2 dulu saudara trima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera,

      samada tayar tidak rata/bengkak dan rim yang bengkok gegaran cepat terasa bila membrek.Selain itu ball joint juga perlu diperiksa dikedua2 bahagian roda depan untuk pastikan ia tidak terlalu lembut atau bergoyang

      Delete
  55. Assalam tuan. Saya gunakan Camry acv40 tahun 2010. Masalah kereta saya ialah bila dalam keadaan laju dalam 140-150kmj steering kereta rasa ringan. Bukankah kalau semakin laju steering akan berat lagi. Apa sebabnya dan berapa kos membaikinya? Terima kasih atas bantuan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      Stereng yang semakin ringan adalah sebab steering rack yang sudah lembut dan agak haus,perlu tukar steering rack tersebut

      Delete
  56. salam bang, saya gunakan satria 1.3 , nak tanya lah, bila jalan , akan ada berbunyi lah di bhagian depan tayar tu , adakah bunyi tu di sbbkan mounting absorber kereta tu ? mohon pencerahan , terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa dulu bahagian tayar mungkin bunyi sebab ada benda melekat pada tayar,spring dan absorber serta absorber bush dan mounting mudah bunyi jika lusuh

      Delete
  57. wslm,blog ini akan sentiasa aktif jika ada yang bertanya!

    ReplyDelete
  58. Salam.. Myvi 2006, lari ke kiri apabila tekan brek & ketika jalan lurus.. Alignment dah buat byk kali.. Apa mslhnya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ball joint dan tie rod end dah sangat lembut disebelah kiri

      Delete
  59. Salam..
    Bro, nk tanya, saya guna kete saga flx, dah 3 tahun, bunyi enjin agak bising tertutama bila guna aircorn dan melahu. Saya tak pasti samada kete org lain pun begitu. Pada pandangan bro, sesuai kah saya cuba guna produk yg ada di pasaran untuk enjin yg lebih senyap? Sekarang saya guna minyak enjin syntium 1000 sm 15w/50 dan petrol guna petronas. Ada yg syor guna shell, tetapi bunyi enjin lebih bising dari guna petronas. Selain itu tidak ada ap2 masalah... jika bro boleh kongsi pendapat produk apa yg bagus untuk bg enjin senyap? T.kaseh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gun petronas mineral 20w50 insyallah kurang bising

      Delete
  60. Salam.. bro, nk tanya lg ni....
    Esok saya nk tukar tayar... semua... klu expired date tayar tu nanti 4815, boleh guna x? Atau cari tahun ni punya? T.kaseh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,biasanya kita guna tarikh dikilangkan yang tertulis pada tayar jika tulis 0815 bermakna 2 tahun selepas tarikh tersebut pada 0817 tayar tidak sesuai digunakan lagi.Kalau expired date 4815,tayar tak berapa sesuai digunakan lagi bila2 boleh merekah!

      Delete
  61. Salam encik...saya nak tanya...kancil saya (2005) mengalami gegaran kuat di stereng dan bahagian brek tiap kali sy tekan brek...kenapa ya?stering juga jadi berat utk membelok terutama ke kanan...apa masalah ya?

    ReplyDelete
  62. Salam nak tanya, saya pakai wira 1.5, masalah kereta saya bila bawak slow atau laju cuma sterring gegar. Adakah kena alligment semula ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gegar mudah jadi jika tayar makan tepi,tayar bengkak dan stereng rod yang lembut,buat balancing dan alignment serta periksa kerataan tayar

      Delete
  63. Salam. Nak tanya sikit. Dekat bahagian tayar belakang ad berbunyi macam ada sesuatu yang bergesel. Naik fedup dah. Semalam p tukar tayar belakang 2 bijik, absober belakang dengan tulang anjing. Tapi bunyi tue tak hilang jugak! Setress laa gini. Hahahahaha. *Proton pesona auto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kalau guna tayar besar memang ada bunyi bergesel kena tambah spacer,boleh juga cuba tambah spacer ada bunyi lagi tak

      Delete
  64. Assalam..nk tnya sikit...baru ni saya tukar rim baru saiz 15 dan tayar baru keempat2nya mslh sekarang steering sya mengalami gegaran bila bawa laju 120kmj ke
    atas sya dah buat balancing sebanyak 6x dan 1x on wheel balancing tp mslh ttp sama..mounting enjin jga telah sya tukarkn saranan drpd pomen tp mslh masih xdpt diatasi...harap saudara boleh bagi cadangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm gegaran pada kelajuan tinggi berkait rapat dengan lower arm,steering,tie rod dan ball joint,jika ia telah lusuh dan lembut gegaran tak dirasa ketika pada kelajuan rendah sebaliknya ia mudah dirasa pada kelajuan melebihi 90 km/j

      Delete
  65. Assalamualaikum Dan dalam sejahtra semua.sy ada persoalan ingin penyelesaian bersama.bila kita bawa keta langgar bonggol atau lobang kecil apatah lagi besar terasa gegaran Dan bunyi pada steering keta.buat masa Ni sy dh ganti absober depan sepasang,absober mounting, absober link,cover absober,tie rod end Dan bush stabilizer.pomen check lower arm Dan ball joint masih elok.tapi gegaran masih terasa lagi bila langgar lobang.mohon bantuan para sahabat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lower arm sukar diramal keadaannya ,kebiasaannya gegaran kuat adalah disebabkan oleh lower arm,pomen hanya boleh memeriksa keadaan kukuh nya lower arm akantetapi gegaran tidak boleh dipastikan oleh pemerhatian saja,ini biasa saya lakukan dulu dan akhirnya saya tidak silap lagi akan gegaran disebabkan oleh lower arm apabila langgar bonggol atau lubang

      Delete
  66. Anonymous18/4/16

    nak tanya la..model myvi 1.3 2007, bila pusing ke kiri ada kuk kuk kuk, bila jalan slow pon ada bunyi macam tu, tapi x kuat. adakah masalah stering rod ataupon lower arm. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika pusing berbunyi ,ada masalah drve shaft,pusing kiri rosak drive shaft kiri,kanan rosak kanan

      Delete
  67. Saya memandu kancil 850 tahun 2000, masalah saya ialah disebelah pemandu Ada satu bunyi mengetuk ngetuk Yang berterusan apabila kereta begerak tak kira jalan lurus atau belok. Steering kereta jugak bergegar apabila dipandu sedikit laju, jika steering dilepaskan kereta akan membelok ke kiri.

    Masalahnya dimana dan berapa kos untuk dibaiki? Harap tuan dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sagara perlu bawa kereta ini ke kedai tayar untuk alignment dan balancing,periksa juga ball joint jika telah pecah,keadaan kereta yang sukar bergerak lurus adalah masalah alignment dan roda

      Delete
  68. salam encik
    sya.ada kereta kancil 660 tahun 1997..masalah sya.kebelakangan ini kekadang kereta seperti ssh nak.idup enjin nya..sampai nak isi.minyak pun fobia nak.matikan enjin.tapi ada.terbaru terjadi sya.atasunya dengan goyang2 kan setreng kereta lepas tu enjin kembali idup kenapa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah starter,sebaiknya tukar starter

      Delete
  69. Assalamualaikum Saudara.
    Saya pemilik Kereta Gen2 1.6 Auto. Masalah saya kereta berkenaan di tayar hadapan sebelah kiri. Apabila memandu di jalan yang tidak rata kereta akan mengeluarkan bunyi seperti besi berlaga. Saya juga telah tukar Absober link dan Bush Sway Bar atau Front Anti Roll Bar. Namun bunyi tetap ada.

    harap tuan dapat email kepada saya.
    Terima kasih

    batman.progress@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,biasanya sebab ball joint lower arm yang lusuh

      Delete
  70. Bila memandu 80km/j ..kereta akan bergoyang kiri kanan..adakah masalah steering rack?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah steering rod yang lembut kiri dan kanan

      Delete
  71. Assalam.
    Saya ada masalah kereta alza tahun 2013. Ada gegaran dalam bonet belakang bila pandu 120km/j...kenapa ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,getah ta rapat dengan bonet,ada kelegaan menjadikan longgar,dapatkan getah bonet baru

      Delete
  72. Assalamualaikum,,nak tya kalau tukar lower arm belkang,, brapa yew cost yg dikenakan utk siap pasang

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kalau kereta Malaysia sekitar rm500

      Delete
  73. salam tuan saya nak tanya myvi saya bila jalan tak rata atau lalu di atas cat cat jaln .. stering akan keluar bunyi rasa macam longgar .. boleh saya tau apa punyanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ia memang longgar ,ada bush getah pemegang pada stereng rack,bush tersebut mungkin lusush

      Delete
  74. assalam tuan... saya ingin bertanya berkenaan kereta viva saya. model 850. dah 7tahun saya pakai. masalahnya ialah bila saya break.. steering akan bergegar? apa masalah dia tuan? adakah disebabkan steering rack? disk break rosak? untuk pengetahuan tuan, absorber top mounting pon saya dah tukarkan yg baru. dan lagi 1 soalan tuan.. adakah normal jika setiap kali kita panaskan enjin kereta, bau karbon kluar melalui ekzos? bau spt hangit2 mcm tu. tiada asap putih. bila dah drive bau tu dah xda. harap tuan dapat membantu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,bila brek dan body kereta bergegar adalah masalah steering rod yang lembut,perlu ganti.

      Masalah bau hangit karbon adalah kerana terdapat banyak karbon kotor dalam ekzos,tabung ekzos tidak boleh dicuci hanya perlu diganti

      Delete
  75. Salam bro.saya pakai honda city 2006.bawak keta kelajuan 120 keatas stereng jd gegar..ape masalah yee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa tayar jika ada makan tepi pada kelajuan tinggi stereng akan gegar kuat

      Delete
  76. Salam tuan sy pengguma honda civic model lama..masalah sy alamai skrg ialah apabila kederaan sy bergeral agak laju dan sy menekan brek.kereta seolah2 melayang kiri n kanan...sy dh buat servis brek.tpi hasilnye sama jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada kemungkinan absorber mounting telah beralih dan tidak mencengkam pada kedudukannya dan kereta akan melayang apabila dibrek,dapatkan kepastian dengan membuka absorber disebelah mana yang terasa melayang bila dibrek

      Delete
  77. Hai..saya ada persoalan mengenai kereta saya..saya terlibat dlm kemalangan pada bulan lepas dan bahagian yg kena adalah rim sebelah pemandu bahagian dpn..dipendekkan cerita,saya telah menukar beberapa part yg rosak iaitu drive shaft,rim,absorber dan gandar(stering rod)..walaubagaimanapun,selepas menukar beberapa brg ini,kereta saya masih tidak stabil ketika dipandu semasa jalan kering lebih2 lagi semasa hujan..ketika hendak membelok ke sebelah kiri,kereta akan rasa tergelincir padahal alignment telah dibuat pada minggu lepas..mohon pandangan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai,jika rasa tergelincir itu tandanya ball joint lower arm bawah disc telah rapt ke disc,perlu diganti,segera atau tkar lower arm kiri dan buat alignment

      Delete
  78. Salam...sy pkai persona elegance...masalah sy bila nk belok ke kiri atau kanan kereta ada bunyi mcm meletup...kdng2 masa bawa pun ade bunyi...kenapa ye? Bahaya ke? Berapa kos klau kena tukar alat ganti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,periksa plug kabel berkemungkinan tercabut atau longgar bila ambil kona,sebaiknya gantikan kabel dan plug juga

      Delete
  79. Salam.. Myvi 2006, lari ke kiri apabila tekan brek & lari ketika ketika jalan lurus.. Alignment dah buat byk kali.. Kereta mcm rendah sebelah kiri hadapan.. Lower arm sblh kiri & tie rod end dah tukar.. Tetap sama.. Apa mslhnya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar bering absorber dan spring absorber

      Delete
  80. salam..myvi 2007,baru2 ni pg buat allignment..time nk rotate tayar pomen tunjuk tayar belakang kanan makan sebelah dalam..belah kiri ok..pomen tu ckp kena tukar gandar belakang tu sebatang..betul ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tiada sambungan putus pada arm Myvi jadi perlu ganti sebatang penuh

      Delete
  81. Assalamualaikum En Arsad
    Saya guna myvi 1.3 manual tahun 2011.masalah kereta saya,bila saya lalu kawasan terhentak-hentak,brake saya jadi macam kosong then perlu di pump2 kemudian baru elok semula dan dalam masa yg sama,stereng kereta jadi goyang.dah pergi buat alignment & tukar master brake pump,tapi masih berulang jadi macam sebelumnya selepas lalu jalan terhentak-hentak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,tukar getah brake caliper kiri dan kanan,periksa brake piston roda belakang,jika ia bocor gantikan,buat bleeding brake semula untuk hilangkan angin dalam hose

      Delete
  82. Salam,
    Sy ada masalah rack steering bocor sebelah kiri.setiap sminggu nk kena topup minyak.berapakh kos untuk
    Baikpulih steering rack?.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  83. Salam nak tnya
    Klau tukar crossmember ke70 ad sangkut sekali dengan injin x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada bracket pada enjin perlu dibuka

      Delete
  84. Assalammualaikum..

    Saya agak kurang selesa dgn bunyi geseran kering apabila kereta saya bergerak perlahan, bunyi geseran tersebut semakin kuat apabila belok ke kanan dan apabila belok ke kiri bunyi geseran tersebut hilang.

    Harap tuan boleh kongsi cadangan untuk cari masalah tersebut

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,geseran perlahan adalah akibat bearing roda yang bergoyang tidak kukuh lagi.ganti bearing roda kanan

      Delete
  85. As Salam bang..roda belah kiri tak center sikit ke belakang sampai terkena dinding fender sebelah pintu..roda pun sikit kedlm..apa punca kerosakan..atau sekadar buat jajaran semula..tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lower arm perlu ganti kemudian buat alignment

      Delete
  86. Saya pengguna saga sv..masalah saya bila kereta tgh berjalan, bila pecut sikit kereta akan bunyi berdegung sebelah depan, dasbord ada sedikit gegar..bunyi mcm tayar kena body kereta...tp bunyi hilang bila tekan clutch atau free gear..bila lepas clutch bunyi dtg balik..tp bunyi tu bukan selalu terjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bearing clutch telah kasar dan berbunyi,saudara perlu turun gearbox dan tukar bearing clutch,in sha allah gegar enjin dan dashboard akan kurang,kunci ketat semula skru dashboard bahagian tepi kedua2 sudut atas kaki pemandu.in sha allah ok

      Delete
    2. Terima kasih sbb reply...apa yg memeningkn saya Sebab ada org kata drive shaft rosak...semasa bergerak, bunyi tu dtg bila tekan pedal minyak...tp bila free gear semasa kereta masi bergerak, bunyi n gegaran tu hilang...mohon bg pencerahan sbb bajet x brp mengizin kn klu tersalah buat...tq

      Delete
    3. bearing clutch hanya bunyi ketika bergerak dalam gear,free gear tidak berbunyi,bunyi hilang cuma bila tekan clutch,kos baiki sekitar RM700,jika lambat baiki tiada masalah hanya bunyi saja kurang menyenangkan

      Delete
    4. Ok...terima kasih byk2.....šŸ’øšŸ’ø

      Delete
  87. Salam. Saya nak tanya. Semasa kereta berhenti and tekan pedal minyak derect ada bunyi krekk2 kt bawah. Benda ni terjadi selepas kereta terlantun kt lopak

    ReplyDelete
  88. Salam. Saya nak tanya. Semasa kereta memulakan perjalanan tekan pedal minyak berterusan akan keluar bunyi krekk2.bergetar. klu tekan pedal sikit tak ada bunyi apa. Benda ni terjadi selepas kereta terlantun di jalan yang berlopak. Kereta axia

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa cover disc mungkin bergesel dengan disc

      Delete
  89. Salam...saya nak tanye apa masalah kalau kereta dibahagian tayar ade bunyi macam kreek kreek...tulang anjing dah tukar beserta absorber link pun tukar...apa masalah sebenarnya..boleh tn makenik share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa bearing roda,tinggikan roda guna floor jack dan pusing,jika bearing bermasalah ia boleh didengar dan pusingan juga ketat

      Delete
  90. Salam. Sy nak tanye. Sy ade kereta saga iswara lama. Dah lama xstart mungkn dh staun. Untuk gerakkan balik kete tu perlu cek ape dlu ye slain bteri? Lpstu ade mslh stereng,stereng xleh pusing ke kanan dan ke kiri. Ape mslh nya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gunakan wd40 untuk semburkan pada joint seperti di roda dan bahagian stereng ,bila karat hilang ia boleh digerakan semula,selebihnya baca disini https://mekanikkereta.blogspot.my/2016/09/setelah-sekian-lama-ditinggalkan-dan.html

      Delete
  91. Salam n good morning . Nak tanya . kenapa ye bile drive langgar lubang, tayar depan belah kiri rase macam tertarik2. Tayar belah kanan ok. Baru je buat alignment n balancing. Dah banyak kedai buat still same. Sy pakai honda jazz baru 3 thn. Mohon bantuan Abang mekanik

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali,keadaan roda keras sebelah membuatkan kereta tertarik2,satu masalah camber tetapi jika keaddan camber roda telah dibaiki,ini juga mudah terjadi jika tie rod end pada hujung stereng rod agak lembut,perlu gantikannya,pada kebiasaannya ia ia sekali dengan stereng rod

      Delete
  92. Salam, baru baru ni tayar kereta saya pecah dh telah menyebabkan hentakan yang agak kuat. Masalahnya ialah:
    -steering saya lari kekanan hampir 90 darjah pusing baru boleh bergerak lurus.
    -rasa tayar macam lari kekanan dan ke kiri.
    -terdapat bunyi geseran besi di tayar sebelah kiri.

    Dah tanya pomen, katanya perlu tukar tie rod & long tie rod.

    Minta kepastian, betul ke sebab masalah tu dan brp anggaran kos utk honda jazz tahun 2006.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,sebelum tukar pastikan rim tidak bengkok,kos tukar tie rod dan steering rod adalah sekitar rm300

      Delete
  93. salam tuan..nk tnye


    1.tyr kete sy dpn dua2 haus mkn dlm n luar.bile drive trase tyr kiri gelong n stereng bgegar tarik ke kanan.tp bile ambil corner kiri or kanan tk rse gelong n streng tk gegar.pomen ckp tyr sudah rosak.agk2 ade tk sbab lain slain dari rosak tayar tsebut.
    2.punce tayar haus sbelah dlm n sbelah luar n tgh  tk haus

    terima kasih byk2 tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,punca tayar haus sebelah dalam adalah kerana skru disk atau skru tayar yang lusuh dan senget manakala tayar haus luar adalah kerana balancing dan alignment toe in dan toe out serta chamber yang tidak dibaiki

      Delete
  94. Salam bro. Kereta saya ada bunyik kruk kruk kruk sebelah kanan enjin. Kereta triton. Kalau bawah 40 tidak bunyi tapi kalau atas 70 km/h bunyinya kuat. Apa masalahnya tu? Kalau membelok tiada bunyi cuma pada jalan lurus saja.. adakah itu masalah steering rack?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada beberapa pulley belting yang perlu diperiksa termasuk juga tensioner yang berkemungkinan berbunyi

      Delete
  95. Salam encik...

    saya nak tanya...kenapa sensor dalam kereta berbunyi dan lock pintu automatik akan terbuka bila belok kekiri..klu belok kekanan, ok saja..adakah berkaitan dengan stereng atau macam mana..harap soalan saya dapat difahami...takut salah cara tanya...terima kasih encik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lock pintu utama adalah pada pintu pemandu,lock ini telah terlalu lembut dan menyebabkan ia terbuka atau tertutup lebih2 lagi jika membelok,alat lock dipintu pemandu mesti diganti

      Delete
  96. Assalam..bro saya guna alza thn 2012 pakai rim 17 tayar 45 sebelum ni xde masalah baru sehari dua ni bila saya bawa kereta rasa bergoyang dan bila bawa slow makin kuat rasa goyang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika goyang saudara perlu periksa bolt pada roda jika terdapat yang longgar dan perlu diganti,bering roda juga perlu diperiksa kerana tayar yang besar mudah merosakkan bering roda

      Delete
  97. salam, sy nak nak tanya pasal kereta kancil

    1. bila bawak pstu terlanggar lubang kecik, bonggal kecik atau jalan tak rata mesti streeng akn ke kiri ke kanan
    2. tayar kereta bahagian depan cuma haus belah dalam,tapi lebih teruk sebelah kanan. bila sampi selekoh ke kiri tayar akan berbunyi syrekkk adakah sebab absorber? sebab sy dh tukar drive shaft, lower arm, streeng rod. tapi masih tak berhasil. ada dlm 2 3 kali jugak lah tukar tayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,
      1.buat alignment dan minta mekanik periksa pusingan roda tayar jika ia berat sebelah ia mudah jadi begitu akibat bering roda yang ketat sebelah
      2.ini berkait dengan absorber yang lusuh serta mountingnya,perlu ganti

      Delete
  98. Salam bos, masalah apa kreta bos tu.

    ReplyDelete
  99. Masalah begini masalah stereng rack saja ,gerigi telah haus banyak jadi ia sangat lembut dantiada cengkaman apabila roda membelok

    ReplyDelete
  100. Bos, saya ada keteta satria gti, yg mejadi kehairanan saya tayar dapan sebelah kiri agak kebelakang sedikit kira2 1 jari telunjuk. Agag2 bos apa masalahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah ini masalah spring absorber yang sebelah lembut dan sebelah keras,periksa juga jika lubang absober mounting menjadi besar atau longgar.

      Delete
  101. Slm..mntk tlg beri panduan atau pandangan tuan..kereta br sdh servis adjustable..kemudian tkr tyar dan chamber ats di blnkg..slps servis adj. Abbsober..kereta cam ula ke kiri knan slps lps miyak dan bl stating trik pikup..slps slsai tkr tyar dn chmber di belkng..kemudian alimen..slps itu,keadaan kerta mnjdi kurng 50% pd mula2 skli.td br tkr lower arm dpn dan stblizer link kiri kanan dan akhir skli alimen..kereta masih lagi tarik hnya ke belah kiri..anggaran sy 10 ke 20% tarik ke kiri hnya berlku ketika lepas pedal minyak.agak2 tuan pa masalh nye lg..ribuan t.ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tarik ke sebelah bermakna roda berat bila berpusing,bila ditarik lebih ke kiri keadaan roda berat biasnya akibat bering roda yang lusuh dan satu lagi jika mounting absorber bearing ketat dan kesta,kedua2 ini perlu ditukar supaya keadaan lebih sekata dan dapat mengimbang pusingan baik untuk kedua2 roda apabila kereta bergerak

      Delete
  102. Saya ada masalah tekan minyak kereta ke kanan dan lepas minyak kereta ke kiri. Lower arm 2 side dah tukar upper arm kiri dah tukar,stering trek dah tukar tapi punca sama je. Knp tolong saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2 sebab,pertama mounting absorber yang ketat,kedua sebab bearing roda yang longar tapi jika mounting absorber dah tukar,cuma kena pastikan bearing roda dibaiki juga

      Delete
  103. Salam.. saya pakai kereta saga blm tahun 2008 masalah sekarang bila dalam kelajuan 60km keatas terasa macam body tertarik sekali.Adakah perlu tikar lower arm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah body tertarik sekali ada kemungkinan masalah chasis,saudara perlu periksa chasis dahulu

      Delete
  104. Saya nak tanya saya pakai perdana masalah saya sekarang bila bawak kadang kadang bunyi macam tayar bocor tapi bila tengok tak bocor apa punca ya

    ReplyDelete
  105. masalah bering roda ketat boleh sebabkan rasa begitu,nak rasa ok ganti bering roda

    ReplyDelete

Post a Comment

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,


Popular Posts