Dapatkan 10 peratus sampel online percuma-klik gambar

Sistem kawalan minyak karburator

Hanya dua sistem minyak enjin kereta yang terdapat pada masa sekarang iaitu sistem karburator dan sistem injektor yang digunakan dalam pembakaran enjin.

Sistem injektor(fuel injection) menggunakan pancitan minyak untuk pembakaran Diantara dua sistem ini sistem karburator adalah sistem terawal dan paling banyak digunakan sejak terhasilnya kereta.
Sistem karburator

 Sistem ini berfungsi dengan menggunakan sebuah alat yang dipanggil karburator dan didalam karburator teletaknya minyak petrol yang ditakungkan pada dasar kebuk karburator.Minyak petrol di dasar inilah juga yang dibawa nelalui paip-paip kecil didalam kebuk karburator untuk digunakan dalam sistem pembakaran enjin.

 Terdapat beberapa kebaikan penggunaan sistem ini.Diantaranya ia amat mudah digunakan dan tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi,berbanding sistem injektor.Sistem minyak menggunakan karburator ini pula amat mudah untuk diselenggara seperti di servis,ditukar alatan dalam(carb kit) dan juga diservis menggunakan carb cleaner.

Penggunaan carb cleaner ini amat bersesuaian untuk jangkamasa yang pendek tetapi berbaloi kerana carb cleanaer akan membersihkan kotoran dalaman pada paip dalam karburator.Walaupun carb cleaner baru diperkenalkan dalam industri automotif tetapi penggunaannya semakin meluas sebagai pembesih karburator cara cepat dan ringkas.

Keburukan karburator pula ialah ia mudah sumbat kerana paip-paip dalam karburator yang amat kecil salurannya. Karburator juga mudah tidak stabil jika nisbah minyak dan angin yang disesuaikan tidak tepat pada kedudukan 2:1 iaitu 2 minyak dan 1 angin.

Terlalu banyak membuka paip angin akan menyebabkan pembakaran susah dilakukan kerana terlalu cepat minyak yang dikeringkan sebelum pembakaran dan menjadikan enjin susah hidup,begitu juga sebaliknya jika minyak yang disesuaikan dalam karburator terlalu tinggi keadaan yang dipanggil overflow' akan berlaku. 

 Antara 10 keadaan yang terjadi bila nisbah 2:1 yang tidak tepat

1)Asap putih yang sedikit kebiruan 
2)Enjin tersedak 
3)Ekzos mengeluarkan letupan kecil 
4)Mengambil masa lama untuk dihidupkan 
5)Api yang sangat kecil kelihatan dalam dalam letupan pada ekzos 
6)Bunyi seperti gegaran bila pedal minyak ditekan 
7)Kereta susah naik bukit dan meletup sekali sekala 
8)Enjin semput bila pedal minyak ditekan 
9)Kuantiti petrol digunakan semakin bertambah 
10)Spark plug cepat rosak dan hitam

Comments

Mekanik Kereta said…
wslm,ini perlu top overhaul akibat bocor minyak ke ruang pembakaran,kos baikpulih top kira2 rm1000
Mekanik Kereta said…
masalah karburator
Mekanik Kereta said…
cara manual dengan memusing plunger minyak dan angin pada kadar 2 nisbah 1
Unknown said…
Salam bang..wira 1.3 carb..bru lepas servis karburator,dulu semput tapi skrg dah ok n lancar.masalah skg lain pula yg berlaku,kdg2 bila tutup suis,enjin bergegar mcm tak nak mati.1-2 saat gegar baru mati.pomen set skru minyak terlebih ke?atau mcm mana?
Mekanik Kereta said…
wslm,minta mekanik setting semula,terlebih minyak tu
Unknown said…
hello tuan..kereta saya proton lmst.skrang ne on aircon atau off sama saja terlalu bau petrol..
Mekanik Kereta said…
hello,bau petrol dalam kereta biasa jadi pada sambungan fuel filter,periksa sambungan fuel filter bawah kereta
V for Vendetta said…
Tahniah tuan, setia menjawab soalan sejak dari 2012. semoga dimurahkan rezeki.insyaallah.
Salam. Saya pakai toyota altis 1.6 2003. Masalah saya bila naik bukit highway selalu jadi tersekat2. Naik bukit meter 80kmh pun dah jadi berat. Nak masuk line laju kena pederas pedal. Bantu saya. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah pick up adalah masalah klac plate untuk kereta manual tetapi jika auto masalah banyak disebabkan oleh sensor seperti map sensor dan ekzos sensor serta minyak gear yang tidak ditukar
Unknown said…
Assalam tuan...nak tanya pasal enjin mitsubishi 4g91 saya tukar pakai karburator wira 12v...
Masalah skrang ni enjin jd x stabil & brek x berapa makan.kena ram dulu baru brek makan.agak2 tuan apa masalahnya tu.mohon membantu...
Mekanik Kereta said…
wslm,karburator tersebut perlu diservis dan setting semula untuk stabilkan minyak dan angin untuk kestabilan RPM.

Masalah brek tiada kena mengena dengan karburator,ia ada masalah pada master pump saja,buat bleeding minyak brek
Unknown said…
Salam en mekanik . Kereta iswara 1.3 saya ada masalah timing . Bila start ok . Tapi press minyak timing turun sampai enjin mati . Apa masalah yang terdapat pada kereta saya ?
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah kaburator,servis karburator
Unknown said…
Assalamulaikum...
Saya baru tukar enjin L5 660cc injection dan guna gear automatik(half cut).masalah saya bila melalui bukit, kereta jadi terhenjut2..bila ditekan lagi pedal minyak,enjin macam nak mati.terpaksa tukar gear D3 utk terus naik bukit.ada juga keluar minyak dari hose minyak.apa masalah sebenar dan jalan penyelesaiannya
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin yang demikian biasa dikaitkan dengan keadaan minyak untuk dibakar kurang baik terutamanya sebab throttle body yang kotor,fuel filter kotor dan air filter juga,pastikan hose minyak yang keluar diganti,servis throttle body dan bersihkan tps sensor serta air filter,fuel filter ditukar
Unknown said…
Salam..vanette saya bila sy bawak dlm 60 jadi semput..jerking..bila start enjin kdg2 ada bunyiletup.plug dgn cabel dh check ok.berdasarkn apa yg sy baca komen tuan yg lepas sy rasa prob karburator.yg pertama skrew yg mna satu pd karburator itu angin dan minyak?kemudian yg mna sy perlu adjust dulu?
Mekanik Kereta said…
wslm,sebaiknya tukar dulu contact point selepas itu barulah servis karburator,plunger skru angin tenggelam sedikit hampir tidak nampak manakala plunger skru minyak pula sentiasa diluar
Anonymous said…
Aslmualaikum tuan, terima kasih atas info yg berguna, semoga tuan memperolehi kebaikan diatas perkongsianY... terbaikkk
Unknown said…
Salam pomen...saya ada masalah ckit... sya guna honda crv rd1. Masalah keta sya xzos slalu letup2 enjin plak kuat gegar. Bila pasang ekon lg kuat gegar dia... apa masalah nya tu tuan....
Mekanik Kereta said…
wslm,keadaan api dan minyak tidak baik,sebaiknya tukar fuel filter,kabel plug,air filter dan servis throttle body dan tps sensor .bila rpm stabil pada 900-1000 enjin akan hilang gegar dengan sendirinya
Unknown said…
Tuan
Kereta saya proton iswara aeroback 1.3
Bila says tekan cluch untuk menukar gear enjin akan mati....
Begitu juga...
Bila says memperlahankan kenderaan
Dalam bacaan 2/rpm...
Enjin akan tersedu-sedu...

APA permasalahan tersebut
Mekanik Kereta said…
Saya rasa klac plate kereta ini perlu ditukar kerana hampir habis
yanna said…
Saya guna kereta Proton iswara aeroback. baru ganti carburator. masalah sekarang pagi-pagi start engine RPM bawah satu.. bila dah warmup RPM naik lebih dari satu.. dah hantar ke bengkel untuk setting semula tetapi tiada perubahan..apa puncanya.. ada vacum carburator?
Mekanik Kereta said…
ada alat dipanggil diaphragm pada karburator perlu diadjust supaya atau tukar hose vakumnya
shahul6416 said…
assalamualaikum tuan,nak tanya sikit...mengapa meter minyak iswara 1.5 auto saya berperangai naik turun bila saya tekan pedal minyak ?
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu ganti float dalam tangki
Mekanik Kereta said…
masalah karburator
Unknown said…
Salam...saya nak tanya tadi saya ada servis carb lmst sendiri dgan ganti kit dalaman.masalahnya nak idupkan enjin kena ttp mulut carb apabila buka terus je mati..tlg bang dah pening ni...nak jimat la ni.
Mekanik Kereta said…
wslm,bila servis kena teliti,jangan ada jet yang tertinggala atau gasket yang tidak tepat kedudukan ,begitu juga getah minyak dan pelampung,jika semuanya ok ,setelah itu buangkan angin dalam karburator dengan menutup sesekali dan buka ketika enjin hidup akan tetapi jika kes macam ini biasanya ada masalah pada ketika pemasangan semula karburator,perlu buka dan cari silapnya
Armsyar said…
Tuan, bole tlong tunjuk ajar mcm mana cara nak adjust minyak dgan angin kancil 850 ..
Mekanik Kereta said…
pusing skru angin karburator pada tutup dan buka perlahan2 sambil skru minyak diselaraskan nibahnya 2 angin satu minyak
Armsyar said…
Tuan kancil 850 sy ada masalah ., temperature sy cepat naik H knp ye ... Kdang2 ok , klau main Minyak lagi cepat naik ... Sy dhbuntu harap dpt membantu masalah sy
Mekanik Kereta said…
servis radiator tukar thermostat insyallah temperature dapat dikawal oleh sistem
Unknown said…
kancil saya baru baru ni rpm jadi bersepah. dimana ketika idle rpm meencecah 2000, bila on air cond kadang2 drop sampai 1200 tapi biasanya 1700 sahaja.

masalahnya apabila saya tekan minyak, dari 2000rpm tu dia akan drop sampai 500-700 rpm, kadang2 macam nak mati, tapi takkan mati.
Dan bila kita pair kan dengan main clutch sebab nak masuk gear( yang mana memang akan dropkan rpm), gabungan kedua2 ini selalu menyebabkan enjin saya mati tiba2. Biasanya terjadi ketika Masuk gear 1, 2, dan 3.

Saya dah pergi bengkel, sebab memang nak servis minyak hitam, alang2 tu cek sekali dgn carburetor tu apa problem. berdasarkan apa yang saya banyak belajar dari blog tuan, punca mungkin dari carburetor tuning tak cantik, throttle body, fuel filter ataupun fuel pump.

Jadi di bengkel tu, pomen tu hanya tuning tanpa bukak carburetor tu. walaupon saya dah mintak untuk buka dan cuci carb, sekali dgn cek part2 yang saya senaraikan tadi tu, so boleh kenal pasti apa punca sebenar. Katanya, selepas setengah jam adjust tuning, carburetor saya mmg dah tak boleh drop lagi, walaupon dia dah adjust ke paling rendah (tetap 2000rpm juga). Jadi dia terus sarankan untuk saya tukar pasang carburetor lain.

Saya harap tuan boleh bagi pendapat dalam masalah saya ni dan kalau boleh beserta anggaran kos baik pulih tukar carburetor baru baik ori ataupon tidak.
kalau boleh sertakan nombor contact tuan supaya senang kita nak berbincang lagi. 013-3533701
Mekanik Kereta said…
minta mekanik tukar diaphragm dulu dan pastikan juga semua hose vakum masih elok dan berfungsi
Unknown said…
Maaf bang, lari tajuk sikit, berapa harga untuk tensioner bearing wira ek?? Tq bang
Mekanik Kereta said…
Kira2 RM200
Unknown said…
Salam tuan..sy pkai kereta kelisa..masalahnya bila kereta smpai 130 ia akan tersedak..apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti fuel filter ,air filter dan kabel plug
Rin Jamaludin said…
assalam..
sy ada satu iswara sedan 1.5 manual tahun 2006 yg baru lps d top overhaulkan dlm 2-3 minggu lps..
pwr mcm dah ok kot (haha dah ingat2 lupa pwr asal mcm mana)..cuma skrg fc dia jd 10km/ltr lbh kurang..mcm kuat jek tu..
satu lg bwh 120 masih terasa ringan..tp atas pd tu nak naik 130+ jd mcm berat sgt nak smpai..
pandangan tuan? tk
Mekanik Kereta said…
wsalam,lepas top jangan gunakan sehingga lebih 80 km untuk seminggu kerana komponen masih baru dan ia boleh rosak lebih teruk jika dipecut laju selepas top overhaul dan prestasi akan terus menurun jika telah dipecut laju
Unknown said…
Salam tuan..bleh tolong ajarkan diagram hose vacum untuk enjin 4g15 karburator..
Mekanik Kereta said…
http://s253.photobucket.com/user/magnabuff/media/emission_152-2.jpg.html
Unknown said…
salam tuan..kenapa kereta saya kuat makan minyak???isi rm30 dlm 2/3 hari je pakai..jalan x jauh mane pun..tolong tuan apa masalah nya..saya pakai saga magma 8 valve..tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis karburator,adjust tappet insyallah ok
Unknown said…
Aslmkm mintak pndpt sy pkai viva 850 ...sekrg nie sy x nk tukar enjin nk upgered enjin...tanpa pasang turbo...bb turbo x bgus tok kete jln jauh..sy nk pkai piston 71mm ..conrod bsr kn..injector pkai kelisa punya ..head korek skit...ok x yg sy nk wt nie..ke law wt ada kesan...
Mekanik Kereta said…
wsalam,tiada masalah cuma minyak saja yang kuat sikit
Unknown said…
Assalamualaikum.tuan,iswara aeroback sy manual bila waktu pagi agak sukar utk dihidupkan..kena 2 atau 3 kali cuba baru enjin hidup.Kemudian,kadangkala bila pertukaran gear daripada tinggi ke rendah enjin akan sentap,dan adakalanya bila kereta nak mula bergerak rasa berat walaupun dah tekan pedal myk kuat.kabel plug,plug,distributor dah br jer tukar.tp keadaan yg sama berlaku.awal bulan jun hr tu br jer servis karburetor..dan awal bln jun tu juga sy br tukar plug..dan bila check blk plug pd bulan 9,plug dah rosak..walhal br jer 3 bulan tukar...apa sbb enjin jd sentap time tukar gear dan kereta tgh bergerak.Kdg-ksg bila on aircond enjin jd mcm gegar.mohon pencerahan.
Mekanik Kereta said…
wsalam setting karburator tak ok,ganti dulu fuel filter,enjin gegar kerana RPM tak stabil berada bawah 1000 rpm,periksa FICD kerana itu juga tidak berfungsi,jumpa mekanik untuk setting semula karburator dan idling distributor
Unknown said…
Assmualaikm bro mekanik sya ada kereta proton Lmst sya bru tukar low arm dgn satay bush sekali selepas guna beberapa hari sya dapati satay bush telah rosak dan sya menukar satay bush baru tetapi hnya beberapa hari d gunakan dah berbunyi balik..apa yg patut sya tukar??
Mekanik Kereta said…
wsalam tukar absorber bering dimana satay bush digunakan
khalil said…
Salam tuan melantik.. sy guna wira 1.5 kaburator thn 97...masalah sy kereta ssh nk masuk gear 1,2 n revearse..bila tekan clutch rasa ringan sgt?..enjin pula minyak hitam makin kurang dr paras tngh n kereta keluar sedikit asap pd ekzos selepas enjin dihidupkn harap tuan mekanik dpt membantu...
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu ganti kabel klac dan tambah minyak hitam,saya rasa ada bocor pada gasket cover saja
Unknown said…
en.arsad,saya pengguna kereta naza citra 2009,apa masalah kalau bila enjin sejuk kita start begegar bila tekan minyak semput..lama-lama baru enjin ok..boleh bagi pencerahan,plug,coil dan cable dh tukar,fuel filter pun sya dh tukar,throtel body dgn idle control speed valve dh cuci masih juga jadi
putra1 said…
Assalamualaikum Tuan, keta Saya Wira auto, selang 2-3 hri bila sedang bergerak tetiba enjin senggut2, x de power, masa tu speed cuma blh 20-30km/j je, lampu check enjin Pn nyala,tp bila matikan enjin 1-2 min pstu hdupkn smula hilang mslhnya,atas gear box Pn Ada kesan myk leaking tp x psti Dr mana.. Harap EN.arshad dpt bntu sy, terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ganti relay ECU mungkin dah lusuh,masalah atas gearbox ada minyak itu bocor gasket minyak hitam atau seal penolak gear
ah lee said…
nak servis radiator berapa ye anggaran kos untuk satria 97' 1.3?
Assalam tuan, kereta saya ada masalah bila lepas start enjin jadi semput..kena biarkan enjin panas dulu dalam 2-3 minit baru enjin dah tak semput..masalah karburetor ke?..saya pakai iswara 1.3
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis karburator,ganti jet dengan repair kit
Unknown said…
Assalamualaikum tuan,
Saya mempunyai kancil 850. Enjin standard..Masalah yg saya hadapi ....
1) Timing kereta terlalu tinggi . Bila di matikan , enjin susah utk dihidupkan.
2)Keluar asap putih dari enjin . Samaada waktu kereta berhenti(enjin hidup) dan sewaktu kereta bergerak.
3)Starter juga susah hidupkan..

Apakah masalah yg saya hadapi dan bolehkah tuan memberi jalan penyelesaian? untuk nota tambahan, suami suka topup minyak hitam pada kancil dengan menggunakan minyak hitam utk kereta avanza kami .terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kancil ini haus piston ring ,perlu ganti,buat overhaul kerana minyak hitam yang agak cair menyebabkan banyak geseran dan piston ring cepat haus,starter boleh diservis atau tukar,kos overhaul kira2 RM2000
Unknown said…
saya juga mengalami masalah yang sama dgn tuan, bagaimana cara utk atasi, kaberator/alternator kedua2nya sudah ditukar beberapa kali, tp masih mngalami mslh ini. sering mati2. mohon bantuan dr tuan.
Unknown said…
Salam tuan.
Saya guna honda sm4. Kereta saya banyak telan minyak. Ada mekanik suggest tukar injection. Adakah ianya wajar atau ada cara lain utk menjimatkan minyak? Dan bpe anggaran kos tukar ke injection?
Mekanik Kereta said…
wslm,gantikan fuel filter,tabung ekzos,plug dan plug coil boleh jimatkan minyak sekitar 30 peratus,
Unknown said…
Salam tuan pomen,nak tanya la,masalah kereta kawan sy,kereta iswara caburator,kadang-kadang bile start tak boleh hidup.tapi bila cabut distributer & pasang blk boleh hidup..ape masalahnye..tapi kalau dh hidup o.k je tak de mati-mati..terima kasih tuan pomen..
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti distributor,hujung distributor tidak cengkam baik untuk permulaan ignition
nazrin ramlee said…
As salam.. Bagi alamat bengkel tuan Arshad
Mekanik Kereta said…
wslm,0193716023 (hasbullah)
Unknown said…
assalam tuan..saya ada sebiji toyota ke70 enjin standard 4K yang baru di servis kereta dan buat top overhaul.Karberator semua sudah servis.masalah sekarang,walaupun enjin dh panas tekan minyak,enjin macam nk mati.dkt traffic light ja mati.Kena pump2 br bleh lpas clutch.macam nk ajak org race ja.sebelum ni ok ja...Macam mn tuan.apa perlu saya buat.Trima kasih tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,servis karburator dan adjust tappet,in sha allah ok
Unknown said…
Askum...
Sy pakai satria 1.3 carb.. Time sy drive tiba2 mati sebab apa yer.... Walaupun sy dh tukar ac pump n fuel pump xslh sy... Tetap jd gak....
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ini masalah ignition yang berhenti,sebaiknya tukar distributor kerana ia tidak dapat berfungsi secara terus lagi
Mrdinuncle said…
saya baru buat top overhauls van rusa.dlm keadaan sejuk kena pump pedal minyak dan tahan sikit baru start dan tunggu lima minit baru panas baru enjin ok,tapi injin bergetar.distributor kedudukan habis tinggi,apa masaalah
Mekanik Kereta said…
tukar contact point dan selaraskan semula,compression perlu diperiksa untuk keempat2 plug,pastikan ia penuh manakala plug coil perlu ganti,pastikan juga karburator baik dan semua hose angin terpasang elok,pastikan tidak salah menyusun plug coil
Unknown said…
Salam tuan.. Kancil 660,Selepas start dan tunggu 10 minit, bila tekan padel minyak mengejut dan lepas, rpm lambat turun dan ada bunyi letupan dalam 3 kali..apa perlu sy ganti tuan?
Unknown said…
Dan skru set angin kancil 660 mana satu ya? Skru bulat belakang karburator tu ka,mcm boleh pusing guna jari..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar contact point,servis karburator dan adjust
Mekanik Kereta said…
yang terkeluar tu ialah untuk minyak,boleh turu dan naikkan RPM,yang kedalam sedikit ialah skru angin
Asalamualaikum bro nak Tanya proton saga blm wife saya bila start Dia Ada bunyik tik tik tik sahaja tapi enjin tak boleh hiduplah knp ye
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,bateri lemah adalah punca utama kereta tidak dapat hidup
Unknown said…
Salam.
Nk tnya klo minyk dkt carberator overflow apa proses yg perlu buat
Mekanik Kereta said…
wslm,overflow jadi bila minyak yang masuk kekarburator tidak ditutup oleh pelampung,perlu baiki pelampung dantkar jarum dengan repair kit,pastikan servis karburator dan uji karburator
Unknown said…
Assalamualaikum tuan..nak tanya ckit..saya pengguna iswara lmst 1.3
saya dah tukar menggunakan distributor coil luar,spark plug pun baru dan cable plug pun dah tukar yg besar punya...tapi kenapa semasa on aircond dan bila saya pijak pedal minyak laju2..rpm jatuh dan akhirnya engine mati..time high rpm pun macam semput jak..x kan masalah api distributor sbb kan dah upgrade coil luar,x kan coil yg mahu rosak sbb bru brapa bulan juga guna tu coil..bantu2 dulu tuan masalah saya ne..hmmm
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,enjin yang menggunakan carburetor,jika butterfly pada carburetor tidak terbuka habis,enjin akan semput dan RPM tidak menentu,perlu servis carburetor dan pastikan plunger serta butterfly boleh bekerja dengan baik manakala tali minyak pula pastikan tidak sangkut
Unknown said…
Aslam sy guna saga lama 1.3 karburator masalahnya dia ada keluar angin dkt isi minyak hitam dulu tidak begitu apa masalahnya tuu tuan mohon pertolongan.
Mekanik Kereta said…
wslm ada seal comoponent top set overhaul yang bermasalah,saudara perlu buat top overhaul gantikan penutup valve dan seal valve
Unknown said…
Salam Tuan, kereta saya kancil 660 auto. Masalah kereta saya idle terlalu tinggi. Pomen kata karburetor nak kena tukar dn die suggest beli yg 2nd hand. Walau karburetor dh ditukar baru keadaan timing tinggi masih sama. Pomen pun tak pasti ape masalah nye. Boleh tuan cadangkan apa perlu saya buat?

Nota tambahan; karburetor lama tu masih dengan saya dn saya cuba belajar servis sendiri dengan menggunakan karburetor kit. Semua ok, cuma bahagian ketinggian pelampung saya pening sikit kerana ketinggian dn design jarum pelampung dalam karburetor kit tak sama dengan apa yg ada pada karburetor asal. Kalau tuan ada kancil 660 auto karburetor diagram sangat2 lah membantu. Terima kasih banyak2 tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,timing yang tinggi tidak bergantung semuanya kepada karburator,ia patut diselaraskan dengan contact point jika guna atau dengan distributor untuk tuning idle kepada yang lebih baik manakala diaphragm pada kereta adalah vakum yang mengawal sebahagian timing idling pada 900-1000 RPM,servis karburator hanya untuk menjalankan semua kerja2 pancitan minyak dan nisbah minyak serta angin untuk pembakaran ia tidak menstabilkan RPM secara keseluruhan.
Unknown said…
Terima kasih tuan, sekarang timing dh ok. saya service karburetor, dan tukar semua hose vakum. terima kasih atas tunjuk ajar tuan dalam blog ni.
mojojojo said…
tolong bro..keto toyota ae92 den. kaburetor xsedut minyak..end taming xleh setting dh..napo yo???
Mekanik Kereta said…
injector dalam karburator sumbat ,buka dan baiki
Unknown said…
Salam admin
Apa masalah karburator atau engin kereta jika kita start keluar api d karburator?? Plz
Mekanik Kereta said…
wslm,bila api banyak minyak tiad dalam karburator,letupan dan keluar api akan terjadi,cara penyelesaiannya ialah setting semula karburator dan pastikan karburator diservis dgn baik dan mengeuarkan nisbah minyak yang betul untuk dibakar,selaraskan juga distributor supaya api yang stabil untuk pembakaran dalam silinder
Alsabah Hattaie said…
Slps ejas distributor,adkh skru myk atau angin prlu diejas smula?
Mekanik Kereta said…
mesti ejas semula jika tidak tiada pickup
Unknown said…
Saya pakai pajero LO47 waktu pagi susah nak start kena pam dulu minyak
Mekanik Kereta said…
carburetor perlu diservis dan injap dalamannya banyak yang sumbat dan perlu dibersihkan
Unknown said…
Tuan nk tnye sye pakai ford telstar 1.8...bila buka air cond rpm drpp...tutup ok plak..apa mslhnye
Mekanik Kereta said…
Saudara perlu tukarkan FICD,alat ini mengawal RPM ketika kemasukan aircon
Unknown said…
Assaalm tuan blog, ketaa saya sirion 2007,Masalah nyaa saya dh tukar coil plug dan spark plug dlm masa yang samaa,tpi keta saya msih lagi dpt dengar dan rasaa seperti tersedut2(labut2) rpm pun turun naik dri 1000 ke 500 dan slalu begegar enjin bilaa tekan pedal minyak,tuan rasa apaa masalah nye ye??
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah ini masalah injector kurang lawas,perlu servis atau tukar
Unknown said…
bos saya pakai nissan vannette c22.masalah nya bila saya pasang air. cleaner van tu jadi semput tekan minyak langsung x jalan.contact dh tukar plug pun dh tukar.bila pakai pula bila tekan clutch or release minyak akan mati.adakah masalah karb perlu diservis?lagi 1 bau petrol kuat.
Mekanik Kereta said…
benar,karburator perlu servis dan contact point jika masih guna pastikan ia diselaraskan,buang angin dalam karburator,in sha allah ok
Unknown said…
Salam tuan,kereta kancil saya jenis 660cc convert auto d4..

1. Bila mo start keta pagi gear lambat nak masuk,tepaksa tekan minyak sikit untuk masuk,apa sebab tu tuan?

2.enjin kereta kekadang rpm turun naik,pastu bila pasang aircond terus enjin mati..terpaksa off aircond guna angin ja..kereta kuat makan minyak..apa cara membaikinya tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,serviskan throttle body dan pastikan sensor juga bersih dari kotoran ,jika throttle menggunakan jenis bergerigi ,buka dan gantikan gerigi yang patah,gantikan juga fuel filter,in sha allah enjin stabil
Keychik said…
Bro cmne kalau carb sedut udara banyak ehh? Bila tutup skit baru dia steady dia idling maintain mcm airflow besar sangat pun ade
Mekanik Kereta said…
buat setting,tutupkan sedikit plunger angin dan buka sedikit plunger minyak,stabilkan pada nisbah hanya 2 angin 1 minyak
Unknown said…
Sy ingin bertanya, sy menggunakan toyota gl, kereta senang dihidupkan, jln pun lancar, tp bila sy buka plug berwarna hitam, apakah masalahnya?
Mekanik Kereta said…
plug warna hitam adalah kerana campuran nisbah minyak dan angin tidak selari lagi,tuning enjin adalah paling baik,servis throttle body dan gantikan air filter serta fuel filter untuk kelancaran enjin yang lebih sempurna
BdkBaruBelajar said…
Salam tuan..mcm mn cara nk tkr sistem fuel injection kpd sistem carburetor?cuba bos terang kn satu persatu.maaf ye lari tajuk sikit.noob ni.hehe
Mekanik Kereta said…
wslm,cari manifold untuk carburetor ,pasang kemudian selebihnya boleh tau sendiri
myzie said…
Assalam tt,,,sy pakai iswara 1.5..masalahnya kereta sy keluar asap hitam..idling pun tak stabil..plug dan cable dah tukar...adakah ini masalah karburator?
Mekanik Kereta said…
wslm,asap akan hita jika campuran nisbah inyak dan angin tidak selari dan ia dikawal dala karburator,setting perlu selepas servis karburator
Unknown said…
salam.. saya nak tanya mcm mana nak tahu minyak, angin dan api dilaras dgn seimbang
zimmer said…
wslm,RPM pada kadar 900-1000,enjin lancar tidak meletup2 dan prestasi enjin dijalan juga dalam kekuatan baik iaitu pickup lancar
ezad ejat said…
As salam tuan..
Wira 1.5 kaburator
Masalah sy,asap hitam bnyk bila enjin di rem atau semasa memotong.. betul ke situasi itu dikira minyak petrol lebih??
Dan saya bercadang hendak servis /overhaul kaburator wira 1.5 tersebut..kit dah beli..jadi bahagian mana yg perlu saya adjust angin atau minyak di caburator supaya asal hitam tadi tiada??
Mohon reply soalan saya atau wasap sy ke 0167972642.
Mekanik Kereta said…
wslm,setkan semula minyak dan angin pada kadar nisbah 2 minyak dan 1 angin ,asap hitam akan hilang selepas servis carburetor. Ada 2 skru yang perlu dilaraskan di bhagian belakang carburetor
Unknown said…
kereta saya iswara 1.3 . kereta saya sudah 2tahun tidak hidup apabila dihidupkan kereta berjalan separuh jalan dan mati tetapi apabila enjin dihidupkan terdapat bau minyak lama sesudah masuk minyak baru masih berbau minyak lama apakah tindakkan yang perlu dibuat
Mekanik Kereta said…
kereta yang lama tak dihidupkan akan berbau minyak kerana laluan telah kotor,bila ia tidak hidup ia tanda fuel pump perlu servis,untuk iswara lama fuel pump gunakan mehanical fuel pump yang ditolak oleh pusingan enjin,samada servis fuel pump atau tukar ia mesti dilakukan dulu.
Salam tuan.kereta kancil 850 tukar head 12v dan carb 12v.Perbezaan yg nampak adalah carb 12v mempunyai banyak port dan vacum lebih daripada carb kancil 850.Pomen sudah servis carb 12v pasang dan start enjin.Pomen servis carb dy kata cuma binjet serpih sikit.Bila start enjin Pomen kata berasap hitam.Pomen kata tutup semua angin.Tapi masih semput.Bila cuba tekan untuk rem.semput dan enjin mati.Macam mana cara yg benar jntuk settingnya.Adakah benar seperti pomen kata carb 12v sudah rosak dan kena tukar carb lain.saya berharap carb 12v L200 NA saya tidak rosak macam dikatakan pomen��
Mekanik Kereta said…
wslm,bila asap hitam,ia tanda setting angin dan minyak tidak tepat,perlu buang angin dalam karburator setelah itu buka semua vakum dan pastikan vakum untuk angin ke bahagian filter karburator iaitu untuk pembakaran dalam enjin tidak disekat kemudiam selaraskan angin di karburator supaya ia sesuai dengan distributor.inshallah ok
amar said…
salam tuan, sya iswara 1.3 minyak mkn kuat rm30 bukak aircond dlm perjalanan 30km minyak dah habis, apa masalahnya ya tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar fuel filter setelah itu reset ECU dan servis karburator
Unknown said…
Hello tuan,kat area mcm Ada his bahagian PEA tu letak Yang mana 1?
Mekanik Kereta said…
Hello
PEA digunakan untuk bersihkan karbon dalam combustion chamber yang juga adalah additive. Di letak dalam tangki minyak
Asy said…
Hi boss..
Member sy pakai kancil 660. Kereta dia okay jika buka cover lubang angin kaburator tapi kalau tutup balik, kete akan semput membobt. Agak2 bos apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
hi,angin sangat kurang dan gas kotor banyak dalam enjin,cara baik ialah servis karburator dan tukar manifold adalah cara paling baik untuk kembalikan udara yang bersih untuk pembakaran
Miyo said…
Kereta saya susah star kena star lama sikit baru hidup dan bila pada rpm tertentu kereta saya akan sangkut2 seolah olah kurang minyak. Itu berlaku selepas pomen membuat settingan pada ration angin dan minyak carburetor. Boleh saya tahu berapa nisbah angin dan minyak untuk cerburetor wira 1.5 saya dan boleh saya tahu di mana kedudukn untuk adjus kedua dua benda tu. Mihon tunjuk ajar tq
Mekanik Kereta said…
nisbahnya 2 angin 1 minyak,jika ingin setting semula tutup skru angin dan minyak,pusingkan ikut nisbah hingga benar-benar capai RPM stabil,2 kali pusing skru angin sekali pusing untuk skru minyak.
skru minyak terkeluar sedikit dan agak panjang manakala skru angin sedikit dalam dan ada setengak karburator perlukan special tool untuk dipusingkan
Oldest Older 201 – 331 of 331

Popular Posts