Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan


Salam Maulidurrasul dan Selamat Hari Wilayah

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kumulakan tulisan ini untuk panduan ramai pengguna bagi menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter .Semuga ia dapat dimanfaatkan.Insyallah.


Asas-asas utama 

kereta yang tidak dapat dihidupkan tak kira pada waktu pagi ataupun yang tiba-tiba mati adalah kerana beberapa sebab asas yang boleh diketahui sendiri oleh pengguna kereta.Terdapat beberapa kaedah untuk mengenalpasti masalah enjin anda jika ianya tidak boleh dihidupkan samada ketika enjin panas mahupun ketika ia sejuk.

Bateri

Secara kasarnya bateri memainkan peranan utama apabila kereta tidak dapat dihidupkan.Akantetapi bilamana bateri yang lemah kebanyakan sistem elektronik pada kereta tidak akan berfungsi samasekali.Dibawah ini digariskan beberapa panduan untuk mengenalpasti secara kasar apakah tanda-tanda kerosakan bateri jika kereta tidak dapat dihidupkan.

1.Alarm akan berbunyi bila enjin cuba dihidupkan
2.Semua lampu yang berkaitan dengan alarm akan bernyala
3.Lampu panel meter akan bernyala dan malap bila kunci enjin dipusingkan mengikut arah jam.pada tanda 'START'
4.Starter kereta akan berbunyi hentakan seperti 'tak....tak' berterusan jika enjin cuba dihidupkan.
5.Power window yang ditekan akan menyebabkan alarm berbunyi.
6.Lampu alarm akan terus bernyala bila banyak kali enjin cuba dihidupkan.

Apabila bateri lemah alarm dan lampu hadapan serta signal akan menyala berterusan jika enjin cuba dihidupkan dan sistem elektronik dan elektrikal akan berada dalam keadaan 'malfunction' sementara.Bagaimana cara mengatasi alarm yang berbunyi dan terus menyala serta sistem elektronik yang gagal berfungsi?

1.Pusingkan kunci kereta pada tanda 'ON'
2.Gunakan spanar bersaiz 12 atau playar dan buka skru positif pada bateri
3.Angkat kabel penyambung bateri
4.Pegang kabel dan letakan semula kepada kepala bateri secara sekejap-sekejap
5.Dengarkan bunyi alarm 2 kali dan lampu hadapan berkelip 2 kali menandakan sistem telah direset
6.Bunyi alarm akan terus berhenti begitu juga dengan lampu yang bernyala menandakan sistem elektronik telah dihentikan/direset ke asal.
7.Cabut bateri dan gantikan dengan yang bateri yang berkuasa

Apa yang digariskan di atas hanyalah untuk mengenalpasti dan cara mengatasi bunyi alarm dan sistem elektronik yang gagal berfungsi ketika enjin cuba dihidupkan.Bagaimana pula mengenalpasti kerosakan yang lain dari bateri jika enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan?

Dibawah ini digariskan beberapa panduan mengenalpasti masalah awal kerosakan kereta anda jika ia tidak dapat dihidupkan ketika sedang digunakan dan mati secara tiba-tiba..

1.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali  tetapi ia tidak terus hidup malah mengeluarkan sedikit asap dan ekzos meletup sedikit menandakan sistem karburator dan fuel pump yang tidak berfungsi.
2.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi enjin/kereta tiada gegaran menandakan taluisawat/timing belt yang putus
3.Jika meter pengesan kepanasan berada pada tahap merah dan terus berhenti dan enjin tidak berjaya dihidupkan menandakan kepanasan enjin  telah membakar gasket silinder dan mnyak hitam trelah naik ke ruang pembakaran dan membasahkan plug.
4.Jika enjin terus mati dan semua lampu pada panel meter hilang secara tiba-tiba menandakan kerosakan pada relay utama enjin dan sistem elektrikal yang bersambung pada ECU (Engine Control Unit)

Harus diketahui bahawa enjin yang dapat dihidupkan adalah ketika :-

1.Bunyi berdetik ketika kunci diletakan pada 'ON'
2.Lampu panel meter bernyala keseluruhan termasuk lampu kecil 'check engine' .

Starter

Kerosakan pada starter boleh dikesan awal.Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dan starter berbunyi hentakan seperti 'tak...tak setiap kali kunci dipusingkan menandakan kerosakan pada solenoid dan sambungan wayar negatif  mungkin berlaku .

Menolak kereta juga adalah salah satu cara untuk enjin kereta dihidupkan jika kerosakan pada starter berlaku.

Wayar negatif starter acapkali menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dan biasanya langkah menambahkan 6 wayar berelay adalah jalan penyelesaian terbaik mengatasinya.Perhatikan rajah dibawah ground yang menggantikan negatif yang tidak berfungsi pada starter.

Alternator

Seperti yang telah dinyatakan diatas jika nyalaan lampu alarm berterusan menandakan kerosakan pada bateri tetapi apabila alternator bermasalah semua lampu pada panel meter berkeadaan hidup malap dan sekejap2.



Ini hanya boleh dikenalpasti dengan tepat setelah kereta dihidupkan dan kabel penyambung negatif bateri ditanggalkan ketika enjin hidup.Jika enjin tidak padam bermakna alternator masih boleh digunakan.

Untuk kereta yang banyak melakukan tambahan aksesori seperti power amp radio,sistem bunyi,sportlight,lampu awas brek,lampu bawah ekzos dsbnya, kereta sedemikian harus menggunakan bateri berkuasa besar serta alternator berkuasa ampere yang tinggi bagi menstabilkan kuasa yang digunakan untuk mengecas semula.

Comments

Unknown said…
Slmt mlm nk tnya keta sya honda crv thn 1999...knapa susah nk start.. Battery ngn radiator da tukar..
Mekanik Kereta said…
slmt mlm,fuel pump dah lemah,perlu tukar
Kornelius said…
Nak tanya bro,kreta dmax LS 4jh1. First engine ada masalah semput. Hanya smpai 2k rpm, then sya ada buka hos nozel..bila stRt kena buang angin kan dlm nozel tu, pendek kata bila sy da nak start kreta,minyak diesel x smpai injektor..boleh sy tahu kalau kamu pernah ada masalh sedemikian..
Mekanik Kereta said…
kalau minyak tiada di injektor ia tanfda fuel pum tidak kerja,jadi perlu baiki fuel pump dan periksa dulu jika terdapat fius putus untuk fuel pump
Unknown said…
Assalamualaikum. Maaf tanya. Saya guna P. Waja auto, injin mushibishi. Kereta saya Kadang berlaku switch kereta sudah off tetapi injin masih on(Tak mati)
Fauzan said…
Salam saya nk tnye mengenai kereta wira sy terdapat soket suiz overheating.. Ade kesan tak?
Mekanik Kereta said…
wslm,bila soket suis terdapat panas bermakna kedudukannya dengan alat atau suis yang bersambung dengannya longgar sebaiknya tukar suis untuk elakkan longgar tersebut dan aliran kuasa berjalan baik dan tidak panas
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,Jika kereta ini tidak dipasang dengan Engine Off Timer ini bermakna minyak tidak habis dibakar dalam ruang bakar ketika suis ditutup akibatnya enjin terus hidup dan biasanya enjin guna carburator saja yang biasa jadi begini,ini boleh dibaiki dengan servis carburator dengan bersih,ganti spark plug dan tuning semula enjin
Unknown said…
Salam... Saya pakai kerata Avanza.. kerata saya ada masalah dia punya masalah bila kita strt dia hidup tp mati blk.. dia hidup pun tak lama hidup je mati blk tlng penjelasan apa masalah dia
Mekanik Kereta said…
wslm,Avanza ini tidak dapat idle,biasanya atas sebab sensor terutamanya camshaft sensor dan throttle position sensor,gantikan keduanya,inshaallah ok
Unknown said…
Salam kancil ada masalah tak dapat start langsung tak bunyi kadang lampu panel nyala bila start padam terus tiada bunyi kancil ni ada tak relay starter
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah cik ni ialah sambungan kuasa bateri ,pastikan dulu kepala positif dan negatif ketat dan tidak kotor dengan kerak ,tuangkan air panas ke kepala bateri jika terlalu kotor dengan kerak bateri,kemudian bila kuasa bateri ok lampu meter akan hidup semuanya dan bila di hidupkan ia mati atau malap ia tanda negatif untuk starter kurang ,dapatkan wire starter relay dan pasangkan,inshaallah ok
Unknown said…
Assalamualaikum..saya ada msalah berkaitan dengan enjin honda civic tiba² mati..mase saya cabut wayar negatif ketika enjin sejuk tu hidup..tapi bila panas jew ttba enjin mati dan bateri jadi hilang power..saya try ulang balik start enjin gna bateri lain bnde sama jew jadi..start enjin bnyi 'krak-krak' bateri hilang power jugak..sedangkan altenator dh tukar baru.. apa ye masalah agaknye????
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah starter,perlu tukar starter dan tambah relay starter supaya supply kuasa positif kuat di starter dan boleh hidupkan enjin macam biasa
Oldest Older 601 – 614 of 614

Popular Posts