Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan
Salam Maulidurrasul dan Selamat Hari Wilayah
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kumulakan tulisan ini untuk panduan ramai pengguna bagi menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter .Semuga ia dapat dimanfaatkan.Insyallah.
Asas-asas utama
kereta yang tidak dapat dihidupkan tak kira pada waktu pagi ataupun yang tiba-tiba mati adalah kerana beberapa sebab asas yang boleh diketahui sendiri oleh pengguna kereta.Terdapat beberapa kaedah untuk mengenalpasti masalah enjin anda jika ianya tidak boleh dihidupkan samada ketika enjin panas mahupun ketika ia sejuk.
Bateri
Secara kasarnya bateri memainkan peranan utama apabila kereta tidak dapat dihidupkan.Akantetapi bilamana bateri yang lemah kebanyakan sistem elektronik pada kereta tidak akan berfungsi samasekali.Dibawah ini digariskan beberapa panduan untuk mengenalpasti secara kasar apakah tanda-tanda kerosakan bateri jika kereta tidak dapat dihidupkan.
1.Alarm akan berbunyi bila enjin cuba dihidupkan
2.Semua lampu yang berkaitan dengan alarm akan bernyala
3.Lampu panel meter akan bernyala dan malap bila kunci enjin dipusingkan mengikut arah jam.pada tanda 'START'
4.Starter kereta akan berbunyi hentakan seperti 'tak....tak' berterusan jika enjin cuba dihidupkan.
5.Power window yang ditekan akan menyebabkan alarm berbunyi.
6.Lampu alarm akan terus bernyala bila banyak kali enjin cuba dihidupkan.
Apabila bateri lemah alarm dan lampu hadapan serta signal akan menyala berterusan jika enjin cuba dihidupkan dan sistem elektronik dan elektrikal akan berada dalam keadaan 'malfunction' sementara.Bagaimana cara mengatasi alarm yang berbunyi dan terus menyala serta sistem elektronik yang gagal berfungsi?
1.Pusingkan kunci kereta pada tanda 'ON'
2.Gunakan spanar bersaiz 12 atau playar dan buka skru positif pada bateri
3.Angkat kabel penyambung bateri
4.Pegang kabel dan letakan semula kepada kepala bateri secara sekejap-sekejap
5.Dengarkan bunyi alarm 2 kali dan lampu hadapan berkelip 2 kali menandakan sistem telah direset
6.Bunyi alarm akan terus berhenti begitu juga dengan lampu yang bernyala menandakan sistem elektronik telah dihentikan/direset ke asal.
7.Cabut bateri dan gantikan dengan yang bateri yang berkuasa
Apa yang digariskan di atas hanyalah untuk mengenalpasti dan cara mengatasi bunyi alarm dan sistem elektronik yang gagal berfungsi ketika enjin cuba dihidupkan.Bagaimana pula mengenalpasti kerosakan yang lain dari bateri jika enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan?
Dibawah ini digariskan beberapa panduan mengenalpasti masalah awal kerosakan kereta anda jika ia tidak dapat dihidupkan ketika sedang digunakan dan mati secara tiba-tiba..
1.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi ia tidak terus hidup malah mengeluarkan sedikit asap dan ekzos meletup sedikit menandakan sistem karburator dan fuel pump yang tidak berfungsi.
2.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi enjin/kereta tiada gegaran menandakan taluisawat/timing belt yang putus
3.Jika meter pengesan kepanasan berada pada tahap merah dan terus berhenti dan enjin tidak berjaya dihidupkan menandakan kepanasan enjin telah membakar gasket silinder dan mnyak hitam trelah naik ke ruang pembakaran dan membasahkan plug.
4.Jika enjin terus mati dan semua lampu pada panel meter hilang secara tiba-tiba menandakan kerosakan pada relay utama enjin dan sistem elektrikal yang bersambung pada ECU (Engine Control Unit)
Harus diketahui bahawa enjin yang dapat dihidupkan adalah ketika :-
1.Bunyi berdetik ketika kunci diletakan pada 'ON'
2.Lampu panel meter bernyala keseluruhan termasuk lampu kecil 'check engine
' .
Starter
Kerosakan pada starter boleh dikesan awal.Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dan starter berbunyi hentakan seperti 'tak...tak setiap kali kunci dipusingkan menandakan kerosakan pada solenoid dan sambungan wayar negatif mungkin berlaku .
Menolak kereta juga adalah salah satu cara untuk enjin kereta dihidupkan jika kerosakan pada starter berlaku.
Wayar negatif starter acapkali menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dan biasanya langkah menambahkan 6 wayar berelay adalah jalan penyelesaian terbaik mengatasinya.Perhatikan rajah dibawah ground yang menggantikan negatif yang tidak berfungsi pada starter.
Alternator
Seperti yang telah dinyatakan diatas jika nyalaan lampu alarm berterusan menandakan kerosakan pada bateri tetapi apabila alternator bermasalah semua lampu pada panel meter berkeadaan hidup malap dan sekejap2.
Ini hanya boleh dikenalpasti dengan tepat setelah kereta dihidupkan dan kabel penyambung negatif bateri ditanggalkan ketika enjin hidup.Jika enjin tidak padam bermakna alternator masih boleh digunakan.
Untuk kereta yang banyak melakukan tambahan aksesori
seperti power amp radio,sistem bunyi,sportlight,lampu awas brek,lampu bawah ekzos dsbnya, kereta sedemikian harus menggunakan bateri berkuasa besar serta alternator berkuasa ampere yang tinggi bagi menstabilkan kuasa yang digunakan untuk mengecas semula.

Comments
kereta saya kancil l2. nak start pagi2 tak boleh, bila tenghari saya suruh bini start boleh pulak. tapi masa tak boleh start tu, buka lampu depan, signal semua menyala. tapi tak boleh start. mula2 saya saspek starter, dah tukar halfcut igtkan dah ok. tapi jadi pulak pagi tadi dan kemarin pagi memang tak boleh start. petang balik kerja boleh start. saya akan check alternator melalui cabut kabel negatif bateri ketika dah start, tapi selain dari tu saya dah pening nak check apa lagi. ini langkah2 sebelum saya bawak p pomen pulak la. suib dari kedah.
lately selalu susah nakstart.kalau boleh start pon bunyi mcm nak semput .pastu terus mati enjin.nak start balik punya payah..kena tekan minyak banyak2 kali lama2 baru boleh start..
kenapa ye? apa effect kat kereta bila kita start dengan tekan minyak?
kereta saya jenis wira manual 1.5 keluaran tahun 2000.
kereta saya akan tiba-tiba mati setelah kira-kira 3km perjalanan. saya terpaksa tunggu sehingga 30minit utk kereta saya dapat dihidupkan semula.
apa masalah dan kerosakan kereta saya?
tp skrg ok pula... apa punca nya tu ya tuan??
Periksa kabel bateri,pastikan ia kukuh bersentuhan dengan bateri dan starter dikedua2 hujung negatif dan positif
Ni masalah sy minggu ni .
1. Start rasa kosong. Dh tukar starter settle
2. Keta jadi semput . Dh tukar coil baru . Settle
3. Semalam voltmeter jadi drop byk bila enjin hidup . Buka lampu ekon wiper lgi byk dropnya smpai paras 8-9. Altenator dh check cabut negatif enjin masih hidup
4. Bateri cepat kong bila matikan enjin 2-3jam. Guna jumper bleh hidup. Tapi tetap votlmeter drop byk.
5. Ni baru je jadi temperature naik pulak . Ada kaitan ke kes voltmeter dgn temperature ?
Mintak pencerahan dri abg . Tq
ada wiring yang sentiasa hidup mungkin bersentuhan ,guna multimeter periksa pada fuse.
2. temperature meter mungkin naik akibat wiring juga,jika enjin tidak panas
Sy pembekal minyak pelincir kenderaan. Boleh hubungi sy di talian 0133224025
Sy pakai myvi 1.3A tahun 2011
Masalah yg sy hadapi skrg
1) Adakala kereta senang hidup, sekali putar je
2) Adakala dalam hari yg sama jugak, lepas berkali2 putar baru hidup
3) Kadang2 time tak hidup tu, bila putar ada bunyi 'tik' lepas tu sy off dan putar balik dah xde bunyi 'tik' tp mcm ada bunyi fan berpusing pulak
4) selepas bberapa kali percubaan, kereta akan hidup tp proses 'ehek ehek ehek' tu akan jadi panjang smpi la enjin tu hidup sepenuhnya.
5) jadi skrg ni sy agak musykil, apakah kerosakan utama dan apakah yg perlu diganti?
-bateri free maintenance, dah guna utk 8 bulan
Keta sy enjin Off sndri msa tgh drve. Tp lampu kt dashboard semua mnyala dn enjin masih boleh start blik.hari ni je 3x mati.Apa mslhnya ye. Risau jga sbb tkut mati msa bwa laju. Keta sy avanza auto.
Kereta saya toyota seg enjin 4afe, masalahnya bila tgh jln jer mati sndiri,start balik hidup..kemudian jln mati balik..baru ni pomen kata masalah distributor,dah tukar pun sama gak..service throtle body,pun sama gak mslh berulang. Boleh saya tahu tak apa agak masalahnya ye?
Terima kasih
https://mekanikkereta.blogspot.my/2017/08/injectorfuel-regulator-dan-maf-sensor.html
saya ade baca comment di atas,berkenaan tambah wayar relay. Saya tak pasti kereta saya ni ada tamabh wayar relay atau tak.Macam mana nak kenal pasti. Tk
Kalau lebih penggunaannya bolehkah menyebabkan overflow dan merosakkan starter lori? Tk
jika bleh tuan bg tutorial step by step.. sy dh pasang sendiri, tiada kebocoran lpas enjin hidup dan panas. tp bila pagi, enjin sejuk sy tetap perlu tekan mnyk utk stabilkn idle.. sy check semula shaft yg diganti tu, spt keras dan xbergerak lgsung.
mntk jasa baik tuan bantu sy sbb sy gemar diy sndri. hantar kedai agak mahal. sy dh putus asa sbb xjadi spt yg sepatutnya.. sekian tuan.
TERIMA KASIH.
Saga flx auto
First crank pagi²,starter ok tapi enjin tak hidup.
Sy bukak kotak fius, usik² sikit, ada bunyi "tik", macam bunyi relay baru contact, lepastu start boleh hidup. Berlaku tiap² pagi. Biasanya sehari sekali time pagi je. Sy dah tukar semua relay pon, sama juga.
Boleh tuan advice sikit?
Tkasih.
Sy pengguna gen2 cps..kereta ni sy jarang guna.. Bila dh dhidupkan, test drive dlm 10-15km.. Parking skejap lps tu bila nk dihidupkan smula selalu x boleh.. 3,4x tekan suis baru keta leh hidup smula.. Hari2 berterusan mcm tu.. Bile tau ape maslhnye?