Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Engine swap

Assalamualaikum dan Selamat Aidiladha,

Engine swap atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan kereta yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.


Ramai diantara pengguna kereta yang suka memilih enjin sendiri tanpa menggunakan khidmat mekanik atau woksyop.Ini memang boleh dilakukan malahan ianya tidak bersalahan langsung dengan etika atau undang-undang mekanikal.Akantetapi sedikit pengetahuan perlulah ada supaya enjin yang dipilih boleh dipakai sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi.

Mengenai enjin terpakai pula seperti yang boleh didapati dikebanyakan kedai alatganti terpakai atau kedai potong kebanyakannya telah melebihi usia 5 tahun dan ianya juga adalah bercirikan import dari luarnegara seperti Jepun dan negara Eropah yang melupuskan penggunaannya selepas 5 tahun.

Enjin kosong adalah amat biasa digunakan berbanding halfcut kerana kosnya agak murah dan ianya mudah dipasang dan juga mengambil masa yang tidak lama berbanding halfcut engine.

Terdapat beberapa komponen yang tidak disertakan dalam enjin kosong seperti alternator,power steering pump,starter,dashboard,mounting dan gearbox serta wiring.Olehitu memilih enjin ini seharusnya menggunakan code model seperti 4G19 ,B6 dsbnya.

Ada juga terdapat kereta yang boleh ditukar enjin walaupun dari berlainan model seperti enjin naza ke toyota,kancil ke mira dsbnya asalkan engine mounting dan gearbox boleh dimuatkan, ia adalah bersesuaian dan kebanyakannya menggunakan enjin kosong.

Halfcut engine pula adalah bermaksud sebahagian/setengah dari kereta dipotong dua bermula dari sebahagian pintu depan sehinggalah ke bahagian enjin tidak termasuk tayar dan roda.Komponen-komponen enjin seperti alternator,starter,power steering,gearbox semuanya disertakan sekali termasuk steering rack dan komponen akhir seperti rack end,tie rod end ,disc dan shock absorber.

Harga sebuah halfcut adalah bersamaan dengan 3 kaliganda harga enjin kosong.Kerosakan kereta atau enjin mudah ditangani dengan menggunakan halfcut engine

Halfcut engine boleh digunakan hampir keseluruhan termasuk dashboard dan wiring dan jika pandai memilihnya berkemungkinan pengguna akan mendapat komponen yang lebih baik berbanding apa yang ada pada kereta lama mereka.

Memilih enjin dan bahagian ini pula bergantung kepada apa yang ingin digunakan sepenuhnya seperti enjin atau bahagian wiring dan dashboard,dan kebiasaannya enjin adalah paling utama berbanding dashboard dan wiring yang rata-rata banyak digunakan oleh kereta-kereta Eropah seperti Mercedes,BMW dsbnya.

 Cara-cara memilih enjin terpakai 

Memilih enjin terpakai yang masih boleh digunakan bukanlah sesuatu yang susah dan memerlukan kepakaran yang tinggi.Terdapat ramai pengguna kereta yang mahir memilih enjin yang baik untuk kereta mereka dan tak kurang juga yang menggunakan kaedah tangkap muat sehingga terpilih enjin yang rosak teruk ,terpaksa dioverhaul dsbnya dan hanya bertahan sehari dua menggunakannya.

Disini saya senaraikan sedikit cara-cara memilih enjin yang  masih boleh digunakan sekurang-kurangnya 5 tahun.Ciri-ciri enjin yang elok:-
  1. Bau minyak hitam/keladak minyak tidak hangus atau hangit.Buka penutup minyak enjin dan calit sedikit ke jari dan hidu.
  2. Kurang minyak meleh ditepi head dan gearbox.Goyang sedikit enjin tersebut jika ada lelehan minyak ia tanda banyak bocor gasket
  3. Jika ada alat seperti spanar bersaiz 21 atau 24 pusingkan sedikit skru flywheel untuk pastikan enjin tidak jammed atau melekat atas sebab ada bahagian yang patah.
  4. Pastikan tiada kemek atau retak pada engine block dan tangki minyak hitam/ oil sump.
  5. Pastikan tiada lelehan minyak hitam di bahagian timing belt manakala enjin yang gunakan timing chain lelehan minyak dibahagian berdekatan tanda damper dan rantai yang hampir renggang.
  6. Turuti langkah diatas secara teliti terutamanya menghidu bau minyak hitam enjin yang memungkin memilih enjin yang telah hangus dalamannya.
Secara kesimpulannya memilih enjin perlulah hati-hati walaupun tanpa pengalaman dengan berbekalkan pengetahuan insyallah ianya tidak akan menyusahkan dan tidak mungkin meletakan anda dalam keadaan 50-50 secara teknikal.

Di bawah ini disediakan senarai idea enjin dan jenis kereta yang boleh digunakan untuk swap:-

Model Kereta                            Jenis Enjin Yang Sesuai

Gen 2                                          Mitsu Mivec, Campro CPS, Exora CVVT,Waja, Pesona
Mazda 808                                  Mazda Capella, Mazda RX, Mazda Bongo
Grand Livina 1.6                         Nissan SR, SR 20DE7
Suzuki Vitara                               Suzuki Jimmy
Hyundai Atos                               Hyundai Getz, Matrix, Toyota Starlet, GSR
Naza Sutera                                  Toyota Starlet, Kelisa, YRV
Hyundai Matrix                            GSR, Hyundai Getz, Toyota Celica Blacktop
Mazda Skyactiv                            Mazda Fighter
Ford Escape                                  Toyota IMZ, Ford 500
Satria 4G13                                   Waja, 4g13, 4g93, 4g91, gti, mivec
Exora CPS                                    Mitsu Mivec
Preve CFE                                     Mitsu Mivec
Hyundai Trajet                             Naza Ria, Carnival, Tucson, Sonata, Camry
Kelisa                                            Daihatsu YRV, Naza Sutera, Toyota Starlet
Saga BLM                                     Mivec,Starlet, Corolla
Hyundai Accent                             Elantra
Mitsubishi Gallant                         Toyota IJZ
Myvi                                             Toyota Starlet, Hyundai 110
Charade Aura                                Kelisa, Kenari, Viva
Preve                                             Mitsu 4B11, Lancer, Mivec
Naza Forte                                     Kia Spectra
Naza Suria                                     Kia Picanto
Hyundai Sonata                             Elantra, Optima
Cherry                                             Mivec
Toyota RAV4                                   CRV, Xtrail, Outlander
JZ2                                                   Celica
Alza                                                  Daihatsu
Toyota Altiz 1,6                                Altis 1.8
Unser                                                Innova
Mazda B16                                       B16a, Honda
Honda Accord                                   Honda Vtec
Toyota Prado Disel                            Toyota Hilux SR Turbo 2.7
Toyota Vios                                       Toyota Vitz
Naza Bestari                                        Peugeot 206
Ford Econovan                                    Ford Spectron
Wira VDO 1.5                                      Mitsu 4g93
Hyundai Getz                                       Toyota Starlet
Mercedes W124 230E                          Sentra SR20N, Toyota 1JZ/@2JZ                                    
 
                                                                           

Comments

Soalan sya ke 2. Gearbox kncil 850 dah rosak. Sya ada gearbox 850 viva. Klau sya nak psg gearbox viva 850 viva ni masuk dlm kancil 850 sya, apa yg perlu sya kena ubah. Apa yg saya baca melalui web gear lever kena tukar guna viva dan perlu modifikasi, clutch cover guna asal, clutch pedal juga kena guna viva, clutch lining viva 850, driveshaft kena guna limited edition 850.. apa pendapat tuan. Harap dpt mambantu
Mekanik Kereta said…
selamat pagi,buat setting enjin semula,perlu adjust distributor dan servis throttle body supaya nisbah angin dan minyak sekata
Mekanik Kereta said…
mesti guna gear lever viva,selainnya boleh juga ambil dari viva seperti drive shaft termasuk pedal
Unknown said…
Salam boss..
Tumpang tanya..
Camry SXV20, enjin turbo apa boleh masuk dan anggaran kos
Mekanik Kereta said…
wslm,Gunakan enjin yang sama kerana agak sukar untuk membuat modifikasi ke atas enjin Toyota Camry
Unknown said…
Asalam tuan, nak tanya berapa anggaran kos tukar gear shift sensor dalam filter untuk perdana v6?
baru atau recorn yg mana elok?t.kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,sekitar RM200 guna baru ok
Boleh bagi no telephone dan alamat workshop
Unknown said…
Salam tuan, saya pakai honda accord s84. Pagi2 lepas start kereta masuk je D memang lambat sgt masuk gear 1. Bila masuk je memamg akan sentap kuat, terpaksa masuk gear 2 untuk jalan. Bila dah jalan 30min bru okay skit. Apa perlu saya buat ye?
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah pada solenoid shift sensor ,perlu gantikannya
Mekanik Kereta said…
kat atas tu dah ada dah
Unknown said…
Salam tuan.sy nk tnya,enjin kereta sy waja campro dah mcm2 masalah timbul.blh tuan bg pendapat enjin apa yg sesuai ditukarkan?kereta dah 12tahun.
Mekanik Kereta said…
wslm,jika keadaan enjin semakin kurang prestasi dan terlalu banyak perlu ganti,sebaiknya tukarkan enjin lain
Unknown said…
slm tuan..saya mau upgrade enjin hyundai accent ke turbo atau enjin yg lebih kuat laju. ada apa2 cadangan
Mekanik Kereta said…
salam kembali,mitsubishi gsr
shazlli said…
sELAMAT PAGI.. hYUNDAI SONATA YF 2010. ..JEM..CVX BOLEH PUSING FLYWHEEL.. SO APA CADANGAN TUAN.. TUKAR ENGINE ATAU TUKAR BARANG YANG ROSAK
shazlli said…
Kereta sonata YF 2010 saya jem.. lampu aladin menyala dan menguluarkan bunyi kasar . Sy berhentikan kereta dan matikan engine. Bila nak hidupkan semula x boleh hidup dan kedengaran macam bateri xde. Bila mekanik cuba pusing screw flywheel x boleh..mungkin bearing dah melekat. So apa perlu sya buat..tukar engine atau repair ?
1 ) Kalau repaire anggaran kos ?
2 ) kalau tukar engine pula berapa kos ?

Mohon pandangan pakar dalam kes ini.
Mekanik Kereta said…
selamat pagi,tukar komponen yang rosak sudah memadai cuma biasanya pengguna tidak mahukan waktu yang lama kereta ditinggalkan diwsyop atau pada mekanik jadi tukar enjin adalah cepat,jimat masa dan kos
Mekanik Kereta said…
Tukar enjinadalah cepat ,baiki makan masa,kos tukar enjin sekitar Rm8000,kos baiki sekitar 9-10000
Saya ada tanya bengkel, foremen tu bgtau saf xngam klu masuk enjin mitsubishi, saf kena potong, xsafety. Saya pun xtau la.
Sy tanya bengkel, foremen ckkp saf xngam, kena potong sambung balik
Mekanik Kereta said…
betul kebanyakannya baut sambut shaft,memang safety agak kurang,turun kira2 30 peratus,saya memang tidak galakkan kerana bila shaft disambung memang kurang selamat tapi masih ramai yang masih buat-wallahualam
Unknown said…
tumpang meninba ilmu..
jika enjin kelisa..
perlukah pakai sekali wirinh dan ecu kelisa?
Mekanik Kereta said…
sebaiknya guna ,lebih baik untuk hidupkan enjin dan tuning
Unknown said…
Assalamualaikum... Satria brp ye kos tukar ke mivec atau 4G93 halfcut
Mekanik Kereta said…
wslm,sekitar rm8000
salam boss,mekanik.berapa kos tukar gearbox manual ke auto saga sv flx?
Mekanik Kereta said…
wslm,sekitar rm2000
Unknown said…
Assalam tuan, sy pakai hyundai accent gls 1.5..sy cadang nak tukar enjin yg lebih kuat, ada cadangan enjin yg sesuai? Perlu enjin dari hyundai atau boleh selain enjin hyundai? Dan gearbox yg sesuai untuk enjin yg tuan cadangankan..
Mekanik Kereta said…
wslm,search blog saya tajuk tukar enjin dia ruangan 'masukkan katakunci untuk cari dengan mudah...' ,masukan tukar enjin dan baca semua komen dari pengguna serta saya untuk kenalpasti enjin yang sesuai
Unknown said…
Hi tuan mekanik.saya pakai hyundai getz 1.3 cbu sohc dah 13 tahun.sekarang kereta takde pickup dan gegar...saya plan nak tukar engine.engine apa sesuai dan seolan kedua kalau buat total overhaul sesuai ke?
Mekanik Kereta said…
ramai yang tukar enjin kerana ingin jimat masa dan kos,kadangkala komonen overhaul untuk sesetengah enjin sukar didapati dan ia lambat serta memakan masa lebih dari seminggu,baca komen diatas utuk enjin hyundai lain atau model lain yang sesuai
Berapa kos tukar enjin mercedes e230 model w210?
Mekanik Kereta said…
sekitar rm8000
y said…
adakah enjin hyundai bermasalah spt enjin naza ria . saya memiliki naza ria dan bermasalah enjin yg terpaksa ditukar kpd enjin cefiro . dan sekarang saya bercadang utk membeli hyundai trajet . bagaimana pandangan tuan
Mekanik Kereta said…
Hyundai kurang bermasalah kecuali pada gearbox,tetapi jika dijaga baik dengan menukar minyak auto secara berkala dan memastikan ia tidak bocor,in sha allah ia ok
supermama said…
Kos dia berapa Pula ye tuan
Mekanik Kereta said…
upah wiring sekitar rm500
Taman Abok said…
Salam tuan,
Wira 4G15 fuel inject saya ada masalah crankshaft disebabkan silap saiz conrod bearing. Sekarang sy tak tahu sama ada tukar crankshaft recond atau tukar enjin kosong. Mana lebih selamat. Enjin lama dah kurang power dan kuat minyak
Unknown said…
salam bang naza bestari boleh masuk enjin ape?? boleh senaraikan x??gear box kene tukar skali atau pakai asal
Unknown said…
salam tuan,hyundai getz boleh msuk enjin mitsubhisi gsr x??atau ad senarai yg lain selain enjin asal,gearbox kene tukar skali atau pkai asal,dan kalo gsr boleh pakai model yg mcm mne kita nk bgtaw kedai..dan wiring mcm mne??terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,lebih baik tukar enjin kerana apabila komponen saiz tidak sesuai ia juga akan sebabkan komponen lain seperti engine bearing yang calar
Mekanik Kereta said…
wslm,peugeot 206 boleh,lebih baik amik half cut mudah buat
Mekanik Kereta said…
wslm,bole,cari half cut saja lagi baik,wiring boleh masukkan sekali
Unknown said…
Salam tuan.. saya ada sebuah ford econovan thn 1992MT.. saya teringin membuat modifikasi pada enjin dan gearbox untuk dijadikan auto.. saya mengalami masalah utk mendapatkn halfcut ford spectron 1.8AT.. soalan saya, bolehkah enjin dan gearbox auto dari kenderaan lain dimuatkan kedalam van saya?.. saya sgt2 perlukan jawapan.. terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh jika muat dan sesuai,
Unknown said…
Saya beli kembara ygydh diubah sepenuh kpd 2wd.Berapa Kos utk kembalikan semula 4wd.
Mekanik Kereta said…
sekitar rm8000
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.. Saya nak bertanya. Crv 2007 saya overheat. Mana yang lebih bagus. Tukar enjin atau sekadar overhaul Terima kasih tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,untuk verheating tak perlu tukar enjin,memadai dengan top overhaul
Unknown said…
kalau nak buat enjin mazda mpv 2.5 ke turbo blh x,anggaran berapa kos,atau tukar enjin lain mn yg bak
Mekanik Kereta said…
boleh tambah turbo ,kos sekitar rm2000
Unknown said…
Assalamualaikum..nk tnya klau mcm sy pkai enjin 4g93 tpi wiring dgn gearbox pkai 4g18 bolh ke? And mcm mna sy nk bgi sama setaraf dgn enjin tu?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh resetkan semula ECU ke default selepas pasang
Unknown said…
Assalamualaikum tuan, sy pakai hyundai getz 1.3. Nk tnya enjin jepun ape yg sesuai selain enjin mivec ck tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh juga dengan Matrix atau atos
Unknown said…
Salam tuan. Enjin 3sgte st205 idling kejap ok kejap rendah tapi xdela sampai mati. Kenapa yer tuan?
Unknown said…
Salam tuan. Enjin 3sgte st205 idling kadang tinggi kadang rendah bawah dalam 700,800. Suspek ape yer tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,throttle sensor atau idle sensor
Unknown said…
hello tuan mekanik..baru2 ini saya ada guna shampoo enjin liqui molly tetapi penggunaan petrol jadi amat kuat...1 liter dapat pergi dalam 5 - 6 km sebelum ini boleh saja dapat lebih 10km/liter..feul pump juga diganti selepas itu kerana rosak..bila tanya mekanik dia mencadangkan tukar injector..kereta lama toyota rav4 model 1995..minyak enjin 20/50..saya minta pendapat tuan apa yang perlu dilakukan supaya penggunaan minyak jadi normal kembali..
Mekanik Kereta said…
hello,reset ecu secara asasnya boleh menjimatkan minyak semula.
https://mekanikkereta.blogspot.com/2016/04/reset-ecuecmthrottle-bodyfuel-pump-dan.html
Unknown said…
As salam boss..saya ada wira 1.5 vdo tahun 2005..skrg bawak pon minyak kuat..ada leaking sikit engine..pernah sekali service dua tahun lepas..saya tukar cutch plates..timing belt..tangki air 2 layer..sensor bawah trotle body..sebab engine overheat..lepas buat semua engine mcm oklaa..xpnas..jd masalah skrg kete bau hangit..speed lebih 80km jdi nyala check engine..

1. Apa peelu saya buat? Top overhaul?
2. Kalau tukar engine kosong 4g92 boleh tak?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar enjin 4g92 pun boleh,top overhaul juga boleh akantetapi jika ingin perkara yang lebih meyakinkan ialah tukar silinder head lain
Ane_mz said…
Assalam tuan ,sya nak tanya, sya nak tukar enjin atos 2005.. Nak guna enjin myvi 1.3 boleh tak? Boleh bagi pendapat?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tapi perlu modify mounting
GHANI said…
Assalamualaikum, Jika enjin lantai lancer ck untuk kereta waja apakah komponen yg akan dapat untuk set enjin lantai tersebut? berapakah harganya?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,enjin kosong tanpa alternator,gearbox,starter,
Unknown said…
Assalamualaikum tuan, klu nk convert Hyundai getz 1.3 ke enjin 4efte anggaran berapa modal ye? Terima kasih byk2 tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,sekitar RM5000
Unknown said…
Salam tn mekanik, nak tumpang tanya. Naza sutera 1.1 engine lantai apa yg sesuai di pasang tanpa ubah tapak mounting.

Tk
Unknown said…
Enjin Charade Aura 1.0cc cb23 dah rosak headnyer. Boleh ker Enjin Kelisa masuk ke dalam kebuk Aura? Jika ya,berapa kos Enjin & Pemasangan?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh guna kelisa atau kenari serta viva juga
Mekanik Kereta said…
Boleh,kos dalam 800
Boss. Kalau service throttle body berapa ea kos?
Mekanik Kereta said…
sekitar RM100
Unknown said…
Assalamualaikum.. Saya pengguna preve.. Boleh tukar engine mivec 4b11 lancer tak?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh
john said…
Salam boss..

Naza forte 1.6 sx tahun 2010...jika ingin ditukar enjin...enjin apa yg sesuai dimasukkan.
Mekanik Kereta said…
wslm,kia spectra boleh digunakan
Unknown said…
assalam tuan,
Mohon nasihat dari tuan,saya ingin menukar enjin kereta Naza Suria,enjin apa yang sesuai yang boleh di gunakan ,terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tukar ke enjin kia picanto
Zull said…
Pertanyaan... kereta proton waja mmc.. nk tukar enjin waja mmc kepada enjin putra..
Mekanik Kereta said…
Half cut saja boleh muat semua termasuk wiring jika enjin kosong tidak boleh kerana kedudukannya terbalik
Unknown said…
Tuan. Hyundai i10 overheat kali kedua. 1st time overheat dah potong head. Skrang mana sesuai, potong head skali lg atau beli head baru. Klau ikut mekanik dia advise beli head baru katanya takut injin tempang sebab x gerenti kalau potong head second time
Mekanik Kereta said…
Benar ada baiknya ganti head baru,overheat yang berulang ada kemungkinan yang besar head telah retak
Unknown said…
Salam tuan enjin apa boleh masuk dekat hyundai sonata 2.4 tahun 2004
Mekanik Kereta said…
wslm boleh swap dengan enjin Hyundai Elantra atau Kia Optima
Unknown said…
salam tuan.. mohon pendapat dan cadangan. grand livina 1.6 nk salin enjin 1.8 turbo enjin apa yg sesuai? kos amggaran dan workshop yg terbaik.
Mekanik Kereta said…
wslm,Enjin SR Nissan juga boleh SR20DET ,kos sekitar rm8000
Unknown said…
Salam, sy menggunakan enjin dan gearbox mivec...buat masa ini driveshaft kiri sy telah bengkok.. Bolehkan sy mggunakan driveshaft standard wira bg menggantikan driftshaft tersebut?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tiada masalah
Lyrics said…
aslm...nak tnye..kalau kereta waja campro...enjin ape yg sesuai dan lulus jpj?
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin mivec 4g92 in sha allah boleh
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh
rizz said…
tuan, ada tak enjin toyota yang sesuai dengan exora
Mekanik Kereta said…
tiada kerana kebanyakan enjin Toyota menggunakan gearbox belakang tidak seperti Exora,kalau ada pun enjin yang model lama dan terpaksa ubahsuai mounting
Unknown said…
Assalamualaikum bosku sy nk tanya kos overhaul kereta wajar mmc berapa anggaran harga nye lebih kurang.....
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kos overhaul sekitar rm2500,ini anggaran maksimum jika ada lain barang lagi yang ditukar
Unknown said…
Sy nk tukar enjin myvi 2013..anggaran harga berapa ye tuan dan macam mane cara nk beli enjin
Mekanik Kereta said…
sekitar rm1500 untuk enjin kosong

jangan beli enjin minyak hitamnya bau terbakar ini tanda enjin tersebut perlu overhaul
Alif said…
Salam berpomen.
Keta sy hyundai i10 1100cc.
Keta sy lambat pikup sikit bila nak pecut. Bila dah slalu main pecut jalan gua musang baru rasa pikup sikit.
Tapi nak banding handling dng viva atau axia memang jauh lagi sedap.
Fc pula agak tinggi sekitar 12km/L pada kelajuan hway.
Sy bercadang utk tukar enjin ke myvi 1.3 atau 1.5 yg dual vvti.
Boleh masuk ke?
Berapa bajet secara kasar sekali upah?
Perlu tukar skali dng gearbox ke?
Bagaimana dng system automatic spt ecu dll?
Adakah lulus dri undang2 spt jpj dan puspakom?
Terima kasihh..
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin sekitar rm2000 dengan upah sekitar rm3000,lulus ,bawa ke jpj geran dan surat enjin untuk sahkan
nazrul said…
salam...
kereta saya blm tahun 2008 1.3 m
kira nak upgrade ke 1.5 @1.6
apa enjin sesuai untuk di gunakan..
contoh kalau saya ambik enjin saga 1.6 tue adakah gear box perlu saya guna gear box 1.6 juga atau saya masih dapat guna gear box yang lama...
ty abg mekenik
Mekanik Kereta said…
wslm,untuk proton BLM ,gearbox tak perlu tukar boleh guna samada yang asal 1-5 atau 1-6 ,kedua2nya sesuai dengan enjin
Faisal bekam said…
Assalamualaikum
saya guna hyundai matrix dari tahun 2005 hingga sekarang.
model 1.6 Manual. Saya nak tukar enjin dan mohon nasihat enjin yg sesuai utk dituakr..mohon tn wasap saya www.wasap.my/60133889976
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gunakan enjin hyundai getz,hyundai matrix masih sesuai
ssaiful azmi said…
salam tuan.. brapa anggaran swap enjin gsr nsuk matrix??
ssaiful azmi said…
salam tuan.. brapa anggaran kos utk msuk enjin gsr pd hyundai matrix.. dan ad workshop yg baik tuan cdgkn..
Blindgirl Email said…
tuan boleh tlong sy snaraikan enjin yang sesuai utk toyota rav4 1998 2.0cc?
Mekanik Kereta said…
sekitar rm6000
ram said…
hi salam...apa kereta yang sesuai untuk enjin jz2 gte
Mekanik Kereta said…
hi,boleh guna celica enjin yang jenis gunakan gearbox belakang
Mekanik Kereta said…
CRV,Xtrail,oitlander
Safwan Aziz said…
Assalamulaikum tuan.. Nk Tanya, enjin apa yg sesuai untuk produa alza Dan berapa anggaran kospasangnya?? Trima kc.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gunakan enjin Daihatsu juga boleh,kos sekitar rm4000
Unknown said…
Assalamualaikum,
Kwn pemilik altis 1.6 br2 ini mengalami engine overheat (masuk air) so kwn berpikir untuk replace engine lain shj (half cut).Jika menggunakan engine 1.8 altis adakah bersesuaian..(engine & head)
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh digunakan tiada masalah
Ven said…
Tuan...sy mengalami masalah yang sama...adakah masalah tersebut juga boleh terjadi disebabkan oleh masalah meter spedometer?
Nazrul said…
Salam...
Maaf bertanya...
Saya mempunyai sebuah proton saga blm 2008
Masalah kereta saya sekarang selalu makan lower arm...
Apa penyebab lower arm selalu rosak...
Adakah subframe bengkok or ada faktor lain penyebab...
Terima kasih.
Ty
Mekanik Kereta said…
wslm,lower arm dikukuhkan oleh chasis kereta,jika kereta pernagh eksiden chasis tidak ok ,lower arm akan cepat berbunyi atau pecah,periksa juga mounting absorber,jika ia telah lusuh ,arm akan lebih cepat rosak
Mohd Sham said…
Salam tuan,
Pajero Sport 2.5 VGT saya enjin dah 2kali Overheat, pomen cakap enjin blok dah tak cantik . Katanya kalau skim blok pun x gerenti enjin akan ok. Apa pendapat tuan? Perlu sy tukar enjin blok & kosnya? Terima kasih tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,2 kali overheat biasanya skim dah 2 kali tidak digalakkan skim lagi kerana telah nipis dan biasanya head tidak tahan lagi akan kepanasan enjin dan mudah panas.sebaiknya ganti head atau enjin
Unknown said…
Sya gna unser k7 mnual.ape engen boleh gantikn yg asal.yg sesuai
Mekanik Kereta said…
boleh gunakan enjin sama atau enjin Toyota Innova
asyi said…
assalam tuan, saya nak tanya saya pakai saga blm, kalau blok kereta tu rosak perlu tukar blok sahaja atau kena tukar enjin sekali? berapa kos kalau buat benda tu? maaf saya tak tau tentang enjin sangat
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tukar blok saja tetapi baik tkar enjin sekali kerana kosnya akan jadi lebih murah berbanding tukar blok,kos tukar enjin sekitar rm2000
Que said…
Assalamualaikum bang, Myvi 1.3 SE2 Auto, enjin apa yang sesuai jika saya nak upgrade ke 1.8?
terima kasih kerana membantu.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,enjin YRV
Unknown said…
Assalam tuan.,, engine apa yg sesuai utk convert ke hyunday assent selain dari model engin asal 1.5cc? Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh gunakan enjin mitsubishi 4g93 atau toyota starlet dan corolla juga
Muhammad said…
salam, kalau nak tukar enjin d16 kepada b16a perlu tukar gearbox sekali ke?
Mekanik Kereta said…
wslm,sebaiknya tukar dengan gearbox sekali walaupun kedua2nya sama,ini kerana gearbox pada enjin yang sama lebih baik dan sesuai dengan wiring dan kuasa wiring serta kesesuaiannya
Anonymous said…
Boss, harga tukar engine hiace tahu Tak?
Mekanik Kereta said…
harga enjin sekitar rm1500 campur upah dalam 700
Unknown said…
As salam tuan.. Bole rekemen enjin yg sesuai utk kereta hyundai trajet.. Beserta kos & kedai2 yg direkemen utk tukar enjin
Mekanik Kereta said…
wslm,selain hyundai trajet,boleh gunakan enjin hyundai matrix,tucson dan sonata,jika toyota boleh guna toyota camry
yusry yusof said…
Salaam boss.. Saya nak tukar injen Exora turbo, injen apa yang sesuai.
Mekanik Kereta said…
selain dari exora enjin enjin GDI turbo tiptronil 1.8 atau enjin MIVEC
muss1644 said…
hyundai getz 1.3. tukar engine apa yg sesuai? engine kosong atau halfcut??
Mekanik Kereta said…
enjin sama atau hyundai matrix ,enjin kosong atau halfcut dua2 boleh
Unknown said…

Assalam bos, berapa kos siap pasang sekali dengan endose klau saya amik halfcut mitsubishi? Dan enjin jenis apa yg sesuai utk proton saga flx 1.6 (A) saya? Ck / gsr turbo?
Sy prefered gearbox auto..
Tq
Ryosuke said…
Asalamualaikum, sy nk tnya ckit keta sy ae101 4afe jd smput2 knapa bang cable, distributor, suma dh tukar sama gak, bila tekan myk pn rpm naik 2 ke 3 ja xleh lbih pastu batuk2
Mekanik Kereta said…
wslm,sekitar rm5000 ,enjin gsr turbo
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ada sumbat injector perlu servis atau tukar injector set
ropipokna said…
assalamualaikum tuan.. saya ingin tahu.. jika kereta naza sutera 1.1 tu, boleh masuk engine apa ya.. dan boleh tahu tak kos angaran dia brp? terima kasih tuan..
Unknown said…
Salam.. ada beza ka altanator 660 dengan 1.0
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,enjin daihatsu yrv paling elok selain ej1000,kos anggaran rm8000
Mekanik Kereta said…
wslm memang ada beza terutamanya amphere kuasa mengecas semula
Unknown said…
Salam tuan...saya pakai saga blm...engin ap yg sesuai kalo sy nk tuka
Mekanik Kereta said…
guna enjin mitsubishi mivec paling baik
Unknown said…
Salam...berapa kos tukar enjin mivec ke kereta neo
Mekanik Kereta said…
wslm sekitar 10-12 ribu sahaja
Unknown said…
Boss , enjin saya jam . Nissan amera . Apa harus saya buat
Mekanik Kereta said…
Enjin jam aknanya minyak hitam telah tiada dan komponen menjadi kesan,perlu lakukan overhaul,ganti piston ring,piston,skim blok dan crankshaft,ganti semua komponen set overhaul dan top overhaul. Jika ada enjin lain juga boleh tukar lebih mudah dan cepat
Unknown said…
Assalamualaikum, kereta honda accord 2.0 saya cylinder headnya dah bengkok. Kalau nk tukar enjin, enjin apa yg sesuai? Anggaran kos berapa? Kena guna halfcut atau enjin kosong?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,Honda Vtec boleh ,kos sekitar rm8000,halfcut lebih baik
Unknown said…
Boss.. myvi generasi ke 2, boleh masuk engine 1.8 altis ke boss? Sz series engine, plg tggi 1.5 cc je boss..
Mekanik Kereta said…
Tidak padan kerana badan myvi kecil
Mekanik Kereta said…
Tidak padan kerana badan myvi kecil
Unknown said…
Klu engine honda 1.6 vtec bole masuk dlm proton iriz 1.6?
Mekanik Kereta said…
tak boleh,tak cukup ruang dan keadaan body enjin pun tak sesuai
Unknown said…
Assalam tuan, sy nak minta pandangan tuan pasal kereta kancil 660 enjil mengalami liking minyak hitam byk tempat..sy berhasrat nak tukar enjin kepada 850 auto ..tp sy rasa takut risiko bertambh teruk belakang hari..mohon pandangan tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,leaking yang paling biasa berlaku adalah pada head cover,gasket oil sump dan seal distributor,bahagian2 ini semua boleh dibaiki dengan tukar gasket head cover,tukar oil sump gasket dan oil seal,tak perlu tukar enjin kerana selain kos enjin lain juga tahan hanya kira2 maksima 5 tahun sahaja dan keserasian wiring juga baik pada enjin asal,tak perlu enjin lain
Unknown said…
sy nak tanye klau injin block skru lost blh buat tread bru ke atau kena gnti injin blok yg baru terus
Mekanik Kereta said…
boleh buat thread baru ,gunakan thread maker
Unknown said…
Perbezaan enjin kosong dengan enjin lantai
Mekanik Kereta said…
enjin kosong ada enjin sahaja tiadagearbox dan komponen lain seperti alternator dsbnya, manakala enjin lantai ialah sebiji enjin dan semua komponen termasuk extractor,gearbox dan komponen sisi seperti alternatror dsbnya ,enjin lantai ini boleh dihidupkan walau dia atas lantai
Roslan said…
Assalammualaikum tuan.
Enjin half cut apa yg sesuai untuk proton exora cps. Saya berminat untuk tukar enjin lain.
Mekanik Kereta said…
wslm,gen2,waja cps boleh digunakan
Ash96 said…
Salam tuan. Saya ada sebuah Proton Persona SE 1.6 2011 dan enjin selalu buat masalah kerana saya menggunakan NGV dan saya bercadang nak tukar enjin. Boleh tuan cadangkan enjin yang sesuai dan senang nak jaga dan boleh ngam dengan NGV. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,gantikan dengan mitsubishi mivec inshaallah ok
Daus said…
Salam tuan,engine oil ape yg sesuai utk honda city tmo 2009 mileage 138k
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan engine oil gred 15W40 yang ada mineral dan sintetik ,minyak ini sesuai untuk enjin lama dan lembut seperti jenama honda
Amir said…
salam tuan mekanik.. saya guna kereta wira aeroback auto carburator dan bercadang untuk convert ke injection. selain dapatkan set injection, perlukah saya menukar gearbox sekali ?
Mekanik Kereta said…
wslm,pada asasnya injection dan gearbox tiada kaitan ketika engine acceleration cuma kuasa memecut guna injection biasanya bertambah dan kadar kekuatan gearbox yang biasa dengan enjin carburator akan akibatkan sedikit gegar pada gearbox,itulah sebabnya kadangkala untuk enjin yang tukar injection tetapi inginkan kuasa pecutan yang baik mereka tukar gearbox juga
Unknown said…
Asslamualaikum
Toyota ae101 16valve gear box boleh kacuk dengan gear box ape ye,kalau nak tambah HP bagi power ape perlu tukar,n berapa Kos?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh gunakan 4age 20v toyota blacktop untuk kuasa lebih dan spesifikasi yang sama,kos halfcut enjin dan upah pemasangan sekitar rm16000
Unknown said…
Salam tuan. Saya ada Gen2 tahun 2005. Dah tua dah. Masih sayang keeeta ni sebab banyak berjasa.
Boleh tahu dimana/siapa yg boleh baiki Gen2? Nak fully servis.
Sebab dah mcm2 bunyi dan masalah dah sekarang kereta ni.
Harap dpt rekemen mana2 makenik/kedai. (area puncak alam/sg buloh/ijok)
Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,maaf tiada contact workshop di area sana
Unknown said…
Kalau naza suria boleh tukar masukan engine apa lagi selain original.
Mekanik Kereta said…
boleh guna kia picanto
Unknown said…
Assalamualaikum tuan. Saya pakai gen2 auto 1.3 kalau tukar engine 1.6 auto berapa ye anggaran cos?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kos enjin saja sekitar rm5000 dan upah buat sekitar rm4000
Unknown said…
Harga halfcut mivec 4g93t anggran brapa dn upah psng, kira total smua brapa kos?
Mekanik Kereta said…
sekitar rm6000
nikraff said…
salam,hyundai matrix 1.6 auto boleh tukar masuk engin apa yea
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh gunakan Mitsubishi GSR atau Hyundai Getz atau Toyota Celica Blacktop
fatiah said…
assalammualiakum tuan makenik, sy ada kereta wira 1.5 kaburator sy nk tukar enjin kereta yg x parak mintak engin ape yea tuan
lg satu kereta sy bila hidupkn aircon kereta ok jew cuma bila lama2 rasa mcm ada asap dalam dalam aircon dan tekak pon rasa kering
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,aircond sepatutnya tiada asap akan masuk ke dalam kerana hose aircond terus saja dari compressor kedalam,cuma jika ada bocor dari luar seperti ruang penutup udara luar ia membolehkan asap enjin masuk jika ekzos ada bocor di enjin.

Tukar enjinyang sesuai ialah enjin mitsubishi mivec,satria atau enjin wira juga

Cairil Anuar said…
Assallamualaikum..nk mintak pendapat tuan... Saya mengguna kereta kancil 850.. Enjin pecah.. So sudah pasang enjin kelisa 1000cc dan dah guna 3thn baru2 ini blok saya ada crack dan perlu tukar blok jadi saya cadang beli enjin lantai untuk buat... apa kah enjin dan modelj no. Kod yg sesuai untuk plug dan play jerr...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh gunakan enjin daihatsu mira atau enjin yang sama
Unknown said…
salam..saya ada proton saga blm,jd nk convert 4g91..boleh kah sy beli enjin lantai tanpa gearbox?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tiada masalah kerana enjin kosong atau lantai memang dijual tanpa gearbox
Unknown said…
Enjin kosong Hyundai Elantra 1.8 biasa berape tn
Mekanik Kereta said…
sekitar 2500-3000
Jaimohamad said…
Rav 4 1.8 thn 2000 boleh masuk enjin apa ye... Brp kos kerugian?
Mekanik Kereta said…
CRV, Xtrail, Outlander,rm8000
anonymous said…
Salam tuan. sy nak tanya boleh ke merc 220e swap enjin toyota camry?
Mekanik Kereta said…
wslm,maaf setau saya tak sesuai ,kalau di masukkan juga bermakna bukan kaedah plug and play,terpaksa buat modification drive shaft dsbnya
EunHo said…
salam tuan,saya nk tanya, sy ada vios 2015 guna engine oil 5w30 sn/cf semi...kalau next servis sy nk guna 5w30 fully syn sncf ok x..tqq

Popular Posts