Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Thursday, April 30, 2020

Kuasa Pecutan Hilang Tiba-tiba

Salam Ramadhan 2020,

Telah agak lama kira-kira setahun aku tidak update blog ini kerana tugas dan kesibukan seharian.Pos terakhir adalah pada Mar 2019 cara bypass kod immobilizer secara manual untuk hidupkan enjin. Olehkerana PKP yang belum berakhir dan ada masa yang terluang ini akhirnya dapat juga aku meluangkan masa untuk memberikan sedikit panduan bagaimana menagani masalah pecutan kereta yang tiba-tiba hilang walau dalam keadaan kabel dan keadaan pedal yang baik.

Ada 2 keadaan dimana pecutan hilang tiba-tiba

1.Hilang tiba-tiba dan lampu isyarat pada panel meter juga malap dan hilang
2.Hilang pecutan tiba-tiba pada kelajuan tinggi

Hilang pecutan tiba-tiba dan lampu isyarat pada panel meter juga malap dan hilang

Keadaan ini amat jarang berlaku kerana ia adalah akibat kekurangan kuasa bateri. Kuasa bateri sebenarnya dicas semula oleh alternator dan jika alternator tidak berdaya mengecas semula dengan penuh akibatnya apabila bateri habis sedikit-sedikit lampu isyarat panel jadi malap dan seterusnya enjin akan mati sendiri.
Kuasa bateri 12 volt dicas semula adalah pada kekuatan alternator sekitar 13.8-14.2 volt untuk mengecas penuh kekuatan asal bateri 12 volt. Kuasa yang melebihi 14 volt akan merosakan bateri sepenuhnya jadi apabila tukar alternator pastikan bacaannya dibawah 15 volt.

Hilang pecutan tiba-tiba pada kelajuan tinggi

Ketika pada kelajuan tinggi sekitar 100-120 km/j tiba-tiba kelajuan turun rendah sehingga 40-50 km/j dan tidak boleh memecut naik semula. Dalam keadaan ini enjin jadi tersedu dan hampir mati lebih-lebih lagi jika aircon dalam keadaan ON.Injector yang sumbat,kotor dan berkerak didalamnya pasti akan membuatkan laluan pancitan minyak sempit seterusnya pancitan minyak jadi tidak sekata untuk semua injector.
Fuel Injector begini samada perlu ditukar atau dilakukan servis cuma kebanyakan woksyop tidak gemar lakukan servis kerana ia remeh.

Cara lakukan sendiri servis injector

Alatan yang diperlukan

1.Bateri 12 volt
2.Hose kecil
3.Wayar
4.Klip sambungan
4.Injector cleaner/Carb cleaner

Langkah-langkah

1.Sambungkan hose besar dan kecil supaya ia boleh muat kedalam laluan dari Injector/Carb Cleaner ke Injector
2.Gunakan wayar untuk sambungan dari bateri ke  injector dengan menggunakan klip sambngan.
3.Apabila semua telah tersedia ,lakukan sentuhan pada kuasa bateri untuk pancitan injector cleaner/Carb Cleaner melalui Injector
4.Lakukan pancitan untuk kedua-dua hala.
5.Ulang beberapa kali
6.Jika laluan injector menjadi kuat anda boleh hentikan servis

Gambarajah bagaimana servis injector dilakukan menggunakan carb cleaner


https://www.youtube.com/watch?v=8rk0tKtiVic
Video bagaimana melakukannya secara praktikal

59 comments:

  1. salam perpaduan..
    kereta avanza saya bila kipas berpusing kompressor aircond turut ikut pusing sedangkan suis aircond tidak dibuka..apa perkara yang patut dibuat atau di ganti mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perpadun,
      Avanza menggunakan gearbox belakang jadi hanya ada satu kipas yang digunakan untuk radiator dan aircond,Jika bunyi klik magnet clutch melekat apabila kipas berpusing ada sambungan bersentuhan pada relay aircond dan radiator berkemungkinan dari relay yang telah rosak atau terbakar pada kakinya. Gantikan kedua2 relay serta fius yang bersangkutan dengan aircond dan radiator bertanda ACC dan RAD. Jika ini tidak membantu bermakna telah berlaku pintasan kuasa magnet clutch pada kompressor dan perlu tukar magnet clutch kompressor.

      Delete
  2. Hai..saya punya kereta minyak hitam leaking..memula macam tkde kesan sgt sbab skit..smalam tgk sampai leaking kering..macam mana tu ye..perlu oberhaul ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai,tambah semula sampai cukup,jika enjin bunyi teruk macam benda berlaga itu tanda ada komponen yang mun gkin patah atau calar teruk,tapi jika tiada bunyi teruk cari bocor dimana baiki masalah sudah memadai

      Delete
  3. Assalamualaikum tuan, boleh saya tau apa punca pada masalah2 yang ada pada proton gen2 1.3 auto
    - radio tak hidup
    - kunci pada pintu tak autolock, bila nak lock kereta kena pakai manual dan pintu driver saja yang lock. Pintu lain taknak ikut lock
    - lampu dalam kereta tak hidup
    - jam tak hidup
    - meter akan reset sendiri bila on enjin
    - akan ada tersengguk sikit masa nak tukar gear

    Battery baru tukar belum sampai setahun.
    Terima kasih ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,masalah ii semua ada kaitan dengan connection yang terganggu biasanya akibat fusebox yang longgar dan terganggu gegaran kereta.Apa yang boleh dilakukan ialah ganti fusebox didalam enjin dan juga dalam enjin dibahagian pemandu.inshaallah ok

      Delete
  4. As'salamualaikum tuan,
    Saya menggunakan kereta wira 1.3 vdo,enjin memang susah nak hidup bila nak start,tpi bila sentuh/tekan sedikit pedal minyak..baru enjin akan hidup..masalah selalu berlaku ketika waktu pagi atau telah berhenti lama(off enjin)dan nak start balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,enjin ini gunakan ac pump dan apabila pam tersebut lembut dibahagian push rod ,minyak tidak naik dengan sempurna.Apabila enjin ingin dihidupkan semula ketika itu minyak telah kembali ke fuel filter dan terpaksa mengepam semula ke atas dan akibatnya enjin lambat hidup,itulah sebabnya pedal minyak perlu ditkan,gantikan ac pump,inshaallah ok

      Delete
  5. As salam. Sy pkai gen2 thn 06. Bli secondhand je pd 2016. Mse awal2 pkai mmg ad brlaku gear sentap mse awal pg..kira dri gear 1 nk ke 2. Tp brlaku mse awal pemanduan je. Ps2 akan lancar mcm biasa. Tetapi sejak awal thn niy..ad brlaku prtukaran gear 3 (sentap) x kira la mse berhenti kt lmpu isyarat ke, mse tgh jln ke tp dlm keadaan pergerakan perlahan. Mse 2 lmpu cek enjin mnyala. Tp D kt meter x blinking. Sy da pg pomen dye ckp wiring problem. Tp lepas da melayang 3++ masih brlaku hal yg sama. Adakah gear sy bermasalah dn perlu d tukar atau mcm mana.. Harap sgt mekanik kereta dpt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,shift solenoid sensor ada dala kotak minyak gear,yang biasa berlaku sentapan,lambat masuk biasanya akibat solenoid sensor ini tidak lagi bekerja pada kapasiti 100 peratus,sebaiknya semua shift solenoid sensor dalam kotak minyak gear perlu diganti inshaallah akan kembali normal

      Delete
    2. As salam tuan. Berkenaan masalah kereta sy dah dpt d selesaikan. Pg ke bengkel yg expert bab gearbox dpt detect kt komputer padel shift problem. So da tukar dan msalah gear yg tiba2 sentap jd gear 3 mse berhenti atau slow x brlaku lg. Alhamdulillah. Cuma berkenaan dgn msalah solenoid yg tuan ckp 2 perlu tukar gearbox atau bleh repair je gearbox trsebut. Sbb wktu pg masih ad lg prtukaran gear yg lmbt dri gear 1 ke 2. Terima kasih kerana memberi pandangan.

      Delete
    3. yang lambat tu boleh tukar solenoid shift sensor,inshallah ok tak perlu tukar gearbox

      Delete
  6. Assalammualaikum tuan..masalah kereta manual saya waktu dalam gear 2, kereta akan tersengguk jika saya lepaskan klac habis,untuk menggelakkan kereta dari tersengguk saya terpaksa kawal klac saya sedikit..tidak seperti kereta lain di mana kereta boleh bergerak dengan perlahan tanpa mengawal klac. Apa perlu saya perbetulkan untuk mengatasi hal ini. Kereta saya enjin cvt keluaran nissan almera. T.kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,clutch pump ada 2 satu di pedal klac dan satu atas gearbox,jika ingin yang benar2 elok tukarkan kedua2nya dengan jenis original Almera,in sha allah masalah akan kembali elok macam biasa.

      Delete
  7. Assaamuaikum tuan.saya menggunakan kereta saga 1.3 flx auto. Baru2 ni kereta saya mengalami masalah iaitu semasa sedang bergerak di hiway tiba2 kereta langsung mengaum dan tidak bergerak semasa saya menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan.tapi enjin tidak mati.saya perasan lampu amaran cvt menyala. Setelah saya berhentikan kereta dlm 20minit kemudian start semula,baru kereta boleh bergerak seperti biasa.tapi saya diberitahu oleh peronda PLUS,bahawa sensor gear box ada masalah.Mohon pendapat tuan berkenaan dengan masalah ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,apabila enjin mengaum dan tidak bergerak ia tanda ada masalah berkaitan gearbox terutaanya sensor yang tidak terima isyarat untuk bertukar gear,speed sensor perlu ditukar input dan output kedua2nya mesti ditukar dan periksa kebocoran minyak gear auto jika ada

      Delete
    2. Berapa anggaran kos utk tukar speed sensor input dgn output tu ye tuan? Terima kasih atas jawapan.

      Delete
    3. Hi tuan, kereta saya saga vvt 1.3, kereta saya selalu buat hal masa memmanduu di higway, masalah dia tiba tak tekanan pada minyak tapi ENJIN hidup dn tak MENGAUM .. Perlu tunggu dri 100kmh to 40kmh kadang2 kena stop tepi, then tekan minyak terus boleh bergerak, dan kadang2 bwak time slow2 40kmh pun jadi benda yg sama jgk.. Dlam berapa saat dia begerak balik when i tekan minyak... Tpi dia TAK MENGAUM DAN ENJIN HIDUP BILA MASALAH INI BERLAKU.. TQ

      Delete
    4. Enjin yang hilang kuasa tiba2 adalah melibatkan sensor terutamanya camshaft sensor,perlu tukar sensor tersebut supaya tiada gangguan isyarat ke ECU untuk enjin bekerja seperti biasa

      Delete
  8. Salam tuan..Saya guna Waja mmc auto..keta baru lpas overhaul..mslh dia skang asap still Ada(waktu start,bila bawak dah Tak ada?)..minyak itam kurang walaupun takda leaking..lambang check enjin keluar sekejap waktu memandu..Dan kereta Akan terasa berat sikit..bila tekan minyak lambang hilang.. Ada pergi cucuk komputer..keluar knock sensor..Saya dah tukar 2 knock sensor(dua Kali cucuk sensor sama error)..Adakah part lain yg mnyebabkan sensor tu error? masalah masih Tak selesai..bengkel pun Tak dpt bagi jawapan pasti..
    Apa masalah kereta Saya?duit dah bnyak habis..mslh Tak selesai lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bila kurang ia tanda enjin berat akibat panas geseran,ini berlaku biasanya atas sebab minyak hitam tidak disebar penuh keseluruh enjin,oil pump tidak berfungsi sepenuhnya sebaiknya tukar oil pump

      Delete
  9. Amat infomatif dan berguna untuk rujukan semua,saya ucapkan setinggi tinggi terima kasih kerana sudi kongsi ilmu saudara.

    ReplyDelete
  10. Anonymous23/7/20

    Assalamualaikum tuan...saya pkai kancil 850 auto...lampu enjin asyik menyala semasa kereta bergerak...selalu semput2 semasa tekan minyak...enjin dah convert pkai Kelisa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukarkan O2 sensor dan servis throttle body dan fuel injector,in sha allah ok

      Delete
  11. assalam.....tuan saya pny kereta kenari kuat mkn mnyk dan terasa berat dan bila meter pd kelajuan 100km/j rpm tdk spt biasa sblm iaitu +- 3.7 tp skrg jd 4.1....adakah disebabkan oleh mslh pd injector?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,reset ECU dulu jika masih makan minyak ,injector servis dan fuel regulator perlu ditukar

      Delete
  12. assalam tuan, keta sy Nissan almera,rs tersentak2 ms tgh drive, memecut pun agak lmbt. ms sy berhenti dan tekan brek kaki, gear D pun ada rs sentakan.. ada kaitan dgn mslh gearbox ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,sentakan berlaku atas sebab pecah mounting dan minyak gear kotor,sebaiknya tukar mounting gearbox dan flush minyak gear 2 kali ,in sha allah ok,pastikan autofilter ditukar

      Delete
  13. Assalamualaikum tuan mk. Saya baru beli mazda 6 2.0 skyactiv 2ndhand. Masalah saya bila bawa jalan highway steering perlu selalu dipegang dan dibetulkan kiri kanan (rasa macam longgar sikit), steering tidak gegar. Saya telah bawa ke servis center dan tukar lower arm depan kiri kanan, dan tukar absorber belakang kiri kanan bocor. Masalah stering terasa longgar ke kiri kanan masih ada. Apa pendapat tuan, adakah perlu tukar steering rack?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tukar steering rack lebih baik manakala camber juga perlu diperiksa

      Delete
  14. assalamualaikum tuan.. sya bru beli avanza 1.5G auto tahun 2006 ... sya nk tukar minyak hitam dn minyak gearbox... blh tuan bgi pendapat grade dan brand minyak hitam serta minyak auto yg bersesuaian dgn kreta sya... trima kc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,minyak hitam boleh guna semi synthetic grade 15w40 ,jenama castrol atau petronas dan jika ada jenama Toyota juga boleh digunakan. Minyak auto juga boleh guna yang baik dari Toyota atau Castrol ,STP atau Petronas

      Delete
  15. Salam aiduladha ,kereta saga blm 2008 saya check engine menyala dan akan hilang bila off engine dan kadang2 kereta ne boleh termati engine semsa jalan. Bila scan kedai air temperature sensor problem ,adakah ini masalah? Selain kena ganti air temperature sensor baharu , perlukah ganti thermostat yg selama ni xpernah tukar? Sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,mesti ganti air temperature sensor,tanda enjin panas juga ada,sebaiknya ganti thermostat juga

      Delete
  16. Kereta juga seakan semput .kadang2.. saga blm 2008. Perlu x reset ecu.. ?? Dan apa lg nak reset utk kereta dah 12 tahun

    ReplyDelete
  17. selepas tukar sensor ,reset ecu ,selain itu tiada apa perlu reset

    ReplyDelete
  18. asslm tuan nk tnya, kereta honda city sy dah lebih 6 tahun perlu ke tukar fuel filter / strainer set fuel?
    kedua, adakah engine oil treatment & cleaner perlu untuk kereta yg dah lebih 6 tahun?
    mohon pandangan tuan t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,fuel filter mesti tukar untuk mengekalkan minyak dalam enjin lebih bersih manakala oil treatment sebaiknya tidak digunakan kerana kebiasaannya ia akan menjadikan sistem enjin terganggu dan enjin terasa tidak lancar

      Delete
  19. Vellfire 2013
    3.5 v6
    Apakah minyak hitam yang sesuai digunakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta ini baru 7 tahun jadi jika sekarang gunakan minyak fully terukan dengan fully synthetic jika ingin tukar,tukarkan kepada 15w40 atau 10w40

      Delete
  20. saya pakai vios 2006..sy baru tukar alternator sbb bateri tak dicas semula..masalaah nya skarang bila tunggu tak traficc light kereta mati tiba-tiba..kereta akan cut semua function termasuk horn..powerwindow..alarm..radio..kena tunggu sekejap dlm 1/2 jam baru on balik..okla semua...tpi bila dia mati ada naik lampu ABS..sebab apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masalah sensor ABS pada roda ,buat scanning OBD dan dapatkan analisanya ,pengalaman saya mengatakan sensor ABS pada absorber ada masalah

      Delete
  21. kereta kancil 850 automatik. apa masalah...bila masuk D....kereta jadi x nak berjalan.??? kadang2 ok...kadang2 x masuk terus...adakah masalah gearbox????

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar minyak gearbox auto flush 2 kali,tukar juga speed sensor

      Delete
  22. Assalamualaikum tuan. Nak ty. Keta viva 1.0 auto. Dia automatik hilang power sewaktu nk reverse / drive. Kalau kita kurangkan pecutan (utk berhenti) dia akan mati secara tiba2. Tapi bukan mcm lembu batuk. Terus mati. Bila start semula boleh start mcm biasa, bila tukar je gear drive dri Gear P, dia akan mati, kecuali kita tekan minyak sebaik saja gear masuk D. Masa drive ok. Bila kurangkan kelajuan, rpm akan turun mengejut dri 1 ke 0. Lampu enjin x nyala sblm mati. Bateri dah 1.3tahun, alternator (ganti dlm 2 tahun lps). Plug guna iridium (masih dlm coverage). Perlukah sya tukar bateri / masalah alternator / oil pump / lain2. Atau blh p check bengkel guna scanner. Tkasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,fuel pump perlu ditukar kerana supply minyak ke enjin mati apabila beban bertambah,inshallah ok

      Delete
  23. HELLO SELAMAT PAGI.
    KERETA CITROEEN X SERA PICASSO TIMING BELT PUTUS, JADI TAK BELAH START AND KALAU UNAIK BUKIT DIA STRESS ENGIN SUSAH NAK NAIK. LEPAS TU ENGIN OVERHEAT. KITA HANTAR KAT MACHANIC. MAKANIK DAH TOP OVERHAUL, TUKAR FRONT ENGINE MOUNTING, REPLACE WATER PUMP, REPLACE PIMP ASSY. REPLACE TIMING BELT. TOP OVERHAUL, TUKAR INTAKE VAVLE, TUKAR EXHUST VALVE, TOP OVERHAUL KIT, TUKAR ENGINE MAOUNTING BUSH. REPLACE BEARING. DEKAT 8K HABIS. TAPI BILA NAK AMBIL KERETA SEBAB DIORANG CAKAP DAH OK...ENGINE ON..KEJAP JALAN LEPAS TU STUCK.TAK BOLEH JALAN AND MASUK GEAR. STRESS SEBAB BANYAK DUIT DAH BUANG. HARGA KERATA BUKANYA MAHAL.
    BOLEH BAGI NASIHAT APA NAK BUAT OR APA NAK CHECK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello,jika enjin hidup dan stabil,sepatutnya boleh bergerak seperti biasa tetapi jika enjin tak stabil dan seperti hanya 2 atau 3 plug saja bermakna enjin dalam keadaan kurang compression akibat bocor valve,sebaiknya bawa semula ke mekanik untuk periksa, Gearbox tidak dibuka masa buat top overhaul cuma jika ada buka gear lever sebaiknya diperiksa kerana silap pasang boleh menyebabkan gear tidak berfungsi dan akibatnya kereta tak gerak, Periksa enjin dan gear lever

      Delete
  24. Salam abg arsyad...kete sy caldina zt na tahun 2003...sy baru overhaul kete sy sekitar november tahun lepas...tapi kete sy masih lagi ade jerk tak hilang cuma kurang sket x macam sbelum buat overhaul...enjin jadi bobok masa sejuk dan kalau tekan minyak memang susah nak memecut...kalau dulu sblm buat overhaul bila enjin pnas dia lancar...skg nie bila enjin panas tekan minyak dia rse berat sangat nak memecut dan boleh rasa ade jerk walaupun halus je rse dia...mati kutu dh xtau nak buat ape...duit pun xtau byk mne dah klua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kalau belum tukar fuel injector,sebaiknya tukar satu set injector,simptom masalah in i seperti kurang kuasa pancitan minyak untuk dibakar,inshaallah ok kalau belum tukar injector,patut tukar

      Delete
  25. Assalam bang..kereta saya viva masa jalan kat highway berlaku tiba2 rpm turun mendadak, tekan minyak tak naik juga, tapi enjin tak mati.apa masalah tu ye bang?terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah ini biasa jadi sebab minyak kotor dan ganggu pembakaran selalunya sebab injector,sebaiknya tukar satu set injetor,inshaallah ok

      Delete
  26. Tuan,kereta viva saya kadang2 selepas start akan naik lampu bateri tp lepas saya tekan pedal minyak terus hilang ,tp xselalu kena .. sudah cek bateri dgn artenator kuasa ok .. boleh tuan ajarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau yang jadi begini sebab belting alternator kendur dan lusuh ,saya sarankan saudara tukar dulu belting alternator,inshaallah ok

      Delete
  27. tuan kereta saya ford focus tdci 2.0
    masa kereta tengah berjalan tiba

    tiba terhenti sendiri .terus hilang power dan tidak boleh start semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alternator mungkin tidak mengecas semula,perlu periksa kuasa bateri

      Delete
  28. Tuan, kereta saya axia 2016 manual semasa memandu tiba2 rpm drop macam minyak tak masuk. Kena angkat pedal minyak dan tekan balik baru ok.Dah pergi workshop katanya spark plug . Tukar spark plug pun tak jadi juga. Lepas tu katanya pedal sensor problem. Tukar pun sama juga. Apa pendapat tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah seperti kuasa vaccum bocor bermakna kurang angin dalam throttle untuk bakar minyak di ruang pembakaran,servis throttle tukarkan airflow sensor serta pastikan butterfly di throttle tidak longgar atau tertutup ketika pedal di tekan

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,