Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Wednesday, January 26, 2022

Indikator bateri menyala dan berkelip

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 2022

 Perkongsian kali ini adalah mengenai indikator bateri di panel meter yang berkelip. 

Terdapat kira-kira lebih dari satu indikator yang bernyala penuh ketika kunci dihidupkan. Antara indikator yang biasa dan mesti ada untuk kereta-kereta sekarang ialah tanda isyarat enjin, bateri, minyak hitam, handbrek dan penanda enjin sejuk berwarna biru.

Tanda indikator berbentuk sebuah enjin berwarna kuning atau dikenali juga dengan Check Engine mesti ada kerana ini adalah kuasa utama atau Main indicator yang membolehkan sebuah kereta itu dihidupkan. Manakala minyak hitam pula dilabelkan dengan corong minyak hitam ,handbrek pula dengan gambar bulat dilengkapi 2 bulatan disisi kiri dan kanan bulatan. Untuk bateri pula ialah bentuk bateri dengan tanda seakan positif di kiri dan kanan bentuk  empatsegi tersebut. (Rujuk gambar)


'ON' ignition indicator










Berbalik ke perkongsian indikator bateri. Biasanya jika isyarat ini nyala dan kekal ia adalah berkait dengan bateri dan alternator sahaja, di mana bateri tidak dicas semula iaitu samada bateri rosak atau alternator yang tidak berfungsi lagi untuk mengecas bateri semula. 

Kereta yang bergerak dengan kuasa bateri yang tidak dicas semula akan mula lemah dan semakin ingin mati enjin dan akhirnya enjin akan mati sendiri setelah kuasa bateri habis. Ini  bukanlah bermaksud kereta ditunjangi oleh bateri untuk bergerak tetapi apa yang berlaku ialah kuasa yang mengalir ke punca-punca utama seoerti ECU dan ignition adalah datangnya dari bateri, itulah sebabnya enjin akan mati  jika kuasa ke pinca-punca ini tiada. Inilah fungsi alternator iaitu untuk mengecas bateri semula supaya ia sentiasa dalam keadaan penuh berkuasa.

Indikator bateri yang berkelip seperti tajuk ditulis di atas adalah apabila komponen seperti belting alternator, tensioner, pulley alternator yang mengalami masalah rosak penuh dan lemah selain daripada ic transistor pada alternatr rosak. Akibatnya indikator bateri akan berkelip kerana kemasukan cas ke bateri kurang dan lemah. Pulley alternator yang ketat atau jammed juga boleh memutuskan belting alternator. Manakala belting dan tensioner yang ketat ,rosak dan hampir putus pula akan menyebabkan kuasa bateri akan jadi lemah secara perlahan dan tanda bateri berkelip muncul di panel meter. Selain daripada IC (Integrated Circuit) alternator rosak, tukar belting dan tensioner boleh juga menghilangkan indikator ini dari muncul dan berkelip.

Semuga apa yang dikongsikan ini bermanafaat untuk semua.


Alternator belting and Tensioner








6 comments:

  1. Assalamualaikum. Maaf bertanya. Kereta viva sy, indikator bateri menyala selagi kereta tak bergerak. bila bergerak dalam 1 ke 2 minit lampu indikator bateri padam sepenuhnya. dah 2 kali berlaku.

    Bila hantar ke bengkel, pomen nasihatkan biar lampu indikator menyala sepenuhnya, baru hantar ke bengkel. dia pun tak pasti kerosakan di bahagian mana.

    boleh tuan beri pencerahan tentang masalah mcm ni?
    terima kasih atas jawapan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ada 2 sebab indikator bateri menyala,pertama alternator tidak mengecas penuh akibat hampir rosak. Kedua belting kendur dan bearing alternator juga tidak dapat berpusing untuk mengecas dengan baik. Sebaiknya tukar dulu belting jika ia masaih sama bermakna alternator hampir rosak

      Delete
    2. Assalamualaikum bro,

      Tumpang belajar, soalan noob, baru dapat iswara aeroback 1.3L Manual tahun 2000.

      Boleh ke upgrade cc ke 1.5 atau 1.6 tanpa tukar enjin, seperti tukar block dan head. Dan jika boleh barang apa yg perlu ditukar/upgrade sekali bagi ngam dgn perubahan yg dibuat.

      Apa pula masalah / kekurangan yg biasa dihadapi jika membuat perubahan sedemikian. Seperti masalah kuat makan minyak petrol, kuat makan minyak hitam, barangan part tertentu cepat rosak dan sebagainya. Pro / kontra

      Satu lagi soalan ialah jika saya tukar steering yg asal kepada power steering, betul ke kereta akan jadi berat dan tak ada pickup? Jika enjin masih 1.3L

      Semoga dimurahkan rezeki bro.

      Delete
    3. waalaikumsalam,tukar blok dan head adalah sama dengan tukar enjin kosong iaitu tiada disertakan dngan gearbox. Tiada perubahan ketara kerana menggunakan enjin cc yang lebih besar,minyak ada sedikit tambah penggunaan,pikap jadi lebih itu saja

      Delete
  2. Salam bos,tumpang tnya.toyota vios,ncp93,lampu bateri berkelip hanya bila on aircond,boleh tau apa punca masalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, tanda kuasa bateri kurang,yang biasa berlaku ialah kekuatan alternator semakin lemah

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,