Skip to main content

Posts

Tayar rosak atau gandar rosak

Kadangkala dalam kehidupan nie,kita selalu tersilap buat perkiraan dan kadangkala tindakan yang kita ambil tu tak bersesuaian dengan yang seharusnya.begitulah jugak dengan kereta,kadangkala kerosakan lain tapi yang lain pulak kita fikirkan dan perbaiki.Bukan mudah jika ingin membaiki kenderaan anda sendiri,begitu juga dengan mereka yang berurusan secara langsung dengan enjin kenderaan.

Bunyi pada brek kereta gear automatik

Pada post kali ini aku nak menyentuh sedikit tentang masalah yang selalu dihadapi pada kereta gear automatik.Masalah yang berpunca dari penjajaran yang terus membawa kepada kerosakan pada sistem brek sesebuah kereta. Sistem brek sesebuah kereta banyak bergantung kepada sistem minyak brek,dan selalunya ia akan melibatkan angin dalam brek kereta dan brek pad.Ada sesetengah kereta yang memerlukan pembuangan angin dalam sistem brek atau secara praktikalnya melepaskan minyak brek dalam keadaan enjin sedang beroperasi.Terdapat dua masalah pada sistem brek kereta iaitu:-

Penggunaan flasher relay dalam lampu signal

Banyak posting sebelum ini mengenai kereta aku postkan berkenaan kaedah yang aku rasa terlalu sukar untuk di nilai oleh pengguna  baru kereta walaupun ianya sangat penting.Dalam post kali ini aku nak perkenalkan satu relay yang berfungsi mengawal kelajuan signal belok kiri dan kanan dalam sesebuah kereta. Alat ini dipanggil 'flasher relay' ataupun pengimbas signal.Kerosakan signal jarang diperhatikan oleh pengguna kereta kerana ianya tidak melibatkan enjin kereta berhenti ataupun tidak bergerak.Ianya cuma melibatkan signal belok kiri dan kanan yang kelihatan terlalu laju dalam kerlipan  yang kelihatan pada panel dashboard meter pemandu. Kerlipan pada dashboard pemandu akan kelihatan signal berkelip secara laju kira-kira 20-30 kerlipan sesaat sesekali digunakan berbanding 5-8 kali kerlipan dalam sesaat.Ini adalah disebabkan terdapat kerosakan pada flasher relay yang selalunya terletak di panel fuse bahagian depan bawah kaki pemandu.Ianya amat mudah dikeluarkan dan dilekat...

Cara lakukanTop overhaul (DIY)

Banyak post terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan Top Overhaul ini. Top Overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka injap minyak dan ekzos. Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta maka bermulalah proses Top Overhaul. Top Overhaul terdapat dalam 2 kategori iaitu top overhaul petrol dan top overhaul disel. Tapi kali ini aku nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol.

Baiki enjin diesel(overhaul)

Enjin diesel  bekerja agak lain kerana ia tidak menggunakan plug(palam pencucuh).Ia bekerja secara pancitan minyak yang dibakar sebelum mampatan enjin menggunakan heater sebagai sumber api ,senang cerita bahasa mudahnya sebelum komponen enjin bekerja pembakaran dalam kebuk silinder(cylinder head )bermula. Enjin diesel adalah enjin berkuasa rendah walaupun c.c dia besar kekadang mencecah 3000 c.c.Pecutan pun lembap le dahtu lambat nak jalan kerana ia tak guna plug(palam pencucuh).Tapi enjin diesel ni boleh bekerja kuat da sebab dia tahan tekanan kuasa tinggi. Mengikut pengalaman aku enjin diesel tidak banyak yang boleh dibuat selain dari overhaul dan tukar enjin ,kerana kompnen-komponen dalaman yang agak mahal dan tidak tahan lama.Overhaul biasanya mekanik tukar:- 1.Minyak enjin 2.silinder head gasket 3.grind valve-atau cuci valve/tukar 4.piston dan ring 5.Liner(alas kebuk piston yang nipis) 6.alat pancitan diesel 7.enjin bearing 8.crankshaft bearing Enjin diesel ni s...

Komponen-komponen kereta yang boleh diservis

Salam, Olehkerana blog kerosakan kereta ini aku wujudkan untuk membantu semua dalam mencari maklumat yang boleh menyenangkan semua, jadi pada kali ini aku nak beritahu pasal komponen2 kereta yang boleh diservis selain dari servis biasa yang tukar minyak enjin dan oil filter. Ini juga termasuk dalam salah satu cara yang terdapat dalam kerosakan kereta juga ya!. cara ini adalah cara yang terbaik untuk menukar minyak enjin dan oil filter semua orang boleh buat sendiri kerana prosesnya tidaklah rumit,cuma korang perlukan alat seperti pembuka oil filter,spanar biasa ukuran 17,14 ataupun 12mm diameter. Kerosakan kereta korang boleh senang dikenalpasti jika kena cara dan kaedah yang betul walaupun hanya sekadar pengetahuan tanpa melakukannya sendiri. Enjin 1.servis karburator 2.servis alternator 3.servis fuel pump 4.servis starter 5.servis radiator Aircond 1.cooling coil 2.compressor Disini aku terangkan sedikit mengenai cara-cara servis alternator kereta dan starter keret...