Pagi ni dah pukul 312 pagi aku baru saja lepas tengok bola Arsenal dan MU,walaupun pasukan kegemaranku Arsenal tumbang tapi puashati kerana gamenya masih ok. Dah lama aku tak update blog ni jadi pagi ni aku pun tulis la pasal aircond sekali lagi,tapi tak banyak mana cuma nak kasi tahu korang pasal gas aircond yang selalu dan sesuai digunakan untuk kereta lama dan model baru. Ada dua jenis gas aircond kereta yang selalu digunakan iaitu gas R12 dan R134A,R12 ni selalu digunakan pada kereta lama ataupun kereta yang dah lebih umur 5 tahun keatas,bukan tak boleh digunakan pada kereta model baru tapi tak berapa sesuai kerana kandungan dalaman gas tersebut.
Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.