Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Thursday, April 19, 2012

Tie rod end

Tie rod end dan steering rack adalah dua komponen roda yang mempunyai bebola yang berupaya bergerak dan mengikut arahan membelok ke kiri dan ke kanan.Tie rod end bertindak kebanyakannya sebagai pemegang kepada banyak komponen roda seperti pada lower arm dan u stand.

Thursday, April 05, 2012

Mengapa masih terasa hentakan

Masalah hentakan yang kuat pada roda adalah masalah yang mengaitkan banyak penghubung antara beberapa komponen roda seperti ball joint,tie rod end,u stand,bush,absorber,spring dan absorber lining. 

Masalah hentakan dan bunyi bising pada roda yang melibatkan suspension banyak dipertanggungjawabkan kepada absorber walaupun pada hakikatnya hentakan dan bunyi bising sebenarnya melibatkan banyak komponen roda yang lain seperti yang disebutkan tadi. 

Monday, April 02, 2012

Sistem kawalan minyak karburator

Hanya dua sistem minyak enjin kereta yang terdapat pada masa sekarang iaitu sistem karburator dan sistem injektor yang digunakan dalam pembakaran enjin.

Saturday, March 31, 2012

Pelarasan enjin

Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM.
Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.

Tuesday, March 27, 2012

Penggunaan thermostat pada sistem air kereta

Salam,

Aku rasa ramai yang dah mengetahui penggunaan thermostat dalam sistem air sesebuah kereta.Tertarik dengan soalan pengunjung blog ini yang bertanyakan mengenai kenapa thermostat digunakan dalam air sesebuah kereta maka wujudlah post ini bagi menjawab ketidakpastian pengguna mengenai thermostat.

Thursday, March 08, 2012

Penyelesaian DIY ketika hujan

Terimakasih kepada semua pengunjung blog kerosakan kereta ,semuga hari-hari yang dilalui bertambah elok,sihat jasmani dan rohani.Di waktu keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini  kadangkala  cerah dan kadangkala hujan hingga dinihari malahan ada juga cuaca hujan sehingga keesokan harinya.

Friday, February 17, 2012

Kesan dari makan minyak hitam

Salam kepada semua pengunjung,

Dalam post yang terdahulu ada dinyatakan bagaimana pelarasan tappet dapat menghalang bunyi ketukan yang kuat dan juga bagaimana top overhaul dapat mengembalikan enjin kereta seperti sediakala.
Semak video yang disertakan ini

Wednesday, January 25, 2012

Tukar contact point

Gong Xi Fa Cai


Dibawah ini adalah video dari penulis blog mekanik kereta yang hanya disiarkan di Youtube mengenai menukar contact point dengan cara yang betul.Contact point atau pin sesentuh adalah punca utama kereta mendapatkan percikan api  yang disalurkan kepada plug kereta untuk pembakaran.Walaupun penggunaan distributor elektronik yang meluas tetapi masih banyak lagi kereta yang masih menggunakan pin sesentuh ini seperti kereta kancil,nissan vannette dsbnya


 LIHAT VIDEO DARI MEKANIK KERETA DI YOUTUBE


   


 Kebiasaannya jika contact point ini dipasang tidak tepat kereta tersebut akan mengalami letupan kecil bila berjalan dan sukar dihidupkan.Jika anda mengalami masalah demikian sila jumpa mekanik yang arif supaya ianya dapat diselaraskan dengan tepat.Tepat bermaksud clearance yang benar dan sesuai untuk keadaan kereta tersebut. Begitu juga dengan penggunaan distributor elektronik jika mengalami engine yang kadangkala stabil dan kadangkala tidak serta sukar dihidupkan pastikan anda mendapatkan distributor yang baru.



Sunday, January 01, 2012

Bagaimana servis aircond dilakukan

Selamat Tahun Baru 2012,

Ramai yang menyangka bahawa servis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta.Olehkerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.

Wednesday, December 14, 2011

Sumber kuasa untuk enjin

Olehkerana kita ni tinggal dalam Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa jadi pada mereka yang menyambut hari natal Selamat hari Krismas yang akan menjelang pada 25 haribulan december ini,dan pada mereka yang bercuti pada 25 dec ini Selamat bercuti dan hati2 bila memandu.

Sumber kuasa adalah amat penting dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan.Sebuah kapalterbang,kapal selam,keretapi,jentolak,robot,mesin malah manusia memerlukan sumber kuasa untuk menjalankan aktiviti2 seharian.
 
Dalam sebuah kereta sumber kuasa utama adalah bateri,olehkerana bateri menjadi sumber kuasa utama dalam menghidupkan enjin jadi bateri adalah elemen terpenting dalam sebuah kereta.Tidak dapat dinafikan sekarang kereta berbentuk hybrid menggunakan hampir keseluruhan sumber kuasa dari bateri. Dalam penjagaan bteri sebuah kereta terdapat beberapa kaedah penting yang harus diikuti oleh pengguna kereta supaya bateri tersebut akan tahan lama dan dapat menyambung hayat sekurang-kurangnya 2 tahun melepasi tempoh jaminan. 

 Kaedah tersebut adalah seperti berikut:- 
 Bateri kekal (bateri tidak gunakan air) 

  1. Pastikan lampu dan apa saja yang menggunakan bater dimatikan sebelum meninggalkan kereta.
  2. Kurangkan kekerapan menekan alarm
  3. Engine dihidupkan dengan pantas,kick start yang pantas,jika kereta tak dapat dihidupkan jangan berterusan kick start kereta dgn kadar lama,ini boleh menyebabkan bateri lemah dan rosak
  4. Pastikan anda mencuci kereta setelah kereta agak sejuk supaya bateri tersebut tidak mengalami renjatan perubahan suhu agak mendadak,jika anda letakan kereta dibawah kepanasan matahari seharian boleh mengurangkan hayat bateri tersebut ,cuba dapatkan tempat letak kereta berbumbung .
  5. Pastikan anda tidak membuat kesilapan kabel positif dan negatif bila menukar bateri,kesilapan kecil boleh menyebabkan bateri tersebut hilang daya kekal.
  6. Bateri tidak kekal(Bateri guna air)
  7. Pastikan air diisi sebelum ianya berada dikedudukan bawah plate bateri.
  8. Gunakan air suling yang didapati dari kedai alat ganti,jangan isikan air paip dan bersamaan dengannya
  9. Gunakan air panas untuk menghilangkan kerak putih pada kepala kabel bateri,jangan biarkan keputihn tersebut berada terlalu lama disitu.
  10. Betulkan kedudukan bateri anda dan lekatkan pengawal kedudukan bateri dengan menguncinya secara betul
  11. Jangan tuang air bateri terlalu penuh kerana air bateri yang melimpah boleh mencacatkan bateri tersebut luaran dan dalaman.
  12. Jangan letakan sebarang benda besi keluli di atas bateri jika anda melakukan aktiviti selenggara kereta.
Sumber kuasa memberikan anda keselesaan oleh itu pastikan ianya menjadi komponen utama pada kereta.

Saturday, November 05, 2011

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya.


Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.