Apr 2, 2016

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Salam Sejahtera

Terdapat beberapa jenis reset pada sebuah kereta seperti reset alarm,reset ECU/ECM dan reset fuel pump.Reset-reset demikian adalah amat penting untuk diketahui oleh semua pengguna kereta kerana dengan cara ini saja lah kereta akan dapat mengembalikan keadaannya kembali  kepada asal sebelum kerosakan.Kaedah reset adalah sama dengan apa yang dipraktikkan pada sebuah komputer yang mengalami masalah sistem iaitu arus letrik atau kuasa akan dipotong apabila sambungan seperti kabel ke monitor atau CPU ditanggalkan, cuma kaedah pada sebuah kereta pula adalah melalui sambungan kuasa bateri,relay dan fuse serta beberapa kaedah lain.

Sep 21, 2015

Kesan-kesan buruk ke atas enjin akibat isyarat sensor yang lemah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam  mengawal pergerakan  komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.

Jun 4, 2015

Bagaimana Air Bercampur dengan Minyak dalam Enjin


Salam dan Selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog tak kira dimana jua anda berada samada di Malaysia mahupun luar Malaysia.Tak lupa juga ucapan awal menjelang Ramadhan Al mubarak kepada semua muslimin dan muslimat!Selamat Berjumpa kembali dalam topik terbaru dalam tahun 2015 ini,semuga apa yang dicoretkan ini dapat memberikan sepenuh manfaat kebaikan untuk kita semua!Insyallah!

Dec 6, 2014

Oil Pump dan Piston Oil Ring yang rosak


Salam kepada pengunjung blog ini semuga berada dalam Redha Allah selalu.

Oil pump dan piston oil ring adalah 2 komponen berbeza dari segi saiz,kedudukan dan juga kegunaannya.Oil Pump adalah komponen utama yang amat penting dalam sebuah enjin kereta.Ini kerana ia bertindak sebagai penyebar minyak pelincir ke dalam keseluruhan enjin untuk membolehkan sistem mekanikal enjin bekerja dengan sempurna tanpa mengalami tekanan akibat kepanasan tanpa minyak pelincir.

Jun 4, 2014

Intercooler dan turbocharger

Salam Sejahtera

Intercooler dan turbocharger adalah komponen kereta yang merupakan penambahbaikan sistem enjin dari segi prestasi dan kemampuan menyerap haba yang dihasilkan oleh enjin kereta.2 komponen ini digunakan khas untuk memberikan pacuan lebih pada RPM dan sistem penyejukan yang lebih efektif supaya enjin bergerak dengan prestasi maksimum.

Jan 16, 2014

Makluman tukar nama dan alamat ke mekanik kereta

Assalamualaikum,

Pertama sekali blog yang dahulunya dikenali sebagai kerosakan kereta mengucapkan salam maulidur rasul dan bersyukur serta berterimaksih kepada sokongan pengunjung yang tak putus-putus sejak blog ini dimulakan sekitar tahun 2008.

Olehkerana faktor-faktior keselamatan secara teknikal untuk terus  menerbitkan post secara online maka pada tahun 2014 ini ,blog ini yang dahulunya beralamatkan kerosakankereta telah menukar nama kepada Mekanik kereta serta alamatnya juga telah ditukar kepada mekanikkereta.com atau www.mekanikkereta.com .Semuga blog yang beralamat baru dan bertajuk baru ini akan terus menyumbangkan manfaat kepada pengunjung seperti sebelumnya.


Blog Mekanik Kereta juga secara rasminya tidak akan menerbitkan post yang lain selain dari automotif repair iaitu semuanya adalah mengenai permasalahan kerosakan dan pembaikan samada penyelesaian,masalah,baiki,modifikasi,enjin,badan kereta,dan keselamatan penggunaan komponen serta alat.

Ruangan komen pula masih mengekalkan corak sama dan tiada perubahan yang lain cuma terdapat sedikit image yang terpaksa dibuang pada ruang REPLY yang dulunya berimage dan sekarang menggunakan butang Reply oleh Google

Topik enjin kereta masih kekal sebagai topik utama dalam post dalam blog ini

Akhir kalam Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 bersamaan 1435 Hijrah .Sekian.