Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Dimana letaknya pin tukaran pada gearbox auto.

Dalam video dibawah terdapat satu pin berbentuk gerigi dan mempunyai cangkuk yang dimasukan kedalam gerigi gear.Pin tersebut banyak menyebabkan peralihan gear yang tidak elok,kadangkala beralih dengan sendiri disebabkan pin yang rosak atau haus.Ini boleh memberikan ketidakselesaan dalam pemanduan.


Ini adalah video yang menunjukan bagaimana auto transmisi dibuat dan bagaimana cangkuk atau pin yang kegunaanya untuk mengalihkan gear berfungsi.
Tanda-tanda awal kerosakan pin dalam auto transmisi ini ialah:-

1.Gear susah masuk dan lambat
2.Alihan gear yang tak menentu dan RPM jadi tinggi
3.Minyak gear auto bocor banyak
4.Menukar gear tidak habis,seperti 1 dan 2 serta 3 tanpa gear 4
5.Tiba2 terasa seperti gear turun atau naik seperti dari2 ke 3 dan 3 ke 4 serta 4 ke 3

Cara penyelesaian seperti menukar minyak gear,servis auto filter dan memastikan minyak gear tidak bocor adalah pra-penyelesaian sebelum ia menjadi lebih teruk.

Jika tanda2 awal sedemikian berlaku segeralah menukar minyak auto dan filter serta diservis kotak auto filter dan dibersihkan serta nyah kebocoran seperti memastikan gasket dan oil seal drive shaft pada kiri dan kanan gearbox ditukar boleh mengembalikannya semula gearbox tersebut pada fungsi selancar asal dan juga mengelakan kos membuka dan menukar pin yang lebih tinggi.

Comments

Unknown said…
Slmt mlm..sy pakai honda accord cb sm4..bila tukar gear dr P ke R ada sentapan pd gearbox..mounting gearbox dh sy ganti juga .apakah punca dan cara penyelesaian nya bos..sy pun dh tukar minyak gearbox dan isi oil treatment pd minggu lpas..ada sedikit perubahan juga la tak berapa kuat lagi bunyi sentapan tu..
Unknown said…
Kenapa kerata nissan sentra msuk gear reverse dia tk begerak.msuk gear D ok
Mekanik Kereta said…
Periksa minyak gear,jika kurang dan kotor berkeladak ia mungkin sukar engage untuk gear reverse ,begitu juga jika transmission sensor switch rosak ,reverse juga sukar
Mekanik Kereta said…
slmt malam,solenoid shift sensor perlu ditukar ,isyarat yang diterima untuk tukar gear tidak tepat dan menyebabkan pertukaran gear keliru dan tersentak
Norrfirman333 said…
Salam..nak tanyelah..kena wira 1.5 auto carb..bila nak jalan D..dalam 4 second dia free..sama jugak kat trafic light..masuk D nak jalan..dalam 4 second dia free balik..ape masalahnye tu..
Mekanik Kereta said…
wslm,auto transmission begini biasanya ada kaitan dengan minyak kotor atau minyak bocor,periksa dimana kebocoran dan baiki manakala minyak pula lakukan flush auto transmission 2 kali ,inshaallah ok
Iskedah said…
Tumpang tanya...kenari saya lama tak jalan dan miss start jadi beteri kong terus...bila masuk beteri baru jalan,parking letak P tak blh start,,letak N blh start.kenapa?
Mekanik Kereta said…
Tindakbalas lembab kerana bateri lama tiada ,jadi gunakan dulu sehingga semua isyarat sensor kembali pulih apabila sistem ECU dapat kenalpasti semua sensor semula
Unknown said…
Salam tuan, kereta saya myvi ezi auto.
Sejak minyak gearbox ditukar dalam 2 minggu lepas, bila kereta dihidupkan dalam keadaan sejuk, masuk ke gear D, kereta berjalan dengan elok, tiada gegaran dan sbgnya.

Bila enjin dh panas, kereta masuk gear D, dan pedal minyak ditekan, kereta terasa berat nak berjalan dan dan bergegar2. RPM pun tak naik.
Lagi2 bila dari traffic light nak mendaki bukit, lagi berat dan perlahan kereta bergerak.

Apabila kereta dalam kelajuan yang steady, contoh 70kmj, kereta akan bergerak mcm biasa tiada gegaran. Tapi kalau tekan minyak nak tambah kelajuan, dia akan bergegar dan mcm sangkut2 nak bergerak.

Adakah ni masalah gearbox, fuel pump, ignition coil atau benda lain?

Atau pon boleh sy ke bengkel tuan, sy berdekatan dgn seri kembangan.

Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak yang digunakan tidak sesuai untuk gearbox tersebut,saudara perlu tukarkan semula kepada inyak gear dan jenama yang sebelumnya dimana kereta boleh bergerak dengan elok
Unknown said…
Baik. Saya akan tukar minyak yang baru. Terima kasih
Unknown said…
Salam Boss, kereta saya wira 1.5 auto. Sebelum ni da tukar gearbox recon kira dalam 2 tahun guna. Skrang gear problem nak tukar dari gear 2 ke 3 dia macam mengaum. Kereta tak jalan kadang. Rasa macam free gear. Saya lepas pedal dan tekan semula baru jalan. Adakah itu masalah gearbox? Apakah saya perlu tukar yg baru atau overhaul?
Mekanik Kereta said…
wslm,jika manual ia adalah klac plate yang habis,perlu tukar satu set klac plate
Unknown said…
Bos..boleh tolong tak..apa kerosakkan kereta mithusbisi auto..jalan kebelakang boleh..kedepan tak boleh..
Unknown said…
Salam bos.. Kereta sy auto bila nk msuk gear P ke D dan bila tekan brek ada bunyi ktak2 di tombol gear & brek sy syg brbunyi eekk.. Kenapa ye bos?
Mekanik Kereta said…
shift solenoid sensor yang terletak dalam kotak minyak gear auto mudah menyebabkan kereta tidak bergerak sempurna ini kerana apabila sensor tersebut tidak bekerja dengan baik akibatnya isyarat untuk gear bertukar tidak juga bekerja,Prlu tukarkan semua shift solenoid sensor dalam kotak minyak gear auto. Minyak gear juga perlu cukup dan tidak bocor,jika bocor gear juga sukar masuk ke hadapan
Mekanik Kereta said…
wslm,jika bunyi pada panel ini tanda ada goyang pada gearbox terutamanya sebab mounting gearbox pecah manakala bunyi pada brek akibat disc yang tak rata dan kotor,perlu servis brek buang kotoran pada disc dan bersihkan karat jika ada
Unknown said…
Selamat petang mekanik kereta.. Nak tanya masalah gearbox auta kereta waja..masa kereta berjalan gear tidak bertukar ke gear tinggi.. Gear R dan D ok cuma gear tidk bertukar ke gear tinggi masa berjalan.. Mohon bantuan sifu somboi.. Thanks you
Mekanik Kereta said…
selamat petang, gerak-gerak kn tombol gear ke semua tanda pada panel dan ketika bergerak gunakan seluruh tanda-tanda terdapat selain D di panel seperti 2.3,N supaya minyak auto transmission dapat berkisar dengan baik. Jika ini juga tidak membantu gantikan solenoid shift sensor dalam kotak minyak auto.in sha allah ia ok
Unknown said…
Salam tuan. Nak tanya sikit2. Saya ada kereta kia spectra auto 1.6 dia bole hidup, apabila tukar gear (R) engine mati.
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya enjin mati apabila keadaan minyak gear kurang baik akibat kotor dan da bahagian dalaman gearbox yang tidak bersih,lakukan flush minyak gearbox 2 kali
Unknown said…
Assalamualaikum..mekanik kereta..saya gune kia spectra 2004..bile saya masok gear d dan lain²..kat meter still n saja..tapi gear masok..cume 1 dan 4 xde..2 dan 3 saje..minyak gear tukar pon still same..ape masalah y ye?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,cuba gerakkan ke semua tanda di panel gear dan gunakan,jika keadaan gear masih serupa ia tanda kerosakan gearbox
Unknown said…
Assalamualaikum.. tuan mekanik..sya gune kia spectra 2004..masalah..masuk gear d atau ape saje..kat meter still n..tpi gear masuk..dn dalam masa yang same..gune d 1 2 3 ade..4 xde..mohon pencerahan..terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,cuba gerakkan ke semua tanda di panel gear dan gunakan,jika keadaan gear masih serupa ia tanda kerosakan gearbox
Unknown said…
Tidak dapat angkat berat
Mekanik Kereta said…
maksud saudara yang mana ni,kereta tak boleh bergerak ke atau gearbox yang berat,jika kereta tak boleh bawa beban akibat gearbox maknanya sesuatu perlu dilakukan pada gearbox seperti tukar sensor solenoid
Unknown said…
Naza sutera masaalh vakum,karan di soket xhidup.Ada fius kah tu bos?
Mekanik Kereta said…
Vakum ada beberapa tempat seperti di injector, di silinder head dsbnya,jika terdapat mana2 vakum yang tiada aliran arus elektrik,perlu periksa fius dan relay
Unknown said…
Salam bro..ape beza sensor gearbox ngan speed sensor...saya guna myvi auto 2007, skng ni ketr saya klu bwak laju lampu o/d berkelip..saya dah scan n pomen suh saya tukar sensor gearbox..cuma saya xphm ape beza dua sensor tu..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada beza cuma istilah yang berbeza,ada orang panggil sensor gearbox saja,pada gearbox mesti ada 2 sensor input dan output
Jumardiansyah said…
Bos, saya punya kereta gear (R) kereta bergerak maju. Semua gear, kreta bergerak maju. Apa punca dia
Mekanik Kereta said…
Bila R reverse tiada ,ini tanda ada masalah pada gearbox,sebaiknya lakukan overhaul kerana terdapat kotoran atau habuk besi yang banyak menyekat pergerakan gear ke belakang
Kai said…
Assalamualaikum tuan Proton Wira 1.5 karburetor sudah overhaul gearbox masih juga meraung masa tukar gear apa masalahnya
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,dalam gearbox ada pam minyak,biasanya jika meraung ialah sebab pam tersebut tidak mengepam minyak keseluruh gearbox jadi ia meraung,minta mekanik periksa semula dan pastikan pam tersebut ditukar
Kai said…
Maksud tuan oil pump kah tuan
Kai said…
Salam tuan saya nak tanya gigi oil pump gear box Proton Wira yang ada longkang tu kedalam atau keluar sebab takut terbalik
Mekanik Kereta said…
ya oil pump dalam gearbox ada gerigi disebelah dalam,longkang tu sebelah dalam
Kai said…
Okey tuan terima kasih membantu
Namiey said…
Bossku.. pasal apa ya bila sy masuk gear, kereta jalan... Bila gear dua nk masuk gear tiga..... Gear kosong... Enjin je yg mengaum kuat..... Kereta pula tersengut senggut..... Myvi 1.3 auto...tq
Mekanik Kereta said…
ini masalah gearbox,iasanya akibat oil pump dalam gearbox yang rosak dan akibatnya minyak tak masuk ke semua bahagian dan gear sukar masuk
Unknown said…
Ingin tahu susunan kedudukan pin jenis warna tukar soket yang rosak gearbox auto satria neo1.6campro untuk sensor solonoid
Mekanik Kereta said…
merah,kuning,oren adalah positif manakala hijau,coklat,biru muda adalah negatif
Unknown said…
Salam satu malaysia...tuan. Sy pemilik kereta triton VGT GS nak tanya pasal gearbox ckit. Masalahnya ialah masa keta tengah gerak, gearbox tiba2 aje berbunyi "duk...duk". Bole sy tau apa sebenarnya belaku and brapa agak2 kos baikpulih.
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi demikian boleh datang jika minyak gear ada kotoran akibatnya geseran menyebabkan torque converter tidak berpusing dengan baik dan berbunyi,boleh diselamatkan gearbox ini jika buat flusing 3 kali dan tukar minyak auto serta autofilter.kos sekitar rm400
Unknown said…
maaf nk bertanya.. honda accord sda 2007.. lepas habis memandu.. masuk gear P kunci tk boleh kluar.. terpaksa hidup enjin masuk balik gear P baru boleh kluar kunci.. masalah apa ye? lepas over overhaul gearbox terus jd mcm tu
Mekanik Kereta said…
saudara perlu setting semula gearbox guna OBD, buat scanning untuk ketahu masalah,biasanya masalah kekeliruan pada setting
Mummy Azie said…
nissan sentra n16
manual
tengah drive 160kms gear 5 macam drop sendiri dan ada bunyi bergesel di gear box
jika bawa slow tiada masalah
pening dah ni Apeyer masalah tuan
Mekanik Kereta said…
masalah gear slip adalah akibat daripada kurang minyak gear atau bocor dan kotor,tukar minyak gear auto dan autofiler dan pastikan tiada bocor terutamanya pada oil seal drive shaft dan gasket tabung minyak auto
AkU AnAk IBaN said…
Bro, kereta saya waja mmc..sekarang,masalahnya ialah kereta sentap bila tukar gear revearse. Kereta dapat jalan hanya bila tukar ke gear D saja. Tapi akan keluar warning ligh N kat meter.Boleh tahu apa masalahnya ka tuan?
Mekanik Kereta said…
masalah shift solenoid sensor sebaiknya tukar minyak buat flushing dan tukar auto filter yang duduk dalam gearbox
Unknown said…
Salam bro, klu hilux 2kd gear reverse lmbt masuk apkh puncanya?
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah shift solenoid sensor ,lokasi dalam kotak minyak auto.
Unknown said…
Assalam...bang sy nk tnya..sy pakai saga FLX..smalam battery kreta Kong dan xde power sgt2..so sy buka bwak prgi cas balik..so selepas cas tu sy pasang balik..bila start enjin ok..tp bila msuk gear D kreta jd lambat pick up pastu tersentap kuat..so hrini da bawa gi bengkel dan tukar minyak gearbox..bila start jln balik Utk gear D da ok sikit tp masih ada tersedu timing Pon naik sikit..yg jdi msalah skrg ni bila sy masuk gear R..x blh nk reverse sgt kreta bergerak sikit2 je pastu dia tertukar ke gear D dgn sndiri..adakah itu msalah gearbox atau punca dri battery tu
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar minyak gear perlukan jenis yang sama dan jenama yang sama untuk elak kecelaruan sensor. Jika tukar jenis sama tapi masalah masih begini bermakna sistem ECU telah keliru dan perlu diresetkan ke asal ,gunakan OBD untuk reset semula sistem ECU dan paling penting pastikan bateri benar2 dicas semula oleh alternator,jika tidak masalah sama berulang
Oldest Older 401 – 455 of 455

Popular Posts