Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan


Salam Maulidurrasul dan Selamat Hari Wilayah

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kumulakan tulisan ini untuk panduan ramai pengguna bagi menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter .Semuga ia dapat dimanfaatkan.Insyallah.


Asas-asas utama 

kereta yang tidak dapat dihidupkan tak kira pada waktu pagi ataupun yang tiba-tiba mati adalah kerana beberapa sebab asas yang boleh diketahui sendiri oleh pengguna kereta.Terdapat beberapa kaedah untuk mengenalpasti masalah enjin anda jika ianya tidak boleh dihidupkan samada ketika enjin panas mahupun ketika ia sejuk.

Bateri

Secara kasarnya bateri memainkan peranan utama apabila kereta tidak dapat dihidupkan.Akantetapi bilamana bateri yang lemah kebanyakan sistem elektronik pada kereta tidak akan berfungsi samasekali.Dibawah ini digariskan beberapa panduan untuk mengenalpasti secara kasar apakah tanda-tanda kerosakan bateri jika kereta tidak dapat dihidupkan.

1.Alarm akan berbunyi bila enjin cuba dihidupkan
2.Semua lampu yang berkaitan dengan alarm akan bernyala
3.Lampu panel meter akan bernyala dan malap bila kunci enjin dipusingkan mengikut arah jam.pada tanda 'START'
4.Starter kereta akan berbunyi hentakan seperti 'tak....tak' berterusan jika enjin cuba dihidupkan.
5.Power window yang ditekan akan menyebabkan alarm berbunyi.
6.Lampu alarm akan terus bernyala bila banyak kali enjin cuba dihidupkan.

Apabila bateri lemah alarm dan lampu hadapan serta signal akan menyala berterusan jika enjin cuba dihidupkan dan sistem elektronik dan elektrikal akan berada dalam keadaan 'malfunction' sementara.Bagaimana cara mengatasi alarm yang berbunyi dan terus menyala serta sistem elektronik yang gagal berfungsi?

1.Pusingkan kunci kereta pada tanda 'ON'
2.Gunakan spanar bersaiz 12 atau playar dan buka skru positif pada bateri
3.Angkat kabel penyambung bateri
4.Pegang kabel dan letakan semula kepada kepala bateri secara sekejap-sekejap
5.Dengarkan bunyi alarm 2 kali dan lampu hadapan berkelip 2 kali menandakan sistem telah direset
6.Bunyi alarm akan terus berhenti begitu juga dengan lampu yang bernyala menandakan sistem elektronik telah dihentikan/direset ke asal.
7.Cabut bateri dan gantikan dengan yang bateri yang berkuasa

Apa yang digariskan di atas hanyalah untuk mengenalpasti dan cara mengatasi bunyi alarm dan sistem elektronik yang gagal berfungsi ketika enjin cuba dihidupkan.Bagaimana pula mengenalpasti kerosakan yang lain dari bateri jika enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan?

Dibawah ini digariskan beberapa panduan mengenalpasti masalah awal kerosakan kereta anda jika ia tidak dapat dihidupkan ketika sedang digunakan dan mati secara tiba-tiba..

1.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali  tetapi ia tidak terus hidup malah mengeluarkan sedikit asap dan ekzos meletup sedikit menandakan sistem karburator dan fuel pump yang tidak berfungsi.
2.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi enjin/kereta tiada gegaran menandakan taluisawat/timing belt yang putus
3.Jika meter pengesan kepanasan berada pada tahap merah dan terus berhenti dan enjin tidak berjaya dihidupkan menandakan kepanasan enjin  telah membakar gasket silinder dan mnyak hitam trelah naik ke ruang pembakaran dan membasahkan plug.
4.Jika enjin terus mati dan semua lampu pada panel meter hilang secara tiba-tiba menandakan kerosakan pada relay utama enjin dan sistem elektrikal yang bersambung pada ECU (Engine Control Unit)

Harus diketahui bahawa enjin yang dapat dihidupkan adalah ketika :-

1.Bunyi berdetik ketika kunci diletakan pada 'ON'
2.Lampu panel meter bernyala keseluruhan termasuk lampu kecil 'check engine' .

Starter

Kerosakan pada starter boleh dikesan awal.Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dan starter berbunyi hentakan seperti 'tak...tak setiap kali kunci dipusingkan menandakan kerosakan pada solenoid dan sambungan wayar negatif  mungkin berlaku .

Menolak kereta juga adalah salah satu cara untuk enjin kereta dihidupkan jika kerosakan pada starter berlaku.

Wayar negatif starter acapkali menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dan biasanya langkah menambahkan 6 wayar berelay adalah jalan penyelesaian terbaik mengatasinya.Perhatikan rajah dibawah ground yang menggantikan negatif yang tidak berfungsi pada starter.

Alternator

Seperti yang telah dinyatakan diatas jika nyalaan lampu alarm berterusan menandakan kerosakan pada bateri tetapi apabila alternator bermasalah semua lampu pada panel meter berkeadaan hidup malap dan sekejap2.



Ini hanya boleh dikenalpasti dengan tepat setelah kereta dihidupkan dan kabel penyambung negatif bateri ditanggalkan ketika enjin hidup.Jika enjin tidak padam bermakna alternator masih boleh digunakan.

Untuk kereta yang banyak melakukan tambahan aksesori seperti power amp radio,sistem bunyi,sportlight,lampu awas brek,lampu bawah ekzos dsbnya, kereta sedemikian harus menggunakan bateri berkuasa besar serta alternator berkuasa ampere yang tinggi bagi menstabilkan kuasa yang digunakan untuk mengecas semula.

Comments

optimus said…
Tapi penggunaa petrol masih stabil ..adakah trottle body??
Mekanik Kereta said…
saudara optimus,check engine akan menyala jika ada masalah pada sensor sahaja,pada throttle body tiada sensor
xpandable said…
Salam..
Saya nak tnye..apakah masalah apabila kereta xnak hidup..bile tekan minyak skit baru enjin hidup pastu enjin membobok..tak lama lepas tu check engine menyala..bila lepas minyak enjin mati..
Kete saya Wira enjin 4G93
Terima Kasih
Mekanik Kereta said…
@xpandablewslm,ada masalah pada sensor,perlu guna scanner utk kenalpasti,tapi saya rasa airflow sensor rosak
sha niza said…
Salam bang...saya pakai proton saga 1.5, baru2 ni lampu malam malap, bila bukak positif pada bateri enjin padam...ganti alternator yg baru harga 130..dah ok..lepas pasang hidupkan enjin try bukak negatif tp enjin x mati..pada saya dah ok la...saya cuba jalan dalam 200km lampu jadi malap semula dan cuba bukak nagatif batery enjin padan...kenapa ye...? Alternator yg baru ni rosak jgk ke?
Mekanik Kereta said…
@sha nizawslm,Alternator perlu diperiksa sebelum digunakan,biasanya mekanik akan test dulu,kadangkal alternator recon juga bermasalah.Alternator baru saudara rosak juga.
mat charade said…
Salam tn arsad, nk tanya sikit pasal charade aura sy hari tu buat head scheme, pastu psg blk pomen tune carb tinggi dia kata kaki carb dh makan n kaput kalo tune standard kaki goyang xleh stay tune asal dia cdg tukar je. Sy try tune blk std tune rpm 1.5 tp btol lps jln kejap rpm x stable n drop bwh 1, kaki yg dia kata tu bwh air filter mmg nampak longgar walau dh abis ketat. Minta pendapat tuan btol ke kena tukar seketul or ada parts boleh tukar? Atau sbnrnya ada komponen dia kaco masa bukak head tu sbb sblm ni ok je
Mekanik Kereta said…
@mat charadewslm,bila rpm turun bawah 1 ada problem pada karburator,perlu diservis dan guna komponen repair kit untuk karburator dan manifold perlu disemak supaya tak ada air atau cecair dalsm manifold,yg pastinya karb perlu disetting sebaik mungkin dan semua jet perlu dibersihkan kerana charade aura amat sensitif pada nisbah minyak dan angin,mekanik perlu lakukan teliti
Unknown said…
Saya menggunakan kereta wira aeroback 1.5 manual. Masalah kereta saya adalah setiap kali saya menunggu didalam kereta contoh selama 15 minit kemudian matikan enjin lebih kurang seminit kereta saya sudah tidak boleh di hidupkan. Keadaannya seakan bateri yang lemah padahal bateri baru pakai 2 bulan. Bila start hanya dgr tak...tak. Saya sudah menguji alternator dngn membuka point -ve bateri enjin xmati. Masalah ini hanya akan berlaku jika sy menunngu didlm kereta dngn enjin dihidupkan melebihi 3 minit. Pasti xbleh hidup. Boleh tuan jelaskan
Mekanik Kereta said…
@imran rifa'iAda masalah pada starter,perlu tambah wayar relay starter untuk memberikan lebih kuasa negatif dan positif untuk hidupkan enjin
Aisha Na'illa said…
Assalamualaikum abg arsad. Sy sha n sy pakai persona auto. Kereta tu da 8 tahun n xde masalah serius so far. Kereta pon diservis ikut jadual. Cuma sekarang bila sy drive kereta tu mcm x pick up n berat. Kena tekan minyak lebih sikit. Kadang2 semput tu terasa jugak tp x ketara. Bokeh abg jelaskan kenapa n kalo ade ape2 yg perlu ditukar boleh abg sertakan sekali kosnya? Terima kasih bnyk2.
Mekanik Kereta said…
@Aisha Na'illawslm,tukar kabel plug dan fuel filter serta air filter dan plug insyallah ok,kos dalam rm300
Someone said…
salam, saya pakai kereta waja 1.6. 2/3 hari lepas sya ada tukar bateri baru tetapi setelah beberapa hari, sya cuba start enjin kereta dan alarm terus berbunyi tanpa henti. enjin kereta tetap tak boleh start.kenapa hal ni berlaku eh?
Mekanik Kereta said…
wslm saudara someone,

Alternator kereta tersebut juga rosak dan bateri tidak dicas semula,ganti alternator lain
Assalamualaikum Tuan..
Mohon bantuan nasihat , kereta persona saya first model x dpt hidup enjin.
Bila dikesan Api tidak naik ke Wiring tangki minyak dan juga bwh seat.
Cek ECU ok.. Cek Plug pun ok..
Apa punca ye dan apa jln prnyelesaiannya..
Mohon bantuan tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,

Jika bawah seat ialah fuel pump,jika fuel pump tak jalan periksa fuse,kemudian periksa relay,ganti fuse dan relay untuk fuel pump dalam kotak fuse dlm enjin
optimus said…
Meter minyak dah tak betul..kejap naik kejap turun..boleh repair tak..
Mekanik Kereta said…
Kena tukar float bawah seat belakang dalam tangki
Unknown said…
assalamualaikum encik arsad,
saya iskandar dari johor.
saya menggunakan kereta toyota ke70 enjin standard 4k(1980).masalah kereta ni adalah semasa turun bukit, timing/rpm akan jatuh sampai mati enjinnya, start semula x de masalah cuma cuak lah bila jadi gini, brek dh la x fungsi bila enjin mati.saya ada bg pomen cek, dia buat servis carb, pun ada lagi masalah tu, pomen tu kata carb dah rosak slow chokenya.
apa pula kata encik?
Mekanik Kereta said…
wslm

ini masih lagi masalah idling,idling enjin dikawal oleh karburator dan terdapat hose yang bersambungan ke diaphragm perlu dibetulkan
ziera said…
Salam
Saya nk tnya kenapa kereta waja mnual msuk gear 2 dia semput semput ya.. Klu gear lain ok ja... Mohon encik dapat membantu...��
Mekanik Kereta said…
wslm,cuba tukar plug kabel dulu tengok macamana,kadang2 enjin memang dah tak kuat kerana api tak cukup
Unknown said…
@Arsad mekanik
owh, begitu, trima kasih sebab sudi jawab, saya dah cek hose tu, ia bersambung dari bawah carb ke atas carb, di tengahnya ada satu stopper, saya tak tahu apa namanya cuma udara ditiup melalui hose tu tidak boleh melintasinya.
so saya guna hose aquarium membuat sambungan terus atas ke bawah, namun, hasilnya sama, idling yg tidak stabil dan agak tinggi.
Mekanik Kereta said…
stopper tu tak boleh dibuang ia seakan valve bukan stopper,hose choke adalah spt dlm gambar

http://www.rollaclub.com/board/uploads/monthly_10_2012/post-8907-0-24847300-1350987064_thumb.jpg
Unknown said…
@Arsad mekanik
gambar carb ni langsung tidak sama dengan carb saya, macam mana saya boleh hantar gambar carb saya tu kepada encik?
jika encik tak keberatan, sila encik whatsapp saya di number 011-38275900 untuk saya bagi gambar keadaan semasa carb saya tu.
Mekanik Kereta said…
dah wasap
Unknown said…
Salam bg, saya hady jenis kereta iswara 1.5. masalah kereta sekarang ni selalu total blackout. Current semua hilang. Alternator baru, bateri dah tuka tp still bnda yg sama berlaku. Bila nak start, starter tak respon, symbol dekat dashboard tak menyala. Malamtadi otw saya nk balit, kereta meragam, buat hal macam biasa. Lampu meter, signal, power window semua tak berfungsi. apabila saya rem sampai rpm 3, current semua ok macam bat cukup tenaga. Then weak n terus xberfungsi macam tadi. Kekadang jerking macam current satu kereta ilang. Tp bila rem ok balik. Kot2, apa masalah nyer? Tolong bang.
Mekanik Kereta said…
wslm hady

Cuba tukar relay Main dan Bat pada fuse box,kalau masih terjadi juga maknanya ECU ada problem
Unknown said…
Salam saya ada masalah keta xleh start n xda bunyi langsung.bile start senyap je.harap boleh bantu masalah den
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ada lampu dan simbol menyala dipanel meter bermaksud terdapat aliran elektrik tetapi jika dipusing kunci tiada apa2 berlaku bermaksud starter saudara ada problem,mungkin negatifnya tiada atau relay rosak
Unknown said…
Sy ada krta wira aero vdo, bila rpm sampai 3 atau 4 lampu enjin menyala... bila matikan enjin and start lampu tak ada lg... tp bila sampai rpm menyala lg.. dan kadang2 lampu masa dlm kereta akan hilang yg minit dan tinggal yg jam.. cth; biasanya 6.30 nanti jd 6. sj yg tgl.. terjadi bila buka head lamp .. lepas tutup buka lampu ada da... alternator pun da tkr bru..
Mekanik Kereta said…
@Fion Anncuba resetkan,tutup suis semua kemudian cabut kepala negatif bateri kira2 1 minit hingga 5 minit kemudian pasang semula sesudah tu buka suis sehingga semua lampu panel padam dan start enjin,bawa kereta seperti biasa.
Unknown said…
Salam tuan...sya menggunakan van....semalam masa otw balik umah van tetiba jadi semput...bila lepas minyak akan mati...Boleh sya tahu apa punca yg menyebabkan semput..

tkasih...
Mekanik Kereta said…
@Zulkarnai Harun Ar Rashidwslm,tukar fuel filter kalau guna econovan atau vanette ada contact point tukar contact point,plug dan air filter juga servis karburator
Unknown said…
tkasih tuan..
SxPyRzTxD said…
saya ada kete iswara..saya try start takde bunyi..saya tengok dashborad langsung takde lampu..tak tak bunyi pun xde.. saya buntu apa ye problemnye?
Mekanik Kereta said…
@SxpxztTukar bateri inyallah ok
jojo said…
Assalamualaikom..abg..masalah keta saya..bila start rpm jadi rendah bwh 1000..bila kita tekan minyak jd semput2...rasa mcm kjap ada api kjap xda api..bila boh gear nk jalan dia mati..tapi start skali ja idop...smasa rem ekzos ada meletop2 sikit...model honda sm4 cabreta...saya sgtlah berharap..abg dapat membantu..moga2 tunjuk ajar abg..dpt memberi manfaat untuk smua...
jojo said…
Assalamualaikom abg arsad..saya pakai honda sm4 kaburator...masalahnya start bleh..tapi bila tkan minyak rpm down pastu mati...sblom tu rpm 1000 ..slepas saya rem ..rpm jadi bwh pada 1000..taiming rendah..nak jalan x blh...bila rem lepas rpm3000 x semput plk..bila masuk gear nk jalan..tkan minyak..enjin mati..start skali ja idop..tlg la saya..abg..xlarat nk hntaq kat bengkel dh..moga2 pertunjuk abg mnjadi manfaat..untuk semua..trima kasih..
Mekanik Kereta said…
@Jo Jowslm,kena adjust plunger choke pada karburator supaya ia tak tertekan sekali masa tekan minyak,minyak banyak sangat masuk untuk dibakar tu yang mati bila tekan lebbih,serviskan karb tersebut
Mekanik Kereta said…
@Jo Jowslm,kena adjust plunger choke pada karburator supaya ia tak tertekan sekali masa tekan minyak,minyak banyak sangat masuk untuk dibakar tu yang mati bila tekan lebbih,serviskan karb tersebut
Mekanik Kereta said…
@Jo Jowslm,servis karb,setting minyak dan angin dah lari,set semula
Assalamualaikum.. saya nak tanya..saya baru tukar plug kereta..tapi kereta saya masih susah nk start..pulas kunci banyak kali tapi kereta tak hidup..akhirnya saya tekan minyak sambil pulas kunci baru hidup..kenapa yer jadi macam tu? Masalah bateri ke? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
@Rabiatuladawiyahwslm,kereta apa ni?kalau selain dari kancil ia hanya sebab minyak yang tak naik saja,perlu servis karburator dan jika guna throttle body pastikan fuel pump dan fuel filter ditukar
Unknown said…
Salam bos nak tanya kancil sya l2s masalahnya batery baru tukar tak sampai 2 jam bila jln enjin mati sblum tu bila tekan brek radia mati and lampu malap. Masa tukar batery buka yg negatif enjin tak mati tp bila cek dgn alat cek bateri pomen ckp bateri tak masuk cas..kenapa ye bos.? Tq..
Mekanik Kereta said…
@mr perfect zihanwslm,selain dari wiring yang rosak pada alternator,biasanya alternator tersebut juga rosak,kadangkala ia tidak mematikan enjin ketika negatif dicabut
Unknown said…
assalamualaikum..

abg saya nak tanya...baru2 nie keta saya tiba2 berhenti kat plaza tol...terpaksa call van tarik keta bawa g senawang..sampai bengkel dia kata water pump bocor...so saya full servis kena dalam rm2000 tapi masalahnya sekarang bila nak naik bukit saya guna gear 2 tak lepas kdg2 enjin tiba2 mati..bole saya tau tak apa masalahnya n macam mana nak mengatasi nya saya dah habis tukar n dekat rm700 tapi masalah masih ada gak...
Mekanik Kereta said…
@Ahmad Kamalwslm,kalau enjin tak panas dan minyak hitam sentiasa cukup ,masalah ni ,asalah fuel pump,perlu tukar fuel pump kalau belum ditukar
{ yaya } said…
Salam en.arsad, kereta sy viva elite 2011.kereta sy xbleh start.minyak penuh,bateri br tukar. Bila cuba start xbleh hanya bunyi engine tp ttap x hidup.and ade bau minyak dari ekzos. Tq in advance.
Mekanik Kereta said…
@{ yaya }wslm.api takde,electronic distributor rosak
Unknown said…
Assalamualaikum en..saya nak tanya sikit..saya pkai kereta proton saga flx..dh 4 tahun..sebelum ni..kereta saya byk kali xleh start tiba2..ape yg saya biasa bt..saya ketuk skit kat kabel bteri then hidup..biasanya hdup tp kdg2 x jd gak teknik tu..baru2 ni lepas isi mnyak..kereta tak leh start..bunyi ade tp x hidup..so saya tumpang kwn g kerja then 3 jam pastu bwk mekanik dtg..tp leh start pulak smp arini..pnh bwk ke kedai tp diorg xtau punca die..arap en boleh tlg jelaskan..
Mekanik Kereta said…
@Mohamad AzriWsalam,ini biasa berlaku ,saudara perlu tukar kedua2 kabel bateri ,kerana sebahagian saja kabel tersebut yang benar2 sentuh bateri dan starter
Unknown said…
terima kasih bos @arsad mekanik..biasenye brp hrga kabel bteri tu..lg satu..utk tukar timing belt proton saga flx..brp km bos suggest utk tukar?
Mekanik Kereta said…
@Mohamad Azrisama2,kos kabel tu sekitar rm50 satu.Kos tukar timing belt kira2 rm450
Mekanik Kereta said…
@Mohamad Azrikilometer tukar timing belt adalah setiap 80000 km
Unknown said…
tq bos @arsad mekanik :)
hilmisidek said…
Assalamualaikum
Mase jalan balik tadi (80km) tibe2 lampu radio kelip2, bike pasang lampu indicator minyak dan heat engine mati. Sebelum ni kalau ade bunyi creet mase psg ekon sekli dgn lampu. Bile padam lampu bunyik tu hilang. Pastu pagi tadi bunyi creet dah xdo tapi ade bunyi macam bende longgar. Mase lampu radio kalip2 kejap padam kejap idup bunyi tu dah xde. Maslh alternator atau bateri Kong?. Sekarg dah selamat smpai rumah. Mase off engine lampu dlm kete idup je. kalau saye boleh hidupkan kete agak2 selamat tak nak pergi bengkel dlm 20km Dr rumah.
hilmisidek said…
Kete saya saga lmst tahun 2007. Alternator masih original xpernah servis.
Mekanik Kereta said…
@Khairul Hilmi Sidekwslm,kalau boleh stat enjin,memang sampai,alternator dah tak charging,kemungkinan besar alternator rosak atau talisawat alternator dah putus atau bering alternator jam.
Unknown said…
Salam ,adakah kepanasan engine x menentu d sebabkan oleh tangki air tersumbat cth bila memandu pd hal laju 0~120km meter tmp nomal tpi bila memandu pd hal laju 120~160km meter tmp panas menghampiri tanda merah
Mekanik Kereta said…
@Mohd Ata Ismailwslm,gasket terbakar saja yang menaikan suhu sehingga tanda merah
Mekanik Kereta said…
@Mohd Ata Ismailwslm,gasket terbakar saja yang menaikan suhu sehingga tanda merah
Unknown said…
salam en @arsad mekanik..kereta saya bile corner..ade bunyi belah kanan driver..mcm besi bergesek..suspek dr tayar..ape punca nye ye..adakah bearing?
Unknown said…
Satu lgi masaalah bagaimana cara nak setting egine cara manual ,selalunya kwan p setting kedai lgi teruk noctking tq.
Mekanik Kereta said…
@Mohd Ata IsmailKalau enjin lama guna setting karburator dan timing light,kalau enjin baru guna injection gunakan setting pada throttle body tapi pastikan stepper motor dan throttle body dibersihkan atau diservis dulu
Mekanik Kereta said…
@Mohamad Azriwslm,periksa brek pad ,mungkin dah nipis sangat
Astarabayu said…
Salam...civic ej bateri cepat kong. Dah tukar bateri baru enjin dh blh start lampu lak x nyala. Tp lampu kecil nyala. Kalau dah pakai bateri baru boleh reset tak. Tq
Mekanik Kereta said…
@Astarabayuwslm,tukar fuse jia putus,relay juga ,ada tanda LAMPtak perlu reset cuma jika reset sistem alarm dan ECU sentuhkan kabel bateri negatif 2 kali sehingga alarm nyala 2 kali
Unknown said…
Saya nak tanya . Kalau kereta mahu d start tapi bila nak tekan minyak , meter nya hanya naik pada number 1 saja . Apa masalahnya ?
Mekanik Kereta said…
@hanna annaKereta tersebut jalan hanya 3 atau 2 silinder saja,samada ada kabel plug yang rosak atau enjin mengalami minyak naik ke permukaan atau ada valve yang patah,ganti kabel plug dahulu
Unknown said…
salam..tuan.kereta vios tahun2005 sy tidak boleh dihidupkan selepas parking beberapa minit.apabila start enjin bunyi dan hidup dalam 3saat dan terus mati dlm keadaan semput.keesokkannya pomen telah repair ecu.tapi harini genap 2minggu berulang kembali ketika memandu perlahan tiba2 enjin mati.masih tdak dapat kenal pasti masalahnya.apakah pndapat tuan,harap dapat membantu.terima kasih
Mekanik Kereta said…
@Nia Lisyawslm,cuba tukar relay tanda MAIN dan relay fuel pump
Unknown said…
Assalamualaikum, saya ada masalah tentang proton wira 1.5 auto saya. engine kereta saya tak ada power. Saya tekan padle minyak sampai habis meter saya hanya boleh jejak 100 je.
Unknown said…
en arsad boleh share tanda brek pad nipis mcm mana?bunyi tu saya perasan akan keluar time mbelok dan bila lalu area yg berlekuk or berbonggol..time tu x tekan brek pun..kalau brek pad..biasanya kene servis stp brp km? bearing rosak tndanya mcm mane ye
Mekanik Kereta said…
@Mohamad Azribelok atau tak belok,bunyi bergesel besi akan ada,biasanya brek pad sebelah dah nipis.Brek pad tak boleh diservis ia cuma tukar sebab bila ia nipis ia akan tinggal besi dan akan rosakan brek disc bila lambat tukar dan memang takde kilometer bila perlu tukar ia bergantung pada bunyi gesel tersebut.

Tanda2 bering tayar rosak ia bunyi seperti bergesel besi juga tapi bila makin laju ia makin nyaring dan kuat
Mekanik Kereta said…
@Gulamorrasul Sakilanwslm,klac plate kereta ini dah abis,perlu ditukar
Unknown said…
Assalamualaikum...
Kereta sy wira 1.5 auto..ada 2 masalah kereta sy
1.bila sy bawak kereta buka radio dlm 20minit...tiba2 icon battery kluar kat panel meter,battery dgn aternator sy dah tukar..
2.kadang bila nak start kereta rasa kosong takde bunyi pape,starter sy dah tukar pon still bule jadi..harap dpt tolong..
Mekanik Kereta said…
@Halmielagend Halmielagendwslm

1.Gantikan kepala kedua2 bateri dan kalau boleh dengan kabel ke starter dan negatifnya juga

2.Gunakan tambahan wayar starter dan relay untuk menguatkan lagi capaian negatif untuk hidupkan enjin,wayar starter relay tersebut ada dijual dimana2 kedai alat ganti
Unknown said…
Assalamualaikum...
kereta sy wira 1.5 auto de dua masalah...
1.bila sy bawak kereta buka radio icon battery kluar kat panel meter...kalau sy drive tak buka radio takde kluar icon battery kat panel,battery dgn aternator sy dah tukar..
2.kadang bila nak start kereta rasa kosong takde bunyi pape....starter dah tukar pon kadang jadi jugak..harap bule tolong..
Unknown said…
Salam en..boleh x share tips service & maintenance kereta bila nk cecah 70000 km?
Mekanik Kereta said…
@Mohamad Azriwslm,servis masih seperti biasa,tukar minyak hitam,oil filter,air filter dan plug tetapi jika gunakan timing belt ia perlu ditukar pada kilometer 80000 ,jika menukarnya pada 70000 juga amat digalakan,jika gunakan auto transmission,minyak gear dan autofiler perlu ditukar setiap 40000 km
Unknown said…
Salam..en saya nak tahu la..masalahnya kereta sy ni lampu check enjin sentiasa menyala..d sebabkn itu kereta da makin tiada picup..da ada bunyi bising dn gegar..sy sdh hantar kat kedai servis kereta pomen da exhaust sensor,check enjin tu still menyala..sdh 2 kedai da sy hantar..kedai lg 1 ni cakap mumgkin masalah wiring tp dia tk pasti..sy binggung la..apa sebenarnya masalah kereta ni.harap en dapat membantu sy..kerete sy viva 850 thn 2012.. Tq..
Unknown said…
Bhh
Mekanik Kereta said…
@hams syahwslm,untuk kepastian ,perlu guna scanner untuk periksa mana sensor yang rosak,tapi pada hemat saya ia adalah sensor idling (Throttle Position Sensor)pada throttle body yang rosak biasanya akan sebabkan bunyi kasar dan enjin tak stabil dan bergegar
Unknown said…
Slm arsab mknik...Aku nk tnya ni mslh kta aku ni...Klou hdup binyi kacang goreng...valve da clarnce.Timing belt n roller bering pn da tukar tpi stil bunyi kasar sprti kacang goreng.KTETA AKU PROTON WAJA 1.6 4G18P...Apa agnya ah mslh trsbut...da pening ni...
Mekanik Kereta said…
@Januel Wellwslm,ini kalau enjin campro,camshaft cover tu dah haus perlu diganti,minyak pula tukar kepada semi jika guna sintetik
Unknown said…
Slam enck mkanik.Ni kreta aku ni da tkar Cover cmshaft juga d adjust valve ke ex,20 intke,15.Tpi Msih ttp sma..timing pun da 3 kli buka psang...Aku pn da pning...Blnja smkin banyak tpi still sme.
Mekanik Kereta said…
@Januwell Wellwslm,mesti ada hydraulc valve lifter yang dah tak licin permukaannya ,sebab tu bunyi macam kacang terjadi,periksa betul2 lifternya gantikan mana yang dah ada kasar dan calar
Unknown said…
As salam bang.... Saya pakau kreta viva auto... Tadi pagi time pi kerja semua okay...hidupkan enjin pun 1 kick tapi bila balik kerja buka pintu guna alarm okay tapi bila nak start enjin x dapat... Sy try jumper pun masih x dpt nak start... Bila time jumper tu try alarm semua okay...apa masalah ya bang? Mohon pencerahan...thanks
Unknown said…
Salam bang...saya guna kereta viva auto umur kereta 18 bulan...
Time p kerja semua okay...enjin 1 kick bila pulang buka kreta pakai alarm semua okay tp bila nk start enjin x dpt... Guna jumper pun x dpt nak start...time guna jumper kunci alarm okay tp bila dah cabut weak pula tiba2... Lampu hon semua kuat seperti biasa...apa masalah ya bang? Mohon pencerahan...thanks
Mekanik Kereta said…
@Kumin Coolwslm,alternator dah problem,bateri cepat weak,tukar bateri dan alternator
Mekanik Kereta said…
@Kumin Coolwslm,bateri dah rosak begitu juga alternator,gantikan
Assalam..sy baru tukar bateri kereta wira 1.5 manual..so enjin semua da ok boleh hidup..hari kedua sy bwk kereta tu tetibe radio n meter jam mati..apa masalh ye..enjin ok jer xder masalah..sy da cabut kepala bateri negatif enjin masih hidup..terima kasih
Mekanik Kereta said…
@amar amar Yusoffwslm,tukar fuse radio,jam
baby_gurl said…
Salam saya ada masalah dimana viva auto tiba2 tak dapt start lampu d dashboar semua menyala..alarm hon semua ok..bila pusing kunci ke on tak de bunyi lansung senyap jer...kenapa blh tlg. Tq
Unknown said…
Slm encik...Mslah proton waja aku ni blum pernah jumpa lgi...Da tukar head 1 set pun tetep bunyi kacang goreng...Aga 2 nya pa mslahnya tu encik mkanik...Hrap ecik dpt mmbntu.PROTON WAJA...1.6 ENJINE MITSUBISHI.4g18p...
Mekanik Kereta said…
@baby_gurlwslm,bateri tak kena tu,ketatkan dan kalau ada taik bateri curah air panas bersihkan
Mekanik Kereta said…
@Januwell Wellwslm,kalu tukar semua dengan valve skali ke?camshaft pun kena tukar jugak kalau masih bunyi sama!
Mekanik Kereta said…
@Januwell Wellwslm,kalu tukar semua dengan valve skali ke?camshaft pun kena tukar jugak kalau masih bunyi sama!
baby_gurl said…
Ada kena mengena dgn air bateri kering ke x? Tq reply abg
Mekanik Kereta said…
@baby_gurlkalau air bateri dah kering,bateri tu tak boleh dipakai lagi memang dah rosak,ganti,walaupun lampu di meter,hon smua ok
obbebb said…
Salam..harap abg dpt bantu sy. Kereta sy proton savvy. Meter km/h jd kosong terus selepas 2-3 jam pemanduan pertama. Aircond terus x rasa cuma angin je. Apa mslh dia eh? Dah tukar sparkplug baru.
Mekanik Kereta said…
@obbebbwslm,speedometer kabel putus,aircond periksa fuse ACC,tukar kalau putus
Unknown said…
Assalamualaikum tuan , masalah saya bkaitan wira 1.3 vdo ...ssh btl nk hdp bila sejuk , fuel pump sama fuel rail masih bagus , fuel filter pn sama , klau engin sudah hidup cek api pada kabel plug pun kuat ...klau jalan xd masalah jerking atau performance low ....masalah dy liat nak hidup je bila enjin dah sejuk ...klau dpt hidup sbb paksa tentu lampu CEL menyala ...apa masalah dia ye barang kali tuan pomen ???
Mekanik Kereta said…
@mr shanizawslm,minta mekanik tukarkan knock sensor
baby_gurl said…
Salam tq bang arsad..dah dapt start balik..hihi bateri longgar..tq..
Unknown said…
Assalam abg.. saya pakai keta saga blm.. nape bila saya pusing kunci arah on tiada apa2 reaksi atau bunyi... lampu n meter smua mnyala elok je..bila pusing kunci arah start pon kosong xda bunyi apa2.. dah panggil tukang kunci igt cip tosak. Tapi cip failed.
Unknown said…
Salam abg saya pakai saga blm 1.3. Kereta xleh start.lamlu dkat meter smua mnyala ok je.. tp bila pusing kunci ke on dia kosong n xda pape bunyi. Bila pusing ke arah start pon mcm tiada reaksi apa2 seperti api xsmpai ke enjin.. dah panggil tukang kunci igt cip rosak tp bila try dgn cip lain pon xboleh baca jgak..
Mekanik Kereta said…
@Unknownwslm,starter ada masalah,pastikan bateri tak weak,tukar starter atau servis
Mekanik Kereta said…
@Syahmi Musawslm,periksa starter,starter ada masalah
Unknown said…
Assalamualaikum en.arshad, sy mempunyai sedikit masalah..sy ade hidupkan kereta sy untuk panaskn enjin kemudian sy tertekan pedal minyak sampai melebihi RPM 9000..sehinggakn enjin kereta terus mati..sy cuba start tp xdpt..semasa start cuma dapat dgr ekzos meletup je...ape masalahnye ye...adakah disebabkn distributor dh rosak??mohon membantu.terima kasih
Mekanik Kereta said…
@Unknownwslm,start semula bila enjin dah sejuk,minyak akan naik banyak jadi akan sebabkan ia terkumpul dan overflow itu lah sebabnya ia meletup di ekzos akibat minyak banyak tetapi api yang sikit untuk pembakaran.

Biarkan minyak turun semula dan kering pada plug,kereta akan boleh dihidupkan semula
Unknown said…
salam bang..disini saya ingin bertanya sedikit masalah dimana berkaitan dengan altenator dan sensor speedo..simpton ni terjadi apabila kerete dalam keadaan sejuk(parking lama/park time hujan)..simpton ni selalu jadi pada waktu malam..saya dpt detect masalahni sebab saya menggunakan meter pivot/voltage meter..masalahn ni selalu jadi pada waktu malam dan jika pada waktu siang(panas) ia elok pula..simpton yang terjadi adalah speedo sensor tidak berfungsi dan altenator..tetapi setelah enjin dipanaskan dlm jngka masa yg lama ianya kembali pulih..saya juga menggunankan pweramp,sportlight..btry,altrnator,sensor speedo semua telah ditukar namun perkara yang sama masih berlaku..mintk tolg penjelasan..pening dh mencari sebab..
Mekanik Kereta said…
@idzraf borokwslm,semua sensor akan berfungsi dengan baik jika isyarat yang berbentuk voltage secukupnya sampai.Voltage yang rendah akibat kekurangan kuasa boleh menyebabkan akan terdapat sensor yang tidak berfungsi,sebaiknya tukar alternator yang mempunyai AMP yang lebih tinggi sedikit
Unknown said…
Assalam abg arshad ... sy ad msalah , start kreta x idup tp lampu2 kt meter mnyala je... sy suspek bteri ... tp klau nk check alternator bleh ke cabut kpala bateri negatif tu .. sy pkai honda city 2013 tkut jd reset ecu je...
Mekanik Kereta said…
@Nik Yoewslm,boleh cabut negatif bateri,reset ecu jadi hanya selepas enjin dihidupkan semula selepas 10-15 minit.bateri memang bermasalah.
azman said…
salam.sy nk tanya kereta toyota ke 30 susah hidup diawal pagi..bila tgh hari senang je hidup....
azman said…
toyota ke30 susah hidup waktu pagi.kena tunggu waktu panas.apa masalahnya
Mekanik Kereta said…
@azmancoil tak ok dah!
Mekanik Kereta said…
@azmanwslm,coil tak ok
Unknown said…
Salam arsad. Nak tanye saya pakai perdana engine eterna v6 twin turbo. Hari tu tibe2 kereta mcm piston jln 2 je. Rpm jadi rendah mcm nak mati dh. check engine nyala. Bile tekan minyak pn lambat respon n x lebih 3k rpm.
Mekanik Kereta said…
@Unknownwslm,sensor ada yang rosak,tanda macam ini tanda throttle position sensor tak berfungsi,guna scanner untuk pastikan.
Unknown said…
Askm..saya nk tnyer pg td saya start enjin kereta waja saya..xsampai 5 saat terus mati enjin..knp yer?tq
Unknown said…
Askm..saya nk tnyer..pagi td saya start enjin kereta waja saya..tak sampai 5 saat enjin mati..kenapa yet?tq
Mekanik Kereta said…
wslm,cuba reset ecu dulu,cabut negatif bateri 10 minit dan pasang semula,kemudian start
Mekanik Kereta said…
reset ecu,cabut negatif bateri 10 minit,lepas tu pasang semula start enjin
Unknown said…
Salam... starter viva auto berapa yer?
Mekanik Kereta said…
wslm,2nd hand kira2 rm200-300
Unknown said…
Assalamualaikum... Tuan admin.. Kereta kancil sy bru sudah repair... Hampir dua bulan dkt workshop... Time nk ambik kereta tu tetiba enjin xbole hidup.. Makenik tu jump bateri... Jd berhasil... Dia kata sbb enjin lama xhidup, jd cas bateri tu tak penuh, benar kah?... Sekarang dh smpai rumah pun jadi balik, nk start enjin xbole...
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila guna jumper hidup bermakna cas bateri tak kuat dan mungkin bateri tidak mengecas penuh atau sudah rosak juga.Bateri tidak dicas jika kereta tidak bergerak lama
Unknown said…
Salam..apa jenis minyak enjin yg sesuai umtuk kereta isuzu Dmax diesel yg berusia 8 tahun?..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,apa saja minyak yang diguna untuk enjin diesel adalah sesuai kerana tak banyak pilihan,sesuaikan dengan castrol magnatech,valvoline atau lucas
Unknown said…
assalamualaikum bang...kereta sy wira 1.5 carb...ms nak panaskan enjin tiba2 mati sendiri...lepas tu sy nak start xnak hidup...padahal kabel plug, spark plug, fuel filter baru...boleh sy tau kenapa ek...terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,fuel pump mungkin ada masalah,minyak tak naik,periksa fuse fuel pump
Ghaz said…
Kereta Proton Persona saya tak boleh start. Bila kunci dipusing pada ON position, lampu kuning "CHECK ENGINE" tak menyala. Batteri dah tukar. Fuse dan Relay dah check OK. Apa masalah lain?
Mekanik Kereta said…
salam,

Jika tiada bunyi apa2 bila dipusingkan ke ON,starter bermasalah,samada ia tidak bersentuhan dengan baik atau bateri terlalu lemah
Unknown said…
Salam Tuan, saya pengguna kereta iswara 1.5 tahun 2001,minggu lepas mengalami masalah ignition key lock tak boleh pusing, walaupun dah cuba pusing-pusing steering bersamaan dengan pusing anak kunci untuk unclok steering, jadi kereta tak tak boleh on. selain menukar part yang baru adakah cara nak nak unclock steering tu yang boleh saya buat sendiri, mohon bantuan dan pertolongan Tuan, wassalam dan terima kasih
Putra said…
apa yang menyebab beteri kereta flat dengan sendiri???
Mekanik Kereta said…
salam,

bateri akan flat dengan sendiri jika plate dalamnya tidak sentiasa ditenggelami air suling,air suling mesti ditambah sentiasa
2.Bateri kering pula mempunyai tarikh luput maksima 3 tahun tetapi biasanya hanya bertahan selama 2 tahun maksima
Mekanik Kereta said…
wslm,buka penutup tengah stereng dan keluarkan skru stereng,tarik stereng keluar dan buka 2 skru ignition atau longgarkan,setelah itu amat mudah untuk lock terus terbuka sendiri dan stereng dapat dipusingkan
aliff said…
salam...saya ade masalah kereta susah nak start bila dh panas...kne tggu sejuk dulu baru ok...dulu ok selepas starter jem dan lepas tukar starter baru jadi mcmni plak...bateri dh tukar relay pun dh tambah tapi jd jugak...mohon abam arsad dpt tlg.tq
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar knock sensor
Unknown said…
as salam bro arsad...
saya ade masalah dgn kereta waja auto 1.6..semalam saya start lngsung xidup lampu kt meter 2 smua padam ,dh cuba tukar bateri dgn kereta kwan.ttap mcm 2 jgk..jumper pn dh..tpi bila msuk kunci n buka pintu alarm 2 still bunyi...apa masalah ye...
Mekanik Kereta said…
wslm,bateri weak,gunakan bateri yang betul2 penuh gantikan terus jangan guna jumper,insyallah ok
Nichlas said…
Kreta savvy 1.2 manual mati tiba2 & kemudian langsung tidak mau hidup. Check minyak sistem ok. Coil ok. Sensor sudah cuci. Jadi plug ada kaitkan encik.
Mekanik Kereta said…
saudara Nichlas,
Pastikan api plug ada,jika tiada electronic distributor bermasalah
Unknown said…
Salam..pagi hari ini baru tukar bateri kereta myvi 1.3 manual.Sebelum tukar..alarm tetiba bunyi memanjang tak boleh on/off dgn remote, jadi pergi kedai suruh check.Kedai check dengan 2 alat dia..memula check average caj ade dalam bateri..indicate need charge. Then dia check lagi dengan alat eletronik..test..on/off enjin..result keluar suggest tukar bateri.So dah tukar dari sel basah ke sel kering. Masalah nya sekarang malam ni tetiba alarm bunyi balik. Apa agaknya masalah sebenarnya? Untuk pengetahuan ..kereta pernah top..leaking dan dah settle.Buat masa sekarang aircond bocor..dan memang tak pakai aircond kalau jalan. Apa cadangan abang? Berkaitan dengan alternator ke? @ wiring? Saya dah cuba tukar fuse relay dengan spare ori myvi punya no 10. Buat masa ni senyap lah kereta. Takut tengah malam buta dia horn tetiba pulak. So nak tahu lah masalah apa agaknya.Kereta lepas tukar bateri start smooth. Bateri remote dah tukar baru. @ adakah disebabkan sistem alarm kereta original ni mengalami kerosakan dan perlu diganti dengan sistem alarm yg lain?..Mohon pendapat abang.. Terima Kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ada reset button pada remote atau dalam kereta sila resetkan alarm jika tiada perlu cabut bateri negatif dan sentuhkan ke kepala bateri 2 kali sehingga alarm berbunyi 2 kali serentak bermakna telah diresetkan
DOROTHYANOI said…
selamat petang ye Dr,Kereta, saya ada masalah dengan kereta kancil 660. tengak drive tiba2 padam sendiri engine dia. kenapa ye. dah hantar pergi workshop tapi mechanic cakap xde electrict. betulkah itu? saya nak kan kepastian.
Mekanik Kereta said…
selamat petang,tiada api berkemunkinan contact poin atau coil bermasalah
Unknown said…
Salam bos nak tanya sedikit sy mngunakn viva 850 bila pg nk g start kereta kosong aras minyk x nak minyk ada seprh tank dan lampi dastboard kelip2..apa puncanya bos??
Mekanik Kereta said…
wslm,bateri habis jika kereta tak dapat dihidupkan
RARILARI said…
Salam bro, kenapa engine 4g93t gdi susah nak hidup. Boleh bagitahu sebab
Mekanik Kereta said…
wslm,pastikan api plug ada,dan fuel pump ok,pastikan karburator atau Throttle Body dibersihkan sebaiknya
Unknown said…
sya pemandu kreta proton saga lama.semsa m3mandu kreta tiba2 padam...dan bila check...wire charging batry terputus disebabkn terlampau panas...apa perlu diabuat?bila sya start engine wire charging akanpanas,dan air batey keluar dr batry...dan batry pun panas..x faham apa masalahnya...
Mekanik Kereta said…
kabel nateri negatif dan positif tersebut lusuh begitu juga dengan bateri,ia perlu diganti
Unknown said…
Salam abg... Sy pkai wira auto 1.5.. Mslhnye kete sy tuka cable plug... Start injin hidup... X smpi 10 mnt mati.. X hidup2...
Mekanik Kereta said…
wslm,mungkin fuel pump ada masalah
Herry said…
owner kereta wira ab.. bila start enjin macam dapat nak hidup.. tapi tak juga hidup hidup.. apa masalah
Mekanik Kereta said…
minyak tak naik,tukar fuel pum gerenti hidup
Unknown said…
Assalam encik.. Sy ingin bertanya mengenai altenator kereta.. Kereta sy jenis perodua kelisa... Sy cuba cek bateri kereta seperti kenyataan encik di atas.. Sy da start engine kereta, kereta hidup mcm biasa.. Lepas tu sy cabut kepala bateri(negatif) kereta sy tetap hidup mcm biasa.. Tp bila sy on lampu, atau aircond, kereta sy terus mati.. Adakah ini bermakna altenator sy rosak?sy xpernah mengalami bateri kong sebelum ni.. Cuma bila sy on air cond, kadang² compressor air cond sy kejap idup, kejap mati bnyak kali.. Kalau betol rosak, berapakah kos utk tukar altenator Perodua kelisa? Mintak tlg tunjuk ajar ye.. Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah wiring pada alternator ,mungkin soket pecah dan bersentuhan negatif positif,perlu diperiksa oleh mekanik,kos repair jika hanya wayar putus atau terbakar pada soket agak murah
Unknown said…
Maaf, nak tanya..
Saya ada kereta kancil 660. Selalu sangat tak boleh start. Klau sebelum ni, ada bunyi bila start, tapi tak hidup. Hari ni, saya start, tak ada bunyi apa2. Tak hidup juga. Saya baru lepas cas bateri 2 minggu lepas. Nak buat macam mane ya?
Mekanik Kereta said…
pasang relay starter 6 wayar untuk memudahkan connection untuk start
shahul6416 said…
Assalamualaikum bang,saya memiliki proton iswara 1.5 auto....nak tanya sikit ..betul ke kita boleh buang carbon dalam ruang pembakaran menggunakan mesin carbon cleaner?boleh ke saya gunakan petrol treatment untuk kereta saya?saya tak pernah cuba kedua duanya....tolong huraikan sedikit....terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tapi hanya kira2 30 peratus saja kerana kerak carbon lama atas permukaan piston amat sukar dibersihkan walaupun masa top overhaul lebih2 lagi kereta yang telah melebihi 5 tahun atau 10 tahun.
2.Pada saya Petrol treatment membantu prestasi untuk kereta dibawah 3 tahun kerana semua komponen masih baru lagi dan masih boleh dibaiki akantetapi kereta yang lebih dari itu akan ada kesan sampingan seperti semput dan tersenggut2
Unknown said…
Salam tuan, saya fariz.. Pakai waja 2004..1-2 hari ni keta jadi semput.. Masa start ok skit.. Bila reverse dia start semput.. Hari ni lampu bateri menyala.. Bateri baru 7 bln. Apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah pada connection bateri,bersihkan kepala bateri.Cabut negatif bateri ketika enjin hidup,jika enjin mati alternator ada masalah.
Semput jadi jika terdapat connection sensor yang tidak betul,cabut juga kepala negatif kira2 10 minit untuk reset sistem ketika enjin mati dan pasang semula kemudian biar 10 minit enjin hidup
Unknown said…
Assalammualaikum abg.. Saya nk tanya,kenapa bila start enjin, tidak ada apa bunyi pun seperti tak tak tak.. Tu.. Sebelum ni panggil mekanik cuma ketuk2 je,lpas tu dh boleh hidup.. Adakah starter sudah rosak.. & brapa kos gantikan starter yg baru.. Harap abg dpt tolong saya.. Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,jika terpaksa ketuk bermakna dalaman starter telah ketat dan ia boleh diservis tetapi sekarang tiada mekanik yang buat jadi sebaiknya tukar kerana kadangkala solenoid bersebelahan starter juga mudah rosak dan kuasa memusingkan flywheel terganggu
Mekanik Kereta said…
Starter recondition untuk kereta Malaysia sekitar RM300
Unknown said…
Salam abg, kereta saya dah tukar bateri baru. Tapi tak boleh juga start
Mekanik Kereta said…
wslm,fuel pump perlu diperiksa
Unknown said…
bang...kereta saya mati secara tiba2 dan semua lampu pada panel menyala....saya try hidupkan enjin tapi tx jalan...lepas beberapa minit saya try balik dan enjin berjaya dihidupkan...kenapa??
Mekanik Kereta said…
mungkin ada masalah pada ECU,cuba resetkan dulu ,cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula dan hidupkan enjin 10 minit,mungkin dapat membantu ECU untuk kembali normal
ct_afifah said…
saya nak tnya...boleh ke starter kereta kancil masuk dlm kereta kenari? Buleh matching ke?
Mekanik Kereta said…
tak boleh,tidak sama sukar untuk dikunci
JEP said…
Salam bang nak tanye.. Bende br jadi tadi.. Kete saya waja 1.6 mmc tahun 2005.. Saya ade pasang set audio full set 2 X power amp ngan 2 x 12" woofer... Tambahan pula menggunakan lampu hid depan...masalahnya tadi time bawak kereta semua OK function. Bila dah idle tunggu tepi Jalan saya pon tutup lampu besar...bila nak on balik pulak tiba2 lampu besar driver ngan player audio double din screen blackout...lagu semua masih play lagi.. Kebetulan sejak beberapa hari lepas kerap kali berlaku bila long drive je... Saya off enjin pastu start takde crank,bunyi ke ape2.. Pulas kunci mati... Tapi lampu meter semua on.. Agak2 problem aper ye... Bateri saya pernah jadi weak sebab air tak cukup... Tapi lepas top up masalah start dh OK.. Aper yg kena saya buat bang..
Mekanik Kereta said…
wslm,bateri yang ditambah air memang tidak akan bertahan lama,bateri perlu diganti,insyallah ok semua
Unknown said…
Salam. Kenapa timing enjin kereta tak stabil naik turun and after that tinggi tak turun-turun tiba2. Kereta honda city model pertama.
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah throttle position sensor dan crankshaft sensor
Unknown said…
Bang nak tanya, wira se 1.5 M, ada computer box ke?
Unknown said…
Salam..sebelum ini kereta saya susah nak dihidupkan, selalu mahu buat jumper di starter baru dapat hidup, selepas tu saya tukar starter baru pun masi juga susah nak start enjin..kemudian saya pasang relay baru dapat " one kick start" enjin..tapi tidak sampai sehari kereta saya terus macam susah di hidupkan balik..nak tolak juga baru dapat hidup, bateri nampak macam lemah sebab lampu kat dashboard kejap malap..dah try cek alternator, enjin masi hidup selepas bateri kereta dicabut..nak minta nasihat dari tuan apa yang patut saya buat?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar kabel bateri kemungkinan kabel tidak bekerja dengan baik
Unknown said…
Assalam tuan tumpang tanya..honda city vtec model 03 saya tak boleh start..crank ada tapi tak mau start..bateri kereta dan alarm sudah tukar..alarm dah reset sebab pakai immobilizer..saya suspek fuel pump atau coil plug problem..simptom tu menepati tak dgn problem fuel pump atau coil plug..
Mekanik Kereta said…
wsalam,Jika timing belt tidak putus,biasanya masalah ini sebab fuel pump,periksa fuse fuel pump dan juga mana2 fuse yang terbakar/putus gantikan dulu
Unknown said…
salam, sy nak tanya. sy guna kereta kenari auto, bila brek je time lampu isyarat pastu nk jalan mesti je enjin mati, kadang2 tengah drive pon boleh mati, hantar kat pomen, dia cakap, flug bocor la, dah tukar 2-3hari jadi balik. kdang2 bukak radio pon boleh jadi mati gak, buka cermin pon boleh mati gak enjin. apa masalah ek?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar dulu crank sensor dan servis karburator serta pastikan alternator tidak rosak,insyallah ok
Unknown said…
Assalam bang. Sy ika. Sy nk tanya, beberapa hari lepas rumah blackout. Then sy masuk kereta utk buka aircond. Tp kenangkan minyak yg xberapa ada, sy pusing kunci, tp xstart kereta cuma aircond sejuk terasa. Dlm 3 jam lepas tu, enjin kereta xleh start. Puncanya sbb sy gunakan bateri masa buka aircond tadi ke ? Kalau sy biarkan kereta rileks dlm 3 4 jam semula, enjin kereta boleh start semula x ? Terima kasih ;)
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila on kan suis,bbateri akan bekerja membekalkan kuasa,jika selepas 3 jam atau lebih ,bateri yang tidak mengecas semula akibat enjin tidak dihidupkan akan habis dengan sendirinya.Enjin tidak akan dapat dihidupkan melainkan kereta ditolak tetapi jika kereta manual,jika auto perlulah buat jumping kuasa dari kereta lain atau tukar bateri yang lain.
Unknown said…
Assalam..maaf saya nak tanya..saya menggunakan kereta proton dan masih baru..tetapi bila nak lock kereta alam akan berbunya 2 kali setiap 5 saat...jadi apa masalah nya ya?
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa mana2 pintu dan hood serta bonet yang tidak rapat dan jika semuanya rapat dan alarm masih berbunyi ,saudari mungkin perlu resetkannya ,cari butang reset dan tekan jika tiadacabut negatif bateri dan sentuh kan kekepalanya sehingga lampu depan nyala dua kali dan bunyi 2 kali juga itu tanda telah diresetkan
Unknown said…
Assalamualaikum bang..saya lalangperang

Sejak beberapa hari ini,kareta saga flx 1.3 saya ada masalah time nak start pada waktu pagi..
Pertama kali on kunci dan nak start..engine hidup lalu mati dengan sendiri,on lagi dan start semula.engine hidup tapi di susuli dengan bunyi letupan di bahagian engine dalam dua hingga tiga kali.apabila mula pemanduan,semasa pemanduan.selepas pemanduan...dan nak start semula..engine tak lagi macam tu.start pun takda sudah suara meletup letup tu..tapi seperti biasa pada keesokannya.perkara sama akan berulang..bantu saya selesaikan masalah ni ye bang..saya dahului dgn ribuan terima kasih..
Unknown said…
Saga baru flx mati selepas engine di hidupkan serta ada bunyi bunyi meletup
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu servis karburator,karburator yang kotor ditambah cuaca sejuk pagi menyukarkan kereta untuk hidup,tukar plug dan air filter sekali
vivian said…
Assalamualaikum.. sy VV.. sy nak tumpang tnya. Sbln yg lalu sy telah beli btry bru sbb btry da kong. Spnjang bbrpa mnggu ok.. tp 3 4 ari yg llu kreta da ssh nak start.. 3 4 kli start bru hdp.. itu pown dgn bunyi yang x sedap ddgr. Semalam sy hntr btry tu ke kedai btry sbb kreta mkin ssh nak hdp.. bila sy bgtau taukey kedai tu ttg mslh sy, pekerja dia cek alternator tuk pastikan bkn mslh alternator sy yg rosak. N mmg btl alternator sy masi dlm kadaan baik. So btry tu dorg mbik n bg sy btry 2nd tuk bg balik pd kilang. Dijadikan cerita pagi nie kreta tu lngsung x hidup.. yg da cuma bunyi tak tak tak.. mcm btry kong. Bila jumper ok.. trus start.. n kreta tu ok smpi la sy blik dr ofc.. skli start ja da hdp.. yg mjdi persoalan pd sy.. bila sy dtg blik ke kedai btry tu tauke tu ckp btry yg sy ckp rosak tu dorg da uji.. n btry tu masi ok..n mnta sy tingglkn btry tu 1 mlm lg. Dorg juga syor sy buat relay. Pd pndpt abg dakah mslh kreta sy tu blh selesai dgn relay ataupown sebenarny da mslh lain. Mohon pendapat abg sebelum sy hntr kedai tuk cek. Trma ksh
Mekanik Kereta said…
wsalam,bateri baru tersebut ok,gunakan terus cuma tambah relay starter pada enjin kereta in i kerana kuasa bateri ke starter kurang
Ricky said…
saya guna hilux LN106 2.8CC..msalah dia tak boleh start..glow plug dah tukar tp enjin still tak boleh hidup..kena tolak kereta & masuk gear baru boleh hidup.

Popular Posts