Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin
Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.
Berdasarkan pengalaman saya,minyak hitam tidak boleh dipilih sembarangan ,ianya bergantung kepada enjin iaitu berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan juga bergantung kepada penilaian mekanik mahir keatas enjin tersebut.Ada beberapa ciri enjin yang diklasifikasikan berdasarkan penilaian saya dan pemerhatian secara langsung keatas kekuatan enjin .
Terdapat enjin yang mengalami sedikit kebocoran pada cylinder,pada gasket,pada blok walaupun ia tidak banyak ,tukarlah kepada minyak yang bersesuaian boleh melambatkan bocor disamping ada juga yang menghilangkan bocor kerana minyak tersebut menutup ruang.
2.Synthetic Oil adalah pada tahap terbaik jika kereta anda berumur tidak melebihi 2 tahun.Harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal oleh itu minyak pelincir sintetik perlu digunakan kerana kelikatannya lebih rendah berbanding minyak pelincir biasa. 3.Jika anda menggunakan minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru ,meneruskannya adalah amat baik pada hemat semua orang akantetapi ia sebenarnya tidak sedemikian ia adalah kerana kekuatan enjin sebenarnya berkurangan setiap masa kerana komponen haus dan terdapat kepanasan meningkat walaupun ia tidak ditunjukan oleh meter suhu.
Oleh sebab itu pemilihan minyak hitam haruslah sesuai dengan keadaan kereta tersebut.Secara ringkasnya jika kereta melebihi 2 tahun anda perlu bertukar kepada minyak hitam biasa bergrade SAE20W 50 berbanding minyak fully synthetic atau semi synthetic.
Teknologi terkini minyak hitam
Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.
Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.
Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.
Minyak hitam 3 silinder
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.
Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.
Teknologi terkini minyak hitam
Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.
Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.
Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.
Minyak hitam 3 silinder
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.
Comments
mohon bntuan bang..
Minyak grade 20w50 dah ok cuma kalau boleh gunakan jenama yang lain bergrade sama
1.Saya pakai honda FD 2007, sejak beli pakai minyak fully syntetic honda.
masih relevan kah utk guna fully syntetic kat kereta yg dah nak masuk 9 tahun ni. sbb saya baca soal jawab dari atas, tuan tak rekemen fully syntetic utk kereta yg lebih 2 tahun.
2.kereta saya kalau servis paling byk buat pun, tukar minyak hitam, oil filter, minyak auto (atf), dan air filter. skrg mileage dah nak masuk 250K, apa lagi yg perlu tukar/servis ya?
Terima Kasih.
2.Tukar fuel filter untuk elak minyak yang kotor
Saya beli Honda City Auto tahun 2011.. Mileage sekitar 79,000Km
Owner sebelum ni sentiasa hantar ke Honda Service.. jadi saya tak pasti apa minyak pelincir yang di gunakan...
Selepas beli saya hantar ke bengkel biasa dan gunakan fully syntetic Shell Helix Ultra 5W,40... Soalan saya :
i) Adakah minyak pelincir yang saya gunakan sekarang sesuai?
ii) Apakah minyak yang sesuai jika kereta saya berumur lebih 5 tahun dan mileage dah cecah 100,000 Km?
[ saya baru pakai kereta..mintak tunjuk ajar :) ]
Boleh saya tanyakan bbrp soalam dan solution?
Saya gunakan kelisa auto 1.0 tahun 2004, berikut masalah kereta saya skrg.
1. Indicator bentuk paip menyala, apa kemungkinan masalah2 dia ya? Lepas servis kereta, padam kejap. Lepas seminggu dua camtu, menyala semula.
2. Ada cara utk bg aircond lebih sejuk?
3. Bila langgar bumper atau lubang, rasa keras. Itu maksudnya kena tukar absorber ke? Brp anggaran kos? Boleh saya bersedia sebelum ditipu org bengkel.
Terima kasih.
1.Tanda tu isyarat minyak hitam,suis minyak hitam dah rosak tukarkan ia.
2.Cara yang baik ialah tukar kompressor,periksa jika ada bocor,servis aircond kelisa tersebut
3.Absorber yang dah keras memang akan rasa terhenytak bila langgar lubang,kos tukar absorber sebelah rm200
Minyak engine apa sesuai utk kia forte 1.6sx 2010,
Baru2 ni sy tukar dr fully sintetik petronas 10w30 kpd castrol magnatec 10w40,
Terima kasih tuan.
Erkkk...emmm..argh lupe pulak ape soalan nk ditanye tadi.
Maaf
ada kah di sebab kn ring piston sda haus??? adakah dgn mengunakan minyak API SG/CD 20W 50 boleh membantu tunggangan Kancil 850 saya
Tuk myvi se 1.3 2009
1.saya nak tanya auntuk exora bold yang baru berusia 7 bln minyak hitam apa yang sesuai.
2.Jika kita temasuk minyak hitam untuk diesel apa yang perlu dibuat...ini kerana semasa saya servis kat pusat servis proton mereka telah memberi minyaak diesel utk exoraa saya dan pls sampai dirumah baru saaya tahu perkara ini.apa yg perlu saya buat.
2.Buang minyak tersebut,tukar oil filter gantikan dengan minyak untuk kereta petrol
mercedes c220 buatan 1997, mileage 95++++.
apakah jenis dan jenama yang terbaik dan sesuai?
Servis karburator jika enjin semput dan mengaum tapi tak ada daya kuat untuk memecut.
servis caburator standard charge berapa yg tuan
lgsatu, klo btul, kos utk overhaul mmg sy blum mampu lg. jdnya minyak hitam apa yg sesuai sy guna utk perlahankn atau atasi masalah kete sy ni?
terima kasih.
lgstu, klo btul overhaul, sy skrg blum mmpu lg utk kos overhaul. jdnya, minyak hitam yg sesuai utk atasi mslh ni? terima kasih.
Sy memakai Saga BLM Manual (2009). Buat ms ini, belum ada masalah besar, melainkan gear 5 terus ke free (dh settle). Memandangkan usia melebihi 6 tahun:
1. Apakah minyak pelincir yg paling sesuai utk enjin? Biasanya Shell Helix HX5 (kuning) sejak kali pertama servis sbb pomen tanye, minyak ape pakai? Jadi smbung je pakai brand yg sm. Kalau lain brand pun skali skala.
2. Enjin sy bbunyi spt 'tek tek tek'. Pomen kata ni biasa berlaku pd Saga, takkan effect pd enjin. Masalahnya sy xselesa bunyi tu. Mcm mana nk hilangkan bunyi tu?
3. Tayar yg sesuai untuk kereta ini. (rim 15). Pun tak mahir ilmu tayar ni. Pernah gunakan continental, falken, good year (masa kereta keluar dr kilang). Tp tak pasti mn terbaik utk kereta.
4. Standard spec & harga utk tinted kereta. (mengambil kira biar bermodal sikit, janji puas hati utk tempoh yg lama)
Sy bertanya sbagai persediaan apabila mengunjungi bengkel, tak nak mudah ditipu sbb kereta makin tua, mesti byk penyakit. Paling kurang sy ada ilmu (perempuan kan). Pening bc kat byk blog. Last2 tanye direct. So fokus pd masalah sendiri je huhu. Terima kasih :-)
1,gunakan minyak castrol 20w50 atau 15w40
2.kalau bunyi tersebut dari enjin kemungkinan iafm Intake air fuel model) problem
3.continental adalah yang paling baik
4.standard kira2 rm750
2.Termostat adalah sentiasa diletakan dihujung hose radiator sebelah atas
saya pakai kereta myvi 1.3 tahun 2007, saya nak tanya kalau untuk service kete tu mcm mana kalau kereta tu jarang bergerak sgt, nak ikut mileage ke atau ikut tempoh bulan? mcm mana nak kira bajet? terima kasih...
2,mungkin bering roda ketat,masukan gri
Sy nk tnya, sy pki myvi se 1.3 2011(M) n wife sy pki myvi 1.3 2010 (auto) minyak hitam mana yg lebih bagus dengan kereta sy, mintak tlg ajr sy beli minyak hitam,semi synthetic ke fully synthetic?
1-.minyak hitam apa sesuai untuk atos gla 1.1.
2-saya ada nampak kesan minyak itam menitik di bawak kereta adakah ia dari oil sump?
3-jika ada air putih menitik dari hose adakah ia air aircond?
1.Minyak gred castrol,bardahl dan petronas 20w50 amat sesuai
2.kadangkala ia dari lelehan kecil skru tangki atau oil filter yang tidak ketat
3.hose dari depan ,ia adalah air aircond yang dibuang keluar
Saya pakai toyota altis 1.8 2015.
Milage 9900km. Nak dekat servis yg ke 3.
Last servis 1000km sc guna minyak toyota sm/cf 10w-30.
Kemudian Servis 5000km sc guna minyak toyota sn/cf 5w-30.
Persoalan saya, apa beza minyak sm dgn sn.
Tak lama lg nk servis 10000km, so minyak apa yg patut sc guna.
Berapa lama perlu guna minyak semi sintetik ni tuk kereta baru. Dan lepas tu minyak apa yg sesuai. Selagi under waranti 3 tahun atau 100000km, sc dok promote minyak semi sintetik.
Dari awal entri tuan bnyk suggest guna minyak castrol. Kwn2 yg pakai kereta bmw dgn vw pn ckp sc diorg guna castrol. Ada apa2 kelebihan dgn minyak castrol compare to others oil?
Terima kasih.
Mungkin sc nak lariskan minyak semi berbanding sintetik yang biasa digunakan kereta baru.castrol adalah pengeluar minyak enjin yang sangat lama dipasaran dan paling likat minyaknya dan tiada tiruan lebih terjamin serta amat sesuai untuk bermacam2 jenis kereta berbanding minyak lain.
1) kancil 1998 turbo L2s Manual
2) persona 2008 auto
Mohon tips penjagaan sekali. Terima kasih banyak² bos...
1.minyak perodua 10w30 memadai
2.guna semi sintetik castrol atau havoline
Nak tanya kereta saya toyota avanza 1.3 2012, selama ni guna toyota genuine engine mineral oil 10/30 dan baru-baru ni tukar ke shell helix hx5 15/40.sesuai tak? terima kasih
sesuai kerana ini minyak semi sintetik,keadaan minyak juga seakan2 sama