Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin


Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.


Berdasarkan pengalaman saya,minyak hitam tidak boleh dipilih sembarangan ,ianya bergantung kepada enjin iaitu berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan juga bergantung kepada penilaian mekanik mahir keatas enjin tersebut.Ada beberapa ciri enjin yang diklasifikasikan berdasarkan penilaian saya dan pemerhatian secara langsung keatas kekuatan enjin .
Terdapat enjin yang mengalami sedikit kebocoran pada cylinder,pada gasket,pada blok walaupun ia tidak banyak ,tukarlah kepada minyak yang bersesuaian boleh melambatkan bocor disamping ada juga yang menghilangkan bocor kerana minyak tersebut menutup ruang.
Jika kereta anda berkeadaan demikian dan anda masih belum mahu membaikinya seperti belum mahu melakukan top overhaul atau overhaul sebaiknya anda memilih minyak enjin bergrade API SG/CD berbanding SAE 20W 50 yang biasa bergrade API SJ/CF .


Ini kerana minyak enjin bergrade API SG/CD 20W 50 adalah lebih likat dan berdaya mengawal kebocoran serta ia juga berdaya mengawal pergerakan enjin ketahap lebih senyap.














2.Synthetic Oil adalah pada tahap terbaik jika kereta anda berumur tidak melebihi 2 tahun.Harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal oleh itu minyak pelincir sintetik perlu digunakan kerana kelikatannya lebih rendah berbanding minyak pelincir biasa. 3.Jika anda menggunakan minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru ,meneruskannya adalah amat baik pada hemat semua orang akantetapi ia sebenarnya tidak sedemikian ia adalah kerana kekuatan enjin sebenarnya berkurangan setiap masa kerana komponen haus dan terdapat kepanasan meningkat walaupun ia tidak ditunjukan oleh meter suhu.
Oleh sebab itu pemilihan minyak hitam haruslah sesuai dengan keadaan kereta tersebut.Secara ringkasnya jika kereta melebihi 2 tahun anda perlu bertukar kepada minyak hitam biasa bergrade SAE20W 50 berbanding minyak fully synthetic atau semi synthetic.

Teknologi terkini minyak hitam

Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.

Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.

Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.

Minyak hitam 3 silinder

Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.

Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.

Comments

Unknown said…
Minyak apakah yg Sesuai utk bezza 2 tahun @ 40000km
Fulli synthetic atau semi synthetic?
Mekanik Kereta said…
Jika sekarang menggunakan fully synthetic sebaiknya teruskan sehingga 5 tahun tetapi jika sekarang telah gunakan semi juga patut teruskan. Tukarkan ke semi synthetic jika ingin tukar
Unknown said…
Aslmkm Tuan,Saya guna keta Honda EF2 1.5CC.Minyak Pelincir jenis apa yg paling sesuai dgn umur enjin yg sewaktu dgnnya.?T.Kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan gred 20w50 sudah memadai,castrol mach5 atau bardahl
Unknown said…
Salam... sy baru shj mnggunakan t.innova auto,2005.mllge 100k lbh..pada tahap ini apekah yg perlu sy beri perhatian terutama untuk pbjggan enjin dlln
Mekanik Kereta said…
wslm,jaga minyak enjin,oil filter dan air filter serta spark plug
Gantikan minyak hitam,oil filter dan air filter secara berkala iaitu pada 7000 km atau 10000 km penggunaan. Spark Plug pula boleh diganti setiap 2 kali servis
Atiqah said…
Salam.. Sy pakai persona tahun 2008..myk pelincir apa sesuai ye.. Aritu tukar plincir shell rasanya rasa mcm kereta meneran.. Bunyi enjin mcm kuat skit berbanding dlu
Irwan Shah said…
Tumpang tanya klu minyak hitam trbaik untuk toyota avanza apa ya
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan minyak Petronas mach5 lebih baik
Mekanik Kereta said…
Yang paling baik ialah jenama Toyota juga akantetapi jika tiada dan sukar dapat ,boleh gunakan Castrol atau petronas.Gred pula jika sekarang gunakan sintetik boleh bertukar kepada semi sintetik manakala jika sekarang gunakan mineral terus kekalkan
Unknown said…
Assalamualaikum bos bantu saya sya bru beli Toyota innova tahun 2015 kilometer dh 100ribu lebih minyak hitam apa yg sesuai
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gunakan minyak sei sintetik gred 15w40
Unknown said…
Assalam tuan. Apakah effect kalau kancil 660 thun 2008 guna minyak hitam 5w30?
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada masalah untuk guna cuma viscosity saja berbeza
Unknown said…
Kalau pakai miNyk yg 4 Lter tak bleh ka.. Sy ada tgk jnma feoso oil SAE20w-50 4lter 1btol..nk tau bleh ka pkai klau jenis mcm ni
Mekanik Kereta said…
minyak ini jenis mineral penuh tak jadi masalah untuk guna
nani said…
Assalam.. kalau kereta avanza auto thn 2005 minyak enjin apa yg sesuai
Mekanik Kereta said…
wsl,gunakan minyak 20w50 sudah memadai
Unknown said…
saya mengunakan minyak mitsubishi motors original sn/cf 10w40 semi sentetik untuk kancil 850. adakah sesuai minyak tersebut untuk enjin kancil?
Mekanik Kereta said…
semua minyak boleh digunakan untuk kereta tetapi berdasarkan kebiasaannya untuk enjin 3 liter perlulah gunakan minyak yang sesuai dan direka khas untuk 3 liter seperti Perodua 10w30 juga minyak2 khas bertanda untuk enjin kapasiti 1000 cc kebawah dan kuantiti 3 liter sahaja
Aqim said…
Salam,bang...minyak hitam apa yg sesuai nk guna untk saga 12v thun 1990 eh? Semi Sintetik atau yang biasa sahaja?
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan yang biasa mineral iaitu gred 20w50 sudah memadai
Unknown said…
Salam, nak tanya adakah perodua viva 660 boleh gunakan minyak grade 20w50?
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak enjin boleh digunakan untuk semua kereta ia hanya kelekitan dan kelikatan saja yang berbeza jika saudara biasa gunakan 10w30 untuk viva ia adalah mempunyai kelikatan pada 10 darjah waktu sejuk dan kelikatan pada waktu pans adalah pada 30 darjah.
ini bermakna jika pertambahan darjah kelikatan dan kelekitan 20w50 dan pada cc yang kecil bawah 1000 enjin akan sedikit berat dari minyak 10w30
Unknown said…
Salam tuan,kalu myvimyvi1.3 blh ke pkai myk 10,30..3L
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tetapi minyak 3L ini dikhaskan untuk kereta dibawah 1000 cc
Unknown said…
Salam tuan nak mnta pendapat saya ada beli t.innova tahun 2015 sekarang ado meter dah sampi 100k keatas mnyak hitam apa sesuai tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan semi jika sebelum ini guna sintetik,boleh tukar ke mineral jika gunakan semi sekarang tetapi jika ingin bertukar ke mineral terus tidak digalakkan,gunakan grade 15w40 untuk semi dan 20w50 untuk mineral
Zamri said…
Salam..sy pakai persona 1.6 enjin campro tahun 2009..mknanya dh 11 tahun..jadi minyak hitam yg macam mna yg patut saya pakai..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan minyak mineral saja sudah memadai ,gred 20W50
amadberry said…
salam pertanyaan berkenaan minyak hitam yang bagus utk digunakan, saya menggunakan kereta toyota vios thn 2013 sebelum ini saya menggunakan minyak hitam JTX1000 lama kelamaan enjin kereta terasa berat bunyi berdaun sikit cam bawa kereta terlupa free handbrek kereta, mohon cadangan dari pakar minyak hitam jenama apa yg baik utk kereta saya tq
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan minyak 20w50 yakni sepenuhnya mineral ,bunyi akan kurang,gunakan jenama seperti castrol atau jika ada gunakan gred yang sama jenama toyota
Mairah said…
Assalam.kalau kerete melebihi 80km minyak hitam apa yang sesuai?
Mekanik Kereta said…
wsl,kereta yang masih baru sekitar 80km sebaiknya gunakan minyak fully synthetic,jenama ada berbagai di pasaran,gred biasanya 5w40
herman said…
assalamualaikum..klu krta iswara lmst sesuai mnyk apa ye?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,minyak 15w40 jenama castrol atau petronas
Unknown said…
Salam tuan ..saya pakai persona tahun 2012.sudah 200,000 km minyak yg sesuai buat masa ni.minyak ape tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,jika sekarang gunakan minyak sintetik,boleh tukar ke 15w40 semi sintetik lebih baik untuk jaga enjin
Unknown said…
Bleh add ke group whatsapp
Nazerisuib said…
Salam..nk tnya minyak enjim apa yg sesuai utk toyota vios 2011
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan semi sintetik sudah memadai,gred 15w40 atau 10w40
Unknown said…
Salam tuan..saya ingin bertanya myvi saya tahun 2006 1.3 saya beli pada 2016, mula2 saya guna castro 5-30 fully enjin memang bunyi slow,lama2 saya terbeli castro 10-40 semi,tapi saekarang macam bunyi kasar.. Minyak yang yang mana saya perlu guna usia keta saya dah 14thn
zura_nia said…
Assalam tuan.. Sy nak tnya mnyak JTX1000 apa beza dgn mnyak sintetic yg lain?
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak 5w30 adalah minyak fully sintetik manakala 10w40 adalah minyak semi sintetik,jika kereta ini dah tersangat lama gunakan minyak fully dan enjin stabil,sebaiknya gunakan terus yang sama.Tukar akan menyebabkan kasar enjin
Mekanik Kereta said…
wslm,

Kelebihan minyak JTX banding minyak lain :-
* Minyak JTX ini mengandungi TCF iaitu Tribology Clear Film di mana jika minyak pelincir kereta kering, fungsi TCF ini dapat mengelakkan enjin kereta daripada jem. Untuk percubaan guna minyak enjin JTX 1000 sepenuhnya, hidupkan enjin kenderaan dalam 20 minit, kemudian keluarkan kesemua minyak JTX 1000 yang didalam enjin, kenderaan anda dapat bergerak lebih 50km walaupun tanpa minyak hitam kereta. *****Hanya untuk mereka yang confident shj!
* Menjimatkan penggunaan petrol sehingga 10% - 20%. Bermakna setiap perbelanjan RM100 petrol, anda boleh jimat hampir RM10-RM20 kos petrol. Ujian dilakukan dalam kelajuan yang konsistan.
* Meningkatkan kuasa enjin sehingga 20% ke 30%. Kesan ketara bila anda tekan minyak kenderaan, enjin tidak semput,terus pergi dan pergi.
* Jika perjalanan anda terpaksa mengharungi kawasan banjir, anda tak perlu risau jika enjin kenderaan anda masuk air kerana fungsi TCF di dalam JTX 1000 boleh menyelamatkan enjin daripada jem.
* Kandungan dalam minyak pelincir JTX 1000 ini juga tidak bersifat asid atau menghakis. Tak percaya? Cuba anda servis kereta anda dengan menggunakan minyak JTX 1000 ini bagi tempoh 3 kali service. Selepas tu buka head enjin. Cuba tengok enjin anda makin bersih enjin atau tidak?
FUNGSI TCF DI DALAM MINYAK PELINCIR JTX1000
Apakah Itu TCF?
★ Tribo Clear Fim
Apakah Maksud Tribology?
★Tribologi ialah bidang kajian sains dan teknologi tentang geseran, kehausan dan pelinciran serta pembangunan teknologi dalam mengoptimisasikan proses geseran di dalam bearing, alat transmisi, enjin, dan elemen-elemen mesin yang lain.
Teknologi pelinciran yang berkait rapat dengan tribologi merupakan teknik mengurangkan daya geseran dan hakisan menerusi bahan pelincir dan penggunaan bahan pelincir pada kawasan geseran.
Apakah Fungsi TCF ?
★ TCF adalah selaput atau filem yang ada dalam JTX 1000 untuk mengelakkan geseran dan hakisan di dalam bearing, alat transmisi, enjin, dan elemen-elemen mesin yang lain.
Apa Kaitan JTX1000 Dengan Anti Oksida, Anti Karat?
★ Bila kita matikan enjin, minyak hitam akan mendap ke bawah (sump). Dan kemudian apa akan terjadi selepas tu? Pernah tak kita rasa susah untuk hidupkan enjin pada waktu pagi? Ada kan.. Ini disebabkan minyak pelincir dah termendap dekat bawah enjin (sump) dan enjin tersebut menggunakan minyak pelincir yang tidak mengandungi TCF.
Bila enjin susah nak dihidupkan, pengewapan akan berlaku disebabkan terdapat rongga-rongga udara pada bahagian-bahagin besi enjin. Dan disebabkan itulah enjin kita boleh karat. Dah la minyak turun, susah nak dihidupkan, enjin pula berkarat.
TCF yang akan pastikan minyak pelincir JTX 1000 ni tidak turun ke bawah enjin walaupun enjin sudah dimatikan. TCF jugaklah yang melindungi enjin dari berkarat.
Apa Kaitan JTX1000 Dengan Anti Asidik, Anti Haus, Anti Keladak?
★ Bila minyak pelincir mempunyai fungsi TCF ni, pergeseran dalam enjin akan jadi 0 atau hampir kepada TIADA.
Unknown said…
Assalam tuan. Maaf,saya tahu post ni dah lama tapi saya nak bertanya, kalau myvi 1.3 auto (2007) sesuai tak nak pakai minyak hitam perodua 5w-30? Sebelum ni pergi bengkel selalu isi minyak brand lain2. Last isi mereka cadang pilih castrol gtx ultraclean 5W-30. Jadi yang mana patut saya pilih grade dan jenama yang sesuai?

Selain tu, kdg2 enjin ada getaran bila kereta berhenti. Apa yang perlu saya buat?
Mekanik Kereta said…
wslm,yang sebaiknya grade adalah pada 15w30 semi sintetik kerana minyak 5w30 adalah minyak fully sintetik yang baik beroperasi untuk kereta baru. 2007 adalah kira2 13 tahun hayat kereta dan minyak yang sesuai ikut umur kereta dalah semi sintetik 15w40 dan mineral 20w50
nuzzry said…
salam bang..kete myvi lg best da 5thn..minyak ape sesuai ye..mannol 5-40 ok tak bang..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,ok tiada masalah
Unknown said…
Kereta sy model waja campro auto tahun 2003...apakah minyak hitam ngn minyak gear box yg sesuai tuk kete sy....
Mekanik Kereta said…
Jika kereta ini menggunakan minyak fully ,tukarkan kepada semi synthetic gred 15w40 jenama castrol atau petronas, untuk minyak gearbox pula gunakan jenama STP atau Castrol atau Petronas,amat sesuai
Unknown said…
Assalamualaikum..boleh encik bantu saya ..saya baru ambil kereta myvi 1.3 second tahun 2011..saya tidak tahu onwer lama pakai minyak enjin jenama dan kelikatan berapa.. pada pendapat tuan minyak enjin apa yang sesuai saya guna pakai untuk enjin sekarang??
Unknown said…
assalam..saya telah menukar mnyak fully sintetik Shell ultra 5w40 pada kelisa tahun 2004..kerana tiada stok mnyak pelincir fully perodua 3L diguna sebelum ini..itupun atas cadangan pemilik bengkel juga, adakah etul tindakan yg saya lakukan?Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,masih ok kerana enjin ini biasa dengan minyak fully synthetic
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,enjin ini agak baru ,boleh gunakan fully synthetic Perodua 3L ,saya pasti ia sesuai dengan enjin ini
Unknown said…
Assalam Tuan,maaf bertanya,,sya nk minta pendapat Tuan,sya baru bli grand livina impul 1.6 A/T tahun 2012 secondhand,miliage dah cecah 250ribu,usia kereta Dan 8tahun,minyak hitam jenama apa yg sesuai utk kereta saya??sekarang kereta terasa bergegar dkt dlm ,lagi satu apabila kereta berhenti kereta Ada sedikit berderum,mcm minyak dipress,,tolong Bantu saya Tuan
Unknown said…
Akm bro keta saya myvi 1.3 kuaran 2010 guna minyak fully sintetik 5w/30, leh tukar g 20/50ka
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tiada masalah
Mekanik Kereta said…
wslm,tukarkan air filter,fuel filter,spark plug dan servis throttle body,gunakan minyak hitam semi sintetik nissan in sha allah ok
Jiejie88 said…
Assalam..utk p.wira 1.3 dan 1.5 vdo..apekah minyak yg elok utk digunakan berterusan..sebelum nie sy bnyk tukar2 minyak..kdang guna repco 10w40 dan 20w50..saya bercadang menggunakan minyak castrol 15w40 atau 10w40..adakah ok???tahun kereta2 sy dr 2003 ke atas..
Jiejie88 said…
Assalam
Mekanik Kereta said…
wslm,sepengalaman saya jenama minyak yang ditukar2 ini kurang baik untuk kereta kerana walaupun minyak punya gred yang sama tetapi kesesuaian kepada pusingan crankshaft dalam enjin hanya akan terima minyak yang jenis sama,jenama sama dan kualiti yang sama,sebaiknya jika ingin tukar minyak castrol 15W40 dan terus kekalkan,in sha allah enjin dan prestasi lebih terjaga
Unknown said…
Assalamualaikum saya ingin bertanya saya menggunakan kereta toyota hilux sesuai ka kereta saya menggunakan minyak jenama shell ultra 5w40
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh tiada masalah untuk gunakan
Unknown said…
Assalamualaikum..sy ingin bertanya minyak enjin apakah yg sesuai utk dipakai pada kereta enjin jepun halfcut cc660 turbo..terima kasih
Unknown said…
Salam sy guna wira mnyak apa sesuai
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,semua jenis minyak sintetik dan semi sintetik sesuai untuk kereta Jepun dan Eropah yang berkuasa turbo.
Mekanik Kereta said…
wslm,jika kereta wira ini umur melebihi 5 tahun ,gunakan semi sintetik 15W40 atau mineral sudah memadai,Petronas mach 5 dan Castrol GTX 20W50 amat biasa digunakan
Taran said…
Saya pakai saga vvt 2017, boleh tak saya pakai minyak OSK brand 20 50?
Mekanik Kereta said…
boleh, tiada masalah
Unknown said…
Salam..saya guna Toyota Harrier model 2004.tolong maklumkan saya minyak hitam APA yang sesuai utk kereta tersebut
Mekanik Kereta said…
wslm,yang terbaik ialah minyak jenama Toyota tapi kalau tiada boleh gunakan gred 15w40 samada castrol,petronas
MD said…
Salam saya pakai viva 850 manual dan saya rasa ada sedikit kebocoran minyak hitam pd kereta, mungkin piston ringgg boleh ke saya pakai minyak hitam yg tuan cadangkan?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tiada masalah
Unknown said…
Adakah sesuai minyak 20w/50w untuk kereta baru lepas overhaul
Mekanik Kereta said…
Tiada masalah untuk menggunakan minyak gred apa pun selepas overhaul. Minyak 20W50 adalah minyak berunsur mineral dimana viscositynya terletak pada kelikatan 20 darjah dan kelekitannya pada tahap suhu 50 darjah, ia sesuai untuk semua kereta malah kereta baru juga
Unknown said…
Assalammualaikum Encik Mekanik, saya nak tanya, saya ada kereta myvi 1.3, dah berusia 3 tahun, jika saya boleh tahu, kod minyak hitam apa yang sesuai dgn kereta saya ya?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh guna 20w50 atau semi sintetik atau sintetik 4 liter grade,15w40 atau 10w40
Unknown said…
Salam bro..nk tnya sikit..minyak pelincir bardahl sae 10w-30 seseuai atau tidak jika di masuk kn ke produa myvi 1.3
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya minyak gred 10w30 digunakan untuk enjin 3 silinder dan 3 liter dibawah 1000 cc seperti axia,kancil,kelisa. Kapasiti enjin myi lebih 1000 cc sebaiknya gunakan minyak 4 liter 15w40,10w40 atau 20w50
Unknown said…
Assalamualaikum tuan .. soalan saya, saya guna kereta Iswara lmst tahun 2007 minyak hitam apa yang paling untuk kereta saya ini tuan .. baru saja terbeli minyak hitam NASA 20w 50w adakah minyak ini sesuai dengan kereta saya .. terima kasih tuan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ya sesuai 20w50 minyak yang amat sesuai untuk kereta lebih 10 tahun
Unknown said…
hai saya nak tau minyak hitam apa yang paling sesuai untuk wira sedan
Mekanik Kereta said…
Gunakan minyak gred 20w50 atau 15w40 jenama castrol atau petronas,petronas mach 5 juga boleh
Unknown said…
Assalamualaikum tuan
Apakah gred engine oil yg sesuai untuk iriz 1.3 yg sudah lebih 5thn... .
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,masih boleh kekalkan minyak semi sintetik jika sekarang gunakan,juga boleh tukar ke semi sintetik untuk kelancaran enjin, gred 15W40 atau 10W40
Unknown said…
Assalamualaikum..kereta wish sepet tahun 2016..klau tak guna selalu elok guna mnyk fully or semi 5-30w atau 5-40
Mekanik Kereta said…
gunakan minyak semi kerana minyak yang bercampur unsur mineral oleh bertahan ketika tidak kerap digunakan berbanding fully
Hafiz said…
Assalam..
Enjin 2008 ssuai lagi ke gune minyak hitam 10 40??
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh gunakan tiada masalah tapi kalau dah gunakan minyak sepenuhnya mineral seperti gred 20w50 lebih baik jangan guna nanti kereta meragam
Unknown said…
Salam..nk tanya kancil 660 pakai gastrol 20w50 bole ke tapi isi 3 liter..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh cuma enjin bunyi kasar sikit
Unknown said…
untuk 4g93 minyak hitam ape yang sesuai
Mekanik Kereta said…
usia kereta yang melebihi 10 tahun gunakan 20W50 sudah memadai seperti jenama Bardahl,idemitsu atau castrol
Unknown said…
Saya kereta wira 1.6 4g92.. minyak pelincir apa yang sesuai d gunakan
Mekanik Kereta said…
gunakan 15w40 inshallah ok
Unknown said…
Salam tuan..kalau saya gunakan minyak Pennzoil great 10w-40 tapi Jenis mineral...adakah sesuai untuk saga flx?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tiada masalah untuk guna ,kekalkan jenama dan gred minyak yang anda rasa kereta senyap dan lancar
Mr.Aaron roy said…
Salam tuan sy guna minyak syetentic jenama shell utk kereta waja sy tahun 2001 mmc ..pernah buat sekali head overhoul ...perlu ker sy kekal minyak semi or tukar ker minyak mineral 20w50 tq
Mekanik Kereta said…
wslm,kekalkan minyak synthetic kerana banyak komponen telah biasa dengan kelikatan dan kelekitam sintetik sebaiknya guna minyak gred sintetik yang sama juga
Unknown said…
Salam..
minyak injin dan minyak gier apa yg sesuai untok naza ria 2003
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan jenama nasa adalah paling baik tetapi jika sukar dapat gunakan petronas syntium atau castrol magnatech,untuk minyak gear gunakan castrol juga atau STP
EunHo said…
Salam...
Vios sy dah 5thn, guna 5w30 semi syn, kalau sy tukar ke 5w30 fully syn boleh ke..sesuai x..terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,gred sama tiada masalah nak tukar ke fully
Razib said…
Salam tuan… sya pakai myvi thn 2005 dan masih menggunakn mnyk perodua 15w30 semi.. perlukah sya menukar gred mnyk tersebut atau terus menggunakannya
Mekanik Kereta said…
wslm,jika kereta ok ,enjin senyap dan lancar serta tiada kesan2 bocor gasket sebaiknya teruskan guna minyak gred yang sama dan jenama yang sama.
Unknown said…
salam...nak taknya..minyak hitam jenis apa yng terbaik bagi engine 3SZ avanza tahun 2012..thanks
Mekanik Kereta said…
wslm,guna toyota semi 10w40
Unknown said…
Assalamualaikum..saya pakai wira 1.5 auto tahun 2002..minyak enjin apa Yang ssuai utk kereta saya?Mohon pendapat tuan..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,minyak gred 20w50 sudah memadai
Unknown said…
1)Saya pengguna gen2 2015..minyak hitam jenis apakah yg sesuai digunakan...( Perlu ke tidak menggunakan oil treatment?.
2).UTK gearbox .minyak apa yg sesuai dan perlu ke tambah treatment?
Mekanik Kereta said…
1. Minyak yang paling sesuai ialah minyak semi sintetik 15W40 jenama Petronas atau Proton atau Castrol. Tak digalakkan tambah treatment
2. Untuk auto transmission minyak STP,Proton atau minyak Castrol amat sesuai,Tak perlu juga tambah treatment
EunHo said…
Encik...waja 2011 sesuai x guna minyak mineral plus 15w40 sncf?
Mekanik Kereta said…
boleh takde masalah
Unknown said…
Assalam cik,saya nk tanya.saya ada terbeli minyak enjin 10w40 untuk enjin L6 turbo kancil saya.jadi sesuai ke?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh digunakan
Hikmiroos said…
Minyak hitam apa yg sesuai untuk toyota unser tahun 2003? Ada ke jenjs yg kurangkan bunyi bising enjin?
Mekanik Kereta said…
Untuk Toyota saya sarankan minyak jenama Toyota juga yang baik kerana viscosity direka khas untuk model Toyota tetapi jika inginkan bunyi yang kurang bising boleh turunkan ke gred 20W50 seperti petronas Mach5 atau Castrol GTX 20w50 kerana ia agak likat sedikit dan geseran dapat dikurangkan seterusnya bunyi .
Anonymous said…
proton waja pakai 10w 30 keluar asap putih pulak...dah enjin stat ada leking atas jadi gred minyak apa yang sesuai
Mekanik Kereta said…
Eh 10w30 hanya untuk kereta 3 silinder saja memang tak sesuai digunakan untuk kereta 4 silinder seperti waja,wira dan lain2, saudara perlukan minyak enjin 4 silinder seperti gred 20w50 atau semi sintetik 15w40 atau 10w40, gunakan minyak gred 15w40 untuk waja ia sesuai
Oldest Older 1201 – 1321 of 1321

Popular Posts