Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin


Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.


Berdasarkan pengalaman saya,minyak hitam tidak boleh dipilih sembarangan ,ianya bergantung kepada enjin iaitu berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan juga bergantung kepada penilaian mekanik mahir keatas enjin tersebut.Ada beberapa ciri enjin yang diklasifikasikan berdasarkan penilaian saya dan pemerhatian secara langsung keatas kekuatan enjin .
Terdapat enjin yang mengalami sedikit kebocoran pada cylinder,pada gasket,pada blok walaupun ia tidak banyak ,tukarlah kepada minyak yang bersesuaian boleh melambatkan bocor disamping ada juga yang menghilangkan bocor kerana minyak tersebut menutup ruang.
Jika kereta anda berkeadaan demikian dan anda masih belum mahu membaikinya seperti belum mahu melakukan top overhaul atau overhaul sebaiknya anda memilih minyak enjin bergrade API SG/CD berbanding SAE 20W 50 yang biasa bergrade API SJ/CF .


Ini kerana minyak enjin bergrade API SG/CD 20W 50 adalah lebih likat dan berdaya mengawal kebocoran serta ia juga berdaya mengawal pergerakan enjin ketahap lebih senyap.














2.Synthetic Oil adalah pada tahap terbaik jika kereta anda berumur tidak melebihi 2 tahun.Harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal oleh itu minyak pelincir sintetik perlu digunakan kerana kelikatannya lebih rendah berbanding minyak pelincir biasa. 3.Jika anda menggunakan minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru ,meneruskannya adalah amat baik pada hemat semua orang akantetapi ia sebenarnya tidak sedemikian ia adalah kerana kekuatan enjin sebenarnya berkurangan setiap masa kerana komponen haus dan terdapat kepanasan meningkat walaupun ia tidak ditunjukan oleh meter suhu.
Oleh sebab itu pemilihan minyak hitam haruslah sesuai dengan keadaan kereta tersebut.Secara ringkasnya jika kereta melebihi 2 tahun anda perlu bertukar kepada minyak hitam biasa bergrade SAE20W 50 berbanding minyak fully synthetic atau semi synthetic.

Teknologi terkini minyak hitam

Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.

Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.

Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.

Minyak hitam 3 silinder

Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.

Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum saudara
Sya menggunakan kereta saga flx thn 2014..sya bru membelinya jd...sye nk taw minyk hitam jenis mcm mana yg sesuai untuk digunakan pada kereta sya...samada fully sintetik atau yg lain2..dan mohon tuan cadangkn jenama minyk pelincir yg paling sesuai digunakan...tq
Unknown said…
Salam.. Nk tnya, sy pkai kelisa lebih 10thn.. Br lepas full overhault enjin.. Bengkel suruh pkai mnyk 10w-40.. Adakah ok atau kena pakai 10w-30..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam saudara boleh gunakan minyak fully synthetic grade 10w40 atau semi synthetic graed 15w40.Jenama seperti Castrol,Petronas dan Liqui Molly adalah paling baik setakat ini
Mekanik Kereta said…
wslm,baik guna 10W30 amat sesuai
KubahHijau said…
Kereta vios sy berusia 12tahun dan 187000 milage.. Minyak pelincir apa yg sesuai..kod apa .
Mekanik Kereta said…
Gunakan minyak gred 20W50 sudah memadai
Unknown said…
Assalamualaikum ...
Tuan...apa perbezaan minyak pelincir 10W40 yg ada SN/CF dgn minyak pelincir 10W40 yg xda sn/cf????
Dan...yg mana lg baik untuk digunakan???
zimmer said…
waalaikumsalam,SN/CJ adalah gred kualiti paling tinggi untuk minyak pelincir sekarang
bohemian grove said…
Minyak itam tu kau kene buka bonet kreta sukat balik sukatan dia dh sampai max ker blm sbb takut yg kluar tu kau duk jalan dgn sukatan min mmg lanyakla kreta kau minyak itam kurang. Kau kata topup 1 liter aku rasa xcukup sbb kreta kau kering. Cabut batang penanda aras pastu lap sumbat balik kmudian check paras minyak itam min ke max... pastikan enjin btul2 sejuk dulu sblm sukat
Unknown said…
salam tuan minyak enjin apa sesuai utk proton exora turbo.. tq
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan gred 15W40 atau 10W40 jenama castrol atau havolne
Unknown said…
Salam tuan sy pakai minyak Hitam fully sintetic brand hello kereta sy pkai 5 liter..tukar setiap 10km tetapi setiap Kali tukar minyak itam xsampai 5 liter.Ada org kata engin kene ovalhault.betul ke.
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak yang mengurang adalah akibat enjin panas danmengering pada permukaan silinder dengan cepat,lakukan top overhaul sudah memadai
Unknown said…
Salam tuan nk tanye myvi auto 1.3 sebelum ni guna 5w30 tapi latest sy tukar 10w40 . kereta cam lmbt pickup sikit. patut tukar ke 5w30 balik ke kne tunggu 5000 dl?
muhd_abduhu said…
Salam tuan, apa cadangan minyak hitam yg baik UTK Exora Cps tahun 2011 ? Selama ni saya guna semi synthetic campur2 jenama
Mekanik Kereta said…
wslm,ingin tukar semula tak perlu cukupkan kilometer pun tidak mengapa
Mekanik Kereta said…
wslm,semi sintetik sudah memadai,samada 15W40 atau 10W40 tetapi jika ingin bertukar,tukar kepada mineral castrol mach 5
MOJO said…
Salam tuan. Kereta Kelisa 1.0 Tahun 2000. Saya mengunakan pelicir semi synthetic API/SN/CF 5W/30SAE. Adakah ia sesuai untuk kelisa saya.
Mekanik Kereta said…
wslm,jika tiada masalah pada kereta iaitu tiada leaking yang banyak pada enjin sebaiknya ia diteruskan
Unknown said…
salam tuan,sy guna kereta honda stream tahun 2004,skrg minyak hitam sy guna jenama nasa semi sintetik,adakah jenama nasa bagus untk enjin kereta sy?klu sy nk tkr ke jenama lain jenama apaapayg yg bgus untk enjin kereta sy?
Mekanik Kereta said…
wslm,jenama Honda juga baik,kalau tidak pun guna Castrol atau Havoline
Unknown said…
As salam tuan.tumpang bertanya.minyak hitam apa yang sesusi utk myvi SE tahun 2010.sebelum ni sy pakai.shell hx7 5W 30.ada yg kate 10w 30 sesuai utk enjin myvi.kalo sy nk tuka kepada petronas semi syn 10W 30 ok ke tuan.minta pandangan tuan yg lebih arif
Unknown said…
Satu lagi tuan.minyak hitam petronas tu ada 2.satu 500 10W 30 dn satu lg 800 10W 30.apa beza minyak hitam tu tuan dn yg mana satu sesuai utk myvi 1.3 SE tahun 2010 jika sy nk guna minyak hitam jenama petronas
Unknown said…
Assalamualaikum tuan,ingin bertanya saya guna kereta toyota hilux tahun 2009,sebelum ni sy memakai shell helix dan saya bercadang ingin bertukar kpd minyak yg lain ada kah sy perlu bertukar atau teruskan sj dgn penggunaan minyak shell helix..
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tukar ke minyak ini kerana 10w30 adalah direka khas untuk kereta Malaysia
Mekanik Kereta said…
ada beza untuk enjin yang sangat panas gunakan petronas 500 biasa untuk kereta penumpang,bas,dsbnya
Unknown said…
Salam tuan.. saya pakai kereta umbi 1.3 auto tahun 2015 dan minyak hitam apa kah yg sesuai dgn enjin tersebut?
Mekanik Kereta said…
wslm ,gunakan minyak semi sintetik gred 15w40 atau 10w40 Petronas atau castrol
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh teruskan pun tidak mengapa akantetapi jika ingin bertukar boleh tukar ke minyak semi synthetic grade 15W40 dari Petronas atau Castrol atau jenama lain pada grade sama
Unknown said…
Salam.. Sy nk Tanya.. Kereta sy millage dlm 35ribu..apa yg Patut tukar masa servis
Unknown said…
Assalam Tuan Arsad.. Avanza 1.3 2005/2007 minyak pelincir apa yang sesuai, adakah Shell Helix High Mileage 15W-50 yg terbaru sesuai atau ada cadangan lain yang lebih baik. sebelum ini pakai castrol magnatec 10w-40. keadaan enjin ada mendapan minyak hitam di sekeliling, setelah 3/4 bulan pakai, level minyak juga kurang dari separuh (suku) dari minima. minta saranan/pendapat tuan?
Mekanik Kereta said…
wslm,jika minyak kerap kurang ini tanda seal dalam head dah haus,bole tukar minyak mineral 20w/50
Unknown said…
Salam Tuan,
Nak tanya, kereta alza, 4 tahun pakai myk hitam jenis ape yg sesuai. Trm Ksh
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan minyak Perodua 10W40 semi synthetic juga boleh digunakan
Unknown said…
Assalam tuan..kereta saya jenis myvi 1.3 auto tahun 2012..sebelum ini sya menggunakan minyak semi syntetic SAE 5W/30 API SM/CF...sekarang usia kereta saya sudah 6 tahun..ade ape2 cadangan lain dr tuan?..tkasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,saya rasa sebaiknya saudara teruskan guna semi synthetic yang sekarang saudara gunakan kerana kereta ini baru saja melepasi setahun dari tahun guna
CJS said…
saya menggunakan minyak enjin yokohama 5w40 fully synthetic untuk proton saga flx saya..adakah ia sesuai untuk kereta saya?
Mekanik Kereta said…
sesuai jika saudara telah gunakan kerap minyak ini
Unknown said…
Salam sy pkai kereta saga sv thun 2013...minyak hitam apa yg sesuai yr...
Mekanik Kereta said…
wslm gunakan gred 10w40,15w40 atau 5w40 ,ia sesuai kerana kereta ini masih lagi dalam lingkungan 5 tahun penggunaan
Unknown said…
Assalamualaikum.. Nak tanya saya pakai kereta iswara 1.3 tahun 2001 minyak hitam apa yang sesuai di guna untuk kereta saya
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak gred 20w50 sudah memadai
assalamualaikum tuan,kereta avanza 1.3at 2005 sesuai pakai minyak enjin berapa SAE dan minyak gear ATF
Mekanik Kereta said…
wslm,sesuai guna 20w50 sae manakal minyak gear atf gunakan Pennzoil
Anonymous said…
Salam tuan saya nak tanya pasal myvi saya tahun 2008 1.0 manual sejak kebelakangan ini enjin saya bergegar kuat apabila rpm saya bawah 2k dan juga enjin mcm terada berat tiap masa dan juga minyak pelincir apa yang sesuai untk enjin yang sdh berumur 10
Mekanik Kereta said…
wslm,jika terasa berat ,pastikan semak bila kali terakhir tukar klac plate dan jika masih ok pastikan pula injector tidak sumbat,servis atau ganti,in sha allah ok
minyak perodua 10w30 adalah paling sesuai
Unknown said…
Salam tuan, bagaimana dengan kereta hybrid yang sudah berusia lebih dari 5 tahun? adakah perlu tukar kepada semi synthetic berbanding engine oil honda sendiri iaitu 0W-20 fully synthetic?
Mekanik Kereta said…
wslm,tidak perlu kerana kereta hybrid adakalanya tidak menggunakan enjin untuk untuk dipacu iaitu tidak menggunakan kuasa enjin secara penuh,sebaiknya kekalkan penggunaan minyak yang telah selalu digunakan
Unknown said…
Tuan. Kereta saya ford ranger model 2005 diesel ,minyak enjin jenis apakah yang sesuai lebih sesuai terima kasih
Unknown said…
jenis minyak apa yg sesuai utk kelisa 2002 enjin ada leaking sikit
mf said…
Assalamualaikum...
Apa minyak enjin sesuai utk kereta sy d bawah 2 tahun..jenis kereta vios
Unknown said…
salam,saya nak tanya sikit kenapa gear manual proton preve susah masuk ,apakah sebab nya
Mekanik Kereta said…
Gunakan minyak semi sintetik untuk enjin disel gred 10W40 jenama boleh pilih samada gunakan castrol atau petronas
Mekanik Kereta said…
Gunakan minyak grade mineral 20W50 ,in sha allah sesuai dan leaking boleh dikurangkan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kekalkan penggunaan minyak fully synthetic grade 0W40 dari Petronas atau castrol,enjin ini masih baru
Mekanik Kereta said…
wslm,gear manual susah masuk jika minyak gear kurang,kotor dan yang biasa jadi ialah clutch pump yang rosak dimana dalamnya kotor perlu ditukar atas gearbox dan pada pedal klac dikaki driver
Unknown said…
Salam..encik,tumpang bertanya..sy pakai atos..dah 9 tahun usia kereta..selama ni sy pkai castrol 20w 50..mmg terasa berat tp sbb lama dah pakai rasa syg nk tukar..kalau lah sy tukar ke minyak 10w 30 secara tiba2 ada kemungkinan berlaku masalah pd enjin x?..skrg ni pn minyak dah mula cpt kering..mgkin sbb leacking pd enjin
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada masalah apa-apa jika ingin tukar minyak kerana viscosity juga agak hampir dengan 20W50
gambus said…
assalam. sy guna kereta persona sv tahun 2014. sbl ni sy guna petronas semi synthetic 10w/40. tp sejak setahun lalu sy bertukar ke Eneos semi synthetic 10w/40. adakah ia sesuai?
Mekanik Kereta said…
wslm,jenama memang banyak asalkan gred yang sama dan enjin terasa ringan dan lancar ia boleh dikekalkan penggunaannya
Raz said…
Assalam tuan. Sy guna kereta ford ranger 2.2XLT pada tahun 2015, mileage sudah sampai 70K. Dulu sy guna minyak castrol 5W-30, boleh sy guna minyak JTX gold 10W-40 untuk ford ranger
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada masalah untuk gunakannya,in sha allah baik2 saja
Tengkuseven said…
Boleh ke viva pakai minyak enjin 20 50
Mekanik Kereta said…
seeloknya guna gred 5w30 atau 10w30,mi nyak 20w50 biasanya untuk kereta 1300 cc dan keatas
Unknown said…
Asaalam tuan sy pakai kereta waja auto tahun 2002 minya hitam ape yg susuai utk jenis kereta lame cm sy ..
Unknown said…
Assalamu. Toyota estima 2.4 tahun 2009 minyak engine dan minyak auto yg sesuai?
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan grade SG 20W50 sudah mencukupi
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan gred 20w50 atau 15w40 untuk minyak hitam manakala minyak auto transmission gunakan dexron 3jenama pennzoil
Nizan said…
Masih boleh ditanya lagi ke
Unknown said…
assalam tn..sy paka city 2012
..sekrg pka myk fully 0-30..utk next petkrn still fully or semi 5-30 honda punya myk..tq tuan
Mekanik Kereta said…
in sha allah boleh
Mekanik Kereta said…
guna fully ,kerana baru 6 tahun umur kereta ini
Unknown said…
Salam tuan. Saya menggunakan proton persona 2009. Semalam sy tukar minyak hitam dan pomen isi minyak hitam 5w30. Adakah ada masalah jika sy terus pkai? Atau sy perlu ganti dgn yg lain. Sebelum nie sy pkai 10w40. Tq tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm boleh terus gunakan tiada masalah
Unknown said…
Untuk waja mmc 1.6 tahun 2005 dah cecah 200k boleh ke guna minyak hitam castrol gtx 20w 50?
Mekanik Kereta said…
boleh tiada masalah
mohd nazri said…
Salam tuan..nak tanya..sy pakai saga blm tahun 2008 first model..minyak enjin jenis apa yang sesuai ya? Dan boleh ke pakai engine treatment selepas menukar minyak enjin baru? Harap dapat bantu. Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,tak perlu guna enjin treatment,gunakan minyak enjin 20w50 sudah memadai
Unknown said…
Nak tanya minyak hitam apa yg sesuai utk kereta iswara lama?
Mekanik Kereta said…
minyak hitam gred 20w50 sudah cukup sempurna untuk iswara
Unknown said…
Assalamualaikum tuan, tuan, saya pakai kelisa manual 1000cc tahun 2004 & mengalami sedikit kebocoran pada gasket Kalau saya pakai 15w40 sesuai x.?
Unknown said…
Assalammualaikum bang tumpang tanya saya pakai axia baru 2 tahun dan saya pakai minyak fully synthetic 0w-20 tapi bila saya check cap mimyak hitam ada lecak maksud saya minyak jadi keras apa masalahnya ya bang dan sekarang mileage dah 43000 harap ang dapat membantu
Unknown said…
Salam bang
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh gunakan jika saudara sekarang menggunakan fully sintetik
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,0W bermaksud tahap kecairan minyak pada waktu sejuk ialah kosong,jika saudara jarang gunakan kereta minyak akan melikat pada waktu suhu sangat sejuk bermakna akan ada kerak pada penutupnya kerana kereta jarang digunakan
Unknown said…
Tukar owner
Hezrik said…
Salam, boleh kah saya menurunkan gred dari fully ke semi sintetik? adakah ada apa2 efek kpd enjin? terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tiada masalah apa2
Addie Shafiq said…
Slm tuan..sy pakai kancil lama model ex850 tahun 2002 . Apakah minyak enjin yang paling sesuai untuk kereta yang sudah berusia begini?
Mekanik Kereta said…
wslm,masih boleh gunakan gred 10w30 tiada masalah
SAID OMAR said…
Nak tumpang tye.. Klau klau ikut dalam buku kereta axia.. Sya kena tukar utk yg 20k..sekarah sya dah lewat buat services yg kali ke tiga 20k sya dh 15k.. Klau lambat.. Adakah kereta sya akan jadi masalah
Mekanik Kereta said…
sebaiknya tukar kerana jika lebih terlalu banyak minyak hitam memekat dan geseran berlaku dengan banyak,akibatnya kereta mudah semput dan bising
Unknown said…
slm tuan,kereta persona se sya uda hmpir 10thun,dan penggunaan minyk hitam sya adal jenis castrol.syukur enjin lncar dan snyap.kemusykilan sya utk umur krreta sya ini dan kondisinya skg prluka dtukar angka yg lebh likat lgi...skg sya guna 10/40(castrol activ)
Mekanik Kereta said…
wslm,teruskan penggunaanya adalah lebih baik dari menukar jika ingin juga tukar,tukar kepada gred 15W40
Khai said…
Assalam tuan.. Nak tanya timing belt kereta viva setiap brpa mileage(km) kena ganti/tukar dan brapa kos trkmsuk upah untuk di servis..?? Hrap tuan bagi pencerahan bagi soalan saya.. TQ
Mekanik Kereta said…
wslm,tkar timing belt adalah bila cukup setiap 80000 km.Kos tukar timing belt sekitar RM500 .Untuk servis minyak hitam kos sekitar RM200
Unknown said…
Saya nak tanya, pengunaan minyak hitam 20w50 boleh hilangkan bunyi bearing rod ke? Ade kesan sampingan tak?
Mekanik Kereta said…
minyak 20w50 ini pekat sedikit jadi geseran turun sekitar 5 peratus dan bagi kereta yang mempunyai komponen lama dan umur juga melebihi 10 tahun ,minyak ini membantu menghilangkan bunyi tetapi prestasi kereta pada tahap yang sama
haqkulyakin said…
Salam..sy pakai citra 2006. Sejak awal sy pakai petronas fully sintetic..minya apa yg sesuai utk sy pakai sekrg
Mekanik Kereta said…
wslm,jika minyak tersebut ok pada kereta saudara,bermaksud tiada leaking ketara dan keadaan enjin yang senyap boleh teruskan akantetapi jika ingin bertukar kerana kereta juga telah melebihi tahap umur melebihi 10 tahun boleh tukar ke gred 15W40 atau 20W50
Unknown said…
Kalau kereta saga flx 1.3 lebih 6 tahun minyak apa yang sesuai?
Mekanik Kereta said…
gunakan gred 15w40
Unknown said…
@arsad mekanik. minyak hitam apa yg sesuai untuk kereta 5tahun ke atas 4x4 navara
Unknown said…
salam tuan..sy beli kereta second honda city 2012..first sy tukar minyK fully honda..blh ke sy nk tukar petronas semi fully?@ tuan ad cadangan lain.tq
Unknown said…
satu lg tuan kala viva auto dh 5 tahun guna 10 30 perodua minyak sy nk tukar ke semi blh ke?kereta xde leak apa..sbb kerap pakai..mohon pndagn tuan .tq
Unknown said…
Saya nak tnya minyan enjin yg sesuai untuk perdana v6 2.0 auto
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada masalah untuk tukar ke semi synthetics kerana minyak semi mempunyai gred dan kualiti juga baik untuk kereta sekitar 6 tahun seperti kereta tersebut
Mekanik Kereta said…
minyak 10w30 tidak digalakkan tukar ke semi atau fully kerana kereta ini mempunyai cc dibawah 1000 cc
Mekanik Kereta said…
gunakan minyak gred 15W40 ia amat sesuai untuk kereta kerana ada mineral dan sintetik
Danial4832 said…
Salam.kereta saya alza 2010 milage da 180k km..jadi minyak engine ape yg sesuai utk kereta saya.ada leaking skit bhagn bwh engine..kalau 10w/30 ok x tuan.mogon pencerahan
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin Alza melebihi 1.5 cc,seeloknya gunakan fully atau semi sintetik 15w40 serta mineral saja,10w30 baik untuk kereta 3 piston seperti viva ,kanci dan axia
Khai said…
Assalam tuan saya nak tanya.. Saya dah tukar head valve gasket set/top overhaul lama dah.. Then baru2 ni saya cek head kat 3coil plug hujung tu da leaking... Da member cakap plug seal rosak coz saya pernah buat top overhaul..btw kereta saya viva 850 Mohon pencerahan tuannn??
Mekanik Kereta said…
wslm,memang ada seal pada hujung plug coil jika rosak minyak akan masuk,minta mekanik gantikan plug seal tersebut
Khai said…
Kalau di biarkan lama da kesan lain tak kat enjin kereta tu tuan??
Assalamualaikum tuan. Minyak hitam jenis apakah yg terbaik utk myvi 1.3 auto tahun dis/2015. Mileage dah 141000. Sebelum ini saya pakai eneos 10w40. Saya ingin cuba tukar kpd petronas ataupun shell. Bagaimana pendapat tuan?

Lagi satu kelisa manual tahun 2006 1.0, mileage 129. minyak jenis apa yg sesuai?
Mekanik Kereta said…
semput saja,klau bnyk pula masuk enjin mati
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gunakan minyak Petronas Mach 5 juga sesuai

2.gunakan gred 20w50 sudah memadai
Anonymous said…
Assalamualaikum,, saya dah terlebih guna.seharusnya selpas 83700 millge sya sya kena tukar .. tapi sekarang saya b tukar lagi.dah lebih dari 84+++ apa akam jadi kalau lambat tikar..
Unknown said…
Satria neo campro 1.6 tahun 2009..sesuai minyak 20w-50 tak ?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,timing belt kebanyakannya boleh guna lebih sekitar 10000 walaupun ia tidak dilabel pada 90000 bermakna boleh tukar pada 90000 km akantetapi adalah lebih digalakkan tukar pada 80000 km
Mekanik Kereta said…
Boleh guna tiada masalah
Nour said…
As salam. Sy pengguna honda city 2012. Seja awal sy guna myk fully synthetic. Perlu ke sy maintain smpi skrg?
Selain beli myk gearbox,hitm/sparepart di honda dealer, b'mana utk tahu kedai lain jual brg yg original
T.kasih encik
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak yang serasi dengan enjin dan tiada masalah sebaiknya kekalkan
2.Terdapat tanda pada honda original yang boleh kenalpasti
abg roi said…
Salam tuan.. Sya nk tanya sikit.. Klau van hiace 2.7
vvti (petrol) sya guna minyak enjin 15w-40 sm/cf sesuai tak.. Adakah akan merosakkan injin van sya
Mekanik Kereta said…
wslm,tidak merosakkan enjin yang ada mineral dan sintetik amat baik untuk enjin petrol
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.saya baru beli keta toyota altis(a) tahun 2005.apakah minyak yg sesuai dengannya.brand?nisbah kelikatan?.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gunakan minyak 20w50 sudah memadai
Unknown said…
Assalam tuan, sy pki kreta alza thn 2014. Sblum ni sy sntiasa gna mnyak hitam produa 5W-30 semi. Kini sy brcadang ingin tukar ke minyak castrol. Jd mnyak castrol dlm grade mna yg sesuai mngikut umur kreta sy
Unknown said…
Millage kreta sy bru dkat 50k
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan gred 15W40 semi sintetik
emperor said…
Apakah gred minyak enjin yg di syorkan oleh untuk perdana v6 ?
Mekanik Kereta said…
gunakan gred 15w40 atau 10w40
Unknown said…
asalam tuan... kalau kereta vellfire.. minyak enjin apa yang sesuai... minyak castrol 20/40 boleh tak tuan...
Unknown said…
Bos nk tanya sya pakai vios 1.5 g tahun 2005...enjin sdah sampai milage..dan minyak kurang...mk minyak apa yg sesuai dan sbb pa jdi mcm tu..bos
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak 20w40 lebih likat ketika enjin panas,boleh digunakan tetapi minyak ini biasa digunakan untuk kenderaan yang bergerak dengan beban yang banyak seperti bas dan trak,saya sarankan guna 15w40 atau 10w40 sudah memadai
Mekanik Kereta said…
kereta ini telah menjangkau melebihi 10 tahun bermakna jika mileage juga tinggi kebanyakan komponen head telah lusuh seperti valve seal dan lainnya ,sebaiknya lakukan top overhaul akantetapi jika belum mau lakukan gunakan minyak mineral 20w50 kerana kelikatannya agak likat dan dapat menyesuaikan dengan kebocoran gasket yang menyebabkan minyak kurang serta dapat menahan dari kerak akibat kelusuhan komponen
tyyrant said…
bos, minta tolong, enjin proton wira saya tengah overhaul.Ertinya jadi enjin baru. Belum isi minyak m. Minta nasihat gred apa sesuai untuk dibeli pada cuaca di Malaysia ini? Panduan anda dapat membantu
tyyrant said…
Tuan, enjin kereta proton wira saya tgh overhaul. Maknanya jadi enjin baru semula. Minta nasihat, dlm cuaca kita di Malaysia, gred apakah m oil sesuai untuk saya pakai?. Nasihat tuan amat membantu.
Mekanik Kereta said…
Lepas overhol komponen seperti engine bearing,piston ring adalah baru termasuk juga dengan komponen top overhol seperti valve seal dsbnya,gunakan minyak semi sinteik kerana kelikatannya sesuai dengan komponen baru
Mekanik Kereta said…
cukup dengan gred 15w40
Unknown said…
Salam bang saya pakai grand livina 2010 injin 1.8 saya pakai fully adakah saya perlu tukar kepada semi pasal ijin bergegar
Unknown said…
Salam Tuan.... Saya guna minyak injin keluaran cosway (roadmaster) 15w 50 api SL/CF utk dua buah kereta saya Ford Laser manual 1.6 h/back keluaran th 1991 dan Mercedes w124 E260 auto juga keluaran th 1991. Apa pendapat tuan. Terima kasih
Unknown said…
crv 2008 mileage 130k...minyak itam sesuai ... semi 10w40 ok x
Mekanik Kereta said…
tiada masalah ,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
wslm,sebaiknya tukar kerana geseran yang meningkat boleh sebabkan enjin gegar,dengan gunakan minyak yang mempunyai viscosity tinggi bermaksud kelikatan agak tinggi boleh juga kurangkan gegaran
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak ini kualitinya juga tinggi sseperti minyak dari shell dan petronas juga
Jaii said…
Minyak hitam yang sesuai utk honda stream 2009
Mekanik Kereta said…
minyak hitam 15w40 juga boleh
Jackvespa said…
Slm tuan.. Sy Baru beli perdana v6 alfa auto 2nd..sblom sy antr service keta OK.. Pgi kuar asap sikit jer,enjin pns asap hilang.. Tpi lps service tkar mnyk itam bila enjin pnas asap putih byak kuar.. Ape perlu sy buat.. Sy x pasti Pomen pki mnya itam gred ape.. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa semula takat minyak hitam dalam tangki,kalau tak silap pomen tuang banyak sangat dan menyebabkan enjin keluar asap putih yang banyak
naw said…
Assalammualaikum saya pakai myvi 1.3 auto 2012 , minyak enjin apa yg paling sesuai untuk keretaa saya, sebelum ni saya guna minyak shell helix semi sintetik 10w/40, enijin saya kuat gegar bila P, ada kah minyak tu tak sesuai? Apakah minyak enjin yg sesuai untuk kereta saya. ɬɛཞIɱą ƙąʂıɧ
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,saudara perlu tukar ke semi sintetik jenama lain seperti dari Castrol atau Petronas,gunakan gred 15W40
Maliq said…
Assalammualaikum.. saga flx plus 2015. minyak hitam yg sesuai? lagi satu, apa beza petronas semi sintetik 5w-30 dgn petronas semi sintetik 15W40 ? Mohon pencerahan..terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gunakan minyak 15w40 sesuai.Beza dari viscosity bermaksud ketika suhu luar sejuk pada 5 darjah enjin mudah hidup dan pada 30 darjah ialah kelikatan minyak beroperasi,semakin tinggi nilai semakin tebal minyak
Adzlan said…
Tuan nk tnya kreta wira 1.5 2002 bru lepas overhaul tukar kesuluruhan dlm engine Kecuali blok.. Minyak hitam apa yg sesuai tuan.. Harap ada yg mmberi pandangan
Jaii said…
Saya menggunakan honda stream rn6 1.8 minyak hitam apa yg sesuai
Mekanik Kereta said…
minyak gred 20w50 sudah memadai
Mekanik Kereta said…
gunakan minyak gred 15w40
Herdauniz said…
Assalam bos .. nak tanya sikit saya beli keta viva 2012 lagi millage dlm 99k minyak apa yang sesuai untuk saya guna untuk menjaga enjin keta saya bos .. semi atau mineral sebab sekarang ni saya guna mineral ..
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan semi lebih baik kerana mileage kereta ini masih dibawah 100000
Afis said…
Sdr Arsad mohon pencerahan keta myvie saya dah 149000km 7 thn. apa kelikatan minyak enjin sesuai utk tempoh ini yer.tq
Mekanik Kereta said…
jika sekarang gunakan minyak semi,terus gunakan pon bole tetapi jika dah guna mineral jangan tukar ke semi atau fully nanti kereta akan leaking dsbnya,kalau semi gunakan 15w40 atau 10w40 atau 0w40 jika mineral memadai dengan 20w50
Maliq said…
salam tuan, maaf tanya lagi. minyak 15w40 utk petronas semua mineral. ada ke yg semi sintetik utk 15w40? atau memang sy kena pakai mineral saja?
saga lama said…
as salam..boleh tahu seelok nya kereta saga lama tahun 1992 elok guna minyak hitam jenama ape ye??
tq
Mekanik Kereta said…
wslm,Castrol kalau tak silap ada
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan castrol mach 5
yana said…
salam..
sya nk tye, sya guna kereta viva 850, sya ulang alik kerja 70km shri, jdik minyak hitam ape yg sesuai digunakan..
yana said…
lau da lbih 100k mcm mne
Mekanik Kereta said…
wslm,untuk penggunaan harian dan kereta yang melebihi 5 tahun sebaiknya gunakan minyak yang disarankan oleh Perodua untuk kereta berkapsiti rendah,gunakan minyak 10W30 sudah memadai
Mekanik Kereta said…
boleh terus gunakan semi jika lebih 100000 atau tukar ke mineral
Hamba Allah said…
Assalam.. Sy nak tanya.. Sy selalu guna minyak hitam 10W 40 semisintetik utk kereta wish keluaran 2017. Sy bercadang nak tukar kepada 5W 40 fullysintetik, sebab tersilap beli hr tu. Tapi boleh ke sy tukar kebiasaan tu..? Boleh tak berikan pandangan encik? Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,viscosity yang tidak banyak beza tidak membawa kepada kurangnya kelancaran enjin,antara 5w40 dan 10w40 ,bezanya hanya enjin mudah dihidupkan pada 5 dan 10 darjah waktu sejuk manakala 40 darjah masih dikekalkan,in sha allah kereta masih bekerja dengan baik seperti biasa
nuzzry said…
salam tuan..da lama post ni,tp br nak tnya,maaf tertinggal bas..
sy ada kelisa tahun 2004,sblm ni cume guna minyak mineral je..smlm ada kawan bagi minyak 10w30 semi sintetik..
bole tak guna kat kete sy..
tq
p/s: klu kurang sesuai,bole tak guna kat myvi 2016..
Mekanik Kereta said…
wslm,bole tiada masalah,juga boleh di myvi
kayuhsukahati said…
salam tuan Arsad. minyak aapa yg sesuai utk viva saya yg sudah 10 tahun. ada leaking sdikit dn minyak slalu menitis wlaupun x byk. apakah label Sg/cd yg tuan mention dlm penulisan diatas bole membantu masalah ini. jika betul apakah jenama yang sesuai? gred berapakah yg sesuai, 5w30 , 10w30, 5w40?
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan minyak 10w30 ,amat sesuai untuk kereta cc rendah bawah 1000 cc
Unknown said…
Salam.sy pakai wish 2014, minyak enjin ape yg sesuai untk kereta sy? Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,jika saudara sedang gunakan minyak semi sintetik dan ia nampak lancar tiada masalah leaking dsbnya sebaiknya terus guna tetapi jika gunakan fully sintetik boleh tukar ke semi sintetik 15W40 atau 10W40 dan jika sedang gunakan semi sintetik boleh tukar ke 20W40 mineral
Salam tuan,saya biasa pakai minyak hitam 20w50 sbb lebih murah dkt alza.tp haritu sy pakai minyak 10w30 sbb ada bajet lebih dan org kata lg jimat minyak.tapi sekarang ada bunyi lain bila tekan minyak n gasket rocker pun da bocor.perlu ke sy tukar minyak lain or maintain smpai 7ribu?
Mekanik Kereta said…
wslm,sebaiknya tukar semula ke minyak yang asal kerana minyak memainkan peranan yang sangat banyak dalam enjin,jika minyak yang digunakan asal serasi dan telah lama,minyk baru memang sukar diterima enjin melainkan flush dulu semua minyak dan tukar
saya ada kelisa 2004, 275,000km. biasanya saya guna perodua 10w-30. baru-baru ini head bengkok, saya hantar repair dan pomen tukar barang barang berikut :
engine mounting set
waterpump
timing belt set
overhaul set (carbon)
piston ring 66mm
con rod bearing
main bearing
clutch bearing
spark plug NGK 3 pcs
front disc brake pad
engine oil
steering boot
toyota 75w90 gear oil
water hose bypass
wiper washer tank
thermostat o-ring
bulb reverse lamp
getah belakang enjin
rubber mounting for air filter intake hose
grind valve
labor charge.

saya baru guna MORRISON USA FULLY SYNTHETIC PERFORMANCE 5W-40. Ok, tak.
Mekanik Kereta said…
boleh tiada masalah
Unknown said…
Assalamualaikum saya nak bertanya minyak enjin apa yang paling sesuai untuk kereta chery tiggo 2.0cc tahun 2011 dan berapa liter yang paling sesuai
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,minyak hitam gred 20w50 sudah memadai,gunakan 4 liter
sikin said…
berpa liter mnyak enjin tuk viva 1.0.bila lmpu kurg mnyak enjin hdup brpa liter perlu sya isi?
Mekanik Kereta said…
3 liter saja,bila kurang,periksa pada pengukur minyak hitam ada 2 tanda,tambah minyak sehingga tanda paling atas jika minyak kurang,tetapi jika cukup isyarat masih ada ini tanda suis minyak hitam rosak
Unknown said…
salam cik saya nk tnya saya bru tukar minyak hitamm mineral oil tp sblum ni saya pkai semi synthetic.. apakah ianya teruk utk enjin saya dan brapa lama ianya brthan.. kereta sya myvi lama
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada masalah dan enjin juga tidak akan alami apa-apa,kereta myvi saudara boleh bertahan selama mungkin jika minyak ditukar secara berkala,in sha allah
Unknown said…
Slm tuan, sy menggunakn myvi 1.5, sdh mlbihi 90,000 km..sy mnggunakn minyak fully synthetic shell 5W40..adakah sesuai untuk penggunaan kereta lebih dari 6thun?..minyak mn yg sesuai utk pnjagaan enjin, semi atau fully?
Unknown said…
Salam tuan,nak tanya,saya guna kreta wira 1.5A 2001 mileg 40000km da. Minyak apakah yg sesuai sy guna.?
zacxs rey said…
Salam tuan,sebelum ni pakai fully untuk alza saya,sekarang dah 10 tahun,km 250000,klu tukar ke semi boleh ke?brand apa yg sesuai?
Mekanik Kereta said…
wslm,guna minyak mineral 20w50 sudah memadai seperti mach5 castrol
Mekanik Kereta said…
wslm,semua minyak memang jaga enjin dengan baik cua yang menjadikan kadangkala minyak tidak serasi ialah kerana kelusuhan komponen dalam enjin. Jika saudara gunakan minyak fully tanpa masalah boleh terus giuna tetapi jika ada bunyi bising di enjin dan enjin sangat kasar akibat geseran saudara boleh tukar ke minyak semi sintetik yang ada mineral sebahagian untuk mengurangkan geseran dan bunyi enjin
Mekanik Kereta said…
wslm,ya elok untuk tukar ke semi ,dapat kurangkan geseran dalam enjin ,gunakan jenama perodua yang sesuai
Mama Papa Rea said…
Salam en. Arsad. Saya pakai kelisa (m) 2002. Jarang guna. Saya cdg nk tkar minyak enjin. Tapi kurg tahu ttg kelisa. Minyak enjin kelisa brp liter?. Klu standard, perodua 10W30 kan, tp Klu nak pakai castrol gtx 20W50 4L boleh tak? Ada kesan apa² tak pada kereta saya?. TQ
Unknown said…
Salam boss kereta saya wira se 2005 biasa pakai minyak injin castrol 10-40 selain 10-40 ni apa yg sesuai untuk wira se boleh guna
Unknown said…
Salam tuan, tumpang bertanya.. saya baru2 ni servis kereta myvi 1.3 (2007) saya. Dlm pada waktu servis selain menggunakan minyak 10w/30 turut digantikan skali air filter, flush out minyak break, tukar spark plug dan gasket valve sebab ada nmpk minyak leaking. Selepas bt semua ni, bunyi enjin agak kasar dan jelas kedengaran drpd sbelum servis kereta. Apa yg patut saya lakukan skrg ni utk mengurangkan bunyi kasar enjin. Harap tuan dpt bantu.
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak enjin kelisa sekitar 3 liter,boleh guna minyak enjin 20w50 cuma viscosity yang berbeza
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh guna 15W40 ,minyak semi gred ini juga sesuai.
Mekanik Kereta said…
wslm,jika cada gunakan minyak hitam jenis lain,enjin meang akan ada bunyi kasar. Begitujuga jika mass airflow sensor tidak bekerja setelah tukar air filter enjin juga akan bunyi kasar,buka soket mass air flow sensor di laluan air filter,jika enjin tiada perubahan tanda sensor tersebut rosak

Popular Posts