Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Intercooler dan turbocharger

Salam Sejahtera

Intercooler dan turbocharger adalah komponen kereta yang merupakan penambahbaikan sistem enjin dari segi prestasi dan kemampuan menyerap haba yang dihasilkan oleh enjin kereta.2 komponen ini digunakan khas untuk memberikan pacuan lebih pada RPM dan sistem penyejukan yang lebih efektif supaya enjin bergerak dengan prestasi maksimum.

Turbocharger />

Turbochager adalah alat turbine yang disambung terus dari manifold yang bertindak bagai sebuah air pump berkuasa tinggi supaya lebih angin dapat dimasukan dengan nisbah yang besar untuk enjin kereta melakukan pembakaran.Turbocharger ini juga akan memberikan daya bakaran dalam enjin secara total dan hasilnya lebih pembakaran enjin untuk lebih kuasa.

Kereta-kereta yang menggunakan turbo adalah kereta yang berkuasa lebih tapi dengan jaminan penjimatan petrol atau disel.

Tanda-tanda kerosakan turbochager

1.Enjin kereta kurang kuasa
2.Bunyi enjin kereta yang kasar dan pelik
3.Asap yang banyak
4.Minyak enjin kereta yang berkurang dengan cepat.

Semua tanda-tanda kerosakan kereta ini akan menyebabkan sistem fuel injection rosak,enjin yang tak stabil,rpm tak stabil,ekzos meletup2 dan gasket enjin rosak.Kerosakan turbocharger juga boleh menyebabkan minyak gris pada mana2 komponen enjin kereta mengering dan mengetatkan komponen bergris seperti drive shaft dan steering rod,

Intercooler

Apakah pula Intercooler? Intercooler adalah sebenarnya seperti sebuah radiator besar yang menyejukan enjin kereta ke tahap maksimum seperti enjin tidak bekerja langsung melakukan pembakaran.Pada kebiasaannya sebuah enjin berkuasa turbo akan menggunakan intercooler untuk menyejukan udara panas dari turbocharger supaya lebih oksigen dan bahanapi dibakar secara baik dan menyejukan udara enjin kereta dengan cepat untuk terus beroperasi.Intercooler yang dipasang menggantikan radiator bertindak menyejukan udara dalam  enjin supaya enjin tidak overheat dan terbakar,

Di Malaysia kereta seperti Exora bold adalah berkuasa turbo dan menggunakan keseluruhan sistem intercooler.Intercooler adalah amat baik dalam penyejukan cecair serta gas pada enjin.

Tanda-tanda kerosakan intercooler adalah hampir sama dengan kerosakan pada turbocharger,apabila kuasa yang menurun,susah tukar gear,asap hitam,bunyi yang pelik adalah tanda-tanda biasa yang akan jadi bila intercooler bocor atau rosak.

Seperti juga turbocharger,kerosakan intercooler kereta juga mudah dikesan menggunakan alat diagnose enjin yang seterusnya juga dapat mengesan kenaikan suhu dalam enjin.

Comments

Unknown said…
Slam sy tny bru ni sy tkr turbo rhf4 utk keta kancil tp keta jd berat,n 1 lg skrg keta tmig jd tggi sy ada buka intrcoler myk htm smpai ke throtle body npe ye bos?
Mekanik Kereta said…
wslm,jika dah cabut batangnya pasti tiada yang tinggal,jika serpihan kecil tidak jadi masalah
Mekanik Kereta said…
wslm,turbo ini ada masalah,bocor,perlu ditukar
Salam. Kalau intercooler bocor dapat repair ke?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh dibaiki,perlu ke wsyop yang baiki turbo saja
Unknown said…
salam..preve saya sebelum ni..kalau bw jalan2..lpas enjin mati..kipas akan bpusing..
tp tadi..dh bw preve pusing2 hampir 1/2 jam..matikn enjin..kipas pn ikut mati..
apa masalahnye ye?
Unknown said…
salam nk tnya..sy guna kerta nissan navara..slps isi minyak td..kereta tiba2 jd berat dan x de pick up bunyi pun rsa plik dan kluar asap hitam yg tebal..boleh thu sebb apa..
Mekanik Kereta said…
wslm,jika kipas masih berpusing walaupun enjin telah ditutup ia tanda sensor mengesan kepanasan enjin tetapi tidak pada overheating dan kipas akan terus berpusing dan apabila enjin sejuk ia akan kembali normal. Untuk selesaikan ini caranya ialah buang air lama ganti air baru dan coolant baru dalam radiator serta tabung simpan,jika masih juga berlaku keseluruhan hose bahagian penyejukan perlu ditukar kerana dikhuatiri simpan karat yang banyak
Mekanik Kereta said…
wslm,sebab utama asap hitam ialah nisbah campuran minyak dan angin tidak sempurna,buat bleeding injector supaya angin dapat dikeluarkan dengan sempurna dan kembali normal
Unknown said…
salam tuan saya pakai fortuner 3.0 diesel 10 tahun dh pakai ..kenapa kelajuan kerta sya tu smpai 80 km je klau turun bukit baru ada naik smpai 100 km keatas ..ingat mula2 lining clutch ..lpas tukar lining masih sma
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar injector dan heater core in sha allah masalah selesai
Unknown said…
Salam tuan. Sy pengguna 1jz turbo. Apa pnyebab turbo cepat panas. Jln baru 5 km panas bkn main..
Aten said…
Salam tuan.nk tanya knp minyak hitam keluar ikut turbo.mitaubishi storm
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ada bocor tanda ada bocor hose yang mengakibatkan keseimbangan tekanan berubah dan menyedut minyak hitam,perlu periksa dimana hose yang ada bocor atau pecah atau kuga bocor pada clip
Mekanik Kereta said…
wslm antara punca turbo cepat panas ialah apabila intercooler tidak bekerja dengan baik dan akibatnya udara panas banyak dalam turbo dan meninggalkan kesan panas juga. Seperkara lagi jika minyak enjin tidak diselenggara dngan baik,lambat tukar dan menggunakan minyak yang kesesuaiannya diragui akan menyebabkan panas juga begitu juga jika kurangnya grounding wire pada enjin.
Unknown said…
Salam tuan..sy pakai caldina gt4..sebelum sy overhaul engine,blow off sy ok je..tkan sikit da kuar bunyi..tp lpas overhaul,blow off mcm x brape nk bunyi..sy x tekan lg pedal sbb tgh pantang..tp biase,sblm msuk boost 0 tu blow off da bunyi..ni bunyi pelan sgt..blow off nk rosak ke atau cmane ye
Mekanik Kereta said…
wslm,bila blow off macam ada masalah biasanya ada bocor di klip ikatannya mungkin longgar
Unknown said…
Salam boss.maximum untuk naikan boost untuk enjin Hilux 2.5 berpa maximum ketahan Enjin Hilux untuk Naik boost dia
Mekanik Kereta said…
maksima sekitar 17 psi ,dalam range 14-17 sahaja
Unknown said…
Assalam Tuan. Sy guna engine 2Lt turbo 2.4, boleh ke tukar pengecas turbo lebih besar sikit? Adakah tidak mendatangkan efek kpda engine kemudian hari.trima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh dan tidak datangkan masalah pada enjin samasekali
Azman said…
Assalam tuan.. Sy ade tukar turbo besar, intake manifold besar dan intercooler besar.. Perlu ke sy tukar injector yg asal kepade yg besar sikit?? Penig pale dok mikir.. Harap tuan dpt bantu sy ����
Mekanik Kereta said…
wslm,ia mudah saja jika kuasa ruang bertambah tentu ia perlukan minyak yang banyak untuk dibakar mengikut kadar yang betul, bukan saja injector yang perlu besar malah fuel pump juga perlukan kapasiti yang sesuai untuk alirkan minyak akibat ruang angin yang berubah
Jebatderhaka said…
Salam tuan....adakah pemasangan meter vacuum dgn meter boost penyambungan pada hose yg sama?
Mekanik Kereta said…
wslm ya pada hose sama gunakan penyilang berbentuk T
HY said…
Kalau pasang intercooler pada enjin biasa boleh ker?
Mekanik Kereta said…
boleh tiada masalah cuma jika ada turbo lebih sesuai
Unknown said…
nak tanya kereta saya 2.5 diesel 4D56T
bila idle asap putih keluar bila jalan asap akan tiada adakah punca turbo saya bocor di bahagian dalam oil seal
Mekanik Kereta said…
asap putih adalah tanda bocor pada komponen terutamanya kereta yang mempunyai turbo, perlu periksa seal dan hose ,ketatkan hose jika longgar
Salman said…
Salam tuan saya nak tanya np300 saya ada liking minyak di clip hos dari turbo ke intercooler,apa yang perlu saya buat.
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa semua hose turbo dan intercooler kadangkala ada bocor hose itu sensdiri,ganti jika dah lusuh,klipkan semula dengan baik
Oldest Older 401 – 431 of 431

Popular Posts