Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam  mengawal pergerakan kerosakan komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.Samada anda memiliki sijil automotif ataupun tidak,simptom-simptom kerosakan sensor masih mudah dikesan. dibawah adalah beberapa simptom kerosakan sensor.

Terdapat 2 kategori sensor dalam sebuah kereta iaitu:-

1)Sensor untuk kawalan Luar Enjin dan
2)Sensor Kawalan Enjin


Sensor isyarat luar enjin terdiri dari beberapa jenis sensor seperti ABS sensor dan Parking sensor,manakala sensor enjin pula adalah seperti TPS (Throttle Position Sensor),Knock Sensor,O2 Sensor(Exhaust Sensor),CPS(Crankshaft Sensor),CPS(Camshaft Position Sensor),CTS(Coolant Temperature Sensor),MAP/MAF Sensor(Manifold Absolute Pressure Sensor)atau Mass Airflow Sensor,APPS Sensor(Accelerator Pedal Position Sensor),Speed Sensor dan IAT(Intake Air Temperature)Sensor,



Sensor-sensor yang disebutkan diatas adalah sensor utama dan biasa digunakan dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan berat seperti forklift,bas dan trak pengangkutan.Sensor-sensor ini memberikan isyarat secara voltage iaitu kira-kira 5v pada penggunaannya.Jika isyarat voltage itu rendah maka pengawalan komponen akan terganggu.Ini hanya dapat dikesan melalui scanner atau alat diagnostic untuk mengetahui kod sensor mana yang rosak.
Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.

1) Throttle Position Sensor

Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna.Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar.Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.

2) Knock sensor

Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage  dari knock sensor akan memudahkan  enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin  mengalami letupan kecil ketika ignition awal.

Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.

3) O2 Sensor atau Exhaust Sensor

Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.

4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)

Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar.Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm,enjin terasa berat,enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan. Gantikan crank sensor jika check engine light tidak nyala ketika suis dihidupkan.

5) Camshaft Position Sensor

Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api) supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik.Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,

Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.

Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.

6) Coolant Sensor (CTS)

CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.

7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)

Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagalan sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.

8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa  ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.

Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had  maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.

9) Speed Sensor

Speed sensor berada pada  2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.



input speed sensor yang rosak boleh mengakibat enjin mengaum












10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor

IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.

Kegagalannya akan menyebabkan enjin bergegar berterusan,terdapat ketukan enjin,idling yang kasar ketika enjin sejuk,susah dan lambat hidup serta check engine light yang berterusan menyala.Kedua2 sensor ini (MAP MAF dan IAT) jika tidak dipasang/disambung enjin akan lebih baik sementara.

Kesemua 10 kesan keburukan dan simptom kerosakan atau kegagalan sensor dan kegunaannya adalah kesan utama yang akan terjadi jika berlakunya kegagalan sensor.Lazimnya sensor ini berperanan menstabilkan enjin untuk pecutan dan kuasa ketika memecut dan pemanduan yang lebih baik

Sensor juga mudah gagal jika terkena air terutamanya selepas membasuh enjin dan terlanggar lopak air yang banyak dan sensor yang paling mudah terdedah pada air ialah sensor O2(Ekzos sensor) dan speed sensor gearbox serta ABS sensor.





Comments

Mekanik Kereta said…
wsalam,tidak,cuba reset dulu,cabut negatif bateri 10 minit,pasang semua,biarkan enjin hidup 10 minit
Unknown said…
Askum sy ingin bertanya. Kereta sy honda accord sv4 auto 2.2 tahun 96. Engine F22B. Cume satu masalah. Terdapat bunyi hentakan 'duk' bile gear rendah, masa kite nk memperlahanlan kenderaan. Adalah masalah speed sensor atau solenoid atau ada yg lain?
Unknown said…
Asalamualaikum tuan...saya menggunakan kereta kelisa...sekarang ni kereta saya bila bawak meter lebih 80 check engine akan menyala...kalau bawah 80 ok tkde masalah...kenapa ye? Tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,speed sensor pada gearbox perlu diganti
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa mounting gantikan jika ada pecah,drive shaft dalam selalu berbunyi demikian jika telah haus pada giginya
Unknown said…
Salam...abg mekanik sye gne satria 1.3 karb..mslh kete sye 1.waterpump bcor .. 2 enjin knocking..ptg tdi sye tuka waterpump kt bngkel..skg y jdi mslh skg ni knpe kete sye xde pinkup n hye blh bwk 40km shje.. sye tye bngkel y tuka kn wterpump kete sye die ckp enjin sye knocking jdi die adjust distributr ke thap y pling rndah sbb tu kete xde pinkup..tpi sblm sye tuka wterpump kete sye msh blh bwk 100km keatas wlaupn distributer ke thap y pling rndah..
Mekanik Kereta said…
wsalam,minta mekanik periksa semula marking timing belt kerana tersilap satu gerigi pun ,enjin menjadi kurang kuasa,periksa distributor juga jika ia benar2 telah diselaraskan sempurna
Unknown said…
Salam. Sy perempuan dan tak tahu apa apa tenteng kete. Sy pakai kereta persona. Sy dah tukar minyak hitam dan minyak gear. Tapi kete sy still tersedu sedu mcmtu dan lembap. Boleh tahu kena baiki apa?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar kabel plug,plug dan fuel filter serta air filter,insyallah ok
Unknown said…
Assalamualaikum...bro arsad,kat mane duduknye sensor ABS(BLM) ye?
Mekanik Kereta said…
wsalam,pada bahagian roda
Unknown said…
Salam,sy nak tanya kereta sy bila tekan minyak kuat sikit dia terenjut enjut,bila dah lama bawak baru menjadi mcm tu, agaknya sebab apa ye?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar plug coil yang tidak tahan panas dan api menjadi kurang serta fuel filter,ini juga tanda distributor/electronic yang menghampiri kerosakan
Unknown said…
Asslmkm tuan..kereta saga fl sy kerap mati tiba2 bila stop skjp.cntoh bhenti seketika ditrafiq light.tp start blik ia hdp blik.ape sebab erk?t.kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,crank sensor tukar
Unknown said…
Asslmkm tuan. Apakah fungsi OD? ini kerana kereta saya terpaksa OFF OD kerana jika ON gear akan sangkut pada gear ke-4. pomen bgtau kena tukar gearbox. sementara ni jika nk guna juga perlu OFF OD. mohon pencerahan adakah perlu tukar gear box atau baiki slip gear dlm gear box?
Mekanik Kereta said…
wslm,overdrive dah menyangkutkan gear.tukar gearbox lebih baik
Unknown said…
Keta sy wira 1.5 auto...masalah nye bila drive mcm lembab pick up..pernah rasa tersengok sengok sampai de bunyi kat gear box...minyak gear dah tukar...adakah masalah pada gear box kereta sy...
Mekanik Kereta said…
drive shaft ke gearbox telah haus geriginya
maria said…
Salam tuan... kereta saya waja manual 1.6 mmc... selepas saya buat ekzos hari keesokannya check light sy tk menyala dan engine tk blh start.. agaknya apa puncanya...
Unknown said…
Assalam tuan
Sy igin tya kan soalan
Sy mnggunakan Wira vdo.
Kereta mjdi mslh bila enjin panas.rpm jd tak stabil.enjin mcm nk mati.on aircond trus mati enjin.perkara ini terjadi setelah smggu overhaul.tukar piston ring dn bhgian head.tk
Unknown said…
Assalam tuan
Sy mnggunakan Wira vdo
Mslh sy blaku bila ingin pns.idle xstabil spt nak mati.bila on aircond trus mati.start smula enjin xblh hidup tp still blh crack.prkara ni blaku stelah sy bt general overhaul.tq
Mekanik Kereta said…
wslm,pada ekzos ada sensor yang dipanggil catalytic converter,sensor tersebut mungkin putus atau patah perlu di periksa semula
Mekanik Kereta said…
wsalam ,ada masalah semasa overhaul dilakukan,kemungkinan piston ring bocor atau head tidak diikat kemas,perlu jumpa mekanik yang buat itu semula
Mekanik Kereta said…
wslm,head mungkin bocor minyak,jumpa semula mekanik yang buat
Syaff said…
Assalam bang... Kereta sy, bila start pagi2 dia naik alarm chek engine tu, sekali tu ja naik, lepas tu ok... Pastu sama jgk keesokkan hari nya... Pagi2 start naik alrm yg sama... Dia jd pagi2 ja.. time engine sejuk.. sy pon naik pening dh nie.. huhu, harap abg dpt membantu
Unknown said…
salam semua...saya pengguna wira aeroback 1.5 manual(full injection)...
masalah kereta : 1) tidak dpt start.
2) ada bunyi 'tak' masa start enjin

boleh bagi pendapat apa masalah kereta sya dan apa penyelesaiannya...ty...
email : sepakau@yahoo.com
Mekanik Kereta said…
wsalam,starter ada masalah,kalau penyelesaian pantas.ketuk2 starter boleh hidup enjin tapi penyelesaian terbaik ialah servis starter atau tukar starter dan pasang relay 6 wayar
Mekanik Kereta said…
wsalam,check engine akan hidup beserta dengan semua penunjuk lain dan mati apabila enjin dihidupkan.Gunakan cara reset ,cabut negatif bateri 10 minit ketika enjin mati ,pasang semula dan hidupkan enjin semula selama 10 minit.
pOwG said…
Assalamualaikum tuan, kereta saya myvi auto 2008, sblm ni da lama xstart dlm 3bln. sya da cube nak start kereta tp semua lampu isyarat tidak menyala dan tiada bunyi crank langsung masa cube start kereta. sya juga telah cube jump start dan tukar bateri baru tapi result stil same.
Mekanik Kereta said…
wsalam,lampu isyarat panel yang tidak bernyala adalah kerana wiring connection positive pada starter yang telah hilang,perlu digerakan atau perbetulkan kedudukannya samada pada bateri atau sambungan pada starter,jika ini dilakukan insyallah kereta dapat dihidupkan setelah lampu isyarat panel menyala
Unknown said…
Hi saya nak Tanya pasal kereta Nissan sentra 1.8 2004 auto saya mengalami kesukaran untuk jalan terus selepas mengidupkan kereta saya.saya terpaksa tunggu atau ram enjine sehingga kereta saya boleh jalan . masalah ini berlaku pada gear D , 1 dan 2 . hanya reverse saja yang berfungsi normal .boleh sesiapa Bantu saya dalam isu ini?
Mekanik Kereta said…
Hi,ini masalah solenoid sensor shift,tukar sensor ini
Al said…
salam en arsad, saya nak beli kereta hyunda getz 2nd hand tahun 2004-2005 untuk isteri pakai.ada apa2 yang perlu saya tengok tak kalo nak beli kereta korea ni?apa yang selalu rosak etc? time kasih
Unknown said…
Assalamualaikum tuan, saya pakai kereta wira 1.3vdo check engine slalu menyala dah bwk pegi bengkel, sensor crankshaf rosak dan dah tukar yg baru ,check engine menyala jgk kereta jadi tersenggut2 ,ape masalah nye
Mekanik Kereta said…
baca page blog saya mengenai pembelian kereta terpakai di https://mekanikkereta.blogspot.my/2012/12/kereta-baru-atau-kereta-terpakai.html
Mekanik Kereta said…
wsalam,reset sistem ECU,cabut fuse ECU dan negatif bateri,lepas 10 minit sambung stat enjin 10 minit
Al said…
time kasih sebab reply.kia rio 2006 2nd generation vs hyundai getz 2006. mana lagi bagus? time kasih sekali lagi
Unknown said…
Salam tuan Arshad, kereta waja sy, waktu tengah pandu kt highway tetiba enjin mati, pastu check light enjin menyala, sy benti tepi jalan, cuba start ada bunyi starter tapi enjin xnk hidup, agak2 apa kerosakan dia.
Unknown said…
Assalam tuan Arahad. Saya nak tanya apa yg rosak ya. Teksi waja campro saya bila dah sejuk jadi agak susah nak hidup bila start. Start yg pertama panjang tak hidup. Start yg kedua panjang br blh hidup. Adakah ini berpunca dr fuel pressure regulator yg di injektor rail tu. Kalau dah setengah jam berhenti pun lepas tu start pun jd susah.
Mekanik Kereta said…
wsalam,fuel regular yang bermasalah meninggalkan banyak karbon pada plug dan asap jadi hitam,jika ini ada bermakna ia benar2 rosak dan sukar untuk hidupkan kereta
Mekanik Kereta said…
selain dari alatganti yang mudah dapat dan harga yang agak ok,Hyundai Getz juga adalah baik dari segi kestabilan enjin serta mudah dihidupkan dan enjinnya amat ringkas berbanding kia rio
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah crank sensor
Unknown said…
assalamualaikum tuan..sy guna wira 1.3 injction thn 2000,bila nk start susah nk hidup,3x start bru hidup..hari siang bila bwk xde masalah tnpa on aircond,bila on enjin jdi sebu2,malam pulak bila on lampu jdi perkara yg sama sebu2..ape yg perlu sy baiki supaya masalah x berulang?
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan FICD supaya idling lebih stabil,plug juga perlu diganti
Unknown said…
Assalam tuan. Saya penguna vios. Masalh yg saya hadapi sekrg rpm keta sya kdg tdk stabil. Klu berhenti dtraffic light kdg dia akan mati.dan kdg bla djlnkn guna gear 4 ia trsangkut2 n kdg pedal minyak rasa kosong bla dtekan.. shingga saya tpksa guna gear 3 hingga gear 1 jika dia masih terasa kosong..slpas itu saya trpksa tekan pedal minyak sdlmnya kdg ia dgn sdiri jd seperti drace. Shingga ia jd misfiring dan megeluar bau seperti hangus... bunyi ekzos saya pn tdk stabil.. bg pdpt tuan apakh masalh kereta saya begitu.. ada yg bgtau saya masalh throttle body. Sblm ni saya sdh pn reset serta tukar spark plug dan fuel filter yg dblkng kereta vios.
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu ganti accelerator pedal position sensor,ia terletak pada pedal tekan minyak,sensor ini tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan throttle body juga bekerja kurang baik
Unknown said…
salam...knapa lampu AT kreta myvi 1.3 sya asyik brkelip...
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa minyak gear,tambah jika kurang,baiki jika bocor,jika ok ada masalah pada speed sensor
Unknown said…
As'salam Tuan. Kereta sye myvi 1.3sxi 1st edition.. sensor oxygen menyala. Dan bru2 ni enjin kereta slu overhead dn gasket telah d gantikan.. slps dri itu, enjin sye spt semput xleh nk pickup. Bunyi angin kuat dri throttle body yg kedengaran. Ape yg perlu sye buat?? Harap Tuan dpt membantu..
Mekanik Kereta said…
wsalam,sensor check engine yang menyala tanda ada masalah pada sensor terutamanya sensor throttle ,periksa semula throttle kerana ada kemungkinan terdapat hose longgar ke throttle atau air filter mungkin juga pecah,gantikan sensor throttle juga
Unknown said…
Slm tuan,saya menggunakn saga blm. Sensor apa kah yg berbunyi sprt alarm tajam memanjang tanpa henti.bunyi sprt di tengah enjin bawah injector.start enjin ok ja dan tiada tanda sensorenjin yg menyala.kejadian selepas digunakan dalam hujan dan ada rempuh takung air hujan.


Mekanik Kereta said…
Salam kembali,perlu cabut soket sekeliling injektor dan pasang semula selepas 5 minit,ada laluan elektrikal yang terganggu apabila kena air dan membiaskan short circuit kepada laluan sensor yang mengeluarkan bunyi
Unknown said…
slamualakum tuan..saya guna saga blm kereta saya ada masalah lampu check enjin mnyala bila time speed...ketika saya matikan enjin start enjin blk lampu check enjin tu mula hilang..blh saya tahu apa puncanya..
Unknown said…
Salam tuan. Sy pengguna wish 09.. masalah nye bila pemanduan constant tiada masalah.. jika ingin over drive.. injin menjadi sangkut seperti kehabisan bahan api.. jika kenderaan idling lama kelamaan injin akan mati.. masalah ni jarang berlaku.
Selain dari itu ada DTC p0420..
Mekanik Kereta said…
wsalam masalah sensor O2 ini perlu dibaiki ,ganti sensor O2 dahulu supaya airflow dapat bekerja dengan baik dan enjin tidak mati dan boleh menggunakan overdrive sepenuhnya
Mekanik Kereta said…
wsalam,masalah ini berlaku kerana speed sensor yang tidak baik,gantikan speed sensor
Unknown said…
Wira 1.6 auto start enjin masuk gear enjin mati knapa?
Mekanik Kereta said…
masalah sensor,reset dulu ECU mungkin ia kembali normal,cabut negatif batri 10 minit sambung semula dan hidupkan enjin 10 minit
Unknown said…
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
slm sejahtera

Saya membeli kereta proton preve manual, bulan 10 baru ni baru cukup setahun. Skrg ni ada dua masalah pada kereta tu bila memandu seolah absober tidak berfungsi apabila melalui jalan tidak rata dan apabila gear satu di masukkan kereta menjadi tersengguk sengguk. Apakah masalahnya tuan?? Harap dapat membantu sedikit sebanyak. Bingung memikirkan masalah ni.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti plug coil dan plug
Unknown said…
Salam nak bertanya, bateri xsampai setahun pkai Tp bile sehari enjin xdihidupkan dah xbole nk start, lampu smua elok nyala Tp bunyi Tik Tik Tik bile start. Knape jd camtu ye. Keta xde msalah lain kecuali main lock door rosak (tendang bile lock kt main door). Adakah ini punca msalah tesebut
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada kuasa bateri yang hidup berterusan tanpa henti,mungkin door lock yang saudara katakan
Unknown said…
assalam, kenapa bila saya pandu melebihi 90kmj, lampu check enjin menyala tetapi bila kurang dari 90kmj ianya tiada masalah, adakah ia berpunca dari o2 sensor, bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini? proton blm
Unknown said…
assalam tuan...kereta sy saga sv manual..baru2 ni speedometer n milege x brgerak..meter rpm ok plak..ape masalahnye ye tuan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah speedometer pada gearbox mungkin juga pada kabelnya putus manakala meter minyak float rosak atau sambungan api ke float hilang periksa difuse satu2
Mekanik Kereta said…
wsalam masih masalah sensor buat scan biasanya speed sensor
Unknown said…
Assalam tuan..saya guna proton saga blm auto..masalah apabila memandu dan rpm mula mencecah 3000 check engine akan menyala..kereta jadi hilang kuasa..mohon bantuan tuan..tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,reset sistem dahulu ,cabut negatif bateri 10 minit pasang semula dan hidupkan enjin,juga 10 minit.Jika ia masih berlaku saudara perlu buat diagnosis/OBD untuk menentukan sensor yang rosak atau tercabut,biasanya MAF/Speed sensor
Unknown said…
Assalam tuan.. kereta saya wira 1.5 vdo ssah nak hidup.. apakah masalah dan barang yang perlu saya ganti..
Maria Karim said…
salam tuan, saya kereta almera auto. masalah dia sekarang kereta enjin boleh hidup tapi bila masuk Gear D,R,1 dan 2 enjin jadi mati. ape masalah erk tuan ?
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis karburator/throttle body dan tukar fuel filter
Mekanik Kereta said…
wsalam,masalah sensor,gearbox speed sensor biasanya,buat scanning untuk kenalpasti sensor yang bermasalah
Unknown said…
Maksud val circuit
Unknown said…
Assalam ... Tuan sya mmpunyai Kereta Wira 1.3 carb.. Masalah Kereta NI bila start pada permulaan .. Ad klua asap putih bila do rem sibnyk 2 kali.. Bila enjin dah panas.. Enjin dah OK.. Persoalannye sy baru service mnyk hitam 2 minggu lps.. Pagi tadi sy cek minyk hitam ttinggal takak bawah minima.. Sy cek plug ad kesan minyak hitam .. Enjin semua OK.. Tak Ada leaking.. Soalan ke dua adakah asap putih penyebb dari plug trkena mnyk hitam.. Ketiga apa punca minU.K. hitam masuk trkena plug. ? 4 brapa kos utk repare? Harap tuan bagi pnjelasan yg padat.. Tq
Unknown said…
salam tuan..saya mggunakan kereta myvi 1.5..modfikasi tukar injector altis 1.8 dan memasang grounding cable 6 point..masalah saya:
1. meter range mileage jadi x stabil..bacaan bg full tank brtmbh sehingga 680km(normal 400-500)
2.terdpat bunyi klik2 pada bhagian injector sewaktu enjin running
3.minggu ini shaja 4x enjin tidak dpt dihidupkn..selepas cabut dan psg blik kepala bateri br bole start..bateri msih ok..suda check di bgkel..

hrp tuan dpt mberi respons ats prtnyaan sy..terima kasih.
Mekanik Kereta said…
val selalu merujuk kepada value bermakna litar yang ada nilai tinggi
Mekanik Kereta said…
wsalam,sistem tidak dapat membaca pertukaran volt pada sensor,resetkan kereta dengan mencabut ECU fuse dan relay kira2 30 minit dan pasang semula
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak yang naik sehingga ke plug adalah sebab komponen dalaman head telah haus dan juga piston ring yang juga haus,perlu buat overhaul dan top ,ganti piston ring dan set komponen head
Syuktaxi said…
Abang arsad bengkel Kat mana? Ada repair Teksi x?
Mekanik Kereta said…
0193716023
Unknown said…
Assalamualaikum...saya nak tanya, saya da tanya perodua sendiri, bengkel²...mereka xde jawapan untuk masalah kenari sy...dah dua kali berlaku, stereng pusing habis, n break x jalan....masa kali kedua berlaku saya yg drive, saya nak masuk simpang, tapi stereng pusing habis,n break x makan...pastu, saya pam² break tu, baru la semua jadi normal semula....kenapa ye? Mana tau kot ada pengalaman mcm tu ke....terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,servis brake,tukar getah pam pada caliper untuk dua2 belah roda insyallah ok
Ais Krim Soda said…
Salam..
Mohon pencerahan Tuan..
Lampu check engine akan menyala selepas kereta b'gerak lebih dari 5 minit.
Wira aeroback 1.6xli(A) 1997
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada masalah sensor,resetkan dulu cabut negatif bateri 10 minit pasang semula,hidupkan enjin kira2 10 minit,jika masih ada,mungkin sensor O2 ada masalah
Unknown said…
Salam bos nak tanya sy pakai wira 1.5 v.d.o masalah kreta sy nie dia naik speed ke 60 atas kreta jadi blow dan dia mcm minyak tak cukup ape masalah nye ya sbb pomen dh try tkr tb dh try tkr ecu pon jadi bnda yang sama dan lampu chek enjin menyala......fuil filter dh tkr bru mintak pncerahan terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila ada check engine menyala ia adalah masalah sensor .speed sensor biasanya,lebih tepat jika scan!
Rahman said…
Salam, sy nak bertanya, sy guna estima acr30, baru2 ni saya melelui kawasan banjir sehingga enjin mati , kemudian beberapa Hari kemudian, lampu Cek enjin menyala? Agak2 apa masalah Kereta yang berlaku? Sensor? Mohon pencerahan trims kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam sensor speed gearbox
Unknown said…
Assalam tuan..kereta saya satria 1.3..dalam 2 minggu lepas cabel cluth saya putus..dan saya dah tukar..tapi semenjak tukar...kereta saya jadi sebu...tersengguk-sengguk..dan bile tekan break kadang2 ada kadang kosong terus...apa punca jadi macam tu ye tuan???apa yang boleh saya buat..harap tuan dapat bagi pandangan...
Unknown said…
assallamualaikum tuan,sya nk bertanya,saya mngunakkn wira VDO,mula2 start sekli je dh hidup,apabila dh bergerak berjln2,lpastu matikn enjin dibiarkn setengh jam atau lebih,bile start kembali hanye bnyi zing...main pedal minyak lpastu start bru hidup,tu pn cube beberpe kli,ape maslahnye ye TUAN..harp mmbantu.
Unknown said…
Krta viva elite auto sya ttba mati enjin tanpa signal time berhenti di traffik light tpi start balik , ok pulak . Knp yea ? Apa yg prlu diperbaiki ?
Mekanik Kereta said…
mti enjin akibat rpm yang turun rendah,servis throttle body dan perbaiki stepper motor dan throttle position sensor
Mekanik Kereta said…
waalakumsalam jika bunyi zing berterusan itu tandanya starter ada masalah,perlu ganti atau servis starter,
Mekanik Kereta said…
Wsalam,buat bleeding brek untuk empat2 tayar manakala kabel adjust sehingga benar2 terasa mudah ditekan untuk masuk gear,tukar fuel filter insyallah ok
Unknown said…
Assalam bro?saya ade masalah dengan speed meter x jalan apakah masalah yer?fius tukar pon sama x jalan n saya juga ade masalah gear reverse susah nak n balik apakah penyelasaian yer bole bagi cara penyelesaian?
Mekanik Kereta said…
wsalam,untuk gear manual ada kabel digunakan untuk speedometer manakala gear auto ada sensor digunakan atas gearbox untuk menggerakan meter,jika ia rosak atau putus ia tidak akan berfungsi,gear reverse juga terdapat switch yang berfugsi menggerakan dgear dalam keadaan berundur
Unknown said…
salam bos....kereta saya wira 1.5 2002 vdo..
masalahnya lepas enjin panas 15 minit check enjin nyala...biar sejuk 10 minit dia padam...start balik 15 minit dia nyala lagi..
jalan lancar cuma lampu oren tu jer tak padam..
Unknown said…
Saya ada 2 problem perodua viva..
1.warning alladin sentiasa bernyala walaupun minyak hitam penuh bila kereta tak gerak,hilang bila kereta dah jalan.
2.engine sensor warna kuning benyala..ada problem dgn air cond. Air mati bila kereta hidup dan tak di pres minyak..tpi bila pijak minyak aircond sejuk...any idea?
Mekanik Kereta said…
wsalam,reset dulu ECU
Unknown said…
salam sy ada keta waja 1.6 campro valve bocor buka head dh buat smua pasang blik injection dan koil x berfungsi padahal sebelum buka head smua ok ja wire smua dah connect harap dpt bantu pomen kata crank sensor tuka still x hidup duit abis byk dh harap dpt bantu
Unknown said…
Assalam , kereta saya wira 1.5 injection . Bila masuk gear D,R,L atau 2 timing jatuh kadang smpai mati . Lepastu exzoz mcm sumbat pun ada letup2 kecil , pickup tiada langsung enjin terasa berat . Harap dapat membantu 😁
Mekanik Kereta said…
wsalam perlu baiki intake air control valve pada throttle body atau servis throttle body
Mekanik Kereta said…
wslm,baiki marking dan letakan dengan teliti
Unknown said…
Salam tuan, Saya guna wira 1.5 vdo Keluaran 2002, masalah yang menimpa skrg enjin jd semput. Bila tekan minyak lebih rpm 4 dan lepas blk. Rpm trus dibawah 1. Kuasa enjin mcm dh xde. Pendapat tuan ape masalah yg sebenar?
Mekanik Kereta said…
wsalam,masalah throttle kotor dan airflow sensor/valve yang tidak bekerja
Unknown said…
Salamm.. en arshad myvi 08.. bila bawa laju 100 km/h keatas.. rasa gegar semasa tekan minyak.. di bahagian hadapan.(tak tekan minyak tak gegar) kenapa ye??
gorgonz said…
assalamualaikum tuan... masalah fius (efi) putus @ terbakar ketika kunci kedudukan standby @ on....setelah tukar fius yang baru.. masalah yang sama berulang dan kereta tidak boleh start.terima kasih tuan.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,

Ada wiring yang samada bersentuhan pada kotak fuse,perlu dapatkan mana satu wire yang ada masalah untuk elakan dari fuse terbakar,jika ada multimeter ia lebih baik kerana dapat memeriksa wire mana satu yang mengalami short circuit,gantikan dulu main relay
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada hose angin ke throttle body yang leka atau bocor,periksa semua hose dan ganti air filter juga spark plug ,servis throttle body juga
Unknown said…
ye tuan. nak tau sangat macam mana nak repair masalah od ni. kereta meraung je bila bawak . kalau betul speed sensor problem and berapa kos untuk tukar tuh?
Mekanik Kereta said…
tukar speed sensor,kos RM400
Unknown said…
Salam tuan,nak tnya la sy pakai wira auto 1.5 se bila bawak lama skit lampu enjin nyala...apa masalah ye
Mekanik Kereta said…
wsalam check engine biasa hadir apabila ada masalah sensor,tutupkan elok2 penutup minyak,pastikan soket sensor ekzos O2 tidak terkeluar serta soket throttle sensor dan air flow sensor
Unknown said…
as salam bro, Mazda 2.0 model 2004, engine petrol..kereta dlm keadaan parking, engine ON dan Air Cond pun ON...tapi setelah lebih kurang 10-15minit engine mati sendiri, kenapa bro? previous owner ade pasang turbo timer tapi saya tak ON pun, terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,crank sensor ada problem
Unknown said…
Salam bang, kereta honda jazz saya tahun 2008. current kurang. Sy perasan bile mengecas handpone. Kadar cas tu terlalu slow. Kalau kite guna GPS, power bat akan berkurang tp dgn kdar yg sangat perlahan. Die x cas bat pun. Bile check alternator, xde masalah. Adakah ini disebabkan system grounding?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar kabel positif dan negatif,pastikan negatif dipasang elok
Al said…
Salam bang. Sy nak beli used car Rio 2nd gen. Mileage da lebih 100k km. Berapa kos tukar timing belt? Boleh ke mintak used car tukarkan? Untuk kereta Rio ni, berapa mileage sesuai nak tukar timing belt?setiap 60k atau 100k?terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,boleh minta used car siapkan.Tukar setiap 80000km
Ais Krim Soda said…
Salam tuan,
Saya pengguna kereta wira aeroback 1.6xli(A)97.
lampu 'check engine' menyala selepas -+5min kereta berjalan.
satu lagi keadaan bila speedometer mencapai 80km/j.
mohon pencerahan pihak tuan
Mekanik Kereta said…
wsalam,biasanya kereta yang agak berumur soket2 sensor dah kotor,sebaiknya ketika enjin mati cabut soket sensor o2,sensor speed,sensor throttle dan bersihkan,tiup angin sudah memadai
Unknown said…
salam..tuan... saya ada myvi lama 1.3 yg lampu o/d dia berkelip2... cucuk komputer scan AT trouble code dia naik kod p1706(tourqe abnormal) lepas tu kalau check untuk enjin dia bgtahu timing chain.. jadi disini saya sudah tukar timing chain.. kemudian lepas reset dia hilang sementara.. sekarang ni lampu o/d kembali berkelip2..dan lampu check enjin menyala... minyak ATF saya dah tukar... harap tuan dapat bantu saya..tq
Unknown said…
Assalamu'alaikum bro?saya mempunyai masalah setelah masuk gear reverse n masuk gear n selepas itu saya nak masuk gear 1 gear sangkut enjin 1.3 satria,apekah masalah n penyelesaian tuk perkara tersebut?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar speed sensor input dan output,insyallah ok
Mekanik Kereta said…
wsalam,adjust dulu kabel klac ,jika minyak gear lama tidak ditukar,sebaiknya tukar
Unknown said…
Tuan nk tanya ni.apa puncanya tak ada api pada koil plug
Amalina Mina said…
Assalam, En Mekanik, saya nak tanya, apa masalah bila simbol engine menyala?dan apakah solutionnya? Sebelum jadi ada terlupa tukar clutch sewaktu nk stop kenderaan,mungkin ada transmisi disitu. Enjin terus mati.Terlupaa dh lama xbwk manual..hehe (Persona 1.6)
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah sensor,guna scanner diworkshop untuk ketahui lebih lanjut
Unknown said…
Salam.. Kereta saya Pesona eleg.....check engine light dah nyala... Masalnya skg....bila I p laju rpm 4000 x lps smpt sgt.. Dan gear x tukar.... Dan kdg2 enjin off tgh jln.... Susah nk start balik.....kena tgu 2 jam utk start balik.... Lagi pun I dah tukar banyak benda.... Kat sc pun x tau apa masalahnya... Dah 4 Kali Maui sc.... Benda yang I dah tukar... Cran sensor,cam sensor. Head,manufuel, trotol body, ecu.fuel pump,bila masuk computer dia tunjuk cran sensor.... Yg benda Ini semua pun dah tukar...kdg kdg no fault..... Arghh dah pening la aku Ini..sampai skg x keluar Dari workshop.... Sebab x tau pe mslh
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini biasanya ada kaitan dengan sensor untuk gearbox,perlu ganti solenoid shift sensor dalam kotak minyak gear
Unknown said…
As salam tuan.kereta honsa saya enjin b16a.masalahnya bermula dari fuel regulator bocor kat meter tu..lepas tu saya repair bagi kurangkan bocor tu sementara tukar yang baru..lepas dari tu kereta nyala lampu aladin kat meter..bila saya start masuk gear enjin terus mati..saya cek minyak enjin sebelum start kereta..lepas pada saya start kereta saya cek minyak enjin tak naik..slalu bila saya start kereta bila cek minyak enjin dah tak cecah kat batang sukat minyak tu..adakah oil pump rosak tuan?ada bunyi pelik kat enjin bila start kereta..terima kasih tuan..
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila bunyi pelik dan minyak tiada bergerak ke atas ini tanda oil pump memang rosak
here said…
Salam tuan... sy pakai saga flx auto.. lepas sy tukar beteri keta, keta sy susah nk hidup.. saya tukar beteri time engin mati.. skrg ni keta sy susah nk start... kena betul2 kn gear dulu
Mekanik Kereta said…
wsalam,cabut ECU fuse 30 minit pasang semula,pastikan juga mana2 fuse yang putus ganti
Unknown said…
Asslmkm..sye yopyen gune wira auto1.6..masalahnye ble kite berhenti d trafiklight enjin gegar gear kedududkknnye dkat D..ble sye freekn gear xd gegar plak..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gantikan mounting gerabox dan enjin,insyallah ok
BnQ said…
salam tuan,
saya guna viva 1.0,
mule2 bateri kong lepas tukar bateri semggu engine cek menyala..
menyala bukan waktu start engine setelah 10-15 minit baru engine check menyala.
engine dimatikan hidup semula ok balik.
maaf sy xpernah pakai kereta ni kereta org rumah.takut ditipu dibengkel.apa harus sy buat ye.harap bantuan..
FiR said…
Salam Tuan.. Ada bengkel ke? Bole share nama bengkel, alamat dan lokasi?
Unknown said…
assalammualaikum..nak mintak tlg...kerete sy bile on je rpm trus naik smpi terbalik..tp bile start xleh hidup..langsg xde bunyi ape2..ape mslhnye ye...
Mekanik Kereta said…
wsalam,distributor problem
Mekanik Kereta said…
wslm,Balakong,0193716023 Hasbullah
Mekanik Kereta said…
wsalam,reset cabut ECU fuse 30 minit pasang semula
Unknown said…
lancer GT saya umur dah 7 tahun. skrg ni dia gegar bila start & gerak pagi2. bila dah lama gerak, gegar tu makin kurang & lama2 hilang. tp kat trafic light, klu x tukar gear N, dia akan gegar jugak. Tanya kedai, ada yg kata crankshaft, ada yg kata mounting. Mana 1 actually?nk buat dua2 sekali duit tgh xbyk. so nk buat salah 1 dulu.
dgg said…
Assalamualaikum tuan, sy guna waja 2002 manual. masalah sy kereta jadi semput tak tentu masa, timing waktu idling pun xstabil sekejap ok (1200rpm) sekejap xok (600rpm). waktu drive pulak enjin akan semput tiba2 dan ok blk.
sEcRet said…
Salam tuan, saya nak tanya jika minyak hitam keluar dari air filter dan sebelum tu kereta saya semput dan mengeluarkan asap putih yang amat banyak dan terus kereta tidak boleh start. Adakah sebab minyak hitam overload? Jika ya apa yang patut saya buat untuk betulkan. Perlu lakukan top overhaul? Dan berapa kos untuk wira 4g13
Mekanik Kereta said…
wsalam perlu lakukan overhaul ,ganti piston ring dan juga set top overhaul,kos kira2 rm2500
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,buat tuning enjin,ganti airflow sensor
Unknown said…
Assalamualaikum..mohon pencerahan dari tuan berkenaan dgn lampu engine menyala ketika memecut dan tiba2 engine mati...tp bila start semula engine hidup..sya guna toyota hilux 2.5..mohon pencerahannya tuan...
Mekanik Kereta said…
Walaikumsalam,crankshaft sensor perlu diganti,insyallah
Mekanik Kereta said…
Buat mounting dulu kerana ia sebelah luar manakala crankshaft adalah proses overhaul yang memerlukan kos yang tinggi,gantikan minyak hitam kepada yang lebih likat gred 20w50 boleh menurangkan gegar
Unknown said…
Salam.. bos saya pakai kete kia spectra 2004... problem kete sy time start kete bunyi semput.. pastu time gerak kete takde power nak gerak time tekan minyak bru gerak.. n satu lagi kwn bru tukar gearbox kira2 1 bulan lepas kete dlu gerak 140km masih ok lagi tak gegar.. ni sekrg kete blom cecah 140km pun dh gegar betul.. mohon pencerahan
Unknown said…
Persona 1.6 auto 2012

Kereta tidak boleh hidup, sudah tukar
4 kali bateri (2 claim waranty) dan
Altenator di Service Centre Proton.

Masalahnya: masih hadapi masalah utk start. Perlu jumper. Ada sekali start tiada bunyi. Hari ini panggil pomen pun katanya masalah bateri.
Tak kan nak tukar bateri sj.

Kereta pernah duduk SC 3 minggu tapi takde apa².
Terima kasih atas respon. Moga Allah melpangkan urusan tuan.
Mekanik Kereta said…
wsalam,bunyi semput adalah kerana throttle body/karburator yang kotor,tukar fuel filter dan servis throttle/karburator.Gegar jadi bila mounting gearbox ada yang pecah,gunakan mounting yang lebih berkualiti
Mekanik Kereta said…
Gantikan kabel positif dan negatif dari bateri,insyallah ok
asrivolusi said…
Salam..
Sy pakai honda eg.
Sekarang ad masalah lampu cek enjin menyala..
Timing tinggi antara 1500rpm dan tidak stabil..
Bila bawa dlm kelajuan d bawah 2000rpm, enjin jd tersengguk2..bila kelajuan atas 2000rpm, enjin normal tp terasa kehilangan power..
Mohon bantuan dri tuan..
Liza said…
Salam abg arsyad.nak tanye.kete sy myvi ezi 1.3.kenape lampu enjin menyale?kalau bawak jauh,kejap nyale kejap tak nyale?knp ek?trime kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada masalah pada sensor,biasanya speed sensor,perlu bawa ke mana-mana wsyop berdekatan untuk ujian code scanning
zue said…
Salam tuan..mahu bertanya...saya menyuci injin saya...selepas itu bila saya menghidupkan injin dan mula blmenekan minyak untuk mengerakkan kereta...kereta x mlboleh bergerak ...tapi injn masih hidup..bila menekan minyak ..seolah2 kabel minyak putis.hanya selepas beberapa kali menekan minyak baru injin mengaum..kereta saya viva perodua..mohon jawapan tuan
Unknown said…
Salam bang saya pakai wira aero 1.6 manual tahun 2000.. nak tanya kalo sy nk tkr intake manifold beserta throttle body apa yek yg sesuai...
Mekanik Kereta said…
wsalam,gunakan model sama atau wira 1-5 atau 1.8
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah accelerator pedal sensor,tukarkan sesor pedal minyak bawah kaki pemandu
Unknown said…
assalam en.
nak tanye kereta viva 1.0 saya baru lepas convert gearbox dari manual ke auto dan masih pakai wiring manual..soalan nya wiring manual dan auto ni sama ke(viva)..?atau perlu ke saya tukar ke wiring auto..?
din@sempoi said…
salam tuan, trima kasih atas info yg diberi. nk tye skit tuan. kete sy wira 1.6 injection semput bila berhenti atau start engine.. n timing drop bawah dr takuk satu.. letih dok adjust timing.. kalau jalan normal. harap tuan boleh bantu.?
Mekanik Kereta said…
wsalam servis throttle body dan gantikan gerigi gear yang patah jika ada guna repair kit manakala idle sensor /stepper motor perlu diganti
Mekanik Kereta said…
wsalam,wiring auto ada lebih untuk speed sensor ,manual tiada wiring sangat selain reverse switch
Unknown said…
Salam bang... sy nk tnya sket.. 1.start pagi ada kluar asap putih sikit tp x la ketara sgt cek myk ada kurg sedikit. 2. Bau asap ekzos sampai dlm kereta apa yg perlu sy cek. 3. Sy cadang nk tkr cable plug sbb getah dia dah koyak sket cable plug yg mana sesuai.. tq bang
Unknown said…
Tuan,
Boleh saya tahu dimana bengkel tuan supaya lebih mudah untuk saya hantar kereta saya untuk servis dan pemeriksaan yang sepatutnya. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,1.Asap putih boleh terjadi juga jika ada coolant yang bocor dalam manifold,tetapi jika minyak hitam mengurang,ada kemungkinan valve seal dan piston ring yang haus,guna kabel plug original proton wira
Unknown said…
Salam tuan..sy ingin bertny mslh kereta sy..sy pakai satria neo 1.6..bila enjin btl2 sejuk,tiada masalh nk start..tpi ble dh panas,matikn enjin nk start balik susah..nk kne start byk kali baru blh hdup..sy dh scan,yg kuar misfire..sy dh tkar coil,tpi sme jgak..ble enjin pnas,start susah.ble enjin dh hdup mcm nk mati..kdag2 ble start tu dh hdup,pstu mati..so kne matikn blik n try start balik smpi la dh btl2 ok..ape mslhye tuan..mntk tlg bg pndpt..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,gantikan knock sensor insyallah ok
Unknown said…
Salam bang sy bercadang nk tkr trottle body dan intake wira 1.6 manual.. blh ke sy pakai model 1.8 atau gti.. mtk pencerahan beserta kebaikan dan keburukan.. tq bang
ayie_nerd said…
Assalam.. mohon pencerahan dari saudara.. berkenaan CEL ni.. sewaktu memandu atau dalam keadaan idle tiba-tiba CEL kereta saya menyala dalam 10-15 saat.. untuk makluman saya pandu kereta kancil enjin Daihatsu mira L2.. macam mana nak diagnos untuk tau permasalahan tersebut berikutan tiada soket diagnostic macam enjin L2S mahupun soket OBD2 pada kereta saya..
Unknown said…
apa masalah produa viva bila tekan minyak rpm hingga 2500 baru aircord befunsi,ada kah dvvt gear rosak
Unknown said…
Tq info
Unknown said…
Mula start kereta muncul check enjin bila nak gerak lampu padam dah.. Tiada masalah jga mau di check
Unknown said…
Assalam.. enjin kereta sy bergegar ketika start,dan pemanduan kasar.. selepas 5min drive,enjin dh ok.. then,kadang2 kereta tetiba semput bila tngah drive.. kereta mazda 2, auto, tahun 2010
Mekanik Kereta said…
periksa relay dan fuse headlamp mungkin putus,gantikan juga fuse lain yang putus jika ada
Mekanik Kereta said…
wsalam,throttle body kotor,perlu servis
Mekanik Kereta said…
Compressor yang menyurut kekuatannya akan menyebabkan sejuk hilang bila RPM rendah kerana ia bergantung pada kekuatan enjin memusingkan pulley compressor,sebaiknya tukar compressor untuk sejuk kembali
Mekanik Kereta said…
wsalam,CEL ada kena mengena sensor,jika ada masalah pada enjin ia akan menyala,resetkan dulu cabut fuse ECU untuk 30 minit dan pasang semula
Mekanik Kereta said…
wsalam,boleh,tiada keburukan kerana kedua2nya hampir sama
Unknown said…
salam bang kereta saya proton waja mmc 1.6 ada 2 masalah iaitu 1) bile saya start kete hidup tp dlm bepa minit kete tetiba mati sendri and yg ke 2) masa kereta hidup ingine mngaum ram sendri boleh jelas kan punca2 Nye bang terima kasih
Unknown said…
Salam tuan..
Kereta nissan sentra sy bila jln tiba2 accelerator kosong... Tekan2 xde apa2... Bila matikan enjin,dan start semula kembali ok... Tp xlama kemudian jadi balik,tekan accelerator kosong.. Sy dh tukar accelerator baru,tetapi tetap jadi perkara yg sama kadang2... Hantar scan tiada apa2... Lampu diagnose pun x menyala...
Unknown said…
Salam...
Sy menggunakan nissan sunny auto 2012 di arab saudi,bila jalan kadang2 accelerator sy tiba2 kosong bila ditekan... Sy tukar accelerator baru,tetapi tetap terjadi perkara yg sama... Dh hantar scan tiada apa2... Lampu diagnose pun tidak menyala... Apa perlu sy lakukan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika ia gunakan kabel ke throttle body ada kemungkinan plunger di throttle body longgar,jika ia hanya sensor yang tidak gunakan kabel ,resetkan dulu sistem ECU dengan mencabut fuse ECU selama 30 minit dan pasang semula
Unknown said…
Assalam tuan..nk tnye cket psal keta exora..semalam first time bsuh enjin..bila bwa p kerja hari ni,jln trsentak2 mcm bnyi pnukaran gear...smpai tak blh nk jln...blh BG pencerahN tak knpe
Mekanik Kereta said…
wslm,sensor kena air,tiupkan soket sensor o2 dulu
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada kena mengena dengan sensor crankshaft,gantikan
otto said…
Salam Tuan.. perlukan pendapat mereka yang tahu. Masalah kereta kerap tiba-tiba mati ketika idle seperti dalam jam atau di lampu trafik. Daripada pembacaan disini, mungkin kah ini masalah Crankshaft position sensor. Sekiranya betul berapa kos alat ganti tersebut? Kereta Hyundai Accent 2005.
Mekanik Kereta said…
wsalam,RM200
Unknown said…
Salam.. sy nak tnya bos mengenai kelisa 1.0 sy.. baru mengalami 2 hari lepas.. kelisa sy tiba2 seakan hilang kuasa dan enjin bergegar bila tekan pedal.. mula2 sy syak sparkplug perlu di tukar.. bila sy tukar sparkplug enjin kelisa sy masih bergegar walaupun dlm keadaan idle..apakah puncanya ya? Adakah di sebabkan sensor? Mohon tuan dpt membantu.. mekasih..
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa semua plug,pastikan semua plug bekerja dengan baik,jika satu saja pun tidak berfungsi ,enjin akan sentiasa bergegar,airflow sensor juga perlu diperbaiki,servis throttle body,insyallah
kimora2210 said…
selamat petang tuan, kereta sa Axia Manual.. belum setahun reverse sensor dah tak beep.. tuan..napa bole terjadi seperti itu ya... and apa masalah nya..adakah harga mahal utk diperbaiki? e
Sila email. e_morie@yahoo.com
Mekanik Kereta said…
slamat petang,alat sensor pada bumper telah rosak,kos baiki kira2 rm300
Cik Yue said…
Askum tuan,
Keta saya myvi ezi tahun 2008 enjin bunyi kuat lepas baiki keta sbb masalah aircond jadi panas. Lepas baiki tu enjin mcm bunyi mengaum. Pastu rasa mcm kurang pickup. Satu lagi sy nk tnya klu coolant kurang ada effect ke? Maaf tuan sy ni tak reti ttg hal keta. Tqvm tuan.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ekon jadi panas kerana enjin panas walaupun tidak sehingga menaikan tanda pada tempearture gauge,sebaiknya gantikan air dan coolant,thermostat serta servis radiator,gantikan juga jika ada hose sistem penyejukan yang keras seperti hose atas ,bawah radiator dan u hose
Unknown said…
Assalam. Ade 1 pertanyaan. Kenari 2002 auto mengalami kesukaran utk hidup apabila panas. Apabila start de bunyi crank tp lemah. Sy sudah tukar bateri n starter tetapi masih lagi berulang.
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar crank sensor insyallah
memmey camelia said…
Salam tuan, kereta saya nissan serena 2008 kereta saya klu tekan padle minyak terlajak ketika memandu Tak boleh jalan tapi engine tak mati... tapi klu saya tutup engine start balik boleh jalan lagi... kenapa ye mcm tu?

Popular Posts