Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Salam Sejahtera

Terdapat beberapa jenis reset pada sebuah kereta seperti reset alarm,reset ECU/ECM dan reset fuel pump.Reset-reset demikian adalah amat penting untuk diketahui oleh semua pengguna kereta kerana dengan cara ini saja lah kereta akan dapat mengembalikan keadaannya kembali  kepada asal sebelum kerosakan. 

Kaedah reset adalah sama dengan apa yang dipraktikkan pada sebuah komputer yang mengalami masalah sistem iaitu arus letrik atau kuasa akan dipotong apabila sambungan seperti kabel ke monitor atau CPU ditanggalkan, cuma kaedah pada sebuah kereta pula adalah melalui sambungan kuasa bateri,relay dan fuse serta beberapa kaedah lain.

ECU








Kebaikan dan kesan reset pada kereta

Sesebuah kereta moden dilengkapi dengan sebuah microprocessor atau pemacu micro yang digunakan kira2 80 pertus untuk mengawal sistem sebuah kereta terutamanya untuk menjimatkan penjimatan minyak dan asap serta mempercepatkan proses pengesanan kerosakan tanpa melibatkan kerja dan tebakan yang banyak untuk suatu kerosakan malah lebih dari itu pemeriksaan secara wire diagnose lebih mudah dilakukan.

Kesan utama reset ini pula ialah kereta akan menjadi stabil semula,contohnya apabila sistem ECU/ECM diresetkan komponen yang baru saja ditukar akan menemui semula sistem asal ECU/ECM untuk memastkan kereta dapat dikawal dengan sempurna kembali.

Terdapat beberapa reset penting dalam sebuah kereta diantaranya:-

1.Reset Alarm atau kunci remote

Kadangkala terjadi enjin tidak dapat dihidupkan dan bunyi alarm  kereta juga  tidak berfungsi dan terpaksa membuka pintu secara manual.Keadaan yang terjadi ini biasanya disebabkan oleh sistem alarm remote yang menghadapi kesulitan untuk berinteraksi dengan kotak hitam alarm dalam kereta.kaedah reset alarm perlu dikenalpasti untuk mengembalikan sistem ke asal.

Kaedah paling mudah adalah menekan butang reset yang disediakan  pada dashbod atau dibelakang sebelah tepi kanan steeng pemandu.Jika butang reset ini tidak disediakan ,pendekatan cara lain pula mestilah diketahui.

Kaedah biasa adalah dengan memusing kunci kereta sehingga penghujung sebanyak 2 kali akantetapi tidak semua kereta yang dikeluarkan boleh menggunakan kaedah ini.Cara yang terbaik secara mekanikal yang biasa dipraktikan oleh mekanik ialah dengan menanggalkan terminal positif bateri kemudian disentuhkan semula 2 kali dengan jarak antara 2 sentuhan kira-kira 5 saat pada positif bateri sehingga alarm berbunyi 2 kali serta lampu hadapan yang akan berkelip 2 kali juga.

2.Reset Throttle Body/Fuel Pump

Kaedah reset ini pula adalah apabila aliran minyak ke sistem injektor ditanggalkan seperti mencuci Throttle body atau menukar fuel pump.Kaedah ini biasa terdapat pada kereta Malaysia enjin Campro pada Pesona,Exora dan Perdana .Reset ini adalah untuk mengembalikan prestasi komponen kepada asal sebelum ia ditanggalkan supaya kereta dapat berprestasi sediakala dan lebih baik.

Pusingkan kunci kereta pada ON tetapi jangan dihidupkan cuma biarkan semua lampu pada panel dihidupkan kira-kira 2 minit.Setelah itu pusingkan semula kunci atau tutupkan kunci tanpa menarik keluar kunci dari tempatnya.Kemudian tekan pedal minyak sehingga habis menjejak lantai kereta dan biarkan ia kekal begitu setelah itu  dan ON kan semula kunci kereta ,biarkan kira2 10 saat sehingga 2 bunyi kedengaran pada bahagian depan enjin sekitar Throttle Body dan seterusnya  lepaskan pedal minyak perlahan-lahan.Anda selesai!Tutup kunci dan hidupkan enjin seperti biasa.

3.Reset ECU/ECM (Engine Control Unit/Engine Control Module)

Reset ini adalah amat sesuai digunakan untuk menyelesaikan banyak masalah sensor dan pengawal sistem pada kereta yang kadangkala disertakan dengan nyalaan lampu CHECK ENGINE pada panel meter.

Jika ada terdapat kesilapan pada aliran arus voltage pada sensor seperti terkena air pada soket penyambung contohnya sambungan sensor ekzos,kesannya pula kereta akan semput dan ingin mati serta terdapat nyalaan lampu check engine.Ini menandakan kaedah ini perlu dilakukan akantetapi tidak semua masalah reset ECU/ECM ini dapat menyesaikannya melainkan komponen sensor terlibat dibersihkan atau ditukar.Sensor-sensor yang mudah terkena minyak atau air dalam enjin adalah seperti sensor ekzos,sensor,throttle,sensor camshaft dan sensor abs.

Jika tiba2 check engine menyala selepas membersihkan kereta dengan air, sensor ini perlu dikeringkan dahulu dengan membiarkan kereta kira2 setengah jam sebelum digunakan,bolehjuga dilap alat sensor jika anda ada pengetahuan mekanikal membuka dan memasangnya semula.

Kaedah pertama reset ECU/ECM adalah dengan mencabut kabel negatif bateri dan biarkan 10 minit tanpa dipasang.Setelah 10 minit berlalu pasang semula kabel negatif bateri dan hidupkan enjin kereta selama 10 minit juga.

Kaedah kedua adalah dengan mencabut fuse bertanda ECU/ECM dan relay ECU/ECM kira-kira 10 minit juga dan pasangkan semula tanpa menanggalkan kuasa bateri.

Comments

Mekanik Kereta said…
wsalam,stop lamp switch berkedudukan dekat dengan sensor accelerator pedal iaitu pada pedal,switch tersebut rosak dan telah menyekat aliran kuasa volt untuk sensor bekerja dengan baik ,samada ia pecah atau wire putus dan terdapat aliran api,semua ini membawa kepada kekurangan kuasa sensor pedal untuk berfungsi dengan baik
Mekanik Kereta said…
wsalam,batri mungkin ok cuma weak,alternator perlu diperiksa,cabut negatif bateri ketika enjin hidup,jika enjin mati bermakna alternator tidak mengecas semual
Unknown said…
salam nk bertanye untuk satria neo cps penggunaan minyak 8.3 L/100km normal atau tidak?? baru tukar plug dan air filter kereta sye dan masalah yg sama masih berlaku kereta ..kereta sye kurang pickup dan penggunaan minyak yang sangat tinggi 😔😔 mohon bntu sye yg buntu 😔😔
Mekanik Kereta said…
wslm,jika terasa kenaikan penggunaan,ganti fuel filter dan kurangkan beban dalam kereta serta periksa bearing roda untuk memastkan bearing tidak berat pada mana2 roda
Karl9 said…
Assalamualaikum tuan,nk tanya,saya pakai kia spectra,masalahnya signal x fungsi dan nk tau mcm mana nk reset aircond selector.ta
Karl9 said…
ASSALAMUALAIKUM,nk tanya dimana letaknya fius untuk signal kia spectra,,TQ
Unknown said…
Salam bos.. saya guna pesona automatik.. 1.6.. selalu semput2.. kadang2 sampai mati engin.. lampu engine pun menyala.. bawak g proton center.. x lame jadi balik.. sebelum kena tipu.. harap dapat bantu saya..
Mekanik Kereta said…
wslm,bawah dashboard sebelah driver
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa fuse,aircond tiada reset
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis throttle body dan tukar tps sensor in sha allah ok
Unknown said…
salam tuan, saya pengguna Saga FLX SV 1.3. masalah saya ialah 2 hari lepas waktu nak hidupkan enjin, tiba-tiba dengar bunyi lebih kurang macam "gedegang" dua kali baru enjin hidup. so saya off enjin, biarkan 10 minit baru start semula dan semua ok.

petang semalam saya nak hidupkan enjin, takde bunyi tapi macam semput sikit, dan lampu amaran CVT menyala. saya cepat-sepat off enjin, biarkan dalam 5-10 minit, dan start semula. lampu CVT menyala 2 saat kemudian off.

pagi ini start enjin tiba-tiba enjin bunyi lagi "gedegang" 2 kali tapi tak sekuat 2 hari lepas. dan lampu CVT menyala. seperti biasa saya segera matikan enjin biarkan 5 minit baru restart, then baru start dgn smooth dan lampu CVT off.

soalan saya:
1. masalah apa ni? saya jaraaaaaaang sangat guna button SAT, 2 tahun guna kereta ni tak sampai 8 kali saya guna. saya tak pernah bawa lebih 130km/j. minyak hitam, coolant, minyak brek air semua dah check, ok. tak tau berkaitan ke tak.

2. apa perlu saya buat?
Mekanik Kereta said…
wsalam,mun gkin skru atau mounting ekzos tercabut atau longgar,lampu cvt menyala m ungkin sebab enjin bergegar
Unknown said…
Assalam cik,nk tanye sy paka wira 1.5 injection tahun 2002.baru2 ni kete sy naik check engine,kete jadi semput dan engine tibe2 mati,bile start blik engine ok mcm biase.bile sy pergi scan dkat wsyop,pmen ckap throttle body ad mslah.ad kah sy kene tukar throttle body atau servis dulu throttle boddy?
Mekanik Kereta said…
wsalam,sensor tps pada throttle body perlu diganti,insyallah ok,jika boleh servis throttle sudah memadai disamping tukar tps sensor
Unknown said…
Salam..nk tnya nape aircond xfungsi...mcm supply api xde
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika tiada bunyi suis dan kipas aircond,periksa fuse ACC bawah dashbod dan relay aircond dalam enjin
Unknown said…
Assalamualaikum cik..saya memiliki kereta myvi SE tahun 2009..baru-baru ini ketika saya memandu tetiba kereta saya o/d off berfungsi dan mengaum..selepas itu saya tngk lampu amaran check enjin memberi isyarat..apa masalah dia ekk..adakah pedal sensor problem atau lain2 masalah
Mekanik Kereta said…
wsalam,speed sensor ada masalah,reset dulu jika ada butang reset
Unknown said…
Salam pomen. Sy ada masalah lampu d berkelip dan meter km sahaja tidak begerak. Disebabkan meter km begerak gear tidak bertukar. Begerak dalam gear 1 sahaja. Apa masalah pada kereta sy ya pomen dan apa perlu sy lakukan. Ejin yrv turbo. Tk pomen.
Mekanik Kereta said…
wslm,ada 2 speed sensor gearbox,tukar kedua2nya
Unknown said…
Dah tukar.. tp sama juga.. ada masalah lain ke pomen...tk pomen.
Mekanik Kereta said…
ada solenoid shift sensor dalam kotak autofilter,tukar itu juga
Unknown said…
Ok pomen... terima kasih... sy cuba dl.. tqx3...
Unknown said…
Da cek fuse semua xde yg putus...cek cable aircond xde supply api dari dlm dan luar
Mekanik Kereta said…
kena masukan api dari mana2 fuse lain
Unknown said…
Bos,suzuki swift 07, selepas tukar bateri,enjin bergegar bila masuk gear D dan R..sbelum ni smooth je.ape mau buat?terima kasih
Mekanik Kereta said…
cabut semula kabel positif bateri,sentuh 2,3 kali sehingga alarm diresetkan iaitu apabila ia berbunyi 2 kali.Jika ada butang reset boleh juga digunakan
Unknown said…
Salam sejahtera tuan. Sy pakai kereta saga blm manual thn 2010. Masalah kereta sya enjin tiba tiba mati semasa kereta bergerak dan ada satu ketika yg enjin x mau hidup sehingga lah simbol check enjin tuh menyala baru blh start kereta semula. Utk info tuan sya dah tukar ecu baru,iafm,spark plug,fuel pump,fuel filter,service throtle body,cam sensor dan crank sensor tp masalah msh berulang. Selepas sy tukar semua parts ni ingatkan masalah settled tp kereta baik dlm 4 hari sahaja selepas tuh masalah enjin mati berulang lg kadang dlm sehari tuh ada 3 kali mati enjin semasa kereta bergerak atau menunggu que d trafic lights.. mohon bantuan nasihat/pendapat drpd pihak tuan krn sya dah pening dgn masalah kereta ni.. tq tuan
Mekanik Kereta said…
salam sejahtera kembali,throttle position sensor perlu juga diganti untuk mendapat idling yang baik,juga idle airflow valve perlu diganti untuk menambah bersih pada udara yang dimasukan ke throttle.
PictureQue said…
salam sya ada masalah...Proton Gen 2 1.6 2007
Apa problem masa nak reverse x tukar ke R? Kadang2 N @ P..tapi still boleh reverse cuma melompat@menyentak kuat sikit keta nak reverse..problem jadi selepas cuci enjin
Unknown said…
Kiraanya saya pun mengalami masalah yg sama..bila enjon mati tgh bergerak atau pun d traffik light kena tunggu 5 ke 10 minit..on suis balik baru lampu check enjin menyala n boleh start..klu lepas mati tu lampu enjin mesti x menyala..crank jd kosng terus..kena tunggu..dlm di lema..nak tukar ecu takut bwnda lain..
Unknown said…
Salam pomen... sy dah tukar solenoid shift sensor.. sama gak... km meter tak jalan dan gear tak bertukar... mcmane ya..?
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak gear tak kotor ke,kalau terus dan sentiasa kotor bermakna ada masalah pada gearigi gearbox
Mekanik Kereta said…
perlu tukar juga throttle position sensor dan servis throttle body,RPM yang jatuh rendah adalah atas airflow yang kurang baik untuk idling
Unknown said…
Tak kotor... apa lagi masalah nye ya pomen?
Vitamom@Shaklee said…
Asslm..saya bru je tukar battery sebab keta x blh start. Tp lepas tukar tu, kereta begegar pulak. Saya pakai vios tahun 2011.
Unknown said…
salam tuan sy nk tanya kancil L5 fuelpump dah tukar baru,alternator dah tukar bila bawa ke jarak dlm 150km kelajuan 120km/j padle minyak jd free ,sy kn free gear dlm 3saat lepas tu sy masuk gear 5 baru minyak ada bila bawa 120km/j jarak dlm 5km jd balik masalah apa ya tuah
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada masalah pada kabel ke throttle body,ada sangkut pada plunger,bukan masalah enjin atau gearbox
Mekanik Kereta said…
wsalam,cabut fuse dan relay ECU kira2 setengah jam dan pasang semula untuk reset sistem
Mekanik Kereta said…
ada kemungkinan ia berkaitan dengan ECU atau computer box yang tidak lagi boleh menerima isyarat,cuba reset dahulu dengan mencabut fuse ECU/ECM dan relay selama 30 minit dan pasang semula,jika masih juga begitu ia ada kaitan dengan box yang rosak
Unknown said…
Box yg rosak tu ecu ya pomen maksudkan...?
Mekanik Kereta said…
betul, ECU box
Mekanik Kereta said…
wsalam,speed sensor kena air,perlu bersihkan dan keringkan,reset juga boleh dicuba cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula ,hidupkan enjin 10 minit juga
Farmes said…
Assalamualaikum bos...sy guna kereta gen2...klu kereta jalan slow ada bunyi krek2 dkt tayar depan sebelah kanan...tp kalau jalan laju je ok...jalan yg ada bump pun ok...mohon penerangan bos....
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa bering roda kadangkala ketat atau terlalu mencengkam dan lusuh,menggantikannya adalah paling baik
Unknown said…
Salam
Mcm mna nak reset ecu exora bold cfe?
Tlg beri pencerahan
Mekanik Kereta said…
wsalam,cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula,hidupkan enjin 10 minit
my blues said…
Salam tuan, saya pakai saga flx 1.3 auto cvt masalah tekan minyak sikit mcm lambat lembab reverse pon sama, tekan minyak lebih sikit sentap tekejut pulak, dh cuci tb n reset ecu di sc kurang la sikit tapi still tak selesa, harap tuan boleh bantu. Tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar minyak cvt dan pastikan setiap 20000 km mesti ditukar filter dan minyak gear cvt
my blues said…
Minyak cvt n filter dh tukar tuan sy pakai original cvt proton yg warna biru tu, esok sy nk cuba tukar air filter n minyak enjin lucas semi sentetic 15w-40, perlu tak sy buat pedal response
Unknown said…
Assalamualaikum bro,sy pkai myvi 1.5 bru beli smggu,mslh yg t'jdi kt kreta nie AVG die cme skitar 12.5km/l shja sdg kn kwn sy pny bleh g smpi 16.7km/l,sy dh reset AVG nie bnyk kali dh ttp xdpt,lg 1 psl rpm,tggi sgt smpi 2000 wktu idling,g perodua service pn xde jwpn
Unknown said…
Salam 1 Malaysia,

Sy pkai preve exec 2013, tadi tiba2 masalah bila rpm lebih 2k nak masuk 2.5k..kira nak bawa laju skit sebab dah lambat pi keje.. enjin tiba2 gegar pastu ada bunyi angin sekat2 kuar kat enjin..makin tekan minyak makin kuat gegar..rpm naik 3k tapi kereta gerak 60km/j jer..takleh nak pergi walau rpm dkt 3.5k..kuat gegar enjin dan bunyi angin sekat2 pun kuat... bila rpm turun sampai 2k below.. normal balik walaupun ada skit gegaran enjin.. apa punca ya..minggu lepas dah bawa pi sc..diaorg tukar spark plug, tukar air filter dan cuci throttle..bawa 2-3 hari ok..pastu smlm n hari ni jadi balik..please advise. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
salam 1 malaysia,

Ada masalah pada sensor throttle,perlu periksa samada guna scanner atau ganti throttle position sensor
Unknown said…
lupa nak kasi tau...masa enjin gegar tu macam nak mati enjin..pernah smlm bawa slow tiba2 mati enjin..start enjin takde masalah..bila nak gerak tu mula la tu gegar macam nak mati enjin..lagi2 kat traffic light..mohon bantu..terima kasih banyak2.
Mekanik Kereta said…
Wsalam,perlu set semula throttle position sensor kepada 0.4 supaya RPM kembali pada 900-1000,jika rpm masih tinggi throttle body perlu diservis,dapatkan idling yang baik dahulu
Mekanik Kereta said…
cvt biasanya memang lambat tapi jika lambat sangat perlu ganti speed sensor dan shift sensor dalam kotak minyak gear
Mekanik Kereta said…
RPM turun rendah sangat ,kereta ini baru 3 tahun ,buat tuning enjin ganti plug dan air filter dulu serta fuel filter,
Mekanik Kereta said…
guna tuning berkomputer
Unknown said…
Oooo..air filter dan plug serta throttle cleanin dah buat minggu lepas..so skrg ganti throttle position sensor dan fuel filter tgk mcm mana. Terima Kasih Tuan, akan sy lakukan apa yg Tuan nyatakan seperti diatas di SC nanti.
my blues said…
Ok tq tuan, skrg ni tk lh teruk sngt.. sikit je... ada lagi masalah, enjin kadang datang sawan semput masa kt trafik light, tapi dln 3 ke 5 second je la, pastu ok balik kenapa ye?
paktua said…
Odometer gen2 saya selalu ter-reset. Dan penanda aras minyak juga tidak menentu. Banyak Kali minyak masih ada tapi penunjuk dah warna kuning (minyak habis).
Adakah keseluruhan meter tersebut rosak Dan perlu ditukar?
Mekanik Kereta said…
masalah gen2 dan pesona ialah selalu soket belakang panel meter terleka dan mudah tercabut,periksa dan masukan semula soket
Mekanik Kereta said…
semput sebab fuel filter kotor atau throttle body kotor,tuka dulu fuel filter
sOstai said…
Salam tuan.. adakah penerangan diatas boleh diguna pakai pd semua kereta malaysia.. sy guna myvi 2008
Mekanik Kereta said…
Wslm,boleh
SHISHA said…
Aslm..sya pakai satria 4g91 twincam..masalah nya adalah bila saya on suis lampu check enjin tak menyala..enjin boleh start tapi tak mau hidup ...tolong tunjukkan apa masalah nya?
Unknown said…
as salam....saya baru pakai saga 2016...gear cvt.kenapa bila mula² nx jalan enjin meraung tetapi kereta tx pickup?ada kawan² cakap kena flash ecu,ejas throtle body dan ejas pedal respond...apa pendapat tuan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,pastikan semua lampu pada panel meter juga menyala termasuk check engine light untuk enjin dihidupkan,untuk kerosakan ECU computer box perlu ditukar.
Mekanik Kereta said…
Wsalam,bawa ke SC untuk buat scanning dan tuning enjin termasuk pedal response
zainimekanik said…
Asskmualaikum . sy nk tnya baru ni sy buat top overhaul. First Start engine ok siap bwk satu hari , cuba tutup dan buka blik ok berulangkali cuba dalam satu hari ok. Esok pagi start masa engine sejuk hidup bila dh panas off engine nk start x boleh crank nk hidup tpi x hidup kena starts dlm 10 kali baru hidup x normal. Cuba check error cord keluar ckp n cmp sensor error , dh padam error kod , tukar baru crankshaft sensor tpi x boleh hidup gak malah error kod ada blik. Tlg sy. Mohon tunjuk ajar sifu.
Unknown said…
Assalamualaikum Bro, Dari pemahaman saya setelah pedal minyak ditekan jejak ke lantai selama 10 saat ia akan mengeluarkan bunyi. Tetapi Throttle Boby kereta saya (Airtrek Turbo ) tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Adakah ianya rosak atau baagaimana?
Mekanik Kereta said…
wslm,reset ECU,cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula,hidupkan enjin,biar 10 minit,boleh juga cabut ECU fuse 30 minit
Mekanik Kereta said…
wsalam,tekan sampai habis pedal minyak dengan suis on kemudian matikan ,on kan semula tekan pelan-pelan untuk reset jika masih tiada bunyi,,periksa fuse fuel pump
Unknown said…
Assalam tuan...Alarm OEM Neo sy hilang....maka sy pun beli new set alarm system di kdai asesori...smlm sy terjmpe balik alarm OEM sy...masalahnyer skrg, walaupun sy dh cabut alarm baru, tp alarm OEM still xfuncition...apakah sy perlu wat?
Mekanik Kereta said…
wsalam,mungkin saudara telah cabut dan pasang semula yang lama berulang kali tanpa memutuskan kuasa bateri,ada kemungkinan ia telah mencacatkan ECU dan terbakar,perlu ganti ECU untuk mengekalkan yang lama semula,jika yang baru boleh digunakan tidak perlulah gunakan yang lama
Unknown said…
Assalamualaikum. Saya ada masalah alarm kereta tiba2 berbunyi semasa ditinggalkan. Masalah sekarang saya berada di kampung. Saya dimaklumkan alarm kereta berbunyi melalui sms dari jiran. Apa yang boleh saya buat utk matikan alarm tanpa merosakkan kereta?
Unknown said…
assalamualaikum
saya guna kereta proton persona 2009.
ketika mendaki bukit kereta tiba2 mati. adakah punca nya?
Mekanik Kereta said…
wsalam,crank sensor ada masalah,scan lebih baik
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,cabut kabel bateri positif dan negatif!
Unknown said…
Assalamualaikum bos..sy guna Saga flx 1.3m..baru guna 6bln..nk tanya solution utk paddle response ade delay..bila tekan pedal delay kejap pastu baru ade rev..SC ckp mmg cmtu..apa pndapat bos n ada x penyelesaian
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam gunakan alat tambahan sprint booster,ada di kedai aksesori
Anonymous said…
Salam. Saya pakai vios model 2010. Dah tukar fuel pump, spark plug dab coil tapi engine masih nak mati mati. Kenape ye?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar fuel filter
Salam tuan, Kereta saga flx (auto) xbleh start. Keluar alarm lambang teko. Bateri dh check ok. Mohon bantuan
Mekanik Kereta said…
wslm,lambang teko itu minyak hitam,periksa minyak hitam cukup atau tidak,periksa api pada plug juga dan periksa timing belt pastikan ia tak putus
Unknown said…
Assalamualaikum tuan, saya pakai viva 1.0 auto thn 2008.
Masalah kereta saya selalu mati enjin terutamanya bila tukar ke gear reverse atau dari gear N nk ke D msa tgu traffic light hijau.
Tapi bila dh mati & nk start enjin semula tiada masalah.
Kadang2 indicator check enjin ada keluar.
Saya dah tukarkan spark plug & service throter dgn reset/delete error dekat ecu tp masalah masih berlaku lagi. Mohon panda gan tuan untuk mengatasi masalah saya.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada masalah sensor biasanya speed sensor ,buat scanning untuk pastikan
Unknown said…
Salam.. saya pakai persona tahun 2012.. masalah yang saya alami adalah:
- bila brek, kereta akan tersengguk. Kadang kala, enjin mati bila brek..
- kadang kala, baru start enjin, kereta macam bergegar
- bila masuk gear D dan baru nak mulakan perjalanan, kereta tersengguk2..
- bila tekan minyak, kereta macam tak boleh pergi. Solusinya, saya matikan enjin terlebih dahulu, dan ok sedikit.

Mohon pandangan tuan tntg masalah ini.
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis throttle body,throttle yang kotor menyebabkan plug cepat kotor dan menyukarkan perjalanan pembakaran dalam enjin
aa said…
Assalamualaikum

Saya guna proton persona elegance 2010. Masalah kereta saya adalah kadang2 aircond & radio akan mati secara tiba2 tapi dalam tempoh secejap je..mungkin dalam 1-2 saat je..bila di tambah jika sy on lampu sekali (lampu juga turut akan malap sekejap)..hal ini makin kerap berlaku..apapun perkara ini tidak menyebabkan enjin mati..mohon penjelasan dari pihak tuan kenapa masalah ini berlaku..
Unknown said…
assalam.kereta saya saga flx 2012.skrg ade masalah tersenguk2..klo idle pon dia akan menarik sket.mcm nak mati x mati..kalau jalan pon gear 2 dan 3 ade tersenguk2 sikit.plug dah tukar.petrol filter dah tukar.ade cadangan x bos..lemah bile bwk kereta cmtu.
Mekanik Kereta said…
wsalam,kabel plug pastikan tak pecah api,jika boleh tukar juga kerana sengguk hanya dikaitkan dengan pecah api kabel,hose fuel pump lusuh dan keras serta fuel filter kotor
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika selalu terjadi ia adalah sebab alternator yang habis karbon,boleh ditukar ataupun diganti karbon
Unknown said…
Salam tn. Utk pengguna Kia spectra. Berkenaan reset ecu, Cara kedua yg cabut relay n fius tu, enjin dlm keadaan hidup @ mati ? Sesuai x kereta spectra buat Cara tu @ ada Cara lain
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin mati,boleh digunakan untuk semua kereta,ECU adalah engine control unit yang bekerja dengan computer box pada kereta
Unknown said…
assalamualaikum, nak tanya bila saya bawa kereta waja (4G18), terdapat 2 problem iaitu :
(1) bila tengah drive, kdg2 enjin macam tersenggut senggut
(2) bila enjin idle, RPM naik sampai 2K.
boleh bagi pencerahan dan penyelesaian. terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,throttle body kotor,stepper motor perlu diganti untuk idlekan RPM ,kenaikan tinggi RPM akan menyebabkan kereta tersenggut2,fuel filter juga harus ditukar kerana minyak yang kotor menyukarkan pembakaran dalam enjin
Unknown said…
Salam. Kawan nk tanya.. lampu check engine menyala selepas 2 or3 minit enjin hidup..timing lambat turun dan kadang2 ram 2 3 kali dgn sendiri. bila hantar check org bengkel tu cakap alat yg diorg pakai tu tak boleh read pula.. kenapa ye? Kawan tukar alternator haritu.. lepas je tukar dlm 1 hari lampu kuning tu menyala.
Unknown said…
salam tuan, saya pakai saga blm 2009, baru2 ini tukar intakmainfold sebab kedengaran bunyi "tak, tak" masalah selepas ditukar intakmainfold enjin kereta jadi tidak stabil. mula2 ingatkan thortllebody kotor tapi selepas membersihkan Tb keadaan kereta tetap tidak stabil, kadang rpm pandai naik turun
Mekanik Kereta said…
wsalam,reset ECU,cabut negatif bateri 10 minit ketika enjin mati,pasang semula ,hidupkan enjin kira2 10 minit supaya ECU dapat reset ke default setting
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila tukar komponen untuk kebanyakan kereta yang mengaplikasikan drive by wire ia perlu reset sistem ECU kerana sukar untuk dibaca oleh sistem,Reset dulu cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula,hidup enjin 10 minit
Unknown said…
Salam tuan,
Sy pengguna persona elegance mileage da 180+++k..kereta baru lpas potong head n skim head..pastu trsengguk2 pomen ckp kne tune balik..da prgi tune ok..cuma rpm jer xmenentu sikit..lama kemudian lampu check injin plak menyala..lepastu ada sekali masa jem ats highway kwsn bukit..masa gear 1 nk tukar gear 2 tu rasa mcm semput n nj mati enjin..dan masa gear 1 jgk..lepaskn clutch n tekan minyak..asal ada pikup pastu trus mcm drop pikup tu..maaf kalau cerita tunggang langgang..huhu
Mekanik Kereta said…
wsalam,keadaan RPM yang tidak menentu menandakan enjin ini mengalami keadaan dimana ia tidak berupaya membakar minyak dengan sempurna.Head ini mungkin telah dipotong melebihi 2 kali dan menyebabkan ia terlalu rapat dengan ruang pembakaran dan menghilangkan kuasa.Ada sebaiknya saudara tukar ke head yang lain
Cg. Izwan said…
Semasa kereta bergerak, tib tib
Lampu bateri nyala
Lmpu temp nyala
Tekan minyak xjalan
Break xley tekan,pedal jd keras
Enjin x mati, radio n ekon hidup
Mekanik Kereta said…
Ini masalah ECU yang tidak berfungsi,cabut segera bateri kedua2 belah panel positif dan negatif,kira2 1 jam pasang semula,jika ia masih begitu ,ini tanda ECU rosak
Dhia said…
salam saya nk tanya tuan kenapa kereta saya sedut-sedut ketika saya shift gear...
selalau jd kt gear 2 n 3
kalo enjin x panas lg senang nk jd

kelisa manual 2006
TQ in advance
Qwlwmbay said…
salam, saya pakai GEN 2 Campro 1.3
masalah sekarang engine takleh start . Bunyi ada ttakde blackout, terasa mcm minyak tak sampai...
jika problem dia selain fuel pam apa yg membuatkan nye begitu..
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa fuse fuel pump dan juga semua fuse yang ada ,gantikan yang mana telah terbakar terutamanya tand IGN,jika enjin masih tidak hidup,fuel pump bermasalah samada hilang negatif atau ia benar2 rosak dan perlu diganti
Mekanik Kereta said…
wsalam,enjin in rendah RPM,perlu servis Throttle body,gantikan stepper motor dan jika boleh gantikan juga sensor O2 dan tabung ekzos
Qwlwmbay said…
Waja 1.6 saya pun dh jd begitu . adakah sama masalah nya..?
PJS ROSLEE said…
Assalam.. Tuan, sy pakai toyota wish dan menggunakan sensor jenis Mohawk Hijack Stopper (Immobiliser). Kelmarin sy start dan hidup seperti biasa tetapi bila saya swap kad sensor (2 kad sensor yang berbeza) pd tempat yg ditetapkan, ia x berfungsi menyebabkan lampu merah pd reset button blinking menandakan enjin akan mati. Lepas tu enjin gagal dihidupkan. Saya cuba cabut kabel bateri & mengikut cara yang dicadangkan tapi x bleh jugak. Reset button masih blinking hingga sekarang tp sistem alarm tidak terkesan. Adakah punca bateri kereta saya yang dh 1 thn 8 bln atau sebab2 lain? Mintak bantuan & khidmat nasihat tuan.. terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,cuba cabut relay dan fuse ECU kira2 30 minit pasang semula,ECU telah keliru dengan sistem
Unknown said…
Salam tuan saya pkai wira 1.5 auto bila jalan tiba2 lmpu enjin nyala..sy da buat mcm tuan ckp cbut cable negetif 10 mnit tp bila esok2 dia jadi balik apa masalah ye
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan dulu mana2 fuse yang terbakar terutamanya fuse tanda IGN
Wan said…
Assalam..encik..kalau saya nk buka cut off pada preve turbo sy okay x? Apa kesan dia Encik?
BEES said…
Assalamualaikum,tuan, enjin kereta preve tenggelam kena banjir, komponen throtle body n sensor pedal minyak perlu diganti or msih bole diservis?
Nidiaruz said…
salam Cif mekanik, kereta sya waja auto tahun 2003,egine dpt start, tapi bila tekan pedal minyak dia tak ada respon langsung..apa problem tu?
Unknown said…
Assalamualaikum... abg,saya nak tanyA. Masalah viva elite... bila pasang aircond bru pndu dlm stgh jam kdg2 tk smp.. padam njin..start ok... bateri bru tukar..plug pun dah... apa masalh ye bang..?
Unknown said…
Assalamualaikum bang.. saya nak tanya kereta viva elite saya kerap mati bila dilampu isyart dan bila tgh jln jem... apa mslh ye bang agak2? Bateri,plug baru tukr... lps pd sy basuh njin bulan lps... trus jd mcm2 smp ke hari ini... lagi2 bila guna aircond.. kerap mati...
Unknown said…
Asalam... bang kenapa ye viva elite (auto)saya,kerap mati bila pasang aircond ditrafic light dan bila jln jem... saya pun tak faham... apa pnyakitnya...
Unknown said…
Salam. Sy pengguna proton persona baru 2016. Mcmn nk reset mode service reminder dan jarak kilometer baru utk next service? Myk hitam dah tukar. Hehe
Mekanik Kereta said…
wsalam,kalau tak silap saya perlu tekan butang hitam pada panel meter lama sikit sehingga ada nampak pertukaran pada digital signal pada meter,semak buku panduan pesona lebih mudah
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada sensor kena air,cabut soket sensor o2 tiup2 dan keringkan air jika masih ada
Mekanik Kereta said…
wslm,ada sensor tak bekerja,tukar crank sensor inshallah ok
Mekanik Kereta said…
wsalam,rosak sensor pedal minyak bawah kaki pemandu
Mekanik Kereta said…
wslm,jika pedal saja ditenggelami air dan terasa kosong mesti diganti,throttle body masih boleh diservis dan dibaiki
razali said…
asalam en..sy ada sbuah wira taun 2007 vdo..soalan sy knap keta sy top speed 140,adakah kereta sy ada msalah dgn enjin.
Mekanik Kereta said…
wsalam,buat top overhaul,kereta yang kurang kelajuan adalah berpunca dari komponen2 enjin yang lusuh
Unknown said…
Bila tekan alarm bunyi 5 kali, lepas tu pintu tak mau lock..cek2 xda jugak pintu x rapat..apa mslh erk..saga flx.
Mekanik Kereta said…
ada yang tak rapat mungkin bonet belakang atau depan
Unknown said…
tuan mekanik,sya pakai kreta naza citra kreta semput dan tersedak/bgegar bila injin sejuk..plug,coil,cable sya dah tukar,fuel filter dh tukar,idle speed contol valve dgn throttle body pun dh cuci tp perkara yg sama masih juga terjadi pd injen bila sejuk,minta pencerahan dr tuan..tq
Unknown said…
Tuan..sy ada 2 soalan...
1.selain drp cuci throttle body @ tukar fuel pump ni bolehkah throttle body ini di'reset'?
2.utk perjalanan yg pertama selepas enjin dihidupkan akan berlaku enjin jerk bila pasang aircond(kalau tak pasang, ok)tersenguk2..sentap..dan ada ketikanya rpm menjadi tinggi dan tak stabil ketika idle dan gear berada di N..tapi tak lama..sekejap saja. Utk pengetahuan tuan sy guna kereta saga flx. Itu sj soalan sy buat masa skrg..t.kasih
Unknown said…
Asalam..sy pkai kenari..sy pnye alarm kete ok..cm die x brbunyi je..kdng2 die bnyi brterusan je..lmpu dlm kete sntiasa mnyala..cm ane tu erk
Mekanik Kereta said…
1.tiada reset ,fuel pump boleh
2Buat tuning enjin
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti bateri remote alarm
Mekanik Kereta said…
idling tak stabil,tuning semula throttle position sensor dan ganti stepper motor
IR Addey said…
Hi...kereta member saga blm 2013 x hidup..bila saya check fuel pump ok.. Test plug ok..tapi bila nk test api kat socket injector kete x bole start.. Dan bila saya pasang balik soket pon x bole crank/start...da buat rest dengan buka kunci..tutup kunci tekan padel..on kunci...tutup kunci...tapi still x bole start....knp yaaa...
Mekanik Kereta said…
kuasa api tak cukup,periksa soket injector teliti ada kemungkinan negatif juga tiada,tukar semua fuse yang putus terutamanya fuse tanda IGN
Assalamualaikum tuan.nk tya sy pkai persona manual.baru ni sy ade tkr timing belt dgn waterpump.sy xpsti ape masalah.kete sy ni dia pnye kps xbhnti slps tukar mnde tu.bila g chek ade ckp srh tkr sensor coolant.ade jg y bgtau srh tuning dulu cek ape msalah dia.ade ckp kmgknn termostat problem.adekah ade sbrg masalah lain y mybbkn kps xbhnti pusing.mohon pncerahan dr tuan.tq
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tukar relay bertanda RAD dalam kotak fuse,inshallah ok
wanotex said…
salam tuan... kereta saya viva 850 manual, masalah kereta saya:-
1. lampu check engine menyala pada 80/90 kmh dan engine rasa macam drop.
2. masalah power window kadang ok kadang tak. saya ada usik wayar ok sekejap lepas tu jadi balik.
harap tuan dapat bantu. terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,
1.ada sensor problem biasanya speed sensor
2.soket wayar yang disentuh itu mungkin Leka atau longgar
shahkt said…
Salam encik, kereta saya bila bergerak, lampu check enjin menyala dan enjin terus mati, lepas beberapa minit start semula ok, check enjin padam, lepas jalan check enjin keluar lagi, enjin terus hilang power dan mati, kereta waja, pening kepala, semua sensor dah tukar, lagi satu nak tanya kalau buka cam shaft sensor sebelah penutup minyak hitam atas, memang ada kesan minyak ker pada cam shaft sensor tu
Unknown said…
Salam tuan..sy pkai saga vvt 2016..smalam sy msuk parking kt dlm mall jln brbukit tibe2 kereta gegar kuat semput2 mcm nk mati,sy msuk ke gear L pun sme gak,tekan mnyk lngsung x gerak,msuk kan gear ke P tarik handbrake then msuk gear ke L bru blh jln..1 lg bile sy nk mule gerak mnyk die lmbat skit dan mcm trsentak,dh mule gerak slow die mcm gegar skit,dh laju ok jee..blh mntak pncerahan x tuan..tq
Unknown said…
Salam tuan , hamba ada sebijik proton wira 1.5 manual tahun 2001 . Enjin kotor sangat jadi cuba la cuci . selepas cuci . logo check engine menyala dan kereta mula tersedak . boleh tuan kenal pasti ke apa masalah nya . terima kasih
Unknown said…
salam bro..nk tanye sy pkai proton saga flx..bile trt nk start kereta xleh on n berbnyi tak2..tp bile nyalakn lampu depan ade..adkah masalah betri kereta or masalah lain..
Bloggerexpress said…
Salam tuan,kereta sy proton iswara 1.3 2002.masalahnya kereta sy langsung tiada pickup and speed,kalau highway speed hnya 110km dan senang2 sahaja kene overtake myvi 1.3 dan kalau naik bukit pickup langsung takde. apakah masalahnya tuan...
Mekanik Kereta said…
wsalam,untuk kereta lama begini,perlu servis karburator dengan baik dan setting min yak serta angin dengan nisbah yang tepat kemudian tukar distributor,coil dan tabung ekzos selain gunakan klac plate yang baik seperti jenama Exedy dan sport klac plate set
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah starter,pasangkan relay wire starter untuk menguatkan supply negatif dan positif ke starter
Unknown said…
Assalam..tuan mcm mana nak bagi kerata satria neo lagi pickup ye...??
Mekanik Kereta said…
w/salam,guna klac set sport,insyallah
Mekanik Kereta said…
wsalam,cabut soket O2 sensor ,tiupkan air yang terselit dimana2 soket itu insyallah ok
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada masalah pada sensor dan ECU kerana hanya ECU yang bermasalah akan mencelarukan sistem enjin,jumpa mekanik servis centre untuk buat scanning !
Mekanik Kereta said…
wsalam,semua soket sensor mesti bersih dari air dan minyak,jika terdapat sedikit minyak atau air pada soket sensor ia mendatangkan mudarat kepada laluan kuasa untuk enjin bekerja,mesti dibersihkan,kebanyakan sensor sukar untuk rosak melainkan ia terkena minyak dan kotoran banyak pada laluannya
Unknown said…
Assalamualaikum..sy pkai kete saga flx thn 2013 kdg2 kete x blh start kena biarkn skjp start balik baru hidup. Kdg2 bila start bunyi mcm org tekan minyak and jarum meter naik padahal xde tekan apa2 pn. Sebln lps sy baru tukar bateri kete now alarm start bermasalah. Klu lock pkai alarm 2 minit lps tu alarm berbunyi or bila unlock pkai alarm bila bkak pintu kete alarm berbunyi and button reset nyala berkelip2..now kena lock pkai kunci je..blh terangkn apa masalhnya?

TQ
warnahidup said…
Assalamu'alaikum.
Nak bertanya. Saya guna Preve. Baru tukar sendiri bulb headlamp (low) kiri kanan. Lepas tukar, cahaya lampu berterabur. Tak seperti sebelumnya. Boleh saya tau macam mana nak adjust? Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,cabut bateri ,sentuh 2 atau 3 kali ke kepalanya semula sehingga lampu depan berkelip 2 kali dan bunyi alarm 2 kali,mungkin button reset tu tidak berfungsi lagi,reset manual begini dahulu
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,buka semula dan letakan pada kedudukannya yang betul kemudian jika ada pemulis bergigi dikiri atau kanna lampu ,pusing ikut arah jam
Unknown said…
Asalamualaikum .saya guna kereta persona tahun 2013.engine saya berbunyi bising dan bile dimatikan seperti bunyi angin masuk dalam 4/5 saat..apa masalah nyer yer.harap saudara boleh bantu
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,servis throttle body,ganti air filter dan pastikan hose2 sambungan angin tidak tercabut atau longgar
kurt @syamaizar said…
assalam tuan, saya pemilik kereta kancil yg sudah ditukar enjen kpd daihatsu L6 jbjl 4 piston..slps tukar dlm seminggu smuanya smooth dan meter cepat cecah 140km..tp slps bbrp bulan,mula slu semput semasa idle, rpm tak stabil, bau minyak kekdg smpai dlm kokpit keta..slps bbrp taun, kereta trsggut2 semasa naik bukit dan mlalui jln tidak rata, paksa pecut tetp tak dapat dan meter rpm semkin trun tak dapat naik tanda nak mati enjen..bila enjen idle slps trsenggut tu, ada bunyi brdengung elektrik kat area tangki bwh..bila stat enjen xda mslh mmg trus boleh start.

tuan, kekadang drive stakat kljuan 60km/j tapi rpm naik smpi 3K..makin laju bawak makin naik rpm, meraung sgt bunyi enjen n pnggunaan minyak pun brtambah.draib sejauh 100km pun dh guna minyak smpai rm40 ron 97..kat tepi head pun dah basah sbb minyak hitam.

mohon penjelasan tuan akan prmasalahan kereta kncil L6 jbjl saya ni.terima kasih bebyk.
Mekanik Kereta said…
wsalam,enjin ini perlu servis throttle body/karburator,tukar fuel filter dan fuel pum,ganti head cover gasket untuk hilangkan minyak yang bocor.tuning semula enjin setelah throttle/karburator diservis
Unknown said…
Assalam dan selamat malam tuan mekanik..waja campro 2006 ..sekarang timing kadang2 naik sampai rpm2000 jika pasang dan x pasang aircond tetap sama..kadang2 la ia terjadi dan semakin kerap terjadi..tuning dh buat t.body dh clean..ada pernah mengalami situasi begini ke pada pengalaman tuan..terim kasih tuan.
Unknown said…
Halo bos,sy nak tnya,sy bru tukar fuse utk proton saga flx,fuse utk passbox 30a.tp lepas tukar fuse tu,alarm x berfungsi ,hon pun x bunyi,dan lampu dlm kereta pun x menyala,apa msalah ni yer bos...
Unknown said…
Salam tuan saya pakai Kereta myvi 1.3 baru2 saya top overhaul enjin sebab overheat bila sudah siap saya start Kereta di dashboard menyala lampu check enjin Dan Kereta bergegar ketika enjin dihidupkan apa masalah tu tuan
Unknown said…
Salam tuan. Saya pengguna satria neo 1.3 tahun 2007. Keta saya kadang2 ada msalah tersengguk2 dan padel minyak tidak berfungsi semasa berjalan. Tetapi setelah berhenti dan off kan enjin, lepas start semula padel minyak berfungsi seperti sedia kala. Blh tuan bantu beri nasihat apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah tersebut.
Unknown said…
Salam... Kereta persona bila tekan alarm untuk lock pintu, alarm bunyi seperti lock.. Tetapi pintu tidak berkunci kerana lock tidak turun... Mohon pandangan...
Mekanik Kereta said…
wslm,ada suis pintu yang ada masalah jadi semua tidak turun
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan accelerator prdal sensor insyallah ok
Mekanik Kereta said…
Periksa semua fuse dan gantikan mana2 yang terbakar samada dalam enjin atau luar
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan air control valve pada throttle body,insyallah!
Unknown said…
asalam bro...tolong pyung ...saya ada proton persona auto tahun 2009...kereta saya bila hari hujan pandai padam-padam selepas setengah jam ..boleh pulak start dan jalan seperti biasa...macam2 sudah saya ganti seperti fuel pump,sensor,throttle body sudah tukar tapi masih rosak yg sama.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada sensor yang mudah kena air seperti sensor output dan input gearbox,periksa soket2 sensor crankshaft,sensor throttle yang mungkin kotor serta kabel bateri pastikan ia kukuh dan negatif tidak hilang
Unknown said…
Saya pakai proton preve 2016..setiap kali saya tekan minyak kuat masa nak memulakan perjalanan , kereta jadi tersengguk-sengguk..seolah-olah enjin tu nak mati..perkara yang sama juga berlaku apabila saya berhenti di tengah-tengah bukit..
Mekanik Kereta said…
fuel filter perlu diganti minyak tidak terlalu bersih untuk dibakar dalam sistem
Unknown said…
Assalamualaikum En.Abang mekanik..sy pakai gen 2 1.6 A thn 2004...kereta enjin ok bawa sedap..cuma sy kurang puas hati dgn perfomance dia..kereta tak de pickup..bawa sekitar 60km/h tiba part jln tinggi berbykit sikit dia jd berat sgt..tekan pedal minyak sikit2 sampai habis tekan pun tak mau laju..mcm minyk itam sy terguna minyak mineral..mcm ni gaya nk memotong pon tak berani...sy perempuan..tk tahu sgt pasal kereta ni...mcm mne ye nk bg perfomance pickup dia mcm kereta baru sikit..pastu sy perasan kalau nk start enjin tu..kite putar kunci ke ON..biasa ada bunyi mcm recharge kan?..tp kereta sy dh xde dgr bunyi tu..tp nk hdp senang..itu ade masalah besar tk ye kemudian hari nnt?..
Unknown said…
Salam, fuel indicator saya tak tunjuk jumlah kilometer dan 'bar' apabila saya isi minyak..
Unknown said…
Assalam..masalah kedua adalah dgn central lock. Selepas saya lock pintu guna remote alarm..mungkin dalam masa 5 minit semua lok knob pintu akan naik sendiri. Saya cuba pula lock pintu tanpa alarm..hanya tekan lock knob driver...sama juga jadinya, tak lama tunggu semua lock naik. Saya nk tidur tenang malam ni... Saya cabut terus door control unit, lock manual je. Jadi madalah tu kat mana?
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah gegar kereta boleh ganti mounting manakala gear yang free tiba2 adalah masalah gearbox.
2.Pada pintu driver terdapat alat central kno lock auto,alat tersebut jika ia rosak,pintu2 lain akan sukar ditutup atau dibuka dan biasanya ia akan berulan2 tutup dan buka guna kunci alarm,alat ini perlu diganti
Mekanik Kereta said…
wsalam,meter tersebut rosak
Hazal said…
Assalam nak tnya..sy pki saga flx auto.petunjuk takat minyak tunjuk penuh memanjang wlupun minyak dlm tank skit..apa sbbnya?
Mekanik Kereta said…
wsalam meter tersebut rosak
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam gunakan minyak auto berkualiti tinggi manakala minyak hitam gantikan minyak semi grade 15W40 dan tukar tabung ekzos untuk lawaskan pembuangan karbon monoksida dari ekzos.Mengenai bunyi fuel pump tidak mengapa jika tiada kerana motor fuel pump yang baik kadangkala tiada bunyi bila dihidupkan
Unknown said…
Assalamualaikum bang..tahu x mcm mna cara untuk reset mileage..terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika meter digital ia perlukan alat untuk mengesan code dan resetkan menggunakan alat scanning selain dari menukar chip pada meter
Sue said…
As salam Tuan,
Saya pakai kereta exora Bold, baru2 ni ada masalah lampu ecu menyala dan kereta jadi mcm nak mati bila start, so bila bawak kereta penggunaan petrol lebih dari biasa.
Mekanik Pertama: bgtau rosak ecu exzos dengan oksigen, so dah tukar dan reset ecu tp lepas tu menyala balik lampu,problem masih sama
Kemudia pergi proton SC, suruh tukar minyak gearbox, ok tukar minyak gearbox plus problem keta masa nak undur enjin mati dah ok, tp lampu ecu masih menyala,keta mcm nak mati masa start enjin
Mekanik Kedua : Check wayering : xder masalah, kedai suggest tukar bateri ok tukar bateri, buat service semua part yg berkaitan pasal ecu tapi lampu masih lagi menyala dan keadaan keta masa nak start enjin jugak sama nak mati,

saya dah pening, mohon pertolongan tuan.
Unknown said…
salam tuan.. kereta persona saya bila dalam speed 120km/j tiba2 lampu cek enjin menyala.. kenapa ye.. tapi bila off balik dan start balik jalan speed bawah 100km/j dia tak menyala.. bila speed lebih 120 dia akan menyala.. mohon pencerahan
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada sesetengah kereta dipasang alat penggera kelajuan ,perlu periksa teliti kerana alat in i cuma berfungsi bila melebihi kelajuan maksima JPJ iaitu 110 km
Mekanik Kereta said…
aa juga yang disebabkan oleh kegagalan speed sensor input dan output
Mekanik Kereta said…
wsalam,reset dulu ECU dengan mencabut negatif bateri selama 10 minit dan pasang semula,hidupkan enjin 10 minit atau cabut fuse ECU pada kotak fuse selama 30 minit dan pasang semula,hidupkan enjin
Unknown said…
salam mekanik kereta...sya pengguna kenari manual...kereta tidak dpt start..hantar workshop pomen tu ckp tukar fuel pam...lps tukar fuel pam dpt start enjin...sy matikan balik enjin dan start balik enjin tidak dapat dihidupkan...apa masalah kereta sya ya??adakah knock sensor sya rosak??pomen tu pn kurang pasti apa masalah kereta sya...
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar knock sensor dan fuel filter,insyallah ok
Unknown said…
assalam bro. pakai kete saga flx masuk tahun ke4. masalah skrg kete tuning xmaintain bile masuk D lps idle. terutama kat traffic lite. skrg lak ade masalah mcm bile start pagi enjin ade bunyi gegar kat bumper. then baru ni bile matikan enjin mcm ade bunyi angin bocor. ade nasihat tak bro?
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa laluan hose ke air filter,mungkin ada bocor,servis throttle body dan ganti fuel filter
Wawa said…
Assalamualaikum..tuan sy pakai kereta neo 1.6 (A) 2006. Sejak akhir2 nie sy perasan kalau start enjin mesti mcm sangkut2 mcm enjin nk mati..lepas tu waktu idle tgg kt traffic light pun ada tiba2 sedu2 mcm nk mati enjin..dlm dua minggu nie kereta ditinggalkan x berjalan..bile nk hidupkan enjin xblh start..sy tukar bateri baru okey tp bile esknya dh x blh start langsung..cranking pun xde, lampu panel pun semua x menyala bole kita pusing kunci ke on..apa sebenarnya yg rosal nie ye tuan..time kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kabel bateri positif dan negatif tidak berhubung dengan baik,sebaiknya gantikan kabel bateri positif dan negatif
Unknown said…
Salam encik..kereta saya persona tahun 2011.kereta manual.kereta ade masalah, tengah2 jalan, tiba2 enjin semput2,mati enjin. Kalau start enjin kena tekan minyak kuat2..tu pon enjin akan mati balik. Dah 5 hari kat proton servis,mekanik dah cuba check macam2 cari punca, tapi katanya belum jumpa apa yang problem. Agak2 kenapa tu?
Mekanik Kereta said…
wsalam,enjin yang semput dan mati adalah berpunca dari api dan minyak yang tidak dapat dibakar dengan baik akibat karburator/throttle body kotor dan idling yang tidak dapat dicapai,servis adalah jalan paling baik serta baiki laluan airflow seperti idle sensor/siepper motor dan throttle position sensor
yuzila60 said…
Askum Tuan.....Saya memakai kereta persona elegance sejak tahun 2010...sejak 3 bulan lepas saya menghadapi enjin overheated baru cecah 100km/h meter naik 90c kalau laju lagi bolek cecah 100c dan enjin bau hangit...lagi satu baru2 ni enjin pula bunyi kuat (berketak) x seperti biasa...macam enjin lama pulak..minta nasihat dari tuan...takut nak bawa laju sikit...tq

Popular Posts