Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Salam Sejahtera

Terdapat beberapa jenis reset pada sebuah kereta seperti reset alarm,reset ECU/ECM dan reset fuel pump.Reset-reset demikian adalah amat penting untuk diketahui oleh semua pengguna kereta kerana dengan cara ini saja lah kereta akan dapat mengembalikan keadaannya kembali  kepada asal sebelum kerosakan. 

Kaedah reset adalah sama dengan apa yang dipraktikkan pada sebuah komputer yang mengalami masalah sistem iaitu arus letrik atau kuasa akan dipotong apabila sambungan seperti kabel ke monitor atau CPU ditanggalkan, cuma kaedah pada sebuah kereta pula adalah melalui sambungan kuasa bateri,relay dan fuse serta beberapa kaedah lain.

ECU








Kebaikan dan kesan reset pada kereta

Sesebuah kereta moden dilengkapi dengan sebuah microprocessor atau pemacu micro yang digunakan kira2 80 pertus untuk mengawal sistem sebuah kereta terutamanya untuk menjimatkan penjimatan minyak dan asap serta mempercepatkan proses pengesanan kerosakan tanpa melibatkan kerja dan tebakan yang banyak untuk suatu kerosakan malah lebih dari itu pemeriksaan secara wire diagnose lebih mudah dilakukan.

Kesan utama reset ini pula ialah kereta akan menjadi stabil semula,contohnya apabila sistem ECU/ECM diresetkan komponen yang baru saja ditukar akan menemui semula sistem asal ECU/ECM untuk memastkan kereta dapat dikawal dengan sempurna kembali.

Terdapat beberapa reset penting dalam sebuah kereta diantaranya:-

1.Reset Alarm atau kunci remote

Kadangkala terjadi enjin tidak dapat dihidupkan dan bunyi alarm  kereta juga  tidak berfungsi dan terpaksa membuka pintu secara manual.Keadaan yang terjadi ini biasanya disebabkan oleh sistem alarm remote yang menghadapi kesulitan untuk berinteraksi dengan kotak hitam alarm dalam kereta.kaedah reset alarm perlu dikenalpasti untuk mengembalikan sistem ke asal.

Kaedah paling mudah adalah menekan butang reset yang disediakan  pada dashbod atau dibelakang sebelah tepi kanan steeng pemandu.Jika butang reset ini tidak disediakan ,pendekatan cara lain pula mestilah diketahui.

Kaedah biasa adalah dengan memusing kunci kereta sehingga penghujung sebanyak 2 kali akantetapi tidak semua kereta yang dikeluarkan boleh menggunakan kaedah ini.Cara yang terbaik secara mekanikal yang biasa dipraktikan oleh mekanik ialah dengan menanggalkan terminal positif bateri kemudian disentuhkan semula 2 kali dengan jarak antara 2 sentuhan kira-kira 5 saat pada positif bateri sehingga alarm berbunyi 2 kali serta lampu hadapan yang akan berkelip 2 kali juga.

2.Reset Throttle Body/Fuel Pump

Kaedah reset ini pula adalah apabila aliran minyak ke sistem injektor ditanggalkan seperti mencuci Throttle body atau menukar fuel pump.Kaedah ini biasa terdapat pada kereta Malaysia enjin Campro pada Pesona,Exora dan Perdana .Reset ini adalah untuk mengembalikan prestasi komponen kepada asal sebelum ia ditanggalkan supaya kereta dapat berprestasi sediakala dan lebih baik.

Pusingkan kunci kereta pada ON tetapi jangan dihidupkan cuma biarkan semua lampu pada panel dihidupkan kira-kira 2 minit.Setelah itu pusingkan semula kunci atau tutupkan kunci tanpa menarik keluar kunci dari tempatnya.Kemudian tekan pedal minyak sehingga habis menjejak lantai kereta dan biarkan ia kekal begitu setelah itu  dan ON kan semula kunci kereta ,biarkan kira2 10 saat sehingga 2 bunyi kedengaran pada bahagian depan enjin sekitar Throttle Body dan seterusnya  lepaskan pedal minyak perlahan-lahan.Anda selesai!Tutup kunci dan hidupkan enjin seperti biasa.

3.Reset ECU/ECM (Engine Control Unit/Engine Control Module)

Reset ini adalah amat sesuai digunakan untuk menyelesaikan banyak masalah sensor dan pengawal sistem pada kereta yang kadangkala disertakan dengan nyalaan lampu CHECK ENGINE pada panel meter.

Jika ada terdapat kesilapan pada aliran arus voltage pada sensor seperti terkena air pada soket penyambung contohnya sambungan sensor ekzos,kesannya pula kereta akan semput dan ingin mati serta terdapat nyalaan lampu check engine.Ini menandakan kaedah ini perlu dilakukan akantetapi tidak semua masalah reset ECU/ECM ini dapat menyesaikannya melainkan komponen sensor terlibat dibersihkan atau ditukar.Sensor-sensor yang mudah terkena minyak atau air dalam enjin adalah seperti sensor ekzos,sensor,throttle,sensor camshaft dan sensor abs.

Jika tiba2 check engine menyala selepas membersihkan kereta dengan air, sensor ini perlu dikeringkan dahulu dengan membiarkan kereta kira2 setengah jam sebelum digunakan,bolehjuga dilap alat sensor jika anda ada pengetahuan mekanikal membuka dan memasangnya semula.

Kaedah pertama reset ECU/ECM adalah dengan mencabut kabel negatif bateri dan biarkan 10 minit tanpa dipasang.Setelah 10 minit berlalu pasang semula kabel negatif bateri dan hidupkan enjin kereta selama 10 minit juga.

Kaedah kedua adalah dengan mencabut fuse bertanda ECU/ECM dan relay ECU/ECM kira-kira 10 minit juga dan pasangkan semula tanpa menanggalkan kuasa bateri.

Comments

Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar minyak enjin gunakan minyak gred 20W50 kerana ia mempunyai viscosity tinggi dan boleh mengurangkan geseran
Unknown said…
Saya nk tnye cikit klau computer box yg paten sama cuma. Nombor lain cth sy pnye y2 tapi yg lain b6 bleh pasang tk pstu bwk bgi kedai komputer set
cnoryetha said…
Selamat pagi. saya pengguna kereta viva. masalah kereta saya bila saya beri signal, tekan brake atau on kan lampu, kadang2 rpm dia boleh drop (dan sound syetem dia pun mcm tergendala skjap). sampai pernah terpadam enjin. boleh tak minta pencerahan daripada encik, apa masalah yang kereta saya hadapi sekarang nie? Terima kasih diatas perkongsian ilmu.
Mekanik Kereta said…
selamat pagi,masalah begini adalah berkait dengan bateri yang kurang kuasa,sebaiknya samada gantikan bateri baru serta alternator baru,ia akan mengecas bateri dengan baik dan kuasa penuh dapat digunakan untuk semua alat yang gunakan kuasa bateri seperti radio,dsbnya
azman said…
Salam tuan,sy pakai gen2 auto 2005.mslah skrg bila hendak start waktu pg ssh nk hidup kn tekan pedal myk br hidup.dan 1 lg cold start x berfungsi.throttle body sy dh servis plug pn dh tukr sama cable plug dan oil filter.. Apa patut sy bt?
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan knock sensor insyallah ok
Unknown said…
saya pemakai kereta persona 2011,masalah saya apabila hendak hidupkan enjin pada waktu pagi atau pada waktu mula2 nk start slps ditnggalkan lame x dihidupkan, dia jadi x hidup dengan skali cubaan untuk hidupkan....apa masalah kereta saya ni tuan
cnoryetha said…
Tq encik diatas maklumbalas yg diberikan.. Nanti saya cuba tukarkan bateri kereta..
Unknown said…
As salam... Nak tnye dgn makanik ni, kalau krta perdana v6 nk reset ecu/ecm gunakn cara cabut fius. Dimana fius ecu/ecm ni trletak ye, puas kwn cari dibahagian kotak fius enjin takda lak label ecu. Blh tunjuk ajarkn kwn tak yg mne 1 yg perlu dicabutkn.
emping.jagung said…
slm bro..kereta saya vios 2009..window belah kiri depan tak fungsi..lagi 3 ok..adakah motor rosak atau switch sahaja? tq bos
Mekanik Kereta said…
wsalam,biasanya motor dan window gear juga rosak
Mekanik Kereta said…
wsalam,kadangkala ditanda PCM juga ,cari dalam kotak fuse enjin
Mekanik Kereta said…
tukar plug dan fuel filter insyallah ok je hidupkan
Unknown said…
Assalammualaikum dan selamat pagi boss,
Minta maaf menggangu,
Tadi saya nak Balik dari kedai mamak,
Bila nak reverse tiba2 padel minyak jadi free tekan2 tak ram, bila mati kan engine n hidup kan balik dah ok tapi keluar logo check engine menyala, apa masalah dia? N nak kena tukar barang apa?
Unknown said…
Assalam bro..sya pkai persona elengence..msalah lampu meter kelip2..jam di meter pn tak btul..kdg2 ok..mlsh memory fius ke ape ye kalau simpton mcm tu..sya try bukak kotak fius tgk memory fius longgar skit..
Unknown said…
Salam..sy pakai saga flx..mslh lampu pd shift indicator gear yg ada huruf tu.. P.N.D.L xmenyala.. bila malam susah nk tgk gear duk kt mne..
Unknown said…
Assalam tuan..sy pengguna saga flx..smlm sy ada buat full respone dekat bengkel..lepas buat kereta respone ok..makenik yg buat tu ada ckp..saga flx punya idle sangat rendah..mungkin disebabkan sistem ecu tahun 2011..makenik cadangkan suruh sy update sistem ecu tu kepada yg lebih baru..idle sy dalam 700lbh..sekarang kereta selalu nak mati2..petang nanti sy akan tukar fuel pump dan minyak power stering..ade x tempat untuk update ecu tu..sy duduk kawasan johor bahru..memang ada update untuk ecu tu ke?ada cadangan x bro?saga flx manual..
Mekanik Kereta said…
wsalam,memang ada biasanya semua wsyop moden berkomputer boleh buat update/remapping ECU
Unknown said…
Assalam bos , sy nak tanye sy pakai kereta suzuki erv 1.3 sy baru lepas buat topoverhol. Lepas sy pasang semua barang tiba2 minyak plak tak naik ape masalahnye bos
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada masalah pada wiring soket panel pada tombol gear
Mekanik Kereta said…
Wslm,cabut panel meter dan lekatkan semula soketnya elok2,insyallah ok
Izani said…
Salam. Mohon pandangan tuan. Keret saya tersenggut2 ketika dipandu. Tidak selalu. Kadang2 apabila kelajuan kekal pada 80 ke 90. Kadang2 tiada. Dan kadang2 berlaku juga semasa gear pd kedudukan N. Tersenggut2. Pada pandangan, punca masalahnya di mana ye?
Unknown said…
salam tuan .nak tnya kenapa kereta saya bila jalan rpm 3keatas volt jadi tinggi. klau berhenti saya hold pedal rpm tinggi pown sama . bila bawa kereta rpm 3 gear 3 sampai 16 volt . bila berhenti volt jadi 11.5 ja .bateri saya kembung saya guna bateri 105d31r kereta wira 1.8 sohc . adakah yg itu masalah bateri ? tq tuan .
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,tukar accelerator pedal sensor
Mekanik Kereta said…
wslm,memang masalah bateri
Ramdhan Musa said…
salam tuan mekanik. saya ada masalah dengan kereta vios. masalah tu berlaku bila keadaan jem...bila kereta lama dalam keadaan tak bergerak, tiba tiba rpm jadi tinggi dan bunyi menderum.. lepas tu jatuh di bawah 5 dan enjin mati...sudah ke bengkel tukar sensor tetapi masalah sama berlaku bila waktu jem sahaja. bila waktu biasa, kereta ok, tak ada masalah. mohon pedapat dari tuan mekanik. tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,kereta senggut pada kelajuan banyak berpun ca dari fuel filter yang kotor
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,fuel pump tugasnya untuk pam minyak,periksa
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis throttle body dan tuning semula throttle position sensor dan stepper motor/idle valve gantikan
Unknown said…
Salam..saya pakai saga flx 1.6 se..sy tukar minyak gearbox cvt sendri..perlu ke sy reset ECU..?? Sebab ada kawan cakap kena reset ECU di SC proton..
Unknown said…
Macam mana kalau nak reset throttle preve?
Unknown said…
Assalamualikum tn, saya pemilik proton savvy manual thn 2006. Masalah saya ialah apabila dalam pemanduan perjalanan, kadang kala dan sering kali berulang kejadian, apabila saya tekan padel minyak rpm tidak naik dan kelajuan menurun, saya terpaksa menekan padel minyak berulang kali, barulah rpm dapat bergerak naik..dan masalah seperti ini serimgkali berulang. Apakah masalahnya tn.tq
Mekanik Kereta said…
Pusingkan kunci kereta pada ON tetapi jangan dihidupkan cuma biarkan semua lampu pada panel dihidupkan kira-kira 2 minit.Setelah itu pusingkan semula kunci atau tutupkan kunci tanpa menarik keluar kunci dari tempatnya.Kemudian tekan pedal minyak sehingga habis menjejak lantai kereta dan biarkan ia kekal begitu setelah itu dan ON kan semula kunci kereta ,biarkan kira2 10 saat sehingga 2 bunyi kedengaran pada bahagian depan enjin sekitar Throttle Body dan seterusnya lepaskan pedal minyak perlahan-lahan.Anda selesai!Tutup kunci dan hidupkan enjin seperti biasa
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,perlu servis throttle body dn gntigerigi dalamannya supaya ia dapt bekerja dengan baik,ganti juga plug coil,insyallah
Mekanik Kereta said…
wsalam,tak perlu tetapi di SC mereka setting semula ketepatan minyak cvt lawan temperature dsbnya guna komputer
Masalah Proton Wira Auto saya model tahun 2006...Dasbord dan string sentiasa begegar..bila berhenti dalam gear D..sy dah tukar semua mounting Enjin dan LH mounting
Mekanik Kereta said…
Kuncikan semua skru dasbod dan gantikan skru jika ada yang jatuh dan hilang
Unknown said…
Kereta saya Persona 2009. Kalo meter minyak sekejap naik sekejap turun kenapa ya?
Mekanik Kereta said…
float ada masalah
Faiz said…
salam tuan....enjin kereta bila hidup kdg2 tersengguk-sengguk....masuk gear reverse atau D lagi kuat tersengguk...distributor dah tukar....masalah fuel pump pun dah tukar...masih mcm tu jugak...persona auto 2008....
no contact tuan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,sensor o2 kena air,jika ada cuci enjin pastikan soket sensor dikeringkan
Unknown said…
Tuan nak tanye...keta sy exora turbo...masalah gearbox bl natural keta reverse..bl nak jalan keta natural...haritu da betulkan gearbox..skrg pomen ckp pedal rosak...bl pedal tukar..pomen ckp ecu rosak...ade kaitan ke sume tu..dan btul ke kos btulkn ecu 1.6 k..mohon penjelasan
Mekanik Kereta said…
Masalah ini masalah slip gear,ada dalaman gearbox yang rosak atau shaftnya beralih,sebaiknya baiki semula gearbox atau tukar lain,ia tiada kena mengena pedal atau ECU,jika gearbox telah dibuka pasti akan jumpa shaft yang beralih terssebut,ini berlaku jika sebelum ini salah minyak gear atau bocor minyak yang banyak pada gearbox atau tidak pernah menukar minyak gear auto
shafiee hamzah said…
assalamualaikum bro...nk tanya..kos tukar dustributor utk wira 1.6 single cam..berapa?. hrp abg blh respon cpt
Mekanik Kereta said…
wslm,kira2 rm350
sOstai said…
Salam tuan, sy guna myvi ezi 1.3 2008, masalahnya pagi td brake tak makan, so pegi bengkel n kene tukar masterpump sbb xde preasure, bleeding dh cantik takde angin..bila test drive kene pump2 juga baru mkn.. Sbb apa ye tuan, adakah abs pump rosak, tp sensor abs tak nyala pulak.. Blh repair ke abs pump tu or service.. N kos brp tu kalau yg baru.. Td masterpump masuk upah dh 240.. Harap tuan blh bagi idea.. Tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,bleeding dulu keempat2 roda
Unknown said…
Assalam tuan..sy pengguna kereta persona standard..lpas tukar batry meter rpm ngn meter minyak jdi xsama naik..hon bnyi slow sensor reverse slow..knp tu ye tuan..batery tukar sdri sbb kete mati kt rmh..mohon pertolongan tuan
Mekanik Kereta said…
Wsalam,reset ECU cabut fuse ECU/ECM 30 minit,pasan semula insyallah
Unknown said…
salam..viva 1.0 saya ada masalah..semasa start enjin,x kira waktu panas atau sejuk,x kira baru on/off..rpm enjin mencanak hingga 2200-2500..selepas beberapa seketika dia turun ke 1000-1200..kadang2 masa start kereta akan sebabkan setting radio lari..mcm elektrik x sampai ke radio..semua jadi 0..selain itu masa jalan semua kereta x de masalah..cuma masa start sahaja..kenapa ia boleh berlaku..harap membantu..
Unknown said…
Assalamualaikum tuan..
Sy pngguna perdana v6 executive thn 2008..bru2 ni krta sy mti scra tba2..lpas tu x blh start dh smpi skrng..crank ada tp x mo hdup..sy cek mter lmpu check engine x mnyala..sblm kjdian krta sy bggar2 bla start dn dlm keadaan idle..bla jlan ok..mhon tuan bg pnjlsan..bntu dh otak sy fkirkan mslah ni..pomen yg sy hntr smua surrender x reti bt ktanya..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,compress mungkin hilang,saya amat pasti samada valve patah atau timing belt putus adalah punca tidak hidup selain itu distributor yang rosak adalah punca utama api hilang dan mati tiba2
Mekanik Kereta said…
salam,Perlu servis throttle dan adjust semula throttle position sensor,manakala setting yang hilang adalah kerana RPM yang sangat tinggi akan memudahkan ECU untuk bergegar dan bertindakbalas jadi idling mesti distabilkan kepada RPM900-1000 untuk ia baik semula,soket ECU pada ECU box juga perlu diperiksa supaya ia benar2 lekat dan tidak tanggal atau hanya slot sedikit
Unknown said…
Salam..sya pkai kereta saga flx dan masalahnya sekarang kereta tak boleh start.lampu meter kreta langsung tak nyala.pre start kreta langsung takde lampu.sistem alarm dan lampu depan kreta befungsi seperti biasa.bateri dan spark plug semua suda tukar tp masalah masih tetap sama.
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar fuse ECU dan IGN jika putus,jika msih tidak boleh juga periksa soket ECU box kalau2 tercabut atau longgar,jika tidak boleh juga ECU dikhuatiri rosak
Rushdy said…
assalam... saya guna perodua kenari.. masalah kereta saya, bacaan rpm kereta saya semasa dalam keadaan idle (tanpa buka aircond) adalah mencecah 1700 rpm. tetapi dlm keadaan idle (dgn buka aircond), bacaan rpm menunjukkan 1000 rpm, apa sebabnya dan apa perlu saya buat?
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu selaraskan distributor dan throttle position sensor/airflow plunger untuk karburator,servis Throttle/karburator untuk mendapatkan idling pada 900-1000 RPM jika tiada aircond
Unknown said…
Salam tuan, saya ada tukar rocker cover gasket keta persona kawe ada bunyi vibrate nga keta tersenguk2..keta macam kurang pikat dr sblmnya. Gear satu pun lambat pikat.kadang2 gear satu pun senang nak mati..keta manual.mintak tolong penjelasan pihak tuan...ada kaitan dengan komputer box problem ke?
atul said…
Salam, nak tanya resit ECU d boleh d buat bila da tanda 'check engine'? Atau sy perlu tukar? Klu keta viva agak2 berapa kos?
Mekanik Kereta said…
wsalam,selain dari rosak ECU,ada juga sesetengah check engine yang menyala akibat soket sensor kotor,tidak pada kedudukan,longgar dan kecelaruan menerima isyarat,reset ECU adalah cara awal menangani masalah ini.Jika reset tidak memberi kesan kebarangkalian untuk sensor rosak adalah tinggi bergantung kepada kerosakan yang terjadi pada enjin,Scanning amat baik unuk digunakan ,kos scanning adalah percuma dimana2 wsyop
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis karburator/throttle body,setting semula distributor dan karb tau throttle position sensor,insyallah ok
Hamba Allah said…
Salam tuan.
Saya ada masalah dengan enjin manual kelisa saya. kereta saya selalu tersenggut nak mati tapi rpm cepat naik balik. Fuel pump baru dah tukar. Cam sensor juga. Throttle body dah servis.Kadang kadang semasa start enjin , rpm naik tinggi dan turun naik. Selalunya saya akan matikan enjin dan start 2-3 kali baru ok. Apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu setting throttle position sensor dan ganti stepper motor/airflow sensor pada throttle
Unknown said…
asalamualaikum...bantuan d,perlukan...waja mmc 2004...mula2 tu ok x de mslh...paking kejap.pastu x leh idup...chek light langsg x de...fius sume ok..karen x samapi ke coil..feul pump pn same..test direct fanction je...ap yng rosk ek??-
Unknown said…
Aslkum..sy nak tanya kalau kereta nazaria susah nk hidup knpnye..sya bru tukar bateri baru dgn altenator..setiap kali nk stat mesti kena jumper dulu bateri tu..klu sy dh mati enjin nk hidup blik kena jumper lgi.bila dh hidup boleh jln mcm biase xde msalah enjin pon smooth je senyap.tapi ABS senssor selalu menyala.radio pon on sdri bila sya stat enjin kete...en rase ada bkaitan dgn msalah ape ye..
Mekanik Kereta said…
wslm,

Tukarkan kabel bateri,kabel dikhuatiri tidak lagi baik untuk aliran cas nmengalir dengan sempurna
Mekanik Kereta said…
wslm,distributor bermasalah ,samada ia telah terbakar dan tidak boleh digunakan lagi
Unknown said…
Assalamualaikum bro,
Sedikit pertanyaan.. Sy pengguna kereta proton persona tahun 2013, transmisi auto.. Sy dapati bateri kereta sy mati terus..langsung xboleh start..alarm dan smua lampu pada meter xnyala..so sy pn beli bateri baru dan tukar..selesai tukar dan smua dlm keadaan baik..cma sedikit kelainan bila sy bawa kereta sy..mcm transmisi tersangkut2, tidak lancar seperti biasa.. Jd perlu ke sy reset sistem ecu kereta sy @ ada saranan dr pihak tuan yg lbih baik..
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu reset ECU ,cabut negatif kira2 10 minit dan stat enjin selepas pasang kira2 10 minit atau cabut fuse ECU 30 minit
Unknown said…
salam
saya zam dr penang,kereta saga blm saya lps buat tuning, servis throttle body timing kereta jadi tinggi 1.4 kekadang sampai 2 dan tak boleh trun dah kena matikan enjin baru boleh....apa masalah yg menyebabkan jd mcm ni???
Mekanik Kereta said…
wsalam,buat tuning semula,throttle body tidak disetkan dengan baik,adjust throttle position sensor dan gantikan airflow/stepper motor pada throttle
Unknown said…
assalam..sy pakai proton persona auto sv 2016. sy nk tya apa mslh enjin mati tiba2 time tgh drive.dah byk kali. pertama kali dah pergi ke pusat servis.tp diorng xtau apa mslh.
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan crankshaft sensor,insyallah ok
Unknown said…
Asalammualaikum, bro.... Nak tanye Sy ade kereta mivy, bile enjin Sy panas Sy matikan kunci hidupkan semula tak nk hdup, klu start smula sy tekan pedal minyak xlpaskan baru bley hidup, sy jalan Sy brenti lpas psal minyak rpm jadi 500 sje, bergegar enjin da lme jalan jdi elok pula, 2 atau 3hari jdi smula, sy da services Check sensor, tkar trotle body, batry dan plug, check comp dan wiring diyeorang xdpat detect punca .... Sy yg buntu..... Bantu sy bro,tq....
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ganti Main relay dulu kemudian reset ECU,jika ok beritahu saya kembali,inshallah
tumpanglalu said…
Salam tuan saya pakai gen-2 ...masalah dia tak boleh start...bila masuk kunci start langsung tak ada bunyi apa kosong...
Mekanik Kereta said…
wslm,starter tiada electric connection untuk berkerja,gerakan kabel bateri,jika masih tidak boleh,pasangkan relay starter berwayar tambahan untuk mendapatkan cas yang baik untuk starter
Unknown said…
Kenapa ye bila buka aircond kreta jadi mcm senggut2 skit.. oastu klu dri N ke D.. enjin kdg2 tersentp.. kreta persona.
Unknown said…
Asalamualaikum...kenape nissan serena model c23 2.0 saya kuat makan minyak petrol...org kate kete tu memang kuat minyak..betul ker?? Mohon penjelasan...tq
Unknown said…
Proton persona elegan lampu ECU menyala masuk komputer dia tulis Colin sensor low power bila tukar Colin sensor dia ok balik tapi dalam 3hari dia menyala semula sekarang dah 3x tukar Colin sensor lampu ECU masih menyala saya cuba reset dengan cabut wayar beteri tapi masalah masih sama dalam 2,3 hari lampu ECU menyala semula ada pomen kata soket komputer tak ketat apa patut saya buat
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,semua enjin akan mengalami keadaan demikian jika pembakaran petrol tidak lancar akibat dari karbon yang banyak dalam ekzos serta karburator atau throttle body terlalu kotor,servis karburator/throttle dan gantikan tabung ekzos untuk kurangkan karbon yang masuk semula dalam enjin
Mekanik Kereta said…
Ganti speed sensor ,ada kemungkinan enjin terganggu akibat sensor lemah dan RPM merendah ketika ada aircond
Unknown said…
Saya pakai honda enjin d16a,, masalah kereta sy kuat mkan minyak.. boleh bg penjelasan??
Unknown said…
Salam.. sy memakai kereta honda engin d16a.. sy nk tnye kenapa kereta sy kuat makan minyak?? Lepas fork clutch bunyi kring3 ble dilepas kn, kalaw tekan ilang bunyi kring22 tu.. knepa ea??
Mekanik Kereta said…
wslm,akibat dari bunyi clutch bearing tersebut kereta saudara telah menjadi kuat makan minyak,perlu digantikan segera
Unknown said…
Salam encik mekanik.saga blm manual Timing jadi tinggi selepas cabut trotle body mintak pencerahan.ape perlu s lakukan.
Unknown said…
Kalau tukar bering clutch tok d16a bajet berapa?? Mohon bantuan pakar
Unknown said…
Bajet berapa ye kalau repair??
Haziq said…
salam bro..kalau lampu check enjin sentiasa menyala tu sbb ape ye? sy pakai vios 2006
Mekanik Kereta said…
sekitar RM1500
Mekanik Kereta said…
wslm,sensor ada problem.
Mekanik Kereta said…
wslm,jika anda servis throttle,pastikan semua karbon dibersihkan,kemudian throttle perlu kering dan kalau boleh cuci dengan air dan keringkan ,ini kerana apabila bendasing disedut kedalam ruang bakar selain udara bersih,RPM akan jadi tidak stabil ,cabut semula dan lakukan apa yang saya jelaskan ,insyallah ok semula.Throttle position sensor juga boleh dilaraskan dan airflow sensor dilap kering sebelum dipasang
Unknown said…
Slm tuan,saya pakai persona.knp bila nail bukit mcm xlarat nk mendaki,pastu rpm naik tinggi.apa punca dan masalah?
Unknown said…
Assalamualaikum tuan tanah..sy nk tny..sy pakai satria neo 1.6.. masa tngah drive sy prasan bau hangit..pastu sy check tngok blakang enjin ada leaking..sy tak pasti atas or bawah sbb lindung dngan cover air filter..then masa drive enjin hilang power..jadi mcm semput2 sebu..sebab ape ye??mohon tuan tanah tolong huraikan
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,bau hangit ialah bila minyak terkena benda panas,tak kira minyak power stereng,minyak hitam atau minyak gear dan brek,jika enjin kehilangan kuasa ia biasanya minyak hitam ,mungkin bocor pada head cover dan mengganggu enjin
Mekanik Kereta said…
wslm,speed sensor bermasalah,ada juga kemungkinan soketnya kotor
Assalamualaikum Encik,

Saya Din pengguna Honda City i-Vtec Auto-transmission keluaran tahun 2006. Masalah saya bermula sekitar penghujung tahun lepas, apabila RPM kerap kali drop sehingga ke paras 400 - 600 berserta dengan bunyi ketukan yang kuat dibahagian bawah kereta ataupun enjin ( lokasi bunyi sebenar xdpt dikenal pasti ) terutama sekali ketika hendak menukar gear dari 'P' ke 'D' dan juga lampu 'D' pada dashboard saya turut berkelip-kelip.

Selepas didiagnosis di bengkel, sy diberitahu hanya perlu menukar satu set 'coil plug' dan juga 'spark plug'. Hasilnya, tiada lagi masalah RPM drop secara mengejut.

Malangnya, sejak bulan Mac 2017 masalah yang sama berulang lagi dan menjadi semakin teruk dari hari ke hari.

Yang paling membimbangkan saya sekarang apabila saya cuba memecut/memotong/keluar simpang, enjin kereta saya seperti kehilangan kuasa pecutan berserta dengan bunyi ketukan yang semakin kuat.

Untuk pengetahuan encik, baru-baru ini juga saya ada menukar minyak gear dan membuat 'flush' (kalau xsilap) menurut bengkel tetapi belum juga lagi mampu menyelesaikan masalah yg saya sedang hadapi.

Jika tidak keberatan, saya mohon jasa baik encik agar dapat memberi cadangan untuk saya atasi permasalahan ini.

Sekian, terima kasih.
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,tukarkan speed sensor inshallah ok
Unknown said…
Salam, saya ada Hilux Single Cab bernadi D-4D, bagaimana nak reset sendiri Throttle Body/Fuel Pump atau reset balik factory setting ?

Ws 0128619724 - need help
Unknown said…
Assalamualaikum bang. Salam Ramadan. nak tanya.

Saya pakai Flx 1.3 auto tahun 2012. 6bln lepas sy bwk keta p bengkel tukar timing belt dan spark plug. semasa tukar spark plug. 3 biji coil plug kete putus/koyak sbb susah nak cabut. masa tu bajet xda beli baru jd mekanik pasang je yg rosak tu. pastu kete jadi senggut2, stering/dashboard pulak vibrate, engine kena start 2 kali bru hidup. lbh kurg dlm 4 bln kemudian sy beli dan tukar coil plug baru.

Masalahnya sini bang. selepas tukar coil plug tu senggut2 enjin dah hilang. tp vibrate pada engine tu masih ada lagi. nak start pulak tiap2 hari masih kena buat 2 kali baru boleh hidup. bunyi enjin jadi kasar.

adakah gegaran enjin tu disebabkan semasa tukar timing belt tu dibuat tak betul. atau pun disebabkan masalah lambat tukar coil plug. atau masalah mounting engine. masalah susah nak start tu sebab apa bang? sy jadi buntu sbb dah jumpa 3 mekanik dorg bg jawapan lain2. tlg sy bang.

Terima kasih sgt2.
azamjbl said…
Assalam..Persona sy ada masalah semput semasa start engine..dh tukar plug tapi masalah still ada..

Apa cadangan bro?
Unknown said…
salam ..

apa masalah kalau preve bila reverse enjin mcm nk mati, kadang2 bila berhenti & jalan semula mcm melompat...apa punca nya? timing keta lepas on aircond bawah dr 1
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan speed sensor gearbox dan sensor airflow pada throttle body
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti plug coil,air filter dan fuel filter
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,buat enjin tuning berkomputer,api plug mungkin tidak penuh atau marking tidak tepat,perlu periksa semula,manakala enjin yang berbunyi kasar ,tanggalkan soket MAF pada air filter ketika enjin hidup ,jika enjin tiada menunjukkan perubahan,ada kemungkinan sensor MAF rosak
Mekanik Kereta said…
saudara Elvi Jubil,baca semula apa yang saya tuliskan di atas.

Saudara AMIRUDDIN MOHAMAD perlu ketatkan soket ECU kemudian jika ok cabut fuse ECU 30 minit dan pasang semula

Unknown said…
Panel myvi x nyala lps tukar bateri
Unknown said…
Salam...saya pakai kereta vios auto 2011...tadi tukar bateri baru timing lari...pomen press minyak lama2 sbb timing rendah enjin bergegar2 dan mati...lepas tu baru ok cuma jam ja lari setting...perlukah sy periksa balik computer box saya..risau setting lain mcm petrol,minyak itam lari..tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,buat tuning berkomputer,insyallah ok,jika tiada mekanik boleh adjust throttle position sensor dan ganti sensor airflow jika perlu
Mekanik Kereta said…
Lupa saya katakan,reset dulu ECU dengan mencabut fuse ECU/ECM 30 minit untuk kembalikan setting ke default sebelum lakukan yang lain
Mekanik Kereta said…
Periksa fuse ,mana yang putus gantikan terutamanya yang bertanda IGN dan ECU/ECM
Bern said…
Assalam, saya pakai kereta wira 1.5 jenis manual keluaran tahun 20014. Masalah kereta saya bila naik bukit enjin berbunyi kasar dan semput, berat dan seolah-olah hendak mati.Apa masalah sebenar enjin saya
Bob said…
Salam,saya pakai waja mmc manual 04,masalah pada kereta saya dah 3 speedo meter saya tukar,yg naik cuma jarum rpm je,jarum speed dgn odo x naik2,semua jd masalah yg sama,wayering problem @ sensor problem ,kalau wira/iswara leh tukar cable meter,ni semua wayer jer kat blakang speedometer adoiii
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu periksa soket meter ,pin penyambung aliran mungkin longgar atau hilang kuasa menggerakannya
Mekanik Kereta said…
w/salam,clutch plate kereta ini perlu ditukar segera kerana ia tiada daya untuk bergerak,juga tukarkan sekali inner drive shaft ke gearbox atau sebatang kiri dan kanan untuk lebih lancar dalam pergerakan
Unknown said…
salam bos tumpang tanya viva ttba lampu betri menyala,pastu cermin tingkap tak leh naik aircond tak leh fungsi radio pon sama. macam mana ye.. tq
Unknown said…
Terima kasih tuan, saya dah ke toyota sc periksa computer box...tgk2 oksigen sensor vios sy bacaan drop katanya...nak tukar rm1600..sy hold dulu...tapi mmg sy perasan lepas tukar bateri penggunaan petrol meningkat...bateri tu boleh rosakkan sensor ke..sbb sebelum tukar bateri ok ja minyak...boleh tak sy tukar oksigen sensor tu di kedai luar...di toyota x mampu saya..yalah dekat2 nak raya ni
Mekanik Kereta said…
boleh tukar diluar saja,senggut memang akan makan minyak ,tukar segera O2 sensor
Mekanik Kereta said…
w/salam,ada maslah pada kabel bateri dan alternator,perlu periksa kabel bateri dan bersihkan semua kotoran ,ganti kebel jika perlu kemudian cabut negatif bateri ketika enjin hidup ,jika enjin mati alternator rosak,fungsi radio,power window akan kembali jika lampu bateri tidak menyala lagi jika bateri dapat bekerja dengan baik
aimiestories( : said…
Salam...Sy pengguna proton persona Dan terdapat satu masalah...Kereta sy tidak off apabila kunci telah di cabut..Apakah puncanya kerana sy telah bawa ke beberapa workshop terapi mereka tidak dapat mengenali pasti puncanya
VIJOE said…
Kereta tahun 2015..
Mekanik Kereta said…
wsalam,cabut fuse IGN pada fuse dalam kereta dan masukan semula,jika ini tidak membantu ada masalah body kunci pada kereta saudara
pejexss said…
Assalamualaikum tuan...
Ambe pakai persona manual 2007
Masalah nye..kereta ambe nie...
Kalu lama tinggal bila start nak hidup rpm turn naik then lama stable...
Adakah itu masalah throttle body atau vacuum?

Bila dah panas ok tak ada masalah itu...

Soalan ke 2 pasal klac waktu pagi..bila lepas kan dia jadi sedu2 mcm nak mati..padahal klac tak ada lepas trus...itu masalah ape ek..klac ke?

Terima kasih. ..
Selamat berpuasa
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,servis throttle body,kotor sebabkan sedu dan idling tak menentu,keringkan IAFM inlet jika ada,ganti juga fuel filter,in sha allah ok,
Unknown said…
Salam tuan. Saya pakai satria neo 1.6 2007. Masalah kereta saya bila cpai kelajuan 110kmh atau rpm 3 akn nyala chck engin. Kereta jadi lembab dan susah nk capai 140kmh atau lebih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,O2 sensor telah kurang fungsinya,perlu diganti,ia tidak menyokong pada kelajuan tinggi lagi
Moktar said…
Salam tuan.masa nak cabut relay ECU tu..kalau lampu lambg enjin kluar..ada ke kerata di matikan atau di hidupkan.tq
Unknown said…
Assalamualaikum?.
Sy baru beli bateri baru iswara. Bila nak pasang bateri, lampu alarm sekejap saja berbunyi. Lepas tu mati. Apa kah sbb nya dan bagaimana kah sy nak matikan alarm untuk start kan kereta?.. whatsapp sy 018-3961562
Unknown said…
Assalamualaikum En?..
Sy baru beli bateri iswara baru. Masa pasang bateri baru, bunyi alarm ada berbunyi tetapi bunyi sekejap saja. Apakah sbb nya mcm sy nak matikan alarm untuk start kan kereta?
Unknown said…
Whatsapp sy 018-3961562
Unknown said…
salam satu malaysia. bapa saya mempunyai kereta persona. apabila kereta cuba untuk di start engin, lansung tidak ada bunyi crank daripada engin. batery kereta dalam keadaan yang baik. alarm lampu semua okey apa masalah? ecu?
Unknown said…
assalammualaikum

tumpang bertanya... saya pakai perdana v6
kereta saya jadi semput n tak ada power bila pemanduan lebih 1-2jam.. kenapa ya? sy ingat masalah plug.. sy dh tukar dan masih jadi masalah yg sama.. hrp tuan dpt jwb kemuskilan sy..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ganti Main Relay dan fuel filter,in sha allah
Mekanik Kereta said…
w/salam,tiada crank adalah masalah starter yang hilang negatif atau rosak starter,jika tolak mungkin ia hidup
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,cabut positif bateri dan sentuhkan kepala bateri ke bateri sehingga lampu depan nyala 2 kali dan ada bunyi alarm sekali untuk resetkannya
Unknown said…
Boss, kalau tukar battery kreta time enjin mati. Lpstu lampu meter jadi malap bila lampu dihidupkan, lampu brek blkg pon tak hidup. Perlu ke reset ECU? Kreta honda city 2016
Mekanik Kereta said…
Bateri juga dikhuatiri kurang penuh kuasanya!Reset untuk kembalikan sistem ke default ECU juga perlu
Alif said…
Assalam.. Nk tanya.. Saya naik waja 2006 campro.. Kenape ye bile masuk gear dye mcam tersentak.. Pastu bile dh sentak tu.. Tekan je pedal minyak dye jdi lembap.. Mcam xde pickup langsung.. Ap masalahnye ye? Harap dapat membantu.. Btw aritu ad pegi scan tool.. Mekanik kate xde ap rosak..
Unknown said…
Assalamualaikum . Kereta saya semput2 . Lari pun 60km/h kalau naik 80km/h terus semput dan menyala la lampu enjin . Apa masalah nya ya tuan?????
Assalamualaikum Tuan.
Saya guna proton Exora. Kalau saya drive slow akan berlaku jerking dan kadang2 rasa hilang power. Harap Tuan boleh berikan pendapat.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tukarkan sensor o2,insyallah ok
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jerking adalah berkaitan api yang tidak kuat untuk pembakaran dalam silinder,ia berpunca dari plug coil yang tidak baik atau spark plug yang tidak baik,gantikan kedua2nya insyallah ok dan kuasa pecutan akan kembali seperti sediakala
nizam said…
Assalamualaikum..tuan..sya pakai preve executive auto cvt tahun 2013..Problem sya..minyak petrol makan kuat sangat 10 liter boleh jalan 25km sahaja..bila bawak 100km/j keatas..kereta rasa gegaran sikit..mcm semput..saya baru tukar plug dan satu daripada plug coil baru tukar juga(second hand coil plug)..adakah problem ini disebabkan coil plug atau intake manifold..harap dpt penjelasan dari tuan..terima kasih..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,plug coil tidak digalakkan guna 2nd hand kerana ia boleh merosakan coil yang lain,gantikan keempat2 plug coil dengan yang baru serta tukar fuel filter
Unknown said…
Salam. Saya ade .masalah dengan persona elegence. Kereta saya pickup mkin kurang.. ade bunyi tik...tik.. kuat bila pedal minyak dilepaskan atau berhenti ketika memandu... kipas radiator pula tiba² hidup sdangkan engine sudajh dimatikan walaupun pemanduan 1km sahaja..apa yang perlu saya lakukan??
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar air dan coolant radiator,tukar u hose dan gantikan motor kipas radiator,enjin jadi panas sebab air karat,bunyi tersebut adalah kerana enjin semakin panas,tukarkan juga jika ada hose2 air yang telah keras
Anonymous said…
salam,saya oengguna proton persona elegance auto,bagaimana kaedah hendak meringankan penukaran gear auto,terasa sangat berat.minyak gear dan aim oil dah tukar.
Assalam tuan..tumpang tanya..tuan boleh baiki turbo yg rosak x?sy pakai kereta peugeot 508 (1.6cc) tahun 2012..? Brp anggaran kos?
Mekanik Kereta said…
wslm,baiki di Speed Spin Turbo Service,kos kira2 RM500
Mekanik Kereta said…
wsalam,shift solenoid sensor perlu ganti
Unknown said…
Salam... Sye ade pesona 2008 tak boleh nk hidup dan alarm kereta berbunyi...
Unknown said…
assalam bro...nak tanya...sya guna proton 4g93 single cam..masalah nya skarang,kreta bila di start boleh hidup,tp bila minyak di tekan,dia mati...fuel pump sudah tuka,throttle body pun sudah tuka,airflow sensor sudah tukar,tp masih masalh yang sama...boleh beri pendapat tak apa masalah nya skarang..
Mekanik Kereta said…
wslm,udara tidak cukup untuk membuat pembakaran cepat,hose air filter periksa jika ada laluan sumbat kotor,hose kering dan keras
Unknown said…
Assalam cik...nk tanya..blh x klau kita nk buat sendiri tuning enjin kereta kita? Ada cara mudah x?klau xde..agak2 berapa kos utk tuning balik enjin kereta kita bagi satria neo 1.6 campro?
Mekanik Kereta said…
wslm,tuning manual boleh dilakukan,perlu tukar plug,air filter,adjust throttle body.Jika kurang arif tuning berkomputer diwsyop berdekatan,kos sekitar Rm200
Unknown said…
Salam tuan,saya ada van vannete..
Saya sudah tukar distributor electronic Dan coil, beberapa hari kemudian masalah battery kondem, saya tukar battery baru, tapi jadi masalah yang sama jgk battery kondem..
Unknown said…
Tuan, kereta suzuki swift model M15a auto tukar gear dari P ke D bolih jalan sampai ke gear dua tetiba gear free tekan minyak enjin mengaum berhenti tepi jalan off engin pastu start balik bolih jalan dan perkara yg sama berulang, apakah masaalahnya tuan
manaf said…
Salam tuan,

kereta saya persona elegance 1.6 (m), dalam minggu lepas kereta saya break down (wire tambahan utk cigerate & usb terbakar & mencair setelah 6 tahun pakai) adakah kebakatan tersebut boleh merosakkan ECU sepenuhnya dan perlu tukar ECU baru??? ape pula masalah semasa kunci on, lampu check engine tak menyala.. lain2 indicator menyala.. nak start tak boleh (kosong).

klu tu ECU berapa kos? sbb budak SC tu kata dalam 1200 deal luar.. klu deal dalam.. mgkin lagi mahal.. ecu lam dia sapu.

minta pendapat tuan.
Mekanik Kereta said…
Ini masalah solenoid shift sensor perlu ganti
Mekanik Kereta said…
wsalam,ECU mesti terbakar,jika tiada kesan bila dihidupkan,ganti ECU dapatkan sendiri dimana2 kedai potong kereta lebih murah
Unknown said…
Saya guna honda city vtec 2005. Baru lps cuci enjin. Lps cuci, kereta blh start dan jalan dgn elok. Setelah 3 jam kereta berehat saya syart semula kereta boleh start namun dia mcm tak boleh nak jalan. Enjin mcm bergegar,klu jalan pun slow sangat. Apakah masalahnya dan apakah saya perlu tukarkan barang ganti utk elok kembali..?

010-3239126 -en Faruq
Mekanik Kereta said…
Perlu keringkat samada bahagian distributor atau soket sensor yang kena air
Unknown said…
Wira 1.3vdo.. mohon bantuan injin sejuk semput2 mcm nak mati.. tym panas ok sikit.. pasang aircond semput2 ..kadang2 injin mati..
Unknown said…
Tukar T.body baru nak kena reset juga ke?
Mekanik Kereta said…
servis throttle body,gunakan repair kit untuk gantikan gerigi gear kecil dalam mekanikal throttle
Mekanik Kereta said…
perlu reset juga
azura catering said…
As salam tuan.. Saya bawa kereta myvi lagi best Auto 2011. Masalah saya lampu enjin meyala. Dah diagnose ada problem throttle body default.. Saya dah Service throttle body dah 2 kali.. Kereta akan jadi susah nak masuk gear kena tarik panjang sampai mengaum kemudian stuck dekat gear 3 sahaja.. Timing jadi sgt tinggi.. Bila Service throttle body lampu hilang sekejap lepas tu menyala balik dan masalh nak masuk gear dan timing tinggi berulang..mohon bantuan tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu ganti sensor pada throttle,ada 2 sensor dan kemudian perlu setting semula throttle tetapi boleh juga ganti throttle lain
Unknown said…
Assalamualaikum tuan...
Saya pakai perdan v6 manual enjin eterna...tapi bukan turbo...
Kereta saya mati tiba2 bila tengah drive dan keadaan ini berlaku xkira masa samaada jauh or dekat...kadang2 drive 4jam pun xjadi...
Bila dia mati..check enjin akan menyala dan seolah2 kereta dimatikan suisnya...
Selagi check enjin xpadam saya xboleh hidupkan enjin dan pada keadaan ini...bila start enjin rasa seperti minyak xde atau seolah2 fuel pump rosak...tapi kalau check enjin padam kereta boleh dihidupkan kembali...
Dalam keadaan biasa...terus start sebelum enjin check padam pun boleh hidupkan enjin kereta...cuma bila berlaku seperti saya cakap diatas...enjin xkan hidup selagi lampu check enjin padam...kadang2 biar 1 hari...check enjin padam...boleh start balik...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,gantikan relay dan fuse fuel pump ,jika masih jadi begini cuba buat langkah2 di page saya mengenai reset fuel pump
Unknown said…
nak tnya tuan.. saya guna saga flx... kenapa kalu naik bukit jadi perlahan...maksud saya jalan berbukit area rumah aja sampai kena drop gear 2 or 1...
Mekanik Kereta said…
kalau manual adalah clutch plate hampir habis manakala auto transmission pula perlu periksa paras minyak gear,pastikan tidak bocor,masih kuning dan tidak kotor
Nazrey said…
Salam saya pakai wira 1.3,masalah meter minyak kadang2 meter full kadang2 empty,masalah pelampung atau meter?
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah meter
Unknown said…
Salam..sy pkai kenari..ble sy start kete ada bnyi krik krik krik..ble sy buka air cond ag kuat bnyi tu..apa msalah nye..
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau bunyi dalam kereta ,itu bunyi relay yang longgar kedudukannya tetapi jika dalam enjin,ia adalah bunyi longgar belting
Assalamualaikum bro! Keta gen2 1.6 auto 2016 sy x blh start, sy check icm component hangus (diode) dan dah tukar diode je sbb harga 150 klu baru. Dah blh start mcm biasa sbb bunyi klik dkt pedal minyak hanya sekali means fuel relay on, tp penyakit dtg balik dan bunyik klik dah 2x meam fuel relay x on. Biasa masalah apa tu ya
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,masalah fuel pump
Unknown said…
Assalam...
Tumpang tanya...hamba baru tukar gb drp auto ke manual dan masih menggunakan wiring/ecu auto...masalah hamba adalah meter xhidup...masalah ni adakah berpunca daripada wiring/ecu ataupun speedsensor problem??minta tolong otai terjemahkan masalah hamba nie...
Unknown said…
Asslamualaikum tuan,kereta saya wira manual 1.5 bila hujan akan menyala lampu enjin. Kemudian enjin jadi semput. Bila saya bawa jugak akan bau petrol. Bulan lepas saya baru tukar fuel pump. Boleh saya tahu apa masaalah dia
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ada sensor yang kena air biasanya pada ekzos dan atas gearbox,soket sensor perlu diseimut dengan tape.
Mekanik Kereta said…
wslm,wiring adalah untuk panel dan lampu pada tombol gear dan dari situ ia terus ke meter jika meter tidak berfungsi adalah masalah meter
Unknown said…
Aslm en, sy pakai persona auto tahun 2009. masalah kereta tu meter minyak cepat turun ke 'E'dari 1st bar jarak 10km cmtu selepas isi minyak. air cond plak tengahari spai petang x sejuk. minta tunjuk ajar, tq
Mekanik Kereta said…
wslm gantikan float,biasanya float minyak sekali dengan fuel pump,ganti kan fuel pump juga manakala aircond pula periksa fuse ACC jika masih elok bermakna kompressor ada masalah
Unknown said…
Salam tuan..sy pengguna kereta waja mmc.. sy mempunyai masalah alarm, locking, jam ter-reset sendiri dan lampu bumbung tidak menyala...
Pada mula nya ada bunyi dekat bahagian ecu...dan pada masa itu enjin tidak boleh start..dan sekarang start enjin tiada masalah...tetapi alarm dan 3 masalah y sy nyata kan tidak selesai lagi..apakah ini berpunca daripada ecu ataupun perlu reset alarm???jika reset alarm bagaimanakah cara nya..minta tolong jasa baik tuan...apakah masalah y saya hadapi ini..
Mekanik Kereta said…
wsalam periksa dulu soket ecu,jika longgar ketatkan elok,ganti fuse alarm,fuse jam dan lampu,ganti mentol jika terbakar,kemudian reset dengan cabut positif bateri senthkan 2,3 kali ke kepalanya sehingga bunyi alarm dan lampu depan nyala
Unknown said…
asslkm boss...sy pakai proton persona...masalah kereta sy skrng x boleh nak rev lebih pd rpm 3k..klu rev jugak lampu check injin akan menyala dan x boleh rev lepas tu...harap tolong ye boss...
Dr Razak said…
salam tuan, saya kereta adalah viva 850 manual dan baru saja tukar enjin 1000 cc viva dan gearbox auto, masalah yang terjadi pada saya adalah gear ratio yang tinggi bagi setiap penukaran gear, contohnya rpm3.5 untuk gear 2. jadi ia menyebabkan enjin kereta saya mengaum dan minyak yang sangat kuat (8km/liter). ECU yang digunakan adalah ECU viva manual 850 memandangkan wiring semua tidak diubah melainkan enjin dan gearbox saja. Bila dimasukkan ECU bagi VIVA ELITE 1000cc, enjin tidak dapat dihidupkan. Adakah ia bermakna wiring dari kereta ke ECU yang menyebabkan gear ratio tinggi memandangkn ECU sekarang adalah ECU ASAL VIVA 850 MANUAL?
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu reset ECU dulu cabut fuse ECU 30 minit,ini mungkin membantu,kerana wiring lama masih terdapat kesan2 sistem lama
Dr Razak said…
terlupa nak maklumkan di atas, kaedah reset ECU menggunakan peranti dan juga menanggalkan selama lebih 30 minit juga sudah dibuat tuan.
Mekanik Kereta said…
cabut semua soket sensor throttle dan gearbox 30 minit,kemudian pasang ,setting semula throtte body sensor
Dr Razak said…
adakah saya perlu menukar ECU VIVA 850 MANUAL kepada ECU VIVA 1000 CC AUTO?
Mekanik Kereta said…
Sebaiknya ganti juga untuk menyesuaikan dengan gearbox auto
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,saya rasa alat kawal halaju 110 km ada dipasangkan
zakmask said…
Assalamualaikum sy nak bersihkan trottle body Tampa buka air filter dgn cara menggunakan liquid oilyman profesor... Apa pendapat tuan ada kah berkesan.. dari video di YouTube yg sy lihat mvm x de kesan je.. mcm nak bg ekszos berasap je..
Unknown said…
Assalamualaikum. Saya pakai Proton Preve CVT (executive). Saya pakai proton preve executive CVT. Masalahnya sekarang kereta saya bila saya perlahankan kereta dan kemudian apabila saya nak tekan pedal minyak balik ada rasa sentakan. Biasanya berlaku kalau saya berhenti dekat simpang dan apabila saya tekan pedal dia macam tersentak. Boleh saya tahu apa masalah kereta saya?
Unknown said…
tumpang tanya bang, cabut fuse ECU saja ke? sebab saya dah cabut dan pasang balik bateri (negative kabel) pun masih sama. dan saya dah cabut pasang balik ecu pun sama. masih menyala jgak alarm 'check engine'. macam mana tu tuan ?
Mekanik Kereta said…
ada sensor problem,perlu scan komputer
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,biasanya sentakan akibat drive shaft gearbox haus

Popular Posts