Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Salam Sejahtera

Terdapat beberapa jenis reset pada sebuah kereta seperti reset alarm,reset ECU/ECM dan reset fuel pump.Reset-reset demikian adalah amat penting untuk diketahui oleh semua pengguna kereta kerana dengan cara ini saja lah kereta akan dapat mengembalikan keadaannya kembali  kepada asal sebelum kerosakan. 

Kaedah reset adalah sama dengan apa yang dipraktikkan pada sebuah komputer yang mengalami masalah sistem iaitu arus letrik atau kuasa akan dipotong apabila sambungan seperti kabel ke monitor atau CPU ditanggalkan, cuma kaedah pada sebuah kereta pula adalah melalui sambungan kuasa bateri,relay dan fuse serta beberapa kaedah lain.

ECU








Kebaikan dan kesan reset pada kereta

Sesebuah kereta moden dilengkapi dengan sebuah microprocessor atau pemacu micro yang digunakan kira2 80 pertus untuk mengawal sistem sebuah kereta terutamanya untuk menjimatkan penjimatan minyak dan asap serta mempercepatkan proses pengesanan kerosakan tanpa melibatkan kerja dan tebakan yang banyak untuk suatu kerosakan malah lebih dari itu pemeriksaan secara wire diagnose lebih mudah dilakukan.

Kesan utama reset ini pula ialah kereta akan menjadi stabil semula,contohnya apabila sistem ECU/ECM diresetkan komponen yang baru saja ditukar akan menemui semula sistem asal ECU/ECM untuk memastkan kereta dapat dikawal dengan sempurna kembali.

Terdapat beberapa reset penting dalam sebuah kereta diantaranya:-

1.Reset Alarm atau kunci remote

Kadangkala terjadi enjin tidak dapat dihidupkan dan bunyi alarm  kereta juga  tidak berfungsi dan terpaksa membuka pintu secara manual.Keadaan yang terjadi ini biasanya disebabkan oleh sistem alarm remote yang menghadapi kesulitan untuk berinteraksi dengan kotak hitam alarm dalam kereta.kaedah reset alarm perlu dikenalpasti untuk mengembalikan sistem ke asal.

Kaedah paling mudah adalah menekan butang reset yang disediakan  pada dashbod atau dibelakang sebelah tepi kanan steeng pemandu.Jika butang reset ini tidak disediakan ,pendekatan cara lain pula mestilah diketahui.

Kaedah biasa adalah dengan memusing kunci kereta sehingga penghujung sebanyak 2 kali akantetapi tidak semua kereta yang dikeluarkan boleh menggunakan kaedah ini.Cara yang terbaik secara mekanikal yang biasa dipraktikan oleh mekanik ialah dengan menanggalkan terminal positif bateri kemudian disentuhkan semula 2 kali dengan jarak antara 2 sentuhan kira-kira 5 saat pada positif bateri sehingga alarm berbunyi 2 kali serta lampu hadapan yang akan berkelip 2 kali juga.

2.Reset Throttle Body/Fuel Pump

Kaedah reset ini pula adalah apabila aliran minyak ke sistem injektor ditanggalkan seperti mencuci Throttle body atau menukar fuel pump.Kaedah ini biasa terdapat pada kereta Malaysia enjin Campro pada Pesona,Exora dan Perdana .Reset ini adalah untuk mengembalikan prestasi komponen kepada asal sebelum ia ditanggalkan supaya kereta dapat berprestasi sediakala dan lebih baik.

Pusingkan kunci kereta pada ON tetapi jangan dihidupkan cuma biarkan semua lampu pada panel dihidupkan kira-kira 2 minit.Setelah itu pusingkan semula kunci atau tutupkan kunci tanpa menarik keluar kunci dari tempatnya.Kemudian tekan pedal minyak sehingga habis menjejak lantai kereta dan biarkan ia kekal begitu setelah itu  dan ON kan semula kunci kereta ,biarkan kira2 10 saat sehingga 2 bunyi kedengaran pada bahagian depan enjin sekitar Throttle Body dan seterusnya  lepaskan pedal minyak perlahan-lahan.Anda selesai!Tutup kunci dan hidupkan enjin seperti biasa.

3.Reset ECU/ECM (Engine Control Unit/Engine Control Module)

Reset ini adalah amat sesuai digunakan untuk menyelesaikan banyak masalah sensor dan pengawal sistem pada kereta yang kadangkala disertakan dengan nyalaan lampu CHECK ENGINE pada panel meter.

Jika ada terdapat kesilapan pada aliran arus voltage pada sensor seperti terkena air pada soket penyambung contohnya sambungan sensor ekzos,kesannya pula kereta akan semput dan ingin mati serta terdapat nyalaan lampu check engine.Ini menandakan kaedah ini perlu dilakukan akantetapi tidak semua masalah reset ECU/ECM ini dapat menyesaikannya melainkan komponen sensor terlibat dibersihkan atau ditukar.Sensor-sensor yang mudah terkena minyak atau air dalam enjin adalah seperti sensor ekzos,sensor,throttle,sensor camshaft dan sensor abs.

Jika tiba2 check engine menyala selepas membersihkan kereta dengan air, sensor ini perlu dikeringkan dahulu dengan membiarkan kereta kira2 setengah jam sebelum digunakan,bolehjuga dilap alat sensor jika anda ada pengetahuan mekanikal membuka dan memasangnya semula.

Kaedah pertama reset ECU/ECM adalah dengan mencabut kabel negatif bateri dan biarkan 10 minit tanpa dipasang.Setelah 10 minit berlalu pasang semula kabel negatif bateri dan hidupkan enjin kereta selama 10 minit juga.

Kaedah kedua adalah dengan mencabut fuse bertanda ECU/ECM dan relay ECU/ECM kira-kira 10 minit juga dan pasangkan semula tanpa menanggalkan kuasa bateri.

Comments

Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh cuba tetapi tidak seperti buka throttle dan bersihkan
Unknown said…
Hi Encik,
Kereta Persona (2010) saya mengalami masalah engine cut-off kebelakangan ini.
Masalah ini hanya berlaku bila perjalanan jauh atau enjin dah berjalan lebih 2 jam.
Enjinnya cut-off bila tekan throttle untuk pick-up kelajuan.
Saya sudah tukar fuel filter, spark plug and bersihkan throttle body.
Tiap kali dibawa ke mechanic (proton dan luar) tak dapat jumpa masalah apa.
Tolong bantuan dalam hal ini. Thanks.
Mekanik Kereta said…
Cuba gantikan Main Relay dahulu jika masih sama ada ,sensor camshaft ada masalah
RK-135 (6speed) said…
asalam tuan....
proton persona elegence 2010
masalah,
ketika kereta parking enjin hidup, selepas 5 minit rpm enjin mula turun naik tidak menentu, dan bila hendak memulakan perjalanan kereta semput terus mati, start pun berkali kali...
masalah kedua, kereta di dalam perjalanan, tetiba enjin tiada kuasa, tekan paddle minyak rasa kosong, dan enjin tetiba mati...
harap d bantu tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,pada pedal ada sensor perlu diganti sensor tersebut
Dr Razak said…
hanya perlu tukar ECU saja kan tuan? perlu atau tidak membuat penambahan wiring baharu kepada kotak gearbox dan enjin? sebab wiring masih menggunakan wiring asal body viva 850 manual.
Mekanik Kereta said…
hanya ECU saja!
Unknown said…
salam tuan..klu reset kete hyundai trajet sama ke?
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika ada button reset gunakan ,jika tidak cara di atas adalah caranya
As salam..tuan smlm myk kete sy warning...smpat sy bw balik rumah...bila nk keluar nk g buh myk...xsmpai kedai myk...kete sy mati tepi jln..sy beli myk sehingga meter minyak naik 2 bar...start2 kete x hidup...sehingga dh x blh start ..agaknya beteri hbs..kete sy myvi..timing chain..bw pomen dtg tgk.dia kt kena bw workshop.cuma sy NAK tahu..blh x klau ada Cara lain settle sendiri...tq tuan
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila minyak abis sehingga mati sendiri,biasanya fuel pump akan rosak dan terganggu juga mungkin fuse putus ,
Unknown said…
Assalam, sya pakai Proton Saga FLX, baru2 ne timing belt putus so angkat Injin..smua d tukar dan smua dah settle da d tukar masalah sekarang keta ta hidup tauke wokshop tu ckp bwa p Proton mau setting Komputer mo detect sensor..masalahnya itu tjawab sya ka atau tu Wokshop. dan betul ka itu masalahnya...pls tolong bagi idea
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,wsyop mana ni buat enjin separuh jalan,Bila belt putus hanya buat top overhaul,mengapa mesti ada masalah sensor ,pasang semula elok2 ,marking elok2 hidup lah ia,minta pomen dia periksa compress,pastikan ada compress in sha allah hidup!
Kkk said…
Sama ngn kete sye proton saga 1996 injection 1.5 auto UK specs
Unknown said…
Salam...saya pemilik exora cps..tengah drive tiba-tiba injen mati...tunggu satu jam boleh hidup semula...setelah 10 km mati lagi..dah sampai rumah mati lagi...boleh tolong jelaskan
Unknown said…
Salam nak tanye, if kete alza meter minyak ada 4bar..tapi range km salah kira..4bar tapi range 90km ape perlu buat yer?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar float minyak
zudin said…
Salam tuan,sy pemilik exora bold CFE.Masalah yg dihadapi kereta sy ada simptom enjin semput dan enjin akan mati apabila dalam keadaan slow atau hendak berhenti. Apabila hendak mula bergerak respon throttle tidak seimbang/semput. Untuk pengetahuan plug sudah ditukar dan TB sudah diservis. Mohon pandangan. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslam,ganti actuator pada hose ke head cover dan gantikan idle sensor
azura catering said…
As salam tuan.. Saya ada masalah dgn myvi saya. Lampu engine menyala.. Pomen check komputer problem dari throtlle body pedal censor. Dah reset dan ikat cable tight dekat censor tu. Lampu engine padam sekejap tapi menyala balik. Ekzos mcm ada keluar minyak dan berbau minyak bila press pedal. Minyak makan kuat kemudian engine begegar kasar..minta bantuan atau nasihat tuan. Sebab dah banyak kali pegi pomen repair censor throttle pedal tu. Pomen cakap throttle body ok cuma censor sahaja.
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah bunyi kasar biasa sebab pembakaran tidak sempurna,ganti sensor o2,tukar air filter sekali,maf sensor pada air filter samada rosak atau longgar,ketatkan dan periksa,cabut soket jika tiada apa2 sensor rosak
Hafiy said…
Aslamulaikum wbt tuan.. sa nak tnya kereta kenari sa masa engin dlm keadaan idling,enjin semput mcm nak mati,tp x mati juga.. tekan sikit minyak stabil balik.. benda ne jadi masa jem atau pun kereta x berjalan...paling rasa jadi bila on aircond ... apa masalah nya ya???
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam masalah idle sensor pada throttle body atau servis carburetor jika gunakannya
Unknown said…
Idle sensor yg tuan maksud kan tu bole di ganti... Nama lain untuk idle sensor apa ya tuan??
Mekanik Kereta said…
idle valve control
Unknown said…
Salam bro.sye dri sabah..mo tanya sikit,apaa masalah kalau tu kenari auto berak naik bukit,,kalau rest minyak perlahan sampai tekan habis ada satu bunyi enjin macam miss,semua berkaitan dgn aliran elektrik wayar, dan minyak da buat. Tapi masih gitu.da cheak computer keluar waning senser
Pheruse.apa maksudnya..minyak atf pun da ganti.tapi masih tak boleh naik bukit..berat emjin ,macam sesak nafas pula..apa masalah tu bro.bagi pendapat
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar drive shaft sebatang kiri kanan
Unknown said…
Assalam.. Mohon bantuan, Sy pakai waja mmc, masalah dgn keta ni.. Bila bw dalam 50km, check light ttiba naik & enjin gegar.. Sy ke workshop foreman kta Coil rosak.. Tp dh tukar pn sama jg jd.. Lpas tu dia check lg kta ECU rosak.. Minta tuan bg pendapat
Mekanik Kereta said…
wslm,buat scanning/diagnose OBD,ada masalah sensor terutamanya sensor ekzos dan speed sensor
Unknown said…
Mcm mana nk tahu masalah kete klu lampu engin menyala kt meter ??wiring biasa rosak ape ?? Sebb relay dh tukar,,

Sapa boleh tolong ??
Mekanik Kereta said…
cara mudah ialah bawa ke wsyop dan buat scan kerana bila check engine nyala ia ada kaitan dengan sensor yang tidak berfungsi
mohd nazri said…
Assalam tuan, saya guna kereta exora v1 baru2 ni kenapa semput dan rpm hanya setakat 2000 shj mcm ada tersangkut...so tak boleh nk bawa laju skit....saya cuba bawa ke pomen dia kata mungkin throttle body rosak
T.kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,bila semput ia mesti ada kaitan dengan throttle body yang mengawal kemasukan angin dan minyak untuk pembakaran.Bila ia terlalu kotor ia akan sesak dan campuran minyak dan angin yang celaru,ia boleh diservis selain ditukar.
Pada hemat saya exora ini mengalami patah valve,minta mekanik periksa compress,jika ia benar top overhaul adalah perlu
cikgu said…
Assalam. Kereta myvi saya tak boleh start. Bunyi macam nak hidup tp tak hidup. Alternator ok, bateri kuat, tukar bateri baru pun tak hidup. Starter pun baru 3 mggu. 3 pomen cek tak dapat kesan rosak apa. Agak2 apa masalah yer ? Dah buntu...
Azmi said…
Salam tuan...saya ada kereta kelisa manual 2007...baru2 ni saya ada tukar head cover baru sbb leaking. Sy tukar head cover sbb pomen cakap kelisa x boleh tukar gasket sahaja kerana o ring plug di headcover asal x blh cabut spt biasa. Bnyk proses klu nk pakai head cover lama. Masalahnya skrg, slepas tukar head cover baru enjin jadi tersengguk bila tekan minyak untuk berjalan. Masa enjin idle, sengguk tu tiada. Apa sebabnya tuan..adakah sebab coil plug, cable, atau plug..sblum tukar head cover, enjin elok je...tq tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar plug coil 1 set, in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
Wslm,kereta yang seakan-akan hidup tapi tidak adalah kerana fuel pump nya rosak
mohd nazri said…
T.kasih
MAN said…
Assalamualaikum.tuan hyundai elantra thn 2001,kuat makan minyak,ampang ke melawati dan ampang balik rm20,apa yg harus sy buat?mohon pencerahan?
Unknown said…
Slm tuan..waja mmc 4g18 sama system x nak reset ecu balik..ikut pada yg ats -on kunci biarkan 2mnt lps tu matikan kunci.tekan mnyk smpai habis dlm 2 mnt lps tu on balik kunci dan start- cara ni sesuai x
Mekanik Kereta said…
wslm cara tersebut untuk reset fuel pump,kaedah untuk reset ECU samada cabut fuse ECU atau negatif bateri
Unknown said…
Hehhehe
Unknown said…
Kereta persona saya ditengelami air dlm banjir. ECU relay card sudah tukar, plug sudah tukar,bateri baru,fuse box checked ok, tapi tak boleh krank
Kenapa ya?
Mekanik Kereta said…
supply kuasa tidak sampai ke starter,starter kereta dikhuatiri melekat akibat ada air
Salam bro... Mintak pendapat sikit.. saya pakai pesona se 2008, skrg ni bila idling atau gerak yg amat slow ( bila jem)keta saya akan jerking and mcm nak mati enjin... Adakah ini masalah TB atau fuel pump.
assalamualaikum saudara,saya pilik kereta proton gen2 auto tahun 2005,bila saya cuba untuk hidupkan kereta lampu signal di panel kedua2 bernyala disusuli bunyi alarm.adakah bermakna bateri kereta sudah lemah?.atau ada sebab2 yg lain? sekian.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,bateri lemah saja yang akan sebabkan alarm berbunyi
Mekanik Kereta said…
wslm,gantikan plug coil dan servis throttle,ganti idling sensor
Unknown said…
salam ..saya pakai kancil .. tiba2 lampu check engine tu slalu menyala time drive .. boleh ke saya guna kaedah reset ecu dgn mencabut kepala bateri negative ?? .. lagi satu, adakah penutup tangki minyak boleh ditukar ??
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh,cabut fuse ecu juga boleh,boleh tukar
zaimazmi said…
Baruni sy tukar seketul enjin, pluq mudah tebakar dan berjelaga hitam napa ya
Mekanik Kereta said…
plug yang cepat hitam adalah sebab campuran minyak dan api tidak sempurna ikut nisbah,perlu servis throttle atau karburator,kalau boleh tukar tabung ekzos juga
Salam cif..
Saya ada masalah dengan VIVA 850 saya. Coil plug no. 1 tidak berfungsi biarpun plug dan coil plug da ditukar. Adakah masalah tersebut ada kaitan dengan ECU atau lain2 masalah? Mohon tunjuk ajar.. Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,ada valve patah atau bengkok
Unknown said…
Assalamualaikum,saya pakai pesona auto 2012,problem dia sekarang bila nak start engine rpm meter sampai no 8 baru engine boleh hidup dan meter rpm x kan kembali kepada asal,semua benda saya dah buat,sensor semua dah check,fius pun dah check,ecu pun dah resert.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ganti idle sensor,servis throttle body
Unknown said…
Nak tanya, saya baru tukar main relay (fuel pump)minggu lepas . Sekarang dah kena balik . Apa puncanya ya ? Bila nak start tak boleh hidup , ekzos letup2 . Wira aeroback .
Hermann said…
salam. saya herman. proton blm 2010. check engine dah 2 tahun menyala. bila kete jalan tetiba check engine menyala. lepas tu smbil kete berjln. temp naik full. smbil jln (free gear)saya off engine dan on balik n masuk 5th gear n jln. berulang kali. apa masalah kete saya?
Unknown said…
asalam,slmt ptg,sy nk ty masalah ttg pesona elegance blh...
sebelum blk kg sy tanggalkan terminal ngtf bateri saja,setelah 2 mgu bercuti,sy pasang smula terminal negatif..
apa yg jd kat cni,dashboard jd gelap,tp still tetap blh start enjin,sdh sy try reset cabut kpala bateri postf ngtf byk kalu,pun sama jgk,kdg je dia ok,lepastu jadi balik,apa masalahnye tu...
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada masalah cuma soket yang dipasang ke bahagian panel meter longgar ,perlu buka dan ketatkan semula kedudukannya
Mekanik Kereta said…
wslm reset dengan cabut ECU fuse selama 30 minit,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
Nak tanya, saya baru tukar main relay (fuel pump)minggu lepas . Sekarang dah kena balik . Apa puncanya ya ? Bila nak start tak boleh hidup , ekzos letup2 . Wira aeroback

jawapan: Ekzos meletup tanda api tidak sekata dengan minyak untuk dibakar,ganti plug coil dan distributor ,in sha allah ok
Unknown said…
Apa masalah Bila start enjin tak sampai seminit dah mati balik tekan minyak pun tak ada fungsi
Mekanik Kereta said…
masalah crankshaft sensor
Che' Mat said…
Salam tuan,
kereta sy proton exora tahun 2010. Masalahnye speedometer
x selari dengan kelajuan sebenar. Contohnye sy bawak slow tp meter dah tunjuk 80km/j. Meter pon x balik ke kedudukan asal. Mohon pencerahan dari pihak tuan.Terima kasih
marang mrapu said…
salam abang mekanik..sy baru cuci enjin flx baru ni..lepas tu kunci pakai remote tak boleh apa masalah tu ye?
MZZ said…
Assalamualaikum bro.. sy pakai Preve (executive).. sy nk tnya kenapa bila sy start enjin tiba2 jadi mengaum dlm 1-2 saat Smpai rpm 1-2 lepas tu jadi biasa balik tapi kadang enjin mati balik.. Normal ke?

Satu lagi lambang pada meter keluar sensor yg mcm durian bila start enjin.. lepas tu ia akan padam dalam 2-3 minit.. ap problem kete sy ya? Ada yg perlu tukar ke? Kos brp?
Unknown said…
Salam tuan..saya ada masalh dgn saga fl rpm tdak stabil..bila hidupkn engine rpm dlm 1.2someting lh..bila tekan minyak akn nain tpi bila sudah lepas minyak rpm sangkut di 2..sudah try cuci trutle body tpi ttap sama..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,speedometer digital akan bermasalah bila ada kerosakan pada litar meter tersebut
Mekanik Kereta said…
wslm,remote tersebut habis bateri
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,buat reset ECU,ECU terganggu,baca diatas bagaimana reset ECU
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti sensor idling atau adjust throttle position sensor
Unknown said…
assalamualaikum...
cengini citernyer tuan...
wira 1.3 vdo,gear 1 sampai 5 gegar satu body.bila dah 20 minit jalan baru gegar tu ilang...cable plug dah ganti,fuel fillter dah ganti,coil plug pon dah cube guna keta member punya,same jugak hasilnya..
Unknown said…
vdo problem
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,sebaiknya ganti coil plug baru dan plug juga baru,jangan gunakan kereta lain punya kerana ia ada kesan elektrik statik dan akan buat kereta tambah gegar,satu lagi pastikan air dan coolant tidak kotor,pastikan juga semua mounting termasuk enjin dan gearbox tidak pecah
alfaizal said…
assalam tuan..saya mengunakkan saga blm ngv..bila tekan minyak..nk mula jalan..makin tekan mkin semput..bila laju ok pula..dah cek plug,coil,fuel filter,fuel pump..suma ok..harap tuan dapat membantu saya
Unknown said…
Assalam boss...saya pakai exora bold thun 2013..masalah x blh start...bateri kuat...prgi bengkel diorng ckp komputer box rosak...betul ke???
Mekanik Kereta said…
wslm,jika fuse IGN(ignition ) setelah diganti masih lagi tidak boleh hidup kerana api tiada ,ia adalah masalah ECU (computer box)
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa semua hose terutamanya hose angin pada filter dan laluan ke throttle body,jangan ada angin keluar atau masuk ke dalam akibat bocor atau klip longgar
Rahman said…
Assalamualaikum. Kenapaeyer minyal kereta persona saya tidak stabil
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika saudara berpandukan pada meter digital ia biasanya akibat kotoran banyak pada fuel pump dan float minyak
Rahman said…
Salam. Fuel pump kereta persona saya baru ditukar 2 bulan lepas. Baru baru ini oleh kerana ada masalah untuk menghidupkan enjin kereta pomen kereta telah menukar fuel pump. Selepas itu meter minyak saya yg jenis menggunakan jarum menjadi tidak stabil. Apakah masalahnya
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan cara reset fuel pump pada blog saya di atas
Unknown said…
Assalam tuan. Saya guna saga fl 1.3. Enjin tak boleh start. Saya dah cabut terminal positif tapi tak jadi jugak. Bila pusing kunci ke ON, takde langsung bunyi crank. Meter semua menyala. Boleh tuan bantu.
Rahman said…
Salam. Ada kesilapan pada penerangan saya tentan kereta persona sebelum ini. Dua bulan lepas sya ada menukar fuel pumm kerana meter minyak tidak bergerak. Selepas itu keadaan ok. Baru baru ini ada masalah tidak boleh start. Selepas itu pomen telah menukar fuel filter dan kereta blh start cuma yg sya perhatikan meter minyak jenis jarum menjadi tidak stabil. Apakah masalahnya. Maaf soalan saya sebelum ini kurang betul.
Ni Feng said…
Adakah cara reset2 tersebut boleh digunapakai utk proton wira 1.5 auto fuel injection 2005?
Unknown said…
as salam..apa punca gmba keta kat meter dashboard menyala berkelap kelip selepas cabot kunci dan tutop pintu guna remote? tapi klu enjin off tak cam tu.. gmba keta yg menunjok kan pintu atau bonet x ttop rapat..baru baru ni j berlaku.. adakah normal? atau nk kene reset alarm.. klu ye cmna nk reset semula? terima kasih.
Unknown said…
maaf.. keta saya proton exora cps tahun 2011..
Rahman said…
Salam. Ada kemungkinan ke jarum meter tak stabil disebabkan panel meter telah rosak.
hazrin said…
Assalammualaikum Tuan nak tnya..ecu ni boleh masalah ke? atau pun boleh direset je..tadi pomen check kata ecu failure tu mcam mana plak ye..boleh bg penjelasan tak?
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada bunyi crank tanda starter tiada connection,ia samada tercabut wiring pada starter atau tiada connection dari bateri
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada kena mengena dengan apa yang ditukar,meter tersebut hamir rosak itu saja
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya jadi begini akibat pintu,bonet,penutup minyak tidak ketat,pastikan semua ketat.Jika ingin reset cabut negatif b ateri 10 minit dan pasang semula
Mekanik Kereta said…
benar ini masalah meter saja
Unknown said…
Assalamualaikum En. , kereta saya proton persona elegence tahun 2011 ... ketika kereta sedang bergerak, tiba tiba rpm kereta naik dalam 4k ke 5k rpm.

Ketika baru start engine pun tiba-tiba rpm naik juga dalam 4k ke 5k rpm. tapi kadang kadang sahaja berlaku, tak selalu. Apa masalahnya ya?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,buat reset ecu,cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula,hidup enjin biarkan 10 minit juga
LFLresources said…
Ecu 5806 MMC rosak . Kat mane ada kedai boleh repair area k.lumpur ampang melawati . Boleh juga wasap saya 0129058898
Mekanik Kereta said…
Puchong and Shah alam only
Unknown said…
Salam bro
Nak tanya, saya pakai wira 1.6 auto, nak taw tune skru throttle body, ok x kalau pusing habis ke kanan untuk rendahkan rpm, atau kena pusing sedikit ke kiri. Baru tukar TB baru hri tu tp pomen x tune. Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,pusing boleh tapi sepatutnya ia dibuat sekali dengan throttle position sensor
Unknown said…
Salam, persona se 2009 saya auto cruise bila nak tekan on tak menyala lampu auto cruise, saya dah try cari fuse dia tapi tak jumpa, ada cara nak bagi ada balik tak?
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa kabel mungkin putus
Nazan said…
Assalammualaikum tuan...nak tanya tuan de x diagram ecu saga blm...sebab saya nak cari wayar rpm tapi xjumpa sebab nk tag wayar untuk gauge meter...kalau de mintak jasa baik tuan wasap diagram kat saya...0139884877...tq tuan
Unknown said…
Assalamualaikum, saya nak tanya ni apa masalah bila saya start enjin ja rest tingi dan rpm trus naik di 1.5 dalam beberapa minit naik dekat 2,biasa normal start enjin ja jarum rpm di 1 kan dan rest tak tingi,, kereta saya wira 1.5 full enjection.. Tq
Unknown said…
salam sy memakai kreta wira 1.8 ori vdo..sya nak tnya knp relay injection sy berbunyi dan...timing sy menjadi drop2 dan mati..ap punca ia terjadi..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tiada
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tukarkan plug dan servis throttle body serta gantikan idle sensor
Unknown said…
assalam bro.saya pakai serena c23 97 sr20auto.problemnya air sentiasa karat.dah tukar radiator double layer.3 hari mesti kena cuci radiator ada solution ker?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,air cepat karat bila laluannya memang ada karat,ganti semua hose getah atas dan bawah ,yang paling penting ganti hose besi utama laluan selepas radiator berdekatan manifold
Mekanik Kereta said…
wslm,ada laluan hose angin yang tidak ketat atau bocor atau terbuka,periksa dan baiki
Unknown said…
Salam...kenapa headlamp waja saya menyala tiba2....sedangkan suis lampu off....Mohon bantuan
Assalamualaikum bang. Sy ad pakai nissan almera auto tahun 2015.sy ad beberapa soalan.memandangkan sy hanya pernah masuk sc nissan hanya 2x sbb harga mahal dari Bangkel luar.
1.sy dh guna kereta sejauh 95k, minyak engine ap y sesuai.
2. Minyak gearbox brp liter sbb pnh tukar dulu hanya kuar lebih kurang 2.5 liter saja
3. Ap bila gear dlm keadaan P sukar masuk ke R or D. Sy terpaksa tekan butang shifter baru blh release.
Terima kasih sbb luangkan masa untuk saya.
Unknown said…
Assalamualaikum bos, saya pakai saga flx, masalah jadi sejak akhir ni kereta selalu tersengguk2 time bawak. bila kt tekan minyak dia mcm melompat kedepan, masalah ape ye bos? plug baru tukar, throttle body baru cuci..
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah pada relay,tukar relay
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,perlu ganti dulu minyak gear dan autofilter
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika sekarang guna gred 5w40 boleh tukar ke 15w40,tetapi jika guna minyak mineral 20w50 perlu teruskan.guna minyak jenama nissan atau castrol.
minyak gearbox 2 liter setengah saja,ganti segera,buat flush minyak gearbox ganti minyak dan autofilter
kereta Hyundai Elentra 1.8 Auto
Tahun 2001
saya ada masalah ketika memandu pada awalnya ok, speed 1 sehingga 4, tapi satu ketika enjin dengan sendirinya tukar kepada gear rendah. berhenti tepi matikan enjin seketika dan hidupkan semula dia akan kembali normal. kadang-kadang dia tak nak tukar gear langsung dan lampu cek enjin timbul, saya cabut kepala bateri dan hidupkan semula dia akan ok. apa masalahnya tuan?
Mekanik Kereta said…
Kereta ini mengalami gangguan pada speed sensor,pertukaran tidak baik,gantikan juga minyak Auto Transmission dan autofilter,in sha allah ok
Unknown said…
Sy pkai flx,knpa saya turunkn butang lock kereta pada pintu utama tp pintu lain tidak terikut,harap blh bantu.tq
Unknown said…
Salam..ada masalah tak kalau bahagian dalam kotak fius terkena air?
Mekanik Kereta said…
motor pada lock pintu utama telah rosak,perlu tukar
Mekanik Kereta said…
wslm,memang akan ada masalah jika tidak dikeringkan terutamanya pada relay,laluan fuse dan sekitar kotak fuse,jika tiada pengering angin,lap dan biar sehari tanpa digunakan
Chot said…
as salam..tuan...sekadar bertanya..macamana nk hilangkan bunyi pada kereta semasa kita lock atau unlock menggunakan remote kunci kereta?
Unknown said…
terima kasih bos, nnt sy cuba tukar ..
Mekanik Kereta said…
wslm,dalam boot enjin terdapat satu speaker biasanya berwarna hitam,tanggalkan sambungan soket tersebut,in sha allah tiada bunyi lagi pada speaker alarm
frost 1412 said…
salam encik, sy guna kereta saga. Anak saya telah membiarkan lampu kereta ats bumbung menyala semalaman...saya pun x perasan sebab saya x keluar rumah...malam keesokannya masa nk keluar tu baru perasan lmpu terbuka, pintu kereta pun x tutup rapat...sy nk start kereta tp x berfungsi...lepas tu keluar pulak lampu amaran check engine...masalah dia apa sebenarnya? masalah habis bateri ke? agak2 berapa kena byr?
Mekanik Kereta said…
wslm,bateri weak,guna jumper in sha allah boleh hidup,jika nak tukar bateri kosnya sekitar rm200
Unknown said…
cabut wayar negatif ada effect ke kat aircond ? lepas saya cabut hari tu tiba2 aircond saya problem sejuk tak sejuk bila jalan jem.. sampai hari ni..apa saya perlu buat ?
Mekanik Kereta said…
jika cabut sambungan bateri negatif tidak jadi apa2,ada 2 sebab mengapa aircon menjadi sejuk yang tidak tetap,pertama akibat dari RPM enjin yang rendah dan menurun menyebabkan suis automatik pressure sekejap hidup dan mati semula,kedua sebab cooling sensor yang tidak bekerja lagi tetapi jika sejuk berterusan ketika waktu kereta berhenti seketika akibat jam,ia disebabkan kompressor yang telah rosak tidak berdaya menahan tekanan lagi
Unknown said…
Nak tanya kawan kawan disini,masalah kereta saya persona 2007,masalah sekarang plug no3 tidak berfungsi,dah tukar plug cable coil baru,sensor e2 sensor crankshap,sensor atas sensor yg sama waktu dengannya,last2 pomen kata nak kena top voerhoul nie,dah overhoul tetap juga macam tu..hantar p scan keluar lambang nie ho2s sensor bank 1 sensor 3 masalah...mustahil dah tukar sensor o2 hari...
Mekanik Kereta said…
ada masalah pada ECU,sebaiknya ganti ECU kerana membekalkan isyarat yang tidak cukup untuk kuasa pada plug
Unknown said…
assalam.........persona saya ada masaalah,apa bila engin di hidupkan engine idle cantik..apabila pedal minyak ditekankeadan engin running tinggi rendah..trottle body elok berfungsi....pedal seolah olah tidak berfungsi...sekian tlg balas dgn kadar segera nak guna kereta ni...terima kasih kerana sudi membantu
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu servis throttle dan tuning enjin serta gantikan sensor idle pada throttle body
private mafia said…
salam bro. nk tnya. kete preve exec .crank blh .tp enjin x hidup. kat meter xdee aper nek. sblm jd. bila start enjin knocking .tekan minyak mcam semput. pastu try matikam dan start blik. dah xleh.
Fres said…
Mslh kreta langsng tak berfungsi..pdahal bru turun kejap dr jalan.. skali start lngsng takda respond apa problem ya.. batry pn kuat.. proton flx.
Mekanik Kereta said…
jika panel meter menunjukkan isyarat penuh bermakna ia adalah masalah connection ke starter,wayar pada starter mungkin tercabut atau starter telah jam
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa minyak enjin pastikan cukup,perlu pastikan ia tidak bocor.Masalah knocking awala berpunca dari minyak enjin yang tidak cukup
Unknown said…
salam bos... mohon bantu sy.. kereta myvi sy, meter rmp jadi naik turun naik turun... pastu econ tak sejuk.. pergi kedai, dia cuci tb rm60.. econ ok dh.. lps sebulan jadi lagi naik turun rmp.. tp econ ok kali ni, cuma kadang2 keluar lampu check engine, kadang2 keluar o/d off berkelip2.. pergi bengkel lain plak, dia cuci tb rm80.. ni jadi lagi rmp naik turun, kdang2 mcm nk mati engine tu..tlong bantu sy😢😢😢
Mekanik Kereta said…
wslm,ada 2 sensor pada throttle iaitu throttle position sensor dan throttle idle sensor,tidak perlu ganti keduanya tetapi idle sensor mesti diganti,setelah diganti reset ECU perlu dibuat,semak post saya dibahagian reset ,bagaimana cara reset ECU
Unknown said…
Assalamualaikum sy pakai wira 1.8 manual nak start tak boleh api suis tiada langsung lmpu jam check enjin semua tak nyala knapa yaa
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tiada keseluruhan isyarat pada panel ialah sebab bateri yang lemah.Jika hanya isyarat check engine yang tiada ,ia ada masalah dengan ECU dan biasanya soket longgar atau ECU terbakar
Unknown said…
Salam tuan.. Kereta saya alza.. Tak boleh boleh start enjin.. Dan lampu immobiliser di dashboard berkelip2.. Biasa nya kalau dah cucuk kunci. Lampu tu mati.. Skrng ni cucuk kunci tak mati2.. Kereta pun tak boleh start.. Persoalan nya apa yg bermasalah skrng..? Tq tuan
Deanz Eilyanzo said…
Assalamualaikum tuan, gen2 cps 2008. Lampu kereta sliding warna oren menyala.knape ya.macam mana nk ilangkan.
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah immobilizer,perlu reset semula sistem immobilizer
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika check engine light yang saudara maksudkan,ia adalah kerana masalah sensor,buat scanning OBD untuk pastikan sensor yang terlibat
Unknown said…
salam..saya kereta saya gen2 2015.masalah kereta saya door indicator malam dan akan terpadam dengan sendiri apabila pintu dibuka.serta meter rpm,temperature dan minyak tidak turun setelah enjin dimatikan.untuk normalkan balik kena on balik enjin baru ketiga-tiga meter ni akan turun semula kadang-kadang speedometer yang naik bila kereta bergerak.fius dah periksa tiada yang terputus.adalah ia disebabkan meter mengalami kerosakan.
Mekanik Kereta said…
wslm,ada 2 sebab samada meter rosak ataupun longgar pada soket penyambung di belakang meter,perlu diperiksa
Unknown said…
Assalammualaikum tuan,kereta saya satria neo 1.6 auto eletrik tak sampai ke fuel pum,Jdi tak dpat nak start,relay semua dah cek,fuel pum dah tukar baru,bole bantu saya tuan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,baiki pada relay,guna test light untk periksa pin mana yang tiada supply electric dan jika ada arus ,perlu periksa pula pin mana yang tiada cas negatif
Unknown said…
Salam...sya dr bintulu,sarawak..sya pkai axia advance auto..nak tnye reset ecu dier sma mcm reset keta proton ke?
Unknown said…
Bagaimana saya boleh reset ecu kenari
GeLer KenTAng! said…
Macam mana nak pasang/set throttle body switch/sensor? Beli baru terus pasang engine mengaum. Tolong saya. 0135270130
Khai said…
Assalam tuan , nak tanya baru2 ni saya ada beli alarm remote control perodua viva then dah sett (set sendri follow youtube) alarm pon on ..tapi bila saya tekan alarm remote control yang lama tu tak on pulak ?? maksudnya bila dah set alarm baru maka alarm lama xon kah , memang macam tu kah ??
Unknown said…
Salam nak tanya boleh ke saya buat reset ecu walau takda ape yg berlqku
Mekanik Kereta said…
gunakan cara yang paling mudah iaitu dengan menanggalkan kepala negatif bateri selama 10 minit,pasang semula hidupkan enjin selama 10 minit juga
Mekanik Kereta said…
perlu setkan semula kedu2 sensor throttle yang boleh dilaraskan iaitu throttle position sensor,longgarkan 2 skru dan laraskan sehingga idling yang paling baik iaitu rendah tercapai
Mekanik Kereta said…
wslm,alarm ada setting sendiri dan code sendiri untuk kotak hitam,jika ditukar bermakna yang lama tidak boleh digunakan lagi
Mekanik Kereta said…
wslm,ada juga yang gunakan cara reset untuk mengembalikan kesan keatas penggunaan minyak,ECU yang diresetkan ke default boleh menjimatkan minyak sekitar 20 peratus
hunnybunny said…
Salam Encik. Sy guna satria neo. Masalah saya, bila isi petrol, tak sampai 2 hari lampu petrol menyala. Selalu isi 10l. Sy hanya bawa kereta sekitar kawasan rumah shj ulang alik rumah ke lrt yg jaraknya tak sampai 10km. Sy perlu buat tuning atau macamana ya? Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,float mnyak telah rendah,perlu ganti float minyak kerana ia cepat mengeluarkan isyart minyak kurang
Unknown said…
HI, selamat tengahari ,saya pakai kereta proton exora tiada turbo. apabila telah start engin , minyak naik sehingga 1.5rpm . throttle telah dibersihkan dan reset tapi sama juga. kereta saya juga sangat makan minyak 150km untuk RM50. Apakah saya yang harus di buat ? adakah apa cara untuk membuatnya sehingga jimat minyak dan berkuasa?
Mekanik Kereta said…
RPM harus direndah ke 900-1000 rpm,buat tuning dan setting computer,jika ia kembali stabil,ia akan jimat minyak,tukar plug,air filter dan ganti head cover gasket jika ada bocor,minta mekanik bersihkan kotak air filter juga
hunnybunny said…
Boleh sy dapatkan anggaran harga utk tukar float minyak (satria neo).
Mekanik Kereta said…
float minyak satria tinggal di dalam fuel pump,biasanya tukar sekali dengan fuel pump,kos kira2 rm400
Unknown said…
Salam tuan..sya pkai preve cfe.knapa kreta sya ssah nk start n sya dh reset mcm cra tuan ckap tp bila dh hdup jd smput2 mcm tuning xcun..tnya pomen dia ckap bcm problm..btol ka tuan.
Unknown said…
assalam boss..sy ada vios 2nd gen standard, klau nk tukar plug denso iridium ada effect apa2 x? Dan jika tukar plug perlu x reset apa2? Mohon pencerahan. #newbie tq😘
Unknown said…
Salam..klau tukar plug kena reset apa2 x?
Unknown said…
Assalam...

Semalam kereta saya semput dan tetiba mati di tengah jalan. Setelah check masalah bateri. Bila diganti, kereta masih tidak mahu hidup. Ada yang membantu dengan buat kumpulan start dari kereta lain, sekarang nie kedua-dua kreta x boleh start.
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh guna iridium ,tiada masalah dan tak perlu reset apa-apa.
Mekanik Kereta said…
wslm,tidak perlu
Mekanik Kereta said…
wslm,susah start tiada kena mengena dengan reset ECU,walaupun kaedah reset boleh digunakan.Crank sensor,fuel filter kereta ini bermasalah perlu ganti.BCM adalah body control module,ia hanya akan jadi bermasalah jika terlalu banyak wiring dan electrical untuk pintu,power window,cermin sisi,immobilizer dan keseluruhan button pada panel board sahaja
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin mati atas 2 sebab iaitu tiada api ke plug dan fuel pump tidak bekerja,enjin yang mati tiba2 tiada kena mengena dengan bateri.Bateri hanya digunakan untuk hidupkan kereta dan kegunaan lampu,radio dan mengecas semula bateri
BEN said…
salam,sy baru servis throttle body waja 1.6 2002,lepas siap pasang terasa mcam rpm tinggi sangat walaupun tak on aircond,tinggi smpi 12.cmne eh?
Mekanik Kereta said…
wslm,servis sembur perlu kering,jika tidak sensor tidak boleh baca dan RPM akan tidak stabil,perlu adjust sensor juga
Unknown said…
Waja outo campro 1.6...masalahnye...bila masuk gear D..xbole nk jalan..masuk L3 bru dpt jalan...apa masalhnye ye tuan??
BlueIguana said…
Assalamualaikum, sye gna saga blm, baru tukar timing belt dn belting luar skli..sb nk jln jauh, bile smpai destinasi sye matikan enjin, kmudian start balek x hidop. Batery baru 2 bulan tukar. Boleh bantu sye. Tq
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,perlu periksa semula timing belt kerana di kawasan tersebut jika ada bocor mudah menyebabkan enjin sukar hidup
Mekanik Kereta said…
jika saudara telah lama tidak tukar minyak gear dan autofilter,perlu tukar segera,minyak gear yang kotor atau bocor memudahkan lagi gear untuk beekerja dengan baik lebih2 lagi gear auto
Unknown said…
Salam tuan, Sy ade myvi 07. Da cek wire diagnose pastu dia kluar throttle sensor signal. Nk kena tukar throttle body atau just tukar sensor tu je ye tuan? Ada cadangan
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah sensor tukar sensor saja ,tak perlu tukar throttle body
Unknown said…
Salam sahabat. Kereta saya baru tukar alternator.. tp lampu engine masih menyala malap.. apabila cabut bateri, engine masih hidup.. boleh beri cadangan.. kereta jenis vios 2008.
Mekanik Kereta said…
wslm,kuasa volt alternator kurang,cari yyang lebih kuasa amphere atau volt
Unknown said…
Assalam bang,2 bulan lepas sy mengalami accident. Selepas dari itu indicator airbag sentiasa menyala bila on engine. Adakah kaedah reset ecu dengan buka negative cable pada battery boleh digunakan. Saya dahulukan dgn Terima kasih atas penjelasan abg.
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh digunakan cuma jika tidak hilang ada sensor airbag yang rosak
Unknown said…
Salam cik nk tnye proton wira tp da tukar enjin 1.8 soch.bila sy on switch fuel pump xde bunyu buzzing..pastu sy cek kt relay fuel pump bila letak 1 wayar body kt salah satu wayar kt soket tu bru ade bunyi buzz ..ape yg patut sy buat.mntk pencerahan
Unknown said…
salam tuan,
nak tanya jika meter digital selalu reset sendii kenapa ye? kereta proton gen2 tahun 2006
Mekanik Kereta said…
wslm,relay kehilangan kuasa negatif,panel yang hilang kuasa negatif bertanda 85,perlu sambung wayar negatif dari body atau dari negatif bateri
Mekanik Kereta said…
wslm,meter tu dah rosak
Unknown said…
Salam encik saya pakai kereta persona elegenc..masalah kerete nih bila kita matikan enjin dan buka pintu untuk keluar dr kereta alarm tiba2 berbunyi..satu lagi masa kita tengah bawak kereta tiba2 radio dan meter off sendiri...tolong encik saya buntu dh
Hasliza said…
Salam, kereta wira 1.3 saya bila hidup kan enjin akan jadi alarm, then saya reset baru boleh start enjin.
Boleh jalan tapi timing rendah. Bila on Aircond terus enjin mati. Ada simbol enjin kat dash board, p proton kata ada masalah kat ecu. Tengah tunggu proton cari kan ecu lain... Mcm susah je nak cari... Min. Ada cadangan lain tak.. Huhu
Mekanik Kereta said…
wslm,wslm,mesti periksa soket yang disambung ke panel meter ,jika ia menjadi longgar keadaan ini mudah berlaku lebih2 lagi ramai yang mengalami masalah demikian dan bertanya saya mengenainya pada kereta Gen2 dan Pesona.Soket tersebut perlu diketatkan
Mekanik Kereta said…
Wslm,ECU boleh dibaiki
Unknown said…
Assalamualaikum tuan..myvi saya xdpt start tapi bunyi clank ad..lps tu indicator engine saya hilang..sya nak tnya..adakah engin saya x dpt start dsbbkn indicator servis x menyala atau ad masalah yg lain..tlg bantu saya tuan...
Unknown said…
Salam sejahtera owner blog.
5 bulan yg lepas, sya tukar throttle body baru (recond) kereta wira 1.6. Mslhnya skg, enjin tiba2 mati semasa bhnti di trafic light (idle), start balik bole, bhnti jer, rpm jatuh terus enjin mati. Sya dah bawa ke bengkel, pomen kata, gear kit dlm throttle body masi elok, apa lg kerosakan yg bole mnyebabkan enjin mati tiba2.
Tolong bgi pendapat owner blog tq
Unknown said…
Hi..monitor kat kereta viva saya semua simbol lampu berkelip tiap kali kereta saya bergegar..apakah masalah nya ? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,benar isyarat enjin mesti ada,jika tiada ada kemungkinan ECU terbakar ,periksa fuse
Mekanik Kereta said…
salam sejahtera,idle sensor pada throttle tidak kesan isyarat untuk idling,samada ia rosak atau perlu reset ECU,juga jika hose vaccum perlu diperiksa untuk pastikan ia bekerja,reset ECU dahulu dengan cabut ECU fuse 30 minit.
Mekanik Kereta said…
saya rasa soket pada panel meter longgar dan mungkin hampir tercabut,sebaiknya buka meter dan periksa
Hubungi said…
tumpang tanye... saga flx tiba2 kluar icon minyak hitam ...tak lame pastu kete terus xboleh start kenape nye?

Popular Posts