Reset Ecu Gearbox atau TCM (Transmission control Module)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 2023

Alhamdulillah ketika ini kita hampir 80 % kembali ke keadaan biasa selepas 2 tahun lebih kita berada dalam pandemik covid19. 

Post hari ini adalah mengenai reset TCM (Transmission Control Module) atau biasa dipanggil Reset ECU gearbox.

 Alat TCM ini biasa disediakan dalam bentuk kotak kecil dan dilokasikan pada sisi gearbox auto atau diletakkan dibawah karpet kaki penumpang depan. Alat TCM ini juga berisiko untuk rosak atau tempang (malfunction) jika kena air dan kotoran seperti minyak yang sangat banyak. Ini kerana alat ini adalah bersifat elektronik.


 TCM dari Toyota Camry troublecodes.net






Secara asasnya TCM adalah komponen elektronik pada Auto Transmission yang bertanggungjawab menghuraikan isyarat elektrik daripada sensor bahagian lain dalam kenderaan yang berkaitan dengan gearbox seperti sensor pedal minyak, speed sensor dan juga throttle position sensor. Oleh itu komponen ini memang boleh diresetkan ke default untuk kembalikan gearbox supaya menuruti tetapan setting yang telah dilengkapkan.

Masalah gearbox

Masalah-masalah yang kerap dikesan di gearbox melalui pemanduan apabila setting ini lari dari kedudukan default dan perlu diresetkan ialah seperti:-

1. Gearbox slip atau gear bertukar secara tidak normal ke gear lain contohnya gear 1 terus ke 3 atau 2 sahaja dan enjin mengaum.

2. Lambat masuk gear ketika pada D dan ketika pedal minyak ditekan

3. Sukar untuk bertukar dari N ke D dan lain2 gear di panel.

4. Penggunaan minyak yang ketara bertambah dari waktu biasa pemanduan.

Jika ada terdapat masalah-masalah seperti di atas sebaiknya lakukan reset adalah usaha pertama yang perlu dilakukan untuk kembalikan sistem gearbox ke setting asal.

Reset TCM Auto Transmission secara manual DIY

Reset TCM adalah sesuatu perkara yang boleh dilakukan secara sendiri DIY melalui step yang akan diterangkan di bawah ini. Harus diingat kaedah ini tidak terpakai kepada semua jenis kereta dan ia boleh dicuba. Ini kerana ada reset yang memerlukan alat OBD (Onboard Diagnosis) untuk reset auto transmission. Untuk jenis Ford, Nissan, Toyota ini boleh digunakan manakala hampir semua kereta Malaysia memerlukan alat OBD untuk reset TCM. Kaedah DIY  ini hanya kaedah manual yang sangat ringkas dan mudah.

1.Hidupkan enjin

2. Letak Gear pada N

3. Padamkan Enjin kira-kira 20 saat

4. Letak gear pada P

5. Pusingkan kunci semula pada ON tetapi jangan hidupkan enjin.

6. Tunggu hingga 20 saat lagi

7. Pusingkan kunci ke OFF dan pusing semula ke ON

8. Letak gear pada D

9. Bunyi reset akan keluar tanda sistem telah diresetkan

10. Hidupkan enjin tanda proses reset berakhir dan kereta boleh dicuba

Jika keadaan masalah masih seperti biasa gunakan alat OBD di workshop berdekatan untuk resetkan sistem gearbox anda.


Comments

Pos Popular

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Pelarasan enjin