Skip to main content

Posts

Makluman tukar nama dan alamat ke mekanik kereta

Assalamualaikum, Pertama sekali blog yang dahulunya dikenali sebagai kerosakan kereta mengucapkan salam maulidur rasul dan bersyukur serta berterimaksih kepada sokongan pengunjung yang tak putus-putus sejak blog ini dimulakan sekitar tahun 2008. Olehkerana faktor-faktior keselamatan secara teknikal untuk terus  menerbitkan post secara online maka pada tahun 2014 ini ,blog ini yang dahulunya beralamatkan kerosakan kereta telah menukar nama kepada Mekanik kereta serta alamatnya juga telah ditukar kepada mekanikkereta.com  atau www.mekanikkereta.com  . Semuga blog yang beralamat baru dan bertajuk baru ini akan terus menyumbangkan manfaat kepada pengunjung seperti sebelumnya. Blog Mekanik Kereta juga secara rasminya tidak akan menerbitkan post yang lain selain dari automotif repair iaitu semuanya adalah mengenai permasalahan kerosakan dan pembaikan samada penyelesaian,masalah,baiki,modifikasi,enjin,badan kereta,dan keselamatan penggunaan komponen serta alat. Ruangan ...

Engine swap

Assalamualaikum dan Selamat Aidiladha, Engine swap atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan kereta yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin

Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.

Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan

Salam Maulidurrasul dan Selamat Hari Wilayah Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kumulakan tulisan ini untuk panduan ramai pengguna bagi menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter .Semuga ia dapat dimanfaatkan.Insyallah.

Teksi dan penggunaan NGV

Salam, Teksi begitu sinonim dengan penggunaan NGV (Natural Gas vehicle) di Malaysia. Mengapa agaknya hanya teksi yang banyak dikaitkan dengan penggunaan NGV? Ini kerana gas tersebut adalah bahan bakar yang murah berbanding petrol atau disel. Rata-rata teksi di Malaysia mahupun di dunia menggunakan bahan bakar ini untuk beroperasi setiap hari terutamanya teksi-teksi penumpang Lapangan Terbang.

Kereta baru atau kereta terpakai?

Salam, Secara keseluruhannya kereta memang menjadi pilihan berbanding kenderaan lain seperti motosikal dan bas sebagai alat pengangkutan. Walaupun pada abad ini terdapat kemudahan pengangkutan awam yang lebih teratur seperti LRT,MRT,keretapi penumpang,bas dan teksi tetapi kereta masih utuh sebagai pilihan utama ramai orang ,bukan saja sebagai pengangkutan malah sekarang kereta telah dihiaskan sebagai daya tarikan yang mencerminkan gaya,keunggulan dan kekuasaan. Kereta hibrid dan elektrik pula jadi pilihan masa kini seperti jenama Tesla.

EP90 dan SAE140

Salam Sejahtera, Terdapat dua jenis minyak gear yang digunakan untuk gearbox atau kotak gear.Sepertimana umumnya kotak gear memainkan peranan utama dalam pengendalian gerigi gear untuk bergerak ataupun menukar gear. Secara khususnya pula kotak gear adalah pengendali utama dalam memberikan keupayaan kepada pergerakan roda dan bukannya sebuah kereta. EP90 adalah minyak gear manual EP90 

Air minuman dibotolkan untuk radiator

Sepertimana ramai yang mengetahui air adalah baik untuk kesihatan tubuh badan dan berjaya mengekang kemasukan banyak penyakit untuk tubuh.Air  yang asli adalah air yang diambil dari bawah tanah sekitar kedalaman 320 kaki dan disuling. Kajian juga menyatakan bahawa kandungan asas seperti kalium,magnesium,sodium,potassium chloride dan sulphate adalah kandungan asas dalam air .

Dimana letaknya pin tukaran pada gearbox auto.

Dalam video dibawah terdapat satu pin berbentuk gerigi dan mempunyai cangkuk yang dimasukan kedalam gerigi gear.Pin tersebut banyak menyebabkan peralihan gear yang tidak elok,kadangkala beralih dengan sendiri disebabkan pin yang rosak atau haus.Ini boleh memberikan ketidakselesaan dalam pemanduan.

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya! Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Satay atau sate

Di dalam industri automotif dan mekanikal di Malaysia terdapat banyak komponen-komponen kereta dan alatan yang dipanggil dengan berbagai nama.Olehkerana acapkali digunakan ia telah menjadi satu trend bagi semua kedai alatganti dan bengkel sahaja yang menggunakannya secara meluas sesama mereka. Walaupun begitu perkataan-perkataan ganti nama bagi komponen-komponen atau alatganti tersebut telah digunakan juga antara penjual dan pembeli alatganti kereta dan kenderaan di Malaysia ini.Ia semakin merebak dan menjadikannya satu perkataan gantinama yang mudah dan senang difahami untuk mereka yang faham sahaja dan selalu berkunjung ke bengkel-bengkel  kereta dan kedai-kedai alatganti baru dan juga lama yang selalu dipanggil kedai POTONG.