Pelarasan enjin
Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM.
Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.
Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.
Engine tuning begini juga memerlukan plug,air filter dan kabel plug yang berfungsi dengan baik supaya apa yang dipanggil IDLE enjin dapat dicapai. Untuk mencapai kelajuan RPM pada sekitar 900-1000 adalah amat sesuai untuk engine berjalan dengan baik walaupun ketika aircond dihidupkan.
Pada kebiasaannya tindakan aircond dan kompressor akan menyebabkan RPM enjin menurun sekitar 100 RPM.Pada sistem karburator penurunan RPM tersebut akan disesuaikan dengan suis FICD (fast idling control device)aircond yang bertindak mengekalkan RPM pada kadar yang sesuai bila aircond dihidupkan. Manakala dalam sistem injection(pancitan minyak) engine tuning dilakukan dengan menggunakan alat diagnose digital (pembaca kod kerosakan) yang perlu ditetapkan kepada jenis-jenis kereta.
Alat ini pula berhubung dengan ECU (engine control unit) yang menyesuaikannya pula dengan sistem enjin. Penggunaan alat diagnose begini adalah lebih mudah dan kebanyakan kereta-kereta model sekarang telah dilengkapi dengan sistem ECU yang bertindak melakukan pelarasan enjin kepada IDLE ketahap RPM yang lebih stabil. Pada sesetengah kereta yang menggunakan sistem karburator terdapat adjustment screw (skru pelarasan) pada karburator yang boleh dipusingkan untuk menaikkan RPM seperti kebanyakan pada kereta Malaysia seperti Kancil dan Wira.
Skru pelarasan minyak betul-betul dibelakang karburator boleh dipusingkan sedikit untuk membantu RPM yang terlalu rendah dan boleh dilakukan sendiri oleh pengguna kereta sebelum berjumpa mekanik untuk melakukan keseluruhan engine tuning.
Terdapat juga skru pelarasan minyak sedemikian pada sistem injector yang boleh dipusingkan sementara supaya RPM dapat ditinggikan sementara skru yang terletak diatas throttle body injector Wira boleh dipusingkan sedikit untuk RPM pada 1000 semula.Jika menghadapi kesulitan seperti asap yang hitam dan RPM yang sedikit-sedikit menaik hendaklah merujuk kepada mekanik.
Dalam enjin disel pula biasanya angin dalam injector perlu dibunagkan dengan kaedah bleeding injector yang mana enjin dihidupkan dan minyak dari injector dikeluarkan sedikit-sedikit . Kaedah bleeding ini akan menghilangkan asap hitam yang banyak dan menjadikan enjin disel tersebut lebih stabil dengan RPM yang sesuai untuk digerakan dengan lancar.
Comments
Tunning karburator 4G15p wira
1.SOP tunning minyak, angin dan api yg mana mesti dilaras dulu
2.Berapa bukaan/pusingan (nisbah) standard bagi minyak dan angin
3.Cara set api (distributor) dan bagaimana mengetahui api dikedudukan yg betul atau stabil
TQ
1.mana2 pun boleh laraskan dulu
2.Nisbah angin 2 minyak 1 iaitu 2:1
3.distributor perlu dipusing ketika enjin hidup,ia stabil bila idling rendah pada kira2 900-1000 rpm
kereta saya viva 1.0 tahun 2008.
ada beberapa masalah :
1) kadang-kadang bila dah start enjin, meter rpm dia tak naik langsung (tak bergerak), tapi ada masanya naik dlm 0.5 je. ada masa yg lain ok je.
2) bila idle + aicond, sy rs bergegar kat bwh kereta (dkt ekzos). gegar kejap lps tu ok. lepas tu gegar balik. berselang seli. rpm pun sama. kejap naik kejap turun.
3) bila drive bukak aircond, brek kat bonggol jalan ataupun brek kat traffic light, bergegar jugak. tapi bila jalan mcm biasa, ok je..
2 bulan lps bergegar lg teruk. kat traffic jam, dia semput mcm nak mati enjin. lepas tu sy bwk pegi check, dia kata compressor aircond sy rosak. bila dah tukar, hilang sikit gegarannya tapi skrg datang balik.
nak tukar kereta tp blm ada rezeki lagi.
harap boleh tolong saya.
tq
Masalah yang saudari hadapi adalah masalah throttle body,sebaiknya tukar atau servis insyallah ok
Ape mslah keta klau start msa engine sjuk rpm drop abis dn enjin keta pn pdam.msa jln keta pn semput2 dn ekzos meletop2 jer.tukar plug dn service throttle body pn sma.
kalau pakai injection ?
Jika ini ok ia menunjukan FICD switch adalah baik tapi jika sebaliknya yang berlaku saudara perlu tukar FICD switch.
2.Berat enjin juga terjadi jika cps sensor tak ok,ini menyebabkan rpm tak stabil dan minyak juga tidak diagih dengan baik dan enjin kurang kuasa seterusnya memburukan lagi kekuatan enjin ketika a/c masuk,tukar cps sensor
Kelisa Ezi 1000cc Auto
Problem: Mati Enjin ketika shift gear. (Jarang berlaku)
Solution: ???
Terima Kasih.
KERETA SAYA MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI BERIKUT
# KERETA SAYA SUKAR UNTUK MEMBUAT PERTUKARAN GEAR DARI GEAR 4 KE GEAR 3.KENA REM MINYAK BARU BOLEH MASUK @ SEMASA MEMBELOK/U TURN MUDAH NAK TUKAR GEAR..BOLEH TAHU MASALAH APE NI TUAN..ADAKAH MASALAH PADA DI GEARBOX..
SAYA PAKAI HONDA FERIO
Saya ingin bertanya,kereta wira 1.3 injection selalu mati2, mcm timing rendah, tiap2 kali bile nak berhenti dlm timing rendah kereta mati macam minyak xsmpai, bile start ok, hanta kedai mekanik Kate xleh adjust timing takut injection gear lock, ape yg saudara leh suggest, Dan boleh x anggarkan kos repair yg perlu terima kasih kerana mmbantu
salam bro saya pakai myvi 1.5 A dulu sya tukar open pod works top speed ,pick up kreta cantik .lepas masuk paiping 4,2,1 trus pickup jatuh top speed jatuh minyak makan plug kreta pon saya dah tukar iridium .mohon orang yg arif tolong bantu saya tq.
Sy dh servis karburator, pomen kata karburator sy xde mslh?pelik jgk
saya pakai kancil 850(m),masalah kereta saya ialah bila pagi kereta bila dihidup kan akan mati sebab rpm terlalu rendah dan bila sudah jalan n enjin panas rpm bacaan dekat 2.untuk makluman kereta saya baru top overhaul.mekanik ckp caburator sy dah kong.mcm ne utk atasi yer.adakah kena tuning atau servis atau tukar baru?kalau tukar brape kos yer?
saya pakai kereta myvi icon 1.3 2015, tapi bila naik bukit tekan minyak jadi macam sebu la, xde pickup langsung, kenapa ya? mileage pun x sampai 1000 lg.
Terima kasih
Masalah kete sy tk blh start enjin..sy check spark plug tu ada kesan minyak engine...apa nak buat ye..mohon bantuan tuan...
perlu buat top overhaul kerana seal valve telah haus dan perlu diganti,minyak telah naik ke atas
Ada ketika lambang chek enjin terpapar dan akan menyebabkan kereta jadi semput(tebatuk-batuk) dan ada ketikanya akan mati apabila di trfik light ataupun d roundabout...apabila lambang chek enjin padam keta akan normal balik..minta bantuan kepada yg pakar, apa benda yg patut dibuat pada enjin myvi sy ni..
1) dlm keadaan idle,rpm pd 1000/1500rpm dan ketika on a/c sekitar bwh 2000rpm,masalahnya dlm keadaan idle,sy menekan pedal dan kelihatan rpm mengambil masa 2 3 saat utk kembali ke rpm idle. begitu juga ketika memandu. rasa seperti rpm trlalu tinggi dan lambat turun. adakah berpunca dr vakum hose bocor? sy dh buntu nk bertanya di kedai2.
2) sy ingin membaikpulih sistem gantungan di mana skrg bila drive di jalan yg berlopak2,kereta bergegar kuat. bolehkah tuan beri saranan apa yg perlu ditukar utk mendapatkan keselesaan yg memuaskan utk kancil 850 sy?sy amat berharap bila drive kancil ni rsa mcm naik mercedes,selesa dan soft je bila pandu di jalan yg xelok. harap dpt berikan info detail utk sistem gantungan yg maksimum.
sekian,terima kasih
SYAFIQ850
1.Perlu servis throttle body dan tuning semula enjin
2/tukar mounting enjin ,ada pecah
Kalau berhenti di traffic light dlm keadaan gear D, enjin akan bergegar seakan nak mati tapi tak mati. Namun tak rasa gegar kalau letak tuil di N dan tarik handbrake.
Mengapa keadaan seperti ini berlaku? Saya dah bawa pergi bengkel tapi dia cakap mounting ke apa ntah tapi katanya gegar tak kuat. Tak perlu buat. Sedangkan dalam waktu waktu tertentu gegaran kadang rasa kuat kadang tak berapa kuat. Mohon bantu penerangan. Tq
saya nak tanya kenapa kereta saya wira aeroback 1.5 kalau saya hidupkan a/c enjin dia semput2 , kadang2 mati , tpi kalau saya tak on kan a/c timing kereta ok x semput2 ... tolong beritahu saya apa yang patut saya buat ? ...
Saya pakai kereta wira aeroback 1.5 , kereta tu kalau saya hidupkan a/c kereta tu semput ,kadang2 enjin mati . tpi kalau saya tak hidupkan a/c enjin ok tak semput . jdi saya nak tahu apa masalah ni ? , tambahan pula timing kereta rendah , apa perlu saya buat ?
saya guna wira 1.5 carburetor tahun 1995.. masalah engin saya naik temprature jika aircond di hidupkan, dan temprature akan turun balik jika aircond kena off..apa masalahnya tu en.admin? terima kasih..
Jika terpaksa tekan minyak saja ketika gear dimasukan bermakna kereta masih tidak boleh idle dengan sendiri akibat kekurangan oksigen untuk pembakaran ,tukarkan O2 sensor dan fuel filter insyallah ok
Nak tanya la.. Kenapa RPM Proton Waja tiba-tiba rendah dan terus menyala lampu enjin. Kadang-kadang tgh speed tetiba mcm ada jerk sikit terus menyala lampu enjin.. apa puncanya?
Seminggu yg lalu van saya sering semput.
Hari ini smpai traffic light enjin tiba tiba mati. Start hidup tapi dok semput. Enjin guna contact point. Apa masalah van saya ..mohon pencerahan tuan