Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Pelarasan enjin

Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM.
Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.

Engine tuning begini juga memerlukan plug,air filter dan kabel plug yang berfungsi dengan baik supaya apa yang dipanggil IDLE enjin dapat dicapai. Untuk mencapai kelajuan RPM pada sekitar 900-1000 adalah amat sesuai untuk engine berjalan dengan baik walaupun ketika aircond dihidupkan. 

 Pada kebiasaannya tindakan aircond dan kompressor akan menyebabkan RPM enjin menurun sekitar 100 RPM.Pada sistem karburator penurunan RPM tersebut akan disesuaikan dengan suis FICD (fast idling control device)aircond yang bertindak mengekalkan RPM pada kadar yang sesuai bila aircond dihidupkan. Manakala dalam sistem injection(pancitan minyak) engine tuning dilakukan dengan menggunakan alat diagnose digital (pembaca kod kerosakan) yang perlu ditetapkan kepada jenis-jenis kereta.

Alat ini pula berhubung dengan ECU (engine control unit) yang menyesuaikannya pula dengan sistem enjin. Penggunaan alat diagnose begini adalah lebih mudah dan kebanyakan kereta-kereta model sekarang telah dilengkapi dengan sistem ECU yang bertindak melakukan pelarasan enjin kepada IDLE ketahap RPM yang lebih stabil. Pada sesetengah kereta yang menggunakan sistem karburator terdapat adjustment screw (skru pelarasan) pada karburator yang boleh dipusingkan untuk menaikkan RPM seperti kebanyakan pada kereta Malaysia seperti Kancil dan Wira. 

Skru pelarasan minyak betul-betul dibelakang karburator boleh dipusingkan sedikit untuk membantu RPM yang terlalu rendah dan boleh dilakukan sendiri oleh pengguna kereta sebelum berjumpa mekanik untuk melakukan keseluruhan engine tuning.

 Terdapat juga skru pelarasan minyak sedemikian pada sistem injector yang boleh dipusingkan sementara supaya RPM dapat ditinggikan sementara skru yang terletak diatas throttle body injector Wira boleh dipusingkan sedikit untuk RPM pada 1000 semula.Jika menghadapi kesulitan seperti asap yang hitam dan RPM yang sedikit-sedikit menaik hendaklah merujuk kepada mekanik.

Dalam enjin disel pula biasanya angin dalam injector perlu dibunagkan dengan kaedah bleeding injector yang mana enjin dihidupkan dan minyak dari injector dikeluarkan sedikit-sedikit . Kaedah bleeding ini akan menghilangkan asap hitam yang banyak dan menjadikan enjin disel tersebut lebih stabil dengan RPM yang sesuai untuk digerakan dengan lancar.

Comments

Mekanik Kereta said…
wsalam,pada vakum hose ke throttle body dan head ada actuator dihujungnya ,jika ia tak berfungsi dengan baik RPM akan rendah dan menjadi sangat rendah kerana halangan udara
Unknown said…
Salam abang, saya menggunakan kia spectra 1.6 auto. Kereta saya bergegar bila buka aircond. Kalau tak buka pon gegar sikit. Seakan akan nak mati, tapi tak mati.boleh tolong bagi tahu sebab dan cara mengatasi masalah ni tak? Tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis throttle body ,ganti tps sensor insyallah ok
Unknown said…
maaf nk tanya meter persona sy kelip2 da g kdai2 suh g cek kt cntre wt komputer cek.. nk tnye ade beza ke komputer cek n tuning tu? mksdnyr alat yg dgunakan tu.. sbb sblm ni kreta pnah jln enjin 3silinder then anta kdai die detect mslah tu guna 1 alat cm mesin yg bole detect problem.. n pomen tu ckp yg alat tsbut bole detect smua mslah pd kreta.. then utk tune enjin pon guna alat tu... adkah sma fungsinya. tq in advnce
tumpang tnya sy xpndai bab kreta lg2 pmpuan tkut kne tipu..
Mekanik Kereta said…
Tuning machine dan diagnose/scanner OBD adalah 2 alat yang berlainan dan ada juga alat tuning yang berfungsi untuk kedua2 fungsi tetapi soket scanner biasa dicucukkan ke soket pada kereta untuk mengenalpasti perjalanan arus volt untuk kerosakan dalam enjin manakala alat tuning pula meletakan 2 soket pada bateri dan pada satu plug coil.Kereta Pesona selalu mengalami masalah meter yang berkelip2 ini ,puncanya adalah soket sambungan ke meter selalunya tidak kukuh dan terbuka sedikit akibat pergerakan jadi ia boleh dibaiki dengan meletakannya semula kekedudukan asal dan dikukuhkan dengan tape dsbnya
Unknown said…
Assalam.. blh sy tau..apa masalah bila kereta..bobok berat nk jln..

Mekanik Kereta said…
wslm Izzul Najmi,

Kereta yang berat dan tidak bergerak ada beberapa sebab antaranya:

1,Clutch Plate habis
2.Brek melekat
3.Tidak tukar minyak gear dan autofilter
4.Drive Shaft dalam rosak
5.Drive shaft luar terkulai

Unknown said…
BRO SAYA NAK TANYA SIKIT,,SAYA GUNA KERETA VIVA 850,,BILA STAY OR PARKING KAN DASBORD N STERING BGEGAR NAPA TUE YA BRO...KALO JALAN STABIL LA...
Mekanik Kereta said…
Enjin bergegar jadi stereng ikut gegar,tukar mounting enjin buat tuning engine
Unknown said…
salam sejahtera tuan ,
saya adalah pengguna myvi 1.3 2007 ,sejak2 ini kereta saya kuat makan minyak dan pickup berkurangan dan selama 9 tahun ini saya tak pernah buat sebarang servis berkaitan dgn isu ini..adakah patut saya membuat Throttle Body servis ini..pls advise tuan
Mekanik Kereta said…
salam sejahtera,boleh servis throttle body atau boleh juga gunakan decarbonizer untuk servis,throtle body yang kotor dan permukaan piston selepas 5 tahun kereta digunakan akan diselaputi banyak karbon
Dapuracu said…
Salam,nak tanya saya guna kereta savvy,kenapa ye kereta masih lagi semput walaupun dah tukar distributor,plug dan dah buat Throttle body.sebab kalau bawak laju kereta ok,kalau perlahan seperti jem atau hujan kereta mesti semput semula.lampu dan cermin tingkap kadang-kadang menyala dan boleh buka cermin,kadang-kadang tak boleh.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar fuel filter dan periksa teliti jika hose fuel pump bocor,kadangkala juga tabung ekzos yang sangat kotor dengan karbon menyebabkan semput berterusan
Mekanik Kereta said…
manakala cermin dan lampu ,periksa fuse dan soket lampu headlamp dan juga suis pada stereng yang tidak bersentuhan secara baik menyebabkan ia sekali sekala tidak berfungsi
Unknown said…
Nak tumpang tanya.. Sy baru tukar diatributor.. Tp lepas tukar tu rasa lain mcm.. Timing enjin tu jd slow.. Knape tu ye? Thanks sgt ade org mcm awk sanggup share ilmu yg awk ada kt laman web ni.. Banyak pahal awk☺️
Mekanik Kereta said…
setting perlu teliti untuk distributor,jika terlalu rendah pickup akan hilang manakala tinggi pula enjin akan mengaum,jumpa mekanik yang lebih mahir untuk setting RPM dan distributor,antara RETARD dan ADVANCE perlu tepat
Unknown said…
hi,

saya pakai Waja 4g91, semasa on aircond saya rpm tidak stabil tinggi sampai 2500rpm drop sampai 500rpm. tetapi tak on aircond akan stabil di 1000rpm. mengapa.... tq
Mekanik Kereta said…
hi,ada masalah pada stepper motor throttle body ,ganti stepper adalah paling baik
Unknown said…
Assalamualaikum tuan,

Sy ada beberapa masalah berkenaan kancil 850 manual.

1- enjin seakan mengaum setiap kali enjin dihidupkan,kdg2 rpm mencecah 2500. Ia jugak berlaku bila setiap kali gear dimasukkan. Rpm idle skrg 1000-1500. Apakah penyebabnya.

2- bolehkah sy melaras gap valve jika enjin skrg ini agak berusia dan tidak dijaga. Sbb xtahan dgn bunyi bising yg dihasilkan.

Harap pihak tuan dpt membantu sy kerana sy ingin lakukan sendiri utk kepuasan sendiri.

Sekian,
Syafiq
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis throttle body atau karburator,adjust setting RPM pada karburator manakala Throttle body adjust throttle position sensor .

2.boleh adjust tappet ikut sukatan yang betul
Unknown said…
Assalamualaikum.tuan bila Sya start enjin kereta jadi berketar-ketar Dan rpm DLM 600. Sya nk tahu adakh itu perkara bias a ataupn Sya perlu tuning enjin.
Mekanik Kereta said…
wsalam,normal rpm pada 900-1000 jika rendah perlu tuning enjin,plug kotor penuh karbon
Unknown said…
Saga lmst tahun 2004..masalah kereta saya rpm x stabil..mula stat enjin rpm 500 je..dah panas naik 900..bila betul2 panas naik 1100..tp berenti kat lampu isyarat rpm turun 800..kalu on aircond jd 500..bgegar bonet dan dashboard..tlg cdgkan penyelesaiannya..
Mekanik Kereta said…
ganti FICD insyallah ok
Unknown said…
Salam saudara sy pengguna keta viva elite auto..pendek ceta bila masuk gear D timing mula meragam rpm pun turun naik prob thorttle body juga ke?
Mekanik Kereta said…
wsalam,cuba tukar pcv valve
Unknown said…
Sy ada kereta rav4 2000...enjin senang start... Bila start awal pagi rpm tidak stabil... Bunyi enjin tidak sekata dan terhinjut hinjut dan akan ok selepas enjin panas... Dan bila jalan pedal minyak tidak boleh tekan dgn statik... Perlu tekan dan lepas... Tekan lg utk tmbh kelajuan... Jika tidak keseluruhan kereta akan bergegar kuat... Kereta auto...
Mekanik Kereta said…
servis throttle body dan tukar airflow sensor
Unknown said…
Assalam brader,saya menggunakan kereta satria 1.3 injection,saya mengalami masalah gear stuck dekat neutral,gear bole masuk gear reverse jer,minyak gear baru tukar n adjust cluch pon tetap sama stuck juga,apakah masalah n penyelesaian masalah saya ini?
Mekanik Kereta said…
wsalam,pin gear mungkin sangkut,periksa teliti di pomen
Unknown said…
Assalam....kereta wira 1.5 kaberator, masalah semput2.....distributor, fuel filter, air cleaber, cable plug, plug, dh tukar baru...tapi still jadi jugak.....kaberator pun dh servis..ac pump keadaan bagus ..boleh tau xpunca2 lain?? Tq bang
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar actuator pada hose ke head cover dari servo
Putera said…
Sama lah mcm myvi aku tu...jdi kereta encik sda okey ke apa penyebap nya tu ya?
Unknown said…
salam.. abg kete viva 850 manual bila iddle rpm cecah 2500.. turun smpi 1800.. stable dkat 1500.. bila buka ekon rpm trun smpi 600.. rpm jadi tak menentu.. pickup hilang langsung.. kete sebu.. enjin brgegar kuat bila buka ekon.. apa perlu buat.? sebahagian pomen kata kne buat topoverhoul.. sebahagian lg kata servis throttle body @ pasang ficd.. bagaimana dengan pendapat abg.? trima ksih..
Mekanik Kereta said…
wsalam,buat tuning,tukar spark plug dan airflow sensor,servis throttle body supaya karbon tidak banyak pada plug dengan cepat dan sebabkan semput dan bergegar
mfidaz.agro said…
Assalamualaikum. Bos. System vdo timng. Bleh adjust x vdo. Wira auto
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh
Wira Auto said…
Salam Bang, wira 1.5 auto , problemnya bila saya di trafik light or jammed, kadang2 kereta jadi senguk2 macm nak mati enjin. kolo di trafik light terpaksa letak N, tp bila nk tukar ke D, kereta tibe semput dan enjin mati..kenapa ye..tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar airflow sensor/maf sensor pada airfilter
Unknown said…
as salam,nak tanye sedikit la,ape berbezaan antara timing n tuning tuk enjin ea,n satu lagy,masa kita ejas timing,actually ktew tgh ejas ape,mohon pencerahan,tq..
Mekanik Kereta said…
wsalam,timing adalah idling engine manakala tuning adalah keseluruhan termasuk idling ,adjusting,changing timing parts dan purifying airflow system
Unknown said…
Assalam..bagaimana kalau saya nak ke bengkel tuan??
Unknown said…
Salam tuan,adik saya pakai kereta ford lynx 1.6,kereta dia pon jd timing turun naik mase berenti,bley saya thu punca dia
Mekanik Kereta said…
talian 0193716023
Mekanik Kereta said…
wsalam samada bersihkan atau tukar idle control sensor
Unknown said…
pasang headlamp tetiba enjin nak mati.kanci 660
Mekanik Kereta said…
Perlu ganti alternator kerana ia terlalu lemah untuk mengecas semula bateri ,akibatnya kuasa enjin jadi kurang apabila terlalu berat untuk memusingkan alternator
salahuddin816 said…
Assalamualaikum kereta saya iswara carbureter 1.3...apabila drive kereta dalam setengah jam , atau enjin panas , tiba tiba rpm drop ke 400 atau 500...dan kereta bergegar, Tapi kereta tak mati...Saya dah spray karbureter dengan carbureter cleaner, tukar air filter ,plug juga baru , fuel filter juga tak kotor, tak da kes semput, cuma rpm drop ketika panas,kena tekan minyak untuk naikkan rpm ke 900 ... Apa masalahnya?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,hose kecil manifold mungkin sumbat ,gantikan u hose dan thermostat,air sistem penyejukan sedikit panas menambahkan susah untuk idling
Nassa said…
Salam. Kereta sy alza tahun 2013. Setiap kali ram Rpm kereta sy lambat turun. Macam ade hos bocor or apa2. Kenapa ye tuan? Lepas tu penukaran gear dr P ke D rpm naik ngaum. Ade related dgn speed sendor ke? Tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada soket sensor yang longgar atau kotor ,periksa soket sensor berdekatan airflow dan manifold
Mohd Shukur said…
Salam. Saya pakai persona IAFM. Dalam setahun yang lepas ada masalah jerking dan timing tak stable. So pomen dah try swap dan spray throttle body. Lepas tu masalah tu berkurangan dan lama2 dah ok sendiri.. Timing dah cun. Alhamdulillah.

Minggu lepas saya hantar servis radiator (radiator tersumbat) dan terpaksa cabut casing air filter sebab nk keluarkan radiator tu dari dlm engin. Sehari lepas dah siap service radiator tu la baru masalah timing turun naik ni datang pulak. Penyakit lama dtg balik. Ada kena mengena dgn air filter ke? sebab tgk casing dah dipasang elok, air filter bersih lagi dan throttle body tak diusik masa service radiator aritu. Tolong boss... Tibe2 je jadi balik masalah ni.
Mekanik Kereta said…
wsalam,restkan dulu ECU dengan mencabut fuse ECU 30 minit dan pasang semula,soket2 sensor laluan air dan apa saja soket sensor yang dicabut seketika mengganggu sistem
Mohd Shukur said…
saya dah cuba buka fusebox tu dan cabut fuse memory selama 1 jam. effect selepas tu timing masih turun naik walaupun ketika gear neutral. bila try drive perlahan (masuk gear D, tapi tak tekan minyak) kereta bergerak tapi timing tiba2 naik sendiri menyebabkan kereta macam tersentak2. kalau sangkut dalam jem memang engin asyik mati je sebab timing akan drop habis. lagi satu saya perasan asap macam ada bau lain sikit. minyak petrol pun terasa mcm cepat habis.
Mekanik Kereta said…
ada masalah idle sensor pada throttle body,perlu tukar sensor tersebut
Unknown said…
Asalamulaikum bro,,kerita saya ada masalah angin turun naik,,klu kerita saya sudah panas ok,,kalau pagi baru start angin nya turun naik bergegar,,apa kah masalahny
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,karburator dah tak ok,samada servis setting semula atau tukar karburator lain
Unknown said…
Salam tuan..saya pakai kereta iswara 1.3 kenapa bila ejust distrebutor pada api tinggi bila jalan mengeluarkan bunyi mcm bunyi kunci yg tidak sedap di dengar..adakah terlebih api nya..dan camana cara supaya ianya tidak mengeluarkan bunyi..kerana bila setkan pada kedudukan rendah sedikit pickup kereta lambat dan terasa berat..
Harap membantu sekian tq.
Mekanik Kereta said…
wsalam,flashlight untuk marking belt biasa digunakan untuk adjust distributor,pada kedudukan timing 0 pada penanda ia adalah tepat
Hamba ALLAH said…
Salam tuan, kereta wira karburator auto, rpm drop bila masuk gear. Rpm dalam 1100, bila masuk gear reverse atau D rpm jatuh hingga 400. Carburator dh servis dan idling ok lau tak masuk gear.. Apa masalah nya tuan, boleh bantu saya.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti speed sensor,insyallah ok
Unknown said…
Mintak tolong siapa tahu marking kareta Iswara atas bawah
Mekanik Kereta said…
Letak Piston 1 dan 4 pada TOP dan valve head pada tutup untuk piston 1 dan 4 itu marking
Unknown said…
salam tuan Sord,

sy menggunakan kancil 850 manual. tappet tersangat kuat dan sy ambil inisiatif utk buat sendiri berdasarkan Youtube dan lain2 blog. namun agak hampa kerana agak sukar menemui TDC pada pulley crankshaft dan camshaft. oleh kerana dah separuh jalan,sy ambil keputusan sndri utk adjust berdasarkan piston. bermula dr bhgian kiri skali (piston paling hampir dgn cam pulley) piston berada di atas dan sy adjust tappet outlet (0.25) dan inlet (0.20) dan seterusnya sehingga piston ketiga. hasilnya enjin senyap sedikit berbanding sebelum ni. soalan sy tuan Sord,

- apakah kesan drpd step2 yg sy buat itu akan memburukkan keadaan enjin?

- apakah cara adjust tappet yg tepat sekiranya sy jumpa marking pada crankshaft pulley?

- bagaimana nk tahu hasil yg elok sekiranya sy ikut step yg tepat?

harap tuan Sord dpt bg jawapan utk ketiga2 soalan sy dan sedikit pandangan..

TQ
Mekanik Kereta said…
Wsalam,adjust tappet hanya pusingkan setengah pusingan samada guna camshaft pulley atau crankshaft pulley,kemudian cuma pastikan TDC pada valve 1 dan 4 untuk laraskan 2 dan 3 manakala bila TDC pada 2 dan 3 adjust 1 dan 4.Pahamkan betyul2 apa itu TDC iaitu Top Dead Centre dimana 2 valve tiada kelegaan(clearance) kemudian baru adjust valve yang ada clearance ikut turutan.
Tiada masalah jika adjust mengikit fahaman saudara,cuma jika ia tidak sesuai enjin tiada pickup adalah risiko yang perlu dihadapi
Unknown said…
salam. kereta saya vios(G) tahun 2008. bile berhenti pada gear G dan N,die akan bergegar n semput tapi bile tekan minyak die akan ok balik. boleh tak saye nak tau apa masalah die
Unknown said…
salam tuan.

saya guna wira 1.5 carburetor tahun 1995.. RPM engin jadi rendah dan bergegar jika aircond di hidupkan, boleh turun sehingga 0.5 RPM.. apa masalah engin saya tuan? terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah FICD,perlu baiki FICD/ganti FICD supaya vakumnya bekerja semula
Mekanik Kereta said…
wsalam,buat tuning computer,ganti air filter,fuel filter,spark plug ,servis throttle juga
Unknown said…
Assalamualaikum.kelmarin sy menukar cap distributer bersama rotor.masalah nya skrg engin x boleh di hidupkan.dan apabila hidup ia seperti 3 selinder dan meletup2 pd ekzos.sy telah buka semula semua part dan conet coil dan pasang mengikut mark dan spec o.35 gap coil.engine ttp tidak boleh hidup.
Unknown said…
salam tuan..saya nak tnye..kereta saya satria carburetor..bile jalan..tekan pedal clutch tibe2 mati kenpa yew??
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika enjin hidup,tekan saja mati,ada masalah pada bering klac mungkin ia patah
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kepala rotor adalah entiasa menunjuk kearah plug no satu,sebenarnya tuka rotor dan cap perlu ditanda daulu,jika tidak ditanda ,enjin tidak hidup semula,selaraskan semula cap dan rotor pada kedudukan yang betul
HUSNI said…
saya nk tahu apae itu 02?
Unknown said…
Salam....saya pengguna wira 1.5 manual,masalahnya enjin mati bila masuk gear..mtk pendapat bos k,tq
Mekanik Kereta said…
wslm,adjust sedikit kabel klac supaya tidak terlalu keras dan jika gunakan klac pump gantikan klac pump pada bawah kaki pemandu,in sha allah baik
Mekanik Kereta said…
O2 adalah rumusan kimia untuk oksigen manakala sensor O2 adalah sensor ekzos yang digunakan untuk mengukur gas dan oksigen untuk pembakaran dalaman enjin
Unknown said…
Assalamualaikum bang..kereta saya kancil L5 jbjl...timing tak menentu..masa bawa jadi semput..masa berhenti timing tinggi...on air cond jadi semput2...baru ni ada servis throttle body..pening bang...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,rpm tinggi,setting semula ,jika ada guna actuator pada vakum,gantikan
Unknown said…
salam tuan..sy nk tny mslh bknaan kete sy.sy guna kete hyundai sonata 2002..mslh kete sy,bila sy free gear,enjin akn smput,dia mcm sgkut2 je..tp skejap je.dlm 1-2 saat.pstu dia nrmal blik.pstu klu bhnti lg dia jd blik.ms jln ok je.bila on aircond pn sma jgk.pstu kdg2,bila dr D nk ke N,rpm jd naik dlm 1500,pstu trn slow..apa mslh dia ye
Mekanik Kereta said…
wslm,soket sensor kotor terutamanya soket speed sensor dan o2
Unknown said…
Kat mana kedai tune enjin myvi 1.3
Mekanik Kereta said…
Dimana2 wsyop ada komputer atau portable tuning tools
Unknown said…
Salam, adakah perlu buat tuning enjin kalau tukar injector kereta asal...myvi pakai injector vios? Selepas tukar injector tersebut, rpm kereta jd xstabil tapi masih dlm idle
Mekanik Kereta said…
wslm,mesti tune semula
Unknown said…
As salam...sy guna wita injection thun 2000 manual...maslah sy skrg lampu check engine kdg2 naik kdg2 tidak ..nak start enjin pun kdg2 ok kdg2 x hidup..buka plug tgk minyak byk kat plug...bila ble start asap hitam ja ..rpm naik ckit2 pastu br stabii...bila p cek guna computer diorang ckap iac valve position sensor rosak ..tp x tau kat mana..gear plastik pada TB mmg rosak..rp sy guna ficd utk stabil air cond..getah hitam pd TB dh cair...pening sbb pomen pun tau cari..p 1 kedai lg dia ckp mybe ECU board rosak...tlg bg idea mcmna nk solve problem..jgn soh beli keta lain...hehehe...tq
Mekanik Kereta said…
wslm,servis throttle body ganti airflow sensor pada throttle,adjust semula throttle position sensor,in sha allah ok
Unknown said…
Asalam, cable plug boleh dipasang ikut suka hati atau setiap plug ada match dengan cdi? Plug dari cdi ada susunan ke nak connect dengan spark plug? Tma kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,ada turutan yang perlu diikut seperti 1342
zack said…
Salam.nak tya knp rpm kereta x stabil...lepas tu enjin kadang2 mati.bila on cond rpm lagi kerap nk mati.kereta nissan caefiro a32.
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah throttle body,servis ganti gerigi yang patah pada throttle,setting semula throttle sensor
Ahmad said…
Assalamualaikum

Saya ingin bertanya, kenapa radio kereta saya bising keluar seperti bunyi enjin? Ini berlaku selepas tukar radio. Bunyi tu semakin kuat selepas satu ganti alternatif. (Wira 1.5 Auto 1997 Karib)
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,bawa semula ke pomen yang buat,ada wiring yang perlu dibaiki,kemungkinan laluan wiring yang tidak sepatutnya telah digunakan
Unknown said…
Askm,kenapa kereta myvi manual saya bila tak buka air cond timing ok tp bila on air cond je timing tinggi dan injin mengaum.
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah pada throttle idle sensor,perlu gantikan
Unknown said…
Nak tanya kenapa idling kereta honda accord tinggi lbih dari 1..mengambil masa smpai 15-20 minit baru kembali 1
Mekanik Kereta said…
Adjudt skru angin dan minyak pada karburator,jika ada vakum hose yang keras gantikan
Unknown said…
Salam tuan. Sy pakai perdana enjin rvr turbo auto. Masalah sy bila pagi2 atau enjin sejuk bila start rpm tinggi lebih dari 2000. Pastu bila dh panas baru turun rpm. Lagi satu bila buka econd rpm rendah dan kereta jadi bergegar. Boleh tau x apa masalah. Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu servis trottle body dan setting serta tukar idle sensor dan ekzos sensor,in sha allah ok
Unknown said…
Assalam masalah saya asap hitamadakah airflow
Daisy said…
Seronok baca semua masalah dan penyelesaian. Berguna.
Iz said…
Salam ... Nk tnye sya pakai krete kancil injection daihatsu.. Maslah xboleh hidup ..barang ade kaitan api sya dh ganti ... Tpi sme jugak .. Pomen ramai xtau puncenye ...n pomen xberani nak buat bgi elok sbb xtau punce... Plug pun sehari tukar dah hitam tpi bukan sbb minyak hitam... Pening laa ..ape mslah ye tuan???
Mekanik Kereta said…
wslm,bila plug cepat hitam ia tanda ada masalah pada campuran nisbah bahan api dan angin,ini berpunca dari throttle body yang kotor dan sensor ang tidak stabil,perlukan setting semula dan servis throttle body
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,benar ia ada kaitan dengan throttle body atau karburator selain itu ia boleh juga terjadi akibat tabung ekzos yang sangat kotor dan berkeladak
Unknown said…
salam tuan, mengapa pelarasan pada gigi gear antara pinion dan crown wheel amat penting,
Mekanik Kereta said…
wslm,konsep pinion dan crown wheel banyak digunakan malah dalam throttle body juga ada digunakan,ia mudah cuma jika berlaku kekesatan atau kelicinan pada cengkaman ia akan berubah dari setnya yang asal,jika terjadi pada throttle body akan menyebabkan RPM yang turun naik
Unknown said…
Tumpang tanya abg.. Apa masalah kereta 4G13 saga lama.. apa bila saya jalan tiba2 mati.. Rotor & cap baru tukar..tapi plug low spark..mcm xda
Mekanik Kereta said…
tukar distributor,in sha allah
Unknown said…
Salam tuan..masalah kembara sy..apabila sy masukan gear D..Rpm terus turun ke 300/200.apa masalahnya tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,gearbox berat,perlu ganti minyak dan autofilter,ada kemungkinan torque converter juga semakin hilang keupayaan
WoiAwie said…
Assalamualaikum tuan,

Sy pakai honda accord 2.0 tahun 2009. Enjin gegar hanya ketika idle. Apabila kereta berjalan rpm naik lebih dari 1 gegaran terus hilang. Baru sahaja tukar engine mounting baru masih gegar juga. Pomen check guna computer masalah throttle body. Cuci throttle body masih gegar juga. Akhirnya tukar sensor 2nd hand pun masih tiada perubahan. Adakah ecu problem? Apa perlu sy buat utk hilangkan gegaran tersebut? Bantuan dr tuan amat diperlukan. Terima kasih tuan

Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,MAP/MAF sensor perlu dipastikan samada ia berfungsi atau tidak,perlu cabut soket dan lihat keadaan enjin,jika tiada apa2 berlaku, sensor tersebut rosak,juga air filter dan fuel filter perlu diganti dan psentiasa pastikan plug tidak cepat hitam ,segera tukar jika hitam
Unknown said…
Salam tuan..sya ada kereta camry first model..masa ambik kat tangan org ok tiada masalah..sya bawa jauh gak jalan nk test kn kereta...masuk minggu ke 3..rpm jatuh bawah satu...masa start ok..dlm 2 gitu jatuh dan x naik2 dah rpm...plug dh tukar tapi bukan original toyota punya..cek computer dh masalah tiada...on ac ke tidak sama rpm tetap bawah 1...bantua pomen legend..
Mekanik Kereta said…
wslm,idling RPM adalah 900-1000 ini adalah normal ,jika ia lebih dari 1 atau dibawah 2 ia adalah tidak baik untuk kereta,jika masih inginkan setting RPM buat tuning enjin dan tukar idle sensor pada throttle body
Unknown said…
Salam tuan,sy pakai myvi 1.3 auto.sy nak tanya, kete sy kadang2 timing rendah bawah 1000. Bila on aircond ada bunyi belt yg agak kuat, tapi bila kete da bergerak jauh, bunyi tersebut hilang. Kemudian, bila pedal minyak dilepaskan rpm turun terlalu cepat. Minta jasa tuan bg pencerahan. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu baiki atau tukar idle sensor untuk throttle body kemudian tuning semula supaya rpm stabil pada 900-1000
Unknown said…
Berapa ye anggaran kos nye tu?
Mekanik Kereta said…
sekitar rm300
Unknown said…
salam boss... boleh mintak no fon? sy nk tanya berkenaan kereta...
Mekanik Kereta said…
wslm,0173023492
Unknown said…
Salam tuan..sya pakai chevrolet sonic ltz 1.6 thn 2015..kereta sya bergegar bila slow dari laju...contoh sya tgh drive 90 dan sampi traffic light nak berhenti sya slow dan kereta mesti bergegar bila dah bila berhenti bergegar tuh hilang.. simbol enjin naik di dashbord...mohon bantuan...letih dah sya pergi workshop..semua xdpt nak bantu..
Mekanik Kereta said…
wslm,soket sensor longgar,minta mekanik periksa soket sensor O2 ,soket sensor throttle ,pastikan ia ketat semula dan tidak kotor
Unknown said…
Assalamu'alaikum tuan.

Saya pengguna Myvi 1.3. Masalah saya ialah throttle body dh diservis dan stepper motor dh ditukar. Bila start kereta rpm ok. Tp on aircond rpm buat hal balik. Apa masalah sebenarnya? Saya dah pening..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika servis hanya sembur tidak buka dan ganti komponen dalamnya RPM masih akan berkeadaan demikian melainkan buka dan ganti,manakala semburan dengan karburator cleaner mesti dikerinkan dengan baik jika tidak stepper motor tidak akan bekerja dengan baik
Ade syaputra said…
Kereta proton wira saya mempunyai masalah rpm down sekali sekali solusinya tuan
Mekanik Kereta said…
RPM yang merendah adalah akibat stepper motor pada throttle body yang tidak bekerja dengan baik,sebaiknya servis throttle body ganti stepper motor dan tuning semula enjin
Unknown said…
asalammualaikum..saya pakai produa viva..saya nak tanya sebab apa bila kita pandu masa kita tngah drive masa nak tukar gear atau berhenti..saya dah tak tekan minyak tapi rpm saya tinggi lambat turun...masa drive je..kalau masa parking tekan minyak ok je..xda masalah..cuma masa tngah drive tu...dah lepas minyak tpi rpm masih tinggi lambat turun..apa masalah dia..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,servis throttle body dan minta mekanik setting /tuning semula RPM ke keadaan paling stabil 900-1000 rpm
Unknown said…
Tuan kenapa rpm saga 1.5 lambat turun dari 2000 ke 1000
Unknown said…
Tuan..sya baru saja tukar throttle body baru..tp masalah timing ttp sama..turun naik..bila buka air con rpm naik dkt 2..tp tk lama akan turun blk..tp bila tidak buka air con..rpm turun bawah 1..tlg bantuan..apa masalahnya..
Mekanik Kereta said…
Perlu servis karburator atau throttle body dan set semula idle untuk RPM
Unknown said…
as salam bang.sya guna iswara 1.3 model 2000..masalah sya.on kereta rpm tunjuk 3..a/c tak hdup.apa masalah tu ya..enjin sjuk pn bacaan ttp sma bila start kereta..mnta tunjuk ajar dlu
Unknown said…
as salam tuan mnta tunjuk ajar.iswara 1.3 masalah rpm..on kunci trus bacaan 3..enjin panas naik sikit..masalah tiun tau apa tu tuan.hrp dpt bantu
Unknown said…
Salam tuan tanah.. Sy din
Saya nak mengajukan soalan berkenaan masalAh kereta sy myvi 1.5 manual
Meter rpm tak Stabil dah try tukar throttle body Dan sensor thoretell body tp masih rpm nya tak Stabil..
Pening kepala pikir masalAh kete nih rumit na.. Minta solution nya tuan
Ericson R said…
Wahai tuan mekanik, sy pkai kancil 850...mslh sy ialah, rpm pada 2100 bila dihdupkn tnpa aircon..dgn aircon plak..1500...adakh ianya okey?klau x okey...apa yg plu sy lakukn dan apakh msalhnya?wahai tuan mekanik yg lagi bijaksana..
Mekanik Kereta said…
wslm,bila bacaan tinggi tanda enjin tidak berupaya sejuk,ini ditunjuk oleh meter temperature,gantikan air radiator dan U hose,kebanyakan ruang aliran air telah karat teruk,gantikan keseluruhan hose termasuk hose besi adalah lebih baik,pastikan kipas berfungsi sediakala selepas ganti
Mekanik Kereta said…
wslm,RPM tak stabil perlukan setting semula,jika berterusan tidak stabil plug cepat kotor dengan karbon ,apabila buat tuning ganti plug dahulu,jika boleh gunakan komputer untuk tuning enjin
Mekanik Kereta said…
buat tuning enjin ganti spark plug kemudian baiki FICD
Ericson R said…
Brpa harga utk buat sedemikian tuan?
Mekanik Kereta said…
sekitar rm200
Shamri's Crypto said…
Saya memiliki sebuah kereta Proton Saga BLM. saya telah membuat overhoul untuk kereta saya. Namun masalahnya sekarang selepas overhoul bunyi engin kereta saya sama seperti sebelum dioverhoul. Bunyi engin kereta saya kedengaran agak kasar dan semakin lama bunyi tersebut semakin kasar kedengarannya.
Mekanik Kereta said…
Overhaul tidak dilakukan sempurna ,yang pasti oil pump tidak ditukar,saudara perlu tukar oil pump untuk bunyi yang lebih lembut,saya mengandaikan engine bearing dan piston ring sertacam shaft bearing dipasang sempurna dan tidak calar
Unknown said…
salam tuan,nak tahu di bahagian mana skru angin dan minyak?untuk carbrutor?boleh tunjukkan gambar?yg jelas?.Minta maaf sekiranya menyusahkan,Knowledge is power.Terima Kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,maaf bahagian komen diggogle tidak boleh menyiarkan gambar,sila google carburator diagram untuk kepastian
Unknown said…
Salam.keta saya bila idle, panas and off aircond, rpm sampai 2k.bila on aircond dalam 1.5k. last service saya ade tukar spark plug lepas tukar ade perasan rpm tinggi. Lagi satu, p tanya bengkel dia cakap kena service carburator. Saya pakai kancil. mmg kena cuci carburator ke?. 4 tahun sudah xcuci carburator
Mekanik Kereta said…
wslm,servis carburetor,setting semula dan tukar contact point jika ada guna
Unknown said…
Salam tuan..kereta sy iswara lmst 2007 baru2 ni sy tukar cdi ngan plug skli sbb sblm tu enjin akn mati trutamanya time kt trfik light jd cra sy supaya xmati enjin sy akn pijak pedal myk sikit apa mslh tu ye tuan..adkh blh dsebabkn olh cable distributor ke plug tu ke atau kaburator ke atau ada bnda lain yg nk kena tkr atau servis...tq
Mekanik Kereta said…
wslm,servis karburator dan pastikan kabel minyak ditukar manakala butterfly pada karburator perlu diperiksa teliti kerana ada kalanya apabila pedal minyak ditekan,butterfly pada karburator tidak buka penu dan akibatnya enjin mati
Soon Rich said…
Tn, apa yg maksudkan dgn 'timing' & apa beza dgn 'tuning' ..?
Mekanik Kereta said…
timing enjin adalah idling ataupun capaian nisbah angin dan api yang baik untuk pembakaran manakala tuning ialah cara stabilkan semula timing enjin
Unknown said…
Sentra N16 rpm tinggi bila panas engine.on second,rpm down.dh swap tb,tp msh sama.pening2..
Unknown said…
Salam tuan.. Saya nak tanya masalah kereta iswara 1.3 masa dekat traffic jam kereta tiba2 mati.tunggu selepas 2 minit baru kereta dapat start semula.sebelum ni da tukar distributor,cable plug dan plug baru.
Mekanik Kereta said…
Kurang angin untuk pembakaran,saudara perlu periksa EGR valve dan hose vakum sekeliling throttle body,pastikan hose tersebut bekerja
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar crank sensor kerana ia dikhuatiri tidak elok seperti biasa
Unknown said…
Assalamualaikum bro.. Mau tanya.. Kereta sy wira 1.5 full injection.. Apa masalah rpm sy xlebih dari 1500?kelajuan pun 60km saja.. Kalau lebih kereta akan jadi semput.. Sy dh srvice trotel body, tkr fuel pump, fuel filter, coil plug, spark plug,tkr crank censor.. Trmasuk segala censor2 enjin sy dh try tukar dgn kwn yg sama jenis kreta dgn sy.. Buntu sgt sbb segala kmungkinan xdpt myelesaikan mslh sy ni
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,injector perlu ditukar,injector yang sumbat atau kurang kuasa api boleh menyebabkan hilang kuasa pecutan
Unknown said…
Masalah kereta kancil 850..rpm xstabil walaupun enjin dah panas..rpm turun naik xmenentu.try tune.pun same.tukar kit karburator pun sama..bile tekan minyak ok je..plug pun baru.
Mekanik Kereta said…
ada alat berbentuk bulat dan ada wayar pada karburator,alat tersebut mesti tukar kemudian pastikan diaphragm vakum berfungsi dengan baik,buang angin pada karburator secara tekup dan buka
Unknown said…
ada alat berbentuk bulat dan ada wayar pada karburator,alat tersebut mesti tukar kemudian pastikan diaphragm vakum berfungsi dengan baik,buang angin pada karburator secara tekup dan buka

salam,sy quote from email dr blog tuan. bleh terangkn lebih detail proses² di atas x. sbb saga 4g13 sy ada prob timing naik turun kdg² smpi mati enjin. carb dh servis kbnykan parts berkaitan jgk dh tukar tp still jadi. egr valve pon dh cuci servis.sy xdpt cari vakum yg bocor. ac vakum pon baru. tp masalah timing naik turun ni xselalu terjadi. kdg² lpas ac cut off, akan terjadi. smpi kna tekan minyak utk elakkan enjin mati. mohon tuan detailkan step² n proses tersebut. tq
Mekanik Kereta said…
wasap saya 0173023492
Unknown said…
assalamualaikum tuan,sy ada sebuah proton wira karburator,,masalah kereta sy,pagi senang hidup,,bila jalan jauh,matikan enjin dalam 1jam lepas tu susah nak di hidupkan,,karburator dah servis,,valve pun dah setting balik,,ada pomen cakap kena tukar penapis udara yang berada di tangki minyak..
Unknown said…
Salam...nak tnya.masuk gear rpm jadi rendah...kenapa ye
Mekanik Kereta said…
wslm,apabila gear berat rpm jadi rendah kerana beban tinggi,ganti minyak gear dan flush gearbox
Anonymous said…
salam bang nak tanya, utk tuning enjin saga saya bg rendah ckt mcm ne.? mcm tinggi sgt rpm dia..tq.
Anonymous said…
salam bang sy ada chery eastar 2.0.. aircond compressor b'bunyi tik..tik..tik..adkah sy perlu tkar seketul compressor @ blh tkar minyak aircond je..tq pakar.
Mekanik Kereta said…
wslm,adjust distributor
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar bearing pulley compresor sudah memadai,in sha allah
di Blogger said…
Assalamualaikum tuan Saya nak tanya, Saya ada kereta jenis New Saga flx 1.3.
Masalahnya tiba-tiba keluar asap daripada ekzos warna putih banyak,
Bila saya sedari saya terus berhenti dan saya beranggapan ianya kekurangan minyak mobil minyak enjin dan saya terus bertindak untuk menambahkan sedikit minyak enjin iaitu minyak mobil dalam anggaran 1 liter. Dan selepas tu saya hidupkan semula enjin kereta ianya sudah tidak mempunyai asap seperti biasa dan kereta pun boleh berjalan. Namun perkara tersebut berlaku lagi sekali dan saya terus bertindak untuk menambah minyak mobil iaitu minyak enjin seperti yang sebelum ini. Setelah saya start enjin semula asap kereta masih keluar lagi berwarna putih dan kuasa enjin tidak begitu kuat terdengar sesuatu yang berbunyi di dalam enjin bila kereta dijalankan. Bolehkah Tuan terangkan Apakah punca masalahnya ya boleh berasap dan apa yang perlu diperbaiki mengenai masalah tersebut.
Saya berharap agar tuan dapat menjawab dengan secepat mungkin. terima kasih Saya ucapkan
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kereta ini mengalami piston ring haus dimana ia tidak lagi menyekat minyak dengan sempurna dalam silinder jadi ia perlu diganti dan proses ini dipanggil overhaul iaitu engine bearing ya ng berbunyi dalam enjin juga perlu diganti dan crankshaft perlu dicanai semula.
Kos kira2 rm2000
denyhern said…
Apa masalah ye kalau bunyi enjin lambat turun ketika padel minyak dilepaskan..kereta sy jenis kancil 660
Mekanik Kereta said…
Ganti contact point serta selaraskan minyak dan api pada karburator atau servis karburator supaya aliran minyak dan api menjadi sesuai dan RPM akan kembali normal
Unknown said…
Salam,tumpang bertanya..apa mslh klu keta asal naik bukit tinggi mesti pakai gear 1dan2..(aircond x on)dl besanya naik pakai gear 2dan3..dh byk part yg sdh diganti tp masih jg cmtu..kereta jenis proton lmst..mohon pencerahan pd yg pakar2..
Mekanik Kereta said…
wslm,servis injector atau tukar set injection,in sha allah ok
Assalamualaikum & selamat pagi pakar2 blog mekanik kereta,

Saya guna proton saga iswara aeroback 1.3.
Kereta baru buat overhaul enjin & gearbox dan baru lagi tukar carburator baru sebab yang lama dah rosak. Tapi semenjak tukar carburator tu enjin & kereta bergegar kuat bila on aircon rpm turun bawah 500. Sangat2 tak selesa sebab asyik kena tekan minyak nak kurangkan gegaran. Dulu hanya akan jadi kalau enjin baru lagi start tapi sekarang ni tak enjin dah lama start & bawak pun dia tetap bergegar. Bila bergegar tu aircon pun jadi perlahan. Tekan minyak dia kuat balik. Saya bawak balik ke workshop, pomen kata kalau dia naikkan lagi rpm temperature akan naik. Jadi saya pun tak pasti apa penyelesaiannya. Harap pakar2 blog mekanik kereta dapat bagi pandangan sikit. Terima kasih in advance!
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,setting semula karburator dan distributor supaya capai idle yang sesuai
Anonymous said…
Salam tuan. Sy guna Toyota 2011. Keta sy ni bila hujan atau cuaca sejuk, gegar2 dan mati bbrp kali tgh jalan. Dah tukar fuel pump. Alhamdulillah takde mati. Tp timing jadi rendah balik bila sejuk dan hujan. Mcm nak mati, tp x mati enjinnya. Alternator baru tukar gak ari tu. Spark plug pomen kata ok. Serabut sgt2 sbb jadi risau nk bwk kereta.
Mekanik Kereta said…
wslm,Bila RPM jadi rendah ia adalah masalah pada throttle body,saudara perlu bersihkan atau servis throttle,in sha allah ok
Anonymous said…
Terima kasih sbb tuan sudi jwp. Tp kan, rupa2nya sekejap aje yg ok lps tukar fuel pump. Skrg kereta saya mati2 jugak. Timing rendah, keta gigil2, pastu mati jugak. Sedih betul. Bila tanya bengkel, dia kata dah cuci throttle body. Sy pun pening.
Mekanik Kereta said…
kalau betul dah cuci maknanya saudara perlu tukar throttle idle sensor,
Unknown said…
Keteta dh ok belum? sbb kereta sy pun jdi macam kereta tuan
Anonymous said…
Baru bawak ke TOYOTA service centre. Sy suh cek aje apa masalah. Ada dua ERROR pd sensor. Satu MAF sensor. Satu lg O2 sensor. Satu 800 lebih. Satu 500 lebih. Matilanakkkkkkk!!! Dah dekat 2000 habis bwk bengkel. Ni nk kena cari duit lg. Letih dah.
Mekanik Kereta said…
masalah kereta gigil dan RPM tidak menentu adalah masalah sensor tetapi biasanya sensor tidak tepat,ini pengalaman saya,throttle idle sensor atau airflow sensor mesti ditukar
Anonymous said…
Boleh sy bwk ke bengkel tuan? Dah jenuh bwk kereta sana sini.
Mekanik Kereta said…
bawa ke powerdrift auto bandar putra permai seri kembangan
Unknown said…
salam...saya pakai proton persona..timing jd tinggi..dan bila menyala lampu enjin kereta jd berat..boleh tau sebab apa abg?
Mekanik Kereta said…
wslm,bila keadaan RPM tinggi dan tidak menentu ia tanda masalah kekurangan angin untuk pembakaran sebaiknya servis throttle body,tukar sensor idle/airflow sensor,in sha allah ok
Cik wira said…
Assalamualaikum bang . Sy pakai kete wira enjin mivec 1.6 . Kejadian yg berlaku kat enjin sy :-

1- Bila on aircond rpm naik macm biase. Tapi bila jlan power kurang. Berat sgt . Tak mcm biase . Lepastu bila gear 1 nak ke gear 2 timing jatuh . Dah masuk gear 2 lepas klac tersentak enjin .

2- Tengah2 jalan , nak masuk simpang, tekan klac drop gear enjin mati .

Mohon penjelasan bang .
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,

1.Bila RPm rendah,enjin akan tersentak,perlu baiki RPM yang tiba2 jatuh dulu dengan membersihkan throttle body dan tukar sensor idle

2.RPM hanya akan stabil setelah buat servis throttle body dan setting semula enjin
Unknown said…
Salam.. nak tanya saya pakai gen2 1.6 baru tukar throttle body. Sekarang jila drive buka aircond dia tetiba mati
Mekanik Kereta said…
wslm,idle sensor pada throttle tidak bekerja dengan baik,tukarkan dengan yang asal
Zamri said…
Salam abg saya nk tanya bila injin sejuk timing rendah bawah drpada 1..bila enjin panas timing dia naik smpai dkat2 dengan 2...apa masaalah ya..honda ex sh4 corburator..
Mekanik Kereta said…
wslm,honda sh4 ada menggunakan ficd,perlu ganti atau baiki ficd ini jika tiada electrical connection
Unknown said…
Salam bang nak tnye sikit.. Masalah saya engine bila panas timing jadi tinggi. Kancil 660 pkai Carb kancil 850. Apa masalah nye yee.
Jal said…
Assalamualaikum Tuan..saya memiliki iswara 1.3cc..waktu pagi,bila on ekon RPM akan menurun..Di bwh 800rpm.meter RPM akan turun cepat-naik turun2 dan enjin mati.Utk makluman Tuan.Saya dh spray pencuci kaburator,tukar kabel baru,spark plug masih elok lagi.fuel filter pun nampak cantik lg..ficd berfungsi baik.vacuum esg pun saya dh servis..Tp result ttp mengecewakan..Apa yg harus saya periksa lg..Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,karburator tersebut ada masalah engan vakum hose,gantikan hose yang telah keras begitu juga hose ke bahagian diaphragm
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam Arsad Mekanik juga,karburator perlu buka dan servis,spray saja tidak membantu malah akan memburukkan lagi kotoran yang melekat didalamnya akan memenuhi ruang bakar
Mata dan Pena said…
Assalam tuan,Viva 1.0 auto.

RPM sampai 4000 -5000..tapi speed dlm 90 - 100km/j gitu saja.

Normal ke gitu?kalau tak normal..mcm mana solusi nya ya.
Mekanik Kereta said…
wslm,RPM yang tinggi adalah akibat enjin yang berbunyi kuat tetapi tidak bergerak sepatutnya,tuning enjin perlu dilakukan ,tukar plug dan air filter serta servis throttle body,in sha allah ok
Unknown said…
Kereta sY myvi auto 2010, masaalah saya timing kereta tinggi dan rendah dan rpm turun.naik. saya dah tukar aircond baru tp ttp sama kadang2 aircond tak sejuk. Lg satu ada bunyi ketuk bila keta bergerak. Bolwh tolong bgtau apa masaalahnya.
Mekanik Kereta said…
sambungkan wayar dari throttle body ke body enjin dan tambahkan juga wayar body dari enjin ke bahagian badan enjin,kepanasan throttle dapat dikurangkan dengan kaedah ini

Popular Posts