Mengapa masih terasa hentakan
Masalah hentakan yang kuat pada roda adalah masalah yang mengaitkan banyak penghubung antara beberapa komponen roda seperti ball joint,tie rod end,u stand,bush,absorber,spring dan absorber lining.
Masalah hentakan dan bunyi bising pada roda yang melibatkan suspension banyak dipertanggungjawabkan kepada absorber walaupun pada hakikatnya hentakan dan bunyi bising sebenarnya melibatkan banyak komponen roda yang lain seperti yang disebutkan tadi.
Fungsi absorber hanyalah sekitar 60 peratus dari bunyi bising dan hentakan kuat pada roda semasa pemanduan.Hentakan dan bunyi biasa terjadi bila terlanggar bump diatas jalan ataupun membelok dengan kuat iaitu hampir 90 darjah setiap kali belokan.
Absorber motor atau Absorber kereta yang telah rosak biasanya akan terdapat kesan minyak pada sekeliling badan absorber jenis minyak sementara absorber gas pula kerosakan dapat dikesan ketika pemanduan dimana badan kereta terasa berjalan seperti di atas jalanraya dan jika kita perhatikan dengan teliti badan kereta seperti senget kearah mana absorber gas tersebut rosak.
Pengguna yang keliru akan penggunaan u stand atau upper arm /upper ball joint ini pula akan tidak mengedahkan komponen tersebut walaupun hakikatnya u stand adalah penyumbang sebahagian besar dari hentakan suspension kereta.
Di dalam rod end tidak kira samada ianya steering rod atau tie rod end atau ball joint semuanya terdapat bebola untuk menyelaraskan kedudukan roda semasa pembelokan disamping menyerap hentakan di atas jalan.Penyerapan hentakan oleh komponen-komponen roda ini hanyalah sekitar 40 peratus .
Walaupun hanya 40 peratus akantetapi hentakan dan bunyi yang terhasil oleh absorber yang rosak kebiasaanya bergantung sepenuhnya kepada komponen-komponen yang disebutkan tadi.Ketika membelok absorber tertekan dan serapan hentakan akan hilang dan beralih kepada rod end dan u stand.
Terdapat pengalaman kes dimana pengguna yang telah menukar absorber,spring dan joint masih mengalami bunyi yang kuat semasa belokan dan semasa pemanduan rata.Setelah ditukar u stand di kedai yang lain hentakan tidak terasa dan bunyi juga telah hilang.
Ini bermakna hentakan bukan saja terhasil apabila absorber telah rosak malah melibatkan komponen kecil lain terutamanya u stand.Tetapi harus di ingat bukan semua kereta menggunakan u stand,hanya keret-kereta seperti Honda,Toyota dan banyak jenama dari Jepun saja yang banyak menggunakan u stand untuk penambahbaikan suspension yang lebih elok.
Kereta dari negara kita kebanyakannya tidak menggunakan u stand pada pemegang absorber akantetapi menggunkan pemegang terus skru pada absorber.
Secara kesimpulannya untuk menghalang dari hentakan dan bunyi bising suspension ini berulang adalah seperti berikut:-
1)Menukar absorber dan u stand serta
2)Menukar absorber dan mounting
Comments
1.tayar tak rata
2.tie rod end dah longgar
3.ball joint pada lower arm dah longgar
periksa tiga2 ni dan tukar yang mana longgar
1) mslh bnyi 'ktak' bhgn driver.sblm ni bnyi ktak kerap bnyi kalau lnggr permukaan xrata.sy tukar lower arm bush kiri dan kanan + stabilizer ..bnyi hilang..xlama lpstu sy terlnggr lobang bnyi ktak tu dtg blk tp xsekerap sblm ni.sy tukar lg lower arm bush(kali ni 3 bush kiri kanan) dgn mounting absorber..bnyi hlg,lpstu sy terlnggr lobang (kuat) bnyi tu dtg balik..cuma bila redah bonggol cara kasar and lalu line kuning akan ad bnyi ktak tu..apa sbnrnya yg sy perlu tkr encik untk hlg bnyi tu?
2)bhgn belakang: bnyi mcm besi kena ketuk..cuma bnyi tu skli je akan muncul terutama masa conering(tu pn sometimes bnyi tu dtg) and masa drive tb2 dtg bnyi tu..xkerap pn tp kuat jgk bnyi ketukan tu.bhgn blkg sy xpnh tkr apa2 peralatan lg stkt ni
3)pndpt encik bhya x simtom yg sy ajukan untk long distance and bwk lbh 3 orang dlm satu kereta tu??dh pnh hntr honda servis untk dia chck semua ..katanya xdepape..balancing semua sy dh bt byk kali..
1.u stand dan spring bush perlu ditukar
2.absorber dan absorber lining dah lembut,perlu ganti
3.tak bahaya cuma bunyi akan makin kerap
Pada kancil terdapat satu lengkungan panjang dan ada bush,bush tersebut perlu ditukar
t.kasih
saya menggunakan kereta toyota vios tahun 2010.
masalah sy skrg, bahagian depan kereta sy terasa seperti pancit, sedangkan dah berkali-kali check tak pancit. buat aligment sekajp saja dah rasa tk balance semula. tayar dah tukar baru sbb igt tayar lama bengkak. Tak ada apa2 bunyi waktu memandu. tapi seperti tayar pancit walaupun lalu jalan yg lurus. sy risau bila memandu. stereng memang jadi ringan sangat. sy harap mendapat penjelasan dari pihak tuan tentang masalah sy ini. sy seorg perempuan mmg tak tahu pasal kereta, silap pergi workshop kena ketuk saja2.
saya nk tnya, kereta proton persona saya tahun 2010, bila bergerak di atas jalan yang tidak rata akan ada bunyi seperti skru longgar di bahagian hadapan kenderaan. bila memandu 100km/j stereng akan bergegar. sudah refer workshop, katanya absorber rosak. saya tukar absorber tetapi bunyi tersebut tetap ada. apa masalahnya tuan?
Kerete sy iswara 1.3..msalahny bile tekan clulch nk tuka giar...taiming jd rendah..trutama naik bukit..
kereta saya viva bila drive ada bunyi bising bahagian depan. bila roda bergerak, sampai meter 60-70 macam meraung plak dia. bila laju kurang bunyi bising tu. saya dah ganti break disk.. tayar pun baru.. bearing pun ganti baru. ke ada lain yang problem? terima kasih yg membantu
berapa kos utk repaire..tq
saya pakai myvi 2015 masalah saya bila di selekoh pulas stering sebelah kita rasa kereta tak berat sebelah kiri kereta jadi tak stabil tapi jika selekoh pulas stering sebelah kanan rasa ok. TQ
https://www.facebook.com/100008110699346/videos/1683756285238045/?theater
Buat alignment dulu!
Sya ad mslah dgn naza forte 1.6sx 2010..rasa senget sblh penumpang bhgian dpan wlaupun jalan rata(highway)..sya da tkar abdorber ori pn mslah 2 x setel.ad part len x yg blh dtgkan mslah cmtu.harap dapat bantu n tq utk ilmu yg diberikan
Lagi st kereta sy seolah xdpt dikawal jika mencecah 130km ke atas..dan seolah hilang keseimbangan.Utk pengetahuan tn kete pernah eksiden dan berpusing bbrp kali. Hanya tayar dan rim yg ditukar.Mohon pencerahan.Tq.
nak tanya:- 1. Saya bawa kereta Honda Stream. Dah bawa dekat 4 tahun. baru2 ni tetiba semasa padu di HighWay Indicator check engine menyala. dah pergi check (diagnose) di beberapa workshop dan identified beberapa masalah sensor. yang heran tu, bila dah settlekan, besoknya tu indicator nyala lagi. ada masalah pada enjin ker?
2. Dulu bawa kereta bila lalu bumper, ayunnya xlah kuat (arsorb), sekarang ni ayunannya kuat, lepastu ada bunyi macam terhentak... itu masalah absorber / mounting enjin ya?
tq
2.masalah absorber dan absorber mounting
kenapa bila sya brek ada seakan2 bunyi tayar bergesel.. adakah spring/ absober rosak??
Kalau kete load, jalan x rata ade bunyi mcm tayar bgesel dgn fender bhagian blkng knpa ye??klau bawak sorg2, jalan x rata, xde plak bunyi..
tq
kereta saya myvi 1.0 tahun 2006..awal bln ni saya ada tukar absorber baru dan juga mounting utk tayar belakang... elok selepas tukar tu saya drive start ada bunyi kletak kletak kletak kat bhgn blkg... jenuh juga saya cari mana datang bunyi x jumpa juga smpai skrg.. ingtkan pintu bonet yang x rapat...tapi semua ok cuma bila mula drive dah kuar bunyi dan tambah lagi bila jln tak rata. saya pakai tayar 15" dan juga spot rim. apa masalah yer kete saya ni..
Encik, sy ingin bertanya..
Kereta sy iswara auto..
Semasa kereta bergerak, tayar terase berat dan mcm di cengkam handbrake..
Lepas tu ade bunyi seolah-olah benda jatuh, mcm besi jatuh dgn kuat semasa kereta bergerak..
Lps tu handbrake kereta sy pula tidak boleh ditarik, tibe2 jammed pulak..
Ape mslh kereta sy ni yea?
Harap encik dpt bg penerangan..
Terima kasih..
Brek shoe dalam drum sebelah roda belakang telah lusuh dan tercabut dari rumahnya dan menyebabkan ia terlekat pada drum,saudari perlu ganti brake shoe belakang kedua2 roda