Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Tie rod end

Tie rod end dan steering rack adalah dua komponen roda yang mempunyai bebola yang berupaya bergerak dan mengikut arahan membelok ke kiri dan ke kanan.Tie rod end bertindak kebanyakannya sebagai pemegang kepada banyak komponen roda seperti pada lower arm dan u stand.
 Tie rod end adalah komponen yang boleh dicabut dan digantikan seperti pada lower arm sebahagian jenama kereta.Komponen ini juga amat penting penggunaannya dalam mengekalkan kedudukan roda pada tempatnya dan juga mengekalkan keupayaan stabil pembelokan kiri dan kanan.








Di dalam u stand tie rod end bertindak sebagai pemegang absorber supaya absorber tidak berpusing terus dan berada pada kedukan tetap yang sepatutnya ketika membelok dan memusing roda pada darjah penghabisan.
 Penggunaan tie rod end amat luas bukan saja dari segi konsepnya yang berbekalkan penggunaan bebola malah tie rod end juga bertindak memegang kukuh komponen lain seperti lower arm dan absorber. Jika anda mengalami masalah seperti terlalu longgar semasa membelok dan juga berbunyi goyang yang tidak kukuh pastikan tie rod end di periksa.
Akantetapi jika stereng lebih gemar membelok sendiri pastikan steering rack ditukar dengan yang baru. Bunyi yang dihasilkan apabila tie rod dan bush haus pada lower arm juga akan menyebabkan terasa kelonggaran pada belokan ataupun juga pada jalan rata.

Comments

Mekanik Kereta said…
salam sejahtera,

Gegaran terjadi biasa atas 2 sebab iaitu, disc bergoyang sebab bering yang longgar atau housing brek yang juga longgar
Unknown said…
Assalam tuan
Nissan almera auto 2012
-stereng bergetar walaupun dlm 20-30kmh..pedal minyak n lantai turut bergetar..tayar n rim baru
-Streng tidak membalas dengan sempurna..hanya membalas separuh saja
-pertukaran gear akan ade bunyi seperti bergesel /vibration
dlm keadaan D..
Mekanik Kereta said…
wsalam ,mounting enjin dan gearbox ada yang pecah,begitu juga dengan bush pada stereng rack juga ada yang pecah berkemungkinan juga stereng rack rosak,semua ini perlu diganti jika ingin kan getaran hilang
Unknown said…
Salam tuan sy ingin bertanya msalah brek..sy dh servis brek cun2..tpi ble saya bwk agak laju ble brek kereta mcm terhuyung hayang kekiri n kekanan..ble slow ok je..apa masalah dia tuan..brek pon ble laju xberfungsi dgn cemerlang..kereta jenis honda civic ef..
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila membrek,tie rod end dan ball joint akan ikut sama bergerak,tetapi jika ia longgar terutamanya ball joint pada lower arm akan menyebabkan kereta terhoyong hayang
Lutfi said…
Salam..dalam keadaan pelahan kereta myvi saya stereng nya xstabil..gegar kiri dan kanan..boleh tuan bgi pencerahan..terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa tayar mungkin makan tepi atau ada bengkak
Unknown said…
Tayar dh tuka dua2 belah tuan..tpi still break terhuyung hayang..adkah msalah trod end?sbb kompenen len sume dh tuka.tbrod end dh lembik dh..adkah lembik punca break terhunyung hayang.dan stearing pon mengikut alunan jalan
Mekanik Kereta said…
masalah stereng rod yang lembut juga mempengaruhi steeng untuk bergetar
Unknown said…
semua komponen bwah sudah sy tuka untk mendapatkan break yg cantik..tpi still kereta terhuyung hayang..ada rasa sebelah kiri mcm naik je bile membreak..yg sy blm tuka rex end dan T rod end je yg blm tuka..ada kh tu penyebabnye tuan..saya hrap tuan dapat membantu..honda civic ef lama
Mekanik Kereta said…
Jika ball joint lower arm telah ditukar bermakna tinggal Rack end yang perlu ditukar tukar bermaksud semua termasuk tie rod end,
Unknown said…
Ok tuan..tme khasih sy try tuka rack end dgn tie rod end dlu..untk mendapatkn brek cekaman rata..sakit kepala tuan sume brng dh tuka tpi stil kereta break lari
adib said…
assalamualaikum..
nak bertanya, saya mencari kedai khusus dalam gantian bush atau getah2 kereta, lalu di jalan tidak rata terlalu kuat gegarnya. kedai tempat lain masih tak dapat kesan masalah item perlu diganti..
minta tolong kalau ada cadangan mana-mana kedai area selangor. terima kasih.
Unknown said…
asslamualaikum..kenapa ea steering saya akhir2 ni ringan sngt bilaa bawa 100km/j keatas..dulu sedap jee selekoh..ada laa rasa bilaa selekoh tu..skrng asyik terlebih sikit..saip nk trlanggar divider kanan..nk terus ke bengkel risau orng tu buat2 tahu jee..nnti dah tukar barang..sama jee..xde perubahan..harap dapat tolong..terima kasih :D
Mekanik Kereta said…
wsalam,steering rack telah menjadi sangat lembut dan perlu segera ditukar
Mekanik Kereta said…
wsalam,kedai khusus yang hanya ganti bush dan getah tiada,mana2 wsyop boleh cuba ,ada terdapat pomen yang mahir
Unknown said…
oyekee, okay2..steering ni agak2 harga berapa? risau kena tipu ngn orng kedai..ouh haa, dia ada racing steering rack ke? mcm clutch en ada yg standard, ada yg racing
Mekanik Kereta said…
untuk kereta Msia sekitar rm400
Unknown said…
Salam tuan untk kereta honda civic (vtec) ble tarik pickup je on je vtec kereta melayang kiri n kanan.dn time laju pon break cm terhuyung hayang je..apa masalah ek?stearing rax cntik lg aritu dh buat servis ok cun je..cma yg blm tuka tie rod end dgn rax end je..aritu dh lembut sgt dh.tpi blm tukar je lg..adakah masalah rex end atau tie rod end?
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu ganti rack end dan tie rod end
Unknown said…
Ok tq tuan..brapa kos tuka ex end dgn tie rod end tuan?n satu lg minyak power stearing skg pkai yg minyak auto wrna merah..ada kh myk power stearing yg lebih elok lgi slain myk auto yg wrna merah?
Mekanik Kereta said…
kira2 rm200,ada juga minyak power stereng berwarna berwarna kuning dari STP juga boleh digunakan
Unknown said…
Salam tuan utk kepastian..mslh brek yg sy alami skg ble kereta terlalu laju brek seolah2 berjalan ats belon kiri n kanan..ad org ckp msalah tyr kurng cenkaman.sy blm tuka lagi rex end dn tie rod end...boleh x tuan bgi pendapat utk mendapat kepastian..hrp tuan dpt membantu masalh sy ni..
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa bering sekali,jika brek tiada cengkaman kereta tak berhenti baik,saya rasa sebaiknya servis brek dulu kemudian boleh periksa bering ,jika disc goyang,brek pun tak elok juga
kulairean said…
Assalam tuan.. Baru beberapa hari lepas saya tukar satu set steering rack,lower arm n buat alignment sekali.. Masalah yang di hadapi adalah bila saya membelok ke kanan, steering tak mahu balas ke kedudukan asal.. Yang peliknya bila belok ke kiri, steering tu elok je balas balik ke kedudukan asal.. Lagi 1 masa nak amik corner sebelah kanan, pada pusingan steering 45 ke 90 darjah ada terasa steering menarik ke kanan lagi.. Buatkan saya cemas sebab jalan yang terpaksa saya lalui semasa pergi kerja melibatkan banyak round about.. Bolehkah tuan mekanik beri advice ape yang patut saya buat lagi pada handling kereta saya ni? Saya guna kereta iswara je.. Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,jumpa semula wsyop yang buat itu dan minta mereka betulkan semula alignment stereng rod dan minta mereka cuba selepas dibaiki
Unknown said…
Bos. Tolong whtsapp sy bos. Boleh sy tnya byk lg soalan . 0142347050
arafidah said…
Assalam... nk tnye sy gna keta jnis myvi se orange 1.3 manual... mslhnye bla sy brek keta lari sblh kanan n klau lbh laju ckit dlm 110 km/j, stereng sy bergegar... tnya perodua diowg ckp mslh brek caliper... nk tnya en btul ke? klau btul brapa anggran kos utk 2 belah... mnta tlg cnfirmkn... trima kasih
Unknown said…
Assalamualaikum.. Saya hadapi masalah steering x centre walaupun dah buat alignment sehabis baik...masih tertarik ke kiri...stereng rack dah tukar baru...ttp masalah x selesai... Yg saya perasan jarak antara tayar dgn fender tak sama antara kiri dan kanan...jarak kanan 4 jari dari fender..jarak kiri 3 jari dari fender...apakah komponen yg bermasalah...mohon pendapat tuan...kereta waja baru beli Secondhand...tqvm
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika tinggi tak sama ,ada masalah pada spring absorber,perlu gantikan kedua2 belah dengan gegelung spring yang elok mempunyai kelembutan yang sama,kira putaran gegelung ketika membeli ,memasang dan jarak antara gegelung
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti stereng rod,insyallah ok
Unknown said…
Salam tuan...saya nk bertanya..kereta saya ade bunyi tek2x bila belok..apakah punca kerosakan?
Absober,mount absober,bush lwer arm pn dh tukar baru...masih musykil sampai skrg...
Unknown said…
Saya pernah kena...tuka absorber mounting..settle masalah boss...tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila membelok kekuatan selalu disalurkan ke drive shaft sebelah luar,ganti drive shaft untuk hilangkan bunyi itu
Unknown said…
Bile pusing stering. Tak balas balik sebelah kiri. Sebalah kanan balas. Kenape yew
Unknown said…
salam sejahtera... kete kenari 2004... semasa pemanduan rasa seperti stereng tu apabila pedal ditekan akan rasa ia ke kanan sedikit... bila lepas pedal spt centre semula... dah 2x buat alignment still sama...mounting absorber dan cover arbsorber dah tukar masih x ok jgk... hrp dpt beri advice ape yg perlu dilakukan... tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,ketika pedal ditekan ,pergerakan roda melibatkan drive shaft,stereng rod,ball joint dan absorber link serta absorber,ada diantara keempat2 komponen ini yang telah lembut pada sebelah kanan,yang paling ketara mudah jadi lembut ialah stereng rod,periksa
Mekanik Kereta said…
power stereng pump berkemungkinan bocor pada rack sebelah kiri
Asbul Hash said…
As Salam En Arsad,

Baru2 ini saya ada membeli kereta terpakai Kancil 850 (auto). Masalahnya ialah selepas menukar alat gantian spt absorber mounting, steering rack, drive shaft, tie rod end, lower arm dan mounting enjin.

Selepas dibuat beberapa kali alignment (adjust chamber + caster dan dll lebih kurang 2 - 3 kali) keadaan alignment kereta tersebut sangat-sangat teruk.

Keadaan pemanduan seperti kaku didalam kereta. Kereta bergerak seolah-olah berada diatas air, kereta bergerak ke kiri dan ke kanan walaupun stereng di pegang dengan kuat. Sewaktu mengambil selekoh pula, keadaan kereta seperti berbuai2. Kadang-kadang steering tertarik ke arah saya membelok dan kadang kala pada arah berlawanan sebaik sahaja hendak meluruskan semula stereng kereta. Selalu terjadi keadaan dimana dengan tiba-tiba stereng seperti di tarik dgn mengejut. Keadaan pemanduan sekarang seperti kereta tiada alignment dan tidak boleh dikawal sewaktu memulas stereng untuk membelok atau U turn. Stereng pula tidak berpusing pada keadaan normal dan terpaksa memusingkan sendiri (stereng tidak membalas spt biasa). Keadaan ketika memusingkan stereng jugak terasa seperti kosong dan ringan. Pusing kekiri dan ia akan terus terpusing kekiri dan begitu juga kalau sebaliknya.

Sewaktu melanggar bonggol akan kedengaran bunyi berdetak. Sewaktu brek pula terdengar bunyi berdentum pada bahagian hadapan seakan ada bahagian yg tidak kemas. Ada ketika ketika membelok terdengar bunyi “ketak” sekali shj.

Apabila di ukur jarak tayar dan mud guard di sebelah kiri dan kanan tayar hadapan, jaraknya tidak sama. Terdapat perbezaan lebih kurang 25mm.

Sebelum ini keadaan alignment sangat cantik dan tiada masalah sewaktu membelok di selekoh.

Boleh tuan jelaskan berdasarkan pengalaman tuan. Apakah kemungkinan masalah kereta saya dan berikan sedikit advice dan tip. Ini kerana beberapa kedai alignment yg saya pergi tidak dapat menyelesaikan masalah saya.

Asbul
harvard480@yahoo.com
Mekanik Kereta said…
wsalam,gantikan kedua2 belah spring dan absorber bering,insyallah kereta dapat kembali boleh dikawal
Unknown said…
assalam. persona sy bergegar bila mula memecut. ada bunyi 'duk/ketak' bila bawa kat jalan tak rata dan kdg2 steering jadi tak stabil. sy rasa mcm tie rod. tapi nak minta nasihat tuan sebelum sy hantar ke bengkel.
Mekanik Kereta said…
wsalam tukar dua2 lower arm insyallah ok
Unknown said…
maknanya tie rod xdak kena mengena dgn gegaran & bunyi tu ke tuan? sebab bila bawa kereta mcm sedikit melelong dan corner pun dah tak mantap?
Unknown said…
assalam tuan...ade leak pada steering rack kereta saya di sebelah kiri paip yang di sambung pada steering rack..bila di periksa penyambung memang terdapat minyak leaking di situ...untuk jalan penyelesaian bolehkah oil seal penyambung paip dengan steering rack tu di ganti atau tukar steering rack baru?? berapa pula anggaran steering rack baru @ berapa pula anggaran harga oil seal?? kereta alza 1st model
Mekanik Kereta said…
wsalam,sebaiknya tukar ,kos sekitar rm500
Azril Ano said…
assalamualIkum. sy nk tnye, sy pkai krte kia spectra. baru ni streng rck sy bcor.. sy tuka la stu set..RM700..lps tuka tu sy pergi buat algmnt.. pomen kdai tyr ckp tengah pusing sterng..trase streng mlwan smle..die ckp streng rck x ngam.. die pn buat algmnt..sy xpsti sme ad camber atau ape..tp skru adjust tu da hbs rpt die pulas..die ckp memng streng rck x ngm ni..btol ke? lps da siap algmnt.. esk pg sy tngk bcor lg..hose baru lg..mntk pnjlasaan..
Mekanik Kereta said…
wsalam,benar kerana jika ia betul2 sesuai,algnment akan jadi mudah dan stereng memang tidak akan melawan semula,hose yang bocor adalah tanda stereng rack tidak sesuai telah digunakan
Unknown said…
slm.honda stream rsz..1.stereng gegar n longgar pd jln xrata n lopak kecil. 2.Apakah tanda2 stereng rack rosak.
Mekanik Kereta said…
wslm,stereng yang bergegar ada beberapa sebab:-

1.Tayar makan tepi
2.ball joint lower arm lembut
3.stereng rod/tie rod end lembut
4.stereng rack lusuh
Mekanik Kereta said…
tanda2 stereng rack rosak

1.lembut sangat terlalu mudah dipulas
2.berat tiba2
3.berbunyi
4.kedengaran longgar
Unknown said…
assalamualaikum..saya nak tanya ni bru2 ni kereta berbunyi macam besi berlaga dgn besi bila jalan x rata dan naik bonggol dgn laju tapi kalau perlahan x bunyi..saya dah tukar tie rod end,absorber mounting tapi still bunyi lagi..rasa2 nya apa lagi yg saya perlu tukar
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu ganti lower arm ,insyallah ok
Unknown said…
Salam, en, ingn brtnya. Krta sy semasa brjln terasa berat utk belok ke kanan, knpa ye?
Unknown said…
Stereng saya tiba2 gegar kuat. Bila check kat bengkel taya, pomen tu ckp tyar ok.tp bila bawa ttp gegar tp kadang2.. ape ye mslh kete saya .. kete jenis wira
Mekanik Kereta said…
stereng rod perlu tukar kedua2 belah sebab terlalu lembut
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar bearing roda sebelah kanan,insyallah ok
Unknown said…
Salam tuan, saya nak tanya... Kereta saya rasa kurang stabil bila memandu walaupun ketika jln lurus, dan kestabilannya semakin teruk bila kelajuan 120km keatas, pd pendapat tuan apa yg rosak, steering rack ke, lower arm ke, atau benda lain? Iswara aero 1.3... Mohon pencerahan tuan...
Unknown said…
Salam tuan, kereta saya rasa melelong walaupun ketika jln lurus dan rasa melelong tu semakin teruk bila kelajuan mencecah 120km keatas. Iswara aero 1.3...
Mekanik Kereta said…
wslm,stereng rack perlu ganti kerana lembut pada gerigi
Laila Fayyadh said…
As salam tuan, sy pakai viva auto tahun 2009 . Bila bawak kereta sy perasan ada bunyi macam tayar takde angin langsung. Bila check tayar semua ok. Lepas tu steering macam asyik nak ke kiri je. Sy bawak pegi bengkel mekanik cakap steering rack rosak nak kena tukar. Kos dalam 600++ . Betul ke ni tanda2 steering rack rosak dan kena tukar? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa pusingan roda kadang2 berat ke kiri atau ke kanan sebab pusingan roda yang berat sebelah sebab bering roda menjadi ketat,juga akan menyebabkan kereta berat seperti tiada angin dalam tayar
haslan said…
Assalamualaikum. Naza citra 2007
1.Ada bunya besi nak patah bila jalan x rata semasa kelajuan rendah. Kalau hi speed x bunyi.
2. Steering x fit masa connering. Steering bergoyang utk berbalas balik @ oversteer.

Mohon pandangan. Tqvm
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kedua2nya berkait rapat dengan stereng rack yang rosak dan mounting yang bergoyang teruk,ganti stereng rack paling baik,insyallah ok
Unknown said…
Hi tuan..kereta saya flx saya ada masalah bunyi tik tik seperti ada besi belaga dihadapan tayar.. Berbunyi bila bawa slow 30km/j.. Bila laju xda bunyi pulak.. Dah try jack tayar pusing manual tiada bunyi.. Keadaan berlaku bila drive slow ja.. Harap tuan dpt membantu..
Mekanik Kereta said…
hi,bila diangkat tiada bunyi,ini bermakna bering roda yang tidak tahan beban,cabut tayar dan pusing perlahan2 disc ,akan ada beza
Tuah said…
tuan nak tanya kenapa kereta wira saya bila bawak atas 70 kereta terasa terhuyung hayang dan bila bawak atas 90 steering akan gegar kuat.. apa masalah kereta saya dan brape kos bg membaikinya.. harap tuan dapat balas msj saya ni. 0129553278
NakBadanSolid said…
Salam tuan
Kereta myvi saya kurang stabil lebih2 lagi ketika corner atau amik selekoh.
Badan rasa terikut skali bila ke kiri dan ke kanan. Penumpang pun rasa kurang selesa. Saya dh tukar absorber dpn dan mounting skali,serta steering wrap bush dan buat alignment dan balancing skali... tapi lepas 3 minggu dia jadi balik...lepas alignment pun dia jadi balik lepas 3 minggu...minta pencerahan tuan...tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,bush belakang untuk arm perlu ganti
Unknown said…
Assalammulaikum. Encik sy pakai kereta persona adjustable spring . Kereta sy menpunyai masalah steering senget. Ade masanye steering bergegar semasa panaskan enjin dan semasa menekan 130km steering kembali bergetar(macam naik boot). Tima kadih
Unknown said…
Salam minta penjelasan sedikt. Steering kete goyang2 mcm longgar msa kereta tidak begerak. Bila jalan xrata, lagi begoyang. Forte
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti stereng rack.Puerto
Assalamualaikum. Nak tnya kenapa steering dan kereta akan ke kiri bila kita tekan brek semasa memandu ?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,ball joint lower arm mudah bergerak kekiri ketika membrek jika ia telah tersangat lembut tambahan lagi jika ada tie rod end pada stereng rod yang juga lusuh,perlu ganti ball joint lower arm dan stereng rod
Muhmmad tamimi said…
nak tanya, saga fl sy bila pusing stereng masa parking ada bunyi tik sama ada belah kiri or kanan.. bila drive jalan tak rata ada dengar bila pandu pelahan.. kenapa ye? apa yg rosak dan berapa kosnya??
Mekanik Kereta said…
ada hose pam stereng yang bocor,ganti hose untuk baiki hydraulic pump
Unknown said…
salam...tuan... saya nak tanya masalah kereta saya...wira 1.5 auto tahun 2004...saya beli 2nd...saya dah pakai 2 tahun...kereta saya ada masalah bunyi dari depan ktak..ktak...ktak...bila kereta mula bergerak perlahan dan apabila memulas streng ke kiri atau ke kanan...akan ade bunyi ktak..ktak...ktak dari bahagian depan dan di streng pun turut merasakan getaran ktak...ktak..ktak...saya dah bermacam pomen saya pergi tuan...dah tukar drive shaft kiri kanan,ball joint,lower arm,aksober depan kiri kanan tapi still masih berbunyi tuan...ada ketika tension sgt bila memandu...tolong saya tuan...dan banyak rm saya habis tp still bunyi tu x hilang....������ ...
Unknown said…
salam...tuan saya ada masalah kereta wira 1.5 auto...tahun 2004 2nd dah 2 tahun pakai...masalah bunyi dari depan apabila pulas streng ke kiri atau kanan akan ada bunyi ktak...ktak...ktak...dan sampai merasainya di streng apabila bunyi itu berbunyi....apabila kereta baru hendak bergerak dan belok kanan atau kiri akan keluar bunyi itu tuan...bila tekan brek dan kereta hendak bergerak semula akan keluar bunyian itu itu tuan....ktak...ktak..ktak...bila kereta tak bergerak saya pulas streng tiada sebarang bunyi...tapi bila kereta bergerak akak bunyi sampao terasa do streng...dah bermacam pomen saya pergi tuan...dah tukar drive shaft kiri kanan,lower arm,ball joint,aksober depan kiri kanan...tapi masih belum hilang jugak bunyi itu...tolong saya tuan beri pencerahan...dah tension saya berhabisan duit....😭😭😭
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar stereng rack ,insyallah tiada bunyi lagi,pastikan hose stereng pump tidak bocor
Unknown said…
assalam tuan, nak tanya la, sy pkai saga flx, bila drive,kat stering kluar bunyi zzzzzz,mcm bergesel atau bdengung.. g tanya mslh bering ke, member ckp bukan.. tuan rasa knapa ye.. harap tuan dapat menjawab persoalan sy. ni.. tq yer tua ..
Mekanik Kereta said…
wsalam,bunyi datang dari stereng rack yang minyaknya bocor dari pam ,gantikan hose pam yan bocor supaya aliran minyak lebih baik
mat said…
Assalamualaikum saya pemilik kereta kelisa.... keta dah aligment steering dah center...... bila drive pusing streering ke kanan masuk simpang lepas tu steering tak jadi center kedudukan steering jadi pukul 1 tak center .... bila pusing ke kiri masa drive masuk simpang ..lepas tu steering jadi pukul 11 .. steering rack dah tukar .. absorber pun tukar dah ... pernah tak rakan2 yang pakai kelisa hadapi masalah ini... tq
Mekanik Kereta said…
wslm,masih masalah alignment,tukar stereng rack pun juga penyelesaian
ann said…
salam, nak tanya stereng kereta gen2 bergoyang , adakah disebabkan stereng rack...alignment mcm lari ke kanan sikit :) tlg advise
Mekanik Kereta said…
Wsalam,stereng bergoyang akibat dari tayar makan tepi dan stereng rod atau tie rod end yang lembut sebelah kanan
Unknown said…
Salam bos..sye nk tnye.sye pkai vios thun 07.masalh sye bile kt hgway krete terasa melayang ke kiri dn kanan..pdahal steereng sye tegak..bole bos trngkan kn ap pncenye 2.
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah bush getah pada stabilizer atau lower arm depan
aqua Cx said…
Assalamualaikum tuan.
Tumpang bertanya.
Sy menggunakan saga lama 1991.
Sy menukar absorber sy dr standard kpd adjustable lebih kurang 2 tahun lepas.
Sebelum tukar kpd adjustable, setiap kali allignment kereta akan ok.
Tp dr hari pertama tukar kpd adjustable sampailah sekarang dah masuk 2 tahun, walau byk kali allignment pun kereta sy tetap akan berlari ke kiri walau di jalan yg lurus dan rata. Bila ditanya pd kedai tayar, alasan mereka ialah rim terlalu besar, 17inci 9jj.
Sedangkan sebelum tu tak pernah ada masalah spt ini walaupon rim yg sama.
Baru dlm seminggu dua nie semakin teruk, stering bergegar mcam nk roboh kereta kalau dipandu laju dan kdg2 perlahan. Sdgkan balancing dan allignment baru saja buat dlm 3minggu lepas.
Baru hari ini sy pergi ke bengkel utk check, tp mereka pun tak pasti apa.
Cuma tukar lower arm dan driveshaft yg dah lama tak diganti. Tp masalah tetap berlarutan lg.
Ada kwn2 yg suggest utk menukar steering rack, shaft dan sbg nya utk mengatasi problem steering gegar dan kereta lari ke kiri time freeplay.
Ada apa2 nasihat dr pihak tuan?
Note:masalah terjadi sejak tukar adjustable. Sedangkan sy tukar adjustable dr model HWL yg baru bau kedai lg.
Dah buntu dah nie, enjin sedap baru lepas service, tp handling hancur.
TQ
Mekanik Kereta said…
Walaikumsalam,steregynggegar dikitkn denganrack ,stereng rodmtie rode dan tayar.Jika tiada tanda tayar makan tepisebelahdalam atau luar ini bermakna keadaan stereng rod dan tie rod end yang lembut telah menyebabkan rack tidak stabil.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,stereng rasa berat jika angin tayar kurang,power steering pump bocor juga bearing roda yang lusuh
Mastahmad said…
Salam

Saya memandu kereta produa viva 1000cc.Baru dapat tahu steering rack bocor lepas minyak steering berkurang. Boleh tau berapa kos nk tukar steering rack viva?
Tq.
Mekanik Kereta said…
wsalam sekitar rm500
Unknown said…
Assalamualaikum.. maaf sy nak bertanya.. sy ada perdana v6.. sy dh tukar stereng rack.. tapi terlalu lembut..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam ,jika tiada minyak pada hose yang bocor,insyallah ia akan berjalan seperti biasa selepas beberapa hari digunakan
Unknown said…
Salam Admin. Saya menggunakan Iswara 1.3 lmst 2007. Pada peringkat awal tayar bahagian depan berbunyi seakan-akan tayar bengkak. Bunyi jelas didengari pada kelajuan 40 @ 50 km/j di permukaan jalan yang rata. Dah tukar kedua-dua tayar(R14), absorber dan absorber mounting.Seorang kawan pernah pandu kereta saya. Dia kata lower arm terasa amat lembut. Apa maksudnya? Adakah ini punca bunyi berkenaan? T/ kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,hujung lower arm ada ball joint,ball joint yang lembut serta bush arm yang haus mudah berbunyi
Unknown said…
Salam bos.. Saga blm bila turun bonggol bunyi macam besi berlaga sebelah kanan sebab apa yer?
Mekanik Kereta said…
wsalam,arsorber link telah lembut
Unknown said…
assalamualaikum en.mekanik..kereta sy vios ncp42 2007..brg yg prnah tukr mounting absorber ori...lower arm baru...stereng rack kondisi halfcut..
kreta sy mngalami mslalah stereng akn mngikut alur jalan kekiri dan kanan..bila brek pn akn ikut alur jln...tp bila d jlan rata ok...then lg 1 stereng perlu di paut kuat dlm kelajuan 120km/j ke atas..klau tdak kreta trhuyung hyang..lg 1 bab, stereng terasa lambat bidas bila pusing stereng melebihi sparuh..apa mslahnya ya otai??bantuin ambe..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,saya rasa stereng rack ini tidak sesuai dengan kereta saudara,jika stereng ini dari model kereta lain atau keadaannya tidak elok sebaiknya saudara gantikan semula atau pulangkan semula kepada penjualnya
Unknown said…
assalamualaikum, saye mempunyai swift thn 2008,
masaalahnye baru2 ini bila sye tgh drive tiba2 steering menjadi berat bila pusing ke kiri atau kekanan, tapi rasa lebih berat bila ke kiri.. lpas tu saye berhenti dan matikan enjin untuk 2-3 minit dan cuba start semula stering jadi elok semula.. bila bawak dalam 10-15 minit ia jadi berat semula..dan saye pun matikan enjin start balik steering ok semula..bila saye matikan enjin dalam masa yg lama steering jadi berat semula pon dalam masa yg lama kira2 40-60minit.. ia akan mula terjadi bila sye cuba belok ke kiri dan lampu steering di meter pon menyala.. hantar benkel ad yg kata computer box, ada yang kata steering rack..tolong beri penjelasn..terima kasih
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,

Ini adalah masalah steering rack,jika tiada bocor minyak pada steering pump,pada hose ia adalah masalah steering rack yang telah ketat
Unknown said…
salam tuan. Saya pemilik kereta kancil 850 (M) saya tanya kalau steering bunyi 'krek krek' bila pusing steering wheel walaupun ketika engine off..sebab ape ye? joint problem ke rack yg problem? Dan berapa kos repair nya? Tq.
Mekanik Kereta said…
wsalam,bunyi pada stereng yang berterusan adalah masalah rack yang lusuh ,jika sekali sekala tukar hose yang bocor minyak boleh menyelamatkannya
Unknown said…
As Salam tuan. Saya nak tanya sikit. Kereta sy inspira. Usia kereta 4 tahun. 69k KM. Saya nak tanya berkenaan bunyi yg dihasilkan bila kereta masuk simpang ke kiri dan ke kanan. Kelajuan dlm 20km/j. Mcm ada bunyi halus besi berlanggar. Bila sy pusing stering kiri kanan waktu kereta benti, tiada pula bunyi. Speeding pun tak gegar etc. hanya bunyi tu saja yg keluar. Mohon pandangan tuan. Adakah drive shaft?
Mekanik Kereta said…
wslm,ball joint mungkin terlalu lembut pada kiri dan kanan untuk lower arm,periksa,drive shaft berbunyi tak,tak,tak berterusan jika ia haus atau rosak
Miss m said…
Salam tuan..sy pakai saga flx manual 2011,skrg ada dua problem..
1. Kereta lari ke kiri bila break, pegi bengkel Katanga tak jumpa masalah apa, pegi proton, katanya pun takde problem, cuma katanya getah kat tie rod end pecah,bila tukar tie rod end n buat alignment, still lari ke kiri bila break,APA masalah kereta sy tuan?

2. Lps tukar tie rod end baru tu, seminggu lps tu ada sedikit bunyi bila kereta bru nk gerak bila pusing tayar ke kiri, tp bunyi sekali or dua kali je,lps tu OK,adakah sbb tie rod end Baru?
Tqvm..
Mekanik Kereta said…
wslm,

1. ball joint bawah disc sebelah kiri perlu diganti juga dikhuatiri terlalu lembut

2.Bunyi akan ada jika ada part lain yang lembut dan tidak seimbang dengan tie rod end baru
Miss m said…
Tqvm Tuan,nasib baik Tanya Tuan dulu, klau tak bocor poket sbb try Tanya bengkel luar katanya spindle masalah, walhal sy dah ckp mslh bunyi JD lps tukar tie rod end..tqvm Tuan...
polkust said…
Assalamualaikum encik..
saya pernah xciden tahun lepas, n lepas tu mcm2 masalah keta saya ni.. myvi tahun 2010..
masa nk kornar ke kanan saya rasa mcm tak smooth je, saya kena drive sgt slow utk boleh kawal stering sepenuhnya masa nk belok2..lagi satu, dh 2 kali saya hampir terbabas..2 kali tu masa saya drive dlm 60kmpj camtu, tiba2 kena break emergency, tayar kanan saya tu mcm bergegar mcm tak boleh dikawal..dh 2 kali jadi mcm tu.. apa perlu saya baiki, and rasa2 nya berapa anggaran kos? huhu
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,sebaiknya tukar disc brek dan brake caliper sekali,anggaran kos kira2 rm900
Unknown said…
Bengkel tuan dimana ya
Mekanik Kereta said…
Dail talian 0193716023
seddicopter said…
Salam tuan.. nak tanya permasalahan bg symtoms yg terjadi pada kereta saya:
1) tayar depan kiri haus sebelah, bahagian outboard.
2) masa drive,kadang2 terasa mcm steering lari, mcm bjalan atas air..
3) masa hujan mmg xboleh drive laju, rasa mcm steering lari wlpn pegang steering straight.
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar tayar depan dua2 dan buat alignment,ok la nanti tu
Unknown said…
Kalau perodua viva ketika membelok ada bunyi 'kuk'dalam dua tiga kali tu kenApa ye...saya pkai sport spring potong..adakah sbb kedudukan spring tidak betul
Mekanik Kereta said…
Buka semula spring dan absorber ada sesetengah mounting absorber longgar dan terkeluar dari kedudukannya
Unknown said…
assalam tua sy nak tya pedal minyak longgar apa masalahnya.sy dah tukar kabel myk tapi masih longgar
Mekanik Kereta said…
wslm,pada pedal minyak ada skru dan spring,ada kalanya spring longgar akibat skru longgar dan adakalanya ia boleh dibaiki dan adakalanya tidak dan perlu diganti
ANAK FELDA said…
Saya telah menggunakan Alza selama 6 tahun. KM pemanduan 120,000. Masalahnya ialah sewaktu saya memandu seorang stering kereta saya lurus. Jika ada 3 orang dlm kereta saya maksud saya ada seorang yang duduk dibelakang tepi cermin stering akan senget keKanan dan tidak lurus. Minta pencerahan
Mekanik Kereta said…
Masalah stereng lurus boleh dibaiki,buat alignment,minta mekanik kunci stereng supaya ia tegak dan lurus
Unknown said…
Assalam tuan... sy pengguna saga sv.. sy sudah menggunakan sejak 4tahun... skrg ni ada 1 mslh pd sy... kereta sy apabila langgar lopak air, akn berlaku bunyi di bahagian kiri dan kanan apabila membelok... tp mslh ni tidak berlaku kalo jalan kering... sudah 2 3 kali sy tanye pomen, tp pomen bgtau bush semua ok...

Mohon bantuan tuan utk sy selesai kn mslh ini...

Terima kasih bnyk tuan..
Mekanik Kereta said…
wsalam,drive shaft kereta ini dikhuatiri telah hampir ke penghujungnya,gantikan sebatang kiri dan kanan,in sha allah berhasil hilangkan bunyi
Unknown said…
salam tuan mohon pencerahan kenapa stereng kereta sy terasa ringan semacam je smasa membelok ke kiri atu kanan.ke mmg normal mcm tu tuan sb sy baru tukar stereng rack evo absorber adjustable baru mounting absorber baru kiri kanan pastu lower arm pn baru tukar lbih kurg 3 bulan lepas..kete wira 2003.jln stret pn jd kurng selesa sb stering tlalu lembut tidak seperti sedia kala.
Mekanik Kereta said…
wslam,jika ringan sangat periksa kedudukan spring dalam absorber,jangan sampai spring terkeluar dari kedudukannya
No name said…
Tuan saya ingin bertanya kereta saya jenis perodua myvi, dimana kereta tersebut mengalami masalah ketika corner ke kiri. Kereta tersebut akan bergerak semasa corner. Apa punca dan masalah tersebut..tq
Mekanik Kereta said…
jika terasa pergerakan ,perlu periksa tie rod end,ball joint yang telah lembut
Dhuha said…
Askm tuan..nak tnya.. Apa masalah kalau memandu d tempat jln yg tidak rata.. Ada bunyi hentakan kuat.. Kereta kia sportage..
Mekanik Kereta said…
wslm,lower bush lembut,senget atau pecah
Unknown said…
Salam tuan. Sy menggunakan persona tahun 2009. Masalah pd kereta sy ialah steering ringan di sebelah kanan dan berat di sebelah kiri. Lebih2 lg ketika corner di sebelah kiri sy kena pegang dgn kemas steering sbb dia akan tarik ke kanan. Adakah ni di sbbkan steering rack? Terima kasih tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti stereng rod dan chamber insyallah ok,buat alignment semula
Unknown said…
Terima kasih. Tidak perlu tukar steering rack ya tuan? Berapa anggaran harga untuk semua tu tuan?
Miss m said…
Salam tuan

Kereta Saya ada masalah bila mana saya pusing abis stereng ke kiri akan ada bunyi"DUP" terutamanya bila kereta baru nk gerak,contoh nk belok ke kiri utk keluar simpang n Ni berlaku lepas saya tukar tie rod end...bila kereta bergerak lama takde pulak bunyi walau lalu selekoh tajam..ia hanya jadi masa nk mula jalan je...APA masalah sy sedangkan tie rod end yg ditukar original drp proton..
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi tersebut adalah bunyi ball joint pada disc roda,buat alignment bunyi akan hilang
Unknown said…
Salam..kete saye myvi icon 3 tahun pkai..stereng kete saye terase berat bile membelok kiri kanan dan bile buat pusingan u turn steering x balaz kembali kepada kedudukan asal serta bila buat u turn tayar terasa mcam bergelek..ap masalah yer?
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah stereng rack perlu gantikan
Unknown said…
Salam tuan...kenapa dalam kelajuan 140-150 lepastu tekan brek steering kereta rasa goyang ye tuan...
Mekanik Kereta said…
wslm,disc mungkin longgar akibat bering roda
Unknown said…
salam tuan....sy guna saga flx 1.3 auto

masa tekan pedal minyak perhalan ada bunyi seperti besi berlaga kat bawah....masa tekan minyak secara perlahan tu la keluar bunyi tu...takut ada masalah lain sbb masalah ni dah 3bln sy abaikan
Mekanik Kereta said…
wsalam,masalah pedal skru yang longgar biasa berlaku,minta mekanik periksa kedudukan skru pedal dengan baik
faqir said…
Assalamualaikum tuan

Mohon sdikit nasihat bkaitan kereta sy....Kereta sy jenis SO4 ek4... bru2 ini sy menukar 2 biji tayar blkg... depan bru shj sebulan tukartayar.. sebelum tayar blkg ditukar...pemanduan kereta sgt menyakinkan... Slepas tukar tayar blkg...sy dpati kereta seolah2 melayang2 kekiri kekanan bila speed 100 keatas... bila jalan xrata lagi rasa melayang kiri kenanan tu... alignment..balancing..tukar upper arm depaj dan chamber semua dh buat... Mohon bantuan nasihat dri tuan apa sebenar pmasalaha kereta sy..senang utk sy buat tindakan yg lebih tepat...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,perlu gantikan keempat2 skru disc untuk dua2 tayar belakang,ada kemungkinan skru tidak dikedudukan tetap dan beralun bila dipandu laju
Unknown said…
Salam bos .. Nak tanya sikit..sy pakai gen2..masalah kreta sy ni bila pusing stereng kiri kanan ada bunyi bergesel seakan bunyi hon .. Kdang stereng lurus lepas mmbelok pun bunyi..agk kuat bunyi nye .. Tp kadang2 je dia bunyi ..
Mekanik Kereta said…
wsalam,stereng rack menjadi keras akibat minyak stereng yang bocor
Unknown said…
Salam tuan. Saya ada prtnyaan. Streering rod tu terletak di mana ya? Adakah streering rod and tie rod benda yang sama? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,benda berbeza,semua terletak pada steering rack
Unknown said…
Assalamualaikum tuan. Saya menggunakan kerete Myvi Tahun 2009. Saya ada beberapa pertanyaan.

1. Saya telah menukar brek depan saya kepada brek Honda Odessey dan brek drum belakang kepada Honda SR4. Baru-baru ini, brek saya macam jem sehingga mengeluar kan bunyi yang sangat bising. Tetapi selepas diparking sehingga brek sejuk...ianya ok semula. Dan saya juga perasan minyak brek dalam takungan kurang/kering.

2. Kereta saya mengeluarkan bunyi 'tek' apabila baru mula bergerak ataupun semasa hendak undur ke belakang.

3. Kadang-kadang semasa tengah bergerak, terdengar seperti bunyi 'ting-ting'seperti bunyi besi tersangkut di bahagian tayar hadapan.

Apakah masalah kereta saya...???

Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,semua masalah ini merujuk kepada ketidakupayaan brek depan dan drum belakang bekerja dengan baik,buat bleeding minyak brek dulu supaya tiada angin dalam hose dan brek boleh jem jika ia tidak lancar,flush semua minyak brek gantikan baru
Unknown said…
Salam tuan..sy mempunyai kereta saga blm 1.3m..masaalah tayar sering makan seblah dalam dan stering kereta sy sering menyantap ke sebelah kiri..sebelum menyentap stering sy lurus tapi selepas menyentap, stering akan berada kekiri sedikit..sy telah cuba bermcm cara termasuklah menukar stering rack, adsober link, drive shaft, lower arm dan aligment dan chamber juga sudah dibuat..harap tuan dpt membantu sy..terima kasih
Unknown said…
Salam....kete alza saya baru 1tahun setengah.....ada masalah bila pusing stereng kiri atau kanan ada bunyi tek....lagi ketara bila stereng d balas semula dgn laju....lagi bila keluar parking pun sama ada bunyi tek juga...lagi ketara bila nak parking revers yg berbukit....saya pasti bunyi dr sebelah kiri....tolong tuan...
Mekanik Kereta said…
wslm,apabila tayar makan sebelah dalam ,ini bermakna baal joint dan alignment tidak sempurna,adakalanya pemasangan ball joint pada disc tidak sempurna dan disc,periksa teliti di wsyop
Mekanik Kereta said…
Wslm,stereng rod telah lembut sebelah kiri,buat alignment semula selepas ganti
wangates said…
salam tuan.sy mnggunakan kereta waja dan masalahnye ialah bila lalu jalan xrata suspensi bahgian depan ade bunyi kuk kuk kuk.sy da tukar lower arm.absorber link.n mounting absorber.tp masih lg bunyi..
adekah ini disebabkan oleh sway bush. caliper pin atau tie rod end?tq
Mekanik Kereta said…
wslm,biasanya ini masalah spring,spring absorber tidak menyokong penuh kedudukan absorber baru
Unknown said…
Bos tmpang brtnye time laju tkan break kuat2 streng jdi ke kiri ke knan. Boleh tlong
hafiz said…
salam bang. sy nk pasang power steering kenari dekat viva 850 sy. boleh plug and play atau kena modified?
Mekanik Kereta said…
wslm,tidak boleh plug and play mesti modify ada sedikit beza
Unknown said…
assalam tuan...time bawa streering kereta trasa longgar terutama pada jalan berbatu
Nasrul said…
assalamualikum bos sy nk tny.kereta wira 1.5 sy koyak mounting absorber,tayar boleh goyang bila di jet,dan bila corner pusing streering brbunyi..sy nk tahu brg apa yg perlu ditukar dan berapa kos semua tuan..terima kasih..harap sangat tuan bls..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tukarkan mounting absorber dan bearing absorber
Unknown said…
Salam tuan..kereta saya ada masalah stering xstabil mcm longgar bila bawa laju..apa masalah ya tuan? Kereta waja auto..
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti steering rack sebatang,gerigi nya telah terlalu lembut
Unknown said…
Assalamualaikum tuan..
Sy ada masalah berkaitan handling kereta sy..
Sy memandu honda integra dc2..
Masalah sy adalah steering kereta sy menjadi liar dan tertarik kekanan apabila melanggar lubang atau permukaan jalan tidak rata dibahagian kanan..begitu juga sebaliknya..
Sy dah pun menukar bush lower arm dpn dan belakang dari jenama hardrace..alignment n balancing juga telah dibuat..rim dan tayar juga sudah diganti baru..masalah trsebut tidak juga settle..
Byk pomen n kedai tayar yg sy hantar buntu akan masalah tersebut..dikatakan steering rack, tierod, rack end, tidak berkait dgn pmasalahan sy..betul ke tuan?? (Mcm ragu2)
Sy harap tuan dpt berkongsikan pengalaman tuan tentang pemasalahan sy..Terima kasih
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,masalah tertarik adalah masalah ball joint,biasanya ball joint bahagian disc iaitu lower arm ball joint yang sebelah lembut dan sebelah keras dan tidak sekata,apabila ia semakin tidak terkawal antara keduanya,ia mudah menarik stereng kearah berlawanan dan sekaligus menarik kedudukan kereta.
Unknown said…
Baik tuan..terima kasih atas hikmat nasihat tuan..saya akan cuba tukar dulu ball joint trsebut dan sy akan update kembali..
Unknown said…
Okay tuan..saya dah tukar ball joint, tie rod, rack end and bush upper arm..agak stable dari sblm..steering agak kemas..
Masalah brlaku bile pada kelajuan tnggi contoh 120kmh..steering ade bergegar, terasa steering ringan dan sperti terasa permukaan jalan..
Boleh bantu tuan..
Mekanik Kereta said…
kalau gegar sedikit ini masalah tayar yang tidak rata atau sedikit makan samada luar atau dalam
Unknown said…
salam tuan,sy ada masalah ketika memandu ats line putih stereng jd ke kiri dan kanan,semasa tkan brek pn sma jgk.strereng rack pn bru tukar.apa masalah?
shahmir ezwan said…
Salam..sye nak tanya, sye pakai kancil 660 auto..baru lpas tukar steering rack, absorber 4btg, allignment n balancing..then smasa membelok, steering xbrape nak balas balik..knape ye..
Mekanik Kereta said…
wslm,bila ada pada line putih biasanya sebelah roda akan mengalami sedikit beban atas kekesatan,jika tayar tidak rata atau makan tepi samada sebelah dalam atau luar ia juga boleh jadi begini selain dari lower arm ball joint yang lembut
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa semula mounting absorber,jika bering absorber kurang baik ia agak ketat pada sebelahnya dan balikan stereng jadi lemah
fariz said…
Salam tuan , sy pakai corolla seg ae101. Masalah sy ade bunyi kuat kuk kuk kuk dari sblh driver.. bunyi ieluar masa jalan tak rata dan masa slowkan kenderaan
Ridwan said…
Assalam..tn.arshad..kete Myvi 2010..stereng lembut/lembik sebelah kiri..ble jln rata..cantek he alignment,ble jln rndh sblh kiri,stereng grk sedikit sblh kiri..ble u-turn sblh kiri..xcenter abis..duk kdudukan jarum no.10..adkh rod,rack end @ bearing tyr?dh beribu habis..Tukar n buka psg lower arm,absorber mounting,absorber,spring,alignment n camber jgn ckpla..sbulan 2x tukar camber DLM mse 3thn..mslh xselesai jgk..ble GI perodua service test ktenye OK..pdhl PD sy xok..SBB sy yg bwk kete tu dr mula beli br..
Mekanik Kereta said…
wslm,absorber mounting dan absorber tidak mampu menahan hentakan lagi,gantikan spring juga
Mekanik Kereta said…
wslm,cari kedai tayar yang lebih baik lagi untuk alignment,biasanya masalah ini selesai selepas buat balancing juga
Unknown said…
Assalam.. nak tanya kalau kereta tu bila stat engine dye mcm ad bunyi bnde berpusing. Bila da jalan hilang bunyi. Lpastu. Knp eah kalau econd tu ok je sejuk je. Tapi lepas sejam lebih. Dah tak sejuk. Keluar habuk
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.
Kereta sy daihatsu charade detomaso.
Masalah sy.
1.kereta berjalan kekiri walaupon stereng lurus,jd sy harus mlwnkan sdikit kekanan bagi memastikan kereta bergerak lurus.
2.kadang kala ad bunyi dengung sprti tayar bergesek dgn jalan raya terlalu kuat seakan tyr kurang angin tp bila di check ia xd msalah.
3. Stereng brgegar apabila melebihi 110kmh.

Dh berkali2 buat alignment tp mslah x solve. Harap tuan dapat membantu
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,belting luar telah lusuh ,gantikan belting.Aircon tak sejuk kerana cooling coil sensor tidak bekerja dengan baik lagi,buat servis aircon ,gantikan cooling sensor
Unknown said…
Salam tuan.. Kereta myvi auto 1.3
Apabila buat uturn ada bunyi 'kuk' dekat bawah. STeering rack sudah tukar, mounting sudah tukar, lower arm sudah tukar, tie rod sudah tukar..agak2 apa yer masalahnya..kalau kereta tu xgerak kita pusing stering xbnyi masalahnya..bila buat uturn n masa corner je bunyi..adakah ini ada kaitan dgn spring kong?
Unknown said…
tuan, kereta saya saga lmst, kalau masuk highway lebih 100kph, steering jadi ringan sangat tak stabil. dia mcm cuba turn kiri dan kanan, walaupun pegang steering kuat. kalau dalam city, tak da problem ni sbb tak lepas 80kph pun. ada tak idea punca problem ni.
cheakyboy82 said…
Salam.. saya pakai vios model 2012, apa yg terjadi pada kereta saya ialah steering terasa berat ke sebelah kanan. Apabila dilepaskan, kereta akan berpusing kekanan. Alignment telah dibuat, dan byk andaian menyatakan steering shaft dan steering rack bermasalah.. kereta ini juga telah tenggelam semasa banjir. Mohon pencerahan dari tuan, terima kasih
Hafiy said…
Asslm tuan.. Nak tnya knpa tayar kereta pesona sy botak dekat sebelah tepi luar dan dalam.. Apa masalahnya selain perlu jaga alligement??
Mekanik Kereta said…
stereng yang terasa longgar adalah kerana gegaran bertambah pada gearbox ketika memecut pada kelajuan tinggi,stereng rack perlu ditukar kerana geriginya terdapat clearance yang agak banyak
Mekanik Kereta said…
wslm,bering roda kanan lebih berat dari sebelah kiri,gantikannya ,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ia makan tepi luar dan dalam ialah kerana balancing tayar tidak baik dan juga alignment yang kurang baik
Mekanik Kereta said…
wslm,benar saudara perlu gantikan juga spring absorber,periksa dulu kadangkala ia tidak masuk tepat kekedudukannya juga boleh mengundang masalah begini,jika tukar,tukar absorber sekali
shahmir ezwan said…
salam tuan, saya pemilik kancil 660 dah convert enjin kelisa 1.0 auto..apakah saya perlu tukar sistem brek, sport rim, sistem ekzos atau lain2 yang berkenaan..mohon pandangan dari pihak tuan..terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,ini satu pilihan ,boleh tukar jika mau
En. Kazi said…
Assalamualaikum Tuan..mohon bantuan..

Saga Flx 1.3 Auto.

Sy mempunyai 1 masalah pada kereta iaitu bunyi (duk..duk..duk..) pada tayar hadapan sebelah kiri..bunyi tersebut seakan kita memandu di atas garisan kuning..bunyi tersebut mengikut kelajuan pemanduan kita samada 10kmj atau 100kmj..walaupun kereta baru sahaja bergerak..bunyi itu mulai kedengaran..jika slow dlm 10kmj..bunyi tersebut (duk.......duk........duk.......) seakan mengikut putaran tayar..jika laju 100kmj maka laju la ia..(duk..duk..duk..duk..duk..duk..)..

Pada mulanya sy menyangka bunyi tersebut berpunca daripada tayar bengkak..namun setelah membuat pemeriksaan tayar dalam keadaan elok dan tidak mengalami bengkak..lagi 1..jika dalam kelajuan 100kmj..kalau membelok ke kiri bunyi bertamvah sedikit kuat..kalau membelok ke kanan bunyi sedikit perlahan daripada biasa..bunyi betul2 seakan memandu di atas garisan kuning..

Apakah punca masalah tersebut..takut ianya menjejaskan keselamatan..sy dah bertanya ke bengkel..mekanik kata kerosakan pada bearing..

Mohon pencerahan..Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,bunyi ini bunyi drive shaft,sebaiknya ganti segera kedua2 belah drive shaft supaya keadaan pusingan roda lebih baik
Nik said…
Salam tuan...
Kereta sy bila belok ke kanan Ada bunyi 'tekk' Dan bila brek agak mengejut Ada bunyi sama.kereta wish 2011.tayar pn makan sebelah.apa masalahnya??
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar drive shaft sebelah kanan dan buat alignment serta balancing
Unknown said…
Salam tuan ...kete saya ade masalah selepas buat alignment ...kete membuang sendiri ke kanan n kiri walaupon steering tegak ..ape punca ye
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masih masalah alignment dan camber,cari woksyop yang lain
Unknown said…
Da buat pegi woksyop lain ..da buat alignment n chamber ..pon sama jugak
Mekanik Kereta said…
baiki bearing roda yang berat,jika kanan ganti kanan,jika kiri berat ganti bearing roda kiri
Unknown said…
Assalamualaikum.
kereta saya kancil 850 yang lampu bulat tu.
baru2 ni saya nak buat alignemtn mekanik kata tak boleh sebab getah drive shaft dh koyak dan kena tukar lower arm sebelah kiri depan sekali. selepas tukar kedua2 item ni, selepas buat alignment, gegar pada stereng sgt kuat bila mencecah 80km/j.
saya pergi ke bengkel tu balik dia kata tirod end saya panjang sebelah sebab masa nak alignment xblh center tapi tirod end saya sama saiz kiri kanan dan mekanik menggunakan tirod end rusa sebab lebih panjang untuk disambungkan dgn rod. sekarng tidak ada lagi masalah stereng gegar tetapi bila bawak lebih 60km/j kereta jadi melayang2 kadang2 out of control sedangkan saya dah pegang stereng dengan kuat. semalam hampir terbabas sebab hilang kawalan.
adakah saya perlu menukar absorber dan mounting absorber atau stereng rack?


terima kasih atas bantuan
jazzy4ct said…
Salam. Sy nak tanya. Kereta sy honda jazz 2015. Masalah yg sy alami sekarang bile drive and then break, tayar depan belah kiri tertarik. Sama juga bile drive jln tak rata atau langgar lubang, tayar depan belah kiri tertarik. Then lg satu stereng senget je kanan walaupun baru buat alignment. Ape ye masalah kereta sy
Mekanik Kereta said…
w/slm,stereng yang tertarika adalah akibat ball joint yang lembut,ball joint pada disc adalah juga lower arm,jika tertarik kekiri ball joint tersebut lembut disebelah kiri dan apabila dibrek kanan keras jadi ia mudah menggerakkan ball joint tersebut,gantikan lower arm kiri dan buat alignment semula,in sha allah ok

Popular Posts