Dapatkan 10 peratus sampel online percuma

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin


Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.


Berdasarkan pengalaman saya,minyak hitam tidak boleh dipilih sembarangan ,ianya bergantung kepada enjin iaitu berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan juga bergantung kepada penilaian mekanik mahir keatas enjin tersebut.Ada beberapa ciri enjin yang diklasifikasikan berdasarkan penilaian saya dan pemerhatian secara langsung keatas kekuatan enjin .
Terdapat enjin yang mengalami sedikit kebocoran pada cylinder,pada gasket,pada blok walaupun ia tidak banyak ,tukarlah kepada minyak yang bersesuaian boleh melambatkan bocor disamping ada juga yang menghilangkan bocor kerana minyak tersebut menutup ruang.
Jika kereta anda berkeadaan demikian dan anda masih belum mahu membaikinya seperti belum mahu melakukan top overhaul atau overhaul sebaiknya anda memilih minyak enjin bergrade API SG/CD berbanding SAE 20W 50 yang biasa bergrade API SJ/CF .


Ini kerana minyak enjin bergrade API SG/CD 20W 50 adalah lebih likat dan berdaya mengawal kebocoran serta ia juga berdaya mengawal pergerakan enjin ketahap lebih senyap.














2.Synthetic Oil adalah pada tahap terbaik jika kereta anda berumur tidak melebihi 2 tahun.Harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal oleh itu minyak pelincir sintetik perlu digunakan kerana kelikatannya lebih rendah berbanding minyak pelincir biasa. 3.Jika anda menggunakan minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru ,meneruskannya adalah amat baik pada hemat semua orang akantetapi ia sebenarnya tidak sedemikian ia adalah kerana kekuatan enjin sebenarnya berkurangan setiap masa kerana komponen haus dan terdapat kepanasan meningkat walaupun ia tidak ditunjukan oleh meter suhu.
Oleh sebab itu pemilihan minyak hitam haruslah sesuai dengan keadaan kereta tersebut.Secara ringkasnya jika kereta melebihi 2 tahun anda perlu bertukar kepada minyak hitam biasa bergrade SAE20W 50 berbanding minyak fully synthetic atau semi synthetic.

Teknologi terkini minyak hitam

Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.

Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.

Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.

Minyak hitam 3 silinder

Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.

Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang minyak enjin yang sesuai dengan kereta wira 1.5. Dan jangka hayat kereta 10 tahun. Saranan Tuan, minyak yang bagaimana paling sesuai dan jenis.

fakrulnizamfahmi73@gmail.com

Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,guna Bardahl grade 20w50,boleh juga Castrol gred sama
Muhamad Shuhaib said…
Assalamualaikum...tuan minyak yg sesuai untuk van vanatte c22 tahun 1990 ape yer?
Kak Niza said…
Assalamualaikum, kereta kancil 850, bawa laju 100kmj bila tekan brek injin terasa bergegar
Mekanik Kereta said…
wslm,mounting enjin dan gearbox ada yang pecah,perlu diganti
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak grade 20w50 bardahl,idemitsu,castrol
Mfriehas said…
asslam en arshad...
honda crv gen ke 2 thun 2002
1. minyak hitam apa yg sesuai (detail, jenama)
2. saya jarang guna honda ni(kereta kedua) guna sekali sekala shj, purata kira2 15km sehari, mknanya ambil masa lbih krg 1 tahun utk capai 5000km, bilakah saya perlu tukar minyak hitam, perlu tnggu km capai 5000 kerr...

trma kasih...
Mekanik Kereta said…
wsalam,

1.Jenama castrol gred 20W50
2.Kereta yang digunakan tak mengapa jika tidak menukar minyak hitam sebab tak mencapai kilometer dan jika tidak digunakan pastikan enjin dihiduokan kira2 10 minit setiap pagi,tukar bila sampai had kilometer saja
faizal said…
As salam Tuan Arsad mekanik, Saya ada sebuah Honda stream rsz, masalah berlaku pada pagi hari dimana transmisi kelajuan agak lembab dan membuatkan enjin berbunyi bising dan gegar. Setelah lama bergerak, transmisi kembali seperti biasa tetapi kurang "smooth",, Apakah yg perlu saya lakukan?

Mohon bantuan tuan
Mekanik Kereta said…
wsalam,saudara perlu tukarkan solenoid shift sensor dalam kotak minyak dan autofilter gearbox
Unknown said…
Assalam tuan.. bagaimana nak tahu ketulenan minyak castrol magnatec dari segi bau minyak pelincir itu..
Mekanik Kereta said…
wsalam,baunya sangat ringan dan berbau wangi sedikit seperti bubble gum
Omen Necrofis said…
enjin moulting kot...
alonthegreat said…
Assalam, saya menggunakan kereta kancil 660 enjin l512 NA auto, minyak hitam apa yg sesuai dan lagi satu strering selalu jd keras kena mati enjin baru strering jd lembut. Sebab ape yer?
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan 10w30 perodua genuine oil.Periksa hose power steering pump,jika bocor gantikan
Unknown said…
Salam...minyak hitam kereta kancil sy agak lambat yg capai milage yg ditetapkan untuk tukar lepas 3 bulan....sy pakai minyak hitam yg sama lebih dr 10 bulan sbb jrg berjalan jauh....ade kesan tak pada enjin. Lagi satu...skrg paras level menyak hitam tengah antara full and low..kena topup tak.. kalu x topup ade kesan tak?? Tq.
Unknown said…
Assalam En Arsad...
Saya pakai Honda City 2012 Auto(Paddle Shift) mileage sekarang 45+++
Boleh sarankan pelincir mana yang paling sesuai untuk saya gunakan..?
Mekanik Kereta said…
wsalam gunakan semi sintetik castrol,shell dll
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar minyak jika telah cukup km samada 5000 atau 10000 km setiap kali,jika tidak tak perlu ganti cuma hidupkan enjin 5 minit setiap pagi sudah memadai,jika kurang tambah minyak yang sedia ada
Unknown said…
Salam tuan. Sy pakai kereta proton saga 1.5s tahun 1990. Minyak gear jenis apakah yg sesuai dgn jgka hyt kereta sy? Kereta manual. Dan coolant warna apakah yg sesuai.trima ksh hrp dpt membantu.
Unknown said…
Brp liter yg perlu utk minyak gear manual saga 1.5s?
Mekanik Kereta said…
wsalam,guna pennzoil atf dan nissan collant
Mekanik Kereta said…
hanya 2 liter setengah
azni_umkl said…
assalamualaikum tuan.sy nk tanya ttg perodua viva 850 MT saya.kereta ni dah mkn minyak hitam (perlu diperiksa seminggu sekali).mekanik yg memeriksa dapati ada masalah pd piston ring dan disarankan untuk overhaul.apakah minyak hitam yg dicadangkan penggunaannya sekiranya saya blm berkemampuan utk lakukan overhaul?terima kasih..
S.Q said…
salam tuan arsyad mintak pandangan tuan.. sy menggunakan kereta kia spectra tahun 2009. sy nk tanye minyak hitam apekah yg sesuai dgn enjin kereta sy? millege kereta bru 90k dan enjin x de leaking lg dibahgian head dan semua tmpt.. sebelom ni sy pki mach 5 15/40. owner lme ckp die gunakan minyak hitam petronas.. bolehkah sy gunakn minyak hitam petronas synthum 800 semi syntetik? dan berapa siri nye? adakah 10w/30 atau 10w/40? mintak bantuan sgt dripada tuan arsyad utk membantu sy.. sekian terima kasih..
Unknown said…
Assalam..minyak apa yg sesuai utk grand livina 1.8 th 2014
Mekanik Kereta said…
wslm,guna semi sintetik Nissan genuine oil
Mekanik Kereta said…
wslm,gred SAE 15W 40
Mekanik Kereta said…
wsalam,gunakan minyak gred sae atau sg 20w50 untuk kurangkan minyak hitam hilang
S.Q said…
tuan bole recommand kn tak minyak ape yg sesuai utk kereta kia spectra sy.. semi or mineral.. sbb owner lme gune semi petronas..sy bru pki 3 bulan dan sy tukar minyak hitam sebelom ni mach 5 15/40
Mekanik Kereta said…
mach 5 adalah minyak semi,teruskan guna semi
rokstar said…
hamba guna kereta vdo tahun 2001 manual. Tapi baru lepas overhaul bulan 1 yang lalu dan menggunakan HDEO petro canada. Bercadang nak tukar minyak lain pula. Tuan Sord 87 ada cadangan?
S.Q said…
mach 5 ade minyak semi n mineral ke tuan? dan perlu ke sy tmbh oil treatment? dan apekah jenama oil treatment yg sesuai?
Mekanik Kereta said…
gred 15w40 adalah semi,mach 5 tiada syntium ada
Mekanik Kereta said…
kebanyakan minyak sekarang telah disekalikan dengan treatment dan additive
Hamba Allah said…
assalamualaikum...saya ada vios tahun 08 dan meter telah mencecah 138xxx.kebanyakkan kedai mekanik gunakan minyak 10/40..dan service center toyota gunakan minyak 10/30..pada pendapat en arsad saya patut guna 10/40 @ 10/30
Mekanik Kereta said…
wsalam,gunakan 10w40 kerana ia lebih tahan panas enjin
Mekanik Kereta said…
guna castrol,bardahl atau petronas
Unknown said…
Salam, minyak hitam yg mana sesuai utk kereta kereta toyota vios(88,000km)
15w-40 atau 5w-30?
Unknown said…
Tuan sord, patut guna 10/40 atau 20/50?Konfius sebab baru oberhaul, kira baru balik atau macam mana?
Mekanik Kereta said…
guna 20w50 memadai
Mekanik Kereta said…
wsalam gunakan 15w40 kerana viscosity lebih tinggi
Unknown said…
assalamualaikum,saya memandu honda accord 2.4 tahun 2007.
minyak hitam apa yang sesuai dan brapa liter diperlukan>saya tak pernah servis sendiri(membeli barang sendiri) baru pertama kali.
Mekanik Kereta said…
wsalam,hanya 4 liter,sae 20w50 sudah memadai
Unknown said…
Saya ingin bertnya . Kereta saya sama masalah mnyk hitam berkurangan , lagi saya perasan . Apabila baru lepas service mnyk dn tuka oil filter . Tak smpai 3 mnggu mnyk hitam dah kering. Pada lepas mnggu nya, sahabat saya meminjam kereta saya dan dia membeli mnyk hitam utk topup sahaja . Iaitu penzoil . Dmaklumkan ok , lepas sekian lama saya pulang ke kg. Aaya baru perasan yg mnyk hitam itu penzoil gold for HEAVY DUTY , 15w40!. Saya agak cuak nak topup semula . Adakah akan dtg brmasalah enjin nanti ? Plus balik kg. Saya boleh kata minyak save pulak. Bagaimana tuh ? Dan berkenaan isu mnyk brkurang mngkn sy akan top overhaul . Berapakah costing utk perdana v6 saya tuan ? Sekian ,perdana user
Unknown said…
Lupa pula.utk notfy comment saya disini. Supaya saya boleh dpt respond comment tuan utk perdana v6 saya
Mekanik Kereta said…
kos top overhaul sekitar rm2000
QAISAMIRI said…
Assalamualaikum tuan, saya baru beli second hand Toyota Innova Manual Tahun 2009,minyak hitam apakah yg sesuai dan berapa liter diperlukan utk Innova... Terima kasih.
Unknown said…
salam...Sya ada kereta wira enjin convert mitsubishi ..16 valve..minyak yang patut sya pkai..sesuai ke klau sya pkai minyak..15-40..
Mekanik Kereta said…
wsalam,insyallah ok jika guna 15W40 kerana ada min eral disitu
Mekanik Kereta said…
wsalam,gunakan minyak grade 15w40 atau 20w50 jenama Toyota adalah paling baik selain Castrol,Shell,Petronas atau Mobil 1,liter adalah kira2 6 setengah liter
Unknown said…
As salam . Nk tnya.. mntak hitam jenis apa yang paling sesuai utk kreta mazda lantis 1.6auto. Kreta thun 97. Enjin cepat panas smpai boleh jd high temp.
Mekanik Kereta said…
wsalam,enjin yang lebih panas banyak berpunca dari head gasket yang telah terbakar,perlu ditukar,tiada minyak yang sesuai untuk head gasket yang telah pecah
BETUL KE? said…
BETUL KE ESTIMA PAKAI 20W50??? SERIUSLY? SAYA GUNAKAN MINYAK MINERAL UTK ESTIMA JAHANAM ENGINE. BERAT, KUAT MAKAN MINYAK, ENJIN BISING, PASTI KE TAK NI?
myusry25 said…
Assalamualaikum tuan..kereta sy saga FLX tahun 2012.masih lg guna minyak hitam Castrol magnatec 10w40..tuan rse sesuai lg x?ke sy perlu tukar gred ln..
Mekanik Kereta said…
wsalam,masih ok kereta ini masih baru lagi
Unknown said…
Assalamulaikum tuan... mohon pandangan, saya menggunakan toyota estima acr55 recond tahun buatan 2011 dan saya guna baru genap setahun... sebelum ni saya guna mobil 1 fully sentetik, adakah saya perlu tukar minyak hitam 5w 40 atau hanya gunakan semi sentetik sahaja....
Mohon juga cadangan untuk saya tukar minyak gearbox yg paling sesuai untuk estima saya... jenis dan jenama apa...dan barang apa yg perlu dibeli untuk tukar minyak gearbox.. terima kasih tuan...
Mekanik Kereta said…
w/salam,terus gunakan mobil 1 atau 5W40,kereta ini masih dalam lingkungan 5 tahun.Minyak gear auto dan autofilter set adalah barang untuk tukar minyak gear.Jenis boleh gunakan toyota auto transmission
Unknown said…
Saja ke nak tulis di sini. Tabik kepada brother Arsad berkongsi maklumat sentiasa. Salute..
Unknown said…
Assalamulaikum tuan, viva 850 saya telah mencapai mileage 90k dan saya mukar minyak enjin daripada perodua genuine oil 5w30 ke castrol magnatec 10w40. Saya mendapati bunyi enjin ada kasar sedikit, adakah minyak castrol tersebut kurang sesuai. Usia viva saya 3tahun.
Assalam Tuan...minyak hitam apa yang sesuai utk kereta kia rio 2013? Dulu masa servis di SC guna petronas fully sintetik,then servis bengkel luar sy pernah guna liquimoly,castrol magnatech dan sekarang shell helix semi sintetik botol kuning..sy nak cari minyak enjin yg smooth,senyap,jimat petrol, dan lebih pickup sb kerap travel long distance..mohon pandangan Tuan..terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wsalam,saya sarankan gunakan minyak jtx 1000 red (merah)15W50,minyak ini sesuai untuk long distance dan kereta yang selalu dipandu laju
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak tersebut tidak sesuai untuk kereta 3 liter,gunakan minyak 10w30 perodua genuine sahaja
Ridknight said…
Slm en. Nk tanye keta sy kia forte 1.6 tahun 2013 mileage da 130k minyak jenama apa sesuai dan jenis gred ape sesuai... skang ni tgh pkai jenama caltex havoline 10w40.. dan minyak atf pakai jenama nazamac sp4 ok tak? Terima kasih :)
Unknown said…
Assalaamualaikum tuan,
saya mempunyai 2 buah kereta :
1) proton wira aeroback 1.3 injection tahun 2001
2) perodua myvi 1.3 tahun 2012

minyak hitam ape yg sesuai?
Mekanik Kereta said…
wslm,teruskan guna,kereta baru saja masuk 4 tahun ,tidak jadi masalah
Mekanik Kereta said…
wslm,

1.minyak mineral jenama castrol,valvoline,lexus atau maxoil adalah memadai gred 20w50
2.gunakan perodua genuine oil 10w40
Unknown said…
assalamualaikum bos, kia spectra tahun 2004 ada kebocoran kena tukar gasket perlu guna jenis minyak hitam mcm mana ya?
ingin bertanya said…
Salam, mileage kereta saya telah pun mencecah 230 000, umur kereta mencecah 6 thn. sejak mula saya servis kereta itu minyak yang saya guna semi sintetik atau fully sintetik. utk pertukaran akan dtg minyak yang jenis manakah yang sesuai saya guna?
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak semi boleh terus gunakan jika enjin kereta tiada rasa sangat berat dan sangat lembut,tetapi jika ingin bertukar ,tukar kepada sae20w50 sudah memadai
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak mineral 20w50 biasa pun ok.Jenama Nissan ,Castrol juga boleh
Unknown said…
Tuan saya guna kereta Nissan Navara...suda masuk 4 lebih...adakah sesuai kalau saya menggunakan minyak enjin Helix HX5 15/40
Unknown said…
Tuan saya guna kereta Nissan Navara...suda masuk 4 lebih...adakah sesuai kalau saya menggunakan minyak enjin Helix HX5 15/40
Mekanik Kereta said…
Masih sesuai kerana kereta ini dikira masih belum terlalu lama
Mekanik Kereta said…
Masih sesuai kerana kereta ini dikira masih belum terlalu lama
Unknown said…
salam, minyak enjin ape yer yang paling bagus utk kelisa 10 auto tahun 2003, tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak gred SAE ayau SG 20W50 paling baik,bisa menahan kepanasan enjin dan kebocoran gasket jika ada,
Unknown said…
Assalam en...sy pakai kereta suzuki swift thn 2012...sebelum ni sy pakai liqui moly...next service 52000..aper minyak yg sesuai...
Wani said…
Salam en, sy pakai myvi1.3 ezi auto thn 2005 selama ni pakai minyak perodua semi synt 5w30, perlukah tukar kpd yg lain, guna minyak yg sama sejak beli kereta. Lagi 1, utk kancil 0.6 manual thn 2003 pun guna minyak yg sama 5w 30 adakah boleh?
Mekanik Kereta said…
wsalam,terus gunakan minyak yang sama untuk keduanya,gunakan perodua 10w30 untuk kancil dan perodua 10w40 jika ingin bertukar ke minyak lain untuk myvi
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak paling sesuai ialah minyak fully synthetik 15w40 samada castrol,shell,mobil 1 atau petronas
Zaki said…
Assalamualaikum.. En Arshad tadi saya tukar minyak engin... mekanik cadangkan Maxoil 20w-50 pada kereta viva 1.0 auto tahun 2014 ... ada masalah tak
Unknown said…
Assalamualaikum... En Saya menggunakan VIVA 1.0 Auto 2014 tadi mekanik saya menggunakan minyak MAXOIL 20W50 pada kereta saya. Ini pertama kali servis di luar PRODUA sebelum ini guna semisentetik... adakah akan timbul masalah pada kereta saya
Mekanik Kereta said…
wsalam,samasekali tidak,minyak enjin digunakan atas tujuan melindungi komponen enjin bukan memusnahkan,insyallah ok
Mekanik Kereta said…
wsalam,tiada masalah,Maxoil 20w50 adalah minyak malaysia keluaran Bumiputra yang baik juga
Mekanik Kereta said…
semi untuk 10000 km
Nasir Sudirman said…
assalamualaikum tuan,,minta pendapat tuan tentang minyak pelincir jenis agip oil 5w40 dan 10w40 sn/cf buatan itali dan ducatus 0w20 hingga 20w50 sn/cf buatan germany,,terima kasih tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak ini tiada beza degan minyak lain,grednya juga sama cuma ia buatan Itali
nuksin76 said…
Salam,saya nak tanya...klu kereta jarang digunakan contoh sehingga setahun tetapi meter blum sampai 5000km perlukah tukar minyak hitam?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tak perlu
Dean said…
As salam..kereta saya da 5 tahun..minyak Hitam mana yg sesuai tuk kereta saga flx tahun 2011
Mekanik Kereta said…
wslm,guna minyak semi gred 15w40
daud said…
Assalamualaikum tuan ..
Sy ingin bertanya,

Kereta Kelisa 1.0 (M) 2003 sy baru2 ini terdapat pengurangan minyak hitam (atas sikit dari minima), jadi sy topupkan sikit minyak yg baru approx. 1 liter kedalam engine .. apabila sy start dan biarkan dalam 15 - 20 minit sy dapati asap putih kepul2 keluar dari ekzos .. apabila sy ram kuat pedal minyak, nampak seperti ada percikan minyak yg keluar dari ekzos tersebut ..

Adakah sy perlu buat flushing dan tukar minyak hitam yg baru sesegera yg mungkin ..

Milleage blm mencecah 5000km service ..
Sbelum ini juga sy pernah topup minyak hitam (atas faktor bajet) kerana sy mngamalkan 5000km - 7000km service utk semi synthetic ..
Kereta jarang bergerak tapi engine dibiarkan hidup (5-10minit) setiap hari .. kdg2 2hari sekali ..
Engine pernah buat top overhaul pada 6 bulan yg lepas di perodua service ..

Utk makluman tuan juga,
sy pengguna castrol 10w-40w semi-synthetic dr start beli kereta (2nd) pada 2012 sehingga kini ..

Terima kasih ..
daud said…
Apakah perbezaan minyak mineral Castrol GTX Modern Engine dan GTX Professional tuan ?
Unknown said…
Salam tuan.saya pakai kelisa tahun 2003.kereta saya selalu pakai untuk jalan jauh,minyak ape yang paling sesuai ya cik arsad?
Unknown said…
Salam en arsad, kereta Kia Spectra saya tahun 2002. Ada sedikit leaking di bahagian bawah. Minyak apa yang sesuai untuk saya kurangkan leaking ni?

Kereta Gen2 saya tahun 2011, setiap minggu ulang alik 600 km. Saya pakai minyak ENEOS semi synthetic. Adakah sesuai? Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,gunakan minyak mineral untuk Kia Grade 20w50 untuk kurangkan leaking gasket manakala Gen 2 minyak Eneos juga sesuai tetapi jika selalu berjalan jauh Minyak JTX red amat sesuai
Mekanik Kereta said…
wsalam,gunakan minyak jtx red atau castrol gred 20w50
Mekanik Kereta said…
wsalam,asap putih menandakan piston ring telah haus dan perlu diganti dlm proses overhaul,walaupun minyak ditukar ia sukar membantu
Mekanik Kereta said…
minyak castrol pro lebih menumpukan kepada mengurangkan kesan2 kotoran enjin seperti hakisan komponen dll ,minyak gtx noden ialah minyak untuk kurangkan geseran dan memperbaiki prestasi
daud said…
Terima kasih tuan ..
Mekanik Kereta said…
wsalam,boleh tapi tidak digalakan kerana komponen mineral mempunyai viscosity tinggi jadi kereta mungkin sedikit panas bila guna semi sintetik
Unknown said…
Salam..sy nk tnya..bole ke minyak hitam kancil digunakan untuk kerta wira 1.3???
Unknown said…
Salam encik. Sy taw post ni agak lama. Harap encik membantu. Sy pakai saga blm tahun 2008 auto. Setiap kali naik bukit atau tekan minyak akan kluar bunyi mcm falpping. Kdg2 bile jalan rata pun akan berbunyi. Adkah dsebabkan minyak hitam? Atau masalah lain?
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar plug,fuel filter dan auto filter serta plug coil insyallah enjin lebih baik
Unknown said…
Assalam, nk tanye la, sy pakai kancil 660 yg dh ditukar ke gearbox auto. msalah sy skg, baru2 ni bila sy tgh bwak kereta, kereta rasa berat dan slow.
Mekanik Kereta said…
wsalam,enjin bergear auto adalah cepat panas jadi saya sarankan gunakan minyak enjin kancil 10w30 dan pastikan kipas radiator dan radiator dalam keadaan baik dan gunakan coolant baru untuk enjin juga gantikan minyak gearbox dan autofilter lebih kerap dan gunakan minyak yang lebih baik untuk menyekat gear dari memanas secara cepat
Mekanik Kereta said…
wslm,tidak sesuai digunakan kerana minyak kancil 10W30 adalah minyak 3 liter dan hanya dibuat untuk enjin berkuasa rendah iaitu 660 dan 850 sahaja manakala wira kebanyakannya adalah berkuasa 1500 cc dan lebih jadi ia amat tidak sesuai dan boleh menyebabkan patah valve dan komponen dalaman enjin
Unknown said…
Salam, saya pengguna kereta Satria 1.3, sebelum ini saya pernah pakai minyak hital highrev, alhamdulillah okay, tetapi apabila saya tukar ke minyak hitam molly, dalam masa 2 bulan minyak hitam kering, saya ada terbaca komen di dalam blog tuan, tuan sarankan menggunakan minyak hitam grade API SG/CD, contoh seperti Bardahl 20/50W, tetapi di botol Bardahl ada tulis SF/CC, apa ,maksudnya?
Mekanik Kereta said…
wslm,SG biasanya untuk petrol saja ,SF untuk petrol dan disel
Unknown said…
Assalm.tuan adakah persona auto sy tahun 2009 sesuai lg guna mnyak shell semi sentetik hx7 sy guna dari awal lagi kereta baru dn akan akan tukar atf toyota t iv atas nasihat mekanik adakh atf ni sesuai tuk kereta sy t.kasih tuan
Mekanik Kereta said…
wsalam,boleh digunakan akantetapi Proton ada ATF sendiri dan biasanya amat sesuai untuk keretanya
Unknown said…
Trima kasih tuan
Unknown said…
saya cadangkan jenama NEO lubricant, kualiti sama mcm M7 oil. murah & tiptop performance...
Unknown said…
Assalamualaikum
nak tanye kereta jenis hyundai elantra 1.6 auto..mileage 35k tahun 2014.minyak ape yg sesuai untuk dipakai,jika saya pakai shell HX5 15w/40 ok ke?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,boleh digunakan gred 15w40 amat sesuai untuk kereta ini!
fidz_nor said…
Assalammualaikum en.arsad..sy guna kereta alza se auto tahun ogos 2015..skrg sy nak start servis luar saja tak mau lg di perodua..tp sy xtau minyak hitam ape yg sesuai dan ape yg prlu di tukar tiap kali servis..lagi 1 setiap kali servis mesti ade mslh brek..dan bile sy brek emergency ade bunyi kuat mcm brentak dlm enjin..ade kaitan ke dgn ABS?
Mekanik Kereta said…
wslm,hunakan minyak perodua genuine oil untuk alza atau castrol,tukar oil filter dan air filter,brek tersebut servis dan periksa mounting enjin dan gearbox jika ada pecah
Sha imah said…
Salam tuan.saya beli keta second hand wira auto 1.6 tahun 2001.myk apa yg sesuai? Lg satu, knapa enjin begegar ms berhenti tp kalau letak gear pd N,ok je.
Mekanik Kereta said…
wsalam,castrol magnatech,mounting enjin dan gearbox tukar jika pecah
Unknown said…
Salam tuan..saya pakai toyota wish 1.8 dkat hampir 10 tahun..minyak jenama apa yg sesuai untuk kreta sya??
Unknown said…
@arsad mekanik assalamualaikum tuan..saya nak btnya..saya ada myvi se 2007 auto dan milleagenya skrg 200k..enjin keta saya kdg2 ringan dan kdg2 mcm berat..saya baru2 nie sdh servis oil engine mgunakan castrol magnatec 10w-30 synthetic engine oil skali dgn plug..masalanya di sni engin keta saya kdg2 ringan..kdg2 mcm berat..apa masalanya tue ya?..adaka pgunaan mnyak engin tue x ssuai dgn engin saya atau ada bnda lain yg prob?..mohon tunjuk ajar..
Mekanik Kereta said…
wsalam,gunakan minyak semi sintetik untuk seimbangkan umur kereta dan umur enjin dengan mengurangkan panas melalui mineral dalam semi,in syallah ok
Mekanik Kereta said…
Gunakan minyak mineral 20w50 atau semi sintetik 15W40 ,jenama boleh pilih yang Tuan suka
Vivasss said…
Salamm.. sifuuu.. saya nk tanya kereta saya dah hmpir 3 tahun tersadai... puncanya dulu bateri kong,tayar pancit, rodtax xrenew... skrg saya rindu nk mnghidupknnya semula.. jika diservis tukar minyak hitam.tukar spug plug.tukar bateri baru.oil filter.. adakah keta ni mampu hidup dan berjalan semula.. ?? Keta ni klu ikutkan xde pe yg rosak pun... cuma tersadai lama sangat.. cat pun dah mngggulupas.. help me.. sila tunjuk ajar sifuu...
Unknown said…
Salam.cik arsyad..sy nak tanya.. sy ada proton saga flx. Millage dah 65k.. slme ni sy pakai myk hitam semi..sy nak tukar pd fully.boleh x?cdangan cik.
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak semi mempunyai viscosity tinggi berbanding fully yang mementingkan kepada kurang geseran ,ia boleh digunakan tetapi sebaiknyamengekalkan semi kerana kebiasaan komponen untuk bertindak baik pada kebiasaan
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar sekali fuel pump boleh ok
Unknown said…
Salam..saya guna shell helix hx5 untk viva..soalan saya,..adakah setiap kali saya menukar minyak enjin dalam 7ribu km akan memberikan kesan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar minyak tepat pada waktunya dapat menjaga enjin lebih lama dan mengurangkan kesan geseran,bunyi enjin lebih sedap dan berjalan lancar
shaboy said…
Salam saya nk tanya saya ada masalah kekurangan minyak hitam di kereta saya boleh dikatakan saya terpaksa topup minyak hitam 4L setiap kali 10,000km jalan. Skrg saya pakai minyak hitam castrol magnatec 10w40 utk kereta mercedes S320 tahun 2002 tp masalah sama je jadi apa minyak hitam yang paling sesuai utk saya pakai. Terima kasih atas info
Mekanik Kereta said…
wsalam,sepanjang pengalaman saya Mercedes jika selalu kurang minyak hitam adalah kerana gasket oil sump yang cepat lusuh samada bahagian gasket head cover mahupun tangki minyak hitam,perlu periksa teliti semua itu kerana enjin berkuasa tinggi untuk mercedes adalah lebih panas dan amat sesuai menggunakan gred minyak hitam viscosity tinggi seperti gred 20w50 bermineral dari castrol atau seumpamanya
Unknown said…
Salam.. Sy guna proton saga blm keluaran 2009...so kereta berusia 8 tahun.. Minyak hitam apa yg sesuai ya? Skrg ni pun ada liking2 d celah2.. Mohon pencernahan..
Mekanik Kereta said…
wsalam,gunakan gred 15w40 semi sintetik jika sekarang saudara gunakan fully,boleh juga meningkatkan viscosity dengan penggunaan mineral gred 20w50
didie190390 said…
Slm. Saya bru tukar minyak kreta. Kereta umur 2 thn lebh. Saya pakai semi sintetik 10w-40. Encik rasa sesuai x?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tak jadi masalah
Unknown said…
Salam...sy baru guna second hand Proton Wira(2004) manual pd thn ni. Apakah jenis minyak hitam yg perlu sy gunakan untuk servis?
Unknown said…
nasihat untuk kereta sudah setahun tidak start
Unknown said…
minyak enjin leaking dari penutup atas enjin...
Mekanik Kereta said…
https://mekanikkereta.blogspot.my/2016/09/setelah-sekian-lama-ditinggalkan-dan.html
Mekanik Kereta said…
tukar gasket head cover dan gam
Mekanik Kereta said…
wslm,castrol 20w50 mach 5 sudah memadai
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak 20w50 memadai
Unknown said…
salam

tuan, adakah enjin perodua viva 1.0 (elite) sesuai menggunakan minyak enjin fully synthetic 5w/40

buat pengetahuan tuan, kereta tersebut telahpun berusia 5 tahun dan kerap digunakan untuk pemanduan jarak jauh...melebihi 200 km setiap trip
Unknown said…
Salam.. Sy pakai kancil tahum 2000 benadikn enjin jepun l2s.. Minyak enjin ape yg sesuai utk enjin lama/turbo???
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak enjin 15w30 amat sesuai untuk kuasa turbo
Mekanik Kereta said…
wsalam,untuk pemanduan yang jauh dan kereta yang berusia begini menggunakan minyak semi sintetik adalah digalakan kerana ia dapat memenuhi kepanasan enjin dan kelikatannya agak sesuai untuk umur enjin,gunakan gred 15w40
Unknown said…
Assalamualaikum Tuan Arshad mekanik

Boleh tolong cadangkan minyak yg sesuai utk Naza Ria tahun 2004.

Terima kasih, wassalam.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,Castrol Mach 5 20w50 sudah memadai
Fahmi said…
Assalamualaikum, kalau kancil 660 ada kebocoran gasket, adakah saya perlu kekal guna myk mineral atau tukar ke semi? rs dh setahun lebih guna mineral cuma xtahu samaada 10w-30 atau 20w-50? kancil thn 2008.
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,kancil 660 selalu gunakan minyak 10w30 untuk 3 liter,tak perlu tukar minyak cuma baiki gasket yang bocor sudah memadai
Unknown said…
Salam saya pakai viva elite milage kereta saya dah 100,000 lebih. Minyak hitam apa yang patut saya pakai untuk kereta saya? Semi or fully. Atau brand apa yang sesuai
Mekanik Kereta said…
wsalam jika sebelum ini guna minyak semi ,boleh kekalkan atau bertukar kepada mineral gred 20w50 tetapi jika sebelum ini guna minyak fully tukar ke minyak semi sudah memadai
smfaysall said…
Salam tuan....proton saga blm saya dah masuk 7 tahun tapi milage baru masuk 50000...tapi sekarang baru start guna di bandar maksudnya sblm ni jarang guna...tapi sekarang penggunaan lebih kerap dari biasa...boleh tolong suggest apa minyak hitam yang terbaik dan kenapa...kemuduian, perlu ke saya menukat timing belt sekarang?
terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,timing belt tukar setiap 80000km,minyak grade 15w40 adalah paling baik
Unknown said…
Assalaamualaikum. vios saya tahun 2007 millage dlm 138k. minyak pelincir jenis mana yang sesuai?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam gunakan semi sintetik Toyota atau Castrol grade 15W40
CJ said…
CJ-assalammualaikum.. sy pakai kereta kancil 850 manual thn 2005.. milage skrg 55k.. beli kereta 2nd dan sy owner ketiga. myk gear dah tukar tp dr gear 1 nak ke gear selalu prob,hantar bengkel.. dia kata sama ada kena tkr clutch plate atau gearbox.. dia kata gearbox malaysia selalu prob,better tukar gearbox halfcut japan.. ape pndpt cik?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tukar gearbox saja dan clutch plate juga,tak perlu half cut
Unknown said…
As salam. Mintak hitam bergred apa paling sesuai utk myvi 1.3 manual. Sudah pakai 6tahun. Millage dlm 61000km.
Mohon bantuan. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam,myvi model sekarang boleh gunakan engine oil grade 15W40 atau 10W40 ,model lama enjin 3 litre perlu gunakan 10W30
Unknown said…
as-salam tuan, nk tanya isteri saya guna viva 850 baru 3 tahun, selalu guna minyak enjin perodua tetapi bila dh habis warantty servis di bengkel kereta luar dan tukar kan kepada Minyak Enjin Castrol GTX 20w50. boleh gunakn minyak ini atau kena tukar ke 10w30
Liyana Zakaria said…
Salam tuan.

Saya guna Perodua Kenari tahun 2003. Tapi enjin baru saja tukar Nov 2016. Minyak jenis apa yg sesuai ya? Tk.
Mekanik Kereta said…
wslm,guna castrol Mach5 sudah memadai
Unknown said…
Salam..nak tanya minyak hitam ape yew sesuai untuk enjin vvti ??
Mekanik Kereta said…
wsalam ,gunakan minyak jenama model kereta,toyota untuk toyota,nissan untuk nissan dsbnya grade untuk synthetic adalah 5W40 manakala semi ialah 15W40
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak untuk kereta 3 liter adalah gred 10W30
am said…
Assalamualaikum En. Arsad. ingin bertanya. saya mempunyai suzuki swift tahun 2010 (auto).

1) Minyak enjin dan jenama apa yg sesuai?

2) jenis spark plug dan jenama apa yg sesuai?

terima kasih.
am said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Salam, sy pakai kereta waja 1.6 auto tahun 2003, boleh encik suggest minyak enjin jenama apa yg sesuai utk kereta sy?
Unknown said…
Assalamualaikum...abg sy pakai viva autu tahun 2009.minyk hitam ap y sesuai?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,viv 3 liter gunakan Perodua 10W30 jika Viva 4 liter gunakan gred 20W50 arau 15W40,jenama havoline,castrol atau Petronas
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam.

1.Minyak enjin jenama yang mudah dan sentiasa ada di pasaran adalah Castrol Mach 5 gred 15W40 atau 20W50
2.Gunakan NGK atau Bosch sudah memadai jenis 5E
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,gunakan minyak enjin gred 20W50 atau Castrol Mach 5
suzila said…
salam en.arsad..sy pakai kereta proton saga flx 1.3 (standard) dah msuk thun ke 4 dgn milleage 60k++...dari mula dulu smpai sekarang sy guna minyak hitam Valvoline full synthetic SAE5W-40 API SN..tapi enjin saya bunyi bising sikit n mcm berat sangat nk pergi..dah gear 5 tapi rasa mcm ade gear lagi baru pergi hahahaha (adakah gear/kereta terlalu ringan)...sy nak tanya untuk servis seterusnya:
1. adakah perlu kekalkan penggunaan minyak ni atau perlu tukar ke minyak lain..
2. sekiranya kekal berapa lama (milleage/thun kereta)perlu dikekalkan?
2. adakah minyak Valvoline fully synthetic ni ok
3. sekiranya perlu tukar ke minyak lain..boleh cadangkan minyak apa yg ssuai dan berapa lama perlu kekalkan penggunaan minyak tersebut

terima kasih
de lamanca said…
Sallam, boleh tak saya guna minyak enjin petronas SAE 10W-30 utk kancil 850 th 2000,sebelum ni guna minyak petronas khas utk kancil, tkasih---zali
Mekanik Kereta said…
wsalam,boleh
Mekanik Kereta said…
wsalam,
1.jika ingin tukar tukar ke gred 15W40
2.ok tapi fully sintetik adalah minyak yang agak cair dan visosity rendah gunakan 15W40
3.minyak gred 15W40 adalah minyak semi sintetik,boleh kekalkan sampai bila-bila
suzila said…
terima kasih en.arsad..jd boleh kekalkan minyak Valvoline cuma tukar ke 15W40 sahaja lah? seperkara lagi knp kereta sy rasa berat dan bunyi kasar?
Mekanik Kereta said…
Berat kerana minyak enjin yang agak cair jadi geseran banyak dan bunyi kasar
one_guy said…
Salam tuan... Saya pakai Honda City 2010..
Mileage dah 120,000 KM...Sekarang masih pakai Shell Fully Syentatic, 5W40..
Apa minyak yang sesuai untuk kenderaan saya sekarang?
Mekanik Kereta said…
W/salam,Jika ingin bertukar minyak yang sesuai adalah gred 15W40 kerana terdapat sedikit mineral didalamnya dan viscosity juga lebih tetapi minyak ini sedikit likat
Syukry Saaidan said…
Enjin kena perlu dihidupkan sentiasa walaupun mileage x cukup agar tidak berlaku mendapan pada enjin.
Unknown said…
salam tuan,kereta myvi saya 1.3 auto,200000km.sekarang pakai liqui moly 10w-30.Sesuai ke?
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh tiada masalah
Unknown said…
Salam tuan..sy pakai kereta waja auto tahun 2006..minyak enjin & minyak auto apakah yg sesuai utk kereta sy?
Blog Cik Nor said…
assala, tuan. saya perlukan sedikit penjelasan.
saya pakai kelisa keluaran tahun 2000, dan berhajat nak tukar minyak hitam kepada Castrol gxt 20w50. adakah sesuai dengan kelisa? tq
Mekanik Kereta said…
wslm,minyak enjin castrol gred 20w50 dan auto transmission pennzoil
Mekanik Kereta said…
w/salam,sesuai
Unknown said…
Salam Tuan

Minyak pelincir kelikatan yg sesuai untuk
1/ perodua bezza 1.3 cc 1 tahun
2/ Toyota Altis 2.0 cc 120 000 mileage ( 4 tahun)
Unknown said…
salam tuan..toyota wish tahun 2012 minyak hitam apa yang sesuai ye?..
Mekanik Kereta said…
wsalam,gunakan minyak fully synthetic atau semi synthetic grade 5W40 atau 15W40,pilih jenama Toyota atau castrol atau pilihan anda
Mekanik Kereta said…
wsalam,

1.Gunakan Perodua Genuine oil fully synthetic
2.Gunakan grade 15W40 Toyota atau seumpamanya
Unknown said…
asslamualaikum boss..kereta satria vdo 1.3 tahun 2000 sesuai minyak ape ye? dan kereta saya juga mengalami apabila di gear empat..kalau kita tekan minyak kekadang ada bunyi clicking.. berlaku hanya pada bila kita tekan throttle secara mendadak..
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,gunakan minyak gred 15W40 atau gred 20W50,minyak gear perlu tukar,bunyi tadi adalah sebab minyak gear kotor
Unknown said…
Salam saya guna satria 1.3 1999. Baru overhaul tak sampai 2 tahun. minyak hitam apa yang sesuai nak guna?
Unknown said…
Salam bang... wira 1.6 manual 1.myk hitam yang sesuai digunakan yg gred mcm mana 2.perlukah sy masuk oil treatment and stabilizer 3.gear treatment yg sesuai digunakn. Itu je tq bang
S.Q said…
salam tuan... sy pki kereta kia spectra taun 2009..minta bantuan dri tuan.. sebelom ni sy pki minyak petronas syntium 800 10/40 dan sekarang sy tukar minyak hitam mach 5 15/40.. sy difaham kn myk mach 5 adalah jenis mineral betol ke tuan? adakah sesuai dgn kenderaan sy?perlu kah sy flushing dlu sebelom tukar myk dri syntium ke mach 5? minta jasa baik dri tuan..
Unknown said…
Salam.... saya baru sahaja pakai honda civic fd 1.8.... bole bg pendapat x minyak enjin yg sesuai.... bagus x klau saya hanya guna jenama honda... sebelum nie saya pakai jenama honda 10w-30 fully synthtic klau xsilap.... bole ke???? 1 mcm mana nk tawu minyaj enjin utk 10km atw 5km..... saya baru nk berjinak2 dalam kereta... terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,jika guna kereta baru ,minyak fully Honda adalah paling baik,minyak enjin 15W40 adalah minyak yang ada mineral dan sintetik ,kurang sesuai untuk kereta bawah 5 tahun

Popular Posts