Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin
Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.
Berdasarkan pengalaman saya,minyak hitam tidak boleh dipilih sembarangan ,ianya bergantung kepada enjin iaitu berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan juga bergantung kepada penilaian mekanik mahir keatas enjin tersebut.Ada beberapa ciri enjin yang diklasifikasikan berdasarkan penilaian saya dan pemerhatian secara langsung keatas kekuatan enjin .
Terdapat enjin yang mengalami sedikit kebocoran pada cylinder,pada gasket,pada blok walaupun ia tidak banyak ,tukarlah kepada minyak yang bersesuaian boleh melambatkan bocor disamping ada juga yang menghilangkan bocor kerana minyak tersebut menutup ruang.
2.Synthetic Oil adalah pada tahap terbaik jika kereta anda berumur tidak melebihi 2 tahun.Harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal oleh itu minyak pelincir sintetik perlu digunakan kerana kelikatannya lebih rendah berbanding minyak pelincir biasa. 3.Jika anda menggunakan minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru ,meneruskannya adalah amat baik pada hemat semua orang akantetapi ia sebenarnya tidak sedemikian ia adalah kerana kekuatan enjin sebenarnya berkurangan setiap masa kerana komponen haus dan terdapat kepanasan meningkat walaupun ia tidak ditunjukan oleh meter suhu.
Oleh sebab itu pemilihan minyak hitam haruslah sesuai dengan keadaan kereta tersebut.Secara ringkasnya jika kereta melebihi 2 tahun anda perlu bertukar kepada minyak hitam biasa bergrade SAE20W 50 berbanding minyak fully synthetic atau semi synthetic.
Teknologi terkini minyak hitam
Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.
Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.
Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.
Minyak hitam 3 silinder
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.
Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.
Teknologi terkini minyak hitam
Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.
Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.
Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.
Minyak hitam 3 silinder
Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.
Comments
saya nak tukar enjin atos prima 1.1 ada x mekanik yang boleh tuan cadangkan..
Sya menggunakan proton gen2 2006. Kereta saya baru buat top overhauled. Minta pendapat minyak hitam jenis apa yg sesuai? Ada kenyataan awal diatas mengatakan castrol 20/50w.
Saya ade kenari tahun 2004, sekarang ni saya pakai minyak enjin syntium 5w-30... Adakan minyak enjin ini masih lg sesuai dgn enjin kereta saya yg dh berusia hampir 13tahun ini... Boleh cadangkan jenis yg sesuai... Tq
sy nk bertanya tuan.. kereta viva 1000cc
masalah nye bile sy menekan padal minyak, akan ade bunyi seperti (bunyi tepet)seperti kereta lama...sy dimaklumkan kereta viva x pakai tepet..pakai "sim".. adakah minyak hitam yg saya pakai tidak sesuai dengan enjin?
blh ke tuan bagi punca msalah ini dan apa cara yg blh sy buat untuk hilangkan bunyi tu..
tq tuan
minyak hitam ape yg sesuai utk Honda Odyssey RB3 Absolute tahun 2012?
terima kasih
Saya baru dpt Viva 1.0 2008 auto 2nd hand.soalan saya :
1) apa yang perlu diservis bila baru dapat kereta 2nd ni ye.sy bercadang nak tukar minyak hitam,minyak atf dgn filter2 nya sekali.
2) minyak hitam apa yg sesuai utk viva 1.0.
Terima kasih.
1)5000km untuk sekali service. Tp sy selalu melebihi km baru sy service. Kdg2 boleh cecah 20000km. Apa yg akan berlaku pd enjin kereta kalau sy selalu lakukan hal tersebut?
2)minyak hitam yg paling sesuai untuk saga flx plus ??
3)tayar depan sebelah pemandu berbunyi apabila membuat selekoh kiri..tp xde berbunyi kalau selekoh kanan. Jalan tak rata pn akan berbunyi juga. Apa masalah tu??
Mohon pencerahan tuan. Terima kasih.
1.Kereta yang tidak melalui skala tepat untuk servis akan mengalami banyak leaking pada gasket dan komponen dalaman yang cepat rosak akibat geseran dan haba enjin.
2.Gunakan minyak 15W40 atau seumpamanya gred semi sintetik,jenama Petronas,Mobil atau Havolinem,jika selalu gunakan untuk memecut gunakan JTX Red
3.Drive Shaft Kanan harus ditukar
1-, minyak enjin jenis apa yg sesuai utk enjin nissan sr20?...
Maksud sy fully atau semi atau mineral?
Dan belgrade Bro.
2-adakah jika digunakan minyak biasa enjin akan jadi berat? Atau fc jadi makin bertambah?
sebaiknya guna fully synthetic 10w40 atau semi 15W40
jika guna minyak mineral,enjin tentu berasa berat kerana kapasiti enjin yang agak tinggi dan memerlukan tahap sejuk cepat.FC biasanya tambah
model : honda city 1.5 auto 2007 dan estima 2.4 2006
mileage : hampir 170k km
nak tau...nak tukar minyak hitam jenis dan grade apa dan brand apa ....API SG/CD atau API SJ/CF
Honda ada minyak jenama sendiri gunakan 15W40 manakala Estima juga ada jenama Toyota memadai dengan gred 15W40 atau 10W40 gunakanAOI SJ/CF
a) Toyota Mark X 2.5cc V6 recond (2005/2010) diusia 12 tahun skrg ni masih sesuai guna minyak Fully atau tukar ke Semi? Sejak beli saya guna Lexus Fully.
Mileage baru cecah 300K perlu buat overhoul or top overhoul?
b) Estima MCR30 3.0cc V6 recond (2003/2004) diusia 14 tahun skrg ni sesuai guna minyak Semi or Fully? Mileage skrg 117K perlu tukar or service apa?
1.Teruskan guna fully tetapi jika semakin banyak menampakkan ada bocor gasket bolehlah bertukar kepada semi synthetic.Tak perlu overhaula atu top overhaul kerana overhaul dilakukan jika ada minyak naik sehingga kepermukaan dan piston ring haus manakala top overhaul adalah sebab enjin panas,prestasi kurang,enjin lembap dan kurang pecutan yang amat ketara
2.Untuk mileage yang tinggi tetapi kereta masih terkawal keadaannya ,tidak sempu,prestasi masih normal dan masih tiada bocor minyak yang berlebih-lebihan boleh terus gunakan fully,jika ingin tukar guna semi juga boleh,hanya pastikan minyak hitam ditukar tepat masa dan minta mekanik kesan jika ada bunyi pada timing chain yang memerlukan ia ditukar
saya guna viva 850cc manual tahun 2011, jika saya ingin guna minyak hitam jenis Elf Minyak Enjin Molygraphite 10W30 (4L) adakah ini terbaik untuk enjin keta saya? atau ada cadangan yang lebih selamat dan murah?!
Terima Kaseh..
1. Selalu naik simbol kepala paip. Dah bwk servis..hilang sekejap.
Then menyala lg simbol tu. Saya still bwk walau pun simbol menyala. So far xde apa2 kesan. Tp khuatir jg. Apa saranan tuan?
2. Dlm usia kereta saya skrg, apa minyal engin dan minyak hitam yg sesuai?
Terima kasih atas penjelasan tuan.
1.tukar suis minyak hitam
2.gunakan minyak semi sintetik gred 15w40 atau 10w40
Satu lg.. next servis sy cadang nk tukar blk guna minyak enjin perodua semi..10/30.. boleh x tuan ?
Sbb ada org kata klau dr liqui moly bertukar ke brand lain enjin jd bising or kasar..btl ke?
1) dah dua kali asben tolong serviskan kereta, guna myk mineral 10/40W tuk jimatkan kos setiap 4500km tp persoalannye baik ke utk enjin kereta? akan ada masalahkah nanti?
2) boleh suggest myk yg sesuai atau yg sepatutnye sy guna? semi atau fully?
tkasih tuan
Saya pengguna baru toyota estima 2008 (2hand)...boleh berikan cadangan minyak enjin yang sesuai ke?untuk makluman,kelihatan nya seperti ada pengurangan minyak enjin walaupun tiada kebocoran dan asap yang keluar dari ekjos..terima kasih atas bantuan..
klu saya tuka minyak hitam castrol 15-40 atau 20-50 mana lebih baik?
Castrol semi atau petronas ngv lube mana lg bagus?
Petronas ngv lube ni semi ke fully?