Skip to main content

Posts

Cara bypass kod immobilizer secara manual untuk hidupkan enjin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Penggunaan immobilizer sekarang sebagai satu sistem sekuriti bagi sebuah kereta bukanlah asing lagi bagi pengguna kereta. 

Cara mudah servis starter motor kereta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Telah agak lama juga aku tidak berkesempatan untuk mengemaskini kandungan blog ini akibat kesibukan tugas seharian.Pada petang 2 oktober ini diselitkan sedikit  maklumat yang sepatutnya semua pengguna kereta di Malaysia dan didunia tahu akan kerosakan yang amat mudah terjadi pada starter kereta lori atau bas.

Injector,fuel regulator dan MAF sensor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Ketiga-tiga komponen seperti tajuk diatas adalah merujuk kepada komponen yang perlu diperiksa dan diganti jika terjadinya enjin yang sukar dihidupkan ketika suhu enjin telah panas.Adakah benar ini boleh berlaku?enjin sukar hidup ketika panas?

Meminimakan kerosakan kereta dan memanjangkan hayat enjin

Salam Jumaat Mac 3 2017, Bukan mudah untuk sesebuah enjin kereta untuk bertahan melebihi 10 tahun,15 tahun dan lebih tanpa mengalami kerosakan  kereta atau dengan kata lain terpaksa melalui proses overhaul dan top overhaul jika ianya tidak dikekalkan dalam penyelenggaraan yang sempurna dan bertepatan dengan keupayaan enjin untuk menambah hayat.

Setelah sekian lama ditinggalkan dan tidak digunakan

Bertemu kembali setelah sekian lama dalam post sempena menyambut Hariraya Korban 2016 bersamaan 8 Zulhijjah 1437,Selamat Menyambut AidilAdha. Pada masa ini kebarangkalian untuk sebuah keluarga atau individu memiliki lebih dari sebuah kereta adalah biasa.Ada kereta yang digunakan seharian,sekali-sekala dan ada juga yang tidak digunakan terus berbulan-bulan malah bertahun dibiarkan begitu saja.

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Salam Sejahtera Terdapat beberapa jenis reset pada sebuah kereta seperti reset alarm,reset ECU/ECM dan reset fuel pump.Reset-reset demikian adalah amat penting untuk diketahui oleh semua pengguna kereta kerana dengan cara ini saja lah kereta akan dapat mengembalikan keadaannya kembali  kepada asal sebelum kerosakan. 

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam  mengawal pergerakan kerosakan komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.Samada anda memiliki sijil automotif ataupun tidak,simptom-simptom kerosakan sensor masih mudah dikesan. dibawah adalah beberapa simptom kerosakan sensor.

Bagaimana Air Bercampur dengan Minyak dalam Enjin

Salam dan Selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog tak kira dimana jua anda berada samada di Malaysia mahupun luar Malaysia.Tak lupa juga ucapan awal menjelang Ramadhan Al mubarak kepada semua muslimin dan muslimat!Selamat Berjumpa kembali dalam topik terbaru dalam tahun 2015 ini,semuga apa yang dicoretkan ini dapat memberikan sepenuh manfaat kebaikan untuk kita semua!Insyallah!

Oil Pump dan Piston Oil Ring yang rosak

Salam kepada pengunjung blog ini semuga berada dalam Redha Allah selalu. Oil pump dan piston oil ring adalah 2 komponen berbeza dari segi saiz,kedudukan dan juga kegunaannya.Oil Pump adalah komponen utama yang amat penting dalam sebuah enjin kereta.Ini kerana ia bertindak sebagai penyebar minyak pelincir ke dalam keseluruhan enjin untuk membolehkan sistem mekanikal enjin bekerja dengan sempurna tanpa mengalami tekanan akibat kepanasan tanpa minyak pelincir.

Intercooler dan turbocharger

Salam Sejahtera Intercooler dan turbocharger adalah komponen kereta yang merupakan penambahbaikan sistem enjin dari segi prestasi dan kemampuan menyerap haba yang dihasilkan oleh enjin kereta.2 komponen ini digunakan khas untuk memberikan pacuan lebih pada RPM dan sistem penyejukan yang lebih efektif supaya enjin bergerak dengan prestasi maksimum.

Makluman tukar nama dan alamat ke mekanik kereta

Assalamualaikum, Pertama sekali blog yang dahulunya dikenali sebagai kerosakan kereta mengucapkan salam maulidur rasul dan bersyukur serta berterimaksih kepada sokongan pengunjung yang tak putus-putus sejak blog ini dimulakan sekitar tahun 2008. Olehkerana faktor-faktior keselamatan secara teknikal untuk terus  menerbitkan post secara online maka pada tahun 2014 ini ,blog ini yang dahulunya beralamatkan kerosakan kereta telah menukar nama kepada Mekanik kereta serta alamatnya juga telah ditukar kepada mekanikkereta.com  atau www.mekanikkereta.com  . Semuga blog yang beralamat baru dan bertajuk baru ini akan terus menyumbangkan manfaat kepada pengunjung seperti sebelumnya. Blog Mekanik Kereta juga secara rasminya tidak akan menerbitkan post yang lain selain dari automotif repair iaitu semuanya adalah mengenai permasalahan kerosakan dan pembaikan samada penyelesaian,masalah,baiki,modifikasi,enjin,badan kereta,dan keselamatan penggunaan komponen serta alat. Ruangan ...

Engine swap

Assalamualaikum dan Selamat Aidiladha, Engine swap atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan kereta yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.

Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin

Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.

Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan

Salam Maulidurrasul dan Selamat Hari Wilayah Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kumulakan tulisan ini untuk panduan ramai pengguna bagi menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter .Semuga ia dapat dimanfaatkan.Insyallah.

Teksi dan penggunaan NGV

Salam, Teksi begitu sinonim dengan penggunaan NGV (Natural Gas vehicle) di Malaysia. Mengapa agaknya hanya teksi yang banyak dikaitkan dengan penggunaan NGV? Ini kerana gas tersebut adalah bahan bakar yang murah berbanding petrol atau disel. Rata-rata teksi di Malaysia mahupun di dunia menggunakan bahan bakar ini untuk beroperasi setiap hari terutamanya teksi-teksi penumpang Lapangan Terbang.

Kereta baru atau kereta terpakai?

Salam, Secara keseluruhannya kereta memang menjadi pilihan berbanding kenderaan lain seperti motosikal dan bas sebagai alat pengangkutan. Walaupun pada abad ini terdapat kemudahan pengangkutan awam yang lebih teratur seperti LRT,MRT,keretapi penumpang,bas dan teksi tetapi kereta masih utuh sebagai pilihan utama ramai orang ,bukan saja sebagai pengangkutan malah sekarang kereta telah dihiaskan sebagai daya tarikan yang mencerminkan gaya,keunggulan dan kekuasaan. Kereta hibrid dan elektrik pula jadi pilihan masa kini seperti jenama Tesla.

EP90 dan SAE140

Salam Sejahtera, Terdapat dua jenis minyak gear yang digunakan untuk gearbox atau kotak gear.Sepertimana umumnya kotak gear memainkan peranan utama dalam pengendalian gerigi gear untuk bergerak ataupun menukar gear. Secara khususnya pula kotak gear adalah pengendali utama dalam memberikan keupayaan kepada pergerakan roda dan bukannya sebuah kereta. EP90 adalah minyak gear manual EP90 

Air minuman dibotolkan untuk radiator

Sepertimana ramai yang mengetahui air adalah baik untuk kesihatan tubuh badan dan berjaya mengekang kemasukan banyak penyakit untuk tubuh.Air  yang asli adalah air yang diambil dari bawah tanah sekitar kedalaman 320 kaki dan disuling. Kajian juga menyatakan bahawa kandungan asas seperti kalium,magnesium,sodium,potassium chloride dan sulphate adalah kandungan asas dalam air .

Dimana letaknya pin tukaran pada gearbox auto.

Dalam video dibawah terdapat satu pin berbentuk gerigi dan mempunyai cangkuk yang dimasukan kedalam gerigi gear.Pin tersebut banyak menyebabkan peralihan gear yang tidak elok,kadangkala beralih dengan sendiri disebabkan pin yang rosak atau haus.Ini boleh memberikan ketidakselesaan dalam pemanduan.

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya! Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Satay atau sate

Di dalam industri automotif dan mekanikal di Malaysia terdapat banyak komponen-komponen kereta dan alatan yang dipanggil dengan berbagai nama.Olehkerana acapkali digunakan ia telah menjadi satu trend bagi semua kedai alatganti dan bengkel sahaja yang menggunakannya secara meluas sesama mereka. Walaupun begitu perkataan-perkataan ganti nama bagi komponen-komponen atau alatganti tersebut telah digunakan juga antara penjual dan pembeli alatganti kereta dan kenderaan di Malaysia ini.Ia semakin merebak dan menjadikannya satu perkataan gantinama yang mudah dan senang difahami untuk mereka yang faham sahaja dan selalu berkunjung ke bengkel-bengkel  kereta dan kedai-kedai alatganti baru dan juga lama yang selalu dipanggil kedai POTONG.

Mengapa gasket silinder terbakar apabila enjin panas

 Overheating atau kepanasan melampau adalah keadaan dimana enjin mengalami kepanasan yang melebihi dari sepatutnya.Tahap kepanasan enjin adalah dikawal supaya berada pada satu tahap sejuk untuk enjin beroperasi seterusnya.  Jika terjadi overheating meter penunjuk suhu enjin akan berada lebih dari setengah ataupun berterusan bergerak sedikit demi sedikit ke tanda merah pada meter suhu. Prestasi enjin akan terus menurun dan seterusnya menjadi tersangat panas sehingga enjin akan berhenti sendiri.Penunjuk suhu tidak boleh melebihi dari had minima ,jika melebihi had tersebut ia adalah diklasifikasikan sebagai overheating (kepanasan melampau).

Menjimatkan petrol secara teknikal

Petrol adalah bahanapi utama dalam menggerakan enjin secara keseluruhan,tanpa petrol enjin ibarat burung tanpa sayap,tidak berdaya untuk pergi jauh.Petrol bukan sahaja bahan bakar utama kenderaan malah ia juga berfungsi sebagai pencerna kepada sistem api kenderaan supaya ia dapat terus bergerak dan menceriakan pengguna kenderaan tersebut.

Ini bukan untuk curi kereta

Pada ketika kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti seharian ada kalanya kita lupa dan tertinggal kunci kereta di dalam kereta. Kecuaian ini sering terjadi dan menjadikan satu masalah yang rumit bila memikirkan bagaimana hendak mengambil kunci kereta sedangkan pintu telah terkunci dari dalam samada secara automatik mahupun manual.

Penggunaan spanar torque dalam top overhaul enjin kereta

Torque wrench adalah alat yang digunakan untuk mengetatkan dan menguncikan bolt dan nut atau skru mengikut tahap dan kadar yang sesuai untuk sebuah komponen enjin kereta.  Pada kebiasaannya semua skru,bolt dan nut dikunci dan diketatkan menggunakan kaedah spanar biasa yang berbunga dan bergerigi samada bulat atau bunga.Manakala skru yang pipih pada permukaannya dikunci menggunakan spanar philips biasa. 

Tie rod end

Tie rod end dan steering rack adalah dua komponen roda yang mempunyai bebola yang berupaya bergerak dan mengikut arahan membelok ke kiri dan ke kanan.Tie rod end bertindak kebanyakannya sebagai pemegang kepada banyak komponen roda seperti pada lower arm dan u stand.

Mengapa masih terasa hentakan

Masalah hentakan yang kuat pada roda adalah masalah yang mengaitkan banyak penghubung antara beberapa komponen roda seperti ball joint,tie rod end,u stand,bush,absorber,spring dan absorber lining.  Masalah hentakan dan bunyi bising pada roda yang melibatkan suspension banyak dipertanggungjawabkan kepada absorber walaupun pada hakikatnya hentakan dan bunyi bising sebenarnya melibatkan banyak komponen roda yang lain seperti yang disebutkan tadi. 

Sistem kawalan minyak karburator

Hanya dua sistem minyak enjin kereta yang terdapat pada masa sekarang iaitu sistem karburator dan sistem injektor yang digunakan dalam pembakaran enjin.

Pelarasan enjin

Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM. Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.

Penggunaan thermostat pada sistem air kereta

Salam, Aku rasa ramai yang dah mengetahui penggunaan thermostat dalam sistem air sesebuah kereta.Tertarik dengan soalan pengunjung blog ini yang bertanyakan mengenai kenapa thermostat digunakan dalam air sesebuah kereta maka wujudlah post ini bagi menjawab ketidakpastian pengguna mengenai thermostat.

Penyelesaian DIY ketika hujan

Terimakasih kepada semua pengunjung blog kerosakan kereta ,semuga hari-hari yang dilalui bertambah elok,sihat jasmani dan rohani.Di waktu keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini  kadangkala  cerah dan kadangkala hujan hingga dinihari malahan ada juga cuaca hujan sehingga keesokan harinya.

Kesan dari makan minyak hitam

Salam kepada semua pengunjung, Dalam post yang terdahulu ada dinyatakan bagaimana pelarasan tappet dapat menghalang bunyi ketukan yang kuat dan juga bagaimana top overhaul dapat mengembalikan enjin kereta seperti sediakala. Semak video yang disertakan ini

Tukar contact point

Gong Xi Fa Cai Dibawah ini adalah video dari penulis blog mekanik kereta yang hanya disiarkan di Youtube mengenai menukar contact point dengan cara yang betul.Contact point atau pin sesentuh adalah punca utama kereta mendapatkan percikan api  yang disalurkan kepada plug kereta untuk pembakaran.Walaupun penggunaan distributor elektronik yang meluas tetapi masih banyak lagi kereta yang masih menggunakan pin sesentuh ini seperti kereta kancil,nissan vannette dsbnya  LIHAT VIDEO DARI MEKANIK KERETA DI YOUTUBE      Kebiasaannya jika contact point ini dipasang tidak tepat kereta tersebut akan mengalami letupan kecil bila berjalan dan sukar dihidupkan .Jika anda mengalami masalah demikian sila jumpa mekanik yang arif supaya ianya dapat diselaraskan dengan tepat.Tepat bermaksud clearance yang benar dan sesuai untuk keadaan kereta tersebut. Begitu juga dengan penggunaan distributor elektronik jika mengalami engine yang kadangkala stabil dan kadangkala tidak serta ...

Bagaimana servis aircond dilakukan

Selamat Tahun Baru 2012, Ramai yang menyangka bahawa servis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta.Olehkerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.

Sumber kuasa untuk enjin

Olehkerana kita ni tinggal dalam Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa jadi pada mereka yang menyambut hari natal Selamat hari Krismas yang akan menjelang pada 25 haribulan december ini,dan pada mereka yang bercuti pada 25 dec ini Selamat bercuti dan hati2 bila memandu. Sumber kuasa adalah amat penting dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan.Sebuah kapalterbang,kapal selam,keretapi,jentolak,robot,mesin malah manusia memerlukan sumber kuasa untuk menjalankan aktiviti2 seharian.   Dalam sebuah kereta sumber kuasa utama adalah bateri,olehkerana bateri menjadi sumber kuasa utama dalam menghidupkan enjin jadi bateri adalah elemen terpenting dalam sebuah kereta.Tidak dapat dinafikan sekarang kereta berbentuk hybrid menggunakan hampir keseluruhan sumber kuasa dari bateri. Dalam penjagaan bteri sebuah kereta terdapat beberapa kaedah penting yang harus diikuti oleh pengguna kereta supaya bateri tersebut akan tahan lama dan dapat menyambung hayat sekurang-kurangnya 2 tahun melepasi tempo...

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya. Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.

Waja paling kerap alami masalah fuel pump sedemikian

Berdasarkan pengalaman beberapa tahun buka dan pasang enjin dan baiki kereta rosak,lama-lama tercatat juga statistik dalam benak kepala aku ni kekerapan kerosakan kereta waja.Mungkin disebabkan komponen yang agak kurang kualiti kereta waja selalu mengalami kerosakan fuel pump selain daripada selalu sangat kena tukar bateri . Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalau yang original dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.

Menyelaraskan tappet kereta dan muzik

Menyelaraskan tappet adalah tidak mudah seperti mendengar muzik dari radio atau mendengar secara percuma dari banyak web seperti 4shared dsbnya. Enjin juga mengeluarkan bunyi yang juga melambangkan bahawa kita amat peka dengan bunyi dari sekeliling mahupun yang kita ingin dengar.Begitu juga dengan kereta yang kita pandu jika kita amati dengan sepenuhnya kita boleh dengar bunyi injap yang tidak sekata datangnya dari enjin kenderaan.Bunyi yang seakan-akan lari dari tune yang sepatutnya atau lebih senang, berlainan dari note yang seharusnya.

Bagaimana menukarkan spark plug proton exora

Menukarkan spark plug sebuah kereta adalah tidak semudah yang seperti kita lihat ianya dilakukan oleh mekanik kereta.Ini adalah kerana susunan plug dan kabel mestilah betul supaya bila enjn dihidupkan ia tidak berfungsi pada nisbah yang tidak betul.Oleh sebab itu kabel plug kereta dibuat supaya ukurannya tidak sama antara satu sama lain. Sebagai pengetahuan ukuran kabel plug melambangkan kedudukan yang tepat yang harus diikuti bila menukarkan spark plug sebuah kereta.Turutan 1342 mengikut arah jam adalah turutan pada distributor bermaksud pada kedudukan 1 distributor adalah untuk plug nombor 1 dienjin kereta dan begitulah seterusnya bermula dari plug yang berdekatan dengan timing belt atau timing chain. Turutan 1342 adalah dari distributor coil samada yang menggunakan contact point ataupun jenis elektronik. Harus difahami juga dalam aktiviti automotif plug 1 adalah yang berdekatan dan palng hampir dengan timing belt atau timing chain. Spark plug boleh dibuka dengan menggunakan al...

DIY eksklusif video bagaimana melakukan servis kereta

Salam, Rangkaian video ekslusif  youtube Mk bagaimana melakukan servis kereta (DIY), yang dihasilkan untuk membantu dan memudahkan serta memberi pelajaran bagaimana servis kereta dilakukan.Video eksklusif 6 siri ini memperlihatkan alat yang sesuai untuk membuka dan mengunci alatganti seperti oil filter dan skru minyak hitam di bawah enjin.

Penjajaran roda dan Penyeimbangan Tayar (alignment and balancing)

Aspek keselamatan adalah perkara amat penting sekali dalam pemanduan,tambahan lagi bila tiba musim perayaan seperti hariraya .Ramai yang nak berhariraya bersama sanak saudara dikampung dan tak kurang juga yang berhariraya bersama-sama sahabat handai,rakan taulan ditempat-tempat yang jauh dari tempat bermastautin dsbnya. Pada tahun 2009 aku pernah sentuh aspek keselamatan sebelum memulakan perjalanan jauh menaiki kereta tetapi hanya sekitar keadaan enjin,brek,hose dan belting.

Penggunaan alat diagnostic dalam mengesan kerosakan enjin kereta

Olehkerana masa dan penggunaan komputer yang meluas maka sistem sesebuah kenderaan atau kereta telah diubahsuai dan dinaiktaraf supaya selari dengan peredaran zaman.Maka terhasillah komponen-komponen yang telah disambungkan terus kepada kotak komputer (ECU/ECM) yang diletakkan khas dibawah papan pemuka (dashboard )sesebuah kereta. Penggunaan kotak komputer ini adalah untuk mempercepatkan lagi pengesanan kerosakan serta mengesan ketidakupayaan komponen kereta seperti bateri,alternator dsbnya.Alat yang selalu digunakan adalah alat diagnostic/OBD (On Board Diagnostic) yang disambungkan terus ke panel bateri dan panel khas yang disediakan didalam sesebuah kenderaan. OBD yang disarankan oleh Mekanik blog ini,kereta Malaysia juga ada dalam senarai iCarsoft CR Plus OBD2 Scanner Diagnostic Tool, Code Reader for ABS Transmission Engine Airbag System. Car Scan Tool with EVAP and O2 Sensor Test,On-Board... Alat ini bertindak dengan menggunakan kod-kod yang disesuaikan dalam kotak komputer d...

Servis aircond (komponen utama)

Atas permintaan ramai pengunjung blog ini suka aku tuliskan bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan.Antara komponen-komponen  air cond kereta yang boleh diservis ialah:- 1) Kompressor 2)Cooling Coil atau jaring penyejuk 3)Kondenser

Arena kereta adalah mengenai kerosakan kereta

Salam, Kalau nak cerita mengenai arena kereta sampai berjam-jam pun tak akan habis tapi sekadar untuk renungan kepada mereka yang gemarkan kereta kat bawah nie aku selitkan beberapa tips bagaimana untuk memastikan beberapa komponen kereta terpakai yang akan dibeli berada dalam keadaan elok dan boleh terus digunakan selepas membeli tanpa rasa ragu akan kerosakan dalam kadar segera.

Masalah kunci ignition

Salam, Aku suka nak sentuh tajuk mengenai pemuka kunci atau lebih senang perkataan yang selalu aku guna iaitu ignition kerana banyak terdapat kereta yang dihantar ke mekanik selalunya mempunyai masalah demikian.

Tayar rosak atau gandar rosak

Kadangkala dalam kehidupan nie,kita selalu tersilap buat perkiraan dan kadangkala tindakan yang kita ambil tu tak bersesuaian dengan yang seharusnya.begitulah jugak dengan kereta,kadangkala kerosakan lain tapi yang lain pulak kita fikirkan dan perbaiki.Bukan mudah jika ingin membaiki kenderaan anda sendiri,begitu juga dengan mereka yang berurusan secara langsung dengan enjin kenderaan.

Bunyi pada brek kereta gear automatik

Pada post kali ini aku nak menyentuh sedikit tentang masalah yang selalu dihadapi pada kereta gear automatik.Masalah yang berpunca dari penjajaran yang terus membawa kepada kerosakan pada sistem brek sesebuah kereta. Sistem brek sesebuah kereta banyak bergantung kepada sistem minyak brek,dan selalunya ia akan melibatkan angin dalam brek kereta dan brek pad.Ada sesetengah kereta yang memerlukan pembuangan angin dalam sistem brek atau secara praktikalnya melepaskan minyak brek dalam keadaan enjin sedang beroperasi.Terdapat dua masalah pada sistem brek kereta iaitu:-

Penggunaan flasher relay dalam lampu signal

Banyak posting sebelum ini mengenai kereta aku postkan berkenaan kaedah yang aku rasa terlalu sukar untuk di nilai oleh pengguna  baru kereta walaupun ianya sangat penting.Dalam post kali ini aku nak perkenalkan satu relay yang berfungsi mengawal kelajuan signal belok kiri dan kanan dalam sesebuah kereta. Alat ini dipanggil 'flasher relay' ataupun pengimbas signal.Kerosakan signal jarang diperhatikan oleh pengguna kereta kerana ianya tidak melibatkan enjin kereta berhenti ataupun tidak bergerak.Ianya cuma melibatkan signal belok kiri dan kanan yang kelihatan terlalu laju dalam kerlipan  yang kelihatan pada panel dashboard meter pemandu. Kerlipan pada dashboard pemandu akan kelihatan signal berkelip secara laju kira-kira 20-30 kerlipan sesaat sesekali digunakan berbanding 5-8 kali kerlipan dalam sesaat.Ini adalah disebabkan terdapat kerosakan pada flasher relay yang selalunya terletak di panel fuse bahagian depan bawah kaki pemandu.Ianya amat mudah dikeluarkan dan dilekat...

Cara lakukanTop overhaul (DIY)

Banyak post terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan Top Overhaul ini. Top Overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka injap minyak dan ekzos. Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta maka bermulalah proses Top Overhaul. Top Overhaul terdapat dalam 2 kategori iaitu top overhaul petrol dan top overhaul disel. Tapi kali ini aku nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol.

Baiki enjin diesel(overhaul)

Enjin diesel  bekerja agak lain kerana ia tidak menggunakan plug(palam pencucuh).Ia bekerja secara pancitan minyak yang dibakar sebelum mampatan enjin menggunakan heater sebagai sumber api ,senang cerita bahasa mudahnya sebelum komponen enjin bekerja pembakaran dalam kebuk silinder(cylinder head )bermula. Enjin diesel adalah enjin berkuasa rendah walaupun c.c dia besar kekadang mencecah 3000 c.c.Pecutan pun lembap le dahtu lambat nak jalan kerana ia tak guna plug(palam pencucuh).Tapi enjin diesel ni boleh bekerja kuat da sebab dia tahan tekanan kuasa tinggi. Mengikut pengalaman aku enjin diesel tidak banyak yang boleh dibuat selain dari overhaul dan tukar enjin ,kerana kompnen-komponen dalaman yang agak mahal dan tidak tahan lama.Overhaul biasanya mekanik tukar:- 1.Minyak enjin 2.silinder head gasket 3.grind valve-atau cuci valve/tukar 4.piston dan ring 5.Liner(alas kebuk piston yang nipis) 6.alat pancitan diesel 7.enjin bearing 8.crankshaft bearing Enjin diesel ni s...

Komponen-komponen kereta yang boleh diservis

Salam, Olehkerana blog kerosakan kereta ini aku wujudkan untuk membantu semua dalam mencari maklumat yang boleh menyenangkan semua, jadi pada kali ini aku nak beritahu pasal komponen2 kereta yang boleh diservis selain dari servis biasa yang tukar minyak enjin dan oil filter. Ini juga termasuk dalam salah satu cara yang terdapat dalam kerosakan kereta juga ya!. cara ini adalah cara yang terbaik untuk menukar minyak enjin dan oil filter semua orang boleh buat sendiri kerana prosesnya tidaklah rumit,cuma korang perlukan alat seperti pembuka oil filter,spanar biasa ukuran 17,14 ataupun 12mm diameter. Kerosakan kereta korang boleh senang dikenalpasti jika kena cara dan kaedah yang betul walaupun hanya sekadar pengetahuan tanpa melakukannya sendiri. Enjin 1.servis karburator 2.servis alternator 3.servis fuel pump 4.servis starter 5.servis radiator Aircond 1.cooling coil 2.compressor Disini aku terangkan sedikit mengenai cara-cara servis alternator kereta dan starter keret...

Tips periksa kereta tanpa jumpa mekanik sebelum berjalan jauh

Belum terasa berpuasa tiba-tiba dah nak raya lagi ,mana tidaknya lebihkurang beberapa hari dan minggu saja lagi.Cerita pasal raya memang seronok dapat balik kampung,kalau kat kampung,macam-macam ada,ketupat,rendang,dodol,wajik,semua itu wajib,yang lebihnya ada ramai sanak saudara boleh jumpa kemudian ada marhaban pulak, tak terkira  aktiviti banyaknya! Raya-raya juga tapi sebelum sampai kampung tu nak kena periksa  kereta supaya tak tersekat ditengah jalan,bagi yang ramai penumpang dalam kereta tentu banyak hal jadinya,.Jadi di sini aku nak bagi sikit tips sebelum memulakan perjalanan balik kampung ni supaya kereta  tak sangkut di jalan.Sebenarnya kita boleh pastikan kereta kita dalam keadaan baik sebelum perjalanan selain daripada servis yang biasa buat ,ini adalah tips2 yang sangat baik dari mekanik khas untuk pengguna kereta :- 1)Bateri dan alternator Kita pastikan enjin kereta dihidupkan dan cuba buka penutup air bateri dan pastikan ada sedikit gelembung udara kel...

Pasal aircond kereta lagi

Pagi ni dah pukul 312 pagi aku baru saja lepas tengok bola Arsenal dan MU,walaupun pasukan kegemaranku Arsenal tumbang tapi puashati kerana gamenya masih ok. Dah lama aku tak update blog ni jadi pagi ni aku pun tulis la pasal aircond sekali lagi,tapi tak banyak mana cuma nak kasi tahu korang pasal gas aircond yang selalu dan sesuai digunakan untuk kereta lama dan model baru. Ada dua jenis gas aircond kereta yang selalu digunakan iaitu gas R12 dan R134A,R12 ni selalu digunakan pada kereta lama ataupun kereta yang dah lebih umur 5 tahun keatas,bukan tak boleh digunakan pada kereta model baru tapi tak berapa sesuai kerana kandungan dalaman gas tersebut.

Pasal aircond kereta

Hari ini dah 2 hari dalam bulan Julai dan kebiasaannya bagi mereka yang makan gaji dan yang berprofession tinggi mungkin dah dapat gaji ataupun dah habis gaji dibelanjakan (he!he!).Tapi kalau bagi orang berniaga tentu pening pula, dah masuk bulan baru je nak kena bayar mcm2,supplier berderet mintak hutang jadi pokok pangkalnya dalam hidup ni ade saja yang nak kena diselesaikan. Tapi hari ni bukan ini yang aku nak citer kat korang semua,hari ni aku rasa nak tulis pasal aircond kereta lah pulak.Aku ingat dah lama aku tak tulis pasal kereta ni jadi hari ni aku ambik kesempatan nak beritahu pasal AIRCOND kereta ataupun bahasa melayunya PENGHAWA DINGIN.

Macamana yang sebaiknya pasal servis kereta

Pertama sekali mengenai servis kereta,ramai orang tahu kalau servis keta je kena ganti minyak hitam dan oil filter dan yang mana pandai pulak tu bagi je kat foreman suruh servis,memang betul pun tapi kita sebagai pengguna nak kena tahu gak serba sedikit pasal servis ni,Nak tau apa sebabnya ialah bila kita tak tau langsung selalunya mekanik cuma tukar minyak hitam,oil filter dan plug tapi yang sebenar-benarnya servis ialah tukar tiga parts tersebut ditambah dengan senarai dibawah dan pastikan semua yang 10 ini mekanik dah periksa:- 1) periksa air bateri jangan sampai tak cukup 2) periksa air radiator jangan biarkan tak penuh 3) periksa timing belt supaya senang tau patut ke kena tukar 4) periksa belting dan bearing supaya tau mana yang dah bunyi dan haus 5) periksa 'air filter'sebab ini adalah jika dah hitam berkeladak enjin cepat semput 6) periksa water coolant supaya tahap kepanasan enjin terkawal 7) periksa alternator samada berfungsi atau tidak 8) periksa segala min...

Coretan pengenalan

Salam kepada semua pengunjung blog, Ku mulakan dengan lafaz bismillah sebagai pengenalan kepada semua.Terlalu banyak yang ingin ku coretkan mengenai automotif ini dan terlalu sikit pula masa yang dapat ku luangkan untuk tatapan semua. Lebih 20 tahun aku menceburkan diri dalam bidang baiki kerosakan kereta, automotif mekanik, dan dalam tempoh itu juga aku dah jumpa macam2 kerenah kereta termasuklah kerenah tuanpunya kereta. Nak ku luahkan tak dan pulak masa,jadi kepada semua aku akan update blog ini setiap masa so semua pengunjung jangan risau ada lah yang tentu akan dapat manafaat darinya. Ini hanya sebagai permulaan bak kata orangtua2 mana kan dapat sagunya kalau tidak dipecahkan ruyung! Pengenalan kena panjang ke,ntah aku pun tak tau kalau suka ,korang baca kalau tak, korang scroll nanti bila dah banyak label kat bawah tu,semuga semua dapat ilmu di sini ,Inshaallah Takbir Aku tulis semua pasal kerosakan kereta atau yang sama dan sipi2 sama saja lain dari tu tiada!